27 MAC 2008

[PKK_OKED]

PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT UMUR 6 – 12 TAHUN

Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu.

10

Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-kanak

Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis
1

27 MAC 2008

[PKK_OKED]

organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.

1.1

Ciri-ciri Perkembangan Individu

Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri perkembangan yang penting adalah seperti berikut: • • • • Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran. Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif. Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi. Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanakkanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. • •

Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka

menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan mencapai tahap yang maksimum.

1.2

Prinsip-prinsip Perkembangan

Berikut adalah prinsip-prinsip perkembangan; • Ada arah tertentu yang dapat diramalkan:

Arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal)
2

Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif. Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal. 3 . bayi. remaja. kanak-kanak. • Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masa fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian. proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan. dewasa dan seterusnya. tapi urutan tidak berubah. Contohnya: duduk sebelum berdiri atau berdiri sebelum berjalan.27 MAC 2008 – [PKK_OKED] Arah dari tengah ke tepi (proximodistal) • Susunannya adalah serupa bagi semua ahli: ada yang dahulu dan ada yang kemudian. • Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza. • Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya umum kemudian khusus. Perubahan-perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani. Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. emosi. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti: • • • Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti. mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. • Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. • Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Oleh itu. • Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir.

Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan. memperhalus. menyusun dan mengurus. skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap. Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada. Piaget memperkenalkan 4 konsep utama: • • • • Skema (Schema) Penyerapan (Assimilation) Pengubahsuaian (Accomodation) dan Keseimbangan (Equilibrium) Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema.3 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Menurut Jean Piaget. membuat perubahan. kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. 1. Apabila seorang bayi dilahirkan.27 MAC 2008 [PKK_OKED] • Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial. Skema adalah proses mencipta. 4 . kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak. manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya. sebaliknya. Seperti puting susu atau jari tangan. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya.

ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya.27 MAC 2008 [PKK_OKED] iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Dari kajian dan pemerhatiannya. jika ia tidak dapat diserap. maka ia akan diserap ke dalam skema. Sebaliknya. maka tahap keseimbangan akan tercapai. Oleh itu. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu. maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Contohnya. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa. Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai. operasi konkrit dan operasi formal. kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor. Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. • Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun) Dalam peringkat ini. Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). pra operasi. Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Oleh itu. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan. Selepas dilahirkan selama dua bulan. perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif. seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam 5 . Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru.

Bagaimanapun. mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. kanakkanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. • Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun) Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka. • Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun) Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi. Di dalam peringkat ini. Oleh itu. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. 6 . kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. Apabila mencapai umur 4 tahun. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif. keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja.27 MAC 2008 [PKK_OKED] persekitarannya. Di samping itu. • Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun) Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu. perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat.

Mengikut kajian.27 MAC 2008 [PKK_OKED] dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. kadar perkembangan setiap individu. Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia. tetap berbeza dari segi fizikal. saiz fizikal. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. 20 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik. proses pertukaran di 7 . iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama. kognitif. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan. warna mata dan lain-lain. bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Seterusnya. Akan tetapi. Baka juga menetapkan had keupayaan. Ciri-ciri seperti warna kulit. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak. Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. emosi dan sosial. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom.

Rajah berikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosom berlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum.27 MAC 2008 [PKK_OKED] antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri. kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. 8 .

percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan perempuan 9 .27 MAC 2008 [PKK_OKED] Rajah 1: Proses persenyawaan.

Adalah telah diketahui umum. Misalnya. bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. makanan. • Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. sumber teknologi. mempunyai ciri fizikal. guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya. Biasanya. asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Di samping faktor-faktor seperti keluarga. status sosio-ekonomi. seperti saiz badan. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi. gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. kebudayaan dan kepercayaan masyarakat. khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar. mental dan emosi. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. . rakan sebaya. Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865). ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. perbezaan suasana rumah. Setiap individu. berat-ringan. Goddard (1890). emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran. makanan. tinggi-rendah.27 MAC 2008 [PKK_OKED] Berdasarkan huraian di atas. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi fizikal. 10 perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya. asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan Misalnya.

Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children). • Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi. seperti rumah dan sekolah. Perkaitan antara ibu bapa dan rumah dengan guru dan sekolah dapat dilihat seperti dalam Rajah di bawah. kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. • Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. tingkah laku dan emosi dengan sempurna. emosi dan sosial. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang melingkunginya.27 MAC 2008 [PKK_OKED] dan seimbang akan membantu kanak-kanak • Makanan berzat memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. khasnya dari perkembangan intelek. Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak. Misalnya. Perkembangan kognitif kanak-kanak 11 . sahsiah.

radio. Sebaliknya. televisyen dan komputer. filem. • Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi.27 MAC 2008 [PKK_OKED] Guru dan sekolah Ibu bapa dan rumah Rajah 2: Perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran iaitu rumah dan sekolah Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. bermoral. beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar. iklan. serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan. emosi dan sosialnya. kuning atau kezaliman. rajin berusaha. • Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan melahirkan individu yang beriman. Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. majalah. Misalnya: • Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu. • Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia. 12 . akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini. kanakkanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan. personaliti dan mental. • Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik. Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif.

30 Perkembangan Fizikal dan Kognitif Peringkat Kanak-kanak Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembangan fizikal (pertumbuhan fizikal akan terhenti apabila seseorang mencapai kematangan). emosi dan sosialnya. 2007 13 .1 Perkembangan Fizikal Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 1978). Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun 1988. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. berat badan. 3. afektif dan psikomotor pelajar. intelek. demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek. perkembangan fizikal 1 Woolfolk & Margetts. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu. kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan. fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.27 MAC 2008 [PKK_OKED] merupakan pengaruh yang paling penting dalam Guru dan sekolah perkembangan pelajar dari segi fizikal. rohani. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif. berketrampilan. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa.1 Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian. berakhlak mulia. Secara langsung.

senaman dan juga pekerjaan. iklim. dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting. memahami. Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Warna kulit.27 MAC 2008 [PKK_OKED] menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu.2 3. Kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti. dan menceritakan pengalaman.2 Perkembangan Kognitif keupayaan pemikiran. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Dalam konteks ini. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran. memecahkan soal-soal matematik. menganalisa. merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. kita tidak boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh 2 Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) 14 . baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi. Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah. kemahiran berbahasa. menghafal sajak atau doa.

Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Misalnya. perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai. pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak. Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. dan mereka telah pun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik. melukis dengan menggunakan pensel untuk menggantikan krayon. Menurut Jean Piaget. Kanak-kanak pada peringkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari. memanjat. dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas.kanakkanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk. melompat. menunggang basikal dan meluncur (skating). berenang. Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri. Pada peringkat ini. memakai pakaian. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan.27 MAC 2008 [PKK_OKED] Jean Piaget. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun. tulisan mereka semakin kecil dan kemas. mengikat tali kasut. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP) meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanakkanak. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau skipping. mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan kemahiran klasifikasi. Menurut Piaget pula. kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. menggunakan simbol 15 .

mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Pada tahap ini juga.3 Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek.27 MAC 2008 [PKK_OKED] bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain. perkembangan emosi. kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah memikirkan perkara yang abstrak. Dr. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu. kerohanian moral. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Selain itu. perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. perkembangan kognitif. padanan satu dengan satu konsep nombor. ramalan. 3 Ketua Bidang Dasar. kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak dan pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain. konsep ruang dan penyelesaian masalah. Sebagai contoh. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. perbandingan dan diskriminasi. Sharifah Nor Puteh 16 . seorang kanak-kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. operasi nombor dan pengukuran. Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol. memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap ini juga. kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang tidak difahaminya sebelum ini. pengelasan. konsep masa. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Kesimpulannya ialah. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian. nombor dan warna sudah mula difahami. tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya.

• gambar • Dapat melekatkan menggunakan gam. Dapat menggunting kertas • • Penggunaan bahasa dengan baik. Mengetahui warna. 17 . Boleh mengikut arahan guru. Dapat mengaitkan perkataan • • dengan gambar yang diberikan kepadanya. • Boleh melontar objek dengan tepat.27 MAC 2008 [PKK_OKED] MODEL KANAK-KANAK PERINGKAT PRA OPERASI (2 TAHUN HINGGA 7 TAHUN) Nama Umur : Nor Sakinah Arfah binti Zainal Abidin : 6 tahun Ukuran Fizikal • • • • • • Berat Tinggi Tangan Pinggang-kaki Perimeter kepala Ukurlilit pinggang : 20 kilogram : 111 sentimeter : 45 sentimeter : 69 sentimeter : 56 sentimeter : 61 sentimeter • Perkembangan Fizikal Skip secara berselang seli dengan baik. • Perkembangan Kognitif Boleh mengumpul serta menyusun objek dengan baik. • mengikut garisan. Menangkap bola dengan baik. • Menulis huruf dan nombor tetapi masih tidak kemas.

27 MAC 2008 [PKK_OKED] Jadual 1: Perkembangan kanak-kanak peringkat pra operasi MODEL KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7 TAHUN HINGGA 12 TAHUN) Nama Umur : Dyana Rani A/P Muthusamy : 9 tahun Ukuran Fizikal • • • • Berat Tinggi Tangan Pinggang-kaki : 22 kilogram : 123 sentimeter : 50 sentimeter : 76 sentimeter 18 .

Boleh mengenalpasti objek dan hubungannya bahasa. • Perkembangan Kognitif Menguasai konsep pengekalan tentang nombor. berat dan isipadu apabila diberi beberapa soalan • Pendengaran boleh berlainan. Jadual 2: Perkembangan kanak-kanak peringkat operasi konkrit 19 .27 MAC 2008 • • [PKK_OKED] : 53 sentimeter : 59 sentimeter Perimeter kepala Ukurlilit pinggang • Perkembangan Fizikal Penyelarasan dan kawalan tubuh badan tambah baik. • Kanak-kanak boleh memahami dan menggunakan operasi logik untuk menyelesaikan masalah. dengan simbol • Sel-sel otak telah mencapai 60% berat orang dewasa. sudah tajam bunyi dan yang • membezakan kepadanya.

yang dibuat adalah yang pertimbangan .27 MAC 2008 [PKK_OKED] MODEL KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI FORMAL (12 TAHUN HINGGA DEWASA) Nama Umur : Nor Anis Liyana binti Asyraf : 12 tahun Ukuran Fizikal • • • • • • Berat Tinggi Tangan Pinggang-kaki Perimeter kepala Ukurlilit pinggang • : 34 kilogram : 149 sentimeter : 65 sentimeter : 86 sentimeter : 57 sentimeter : 62 sentimeter biologi • Perkembangan Kognitif Mula berdikari. Bentuk tubuh mengalami perubahan yang ketara iaitu saiz dan berat mereka semakin bertambah. logik. membentuk identiti. • Berlaku pertumbuhan sel-sel lemak terutama di bahagian punggung dan dada. berfikir secara deduktif dan menjangka akibat daripada keputusan yang dibuat. 20 mengalami ketidaktentuan dan tidak • Tubuh badan yang semakin besar dan semakin tinggi. • Keputusan berdasarkan munasabah. Kanak-kanak boleh membayangkan perkara-perkara yang tidak pernah dilihat atau dialami sebelum ini dan mampu menyusun idea secara sistematik. abstrak dan • Perkembangan seimbang. berfikiran fizikalnya • Perkembangan Fizikal Mengalami pertumbuhan yang pesat. idealistik.

• Tulisan kemas dan kecil. Oleh itu. pemulihan. intelek. Ini bermakna.27 MAC 2008 [PKK_OKED] aktiviti-aktiviti • Boleh melakukan yang lasak. guru harus menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan. intelek. untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani. pengayaan dan sebagainya. Sehubungan ini. emosi dan sosial di antara satu dengan yang lain. Jadual 3: Perkembangan kanak-kanak peringkat operasi formal 40 Implikasi Perkembangan Fizikal dan Kognitif Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani. 21 . setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. guru harus merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. emosi dan sosialnya.

Oleh yang demikian.27 MAC 2008 [PKK_OKED] Gambar 1: Setiap pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza Mengikut kajian pakar-pakar pendidik. Dalam keadaan ini. murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan. guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Tambahan pula. murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek. program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan. jasmani. untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat. bakat dan sebagainya. Seperti mana yang telah dihuraikan. Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid. kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. minat. rohani. kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Akibatnya. emosi. perbezaan-perbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya. 22 . Untuk membantu murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka. pengalaman.

program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi. remaja. Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus asa. sama ada secara kumpulan kecil atau secara individu. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.27 MAC 2008 [PKK_OKED] Dalam situasi ini. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. kanak-kanak. lambat berfikir dan bertindak serta cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi untuk belajar. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah di samping tidak berdisiplin semasa belajar. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. bayi. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Mereka biasanya kurang cerdas. Murid-murid yang lemah dalam pelajaran mereka memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis. program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan serta-merta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. dewasa dan seterusnya. Justeru itu. Murid-murid ini memang memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru. 23 . Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. 50 Rumusan Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa.

27 MAC 2008 [PKK_OKED] RUJUKAN Mohd Salleh Lebar (1999). Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Bhd. Kamaruddin Hj. Sdn. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Bhd. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Psikologi Perkembangan. Nor’aini bt Tahir.pdf 24 . Bhd. Husin (1996). http://myschoolnet. Roszikin bt Zakaria. Joy N. Zainab bt Zakaria (2007).ppk. Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak. Asas Psikologi Perkembangan. Rafidah Kastawi (2008).my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2. Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Samuel. Bhd. Psiologi Pendidikan 1 Konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan. Subang Jaya: Longman Haliza Hamzah.kpm. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.

27 MAC 2008 [PKK_OKED] 25 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful