You are on page 1of 26

BAB 8 : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

8.1 PENGENALAN

Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas pemasangan pengguna


atau alat-alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatu pemasangan
telah terlaksana mengikut peraturan IEE, LLN atau JKR dan berfungsi dengan betul
serta selamat digunakan.

Pemeriksaan dan pengujian perlu dijalankan ke atas perkara-perkara berikut:

• Pemasangan baru
• Pemasangan penambahan atau pengubahsuian.
• Pemasangan elektrik yang sedia ada.

93
8.2 PEMERIKSAAN PENGLIHATAN

Tujuan pemeriksaan penglihatan dijalankan ialah:

 Untuk memastikan bahan-bahan dan alat-alat yang dipasang mengikut


piawaian British (BS=British Standard) atau dengan kelulusan SIRIM.
 Untuk memastikan pemasangan tersebut dijalankan mengikut peraturan
IEE, LLN, dan JKR.
 Untuk memastikan kerosakan yang nyata (boleh dilihat) ke atas
pemasangan atau kelengkapan elektrik.

8.2.1 Senarai Pemeriksaan Penglihatan

 Sambungan pengalir-pengalir kabel.


 Tanda pengenalan kabel.
 Pemilihan pengalir kabel bagi kapasiti membawa arus dan susutan
voltan.
 Sambungan suis kutub tunggal ke pengalir fasa sahaja.
 Sambungan yang betul ke atas soket alur keluar dan pemegang lampu.
 Wujudnya penahan api dan perlindungan daripada kesan haba.
 Kaedah perlindungan daripada sentuhan terus.
 Perlindungan dengan penebatan ke atas bahagian-bahagian hidup.
 Perlindungan dengan penahan dan penutup.
 Perlindungan dengan halangan.
 Perlindungan dengan mengelak jangkauan.
 Perlindungan dengan bahan bukan pengalir

94
8.3 TURUTAN PENGUJIAN

Pengujian mestilah dijalankan mengikut turutan ini yang bertujuan bagi


menggelakkan bahaya pada orang yang menguji dan untuk keselamatan pemasangan
serta alat-alat penguji. Berikut ialah senarai pengujian yang perlu dijalankan mengikut
turutan.

 Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang.


 Ujian pengalir perlindungan, ini termasuklah pengalir ikatan utama dan
tambahan.
 Ujian rintangan elektrod bumi.
 Ujian rintangan penebat.
 Ujian penebatan bagi bahan struktur pemasangan pembinaan.
 Ujian bahan perlindungan pemisah elektrik.
 Ujian bahan perlindungan penutup dan penahan.
 Ujian penebatan lantai dan dinding.
 Ujian kekutuban.
 Ujian galangan gelung kerosakan ke bumi.
 Ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi.

95
8.4 UJIAN LITAR GELANG

Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan setiap pengalir


mempunyai keterusan di sepanjang litar gelang. Terdapat dua kaedah ujian keterusan
litar gelang yang di cadangkan. Alat-alat penguji yang digunakan adalah jangka ohm.

Gambar 8.4.1 Ujian litar gelang pengguna

Mengikut peraturan langkah ujian adalah :

• Pastikan alat uji dan pastikan dalam keadaan boleh digunakan


• Ujian keterusan litar gelang seperti berikut :

95
 Buka sambungan kabel fasa dan neutral.
 Sambung satu kabel fasa dan satu kabel neutral dan ukur rintangan
merentas kabel yang terbuka di bahagian hujung.
 Sambungan kabel terbuka dan sukat rintangan pada setiap soket keluaran
di antara punca fasa da neutral.
 Jika kesemua bacaan sama, rekodkan bacaannya. Jika bacaannya tidak
sama sambungan semula fasa dan neutal dan uji semula.
 Jika terdapat perbezaan bacaan, lakukan pemeriksaan keseluruhan litar.

8.5 UJIAN KETERUSAN KABEL PERLINDUNGAN

Ujian keterusan bertujuan untuk memastikan ia disambung secara betul dan


berkesan. Oleh yang demikian jika bacaan meter ohm di darab dengan kawasan
neutral, kemudiannya dibahagi dengan jumlah pengalir perlindung dan kawasan neutral
akan memberikan keputusan rintangan kabel perlindung. Ujian ini lazimnya
menggunakan alat uji seperti jangka ohm samada jenis analog pun jenis berdigit.

Gambar 8.5.1 Meter ohm untuk ujian keterusan litar

96
Dengan menggunakan seutas wayar, sambungkan punca tamatan neutral
dengan punca bumi di kotak agihan pengguna. Pilih satu punca soket keluaran dan
dengan alat jangka ohm sukatan keterusan litar di antara punca bumi dengan neutral.

Gambar 8.5.2 Ujian litar peerlindungan penggunaan

 Pilih alat uji yang sesuai, periksa bateri.


 Periksa dawai uji ( test leads ) dan keluaran ( probe ) – jika ada kerosakan.

 Pelarasan sifar dan periksa penukaran ( calibration ).


 Pilih julat meter yang betul – skala ohm.
 Lakukan ujian dan rekodkan bacaan.

97
8.6 UJIAN RINTANGAN PENEBATAN

Ujian ini adalah untuk memastikan tidak terdapat litar pintas di dalam
pemasangan. Peraturan IEE mencadangkan bahawa 2 jenis rintangan penebatan
patut dijalankan iaitu:
 Ujian 1 – ujian di antara pengalir hidup.
 Bagi sistem 1 fasa – di antara fasa dan neutral.
 Bagi sistem 3 fasa – di antara pengalir fasa.
– di antara pengalir fasa dan neutral.

 Ujian 2 – ujian di antara punca bumi dan semua pengalir yang membawa arus.

Pengujian kabel dengan kabel-kabel lain bagi memastikan tidak terdapat sebarang
kerosakan ke bumi yang boleh menyebabkan tripping pada peranti sistem
perlindungan.

Alat uji digunakan dalam pengujian ini adalah penguji megger ohm.

Gambar 8.6.1 Penguji megger ohm

98
Merujuk kepada gambar 7.6.1 menunjukkan sambungan bagaimana hendak
melakukan ujian penebatan ini.

Dalam peraturan langkah ujian adalah :

• Periksa terlebih dahulu alat uji yang hendak digunakan.


• Pilih samada hendak menguji litar individu atau pada kotak agihan.
• Semua beban hendaklah ditanggalkan.
• Suis pada sambungan kabel fasa hendaklah di “on” kan.
• Suis utama dibuka.
• Aksesori pendawaian dari jenis elektronik seperti kawalan pemalap
hendaklah ditinggalkan.
• Bacaan penguji meggar hendaklah tidak kurang daripada satu Megaohm /
MΩ dan reakodkan bacaan.

Gambar 8.6.2 (a) Ujian penebatan di kotak agihan pengguna

99
Gambar 8.6.2 (b) Ujian penebatan litar individu

Dalam Rajah 8.6.3 dan 8.6.4 pula menunjukan sambungan bagi pengujian penebatan
bagi sistem tiga fasa.

• Ujian di antara kabel fasa.


• Ujian di antara kabel dengan neutral.

Gambar 8.6.3 Ujian penebatan di antara kabel-kabel fasa

100
Gambar 8.6.4 Ujian penebatan di antara kabel neutral dengan kabel – kabel fasa

8.7 UJIAN KEKUTUBAN

Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan berikut


memuaskan.

 Semua suis dan alat kawalan kutub tunggal dipasangkan pada pengalir fasa
sahaja.
 Sesentuh luar pemegang lampu jenis Edison skru disambungkan pada pengalir
neutral.
 Sambungan pada soket alur keluar bagi setiap pengalir fasa, neutral dan bumi
disambungkan pada punca yang betul.

Ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup. Alat penguji
yang digunakan pada ujian kekutuban secara litar mati ialah jangka ohm atau loceng
penguji. Manakala bagi secara litar hidup lampu penguji atau jangka volt digunakan.
Dalam peraturan langkah ujian secara litar mati adalah :

101
• Pilih alat uji yang sesuai untuk tujuan pemeriksaan kekutuban.
• Periksa alat uji dan pastikan dalam keadaan boleh digunakan.
• Suis utama hendaklah di ‘ off ‘ kan.
• Semua beban hendaklah ditanggalkan dari litar.
• Sambungkan dawai uji mengikut rajah ujian.

Nota : selepas menguji suis, sambungan sementara hendaklah ditinggalkan dari suis
hendaklah di ‘on’ kan sebelum menguji pemegang lampu.

Gambar 8.7.1 Ujian kekutuban suis dan pemasangan lampu

Sambungan sementara dibuat pada punca tamatan dengan punca tamatan


fasa pada soket keluaran. Ujian dilakukan pada kotak agihan dengan meletakkan
dawai uji pada tamatan bumi dengan fasa, rekodkan bacaan yang di peroleh daripada
alat uji.

102
Ujian kekutuban ketika mati boleh menggunakan alat uji seperti meter ohm atau
buzer elektrik dan ketika litar ada bekalan boleh menggunakan mentol lampu.

Gambar 8.7.2 Ujian kekutuban soket keluaran

8.8 UJIAN GALANGAN GELUNG BUMI

Tujuan utama galangan gelung bumi untuk mengetahui nilai galangan gelung
bumi dalam pemasangan bagi menentukan jenis perlindungan kebocoran ke bumi yang
sesuai digunakan.
Terdapat dua jenis ujian gelung impeden bumi.
• Ujian gelung talian - bumi.
• Ujian gelung neutral – bumi.

103
Gambar 8.8.1 Alat penguji gelung berdigit

Perlu dirujuk kembali gelung rosak ke bumi ( TN-S ) ujian dan pengukuran
galangan biasanya didalam keadaan atau situasi persekitaran suhu embien dan tidak
ketika berlakunya rosak ke bumi, kerana ketika ini biasnya suhu kabel akan meningkat.
Peningkatan perlu diambil kira jika merekodkan bacaan pengukuran ketika berlakunya
rosak ke bumi.

Gambar 8.8.2 Gelung Z, rosak ke bumi.

104
Z, merupakan pertentangan maksimum kepada aliran arus apabila berlaku arus rosak
ke bumi. Manakala panjang keseluruhan kabel perlindung bagi pemasangan pengguna
adalah gelung bumi. Alat uji yang lazim digunakan untuk ujian ini adalah alat penguji
gelung ( Loop Tester ).

Gambar 8.8.3 Penguji gelung ( Loop Tester )

Gambar 8.8.4 Ujian galangan gelung rosak bumi

105
Alat penguji gelung mempunyai butang ujian dan apabila ini ditekan arus akan
keluar mengalir dalam gelung bumi pengguna dan bacaan dalam nilai ohm ditunjukkan
pada penguji sebagai nilai galangan Z, jika tidak ada sambungan ke bumi pada litar,
dengan itu ujian yang dilakukan tidak dilakukan tidak dapat menunjukan sebarang
bacaan.

Dalam peraturan langkah ujian adalah :

• Pilih alat uji yang betul dan periksa sebagai ujian pertama.
• Lakukan ujian pada soket keluaran dan rekodkan bacaan yang maksimum.

8.9 UJIAN KENDALIAN PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI


( ELCB, RCD, RCCB )

Peraturan menyatakan di mana santuhan tak langsung atau perlindungan


tambahan oleh ELCB/RCD/RCCB kepada sentuhan terus, ianya hendaklah diuji bagi
menghuraikan kendaliannya dalam had tempoh masa yang dihendaki.

RCD - Residual Current Device.


RCCB - Residual Current Circuit Breaker.
ELCB – Eart Leakang Circuit Breaker.

106
Kesimpulanya ujian ini adalah untuk mengetahui keberkesanaan kendalian
perantis pemutus litar mengikut tempoh masa uang di tetapkan dalam peraturan
apabila berlaku arus bocor ke bumi.

Dalam pemasangan, peranti perlindungan ini mempunyai butang ujian sendiri.


Pengguna hanya perlu menekan butang bagi memastikan kendaliannya.

Konsep kendalian ditunjukan seperti pada rajah dibawah. Dalam ujian ini tidak
begitu lengkap sepertimana melakukan ujian menggunakan alat penguji RCD, iaitu
tempoh masa terpelantik dirakamkan bagi mempastikan kendalian yang sebenar. Ujian
ini hanya setakat menguji RCD/ELCB boleh mempelantik apabila butang ditekan.

Gambar 8.9.1 prinsip kendalian RCD

Peralatan yang digunakan untuk ujian ini adalah alat penguji RCD. Alat ini direka untuk
(simulate) arus rosak boleh di suntik ke dalam litar pendawaian mengikut kadaran arus
yang dikehendaki.

107
Gambar 8.9.2 Alat penguji RCD

Dalam keadaan kendalian normal arus Ip tidak seimbang dengan arus IN ketika
butang uji ditekan akan membuatkan pemutus litar terpelantik.

Mengikut peraturan langkah ujian adalah :

• Pilih alat ujian dan semak ujian untuk pertama.


• Ujian pada 50% kadaran arus mempelantik. Pelantikan mesti berlaku dalam
tempoh masa 200ms.
• Ulang dengan gelombang sinus selisih 180o.
• Peranti perlindungan dengan kadaran 10mA atau 30mA hendaklah dilakukan ujian
tambahan dengan alat uji diset lima kali arus perlantikan dan peranti harus
berkandali dalam tempoh masa kurang daripada 40ms.
• Ulang 180o dan rekodkan masa yang maksimum.

108
8.10 UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI

Dalam peraturan memerlukan ujian rintangan elektrod bumi sebagai


pengetahuan bagi kegunaan perlindungan. Ujian ini juga bagi mempastikan nilai
bacaan rintangan bumi yang terendah. Pealatan yang digunakan bagi ujian ini adalah
set penguji bumi.

Gambar 8.10.1 Set Penguji Bumi

Gambar 8.10.2 Ujian Elektrod bumi

109
Langkah ujian secara amnya adalah seperti berikut :

• E adalah elektrod bumi yang ditanam dalam tanah.


• Pancangkan elektrod tambahan P dan C mengikut jarak yang diberi.
• Ketiga – tiga elektrod tersebut hendaklah dipancak selari dengan penguji
bumi.
• Tekanan suis ujian dan laraskan pelaras ohm sehingga angka sifar.
• Rekodkan bacaan rintangan yang di tunjukan olah pelaras ohm.

8.11 KAEDAH MENGESAN KEROSAKAN LITAR

Kerosakan Litar Buka.

Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan kerosakan litar


terbuka. Ini bermakana arus tidak dapat mengalir di dalam litar dan ini boleh
menyebabkan sesuatu atau kesemua punca bekalan terpotong di dalam sistem
pendawaian pengguna. Di antara punca yang menyebabkan berlakunya litar
tersebut adalah :

• Pengalir di dalam kabel terputus.


• Sambungan pengalir kabel terkeluar daripada punca tamatan.
• Sesentuh suis tidak dapat berfungsi dengan baik.
• Kerosakan mekanikal pada pemengang lampu, soket keluaran, suis
menyebabkan tiada sentuhan.

110
Mengesan litar terbuka :-

Sistem Kondiut

• ‘ OFF ‘ kan suis utama.


• Sambungkan punca tamatan hidup dan neutral dalam kotak agihan
pemgguna kepada punca bumi.
• Suis 1 hendaklah di ‘on’ kan.
• Menggunakan meter ohm sambungan dawai ujinya kepada punca bumi
kondiut dengan poin x, y dan z secara bergilir.

• Jika bacaan meter tinggi atau infiniti ini menandakan :

 Kabel putus.
 Sambungan tamatan aksesori terbuka.
 Suis rosak.

( a ). Memeriksa penabat pemasak nasi elektrik.

• ‘On’ kan suis soket keluaran sambungan pada beban sepertimana sebelum
berlakunya perlantikan satu persatu untuk mengesan punca kerosakan litar atau
peralatan elektrik. Jika salah satu daripada suis tersebut menyebabkan
perlantikan peranti perlindungan, periksa litar bahagian ini atau peralatanya.

• Lakukan ujian yang bersesuian sepertimana pada langkah yang telah


disebutkan.

111
8.12 KEROSAKAN BUMI

Kadangkala berlaku juga kerosakan pada sistem perlindungan atau bumi.


Kerosakan ini berlaku apabila punca fasa bersentuhan dengan pengalir bumi atau
mana-mana bahagian logam bagi sistem pendawaian atau pun pada pekakas elektrik.
Kerosakan ini menyebabkan bahagian logam tersebut menjadi punca fasa. Ini
merbahaya kepada pengguna, jika tersentuh pada bahagian logam ini boleh
menyebabkan berlakunya renjatan elektrik.

8.12.1 Kerosakan Litar Pintas

Kerosakan ini lazimnya terjadi apabila punca fasa dan punca neutral bersentuh
di antara satu sama lain. Apabila berlaku litar pintas yang teruk akan menyebabkan
peranti perlindungan terpelantik lalu memotong bekalan elektrik. Jika peranti
perlindungan tidak berfungsi, ini boleh menyebabkan kabel menjadi panas dan boleh
menyebabkan kerosakan penebat dan boleh berlaku kebakaran. Di antara sebab
kemungkinan berlaku litar pintas adalah :

• Berlaku kerosakan pada penebat kabel.


• Sambungan pengalir kabel longgar di punca tamatan sehingga bersentuh
dengan pengalir kabel kutub yang berlawanan.
• Berlaku kerosakan pintas pada aksesori pendawaian seperti suis, soket
keluaran, pemagang lampu pendaflour dan lain – lain.

112
• Berlaku kerosakan pintas pada peralatan elektrik seperti kipas, seterika,
cerek elektrik, pemasak nasi elektrik, pengisar makanan, pembakar roti dan
pekakas elektrik lain.
• Sambungan dawai penguji alat penguji megger.
• Bagi pemasak yang baik, bacaan lat penguji megger hendaklah tidak kurang
daripada 0.5MΩ.
• Jika bacaannya kurang daripada 0.5 MΩ, bermakna pemasak dalam
keadaan kurang baik dan perlu pemeriksa penabatan.

 Periksa kabel pemasak, mungkin berlaku kerosakan pintas pada kabel.


 Kabel yang luka penabatnya atau rosak perlu digantikan dengan yang
baru.

8.13 “DOING INSPECTION IN BUILDING SERVICES” (PRISON)

Dalam tempoh praktikal saya diarahkan pergi ke tapak bina untuk membuat
tinjauan. Di sini saya di tugaskan untuk membuat ‘inspection’ bagi setiap perkakasan
yang ada dalam sesebuah bangunan bersama dengan pihak kontraktor dan arkitek
yang terlibat di dalam melaksanakan projek ini. Dalam pada masa yang sama juga
untuk membuat ‘linking test’. Apa yang dilakukan ini adalah bagi memastikan setiap
perkakasan yang ada di dalam setiap bangunan dapat digunakan atau sebaliknya.

Apa yang dilakukan dalam membuat ‘inspection’ ini adalah menyemak bilangan
fitting yang ada seperti lampu, kipas, soket dan sebagainya. Dalam pada itu, ‘testing
soket’ diberikan bagi membuat ‘testing’ sama ada soket itu dapat digunakan atau tidak.
Ini adalah kerana memastikan penyambungan bagi ‘live, neutral and earth’ adalah
betul. Pada ‘testing socket’ yang diberikan ini, jika salah satu penyambungan tidak
menyala maka terdapat kesalahan pada penyambungan itu. Di sini kita dapat lihat

113
melalui nyalaan api kecil yang ada pada ‘testing socket’. Jika menyala kesemuanya
maka keadaan penyambungannya adalah betul. Dan soket ini tidak mempunyai
sebarang masalah dan begitu juga disebaliknya.

Dalam pada itu, kami juga membuat ‘linking test’ pada ‘sinki, wc, shower, dan
wash hand basin’. Apa yang dilakukan ini adalah untuk memastikan segala peralatan
yang ada mestilah dibuat pengujian terlebih dahulu sama ada mempunyai kebocoran
pada perangkap atau berlakunya kelonggaran pada pemasangan paip yang di buat dan
sebaliknya. Selepas selesainya pengujian di buat di setiap bilik/bangunan maka
catatan di ambil bagi membuat penyemakan/analisis pada kerosakan dan masalah
yang lain.

Gambar 8.13.1: ‘Testing Socket’ bagi membuat pengujian ke atas soket.

114
Gambar 8.13.2 :‘Testing lampu’ bagi membuat pengujian ke atas lampu

Semasa pengujian dibuat terdapat beberapa masalah yang di temui dan


dihadapi seperti:-

i) Lampu di dalam bilik tidak menyala. Ini adalah kerana beberapa bilangan
lampu tidak mempunyai ‘starter’.

ii) Soket yang tidak menyala pada ‘testing socket’ menunjukkan terdapat
kesalahan pada pemasangan ‘live, earth and neutral’.

iii) Soket dan juga telefon outlet yang masih ada belum dipasang.

iv) Kelonggaran yang terdapat pada pemasangan kepala pili paip.

v) Terdapat seunit tandas yang tiada pemasangan bar control pada ‘water
cistern’.

115
vi) Pemasalahan pada pam water cistern. Tandas yang dipam airnya melimpah
di sebabkan air yang masuk tidak dapat di kawal kerana terdapat
kelonggaran pada pemasangan.

8.13.1 Contoh gambar bagi pemasalahan yang di hadapi ketika membuat


‘inspection’.

Gambar 8.13.1.3: Pemasangan tidak mengikut spesifikasi yang betul.

116
117