You are on page 1of 7

BAB 4 : PERATURAN IEE DAN JBE

4.1 KABEL

I Setiap pengalir yang tidak mudah lentur yang digunakan untuk


pemasangan kendalian voltan rendah hendaklah dipilih dari jenis pengalir
yang sesuai.
II Setiap kabel mudah lentur dan kod mudah lentur bagi kegunaan voltan
rendah mestilah dipilih dari jenis yang sesuai. Ini sama dengan pvc dan
getah.
III Jenis penebat dan sebarang perlindungan bagi setiap kabel untuk
pendawaian tetap mestilah dilindungi dari berlakunya kerosakan
mekanikal, iaitu rosak seperti terkena wap, suhu dan karat.
IV Saiz bagi pengalir tak bertebat atau pengalir kabel mestilah sesuai untuk
susutan voltan dari punca penggunaan ke beban. Susunan voltan ini tidak
melebihi 2.5% dari voltan bekalan.

36
v) Kabel tak boleh lentur bagi voltan rendah hendaklah dipilih daripada
salah satu jenis yang berikut, bersesuian dengan pendawaian British
( B.S ), bagi apa pun jenis kabel yang digunakan luas keratan rentas
sama ada 10mm atau kurang, hendaklah dibuat daripada kuprum
yang bersarung dengan PVK atau plumbum atau PNMK ( Perencat
Nyalaan Minyak Dan Kepanasan ) untuk perenggang kabel ( ariel )
dibolehkan berada bersama-sama dengan dawai ketenori.
vi) Kabel PVK yang tidak berperisai bertebat PVK.
vii) Kabel bertebat PVK yang berperisai PVK ( BS 6364 ).
viii) Kabel bertebat PVK, pengalir kuprum sepusat yang berasingan.
ix) Kabel bertebat getah.
x) Kabel bertebat kertas terisi tepu bersarungkan aluminium atau
kuprum.
xi) Kabel bertebat bahan galian yang bersarungkan kuprum atau
aluminium kecuali kabel yang bertebat bahan galian yang
mempunyai pengalir kumpum @aluminium yang bersarungkan
aluminium pengalir aluminium yang digunakan itu lebih besar
daripada 10mm dan boleh terus digunakan selagi ia masih sesuai.
xii) Kabel konsak ( BS 5593 )
xiii) Kable yang diluluskan oleh peraturan 12 dalam peraturan pembekal
elektrik.

4.1 ROS SILING

 Ros Siling tidak boleh dipasang untuk voltan yang melebihi daripada voltan
rendah.
 Kabel hidup tidak boleh di sambung ke ros siling.
 Tidak boleh disambung lebih daripada satu kod mudah lentur pada satu ros
siling .
 Punca bumi di ros siling mestilah di sambung kepada pengalir terus ke bumi.

37
4.2 PEMASANGAN SOKET ALIR KELUAR DAN PLUG

 Kadar arus bagi kabel dalam litar jejari tidak boleh kurang dari fius atau
pemutus litar yang mengawal litar kecil akhir.
 Setiap soket kembar atau berbilang adalah dianggap sebagai satu soket
sahaja.
 Sambungan plug dan soket alir keluar adalah seperti :

Huruf “ L “ – Wayar Hidup


Huruf “ N “ – Wayar Neutral
Huruf “ E “ – Wayar Bumi

4.3 LITAR AKHIR LAMPU

 Bagi menentukan litar akhir lampu, jumlah permintaan arus mestilah sesuai
dengan alat perlindungan litar.
 Setiap litar akhir lampu mestilah dilindungi dengan alat perlindungan arus
norminalnya 5A dan bilangan maksima beban yang boleh disambung iaitu
10 unit.
 Bagi menentukan litar akhir lampu discas jumlah permintaan arus mestilah
didarabkan dengan 1.8 dan sesuai dengan alat perlindungan litar.
 Kapasiti membawa arus kabel mestilah tidak boleh kurang daripada kadaran
alat perlindungan.

38
4.4 LITAR AKHIR ( KEPERLUAN UMUM )

 Bagi sesuatu pemasangan yang mempunyai lebih daripada satu litar


akhir, setiap litar itu mestilah disambung kepada fius atau pemutus
litar yang berasingan dalam kotak fius agihan.
 Pendawaian bagi setiap litar akhir mestilah diasingkan daripada litar
kecil yang lain. Bagi memudahkan tujuan pemeriksaan pengaliran
neutral hendaklah disambung didalam kotak fius agihan. Sama
seperti pengaliran fasa.
 Kapasiti membawa arus kabel yang digunakan di setiap litar akhir
mestilah tidak boleh kurang daripada kadar arus norminal alat
perlindungan litar kecuali bagi litar akhir gelang.
 Soket alir keluar mestilah dipasang sekurang-kurangnya 150mm dari
lantai.
 Apabila soket alir keluar dipasang mestilah dikawal supaya air tidak
dapat masuk.
 Punca bumi soket alir keluar disambung ke pengalir keterusan bumi
litar kecil akhir.
 Tidak dibenarkan dipasang pada bilik mandi.
 Soket alir keluar tidak boleh digunakan pada voltan bekalan yang
melebihi 250V kecuali ia dibuat khas.

39
4.5 PEMASANGAN SUIS

 Dipasang 2 dawai bekalan. Satu daripadanya mestilah berbumi. Semua


suis dan alat kawalan satu kutub mestilah disambung ke dawai hidup
sahaja.
 Setiap suis pemutus litar yang tidak diketahui tugasnya mestilah ditanda.
 Suis yang digunakan untuk mengawal peralatan lampu dan peralatan
elektrik mestilah diasingkan daripada peralatan tersebut kecuali pengalir
hidup suis hendaklah sependek yang boleh dan dihadang sekelilingnya.
 Arus minima bagi setiap suis yang mengawal litar lampu dicas mestilah tidak
boleh kurang daripada 2 kali ganda jumlah arus tetap yang mengalir didalam
litar.
 Sekiranya suis tersebut digunakan untuk mengawal litar lampu discas atau
filamen, arus minimanya mestilah tidak boleh kurang daripada jumlah arus
lampu tersebut dan 2 kali ganda jumlah arus tetap bagi lampu discas

40
4.7 ALAT PERLINDUNGAN

 Alat perlindungan arus lebih hendaklah dipasang kepada bahagian


permulaan litar.
 Kadaran arus mestilah tidak melebihi kadaran arus wayar yang paling kecil
melainkan litar gelang.
 Alat pelindungan arus berlebihan boleh dikadarkan 2 kali ganda kadaran
arus wayar jika :

i. Wayar digunakan untuk menyambung alat kawalan utama.


ii. Wayar tersebut mestilah tidak lebih daripada 2 meter
panjangnya.
iii. Wayar yang digunakan untuk menyambung papan fius agihan
kepada sistem kawalan utama.

41
39

You might also like