Ringkasan Iss.

1 : 07-09-2009

RINGKASAN PERATURAN
BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG
(Sila baca di Papan Kenyataan Masjid Bandar Bukit Puchong untuk peraturan Lengkap atau minta salinan daripada Pengerusi Badan Khairat) (Sebarang Pertanyaan sila hubungi Mohd Sopian : 013-3546110 / Ustaz Abdul Hakim : 017-2603583)

1.0 PERMOHONAN MENJADI AHLI
1. Yuran Pendaftaran (RM12.00) & Yuran tahunan (RM48.00) hendaklah disertakan sekurang-kurangnya ketika menyerahkan borang permohonan.

2.0 SYARAT KEAHLIAN
1. Ahli adalah terdiri daripada ketua keluarga beragama Islam yang bermastautin(penduduk tetap) atau bermukim(menyewa) di kariah Masjid Bandar Bukit Puchong. 2. Seseorang ahli baru hendaklah mengisi borang yang disediakan oleh Badan Khairat ini dan dimestikan membayar bayaran Pendaftaran sebanyak RM12.00 dan Yuran tahunan RM48. Manakala tahun berikutnya boleh menbayar secara bulanan iaitu RM 4.00 dengan tidak mengira berapa ramai tanggungan. 3. Seseorang ahli hanya boleh mewakili satu keluarga di bawah tangungannya (tidak termasuk orang gaji) 4. Jika sekiranya keluarga terdekat(mahram) dari luar Kariah Masjid Bandar Bukit Puchong datang ke rumah ahli dan meninggal dunia serta Jenazahnya diuruskan dan/atau dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Masjid Bandar Bukit Puchong, maka badan Khairat Kematian akan mengeluarkan separuh daripada peruntukan untuk ahli iaitu sebanyak RM500 bagi jenazah dewasa, RM300 bagi jenazah kanak-kanak. (Peruntukan diberi hanya jika jenazah diuruskan di kariah Masjid Bandar Bukit Puchong sahaja) 5. Jika sekiranya berlaku kematian keatas Ibu/bapa atau ibu/bapa mertua atau ibu-ibu/bapa-bapa mertua ahli yang tinggal diluar kariah Masjid Bandar Bukit Puchong, Saguhati sebanyak RM250 akan disumbangkan kepada ahli. 6. Sekiranya pada sesuatu hari atau minggu atau bulan atau tahun itu berlaku kekerapan kematian yang menyebabkan tabung khairat tidak mencukupi untuk menampung setiap kos urusan jenazah, maka setiap ahli akan dikenakan yuran tambahan untuk menampung kekurangan tersebut. Nilai tambahan yuran akan diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Badan Khairat Kematian mengikut keperluan. 7. Sekiranya ada penduduk, luar dari kariah Masjid Bandar Bukit Puchong berhajat menyertai Badan ini, keputusan adalah bergantung kepada persetujuan Nazir Masjid Bandar Bukit Puchong.

3.0 TANGGUNGJAWAB DAN HAK-HAK AHLI
1. Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:a. Memegang teguh serta mentaati Hukum Syarak dan Peraturan Badan ini; b. Menghadiri dan mengambil bahagian dalam kegiatan yang dijalankan oleh Badan ini; c. Menjelaskan yuran bulanan setiap bulan pada minggu yang pertama iaitu dari 1 hingga 7 haribulan. (Bayaran sekaligus setahun RM48 sangat digalakkan) 2. Ahli yang berdaftar mempunyai hak untuk mendapat peruntukan seperti dalam Dalam Jadual-1 dibawah (iaitu bukan wang tunai jika jenazah diuruskan dikariah Surau At-Toyyibah) 3. Jika ada baki daripada peruntukan perbelanjaan dalam Jadual-1, ahli berhak dan boleh menuntut baki tersebut (dalam bentuk wang tunai). 4. Ahli berhak mendapat sumbangan wang tunai seperti peruntukan dalam Jadual-1, jika jenazah tidak diuruskan di Kariah Masjid Bandar Bukit Puchong. (Jika ahli yang meninggal dunia, Badan ini akan menyerahkan peruntukan tersebut kepada waris terdekat atau pengganti Ketua Keluarga) 5. Ahli berhak meminta resit atau bukti pembayaran yuran daripada Bendahari.

JADUAL-1: PERUNTUKAN PERBELANJAAN PENGENDALIAN JENAZAH
Peruntukan berikut diberikan kepada ahli dan tanggungan ahli yang mendaftar didalam borang keahlian Jenis-jenis perbelanjaan Gali Kubur/Kain Kafan/Perkakas Mandian/Papan/ Kereta Jenazah/Mandi Jenazah/PengurusKubur/ Jamuan Ringan & Lain-lain keperluan PeruntukanJenazah Dewasa Peruntukan Jenazah Kanak-kanak*

RM1000.00

RM600.00

*Jika tubuh Kanak-kanak menyamai saiz orang dewasa, peruntukan Dewasa akan diberikan

SILA SIMPAN RINGKASAN PERATURAN INI UNTUK RUJUKAN AKAN DATANG