NOTA PENGENALAN KOMPONEN ELEKTRONIK

LED – DIOD PEMANCAR CAHAYA

KOMPONEN

SIMBOL

• • • • •

FUNGSI

L.E.D adalah sejenis diod yang boleh memancarkan cahaya apabila dibekalkan voltan tidak melebihi 3 volt. Diperbuat daripada semikonduktor. Berkaki Anod (+) dan Katod (-), dan tidak berfilamen. Arus mengalir satu arah sahaja. Menjimatkan tenaga elektrik, jangka masa penggunaan lebih lama.

PERINTANG Terbahagi kepada dua jenis iaitu :

PERINTANG TETAP

KOMPONEN

PERINTANG BOLEH LARAS

SIMBOL

PERINTANG TETAP

PERINTANG BOLEH LARAS FUNGSI PERINTANG TETAP • Nilai perintang disukat dalam nilai OHM ( Ω ) • Mengawal arus dan mendapatkan susutan voltan dalam litar • Terbahagi kepada 2 jenis: • a) Jenis berkarbon ( campuran karbon dan tanah liat ) • Jenis berlilit dawai ( nikrom dan mangan )

Nilai perintang tidak boleh diubah dan dicatat menggunakan jalur / kod warna perintang.

PERINTANG BOLEH LARAS • Nilai perintang disukat dalam nilai OHM ( Ω ) • Mengawal arus dan mendapatkan susutan voltan dalam litar • Dikenali sebagai REOSTAT • Nilai rintangan boleh diubah-ubah dari 0 hingga ke nilai maksimum • Biasanya digunakan dalam peralatan untuk mengawal bunyi (radio), suara (televisyen), kepanasan (seterika), kelajuan putaran (kipas) dan sebagainya

SUIS KOMPONEN SUIS TEKAN

Suis tekan terbahagi kepada dua iaitu : a) Suis Tekan Tutup b) Suis Tekan Buka

SUIS TOGEL

SUIS TEKAN BUKA SIMBOL

SUIS TEKAN TUTUP

• FUNGSI •

Mengalirkan arus elektrik apabila ditekan dan berhenti apabila punat dilepaskan. Memutuskan aliran arus apabila punat ditekan dan menyambung semula bekalan arus apabila punat dilepaskan.

BUZER

KOMPONEN

SIMBOL

• FUNGSI •

Berfungsi sebagai penggera bunyi yang menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi dan memberi isyarat amaran Memerlukan voltan yang rendah dan berkuasa rendah

KAPASITOR

KOMPONEN

KAPASITOR BERKUTUB

KAPASITOR TIDAK BERKUTUB

SIMBOL KAPASITOR BERKUTUB FUNGSI • • KAPASITOR TIDAK BERKUTUB

• •

Digunakan untuk menyimpan dan membuang cas elektrik. Amaun cas disimpan bergantung kepada: a) Bekalan voltan, semakin tinggi voltan semakin banyak cas disimpan b) Kerapatan plat, plat rapat menambah keupayaaan cas c) Keluasan plat, semakin besar semakin banyak cas diperoleh. Nilai kapasitor ditandakan pada badannya atau kod nombor/huruf. Unit asas ialah Farad (F).

Pecahan unit ukuran: a) mikrofarad (µF) b) pikofarad (pF) c) nanofarad (nF) Binaan : plat pengalir, bahan penebat, dan dawai penyambung

TRANSISTOR

KOMPONEN

SIMBOL

• • • • FUNGSI • •

Berfungsi meninggikan arus, voltan dan kuasa. Boleh membentuk, mengawal,dan memproses isyarat elektrik. Juga digunakan sebagai suis. Mempunyai 3 kaki: a) Pemungut (C / Collector) b) Tapak (B / Base) c) Pemancar (E / Emitter) Dibina daripada bahan separa pengalir (spt: germanium / silikon) yang terdiri daripada bahan positif (P) dan bahan negatif (N). Terdapat 2 jenis transistor: a) NPN b) PNP