You are on page 1of 27

c c  

  

c       



       c   !"# .

#'...# c      '    Y Y $!- Tujuan kertas ini ialah: i) Untuk menyampaikan maklumat terakhir tentang perkembangan sistem ejaan Jawi yang rasmi. $%%$&     '   ($%" )  *  +. iaitu @   .

yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka berdasarkan keputusan Konvensyen Tulisan Jawi tahun 1984.    @ tahun 1986. Y º!  -   +     +   - º. .1.Tujuan Penyempurnaan Ejaan Ja wi: Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan yang berikut: i) Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekaligus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan (sebelum tahun 1986).

º. kecuali oleh pihak swasta seperti Penerbit i . antara usaha yang diambil untuk menyempurnakan sistem ejaan Jawi diperturunkan di bawah. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas.B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937 ($)dan usaha yang dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. i) Pada tahun 1981. Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P. Selepas itu. º. iaitu Sistem Ejaan Jawi Za'ba. iii) Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi) supaya dapat diperl uas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana penulisan bahasa Melayu moden.Bm. Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). . Dalam dekad 198 -an. tanpa menghapuskan ciri -ciri khusus sejarah dan budayanya.Langkah-langkah Penyempurnaan Ejaan Jawi (1981 -1989). ii) Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan. Sebuah buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan segera". (. usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak berlaku sehingga akhir tahun 197 -an. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939 (º)itu.) ii) Untuk melaksanakan perakuan tersebut. Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang dilantik oleh Y. Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar -pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum. bagi menghadapi perkembangan bahasa. bangsa dan negara dalam merealisasikan wawasan tahun º º dan seterusnya.P.B.

dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan (/). Bidang Tugas Jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadap Sistem Ejaan Jawi Za'ba (@  i .

@  @  i .

dani .tahun 1941.

  ! tahun 1949). termasuk mereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh D ewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985. serta beberapa penerbitan Jawi yang lain. Konve nsyen ini dihadiri oleh 15 orang pakar tentang ejaan Jawi. iii) Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu. Singapura. serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia. pusat pengajian tinggi. yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan. dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul @   . Brunei Darussalam. Berhad ( ). dan Thailand (1). dan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu. iv) Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baik oleh peserta Konvensyen di Terengganu itu. institusi dan badan sukarela di seluruh negara. Sistem Ejaan Jawi Dian i (0)dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan-penerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn.

vi) Dengan berdasarkan @ (1987) itu. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun !  ($2)yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1988. Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan dan menerima pandangan darip ada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam @ tahun 1986 itu. naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judul @ (%)yang sama pada tahun 1987. Kemudian.    (")(seterusnya disebut @ ). v) Dalam tahun 1987. Senarai kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku !  i.

. ($$)(1998).

Sebaliknya yang dihasilkan hanyalah Sistem Ejaan Jawi Za'ba yang diperkemas dan dinyatakan semula dengan perkataan baru". Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menyus un edisi kedua !  . 1949). (iii) mengadakan yang tiada.1. Proses penyempurnaan terhadap Jawi Za'ba itu dilakukan dengan lima kegiatan atau perkara ($. Berdasarkan pandangan beberapa orang pakar. iaitu (i) mengekalkan yang sudah kemas. terdapat pembetulan terhadap beberapa perkataan yang dicetak salah atau kurang tepat pengejaannya dalam cetakan pertama. hlm. Y . terutama perkataan pinjaman dan serapan daripada bahasa Arab. Dengan itu. vii) !  (1988) ini telah diterima dengan pelbagai reaksi oleh pengguna kerana terdapat beberapa banyak kesalahan pengejaan kata. . Buku cetakan kedua tahun 1989 ini memansuhkan penggunaan buku cetakan pertama tahun 1988.&3  !4  5'+    '   ($%" )& 3.). Daftar ini akan mengandungi semua kata dasar dan kata terbitan yang terdapat dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu umum dewasa ini. (ii) melengkapkan yang kurang. Dalam cetakan kedua ini. 3. 1). (iv) menjelaskan yang kabur. daftar ini telah disemak semula dan diterbitkan cetakan kedua pada tahun 1989 ($º).Dasar penyempurnaan ejaan jawi: Dasar penyempurnaan ejaan Jawi tahun 1986 cukup jelas.Dengan landasan yang demikian. viii) Kini. landasan yang digunakan bagi usaha penyempurnaan ejaan Jawi ialah Ja wi Za'ba (1941. iaitu mewujudkan sistem ejaan Jawi untuk keperluan masa kini dan keperluan masa depan dengan berlandaskan sistem ejaan Jawi yang sedang digunakan. Dengan terbitnya daftar ini kelak. maka cara pengejaan kata dalam tulisan Jawi bagi semua bentuk kata dasar dan kata terbitan umum dapat diselesaikan dan disebarkan. (Kertas Kerja 1984. yakni yang disusun oleh Almarhum Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba).º. rumusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP sebagaimana yang diterima oleh Konvensyen Tulisan Jawi (1984) itu "bukanlah menghasilkan sesuatu sistem ejaan Jawi yang baru yang sama sekali menyimpang darip ada sistem ejaan sekarang. Beberapa kesalahan pengejaan kata yang masih terdapat di dalamnya akan dibetulkan supaya sesuai dengan @ . dan (v) mengemaskan yang longgar.

Perkara ini dilihat dari sudut sistem huruf sebagai sistem bagi lambang bunyi atau lambang fonem. ternyatalah kepada kita dua kumpulan maklumat yang baru di dalamnya.Dalam kertas kerja ini. kami akan menampilk an kaedah atau aturan yang berupa "pembaikan" dan "tambahan" yang menjadikan Jawi Za'ba itu lebih sempurna sebagaimana yang termaktub dalam @ .3. Maklumat yang dimaksudkan itu ialah kaedah atau aturan yang berupa "pembaikan" dan kaedah atau aturan yang berupa "tambahan" kepada Jawi Za'ba. 3. iaitu maklumat yang tidak terdapat dalam Jawi Za'ba. Contoh-contoh ejaan lama yang disenaraikan di sini boleh berupa ejaan Jawi Za'ba atau ejaan yang tidak disenaraikan dalam i .Sebagai kesimpulannya.4. Kedua-dua aspek "pembaikan" dan "tambahan" ini disifatkan sebagai kebaikan-kebaikan @ yang disimpulkan sebagai melebihi sistem ejaan lama. 3. dan bukan huruf sebagai ejaan atau tulisan semata-mata. apabila diteliti @ dengan saksama.

Y /& .  ! Za'ba tahun 1949 tetapi digunakan sebagai ejaan Jawi Lama.

lebih kaya daripada huruf Arab sendiri. [h] ha (simpul). [d] da. iaitu. [s] sin.Pelambangan Konsonan. malah. . [t] ta dan ta marbutah. huruf Jawi lebih lengkap untuk melambangkan semua fonem atau bunyi Melayu jati dan bunyi atau fonem pinjaman yang ada dalam bahasa Melayu moden kini. Perinciannya: i) Tiga belas konsonan jati Melayu dilambangkan de ngan 13 huruf daripada bahasa Arab. 4. [j] jim.  6 & Dalam @ . [m] mim. [n] nun. [r] ra. iaitu [b] ba.1. [l] lam. [k] kaf. Kesemua fonem konsonan jati dan fonem pinjaman yang terdapat dalam bahasa Melayu moden kini dapat dilambangkan oleh huruf - huruf Jawi dalam @ . iaitu hampir kesemuanya dengan pelambangan satu lawan satu antara huruf dengan fonem atau bunyi. [w] wau dan [y] ya. Ini sama dengan Jawi Za'ba. Ini lebih lengkap daripada Jawi Za'ba. semua 3 huruf daripada tulisan Arab klasik dan tujuh yang disesuaikan bentuknya daripada huruf Arab. Kesemuanya terdapat 37 huruf.

kaf dan hamzah yang ketiga -tiganya digunakan tanpa aturan yang tertentu -. huruf kaf digunakan sebagai lambang bagi konsonan [k] (bukan hentian glotis. Ini sama dengan Jawi Za'ba. terdapat tiga huruf yang biasa digunakan sebagai lambang hentian glotis penutup suku kata atau di akhir kata. .ii) Lima bunyi konsonan jati dilambangkan denga n huruf Arab yang diubahsuai tanda titiknya. [g] ga. Dalam Jawi Za'ba / Lama. [ny] nya dan [ng] nga. [c] ca. iaitu [p] pa. tetapi plosif lelangit lembut tak bersuara) di akhir kata bahasa Inggeris dan bahasa -bahasa Eropah yang lain. Ini pembaikan kepada Jawi Za'ba / Lama.seolah-olah konsonan hentian glotis itu mempunyai tiga nilai bunyi yang berbeza. Contohnya: ÿ Y Y @ Y   Y ϕ ΩϭΏ ϕ ΩϭΏ  Y ϙ ϱ΃ Ώ ϕ ϱ˯΍ Ώ Y ˯ ϭϙϭ̣ ϕ ϭϙϭ̣ Berikutan aturan itu. Huruf qaf dipilih kerana sudah banyak penggunaann ya dalam Jawi Lama. Perinciannya: a) Menggunakan huruf ( ϕ ) sahaja sebagai lambang bagi bunyi hentian glotis di akhir kata jati bahasa Melayu. di samping penggunaan huruf kaf dan qaf bagi kata - kata tertentu. Ini suatu kebaikan bagi kaedah mengajar dan belajar Jawi baru. Tidak ada kekecualian dalam aturan ini. Manakala huruf hamzah (yang melambangkan hentian glotis) hanya terdapat di akhir kata pinjaman daripada bahasa Arab. Dengan aturan baru dalam @ ini. dapat dikenal dengan mudah asal sesuatu kata (etimologi) dalam bahasa Melayu dengan cuma melihat kepada huruf akhir kata tersebut sama ada kaf atau qaf atau hamzah. iaitu huruf qaf. iii) Bunyi konsonan jati Melayu hentian glotis [?] dilambangkan dengan huruf hamzah (di awal) atau huruf qaf (di akhir).

b) Menggunakan huruf hamzah sebagai lambang hentian glotis Melayu yang membuka suku kata kedua yang bermula denga n vokal (yakni. Contoh: ÿ Y . ke.dan se-] dengan kata dasar yang bermula dengan vokal). khusus bagi hamzah di antara kata sendi [di dan ke] atau awalan [di-.

fa. Semua kata daripada bahasa Arab yang mengandungi huruf-huruf ini diterima dan dikekalkan huruf dan bentuk ejaan katanya dalam bahasa Melayu. syin. iaitu wau bertitik di atas ( ̫ ). to. Contoh: ÿ Y . ghain. kecuali beberapa kata yang disesuaikan ejaannya (hurufnya) dan bentuknya dengan kaedah sebutan Melayu jati. syin dan fa digunakan juga untuk melambangkan bunyi daripada bahasa Inggeris dan Eropah [z]. zo. zai. Jawi Za'ba/Lama menggunakan sama ada huruf ba atau wau atau fa tanpa aturan yang jelas. ha. Huruf baru Ô ini dicipta sebagai padanan bagi huruf rumi [v] untuk menulis atau mengeja kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah lain yang menggunakan aksara Latin yang mengandungi huruf tersebut. Huruf zai. v) Fonem [v] pinjaman daripada bahasa Inggeris dilambangkan dengan huruf baru va. dod. sod. [sy] dan [f] satu per satu. iv) Empat belas fonem atau bunyi konsonan Arab yang diterima menjadi bunyi pinjaman dalam bahasa Melayu ialah yang dilambangkan dengan huruf tha. ain. Ini tambahan kepada Jawi Za'ba. zal. dan bukan di atas alif atau di bawah alif atau di atas garis dasar. Y @ Y YY ƒ΃ Ω ƒ˯΍ Ω c YY ƒ΃ ϙ ƒ˯΍ ϙ Y ϱƒ ΃ Ω ϱƒ˯ ΍ Ω c Y ϥ΃ϡ ̱΃ϙ ϥ˯΍ ϡ ΍̱˯΍ ϙ  Y ϡ ΍̱΃ƒ ϡ ΍̱˯ ΍ƒ Hamzah diletakkan di tengah baris. dan qaf. kha. Ini pembaikan terhadap Jawi Za'ba/Lama. Ini sama dengan Jawi Za'ba/Lama.

Y @ Y .

4. maka terpaksalah disediakan huruf-huruf Rumi yang sesuai yang dapat melambangkan kesemua bunyi Arab yang disusun menurut kaedah transliterasi yang berbeza daripada huruf Rumi biasa. iaitu alif. . bagi menuliskan atau mengeja istilah agama Islam. Perincian: a) Vokal [a] dilambangkan dengan alif jika di awal kata dasar atau pada suku kata terbuka. wau. e) Vokal [a] dan pepet tidak dilambangkan dengan alif jika terletak dalam suku kata tertutup (pola KVK).Pelambangan Vokal: i) Enam fonem vokal Melayu dalam @ dilambangkan dengan tiga huruf Jawi seperti dalam Jawi Za'ba. Sehinggakan. tidak dibezakan nilai panjang atau pendek bunyi vokal seperti yang terdapat dalam sistem bunyi vokal bahasa Arab.º. b) Alif yang melambangkan vokal pepet (iaitu sama ada sebagai satu suku kata atau sebagai permulaan suku kata) hanya hadir di kedudukan awal kata dasar. c) Vokal [i] dan [e] dilambangkan dengan huruf ya pada semua suku kata terbuka atau suku kata tertutup. seperti [s] bagi sod. Y ΍ ƒϱ ϭ ΍ ƒϱ ̫  Y ϱ ϱƒ Ώϱ ϥ ϭ ϱ ϱϱƒ̫ϱ ϥ ϭ ΍   Y ϑϱƒ Ώƒ ϑϱƒ̫Ώ ϭ ƒ vi) Semua huruf Jawi yang berasal daripada tulisan bahasa Arab digunakan dalam @ . apabila semua huruf Jawi tersebut diperlukan padanannya dalam ejaan Rumi. tetapi dilambangkan dengan alif-wau apabila di awal kata dasar. dan ya. d) Vokal [u] dan [o] dilambangkan dengan huruf wau pada semua suku kata terbuka atau suku kata tertutup. tetapi dilambangkan dengan alif-ya apabila di awal kata dasar. Ini memperkemaskan Jawi Za'ba/Lama. Ini menjadikan tulisan Jawi memiliki sistem abjad dan sistem huruf yang lebih lengkap daripada abjad dan sistem huruf Rumi. Kaedah huruf Rumi transliterasi ini dapat juga dilihat dalam buku @ "    #$%& #! ($/)tahun 1984. Dalam sistem Jawi.

ii) Huruf ya tanpa titik (alif maqsurah). khususnya yang terdapat pada akhiran -isme dan -ase dalam kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. iaitu sebagai padanan bagi huruf [e] yang melambangkan bunyi pepet pada akhir perkataan. iaitu ϯ . Contoh: ÿ Y . Ya tanpa titik ini diberi satu fungsi tambahan. diterima dalam @ menjadi huruf yang berbeza fungsinya daripada huruf ya biasa ϱ (ya bertitik). Ini tambahan kepada Jawi Za'ba/Lama.

Pelambangan Diftong: i) Dua daripada tiga bunyi diftong dalam bahasa Melayu dilambangkan dengan huruf baru dalam @ . Dengan menggunakan alif -ya sebagai lambang diftong [ai]. Ini memperkemas aturan dalam Jawi Za'ba/Lama. 4.3. kita mengurangkan fungsi huruf ya. diftong [au] dilambangkan dengan alif-wau. Diftong [oi] ditulis dengan huruf wau-ya. diftong [ai] menggunakan huruf ya yang digunakan juga bagi vokal [i] dan [e]. Perincian: a) Dalam Jawi Lama. Y @ Y ÿ  Yϡ ίϱ ϝ ϥϭϱƒ΍  ϯϡƒϱϝ΍ ϥϭϱƒ΍  á  Y ϡί ϱϝ ΍ϱΩ ϱ΍ ϯϡ ƒϱϝ΍ ϱΩ ϱ΍  Y ϱϝ ϱϡ ΍ ƒ ϯƒ΍ ϝϱϡ ΍  Y ƒϱ̣ϱϝ ϯƒ΍ ̣ ϱϝ Fungsi tambahan ya tanpa titik dalam @ ini sama sekali tidak menjejaskan fungsinya yang sedia sebagai alif maqsurah yang diterima dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab seperti ϩϝϝ΍ ϯϝ΍ω (Allah Taala) dan ϯƒϭ ϡ (Musa). Dengan ini. Ini menyebabkan huruf ya boleh dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata yang homografik sifatnya. huruf ya tanpa titik dalam @ melambangkan dua fonem vokal: (i) Sebagai lambang vokal [a] panjang di akhir kata pinjaman daripada bahasa Arab dan (ii) sebagai lambang vokal pepet di akhir kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. ia itu . Diftong [ai] dilambangkan dengan alif -ya.

daripada empat bunyi -. vokal [i]. vokal [e]. Contoh: ÿ Y . dan diftong [ai] -.konsonan [y]. Dengan ini juga. iaitu cuma bagi lambang vokal dan konsonan. dibezakan dengan jelas homograf yang mengandungi diftong [ai] daripada yang mengandungi vok al [i] atau [e].kepada tiga sahaja.

vokal [o]. dalam Jawi Lama. dapatlah kita bezakan homograf yang mengandungi diftong [au] daripada yang mengandungi vokal [u] atau [o] dengan jelas. diftong [au] menggunakan huruf wau yang digunakan juga bagi vokal [u] dan [o]. iaitu cuma sebagai lambang bagi vokal dan konsonan. iaitu daripada empat bunyi -. Contoh: ÿ Y . Dengan ini juga. Y Y Y ϱ ̣ ϱ΍ ̣ Y ϱ ̣ ϱ ̣ c Y ϱϝϭϙ ϱ΍ ϝϭϙ c Y  Y ϱϝϭϙ ϱϝϭϙ b) Begitu juga. kita juga mengurangkan fungsi huruf wau. vokal [u]. Dengan menggunakan alif-wau sebagai lambang diftong [au]. dan diftong [au] -.konsonan [w].kepada tiga sahaja. Ini menyebabkan huruf wau boleh dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata yang homografik bentuknya.

Y Y  Y ϡ ϝϭ ̣ ϭ΍ ̣ϡϝ  Y ϭ̣ϡ ϝ ϭ̣ϡ ϝ c Y ϭ ϝ ϱϙ ϭ ΍ ϝϱϙ c Y ϭ ϝ ϱϙ ϭ ϝ ϱϙ Menggunakan bentuk ejaan yang berlainan bagi dua kata yang sebutan dan maknanya berbeza tentulah lebih mudah daripada hendak menentukan sebutan dan makna bagi kata homograf dengan semata-mata berdasarkan penggunaan dalam konteks ayat. Y .

Y 5.º.1. dam ϡ΍Ω (sejenis permainan).Ejaan Kata Dasar Dua Suku Kata: Perkara pokok yang menarik perhatian kita dalam sistem ejaan Jawi ialah tentang penggunaan huruf vokal alif.0&  c'- @ menyelaraskan dan mengurangkan penggunaan aturan yang berbagai-bagai atau yang banyak bagi mengeja kata -kata dalam sesuatu kategori pola ejaan yang sama yang terdapat dalam Jawi Za' ba/Lama. Aturan ini diperlukan kerana sudah banyak terdapat kata ekasuku daripada bahasa asing. yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu ($ ). dam ϡΩ . Ini menyelaraskan aturan Jawi Za'ba/Lama. plat ΍ ϝ̣ . bab Ώ΍Ώ . ada kata yang menggunakan alif. jam ϡ ΍Ν. iaitu bagi semua kata Melayu Jati dan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris atau bahasa -bahasa lain. mad Ωϡ . Kata-kata tersebut perlu diperlihatkan bentuk visualnya dalam ejaan Jawi yang seharusnya sejajar cara pelambangan vokalnya dengan bentuk visual dalam ejaan rumi. terutama daripada bahasa Inggeris. Yang menjadi masalah pokok yang . kecuali bagi beberapa kata tertentu daripada bahasa Arab dan beberapa kata Melayu ejaan klasik sahaja ($0). ii) Semua kata ekasuku yang berasal daripada bahasa Arab dikekalkan bentuknya yang asal: Sama ada dengan huruf vokal atau tanpa huruf vokal. dan ϥ΍Ω . yang pelbagai ragamnya dalam ejaan Za'ba/Lama. ada kata yang tanpa alif. Dalam Eja an Jawi Lama. Contoh: Wang ̭΍ϭ . tertutup atau terbuka. wau dan ya dalam kata dasar dua suku kata.Ejaan Kata Ekasuku: @ memperkenalkan aturan ejaan kata ekasuku yang berpola KVK yang mudah berbanding dengan ejaan Jawi Za'ba/Lama. hal ϝ΍Ρ . 5. Dengan ini. kecuali daripada bahasa Arab. Perincian: i) Semua kata ekasuku tertutup dengan vokal [a] dieja dengan huruf alif. khas ι ΍Υ . berertilah bahawa semua kata ekasuku tertutup ditulis dengan huruf vokal. Contoh: Sah Ρ ι. kad Ω ΍ϙ.

huruf alif digunakan di kedua- dua suku kata sekiranya suku kata kedua bermula dengan huruf dal. [i-a]. [i-u].memperlihatkan ketidakseragaman itu ialah kata yang mengandungi vokal [a]. [a-u]. [u- u].1. wau atau ya) digunakan dikedua -dua suku kata terbuka itu. ra. Walaupun. lam. Perincian: i) Apabila KV-KV itu [Ka-Ka]. huruf alif digunakan di suku kata pertama sahaja sekiranya suku kata kedua tidak bermula dengan huruf konsonan dal. iv) Apabila KV-KV itu [KV-ka] atau [KV-ga]. [e-o]. jika diteliti dengan saksama. tetapi sistem atau peraturan itu terlalu banyak ragamnya dan banyak pula mengandungi kekecualian yang berbagai-bagai. [e-a]. [o-e] atau [o-o]). [i-i]. lebih mudah dimengerti. ada yang tidak.Ejaan Kata Dasar Berpola KV-KV Dalam @ dirumuskan lima aturan pengejaan kata dasar yang berpola KV-KV ini. Ini sama dengan Jawi Za'ba. dan beberapa kriteria yang lain. . ada yang menggunakan huruf alif. lam. lebih sera gam sifatnya. iaitu ejaan menurut kaedah dal -ra-lam-wau-nga. Ini semua menjadi beban bagi ingatan dalam proses pembelajaran Jawi dan. wau atau nga. dan lebih senang menulisnya atau menggunakannya. akibatnya. Ini sama dengan Jawi Za'ba. maka huruf vokal (alif. [u-i]. maka huruf vokal (alif.º. [u-a]. pengguna yang tidak peka kerap membuat kesalahan mengeja huruf vokal tersebut. iaitu suku kata kedua berupa konsonan kaf atau ga. wau atau nga. iaitu berdasarkan jenis vokal (keenam-enam vokal) di kedua-dua suku kata yang terlibat. 5. iaitu lanjutan daripada kaedah dal -ra- lam-wau-nga. iii) Apabila KV-KV itu bukan [Ka-Ka] (iaitu gabungan vokal berpola [a-i]. Ini menyelaraskan dan mempermudah pelbagai aturan yang terdapat dalam Jawi Za'ba/Lama. ii) Apabila KV-KV itu [Ka-Ka] juga. ra. Jawi Za'ba/Lama itu bersistem atau berperaturan. [o-a]. Sistem yang dirumuskan dalam @ memperlihatkan aturan yang lebih sederhana bentuknya. Kami akan mempamerkan beberapa pembaikan atau penambahan yang dilakukan terhadap ejaan Jawi Za'ba/Lama itu sekadarnya.

Ini menyeragamkan ejaan Jawi Lama. Ini menyelaraskan atau menyeragamkan aturan ejaan Jawi Za'ba/Lama. [a-i] atau [a-u] dengan konsonan di suku kata kedua bukan kaf atau ga).º. ii) Apabila KVK-KV itu [KaK-ka] atau [KaK-ga] (iaitu suku kata kedua mengandungi huruf konsonan kaf atau ga). Perincian: i) Apabila KVK-KV itu mengandungi vokal pepet di suku kata pertama. wau atau ya) digunakan di suku kata yang pertama sahaja. 5. maka huruf vokal tidak digunakan di kedua -dua suku kata.Ejaan Kata Dasar Berpola KVK -KV: Dalam @ dirumuskan lima aturan pengejaan kata das ar yang berpola KVK-KV. [e-o]. maka huruf vokal (alif. [u-a].º. maka huruf vokal (wau atau ya) digunakan di suku kata pertama sahaja. [e]. [o-a]. . [u] atau [o] di suku kata pertama. maka huruf vokal (alif. wau atau ya) digunakan di suku kata kedua sahaja. [u-u]. Ini sama dengan Jawi Za'ba/Lama. iaitu ejaan menurut kaedah ka-ga. iii) Apabila KVK-KV itu bukan [KaK-ka] atau [KaK-ga] (iaitu gabungan vokal berpola [a-a]. v) Apabila KVK-KV itu bukan [KVK-ka] atau [KVK-ga] (iaitu gabungan vokal berpola [i-a]. v) Apabila KV-KV itu terdiri daripada suku kata pertama dengan vokal pepet. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba/Lama. [e-a]. maka huruf vokal (alif. Ini sama dengan ejaan Za'ba/Lama. [u- i]. maka huruf vokal (alif. iv) Apabila KVK-KV itu [KVK-ka] atau [KVK-ga] (iaitu suku kata kedua mengandungi konsonan kaf atau ga) dengan vokal [i]. wau atau ya) digunakan di suku kata kedua sahaja. wau atau ya) digunakan di kedua -dua suku kata. wau atau ya) digunakan di suku kata kedua sahaja. [i-i]. [i-u]. Ini menyelaraskan dan mempermudah pelbagai aturan yang terdapat d alam Jawi Za'ba/Lama. [o-e] atau [o-o]). Ini menyeragamkan ejaan Jawi Lama.

Perincian: i) Huruf vokal tidak digunakan di kedua -dua suku KVK-KVK apabila kedua-duanya mengandungi sama ada vokal [a] atau pepet. KV-VK dan KV- KVK: Sejumlah enam aturan pengejaan kata dasar yang berpola KV - KVK dirumuskan dalam @ . [e-a]. iii) Apabila KV-KVK itu [Ke-KaK].Ejaan Kata Dasar Berpola V-VK. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba. [a-u]. [e-o]. huruf vokal (alif) tidak digunakan di kedua -dua suku kata. huruf vokal (wau atau ya) digunakan di suku kata kedua sahaja sekiranya vokal di suku kata kedua ini bukan [a]. Perincian: i) Bagi pola V-KVK. [i-i]. huruf vokal (alif. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba. alif-wau atau alif-ya) digunakan di suku kata pertama sahaja sebagai pemula kata. [u-a] dan [o-a]). iv) Apabila KV-KVK mengandungi vokal pepet di suku kata pertama. V-KVK. ii) Apabila vokal [a] atau pepet terdapat di suku kata kedua sahaja.4. [o-e]. [e-e]. Ini sama dengan Jawi Za'ba.Ejaan Kata Dasar Berpola VK-KVK dan KVK-KVK: Dalam @ dirumuskan sejumlah empat aturan pengejaan kata dasar yang berpola VK -KVK dan KVK-KVK. Ini menyelaraskan beberapa pengejaan kata dalam Jawi Za'ba/Lama. [u-i] dan [u-u]. Ini sama dengan Jawi Za'ba. huruf vokal (wau atau ya) hanya digunakan di suku kata pertama (iaitu pola [i-a]. Ini sama dengan Jawi Za'ba. . v) Huruf vokal digunakan di kedua -dua suku kata KV-KVK bagi pola yang berikut: [a-i]. 5.º.5.º.3. ii) Apabila KV-KVK mengandungi vokal [a] di suku kata kedua. [i-u]. huruf vokal digunakan di suku kata pertama sahaja sekiranya vokal yang pertama bukan pepet. [o- o]. vi) Huruf vokal digunakan di kedua -dua suku kata yang berpola KV-VK (iaitu urutan dua vokal di tengah kata dasar).

Ini menyelaraskan pengejaan beberapa kata dalam Jawi Za'ba. [i-u]. Homograf dihapuskan bagi membezakan bunyi diftong [ai] dan [au] dengan bunyi vokal [i] atau [e] dan [u] atau [o]. serta yang mempertentangkan vokal [u] atau [o] dengan diftong [au]. lihat bahagian Pelambangan Diftong.Penghindaran Bentuk Homograf: Pengejaan kata dasar dwisuku dalam @ telah menampilkan dua rumusan yang memberi manfaat kepada sistem ejaan Jawi ini dan penggunanya dari segi mengurangkan bentuk homograf dengan tujuan untuk menghindarkan kekeliruan bacaan dan pengenalan makna kata. alif-wau atau alif-ya) digunakan di suku kata pertama sahaja sebagai pembuka kata sekiranya suku kata kedua mengandungi vokal [a] atau pepet. Dua rumusan tersebut ialah (i) penghapusan homograf yang mempertentangkan vokal [a] dengan pepet. [a-o]. Y 5. [e-o]. [i-i]. [a-e]. vi) Huruf vokal digunakan di kedua -dua suku kata VK-KVK sekiranya kata tersebut tidak mengandungi vokal [a] atau pepet. huruf vokal (wau atau ya) hanya digunakan di suku kata kedua (iaitu pola [a-i]. dan (ii) penghapusan homograf yang mempertentangkan vokal [i] atau [e] dengan diftong [ai]. Ini menyelaraskan pengejaa n beberapa kata dalam Jawi Za'ba. maka huruf vokal (wau atau ya) digunakan di kedua -dua suku kata tertutup itu (iaitu pola [e-e]. [o-e]. [o-o]. iii) Apabila vokal [a] atau pepet terdapat di suku kata pertama sahaja. [a-u]. Ditetapkan diftong dieja dengan alif -ya [ai] dan alif-wau [au] yang dibezakan daripada vokal ya [i] atau [e] dan wau [u] atau [o]. v) Bagi pola VK-KVK. huruf vokal (alif. iv) Apabila kata yang berpola KVK -KVK tidak mengandungi vokal [a] atau pepet. Contohnya: Homograf yang dieja ϱ ϝϭ̱ bagi  dan  dieja semula menjadi: ϱ ϝϭ̱ = guli . i) Untuk penjelasan tentang diftong.3. [pepet-i] dan [pepet-u]). [u-i] dan [u-u]).

Y 5. Huruf yang digunakan ialah wau. alif-wau. ii) Vokal pepet tidak dilambangkan dengan huruf di semua posisi tengah terbuka atau di suku kata tertutup. Contohnya: Homograf ϕϱ ϥ ϝ bagi  dan   dieja semula menjadi: ϕϱ ϥ ΍ ϝ = lantik ϕϱ ϥ ϝ = lentik Pengemasan yang dibuat ialah dengan menggunakan huruf alif sebagai lambang bagi vokal [a] di suku kata tertutup untuk membezakannya daripada vokal pepet yang tidak dilambangkan dengan huruf ($1). . alif-ya atau alif-hamzah menurut kedudukan dan fungsi masing-masing. [u] dan [o] perlu dilambangkan dengan huruf vokal di semua suku kata terbuka atau tertutup. [e]. Vokal [a] tidak dilambangkan dengan huruf di semua suku kata tertutup. kecuali apabila membuka kata atau membuka suku kata. ϱ ΍ ϝϭ̱ = gulai ii) Homograf dikurangkan dengan cara membezakan ejaan bagi kata yang berlainan maknanya. ya. iaitu khusus bagi kasus homograf yang mempertentangkan vokal [a] dengan vokal pepet. dan dilambangkan dengan ya tanpa titik apabila mengakhiri kata. kecuali suku kata akhir dengan kaf atau ga. dan dilambangkan dengan alif dalam suku kata tertutup untuk membezakannya daripada pepet bagi kasus homograf dalam ejaan Jawi Za'ba.Rumusan Pengejaan Kata Dasar Dwisuku: Daripada perincian tentang aturan penulisan huruf vokal dalam kata dasar dua suku kata yang dipaparkan di atas itu dapatlah diringkaskan sistem pelambangan vokal dan penggunaan huruf vokal Jawi pada kata dasar dwisuku terbuka dan tertutup itu kepada kaedah yang berikut: i) Vokal [a] dilambangkan dengan alif di semua suku kata terbuka. iii) Vokal [i]. Vokal pepet hanya dilambangkan dengan alif apabila membuka kata.4. dan suku kata akhi r terbuka menurut kaedah dal -ra-lam-wau-nga.

semestinya. tidaklah terpakai lagi aturan -aturan yang terbukti telah begitu banyak menjadikan sistem ejaan Jawi Lama lebih rumit dan membebankan ingatan. sim. Y 5. jim. (iii) pola KVr - KV dengan ta. Kaedah yang digunakan ialah dengan menetapkan bahawa aturan penggunaan huruf vokal pada dua suku kata yang terakhir perlulah selaras dengan aturan bagi kata dasar dua suku kata. Dengan ini. (v) pola Ker -KV dengan ta. Antara kaedah lama yang dikekalkan dalam @ ialah kaedah dal-lam-ra-wau-nga bagi pola [Ka-Ka] dan kaedah ka -ga bagi semua pola suku kata. kata pinjaman daripada bahasa Arab). nun. kaedah pengejaan kata dasar tiga suku kata atau lebih tidak berbeza dengan kaedah dalam ejaan Jawi Za'ba/Lama. dan (vi) pola KuK-KuK menjadi [KK-KuK]. buka semua mesti ditulis tanpa huruf vokal di suku kata pertama. Antara kaedah yang lupus itu termasuklah aturan-aturan (i) dal-ra-lam-wau-nga dengan ba. pola [Ki-Ka-Ka] atau [Ku-Ka-Ka]. Y &c .5. ba. Rumusan ini dengan sendirinya melupuskan aturan-aturan yang pelbagai dalam kaedah ejaan Jawi Lama itu. ii) Yang perlu diperkemas ialah pengejaan semula beberapa kata tertentu supaya sesuai dengan keseluruhan sistem penggunaan huruf vokal bagi kata dasar dua suku kata. (iv) pola Kur -KV dengan ba. ca. jim. lebih baik dieja semula dengan huruf ya atau wau di suku kata pertama (kecuali. ya. Penggunaan huruf pada suku kata yang lain harus terikat kepada ejaan yang telah ada. iv) Kaedah-kaedah yang disebut pada (i) hingga (iii) di atas merupakan rumusan perkaedahan dalam @ yang menggantikan kepelbagaian aturan dan kaedah yang terdapat dalam ejaan Jawi Za'ba. sekadar contoh. ta.Ejaan Kata Dasar Tiga Suku Kata atau Lebih: i) Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam @ . dan KVm -KV dengan ba. Bagi kasus tiga suku kata. ga. (ii) dal-ra-lam-wau-nga dengan ra.

rumusan yang dibuat dalam @ tentang penulisan kata berimbuhan atau kata terbitan adalah sama dengan yang terdapat dalam ejaan Jawi Za'ba. - Pada umumnya. Pembaikan atau pengemasan yang ketara .

Dalam hal ini. Contoh: tari ϱ΍ menjadi tarian ϥ ϱ΍ . ejaan kata dasar berubah apabila menerima akhiran sehingga menyebabkan wujud dua bentuk ejaan bagi sesuatu kata dasar. atau (c) nun. Dalam ejaan lama.dalam @ ialah tentang penulisan awalan  ' dan dan kata depan  dan  'serta akhiran dan yang sering menimbulkan masalah dalam ejaan Jawi Lama. Tujuannya untuk mengelakkan kekeliruan pembacaan. Contoh: cela ΍ ϝ̧menjadi celaan ϥ΃ ϝ̧ . b) Akhiran alif-nun ditambah selepas wau di akhir kata dasar. Contoh: c    Y YY c    Y YY ƒ΍ ¢Y ƒ˯΍ Ω ¢YY ƒ΍ ¢Y ϱƒ˯ ΍ Ω ¢Y ΍΍ ϭ΍ ¢ Y ΍ ΍ ϭ ˯΍ ϙ ¢ Y Y ϩΩ ϥϱ΍ ¢Y ϩ Ωϥϱ˯ ΍ ƒ ¢ Y ϩΩ ϥϱ΍ ¢Y ϥϩΩϥ ϱ˯΍ϙ ¢ Y ii) Ejaan kata terbitan dengan akhiran < -an> : Dikurangkan aturannya daripada empat cara yang dalam ejaan Jawi Lama kepada tiga cara sahaja. ejaan kata dasar tidak berubah apabila menjadi kata yang berimbuhan. c) Akhiran nun ditambah selepas ya dan semua konsonan yang lain. Contoh: Buru ϭ ϭΏmenjadi buruan ϥ ΍ ϭϭΏ .  (huruf kaf) dan  (huruf sin) serta kata depan  (huruf dal) dan  (huruf kaf) perlu dirangkaikan dengan kata dasar seperti merangkaikan awalan dengan kata dasar dalam ejaan Rumi. Ini memperkemas aturan ejaan Jawi Za'ba. iaitu dengan menggunakan akhiran (a) hamzah -nun atau (b) alif- nun. surat ϭƒ menjadi suratan ϥ ϭ ƒ. . Dengan ini. bergantung kepada jenis huruf akhir pada akhir kata dasar yang ditetapkan. penyebatian atau perangkaian antara awalan dengan kata dasar diperlihatkan dalam bentuk sisipan huruf hamzah selepas huruf alif. i) Awalan  (huruf dal). bagi kata dasar yang bermula dengan vokal. Perincian: a) Akhiran hamzah-nun ditambah selepas alif di akhir kata dasar.

1& .

 .

   .

dan (ii) menggunakan tanda sempang ( -) apabila mengulang sebahagian kata ($"). b) Kata-kata serapan daripada bahasa Arab yang sudah lama digunakan sebagai kata umum dalam bahasa Melayu dieja seperti ejaan bahasa Melayu. Contohnya: Teks ƒ ϙϱ . - Dalam @ terdapat beberapa aturan mengeja yang lain lagi yang bertujuan membaiki dan mengemaskan sistem ejaan Jawi Lama. Perincian: a) Kata-kata istilah agama Islam dieja seperti bentuk asalnya (dalam ejaan Arab). iv) Satu rumusan yang agak menarik perhatian kita dalam @ ialah tentang penulisan huruf singkatan. ii) Pengejaan kata ulang diselaraskan menjadi dua cara supaya tidak salah baca. iii) @ memantapkan aturan ejaan kata pinjaman dan serapan daripada bahasa Arab yang dikategorikan kepada penggunaannya dalam konteks agama dan bukan agama. i) Dalam penulisan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. "&  . Pedoman ini menetapkan penulisan singkatan dalam huruf Jawi yang didapati selaras dengan cara menulisnya dalam ejaan Rumi dari segi penggunaan tanda titik. Gugus konsonan di akhir kata ditulis dengan memisahk an huruf yang bergugus itu. tetapi singkatan yang digunakan ialah huruf -huruf dalam abjad Jawi. v) Ciri khusus dalam @ ialah pengekalan aturan -aturan ejaan lama dan pengejaan beberapa kata yang sudah mantap penggunaannya. aturan pengejaan gugus konsonan diadakan yang bertujuan memudahkan pembacaan dan penyebutan. terutama istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba. Kata - kata tersebut ialah kata-kata yang asalnya dieja menurut kaedah baris ($%). iaitu (i) menggunakan tanda angka dua bagi menulis ulangan keseluruhan kata. dan bukan nama huruf-huruf tersebut.

1.   (Y Y)- 8.@ sudah disebarkan kepada masyarakat umum sejak tahun 1986 lagi. Penjelasan tentang sistem ini dibuat melalui tulisan-tulisan di .

dalam majalah-majalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. dan ceramah yang diadakan untuk tujuan penyebaran. Akhbar ^ i .

Kerjasama DBP dengan pihak pelaksana @ di sektor pendidikan: i) Semenjak @ diterbit dan disebarkan pada tahun 1986.Pada umumnya. seperti yang berikut: i) DBP bertanggungjawab menyediakan pedoman @ dan menerbitkannya untuk kegunaan masyarakat. tidak ada masalah besar yang dihadapi oleh DBP berkaitan dengan pedoman tersebut. perkembangan Ilmu. Hanya dalam tahun 1991 ini sahaja baru timbul masalah yang agak besar apabila Maktab Perguruan Islam membuat ulasan terhadap @ itu.juga turut menerbitkan tulisan yang menjelaskan @ secara bersiri walaupun akhbar tersebut belum menggunakan sistem baru ini secara menyeluruh. dan akan menerbitkan beberapa buku umum dan buku kanak-kanak. Dewan Bahasa dan Pustaka terus menyebarkan maklumat tentang @ ini apabila diperlukan oleh masyarakat. ii) DBP bertanggungjawab memantapkan pedoman tersebut dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan perkembangan bahasa Melayu. 8. dan perkembangan sistem pendidikan yang maju.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terlibat dengan perancangan dan kawalan pelaksanaan penggunaan @ di sektor pendidikan kerana perkara ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka juga bukanlah pihak yang secara tidak langsung bertanggungjawab melaksanakan penggunaan @ dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau maktab perguruan. iv) DBP mengadakan kegiatan penyebaran maklumat tentang @ untuk masyarakat. Buku-buku yang diterbitkan ialah buku agama. antara lain. 8. serta membantu pe ngguna mempelajarinya dan menyebarkan penggunaannya. 8. iii) DBP menerbitkan buku-buku yang dalam tulisan Jawi dengan menggunakan @ . tugas dan tanggungjawab DBP dalam pembinaan dan pengembangan ejaan Jawi adalah.3.º. .4.

3. Bahagian Pendidikan Guru.Dipersetujui bahawa cadangan untuk meneliti semula beberapa aturan tertentu dalam @       dengan tujuan memantapkannya akan dibuat secara berasingan. mesyuarat merumuskan empat perkara sebagai persetujuan bersama (seperti di perenggan 8. Daftar 1989). Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan kegiatan ini setelah mendapat maklumat yang lengkap daripada pihak-pihak yang ingin mencadangkan pemantapan pedoman tersebut. dan Pusat Perkembangan Kurikulum.º." "5. diubahsuai supaya dapat menyampaikan pedoman @      . Maktab Perguruan Islam juga bersetuju mematuhi dan akan melaksanakan @       ini dalam pengajaran dan pembelajaran di maktab tersebut." "5. 8.Keputusan Mesyuarat pada º4 Julai 1991 di DBP tentang pelaksanaan penggunaan @ di sektor pendidikan (dipetik sepenuhnya daripada Minit Mesyuarat yang berkenaan): "5. Oleh sebab itu.5 di bawah). khususnya. Pusat Perkembangan Kurikulum. ii) Usaha untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Maktab Perguruan Islam dibuat dengan mengadakan mes yuarat khas di DBP pada º4 Julai 1991.Semua Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan penggunaan ejaan Jawi bersetuju melaksanakan penggunaan @       yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (Pedoman 1986. dan Maktab Perguruan Islam. Bahagian Pendidikan Islam. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh DBP dan hampir semua pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan penggunaan ejaan Jawi di sekolah dan maktab perguruan.Dipersetujui supaya kaedah mengajar di Maktab Perguruan Islam. Perkara ini tidak ada hubungannya dengan persetujuan untuk melaksanakan @       yang sudah dipersetujui.5.1." . iaitu Bahagian Pendidikan Guru. Setelah membahaskan masalah yang dikemukakan oleh Maktab Perguruan Islam. Bahagian -bahagian yang terlibat itu ialah Bahagian Pendidikan Islam.

bukan secara berpecah-pecah. . sesuatu sistem ejaan memerlukan masa yang lama sebelum dapat digunakan dengan baik dan sebelum sistem itu sendiri mantap. sedangkan pihak-pihak pelaksana yang lain di Kementerian Pendidikan telah menerima. Perkara ini telah dibuktikan dengan sistem ejaan Rumi.4. menggunakan dan menyebarkan @ itu.Dewan Bahasa dan Pustaka akan menulis satu kertas ringkas tentang latar belakang. Kebenaran tentang pe rkara ini akan diperoleh apabila falsafah dan matlamat penyempurnaan sistem tersebut difahami sebenar-benarnya. kaedah dan penjelasan tentang @       untuk diedarkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum yang akan bersidang pada 14 Ogos 1991 yang akan datang. kami ingin mengemukakan beberapa perkara yang bersabit dengan kaedah-kaedah dalam @ yang telah dikenal pasti sebagai kaedah-kaedah yang perlu diperkemas dan dipermantap." %&c  - Ringkasan daripada kertas kerja ini bermaksud yang berikut: i) Masalah yang ditimbulkan tentang ejaan Jawi baru-baru ini ialah masalah "pelaksanaan" di sektor pendidikan dan bukan masalah "isi" pedoman @ . Y  $2&5- 1. khususnya tentang perkara 5. "5. iii) DBP berpendapat. Merujuk kepada persefahaman yang dibuat dalam mesyuarat di DBP pada º4 Julai 1991. Pemantapan akan berlaku dalam proses penggunaannya. dan apabila setiap aturan yang terkandung di dalamnya difahami secara keseluruhannya. ii) @ dipersetujui sebagai pedoman yang lebih sempurna berbanding dengan sistem ejaan Jawi yang lama. Pelaksana dan pengguna harus bersikap terbuka dan mencari kaedah untuk memahami dan menggunakan sesuatu yang baru yang dipersetujui sebagai kaedah yang lebih baik daripada yang lama.3 petikan minit mesyuarat tersebut. Masalah tersebut timbul kerana pihak Maktab Perguruan Islam menolak @ sebagai pedoman Jawi yang sah untuk digunakan di maktab tersebut.

]. º. 9. iii) Memperkemas cara penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata atau akhir suku kata supaya lebih memantapkan bentuknya. membina dan mengembangkan penggunaan tulisan Jawi di Malaysia. vii. III. vii) Memantapkan beberapa aspek kaedah penulisan kata terbitan dengan awalan. [Rujuk @ . c. tetapi kami suka mencadangkan supaya perkara tersebut dibahaskan oleh sebuah Jawatankuasa Tetap Ejaan Jawi yang ditubuh khusus dengan fungsi untuk berusaha memelihara. perenggan III. diperturunkan kaedah-kaedah tersebut: i) Memperkemas aturan penulisan huruf hamzah supaya huruf hamzah menepati kedudukannya dan fungsinya se bagai lambang bunyi hentian glotis.]. 4. iii. v) Mengkaji semula pengejaan kata yang sudah disenaraikan dengan tujuan untuk mensahihkannya dan mengurangkan kategori kata yang dikecualikan daripada kaedah. Mengusulkan supaya pihak-pihak yang berkuasa kerajaan dan pihak - pihak lain yang berkenaan atau berkepentingan m engambil langkah melaksanakan Keputusan-keputusan dan Usul-usul Kongres Tulisan Jawi tahun 1984 yang belum dilaksanakan. a. ii) Mengkaji semula penggunaan huruf dan cara penulisan singkatan dan akronim dalam Jawi. iv) Mengkaji semula kaedah yang boleh digunakan bagi meyakinkan pengguna tulisan Jawi bahawa pemilihan huruf qaf adalah paling sesuai sebagai lambang bagi bunyi hentian glotis di akhir kata -kata Melayu jati. perenggan II. . 4. vi) Mengkaji dengan teliti untuk mengadakan peraturan penulisan kata majmuk dalam sistem ejaan Jawi. d. iii. Hujah-hujah tentang betapa perlunya kaedah-kaedah tersebut ditinjau semula untuk tujuan pemantapan tidaklah hendak kami sebut di sini secara khusus. Untuk tujuan ini. 7. vi. [Rujuk @ . b. v.

1937. 3- 1. Said Sulaiman ialah buku @ # @((@((  'Singapura. Sistem Ejaan Jawi Za'ba dapat dilihat dalam dua buah buku yang menjadi asas pedoman yang digunakan begitu meluas: (i) @  i . º. Antara penerbitan tentang ejaan Jawi yang diusahakan oleh Major Dato' Mohd.

 @  @ i .

cetakan keempat.) dan (ii) i .'tahun 1941. (Kami menggunakan edisi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 1958.

)  i   @  i.  ! 'Tanjong Malim: Pejabat Karang Mengarang. cetakan pertama. Sultan Idris Training College. 3. 1949.

Tuan Haji Abdul Razak bin Abdul Hamid. Ahli -ahlinya ialah: Prof. dan Puan Aminah binti Haji Harun. 6. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Encik Awang Muhammad bin Amin. Madya Tuan Haji Amat Juhari bin Moain. ' 198º. Edisi Jawi menggunakan sistem ejaan yang memperkenalkan penggunaan huruf vokal alif. 131. Tuan Haji Muhammad Bukhar i bin Lubis. ya dan wau pada pola -pola tertentu sebagai pembaikan dan tambahan kepada sistem ejaan Jawi Za'ba. i  ialah majalah bulanan yang diterbitkan oleh Syarikat Dian Sdn. Jawatankuasa Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka dipengerusikan oleh Tuan Haji Hamdan bin Haji Abdul Rahman. Terutamanya akhbar ^i . Bhd. hlm. 5. Encik Arbak bin Othman. Kota Bharu Kelantan se jak tahun 1961. 4.

9- 11 April 1984. . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. @      '1987. Kuala Terengganu. @      '1986. Buku edisi kedua ini memansuhkan buku edisi pertama tahun 1986. cetakan pertama edisi kedua. Lihat: Keputusan-Keputusan dan Usul-Usul Konvensyen Tulisan Jawi. cetakan pertama.dan majalah ^* %. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 36 hlm. 7. 8. 35 hlm. 9.

11. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ! i. cetakan pertama 198 hlm.1 . !  '1988.

hlm. 1º. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. rak. Daripadanya. '1988. !  (1989) menyenaraikan hampir 8 kata ekasuku tertutup yang memiliki vokal [a]. 1988. Antara kata-kata lain yang dieja semula dengan sisipan alif termasuklah bam.. 14. gam. hak. rap. terdapat sejumlah º6 kata daripada bahasa Inggeris. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kata -kata daripada bahasa Arab tanpa alif yang dikekalkan termasuklah had. das. cetakan pertama edisi kedua. termasuk kata yang sudah lama terserap yang dieja tanpa alif dalam Jawi Za'ba/Lama. ! i. 13. 198 hlm. cetakan pertama. !  (1989) menyenaraikan satu kata sahaja dengan ejaan klasik tanpa huruf alif. º hlm. ban. 16. haj. 9-11 April 1984. iaitu ̭ϱ (yang). termasuk kata ekasuku yang menggunakan gugus konsonan. Lihat: Kertas Kerja Jawatankuasa Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka. ran. ram. cetakan kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Konvensyen Tulisan Jawi. sang. 15. tar dan tas. Kata nyah ϩ ̟sepatutnya dieja dengan alif ( ϩ ΍ϱ). 17. @ "   #$%& #! '1984. 1. Setakat ini. !  '1989. sah dan syak. saf. 4 1 hlm. cat. Ejaan Jawi bagi kata -kata daripada bahasa Inggeris ini semuanya ditulis dengan huruf alif. khat. cetakan kedua.

Rumusan Konvensyen Tulisan Rumi 1984 menetapkan supaya tidak menggunakan angka dua Ara b ( ˻ ) bagi penulisan kata ulang. dan . Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP. Tetapi. Jumlah sebesar ini akan memberikan semacam kekacauan dalam sistem Jawi sekiranya homograf bagi kasus ini dibiarkan kekal. atas nasihat para pakar. sebaliknya menggunakan tanda sempang seperti dalam ejaan Rumi. tidak wujud homograf bagi kasus ini. 18. Dalam ejaan Rumi. menerima penggunaan angka dua Arab ( ˻ ) bagi menulis kata ulang penuh. dan !  menyenaraikan lebih kurang 4 pasangan kata yang berpola KVK - KVK yang mempertentangkan vokal [a] dengan vokal pepet di suku kata pertama.

Rumusan ini dimaktubkan dalam @ (1987). menerima penggunaan tanda sempang bagi menulis kata ulang berimbuhan. Y  . 19. ϱƒ ϥ˯ ΍ ϡ Ω̣ Ω ϙϱ ϙ ϱΩ ϥϱ΍ ϱ΍ ϱϙ ϡ ϱϝ ϱΩ ϙΝ ϙϡ Ω ̣ ϱΏ Ω΍ ̣ ΍ Y Beberapa kata yang lain telah dieja semula menurut peraturan yang ti dak dikecualikan. Setakat ini. !  (1989) telah menyenaraikan kata - kata yang berikut yang diterima sebagai bentuk ejaan tradisi yang sahih: ''% ''' ' ' ' ' '  ' '  '   .

$  'Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (akan terbit).. "Sistem Ejaan Jawi yang disempurnakan". Dewan Bahasa dan Pustaka (tidak terbit). hlm. ! i.   'Julai 1991. Awang Mohamad Amin. "Satu Kajian terhadap Kaedah Ejaan Jawi Za'ba". 1983. 1991. Amat Juhari Moain. 6 8-6º4. @ + . projek kajian Bahagian Penyelidikan.  7  Amat Juhari Moain.

Kuala Terengganu. . 9 -11 April 1984. Kaedah Penyelarasan Ejaan Jawi. cetakan pertama edisi kedua. !  '1989. 1991. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. "Sistem Baru Ejaan Jawi Bahasa Melayu". kertas kerja Konvensyen Tulisan Jawi. !  '1988. Jawatankuasa Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka. '1988. cetakan kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. cetakan pertama. teks kajian Maktab Perguruan Islam (tidak terbit).

cetakan keempat. Daftar Ejaan Melayu (Jawi -Rumi). cetakan pertama edisi kedua. Singapura. 1949. Y . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ID/- JAWI. @      '1987. cetakan kedua. Sultan Idris Training College. Zainal-'Abidin bin Ahmad. Pelita Bahasa Melayu Penggal I (Permulaan Nahu Melayu).9 1 November 1991. cetakan pertama.Konvensyen Tulisan Jawi. @      '1986. Zainal-'Abidin bin Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. cetakan pertama. @ "   #$%& #! '1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 9-11 April 1984. Tanjong Malim: Pejabat Karang Mengarang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. kertas -kertas kerja dan "Keputusan-keputusan dan Usul-usul". 1958. Kuala Terengganu.