You are on page 1of 62

1 1.

Pengenalan

Saban hari kita mendengar dan membaca berita-berita berkaitan isu pendidikan samada
melalui akhbar, televisyen atau melalui laman web. Paparan tentang gejal-gejala sosial
mendapat perhatian masyarakat dan menimbulkan kebimbangan kepada pelbagai pihak .
Budaya lepak, merempit, berjudi, berfoya-foya dan ragut yang melibatkan anak-anak belasan
tahun ini sering kita baca dan ditonton melalui pelbagai media. Persoalannya , apa sudah jadi
dengan golongan muda hari ini ?Adakah pendidikan di negara kita sudah gagal untuk
membentuk dan mendidik nilai-nilai yang dikehendaki dalam masyarakat?Banyak faktor
yang menyumbang kepada fenomena ini. Perubahan gaya hidup masyarakat dan kesan
globalisasi adalah sebahagian penyumbangnya. Dasar negara yang digubal meletakkan
pendidikan sebagai aset penting penjana kecemerlangan negara. Dasar negara dapat dicapai
melalui pendidikan yang berkualiti dan dijelmakan bila lahirnya masyarakat Malaysia yang
mempunyai modal insan dan mampu bersaing di persada dunia. Tugasan ini
membincangkan tentang dasar-dasar negara yang sentiasa memberi fokus kepada
meningkatkan kualiti pendidikan dengan mensasarkan pembentukan individu yang berhemah,
masyarakat yang dinamik dan berdaya saing. Juga membincangkan tentang prinsip-prinsip
pendidikan yang membentuk dan membina para guru dan institusi pendidikan ke arah
melahirkan „towering personality’ . Terdapat pelbagai ukuran yang digunakan untuk menilai
keberkesanan sesebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.
Ukuran ini dinilai berdasarkan kualiti dan kuantiti output dan outcome . Dalam konteks
pengukuran ini, saya memilih Key Performance Indicator 2 (KPI) dan bagaimana KPI
digunakan di dalam menentukan kualiti pendidikan di sesebuah institusi pendidikan kerana
pendidikan adalah penentu kepada standard satu bangsa atau sebuah negara. “Memikirkan
tentang pendidikan adalah memikirkan tentang isu-isu utama dalam kehidupan manusia….

Memikirkan tentang tujuan-tujuan pendidikan pula memikirkan tentang rupa bentuk wajah
manusia, jenis ketrampilan, jenis matlamat yang paling sesuai untuk menjamin kesejahteraan
sosial dan kualiti tamadun bangsa”.

(Magazine, Winter,hal 6)

2.

Huraian Dasar 2.1


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan

ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi menzahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan Negara.”

(Akta Pendidikan 1996) FPK telah menjadi asas dalam membentuk sistem pendidikan
negara. FPK telah menyatakan dengan jelas bahawa setiap warganegara Malaysia telah diberi
peluang dalam pendidikan dari peringkat yang paling rendah kepada peringkat tertinggi dan

bersifat “long life learning”. Fungsi utama pendidikan ialah untuk melahirkan dan mengasah
bakat secara intrisit dan eksplisit ke arah melahirkan manusia yang seimbang dari segi fizikal
dan mental. 3

Keseimbangan dan kesepaduan ini merupakan saluran penting untuk menjayakan hasrat dan
cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK ialah kepercayaan kepada Tuhan
selaras dengan prinsip pertama dalam Rukun Negara. Walaupun agama Islam ialah agama
rasmi negara, namun kebebasan memilih agama tetap menjadi prinsip utama kerajaan
berdemokrasi. Penekanan kepada ketuhanan dapat membentuk kesepaduan fitrah diri pelajar
supaya berbudi pekerti mulia dan berakhlak diri yang tinggi selaras dengan kehendak agama
dan kepercayaan masing-masing sekaligus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga ,
masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu daripada konsep asas yang
terkandung dalam FPK ialah melahirkan insan yang berintelek di mana akhirnya membentuk
warganegara yang berilmuan. Kekuatan ilmu boleh mempengaruhi, mengubah dan
membentuk diri serta masyarakat manusia. Penguasaan ilmu yang tinggi dapat
memartabatkan diri dan kedudukan seseorang dalam masyarakat dan sekaligus menjulang
nama baik negara dipersada dunia. Tumpuan pendidikan bukan sahaja setakat di alam
persekolahan, tetapi ianya sebagai satu proses dan aktiviti sepanjang hayat . “long live
learning’ ini merupakan satu kaedah meningkatkan pengalaman, memperkaya ,
memperkukuh dan mencabar dan mengubah ilmu sedia ada pada manusia. FPK juga melihat
individu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan
sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri tetapi juga untuk pembangunan dan
kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan 4

bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas
bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau
diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang
supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Jika disempitkan kepada institusi
persekolahan dan difokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah, FPK menuntut
erti pendidikan berkualiti. Berdasarkan kehendak FPK dan dihubungkaitkan dengan sistem
pendidikan , KPM dan masyarakat berharap ramai calon yang lulus cemerlang dalam
peperiksaan UPSR, PMR, SPM,STPM dan lain-lain peperiksaan peringkat kebangsaan.
Ramai belia akan cemerlang dalam bidang sukan dan permainan dan mencapai tahap yang
ditentukan. Ramai anak-anak muda berkunjung ke tempat-tempat ibadat, memakai pakaian
bersopan, tidak melepak, tidak merempit dan sebagainya. Akhirnya semua belia mempunyai
kesedaran sivik yang mendalam yang boleh dilihat dalam perbuatan mereka seharian. Gejala
sosial tidak menjadi perkara yang membimbangkan dalam masyarakat. Ciri-ciri ini hanya
membataskan kepada hasil pendidikan formal sahaja. Ukuran kualiti di sini dinilai dari
kekuatan keintelektulan dan keilmuan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar dalam peperiksaan
awam. FPK bukan sahaja melihat kepada pencapaian peratus cemerlang , tetapi lebih melihat
kepada sifat kemanusiaan dalam erti kata sebenar. 5

2.2

Misi Nasional 2006-2020

Misi Nasional ialah satu rangka kerja pembangunan Malaysia yang menggariskan keutamaan
negara untuk tempoh 15 tahun (2006-2020) yang dalam tempoh ini RMK 9 mengandungi
agenda pembangunan untuk tempoh 5 tahun pertama dalam misi ini. Tujuan Misi Nasional
ialah bagi mencapai wawasan dan matlamat negara. Dasar Misi Nasional berfokuskan kepada
pembangunan sumber manusia tidaklah sekadar meliputi latihan, pembangunan dan
pembelajaran sepanjang hayat sahaja tetapi skopnya lebih luas yang juga merangkumi
kaunseling orgnanisasi, pembangunan kerjaya, sebahagian daripada aktiviti pembangunan
organisasi dan organisasi pembelajaran. Semasa membangunkan modal insan atau sumber
manusia, majikan hendaklah menitikberatkan pembangunan insan secara menyeluruh dan
seimbang yang mencakupi ilmu pengetahuan dan kemahiran, nilai etika, minda yang
progresif dan budaya kerja yang mulia. Keseimbangan inilah yang akan meningkatkan
produktiviti dan daya saing pekerja Malaysia.

.Misi Nasional mengambil kira pengalaman pengalaman

lampau, sistem nilai, budaya dan Islam Hadhari yang

diperkenalkan pada tahun 2004. Islam Hadhari menekankan

penguasaan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi

individu bagi menyediakan sumber tenaga manusia yang

seimbang .

Fokus utama Misi Nasional ialah memberi penekanan

tinggi ke atas pembangunan modal insan “minda kelas pertama”


dan bina upaya sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke

status negara maju. Modal insan perlu dibangunkan secara 6

holistik melalui penguasaan ilmu pengetahuan, keintelektualan

dalam ilmu Sains, Teknologi dan Keusahawan, pembudayaan

sikap progresif,pengamalan nilai , etika dan moral yang tinggi.

Kesemua elemen dalam membentuk modal insan ini ditegaskan

di dalam Pelan Intergriti Nasional (PIN). Bagi mencapai prestasi

yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan

nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama

iaitu :

Jadual 1 : Teras Misi Nasional

Teras Pertama

Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara

Teras Kedua

Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk

„minda kelas pertama‟.

Teras Ketiga

Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif.

Teras keempat

Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti

hidup

Teras kelima

Mengukuhkan keupayaan institusi dan


pelaksanaan negara.

Di dalam membicarakan Misi Nasional, perbincangan tugasan hanya memberi tumpuan


perbincangan kepada Teras Kedua dan Ketiga. Kedua-dua teras ini memberi fokus utama

kepada pembangunan pendidikan negara dan harapan yang diberikan oleh kerajaan dan
pendidikan sebagai pemangkin pembangunan sumber manusia. Matlamat akhir pendidikan

supaya dapat memberikan pengupayaaan kepada rakyat untuk terus berketrampilan dan
berintelektualan yang tinggi dengan budaya kerja cemerlang serta mampu bersaing .

2.2.1 Misi Nasional Teras Kedua:

Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk „minda
kelas pertama‟.

Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja
dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan
melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari
peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang
menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan
pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk
masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Antara strategi yang dirangka ialah berfokuskan kepada pembangunan pendidikan dengan
membuat penambahbaikan di dalam sistem pendidikan dan latihan. Berfokuskan kepada
aliran perdana, sekolah kebangsaan menjadi agenda utama untuk diberi ditingkatkan
kualitinya dari segi prasarana dan keperluan kurikulum supaya corak pendidikan di sekolah
kebangsaan mendapat tempat di hati rakyat. Penekanan juga diberi kepada merapatkan jurang
antara sekolah Bandar dan luar Bandar menikmatik peluang akses pendidikan berkualiti
melalui pendidikan sepanjang hayat. Kesemua strategi yang dilaksanakan nanti dapat
membina dan melahirkan masyarakat yang inovatif dan dinamik dan mempunyai
pengetahuan dalam bidang Sains dan Teknologi. Kekuatan keintelektualan yang tinggi
membentuk corak pemikiran baru dalam masyarakat Malaysia untuk memperkukuhkan
perpaduan nasional dengan mengenepikan kepentingan kaum masing-masing. Perpaduan
yang mantap ini dapat memperluaskan forum perbincangan antara kerajaan, 8 swasta , ibu
bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.
2.2.2 Misi Nasional Teras Ketiga Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara
membina dan produktif.

Strategi berfokuskan kepada meningkatkan pendapatan isi

keluarga dengan meningkatkan produktiviti menerusi pembangunan

modal insan setelah berlakunya peningkatan keintelektualan melalui

system pendidikan yang berkualiti.Aktiviti ekonomi yang dijanakan

nanti dapat meningkatkan pendapatan penduduk bandar dan luar

bandar dan jurang sosio-ekonomi antara keduanya dapat

dikurangkan. Melalui pendekatan strategi yang berfokuskan kepada

peningkatan ekonomi masyarakat, penambahbaikan program

pendidikan , dapat meningkatkan bilangan pengurus dan profesional

Bumiputra terutama dalam sektor swasta.

KPM terus memberi perhatian yang serius demi

memastikan Misi Nasional terus dilaksanakan dan menjadi

pemangkin kepada kecermerlangan institusi pendidikan negara

kerana hanya melalui pendidikan sahaja modal insan dapat

dilahirkan ke arah memperkukuhkan nilai-nilai jati diri sebagaimana

yang termaktub di dalam FPK.

Pendidikan akan terus menjadi agenda utama dalam

melaksanakan Misi Nasional dan objektifnya.Walaupun dengan

model ekonomi yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan namun

ia tidak mungkin dapat dicapai sehingga atau kecuali bila negara

mampu melahirkan masyarakat berkualiti dan sesuai, yang


dikaitkan dengan pendidikan dan nilai-nilai hidup.Tambahnya,

“Pendidikan bukan semata

-mata melahirkan seorang insan

akademik...ianya mengenai seorang yang menerima pendidikan

dalam hati dan minda. Inilah tujuan sebenar pendidikan

”.

(Sumber : Utusan Malaysia : 27 Jun 2009) 9

Petikan dari ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia,

membuktikan bahawa pendidikan menjadi nadi utama dalam

menentukan kecemerlangan pembangunan negara. Kualiti

pendidikan penentu kejayaan hala tuju negara di persada dunia.

Kemajuan sesebuah negara diukur melalui tahap kemajuan ilmu

yang dimiliki oleh rakyat sesebuah negara dan dipamerkan

kerancakan institusi pendidikan dan kurangnya kadar buta huruf

rakyat.

Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan pelan

pertama daripada tiga rancangan lima tahun bagi Misi Nasional.

Pelan ini penting untuk negara meletakkan asas kukuh ke arah

kejayaan lonjakan yang seterusnya dalam Rancangan Malaysia

Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas. Teras strategik

dalam Misi Nasional jelas menunjukkan pendidikan sebagai elemen

utama bagi kejayaan usaha ini. KPM sebagai agensi yang

dipertanggungjawabkan secara langsung dalam merealisasikan

hasrat negara.

PIPP adalah kesinambungan dari dasar dan strategik


pembangunan yang termaktub dalam Misi Nasional. Matlamat akhir

kedua-dua dasar ini akhirnya menjurus kepada pencapaian FPK.

Teras 2 dalam Misi Nasional mempunyai jaringan dan hubungkait

dengan keenam-enam teras dalam PIPP . Masyarakat luar bandar

dan kawasan pedalaman telah diberi fokus utama dengan menikmati

peluang pendidikan dan taraf hidup yang selesa. Arus

perkembangan globalisasi boleh mengakibatkan pelbagai kesan baik

dan buruk kepada pembangunan bangsa dan negara. Untuk

menangani kecelaruan budaya yang dibawa oleh era globalisasi,

setiap warganegara hendaklah meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran . Kedua-dua ini boleh dicapai melalui pendidikan yang 10

berkualiti yang disediakan oleh pihak KPM . Dasar KPM untuk

menyamaratakan masyarakat melalui pendidikan memang satu

pendekatan strategik yang baik . FPK menjadi tunjang sistem

pendidikan negara merupakan paksi utama dalam menentukan hala

tuju dan Wawasan 2020 .

2.3

Wawasan 2020

Dan bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia


menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing
tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan
maklumat. Dan bahawasanya pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan
Wawasan Negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan
ekonomi, keadaan sosial dan kekuatan rohani, moral dan etika ke arah mewujudkan suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik , liberal dan dinamik. (Akta Pendidikan 1996)
YAB Tun Mahathir Mohamed telah membentangkan Wawasan 2020 di Persidangan Pertama
Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1992. Ia adalah cetusan fikiran seorang
pemimpin negara yang memetakan hala tuju negara dalam gerakan pembinaan dan
pembangunan bangsa Malaysia yang berdaulat dan bermaruah dalam abad ke 21. Wawasan
2020 sebenarnya adalah wawasan pembangunan manusia . Menjelang tahun 2020, Malaysia
berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri iaitu mencapai kemajuan
seimbang daripada segi ekonomi,politik, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat
menjadi negara yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang 11

tinggi , berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan
yang demokratik, liberal dan bertolak ansur , perkongsian ekonomi yang adil dan
saksama,progresif dan makmur serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik,
tangkas serta berdaya tahan. Malaysia kini berada pada peringkat pertengahan dan sedang
memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020. Sepanjang tempoh
tersebut, banyak kemajuan telah dicapai dalam pelbagai bidang. Namun perubahan pesat
dunia menuntut Malaysia segera berubah dan melonjak ke tahap yang lebih maju. Fasa
tersebut telah mengetengahkan bidang pendidikan yang memerlukan penambahbaikan dan
perhatian khusus agar melakukan lonjakan terakhir untuk mencapai status negara maju yang
dicita-citakan dalam Wawasan 2020. Dalam usaha mencapai negara maju, banyak cabaran
yang perlu dilalui. Cabaran yang penting globalisasi yang berkuasa bukan sahaja
menggerakkan modal, barangan dan manusia malah ianya berupaya mengubah gagasan,
budaya, nilai dan jati diri yang sudah diperturunkan sejak zaman berzaman. Bangsa yang lalai
dengan perubahan yang dibawa oleh globalisasi dan menerima sewenang-wenangnya
perubahan tersebut akhirnya akan lenyap begitu sahaja . Dengan berpegang kepada
Wawasan 2020, negara dan bangsa Malaysia yang maju dan bersatu padu akan terbentuk .
Pembentukan ini berasaskan kepada ekonomi yang berdaya tahan , pengagihan kekayaan
yang lebih adil dan saksama. Di samping itu, kerajaan berusaha untuk mencapai pertumbuhan
ekonomi yang mampan supaya tidak berlaku ketidakseimbangan ekonomi yang boleh
mengugat pembangunan negara. 12

Hasrat Wawasan 2020 ialah tidak ada golongan yang tercicir dari arus kemajuan negara .
Pada waktu yang sama , minda , budaya dan nilai yang menjadi pegangan rakyat serta
institusi sosial perlu diperkukuhkan sejajar dengan hasrat negara untuk maju mengikut
acuannya sendiri.

Menjelang tahun 2020 Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu , dengan
masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan
etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi
bertolak ansur , berbudi, adil dan saksama ekonominya , progresif dan makmur, dan
sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai
daya

ketahanan”.

Petikan dari ucapan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991 2.4

Rumusan
FPK, Misi Nasional dan Wawasan 2020 digubal demi melahirkan masyarakat Malaysia
yang mempunyai nilai-nilai keperibadian yang tinggi, mempunyai nilai intergriti dan berdaya
saing. Ketiga-tiga dasar mempunyai pertautan dan kesenimbungan antara satu sama lain.
Objektif akhir yang ingin dicapai menjurus kepada pembentukan individu yang mempunyai
nilai-nilai diri yang tinggi, berdikari dan berkemampuan berfikir melepasi sempadan dirinya.
Keintelektulan yang melepasi persempadanan ini akhirnya membentuk masyarakat

yang berfikiran dinamik, „ berfikir secara glokal dan bertindak secara global‟. Inilah hasrat
yang terkandung

dalam dasar-dasar negara dan FPK. Hasrat ini boleh menjadi kenyataan melalui sistem
pendidikan negara yang cuba diseragamkan antara bandar dan luar 13

bandar. Taraf ekonomi, sosial , pendapatan isi rumah perlu ditangani supaya jurang ekonomi
tidak menjadi penghalang ke arah melahirkan individu , masyarakat dan bangsa Malaysia
yang berhemah, beraspirasi tinggi dan mampu bersaing di peringkat tempatan atau
pengantarabangsaan.

3.

Prinsip-Prinsip Kualiti Institusi Pendidikan

Kecemerlangan sekolah dinilai dari pelbagai aspek. Biasanya kecemerlangan prestasi


akademik menjadi ukuran kualiti sekolah. Sekolah yang mencapai melangkaui sasaran
selalunya mendapat perhatian ibu bapa.Sekolah-sekolah ini juga dijadikan penandaarasan ,
malahan kerapkali menjadi penyelamat kepada JPN bila adanya pelawat luar atau masuk
calon untuk bertanding di peringkat kebangsaan. Persoalannya , apa sudah jadi dengan
sekolah-sekolah lain?. Bagaimana kriteria kecemerlangan diambil kira? Apakah langkah-
langkah yang sepatutnya dibuat supaya sekolah kekal cemerlang dan tetap menjadi pilihan
masyarakat? Persoalan-persoalan ini menjadi lumrah bila adanya pemenang kategori yang
dipertandingkan di peringkan atasan. Anugerah Sekolah Kluster, Sekolah Bestari, Pusat
Sumber Cemerlang, Sekolah Harapan Negara, Sekolah Cemerlang dan Anugerah Kualiti
Perdana Menteri adalah antara anugerah yang diberikan kepada sekolah yang berjaya dan
mencapai kualiti yang ditetapkan oleh pihak pembuat dasar. Persoalannya , apakah dasar
yang digunakan di sekolah-sekolah ini yang menyebabkan ianya dinobatkan sebagai sekolah
berkualiti? 14

3.1

Definisi kualiti
Ahli falsafah kualiti Barat yang terkenal seperti Philip B. Crosby (1979) ,Deming (1986),
Juran (1988) , Johnson and Winchell (1990) telah berjaya menyedarkan masyarakat pada
ketika zamannya tentang pentingnya memahami konsep dan pengurusan kualiti supaya
barangan atau perkhidmatan bertahan lama di pasaran. Kualiti dilihat suatu konsep
perbandingan , bersifat subjektif dan dinamik. Pengguna adalah penentu kepada tahap kualiti
barangan atau perkhidmatan. Kualiti produk dinilai dari aspek pembuatan, pemasaran dan
kemudahan perkhidmatan selepas jualan. Rushami Zien Yusoff (2005) mendefisikan kualiti
dalam

institusi pendidikan sebagai “pemimpin yang berkeupayaan untuk

membentuk visi kualiti organisasi dan seterusnya merangsang barisan pekerja untuk
memberikan komitmen sepenuhnya

14

indicat perancangan dan pelaksanaan prinsip-prinsip kualiti ke dalam organisasi bagi


mencapai matlamat kualiti yang ditetapkan secara

berterusan”. Ibrahim Mamat dan Zaiton Hassan (2008) ,kualiti ialah

kebolehan, ilmu, kemahiran, pengalaman dan jaringan yang dimiliki oleh individu untuk
menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan. ISO 9001:2000 mentakrifkan kualiti ialah
keseluruhan ciri atau sifat-sifat sesuatu barangan atau perkhidmatan yang dapat memenuhi
kehendak yang dinyatakan atau tersirat.Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (2004),
antara ciri perkhidmatan berkualiti yang dapat memenuhi kehendak pelanggan ialah menepati
masa, ketepatan fakta, layanan mesra, keselesaan, kecekapan, kebolehpercayaan dan mudah
diperolehi. (PKPA 2004). 15

Jika kualiti pembuatan dinilai berdasarkan produk yang dihasilkan ,kualiti perkhidmatan
pendidikan dinilai dari parameter

„proses‟ bagi mengukur keberkesanan sekolah (Hoy &

Miskel,1996). Hoy dan Miskel (1996) membahaskan terdapat beberapa

parameter „proses‟ seperti iklim sekolah, budaya sekolah,

kepuasan kerja guru, komitmen guru, motivasi guru, efikasi guru, kompetensi guru dan
pengupayaan guru merupakan Indikator utama mewujudkan pengajaran berkualiti di mana
akhirnya menghasilkan pembelajaran dan pendidikan yang berkualiti . Dengan itu kualiti

outcomes

yang dihasilkan adalah bergantung sepenuhnya kepada kualiti pengajaran guru di dalam atau
di luar bilik darjah. Produk atau barangan dikatakan bernilai tinggi jika ianya

mempunyai „
qualit

y of conformance’

di pasaran. Ini amat berbeza dengan perkhidmatan pendidikan kerana sektor ini mempunyai
nilai

intangibility

‟ yang paling tinggi jika dibandingkan dengan lain

-lain perkhidmatan. (Shostack, G.L., 1997). Maksudnya, pelanggan mempunyai pendapatan,


pandangan dan penilaian yang berbeza-beza tentang perkhidmatan yang disediakan di
sekolah.

Aktiviti „proses‟ memberi kesan penting dalam melahirkan

kualiti outcomes.. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Bahagian Pendidikan Guru
(BPG) telah menetapkan garis panduan dalam mengkualitikan guru melalui satu standard
guru dan digunapakai dalam menginstitusikan keprofesionalisma keguruan.

3.2

Standard Kualiti Guru Malaysia

Ibrahim Mamat (1998) menghuraikan pendidikan ialah usaha memberi ilmu pengetahuan
kepada manusia untuk menjadikannya aman, tenteram dan bahagia. Mendidik melibatkan 16

proses yang berterusan, dan melibatkan satu tempoh waktu yang panjang. Proses mendidik
membawa maksud proses yang berlaku ketika pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di
luar bilik darjah. Chen Ai Yuen (1990) menjelaskan , guru yang berkualiti ialah mereka
yang mengamalkan piawai spesifik dalam profesioan perguruan. Antaranya mengetahui
secara mendalam tentang topik yang diajar,membuat refleksi, memberi komitmen dalam
pengajaran serta adil dalam memberi penilaian kepada murid. Laudon (1991) , menjelaskan
untuk menjadi guru yang berkualiti dan berkesan, guru perlu menguasai isi pengetahuan
kandungan mata pelajaran yang diajar. Berg (1988) mendapati guru yang mempunyai
konsep-kendiri yang tinggi terhadap keupayaan mengajar dapat mempengaruhi kemajuan
akademik murid. Good (1990) mengatakan bahawa dalam usaha untuk menyampaikan
maklumat kepada murid, guru hendaklah mendedahkan murid kepada maklumat baru yang
spesifik di samping membolehkan mereka faham dengan mudah dan jelas. Dapatan kajian
dari penyelidikan lepas menjelaskan kepada kita bahawa kompetensi guru harus merangkumi
pengetahuan isi kandungan, kemahiran dan sikap dalam menghasilkan seorang guru yang
berkesan.Bertitik tolak kepada pengisian keperluan guru, maka BPG telah merangka standard
guru ke arah membina kerangka kualiti guru . Alimuddin Hj Mohd Dom (2007), kualiti yang
dimaksudkan bukan sahaja meliputi kualiti proses tetapi kualiti hasilnya (

output

) juga.(Standard Kualiti Guru,2007) 17

Keberkesanan sekolah boleh dicapai jika ada kesepaduan antara kompetensi guru dan efikasi
guru . Dapatan kajian telah membuktikannya.(Bandura,1993; Goddard,2000; Rusmini,2005;
Hoy & Miskel,1996) . Rajah 1 menjelaskan standard kualiti yang guru perlu ada iaitu (S1)
amalan nilai professional keguruan , (S2) Pengetahuan dan kefahaman , (S3) kemahiran
pengajaran dan pembelajaran. Gambarajah 1 : Komponen Kualiti Guru (Sumber :
Standard Guru Malaysia) (S1) terdiri dari tiga domain iaitu pertamanya domain diri
mencakupi pegangan nilai diri guru yang sedia ada , diperkembangkan untuk mencapai
matlamat sistem pendidikan negara. Keduanya ialah domain profesion , merujuk kepada
pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus dalam

ASAS

PENENTUA

STANDARD

DAN

KEPERLUAN

KEPERLUAN

STANDAR

S1:

Amalan Nilai Profesionalisma

Keguruan
S2: Pengetahuan dan Kefahaman

S3: Kemahiran P&P

Misi Nasional

Falsafah Pendidikan

Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Guru

Tatasusila Profesion

Keguruan

Etika Kerja KPM

K1 : Kelayakan Masuk Program


Latihan Perguruan

K2: Latihan , Pentaksiran dan

Penilaian

K3: Kolaborasi

K4 : Insfrastruktur dan Infostruktur

K5 : Jaminan Kualiti

Guru

Kompeten

Modal

Insan

Unggul

18

menjalankan tugasnya sebagai guru. Akhirnya domain sosial iaitu guru sebagai agen
sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. (S2) memperincikan kompetensi
ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, imu pendidikan, kurikulum
dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru . (S3) berfokuskan kepada kebolehan
guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran
akademik dan kokurikulum.

Perkhidmatan pendidikan berhubungkait dengan „proses‟ ,

dan
untuk memahami kandungan „proses‟ bukanlah perkara yang mudah . Jika guru memahami
dan menghayati „proses‟ , lebih pantas

menjadi guru berkesan dan berkarismatik sementara yang lain

sedang menuju ke arah „

burn out’

.(Mohammad Sani Ibrahim, 2007) . Kajian yang dibuat oleh Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysi

a mendapati, „proses‟ yang seharusnya dikuasai berfokuskan

pertamanya ialah kepada ilmu tentang pelajar dan bagaimana mereka belajar dan berkembang
dalam konteks sosial yang tertentu . Keduanya ialah memahami kandungan subjek dan
ketrampilan yang perlu diajar selari dengan tujuan pendidikan.

19

Gambarajah 2 : Kerangka Konseptual Untuk Memahami “Proses” P&P

(Sumber : Jurnal IAB 25-27 Jun 2007) Bulatan 1 dalam Gambarajah 2 menerangkan
tentang ilmu dan ketrampilan yang perlu dikuasai oleh guru-guru tentang pelajar dan proses
pembelajaran, pembangunan dan penguasaan bahasa mereka. Untuk itu guru perlu
mengintergrasikan keempat-empat komponen iaitu pelajar dan proses pembelajaran mereka,
proses kognitif, metacognitif dan memotivasikan pelajar supaya meningkatkan pengupayaan
untuk mencapai proses pendidikan. Pembangunan insan ialah aktiviti-aktiviti pemahaman
guru terhadap tingkahlaku, hubungan sosial dan tahap keintelektual setiap

ilmu tentang pelajar & perkembangan

mereka dalam konteks sosial:

1. pembelajaran

2. perkembangan manusia

3. bahasa

Ilmu tentang subjek dan

matamat kurikulum: matlamat

pendidikan dan tujuan untuk

ketrampilan isi kandungan dan


bidang

Ilmu pengajaran: 1. kandungan

termasuk pedagogi kandungan

2. mengajar pelbagai pelajar

3. pengujian dan peperiksaan

4. pengurusan kelas

Satu visi

amalan

profesional

20

pelajarnya . Ini sangat berguna untuk mengurus kelas secara efektif, memberi tugasan yang
sesuai, memberi bimbingan dan meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Selain dari itu ,
laras bahasa guru mestilah bersesuaian dengan umur pelajar. Kefasihan dan kelancaran
bahasa guru boleh menyelesaikan pelbagai perkara dalam pengajaran dan menarik minat
pelajar untuk mendekati guru. Bulatan 2 menjelaskan ilmu tentang kandungan matapelajaran
dan matlamat kurikulum yang mesti dikuasai oleh guru. Ia melibatkan proses menyusun
kurikulum selaras dengan objektif pengajaran. Guru juga perlu membina satu kurikulum yang
koheran dan responsive kepada keperluan pelajar. Bulatan 3 berkaitan ilmu tentang proses
pengajaran yang melibatkan kemahiran mengajar guru. Empat bidang ilmu dan ketrampilan
yang penting dalam proses ini ialah ilmu kemahiran pedagogi, ilmu bagaimana hendak
mengajar murid yang pelbagai, ilmu tentang pengujian dan peperiksaan dan ilmu kemahiran
mengurus bilik darjah supaya aktiviti bilik darjah lebih terurus dan bertujuan. Gambarajah 2
di atas ialah kerangka konseptual untuk memahami proses pengajaran dan pembelajaran .
Kemahiran

memahami konseptual „proses‟ ini melahirkan guru

-guru yang berkompetensi tinggi . Dengan kemahiran ini juga , pengajaran di bilik darjah
dapat dilakukan dengan berkesan selama tempoh pembelajaran pelajar samada di peringkat
rendah atau menengah. Akhirnya dengan kompentensi guru ini , dapat melahirkan murid
yang mempunyai nilai-

nilai „

towering personality’

. 21

3.3 Prinsip-prinsip KPI


3.3.1 Pendahuluan

Kualiti dinilai berdasarkan pencapaian murid dan tahap kompetensi guru. Aspek pencapaian
akademik murid,pembentukan sahsiah

, dan kompetensi guru adalah intipati „proses‟ kepada kualiti.

Dalam mengukur tahap kualiti dalam perkhidmatan, kerajaan telah memperkenalkan dasar-
dasar meningkatkan kualiti melalui pekeliling-pekeliling perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan
Awam. Untuk membincangkan prinsip kualiti dalam pendidikan, saya memilih prinsip Key
Performance Indicator (KPI) sebagai indikator pengukuran. KPI digunapakai selaras dengan
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2005 yang telah diedarkan ke semua institusi
pendidikan. Menurut Story (2002) sistem pengukuran prestasi menggunakan KPI harus
diamalkan dalam organisasi pendidikan sebagai satu strategi pengurusan. Sharifah (2000),
KPI penting kerana terdapat persepsi serta nilai yang berbeza daripada pelbagai pihak
terhadap keberkesanan sekolah.

3.3.2 Definisi KPI

F. John Reh (2004) menjelaskan KPI adalah suatu parameter yang boleh diukur , yang telah
dipersetujui bersama, dan yang akan mencerminkan kejayaan sesuatu organisai. KPI adalah
penunjuk kejayaan yang membantu organisasi mentaktif dan mengukur kemajuan pencapaian
matlamat. Ringkasnya KPI adalah kaedah mengukur pencapaian matlamat. 22

KPI adalah satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan membantu organisasi
menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang disampaikan
kepada pelanggan selaras dengan misi dan visi sesebuah organisasi (PKPA,2005). Prinsip-
prinsip KPI ialah meletakkan sasaran , boleh diukur dengan angka, diukur dalam keadaan
normal dan selaras dengan misi dan visi organisisi. Maklumat ini akan digunakan sebagai
tanda aras yang akan menjadi komponen utama sesebuah organisasi bagi mencapai konsep
amalan terbaik. KPI adalah ukuran spesifik dalam bidang tertentu prestasi organisasi. Tujuan
KPI adalah untuk memberikan pengukuran ke atas faktor-faktor utama yang akan
memberikan kejayaan jangka panjang kepada organisasi. Untuk KPI berfungsi dan
memberikan faedah kepada organisasi, ianya harus diukur secara berterusan dan mempunyai
hubung kait dengan bidang yang ingin dilakukan penambahbaikan. 23

3.3.3. Modul KPI

Gambarajah 3: Model Pengukuran Prestasi Agensi Kerajaan Berasaskan Proses (sumber :


Pekeliling Perkhidmatan Pentadbiran Awam , Bil .1 Tahun 2005)

Tetapkan
Perkhidmatan Teras

Tentukan Proses Utama

Kenalpasti Perkhidmatan yang

Disampaikan

VISI DAN MISI

Wujudkan KPI dan tetapkan Sasaran

Prestasi

Ukur dan Nilai Prestasi

Pantau Tahap Prestasi

Tambah baik Prestasi

Dapatkan maklum balas pelanggan

Nilai secara berterusan

Kaji semula prestasi

Perkhidmatan

yang
memuaskan hati

pelanggan

24

Gambarajah 4 :Langkah-langkah Untuk Mewujudkan KPI dan Melaksanakan Pengukuran


Prestasi

(Sumber : Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ,IAB)

3.3.4 Prinsip-Prinsip Asas Pengukuran Prestasi

Tujuan KPI untuk mengukur prestasi dan penyampaian sesebuah organisasi. Elemen KPI
mencakupi aspek kecekapan dan keberkesanan proses-proses utama dalam menghasilkan dan
menyampaikan perkhidmatan utama kepada pelanggan serta aspek kepuasan hati pelanggan
terhadap perkhidmatan yang diterima (PKPA,2005). Perlaksanaan Pengukuran prestasi
memerlukan pembinaan KPI dan sasaran prestasi sebagai asas pengukuran.Sasaran prestasi
yang ditetapkan mengambil kira :

Tambah baik prestasi

Pantau tahap prestasi

Ukur dan nilai prestasi

Wujudkan KPI dan tetapkan

sasaran

Penambahbaikan

berterusan
Masa

Tahap Prestasi

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

25

a.

keupayaan proses yang meliputi aliran kerja, keperluan sumber manusia ,kewangan,
peralatan, infrastruktur yang sesuai serta kepuasan dan kehendak pelanggan. b.

Kehendak, ekpektasi dan maklumbalas pelanggan atau sasaran prestasi yang ditetapkan
hendaklah memenuhi ciri SMART (

specific, measurable, achievable, realistic and time bound

. SMART berbentuk r

atio, peratus, angka,‟rating‟(CPGA 3 ke atas), „ranking‟ (Top 10,Best in the world), „Total
number/cost/kuantiti,

level of achievement. Gambarajah 5 menjelaskan bagaimana KPI digunakan dalam sesuatu


organisasi perkhidmatan. Input ialah sumber yang terdapat dalam sesebuah organisasi dan
berkaitan secara langsung untuk menghasilkan output yang dinilai berdasarkan perkhidmatan
atau barangan yang dihasilkan atau outcomes yang menjurus kepada sumber manusia.
Contohnya organisasi pendidikan, ianya diukur berdasarkan jumlah pelanggan yang
menerima perkhidmatan atau jumlah perkhidmatan yang diberikan kepada
pelanggan.Pelanggan mencakupi pelanggan luaran dan dalaman. 26
Gambarajah 5 : Develop Results and Process Measures Sumber :

http://www.scribd.com/doc/4653682/panduan

pembinaan -KPI-

Tahap kecekapan organisasi berdasarkan kepada kos, unit kos atau kuantiti perkhidmatan
yang digunakan dalam menghasilkan outcomes atau outputs.Kuantiti Outcomes merupakan
pencapaian sebenar yang diberikan dalam sesebuah organisasi, biasanya diukur dengan
membandingkan antara pencapaian sebenar dan sasaran yang ditetapkan .

3.3.5 Bagaimana Membina KPI?

3.3.5.1 Rujuk kepada Gambarajah 3; langkah 1-5 , dimulakan dengan membina visi , misi
matlamat dan objektif organisasi berdasarkan mandat dan punca kuasa. Dalam sektor
pendidikan

People

System

Information

aktivity

aktivity

aktivity

Output/outcome

results

Process/activiti
inputs

Inputs

measures

Proses

measures

Result

measures

Performance

measures

Are we doing things right?

Are we doing the right things?

27

biasanya pencapaian peperiksan awam, niche sekolah, kecemerlangan kokurikulum atau


pencapaian cemerlang yang paling tinggi yang dicapai samada peringkat daerah, zon , negeri
atau kebangsaan digunakan untuk membina hala tuju sekolah. Seterusnya kita dikehendaki
mengenalpasti dan menyenaraikan sasaran yang hendak dicapai berdasarkan kepada
objektif .KPI merupakan satu proses pencapaian jangka panjang. Diikuti dengan membina
objektif iaitu apa yang hendak dicapai. Objektif boleh dibina lebih dari satu .Setiap objektif
dipadankan dengan strategi yang dirancang untuk mencapai sasaran yang ditetapkan..Kita
juga perlu merangka apakah indikator yang digunakan bagi mencapai objektif. Indikator
adalah merujuk kepada perkara-perkara yang hendak diukur berdasarkan SMART. Indikator
boleh berbentuk kualitatif atau kuantitatif dan mengukur inputs, perkembangan progress atau

output
. Tetapkan target .Target ialah sasaran yang hendak dicapai.Ia bersifat anjal ; samada dalam
jumlah yang kecil, besar atau kedua-duanya.Results

ialah pencapaian sebenar yang diperolehi. 3.3.5.2 Rujuk Gambarajah 4 : Proses


mewujudkan KPI dan menetapkan sasaran iaitu proses mengukur dan membina dan menilai
prestasi . Langkah ini menjurus kepada membina perhubungan antara isu strategik, matlamat
Strategik, Objektif , KPI dan Sasaran Prestasi . Jadual 2 dan jadual 3 di bawah menjelaskan
perkaitan elemen-elemen tersebut. 28

Jadual 2 : Membina Matlamat Strategik, objektif , KPI dan Menetapkan sasaran

MATLAMAT

STRATEGIK

OBJEKTIF

KPI

SASARAN

KURIKULUM

TOV

„09

„10

„11

„12
Meningkatkan

kecemerlangan

akademik

Meningkatkan

pencapaian

cemerlang

dalam UPSR

% keputusan

pencapaian UPSR

78.5 %

81.6%

83.6%

84.6%

Jadual 3: Membina Isu strategik, Matlamat, KPI dan objektif

3.3.5.6 Gambarajah 4 , langkah 2 iaitu melaksanakan pengukuran penilaian prestasi


ialah tindakan yang dipertanggungjawabkan kepada ketua atau pengerusi sesuatu organisasi
atau unit. Tindakan yang perlu diambil dengan mengumpulkan data mengenai pencapaian
sebenar bagi setiap KPI. Buat perbandingan antara pencapaian sebenar dengan sasaran
prestasi bagi setiap KPI yang ditetapkan . Untuk mendapat lebih jitu, perbandingan antara
kedua KPI tadi dikira dalam bentuk peratus. Buat analisis dan rumusan pencapaian bagi
setiap perkhidmatan. Akhir sekali , sediakan laporan prestasi berdasarkan kepada :
ISU STRATEGIK

BIDANG

KURIKULUM

MATLAMAT

STRATEGIK

OBJEKTIF

KPI

SASARAN

TOV

„09

„10

„11

„12

Pencapaian
akademik murid

masih lagi belum

cemerlang

Meningkatkan

kecemerlanga

n akademik

pelajar

Mendapat

84.6%

kelulusan

UPSR

(kuantiti)

Dan 40%

pelajar

mendapat

5A

(kualiti)

% kelulusan

keseluruhan
% pelajar

mendapat

5A

78.5

36 %

81.6

38%
83.6

39%

84.6

40%

29

Analisis pencapaian sasaran prestasi setiap perkhidmatan

Analisis jurang

Punca berlakunya jurang Lihat Jadual 4 dan Jadual 5 adalah contoh hubungan KPI dan
penilaian prestasi dinilai atau diukur.

Jadual 4 : Contoh pelaporan Tahap Pencapaian Prestasi : Bidang : KURIKULUM


Visi :

Misi:

Matlamat

Objektif:

Mengadakan mesyuarat

kurikulum sekolah mengikut

jumlah

kuantiti ujian dan peperiksaan

KPI

Sasaran Prestasi

Pen

apaian sebenar

Catatan

Jumlah mesyuarat

pengurusan

kurikulum
4 kali setahun

(2 kali setiap semester)

3 kali setahun

Tidak mencapai

sasaran kerana tarikh

mesyuarat diisi dengan

program

LDP/ guru

terlibat dengan OUM

Jadual 5 :Contoh pelaporan Tahap Pencapaian Prestasi Bidang : HAL EHWAL PELAJAR

Visi :

Misi:

Matlamat

Objektif

Pelajar hadir ke kelas tambahan


mengikut takwim perancangan

KPI

Sasaran Prestasi

Pencapaian sebenar

Catatan

kehadiran pelaja

dalam aktiviti kelas

tambahan

35/41 = 85%

% pelajar hadir

Purata hadir sebulan 38

orang
92.68%

+7.68%

Melebihi

pencapaian kerana

penguatkuasaan

disiplin dan

tindakan sekolah

memohon

kerjasama waris

30

3.3.5.7 Rajah 4 , langkah 3 iaitu tindakan ketua jabatan mengambil langkah-langkah


mewujudkan KPI dan melaksanakan tahap prestasi. Sebagai ketua jabatan, kita hendaklah
mengkaji dan menganalisis sasaran dan pencapaian sebenar dengan memberi fokus kepada
lima perkara iaitu (1) pencapaian setiap prestasi perkhidmatan yang disediakan, (2) tahap
kepuasan pelanggan, (3) mengenalpasti masalah, isu dan jurang yang wujud. (4) keperluan
sumber manusia, peralatan dan kelengkapan. (5) mengambil tindakan untuk meningkatkan
keupayaan proses-proses untuk mencapai sasaran yang dikehendaki Dalam peringkat ini, jika
pencapaian tidak mencapai sasaran yang ditetapkan , ketua jabatan perlu bertindak dengan
berfokuskan kepada tindakan penambahbaikan dengan memberi tumpuan kepada 1.

Peningkatan k

ecekapan dan keberkesanan proses „

reenginering

‟ dan

pelaksanaan ICT 2.
Perlaksanaan penyelidikan , pembangunan dan inovasi. 3.

Penurunan kuasa 4.

Peningkatan kompetensi 5.

Penggunaan sumber manusia secara optimum 6.

Penyediaan peralataan atau kelengkapan yang mencukupi 3.3.5.8 Rajah 4 , langkah 4 iaitu
langkah-langkah mewujudkan KPI dan melaksanakan pengukuran prestasi . Tindakannya
dengan melaksanakan penambahbaikan yang diputuskan dalam 3.3.5.7 di atas. Semua
pelaksanaan penambaikan yang dibuat hendaklah dilaporkan setiap tiga bulan sekali.
Langkah 2 hingga 4 hendaklah diberi perhatian kerana inilah langkah-langkah yang pelu
dikaji dan disesuaikan untuk mencapai keberkesanan perkhidmatan. 31

Kandungan pelaporan KPI sebagai alat pengukuran kualiti terdiri dari : 1.

pernyataan visi dan misi organisasi 2.

pernyataan matlamat 3.

pernyataan objektif yang berkaitan dengan matlamat . (Contohnya satu matlamat ada 3
objektif) 4.

senarai strategik yang berkaitan dengan objektif yang berkenaan 5.

pengukuran prestasi : KPI, sasaran dan data perstasi , perlaksanaan strategik 6.

analisa jurang prestasi 7.


cadangan tindakan : pembetulan atau penambahbaikan berterusan. Sebagai rumusan
perbincangan di atas, penggunaan KPI sebagai alatan pengukuran dalam organisasi
pendidikan difokuskan kepada tiga perkara , iaitu : (1)

menjelaskan hala tuju organisasi. Melalui pembinaan KPI, warga sekolah dapat menyedari
perkara-perkara penting dan patut diberi perhatian dalam menjayakan visi dan misi sekolah.
Sistem pengukuran prestasi yang baik akan memberikan gambaran yang jelas mengenai
pengukuran sesuatu matlamat berdasarkan kepada perancangan strategik sekolah. Setiap
warga sekolah akan mengenal pasti dan menghubungkaitkan sasaran kerja tahunan individu
dan sasaran kerja tahunan panitia dengan perancangan strategik sekolah dan seterusnya dapat
menentukan sama ada sasaran yang ditetapkan itu telah tercapai atau tidak. Dengan adanya
komitmen pihak sekolah terhadap pengukuran, ianya akan dapat membentuk satu budaya
yang mementingkan pencapaian iaitu setiap individi bekerja ke arah mencapai visi dan misi
sekolah. Kegagalan menghasilkan sistem pengukuran yang betul akan memberikan kesan
yang ukuran kepada 32

prestasi organisasi. Ini menyebabkan segala usaha ditumpukan kepada perkara-perkara tidak
produktif dan merugikan masa. (2) dengan mengaplikasikan sistem KPI sekolah akan dapat
memberikan tumpuan kepada bidang-bidang utama yang disampaikan kepada ibu bapa dan
pihak berkepentingan. Penggunaan KPI dapat membantu sekolah dalam menentukan tindakan
yang perlu diambil. Sistem pengukuran KPI bersifat dinamik. Pengukuran secara tekal akan
dapat membantu sekolah mengenal pasti perkara-perkara yang menghalang keberkesanannya.
(3) membolehkan sekolah menilai semula sasaran yang telah disasarkan. Kesesuaian strategi
yang telah diimplementasikan juga boleh dinilai semula . Melalui KPI, tindakan-tindakan
pembetulan dan penambahbaikan boleh dilakukan. Prestasi sekolah dapat dimantapkan
dengan membuat perbandingan pencapaian masa lalu semasa dan akan datang.
Keseluruhannya KPI dapat membantu sekolah dalam proses penambahbaikan melalui
tumpuan kepada hala tuju , penumpuan kepada bidang-bidang utama yang disampaikan
kepada pelanggan dan penilaian semula prestasi yang telah disasarkan. 33

4. Huraian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

Gambarajah 6 : Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (Sumber :


Pelancaran PIPP : 2006)

ASAS PEMBANGUNAN


Misi Nasional

Dasar

Dasar

Pembangunan Negara

Dasar Pendidikan

Kebangsaan

Islam Hadhari

Pelan Intergriti Nasional

TERAS PEMBANGUNAN

PENDIDIKAN


Akses

Ekuiti

Kualiti

Kecekapan Dan

Keberkesanan

Pengurusan Pendidikan

PENDEKATAN

Kesemarataaan Peluang

Pendidikan

Kecemerlangan Institusi
PENDEKATAN TERAS STRATEGIK

PIPP

Membina Negara Bangsa

Membangunkan Modal Insan

Memperkasakan Sek

Kebangsaan

Merapatkan jurang pendidikan

Memartabatkan Profesion

Keguruan


Melonjakkan Kecemerlangan

Institusi Pendidikan

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN

Kerjasama Dan Komitmen

Warga Pendidikan

Kerjasama Dan Komitmen Pihak

Berpentingan

System

Penyampaian

Pendidikan

System Pemantauan Dan

Penilaian
MATLAMAT

Pendidikan

Berkualiti

Untuk

Semua

34

Gambarajah 6 menjelaskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) dilancarkan pada


16 Januari 2007 . PIPP mempunyai enam teras strategik bagi memperkukuhkan sistem
pendidikan negara. Teras-teras dalam PIPP dihuraikan seperti di bawah: Teras 1: Membina
Negara Bangsa

KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri
glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan
kesenian bangsa. Hasrat ini dicapai melalui memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan
disiplin pelajar, menggiatkan aktiviti RIMUP (Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan)
serta menggalakkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan
budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Teras 2: Membangun Modal Insan- KPM akan
memberikan tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar.
Pelajar yang bakal dilahirkan berkompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif
serta kebolehpasaran. Sistem peperiksaan berfokuskan kepada sistem pentaksiran dan
penilaian holistik, membina disiplin pelajar kepada 3K (kebersihan, kesihatan dan
keselamatan) Teras 3: Memperkasa Sekolah Kebangsaan- Mencakupi rendah dan menengah
dan menjadikan sekolah ini menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Dilengkapkan dengan
kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan air dan elektrik serta
kemudahan ICT, guru terlatih yang mencukupi serta mengikut opsyen . 35

Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan- Penekanan dalam merapatkan jurang pendidikan


antara lokasi, jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar.
Kesemua ini untuk mengurangkan perbezaan dari segi kemudahan fizikal dan bukan fizikal,
prestasi dan keciciran. Fokus utama membangunkan insfrastruktur di luar Bandar termasuk
Sabah dan Sarawak sekurang-kurangnya mempunyai standard yang minimum. Bantuan
kepada murid miskin, berkeperluan khas, kaum minoriti, mengurangkan jurang digital, dan
bekalan guru mencukupi. Teras 5: Memartabatkan Profesion Guru


Tujuan bagi memastikan profesion dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah
yang dipertanggungjawabkan dalam membina generasi masa depan. Untuk itu Institut
perguruan dinaik taraf dan kelayakan guru diperingkatkan ke Ijazah. Pemilihan dan kebajikan
guru juga akan dipertingkatkan. Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan-
Kecemerlangan dibentuk melalui kluster kecemerlangan sekolah berasaskan akademik,
kokurikulum, sukan atau

niche areas.

Sekolah yang terpilih mendapat keistimewaan seperti dirangkaikan dengan institusi ternama
tempatan dan luar negara, peperiksaan peringkat antarabangsa, menjadi sekolah contoh .
Sekolah ini juga menjadi penanda aras dan

showcase

pada peringkat antarabangsa. PIPP dilaksanakan dengan dua pendekatan iaitu: 1.

Menyamaratakan peluang pendidikan untuk semua 2.

Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan mewujudkan kluster


kecemerlangan. 36

Kedua-dua pendekatan ini adalah selaras dengan hala tuju dan aspirasi kerajaan masa kini.
PIPP sudah sampai hampir sampai ke penghujungnya. Menjelang tahun 2010, kesemua
kerangka strategi dan program yang dirancang dapat dijalankan dengan baik dan mencapai
sasaran yang dikehendaki. Sejak dilancarkan hingga ke hari ini, sejauh manakah usaha-usaha
telah dibuat untuk mencapai pendekatan yang dinyatakan? Apakah indikator yang
digunapakai dalam menentu kejayaan PIPP telah mencapai hasrat dalam Wawasan 2020?
Pada 20 Julai 2009 yang lalu, Bengkel KajianSemula PIPP telah diadakan dan dirasmikan
oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan . Bengkel ini diadakan
untuk menilai , mengkaji dan berusaha untuk membuat penambahbaikan . PIPP adalah
penentu keberkesanan dan kejayaan misi, visi , dan perancangan strategi KPM. Dalam FPK,
hasrat yang dinyatakan dalam pendidikan ialah melahirkan masyarakat yang berpengetahuan,
berketrampilan, mempunyai jati diri, bersifat progresif , kreatif dan berinovatif . Ciri-ciri
warganegara Malaysia yang diharapkan ini dapat dicapai melalui pendidikan yang berterusan
dan berkualiti .Pendidikan yang berkualiti bukan sahaja dapat memenuhi hasrat negara
malahan dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang mampu bersaing di
persada dunia yang kompleks dan mencabar. Melalui sistem pendidikan kebangsaan,
outcome yang dilahirkan nanti ialah murid yang berkualiti dan sekurang-kurangnya memiliki
dan mengamalkan tiga Q iaitu

Intelektual Quotient
(IQ)

Emotional Quotient (EQ) dan Social Quotient (SQ). 37

Teras keempat dalam PIPP, merapatkan jurang pendidikan dengan memberi fokus untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri . Elemen ini memberi sumbangan ke arah
pembentukan keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. KPM memberi
penekanan khusus kepada perkembangan pendidikan sekolah-sekolah di luar bandar dan
kawasan pedalaman dengan mengurangkan pengasingan sosial demi mengelakkan
ketidaksamarataan sosial. Dalam merealisasikan hasrat murni ini, KPM telah merangka dan
menyediakan program yang berbeza dan bersepadu untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah di
kawasan berkenaan. Program ini mencakupi naik taraf prasarana, insfrastruktur, infostruktur.
Juga peningkatan kualiti pendidikan guru sebagai pemangkin kecemerlangan pendidikan di
kawasan luar bandar. Antara yang disediakan ialah kemahiran teknologi maklumat, peluang
pembelajaran elektronik dan jarak jauh dan menyediakan sumber pembelajaran digital .
Kesemua yang bakal dilaksanakan dalam PIPP ini nanti memberi ruang dan peluang kepada
murid untuk mengakses maklumat dan pengetahuan melalui teknologi. Dengan
penambahbaikan prasarana di kawasan luar bandar , akan meningkatkan akses, ekuiti dan
kualiti pendidikan di luar bandar. KPM juga memberi fokus dalam menyediakan kemudahan
untuk pendidikan prasekolah di kawasan orang asli dan Penan. Jumlah sasaran yang
ditetapkan ialah 2348 buah prasekolah di kawasan luar bandar akan didirikan. Dalam
merapatkan jurang digital tumpuan diberikan dalam penyediaan infrastruktur, perisian dan
latihan ICT. Sasaran yang ditetapkan ialah 2257 buah makmal komputer, 3600 buah pusat
akses akan didirikan. Sekiranya tercapai, 38

seramai 2.8 juta murid di kawasan luar bandar dapat menikmati kemudahannya. Segala
usaha yang telah dan bakal dilakukan oleh KPM ini adalah demi memastikan peratus
keciciran murid di kawasan pedalaman dan terpencil dapat dikurangkan. Dapatan
menunjukkan seramai 125,000 orang anak-anak yang tinggal di kawasan pedalaman
sepatutnya mengikuti pendidikan rendah tidak bersekolah . Berasaskan kepada jumlah ini,
KPM berpendapat masalah ini perlu diselesaikan dengan memastikan semua murid diberi
peluang dan berkeupayaan yang sama sama untuk mengakses pendidikan. Selain dari itu,
usaha juga dilipatkan untuk menyediakan infostruktur supaya jurang digital dapat dirapatkan.
Sejajar dengan penyediaan infostruktur , guru dan murid juga hendaklah diperlengkapkan
dengan kemahiran mengakses maklumat dan pengetahuan melalu teknologi yang disediakan
untuk meningkatkan pengetahuan . Jika kesemua infostruktur dan infrastruktur telah
disediakan , adakah PIPP dapat dicapai sepenuhnya? Pendidikan tidak akan tercapai dan FPK
juga akan kecundang jika kualiti pendidikan tidak diberi keutamaan. Matlamat utama
pendidikan ialah untuk mempersiapkan murid dengan ilmu pengetahuan,kemahiran dan
perspektif bagi membolehkan mereka bersaing di dunia yang kompleks dan mencabar.
Kesemua ini boleh dicapai melalui pendidikan yang berkualiti. KPM mestilah perteguhkan
iltizam dan melonjakkan usaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan. Kualiti
Pendidikan merangkumi elemen penyediaan kurikulum, buku teks yang berkualiti,
memantapkan latihan guru, menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan 39

murid belajar mengikut bahasa yang mereka fahami. Elemen-elemen ini merupakan asas
kepada membina pendidikan yang berkualiti. PIPP memberi fokus kepada pendidikan yang
berkualiti . Pendidikan perlu dinamik dan terus maju ke hadapan. Pendidikan berkualiti
menjadi tunjang dan wadah penting kepada :

pembinaan negara bangsa, pembangunan modal insan, menyemai dan memupuk perpaduan
pelbagai kaum ,pemangkin utama yang mampu mendidik anak bangsa berfikir dan melewati
sempadan kaum masing-

masing”.

Demi memastikan PIPP mencapai sasaran yang ditetapkan, kesemua warga pendidik
hendaklah menggemblengkan tenaga dan melipatkan gandakan usaha bagi menghadapi
cabaran . Anjakan bersifat futuristik berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi dengan
dimulakan oleh pembuat dasar di KPM hinggalah ke pelaksana dasar di sekolah iaitu para
guru. Untuk memastikan kesemua tenaga digerakkan, tindakan asas yang perlu dilaksanakan
ialah berfikir dan bertindak secara positif dalam memenuhi tanggungjawab dan tugas yang
diamanahkan. Kesuntukan masa ini, PIPP dapat dicapai jika kesemua warga pendidikan
membuat lonjakan berganda atau

leap-frog

. 5.

Hubungan Antara Amalan Prinsip Kualiti Dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Bahagian ini membincangkan tentang peranan dan tanggungjawab pemimpin organisasi


mengamalkan dan menerapkan prinsip-prinsip kualiti untuk memastikan PIPP mencapai
objektifnya. Dalam ucapan perasmian Bengkel Kajian Semula PIPP, 40

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan KPM
telah mensasarkan peningkatan kualiti berlandaskan kepada penyediaan kurikulum, buku
teks, memantapkan latihan guru, menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif
dan murid belajar mengikut bahasa yang mereka fahami. Elemen-elemen ini merupakan asas
kepada membina pendidikan yang berkualiti ke arah melahirkan modal insan cemerlang dan
kebolehpasaran. Sebagai penjawat awam. kita hendaklah berpegang kepada empat aspek
etika kerja dalam pengurusan organisasi Perkhidmatan Awam ialah nilai-nilai kualiti,
akauntabiliti, pengurusan masa yang berkesan serta membuat keputusan yang berkesan.
Nilai-nilai kualiti merangkumi nilai intergriti, profesionalisma, kejujuran
intelektual,neutraliti, kepemimpinan, bekerjasama, kreativiti dan inovasi, berorientasikan
pelanggan, pengurusan diri dan kemajuan diri. Proses memahami dan melaksanakan etika
kerja ini dapat meningkatkan prestasi diri dan organisasi. Perkhidmatan Awam yang
berkualiti memerlukan pengurusan berkualiti bagi menghasilkan perkhidmatan dan keluaran
secara efektif. Kejayaan organisasi Perkhidmatan Awam untuk mencapai kualiti dan
kecemerlangan yang diharapkan terletak pada kecekapan dan keupayaan pengurusan sumber
manusia yang menganggotai Perkhidmatan Awam .(Wan Azmi Ramli, 1996) Kini sistem
pendidikan di mana jua sedang menghadapi cabaran-cabaran globalisasi dan inovasi dalam
bidang teknologi. Malaysia juga tidak terkecuali . Apa juga pembaharuan kepada pendidikan
guru perlu ditafsir dan difahami supaya strategi yang dirangka dapat memperseimbangkan
sistem persekolahan secara 41

keseluruhannya untuk memenuhi keperluan-keperluan K-ekonomi yang bercorak global.


Apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju, masyarakat Malaysia aka

n menjadi „

urbanized, industrialized

and modernised’

Berdasarkan senario di atas , jelaslah bahawa negara perlu melatih dan membekalkan guru
yang mempunyai ilmu pengetahuan, berkualiti, berketrampilan, bersahsiah, harmonis,
berakhlak mulia serta bersikap positif, dedikasi, berdisiplin, dan mempunyai jati diri untuk
menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Semua institusi keguruan sama ada fakulti pendidikan
di universiti atau institut pendidikan guru (IPG) adalah dipertanggungjawabkan untuk
melahirkan guru yang unggul, anggun dan cemerlang yang dapat memberikan pendidikan
yang bermutu selaras dengan keperluan

negara maju. Ini adalah kerana , „

The crucial agent of change in the

evolution of our education system to meet the challenges of the 21’

century, is and

will always be, the noble teaching profession’

(New Straits Times, 24 Mac 1990, ms 7) Enam teras PIPP merupakan cabaran penting yang
perlu dicapai oleh KPM. Guru adalah asset utama yang diberi perhatian dan penentu kepada
kejayaan kualiti

outcome

.KPM mampu dan yakin boleh menyelesaikan isu-isu berkaitan melengkapkan prasarana,
fizikal, infsturktur dan infostruktur tidak kira samada di luar bandar atau kawasan
pedalaman. Sekolah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tercanggih belum lagi
dapat dikatakan berkualiti kerana, Yang Berbahagi Ketua Setiausaha KPM , menyatakan
bahawa : 42

di KPM , indikator ukuran kualiti adalah imbangan antara dua elemen iaitu kepentingan
pelanggan iaitu guru-guru, ibu bapa dan murid dan kepentingan KPM iaitu pendidikan
berkualiti untuk rakyat. (Sumber : Majalah Pendidik, Bil 17-2005).

Pernyataan di atas memberikan gambaran bagaimana sukarnya menilai kualiti pendidikan


kerana ianya bersifat terlalu subjektif. . Ini adalah kerana terdapat persepsi serta nilai yang
berbeza daripada pelbagai pihak terhadap keberkesanan sekolah. (Sharifah,2000) . Selain dari
memenuhi kepuasan pengguna dan pelanggan, kualiti juga dinilai berdasarkan kehendak-
kehendak

stake holder

. Hala tuju, matlamat, objektif dan strategi organisasi yang dirancang boleh dicapai jika
setiap pengurus sekolah dan institusi pendidikan mempunyai kecekapan dan keupayaan
dalam mentadbir urus pengurusan sumber manusia yang dipimpinnya. Maksudnya jika di
sekolah, Guru Besar atau Pengetua adalah pemimpin yang semestinya boleh memberi
momentum dan membina paradigma supaya guru di bawah seliaannya mempunyai dan
menghayati empat

teras etika perkhidmatan awam, menjalankan aktiviti „proses‟ untuk

mencapai objektif pengajaran , berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyediakan


pembelajaran murid yang kondusif, serta memahami standard kualiti guru seperti yang
dikehendaki oleh BPG . Kesemua kekuatan dan peluang digemblengkan dalam organisasi dan
dilaksanakan secara bersama antara pemimpin sekolah dan warga guru supaya dapat
memenuhi jangkaan dan persepsi yang dikehendaki oleh pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
Sebagai seorang pengurus sekolah, gemblengkan kelima-lima kuasa 43

; ganjaran, paksaan, sah, rujukan dan pujukan dengan menggerakkan sumber-sumber


dalaman ke arah membina hala tuju organisasi. KPI digunakan berikutan dari perubahan
paradigma masyarakat ,menyebabkan banyak tuntutan dan harapan yang tinggi terhadap
sekolah. Kecemerlangan akademik, kokurikulum, disiplin yang baik, amalan-amalan
pengurusan , kepimpinan , kompetensi guru yang tinggi memerlukan komitmen yang tinggi .
KPI mempunyai satu indikator ukuran yang baik untuk melihat dan membandingkan prestasi
sekolah. KPI juga dapat mengesan segera kelemahan yang berlaku di sekolah berada di
bawah pencapaian . Jika ini terjadi , strategi penambahbaikan sistem perlu diwujudkan untuk
meningkatkan keberkesanan sekolah. Sekolah perlulah menggariskan aspek-aspek
perkhidmatan utama dan fungsinya yang boleh menyumbang kepada keberkesanan sekolah
seperti pengurusan kurikukum dan pengajaran, disiplin, kepimpinan, perkembangan staf,
pengurusan kewangan, pengurusan persekitaran sekolah dan pengurusan hubungan dengan
pelanggan.Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada keberkesanan sekolah, faktor-
faktor ini perlu dianalisis untuk mengasingkan antara utama dan faktor kritikal. Faktor
kritikal ialah faktor yang akan menyebabkan kegagalan kepada pencapaian utama sekolah
(Kelly,2001). Lakukan aktiviti sumbangsaran dan perbincangan bersama pengurus sekolah
dan guru-guru untuk mencari dan menganalisis: a.

kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang untuk menentukan faktor-faktor yang


menyumbang kepada keberkesanan sekolah b.

Faktor-faktor kritikal yang boleh dibina KPI c.

sasaran prestasi untuk mengukur prestasi sekolah 44

d.

Aktiviti-aktiviti penambahbaikan kepada proses yang tidak mencapai sasaran yang ditetapkan
. KPI dan sasaran prestasi secara keseluruhannya boleh juga diperincikan lagi oleh
kumpulan-kumpulan panitia mata pelajaran. Pengukuran prestasi menggunakan KPI dan
sasaran prestasi di sekolah merangkumi proses-proses utama serta keberkesanan dari segi
pencapaian matlamat atau bilangan output yang dihasilkan. KPI dan sasaran prestasi boleh
diukur dari segi proses yang disampaikan dan output yang dihasilkan di sekolah seperti dalam
jadual di bawah. Contoh dari jadual di bawah, dapat menjelaskan pertautan antara sebahagian
aktiviti proses utama yang dapat dijanakan dengan menggunakan pengukuran KPI dan
sasaran prestasi . Sekolah harus menentukan sendiri perkhidmatan teras dan proses-proses
utama mengikut konteks dan kesesuaian budaya sekolah masing-masing. (Ku Rusmini Ku
Ahmad ,2006) Jadual 6: KPI dan Sasaran Prestasi bagi Pengurusan Kurikulum dan
Pengajaran

KPI Proses

Sasaran prestasi

Kekerapan perjumpaan mesyuarat

kurikulum (AJK Kurikulum dan panitia)


4 kali setahun

Penilaian ke atas pencapaian murid

Setiap bulan

Perjumpaan pihak pengurusan sekolah

dengan guru

Setiap 2 minggu

Perbincangan sekolah dengan waris

3 kali setahun

Perjumpaan guru dengan kumpulan

sasaran murid

Setiap bulan

Penyemakan rekod mengajar guru oleh

pihak pengurusan sekolah

Setia

p minggu

Pemantauan pencapaian murid oleh


pihak pengurusan sekolah

Setiap bulan

KPI Output

Sasaran prestasi

Pencapaian murid dalam setiap mata

pelajaran

Sekurang

kurangnya

80%

45

Jadual 7: KPI dan Sasaran Prestasi bagi Pengurusan Disiplin

KPI

Proses

Sasaran prestasi

Semakan peraturan Disiplin sekolah

2 kali setahun
Peringatan peraturan disiplin kepada guru

dan murid

Setiap minggu

Penyebaran peraturan disiplin kepada ibu

bapa

2 kali setahun

Perjumpaan guru dengan murid bermasalah

Sekurang

kurangnya

sekali seminggu / bila

perlu

Pemeriksaan laporan disiplin oleh pihak

pengurusan sekolah

Setiap miggu

KPI Output
Sasaran prestasi

Peratus murid yang melanggar peraturan

sekolah

Kurang daripada 5%

Jadual 8: KPI dan Sasaran Prestasi Pembangunan Staf

KPI Proses

Sasaran prestasi

Analisis keperluan kemahiran staf

2 kali setahun

Perbincangan profesionalisma panitia mata

pelajaran

Setiap bulan

Program perkembangan staf

4 kali setahun

Penilaian Kompetensi /kemahiran staf


2 kali

setahun

KPI Output

Sasaran prestasi

Peratus staf yang menunjukkan peningkatan

dari segi kompetensi dan kemahiran

95%

Contoh-contoh di atas ialah sebahagian dari

core-business

yang menjadi ukuran kepada kejayaan organisasi. Seperkara yang perlu diingati ialah
bagaimanakah pula strategi-strategi meningkatkan 46

martabat profesion supaya nilai‟proses‟ dalam menjalankan tugas dapat

menghasilkan

outcome

yang berkualiti dan menjurus kepada pencapaian PIPP. Selain dari menghayati teras etika
perkhidmatan , ,memahami

standard kualiti guru dan konseptual „proses‟ p&p, keseluruhan organisasi juga hendaklah
berpegang kepada prinsip membina „Budaya Kerja Cemerlang‟ iaitu „amalan terbaik

dan terpuji yang melebihi daripada kebiasaan. Ia merangkumi aspek pemikiran, pengurusan
dan emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan dan cara bekerja yang penuh
intergriti serta dapat memuaskan kehendak

pelanggan‟.
Memperkasakan sekolah kebangsaan ialah tindakan-tindakan yang dijalankan oleh pengurus
sekolah untuk menarik perhatian masyarakat supaya berminat terhadap kurikulum,
kemudahan fizikal

, prasarana, tenaga pengajar dan aktiviti „proses‟ yang ditawarkan

merupakan sebahagian dari agenda memperkasakan sekolah kebangsaan. KPM juga telah
merangka beberapa perubahan dasar kurikulum supaya masyarakat berminat untuk
menyekolahkan anak-anak di sekolah aliran perdana. Perancangan dan perubahan akan
mencapai kejayaan jika guru menjadi pemangkinnya. Hussein Ahmad (2009)
menterjemahkan guru sebagai sumber manusia yang amat penting dalam organisasi
pendidikan. Tanpa golongan guru yang berkualiti, organisasi pendidikan tidak dapat
menghasilkan visi, misi dan matlamatnya. Jesteru itu apabila kita memperkatakan mengenai
usaha memartabatkan guru, kita memperkatakan hal-hal yang berkaitan dengan usaha untuk
memartabatkan sumber manusia yang memainkan peranan utama dalam pembangunan
pendidikan sesebuah negara. 47

Gambarajah 7 : Program Pendidikan Guru Yang Bersepadu (Sumber : Journal IAB, 2007)

Melahirkan guru yang berkualiti merupakan satu amalan yang berterusan dalam kerjaya
guru. Ianya satu peningkatan intelek, moral dan tingkahlaku dan tidak berhenti selepas
penganugerahan sijil, diploma atau ijazah pendidikan. Pelan Intergrasi ini berfokus kepada
arahan kendiri dalam pendidikan dengan tujuan untuk mewujudkan perubahan daripada segi
orientasi peranan guru dan pelajar seperti yang distrukturkan dalam Gambarajah 7.
Memartabatkan profesion perguruan bukan sahaja dipikul di peringkat atasan malahan boleh
dilakukan di peringkat organisasi . Terdapat empat strategi memartabatkan kualiti guru ke
tahap profesionalisma yang lebih mantap , tinggi dan gemilang mutunya dalam sistem
kebangsaan dan boleh dijayakan di peringkat organisasi . Pertamanya ialah pembangunan
ilmu atau intelektualisma guru secara berterusan. Strategi mempertingkatkan ilmu, kepakaran
serta kemahiran guru dalam pelbagai sub-bidang pendidikan berkaitan membabitkan usaha
pembangunan staf yang terancang supaya mereka boleh berfungsi dengan berkualiti dalam
kerjaya

Ciri

ciri c

alon guru

Pemilihan
guru

Pendidikan Guru

Praservice

Program induksi

untuk guru

guru

permulaan

Latihan dalam

perkhidmaan dan

Program

Perkembangan

Profesional

48

pendidikan. Pengisian strategi ini merangkumi inisiatif meningkatkan kompetensi, kapasiti


dan kebolehan, kefahaman dan kemahiran yang perlu ada pada mereka untuk berfungsi
secara berkesan sebagai guru yang berwibawa dan professional. Jesteru, pendedahan yang
luas dan mendalam kepada bidang dan kemahiran baru adalah amat dan menjadi teras kepada
usaha meningkatkan intelektualisma mereka. Strategi ini adalah sebahagian daripada proses
berterusan semasa bekerja melalui pelbagai bentuk dan pendekatan program dan aktiviti
professional seperti program penyeliaan instruksional oleh guru besar dan guru-guru kanan,
aktiviti peningkatan ilmu melalui sesi bengkel, seminar, dialog, perbincangan , kursus khas
dalam bidang masing-masing. Banyak kajian dan pengalaman menunjukkan strategi ini boleh
memantapkan lagi usaha memartabatkan kebolehupayaan guru untuk sedia berubah dalam
proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti berkaitan di sekolah. Ini adalah kerana
kualiti profesionalisma mereka boleh meningkat daripada tahap terdahulu iaitu selepas
mereka mengikuti program pre-service. Ini bermakna, usaha ke arah peningkatan kualiti ini
memerlukan peruntukkan khas yang lebih spesifik daripada bajet pendidikan negara kepada
setiap sekolah bagi menentuk pelaksanaan program ini. Tujuannya membolehkan proses
peningkatan ilmu profesionalisma yang lebih luas dan mendalam kepada kaum guru berjalan
dengan lancar. Kecekapan, keupayaan dan kompetensi guru mempunyai kaitan rapat dengan
keupayaan pelajar atau kolerasi yang positif dan tinggi. Banyak kajian menunjukkan
kekuatan pertalian ini. Pada prinsipnya strategi ini menekankan guru harus menjadi

a good

specialist

dalam bidang 49

ilmu dan kepakaran masing-masing dan

a strong generalist

dalam bidang pendidikan dan pedagogi yang lebih luas. Langkah kedua ialah melalui
program dan insiatif untuk mempertingkatkan sifat siasah serta perwatakan guru ke tahap
lebih unggul. Guru sentiasa berdepan dengan murid. Segala gelagat mereka sentiasa
diperhati, dilihat bahkan ditiru oleh murid di sekolah. Ini bermakna, mereka sewajarnya
sentiasa perlu mempunyai sifat, sikap dan berhemah yang terunggul. Jika gelagat dan
perangai guru kasar, besar kemungkinan perangai dan gelagat murid juga akan kasar. Jika
guru terlalu lembut, muridnya juga mungkin berperangai terlalu lembut. Sebaliknya jika guru
tegas tetapi mempunyai sifaf dan nilai kemanusiaan yang tinggi, besar kemungkinan pelajar
mereka akan mengikuti sifat sedemikian. Strategi ini penting kerana ia berteraskan kepada
keperluan unsur psikologi yang positif seperti emosi stabil, perangai disenangi, tutur bahasa
yang menarik, gaya berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid, rakan setugas dan pihak
atasan yang meyakinkan dan sebagainya. Jesteru unsur kualiti guru seperti ini perlu diterap
dan dimantapkan dalam pembangunan sahsiah guru dari segi

emotional quotient

mereka. Strategi ini boleh dilakukan secara berterusan melalui aktiviti bengkel tidak terlalu
formal, ataupun dialog , perbincangan, interaksi berkala dan sebagainya. Tujuannya ialah
supaya mereka terutama guru muda dapat menghayati dan menjiwai sifat dan personaliti
pendidik atau guru terunggul. Jika guru dapat menjiwai dan menghayati serta
menterjemahkan personaliti mereka yang terunggul dalam bentuk dan sifat seperti yang
diperkatakan di atas,maka kemungkinannya kualiti guru di negara ini akan meningkat,
penghargaan masyarakat 50

akan mudah diberi. Secara tidak langsung, martabat mereka berterusan terus meningkat.
Program dan latihan ini perlu ditambah, terutama semasa sambutan Hari Guru dan perlu
dilaksanakan di peringkat Jabatan , Pendidikan Daerah dan sekolah. Langkah ketiga ialah
berkaitan dengan proses mengembang luas dan memupuk potensi guru. Setiap guru
mempunyai potensi yang pelbagai. Namun begitu, banyak daripada potensi mereka
terpendam pada ketika ini. Apatah lagi, ramai daripada kalangan guru mempunyai
pengalaman dan bidang pengajian berlainan di peringkat universiti atau institusi pendidikan.
Hanya apabila mereka menjurus ke bidang perguruan, usaha menggarap kompetensi mereka
dijuruskan ke arah ilmu pendidikan dan pedagogi. Sehubungan ini, kepelbagaian potensi
terpendam yang ada pada mereka perlu dihidup, diperkembang dan dipertengahkan untuk
memberi menafaat kepda murid,ini bermakna, pihak pemimpin sekolah , terutama guru besar,
guru penolong kanan ketua bidang perlu mempunyai sikap keterbukaan dan nilai
penghargaan untuk memberi ruang kepada guru membangunkan murid mereka dengan
kepelbagaian potensi yang ada pada mereka Jika tidak digalakkan pihak sekolah untuk guru
membangunkan keupayaan murid berdasarkan potensi guru yang pelbagia, maka sukar sekali
murid mendapat banyak menafaat . keluasan minda, kemahiran dan pengalaman mereka akan
menjadi lebih sempit. Bahkan proses pendidikan di sekolah pun boleh menjadi membosankan
kepada ramai murid. Sebenarnya strategi ini yang berdasarkan kepada prinsip pembangunan

multiple interligence quotient

guru dianggap penting dalam pembangunan dan pengurusan sumber manusia. Keupayaan
guru dalam bidang 51

kesenian, kesusasteraan, kesukanan, kreativiti saintifik, kepintaran komunikasi dan bahasa,


komputer dan teknologi dan sebagainya wajar digarapkan dan disokong oleh pemimpin
sekolah demi memanfaatkan kepada murid secara seluas mungkin. Sokongan pihak
kepimpinan sekolah untuk menggalakkan dan mendorong mereka dalam pembangunan
personaliti murid melalui potensi dan keupayaan semulajadi mereka amat penting untuk
meningkatkan martabat guru di kaca mata murid. Jika murid melihat guru mereka bukan
sahaja bijaksana dalam pengajaran dan pedagogi , tetapi juga bijak dan cekap dalam beberapa
bidang lain yang dikuasainya dan boleh memberi manafaat kepada mereka, maruah dan
martabat guru itu akan meningkat lebih tinggi lagi. Perlu diketahui bahawa cerita yang baik
mengenai guru sering juga di bawa ke rumah untuk disampaikan kepada ibu bapa. Maklumat
sebegini boleh menjadikan ibu bapa turut hormat dan menghargai kepakaran dan khidmat
guru berkenaan. Secara tidak langsung martabat guru di kaca masyarakat dapat
dipertingkatkan. Strategi yang tidak kurang penting dalam usaha memartabatkan kualiti guru
ialah berteraskan kepada aktiviti pengukuhan aspek kerohanian, etika dan moral mereka.
Masyarakat Malaysia tidak boleh lari daripada aspek ini. Sekiranya kepentingan aspek ini
tidak dideahkan kepada guru melalui aktiviti agama dan sabagainya seperti usrah, diaolog ,
perbincangan , persidangan, bengkel , seminar , kepentingannya kelak kurang dihiraukan dan
akan terkebelakang. Sedangkan asas pendidikan pasti berpaksikan kepada sistem nilai yang
tidak boleh lari daripada Al-Quran dan hadis bagi murid Islam dan Etika dan Moral bagi
murid bukan Islam. 52

Ini bermakna pembangunan nilai berkait dengan moral, etika sikap positif , kerohanian tinggi
mengikut agama masing-masing perlu menjadi teras untuk digarapkan dalam
membincangkan usaha ke arah memartabatkan guru. Jesteru sekali-sekala sekolah perlu
mengadakan sesi dialog dan perbincangan mengenai aktiviti kerohanian, etika dan moral
demi memperkukuhkan integriti guru sepanjang masa. Program seperti ini akan
mengingatkan guru, terutama yang muda dan kurang pengalaman mengenai betapa
pentingnya memahami peranan mereka dalam usaha meningkatkan maruah dan martabat
kaum guru . kes seperti guru berkonflik sesama sendiri, perlakuan guru tidak wajar kepada
pelajar dan pemimpin sekolah, gelagat guru mengabaikan tugas utama kerana kesibukan
mengejar kebendaan yang tidak pernah cukup, jawatan, pangkat, hobi , populariti melalui
parti politik atau NGO dan sebagainya wajar menjadi bahan dan isu perbincangan dan
dialog. Ini kerana semakin kerap mereka terdedah dengan isu berkaitan, semakin mudah
mereka memahami kehendak profesion dan kerjaya mereka sendiri. Mereka akan sentiasa
berusaha utuk mengelak daripada terjebak dalam situasi negatif yang berkaitan. Bahkan,
strategi ini boleh mengurangkan kes perlanggaran tata tertib, perlakuan kurang bermoral dan
beretika di kalangan pendidik. Semakin kurang kes negatif dilaporkan oleh media massa,
semakin senang masyarakat berbangga dengan profesion guru. Jesteru, semakin mudah
mereka menerima hakikat bahawa maruah dan martabat guru sentiasa dalam keadaan
terunggul dan terkawal. Kesimpulannya dalam memartabatkan profesion guru membabitkan
usaha kepimpinan sekolah, terutama pengetua dan 53

guru besar dan guru sendiri terutama guru lama dan berpengalaman. Peranan kepimpinan
mereka amat perlu untuk mempimpin guru baru, mendedahkan kepada peraturan profesion
dan etika guru. Semuanya ini boleh dilakukan secara terancang, berkala, formal dan separa
formal. Dalam semua hal yang diperkatakan di atas, sokongan dan kepimpinan daripada
KPM menerusi struktur organisasinya di negeri dan daerah terhadap menentukan strategi dan
program seumpamam ini dilaksanakan secara berkesan tidak boleh dipertikaikan. 6.

Rumusan Dan Penutup

Daripada perbincangan di atas , telah memperjelaskan satu gambaran berkaitan organisasi


pendidikan dan kepentingan perkhidmatan pendidikan dalam melahirkan generasi yang
berkualiti selaras dengan kehendak dasar-dasar negara. Sebagai kesimpulan dari huraian
tugasan , titik tolak kejayaan FPK, Misi Nasional, Wawasan 2020 dan PIPP adalah
bertunjangkan dari kualiti guru dan keupayaan sesebuah institusi pendidikan
mengoptimumkan sumber-sumber input untuk menzahirkan outcomes atau pelajar yang
mempunyai modal insan yang tinggi. Elemen yang paling kecil tetapi sangat penting ialah
kepekaan pemimpin organisasi untuk mengenalpasti , apakah proses utama yang perlu
dikenalpasti dalam organisasi yang diterajuinya?, siapakah pelanggan utamanya? , apakah
kualiti yang dapat memenuhi citarasa pelanggan? Dan bagaimanakah bentuk

outcomes

atau

output

yang dihasilkan nanti? 54

Dalam memahami elemen-elemen inilah, pemimpin organisasi perlulah memikir dan


merangka strategi-strategi yang bertetapatan untuk mencapai visi organisasi, menyediakan
alat-alat mengukur untuk menilai dan membuat nilai tambah supaya perkhidmatan yang
disediakan mencapai kualiti melebihi dari jangkaan pelanggan. Guru yang berkualiti dinilai
berdasarkan kompetensi yang ada dan sejauh mana kita berusaha meningkatkan tahap
profesionalisma diri. Dalam membina sikap dan sifat ini, kesedaran dalaman diri perlu
sentiasa dipupuk supaya nilai-nilai tambah terbentuk. Sebagai pemimpin hendaklah selalu
menyedarkan guru-guru di bawah seliaannya supaya mempraktikkan konsep bekerja
berdasarkan lunas-lunas agama dan menanamkan sikap bekerja sebagai satu ibadah .
Kesedaran dalaman ini membina sifat jati diri dan berintergriti dalam tugas dan tindakan.
Peningkatan nilai-nilai kendiri inilah yang menjadi penyumbang utama untuk melahirkan
keghairahan dan keikhlasan bekerja supaya pada akhirnya dapat menghasilkan guru yang
sayang kepada anak-anak muridnya sebagaimana guru menyayangi dirinya sendiri. Akhirnya
dengan kualiti pendidikan yang dizahirkan melalui kualiti guru, objektif , impian dan nilai-
nilai murni yang terkandung dalam FPK dan Etika Perkhidmatan Awam dapat disatukan di
dalam satu titik pertemuan di bilik darjah ke arah melahirkan pelajar yang mantap dari segi
jasmani, emosi,rohani dan ke intelektualannya. PIPP adalah fokus utama KPM dalam
membina dan mencapai kualiti pendidikan negara . Strategi-strategi yang dirancang, dan
dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan-pendekatan yang berlatarbelakangkan
kehendak semasa ini mencirikan kehendak masyarakat. Adalah menjadi tugas para pendidik
untuk mengubah paradigma masyarakat yang mengukur kejayaan pendidikan berdasarkan
kepada kuantiti pencapaian peperiksaan dan pentaksiran. 55

Persepsi masyarakat menilai kualiti pelajar berfokuskan kepada jumlah

“A” dalam peperiksaan patut diubah .

Fokus penilaian berasaskan

hardskill

‟ diubah kepada penilaian berasaskan „

softskill

‟ dan „

living

kill

‟ . Dasar

-dasar sedia ada KPM juga hendaklah dibuat sedikit penambahbaikan , yakni kesinambungan
system pendidikan di peringkat pengajian tinggi bukan lagi berasaskan pencapaian

hardskill

tetapi berasaskan kualiti pencapaian pentaksiran berasaskan

softskill
dan

living skill

. Ini adalah kerana konsep pembelajaran sendiri berpaksikan

Learning to know, learning to do, learning to be and

learning to live together” .

Four Pillar of

Education”

inilah yang mendasari pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hala tuju institusi
pendidikan negara.

56

Biblografi

1.

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih

. 2003. Selangor: International Law Book Services. 2.

Abdul Ghani Abdullah Dr. & Dr Azizah Ismail et. Al. (25-27 Jun 2007).

Amalan Nilai Dan Prestasi Kerja Di Kalangan Guru

”.

Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 14 Tema


Membangunkan Kapasiti

Kepimpinan Sekolah
. IAB Genting Highlands. 3.

Abdul Rahman Ibrahim. 2007.

Pengurusan Kualiti Menyeluruh

. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

4.

Ibrahim Mamat dan Zaiton Hassan . 2008.

Pengurusan Sumber Manusia

Perspektif

Modal Insan

. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 5.

James Ang Jit Eng Dr. & Balasundaran Ramiah. 2009.

Kepimpinan

Instruksional Satu

Panduan Praktikal

. Kuala Lumpur : PTS Professional .

6.

Kelly, A. 2001.

Benchmarking For School Improvement: A Practical Guide


For

Comparing and Improving Effectiveness

. London : Routledge Falmer 7.

Ku Rusmini Ku Ahmad. . 2006. Penggunaan Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama atau KPI


untuk Penambahbaikan Sekolah.

Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan

: Jld 16(01) 8.

Mohammed Sani Ibrahim Dr. (25-

27 Jun 2007). “

Strategi Menginstitusikan

Program Mentoran Ke Arah Memperkembangkan Kerjaya Guru-Guru Novis Di

Malaysia”.

Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke 14

. Tema Membangunkan Kapasiti Kepimpinan Sekolah. IAB Genting Highlands. 57

9.

Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam

. 2004. Kuala Lumpur : MDC Publishers Sdn. Bhd.

10.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan


2006-2010

. Edisi Pelancaran 2006.

KPM : Perpustakaan Negara Malaysia

11.

Rushami Zien Yusoff . 2005.

Pengurusan Kualiti Prinsip dan Pelaksanaan

. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara. 12.

Sharifah Md Noor. 2000.

Keberkesanan Sekolah. Satu Perspektif Sosiologi

. Serdang : Universiti Putra Malaysia. 13.

Story,a. 2002.

Performance Management in Schools: Could The Balanced

Scorecard

Helped?. Scholl Leadership and Management” ,

22 321-338 14.

Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-

2007)


Penerbit USM, 2007 15.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

. 2007. Budaya Kerja Kelas Pertama. 16.

Hussein Ahmad . 2009 ,Mac.

Martabat Guru Agenda Semua

. 15-18. Pendidik : Bil 58 17.

Muhd Bustamam Abd Manaf . (IAB Genting Hinghland ). From The World Wide:
http://www.scribd.com/doc/4653682/panduan

pembinaan -KPI-

58

You might also like