Wabak Deman Denggi Menyerang Manusia

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia,Datuk Seri Liow Tiong Lai,terdapat 30350 kes demam denggi telah pun direkodkan pada hari Sabtu ,14.08.2010.Terdapat 95 orang mati.Rekod ini telah menunjukkan peningkatan kes demam denggi berbanding tahun lepas.Sebanyak 50%rumah pesakit demam denggi terdapat jentikjentik di rumah mereka.Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum penyakit menjadi barah, saya ingin mencadangkan beberapa strategi-strategi yang berkesan untuk membasmi masalah demam denggi di Negara kita yang semakin kronik. Untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam wabak demam denggi,kita haruslah menjaga persekitaran dengan memastikan ketiadaan rumah syurga bagi nyamuk membiak.Kita hendaklah memeriksa barang-barang atau benda-benda yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk secara tetap.Misalnya, kita membuang air bertakung di dalam pasu bunga setiap hari .Dengan adanya persekitaran yang baik maka kita dapat menghindarkan diri daripada terbabit dalam wabak demam denggi. Setiap penyakit pastinya mempunyai penawarnya,begitu juga wabak demam denggi.Kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan diri menjadi makanan nyamuk. Hal ini demikian kerana sejenis virus yang dinamakan denggi berkembang dan membiak di air liur nyamuk.Jika tergigit oleh nyamuk,virus denggi akan masuk ke saluran darah dan mengakibatkan demam denggi klasikal atau demam denggi berdarah.Oleh itu,kita haruslah

sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar dan diri sendiri.Dengan adanya gaya hidup yang sihat nescaya masalah wabak demam denggi dapatlah dilenyapkan. Memandang dari kanca mata yang lain,pihak sekolah juga haruslah bertanggungjawab menekankan kepentingan penjagaan kebersihan terhadap pelajar sama ada secara langsung atau secara tidak langsung kerana masa pelajar berada di sekolah adalah lebih panjang berbanding berada di rumah.Guru-guru haruslah member informasi tentang demam denggi kepada pelajar melalui pengajaran dan pengajaran.Contohnya, sekolah mengadakan pertandingan menulis esei tentang demam denggi,pertandingan teka silang kata,pertandingan melukis poster dan lain-lain lagi. Dengan adanya kerjasama pihak sekolah, kesedaran tentang wabak demam denggi dapatlah disampaikan nescaya kadar kes demam denggi dapatlah menurun secara drastik. Media massa yang menjadikan Negara tiada sempadan juga haruslah memikul tanggungjawab yang berat dalam penanaman kesedaran masyarakat.Media massa haruslah melaksanakan peranannya dengan menyiarkan iklan-iklan yang berkaitan dengan pencegahan wabak demam denggi.Sebagai contoh,iklan wabak demam denggi telah diiklankan menerusi saluran televisyen RTM2 untuk menanam bibit-bibit kesedaran terhadap masyarakat yang kurang prihatin akan isu ini.Dengan adanya bantuan media massa yang berterusan,kesedaran serta pencegahan wabak demam denggi dapatlah disampaikan secara luasnya kepada masyarakat dengan efektif dan berkesan.

Pihak kerajaan juga haruslah memikul peranannya dengan melancarkan kempen kesedaran secara berterusan di setiap pelosok Negara kita untuk mengingatkan masyarakat tentang kesan-kesan buruk jika dijangkiti wabak demam denggi seta pencegahan demam denggi.Tanpa kesedaran masyarakat nescaya kematian wabak demam denggi meningkat adalah hasilnya.Contohnya, masyarakat haruslah menyahut seruan pihak berkuasa sebelum nasi menjadi bubur dengan memenuhi caracara pencegahan yang diutarakan.Secara ringkasnya,kita,sebagai masyarakat haruslah mengembleng tenaga untuk membasmi wabak demam denggi ini daripada semakin kronik dan menular di Negara kita kerana bersatu teguh,bercerai roboh. Bagi peranan ibu bapa pula,ibu bapa dipertanggungjawabkan dengan menjadi role model kepada anakanak yang bagai katak di bawah tempurung .Ibu bapa haruslah menunjukkan kepentingan penjagaan kebersihan yang betul dan tepat kepada anak-anak mereka bukannya bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus.Ibu bapa haruslah mengadakan gotongroyong membersih kawasan rumah untuk menyemai kesedaran tentang kemustahakkan penjagaan kebersihan rumah di sanubari anak-anak.Dengan adanya teladan ibu bapa nescaya wabak demam denggi dapatlah dikurangkan. Bak kata pepatah: sesal dahulu berpendapatan,sesal kemudian tidak berguna, yang boleh dikaitkan dengan gelagat masyarakat tentang demam denggi yang menular di Negara kita.Berdasarkan strategi-strategi yang saya cadangkan,saya amat semua pihak melaksanakan peranan masing-masing dalam pembasmian wabak demam denggi yang semakin kronik kerana

bersatu teguh,bercerai roboh.Tanpa usaha yang serentak nescaya wabak demam denggi akan bermaharajalela di Negara kita tanpa berhenti.