1.

0 PENDAHULUAN

Sejak Perjanjian Damai Westphalia pada tahun 1648, sarjana realis mendalilkan bahawa negara adalah sebagai aktor utama dalam politik antarabangsa dan negara adalah perwakilan yang sah kepada keseluruhan rakyat di dalam sesebuah negara itu. Tetapi kuasa kerajaan hanya terhad di dalam sempadan sesebuah negara itu. Tetapi di luar sempadannya, sarjana realis membahaskan bahawa struktur asas sistem politik antarabangsa bersifat ¶anarki¶ di mana ketiadaan sebuah autoriti pusat yang lebih tinggi daripada kerajaan sesebuah negara atau kumpulan negara-negara berdaulat di dunia.

Sarjana realis juga menyatakan apa yang penting bagi sesebuah negara ialah kelansungannya dan ini perlu menjadi keutamaan pertama setiap pemimpin sesebuah negara. Negara perlu memastikan kelangsungannya secara bersendirian kerana ia tidak boleh bergantung kepada sesebuah negara lain atau menyerahkan kepada sesebuah institusi antarabangsa untuk menjamin keselamatan negaranya sendiri. Hans J. Morgenthau mendalilkan bahawa ¶international politics, like all politics, is a struggle for power,¶ maka setiap negara itu meletakkan perluasan kuasa sebagai salah satu agenda utamanya dalam politik antarabangsa.1

Namun, seperti yang diterangkan oleh Tim Dunne dan Brian C. Schmidt, pilihan yang tinggal kepada sesebuah Negara adalah untuk menambah dan memperkukuhkan

1

Hans J. Morgenthau Politics Among Nations: The Struggle for Powerand Peace 6th Edition (1997) ms. 31.

esei ini akan membincangkan mengenai kesimpulan yang dapat dibuat daripada keadaan-keadaan yang disebut di atas. Bahagian ketiga akan membincangkan mengenai opsyen ataupun pilihan-pilihan yang terdapat kepada negara untuk memastikan kelangsungan dan kedaulatan terjamin. Tim Dunne dan Brian Schmidt. Steve Smith dan Patricia Owens. 3 Ibid. ³Chapter 5: Realism. 2008) ms. kedua. Dunne dan Schmidt mendefinasikan µimbangan kuasa¶ sebagai satu situasi di mana kelangsungan sesebuah negara ataupun beberapa buah negara didapati diancam oleh sebuah kuasa hegemoni atau beberapa buah negara kuasa besar maka negara-negara yang terancam ini perlu menggabungkan kuasa mereka. 94.´ di dalam John Baylis. negara-negara yang lebih kecil ini mempunyai satu lagi cara untuk menghadapi ancaman yang bakal atau telah dilancarkan oleh kuasa besar iaitu melalui µimbangan kuasa¶. Esei ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama. Oleh itu. The Globalization of World Politics: An Introduction to InternationalRelations. (United Kingdom: Oxford University Press. Akhir sekali.2 Tetapi ini mungkin tidak mencukupi terutama kepada negara-negara yang lebih kecil yang pasti akan terus ketinggalan berbanding keupayaan negara berkuasa besar. membincangkan definasi µimbangan kuasa¶. menubuhkan pakatan rasmi dan cuba mengekalkan kemerdekaan masing-masing dengan menyekat kuasa yang mengancam mereka. 4th ed.1 keupayaan persenjataan ketenteraannya. membincangkan perubahan politik antarabangsa dari multipolar kepada bipolar dan seterusnya keapda unipolar dan kesannya kepada µimbangan kuasa¶ global.3 Esei ini akan membincangkan keseimbangan yang dicari dalam arena politik antarabangsa pasca Perang Dingin dan akan cuba menjawab persoalan adakah µimbangan kuasa¶ tidak dapat dielakkan. 2 .

5 4 Nicolo Machiavelli. usaha luaran iaitu dengan mengukuhkan pakatan sediada ataupun melemahkan pakatan lawan untuk mencapai objektif imbangan kuassa ini. http://www. aktor-aktor negara mengimpikan kelangsungan mereka. 2006). W. The Prince. trans. Theory of International Politics. Marriott (John Bickers. Machiavelli memperkatakan tentang imbangan dalam bukunya The Prince apabila beliau menyatakan ³Italy was in a way balanced´4 Ia bermaksud satu situasi di mana kuasa adalah dibahagikan secara seimbang di antara kuasa-kuasa besar. 5 Kenneth Waltz. 56. Menurut Kenneth Waltz. 1979) . Keadaan ini berlaku apabila tiada suatu negara pun yang mempunyai kuasa terunggul dan boleh mengancam kedaulatan dan kesselamatan negara-negara lain. teori imbangan kuasa menganggap bahawa negara sebagai aktor secara minimumnya akan cuba untuk mengekalkan status quo dan maksimumnya cuba memperluaskan kuasanya ke peringkat dunia. David Widger and Others.org/etext/1232. K. (New York: Mc-Graw Hill. orde antarabangsa adalah orde anarki dan kedua.2 2.gutenberg.0 DEFINASI IMBANGAN KUASA Definasi µimbangan kuasa¶ amat mengelirukan dan tidak nyata kerana ramai sarjana yang telah memberikan pelbagai definasi kepada terma ini. Beliau membahagikan usaha mengimbangi kuasa kepada dua bahagian iaitu pertama. Kedua. Waltz turut menambah bahawa imbangan kuasa hanya berlaku apabila dua kondisi berikut berlaku iaitu pertama. usaha di peringkat dalaman iaitu penambahan dan peningkatan keupayaan dan kekuatan serta strategi ketenteraan.

7 Mengimbangi bermaksud mewujudkan pakatan dengan negara-negara lain untuk menentang kuasa yang sedang tersebar luas. 7 Stephen Walt The Origins of Alliances (Ithaca. Strategi yang lebih selamat ialah dengan berpakat dengan kuasa-kuasa yang dilihat belum lagi bersedia untuk menguasai negara-negara sekutunya.3 Hans Morgenthau pula menyatakan bahawa imbangan kuasa berpusat kepada kuasa dan imbangan kuasa dicapai apabila taburan kuasa adalah seimbang atau sama rata kepada sekumpulan negara-negara berkuasa besar.6 Mengekalkan imbangan kuasa dalam sistem antarabangsa bukan sahaja tidak dapat dielakkan tetapi amat penting untuk mewujud dan mengekalkan kebebasan dan kedaulatan sesebuah negara. Stephen Walt dalam bukunya The Origin of Alliances memperkatakan bahawa dalam menghadapi ancaman yang nyata dari sesebuah kuasa. 1987). supaya dapat mengelak dari didominasi oleh kuasa-kuasa yang mampu dan dijangka akan menaklukinya. Tindakan negara-negara membentuk pakatan supaya dapat menghalang kuasa yang lebih besar dari menguasai mereka adalah fokus utama teori imbangan kuasa ini. Morgenthau Politics Among Nations: The Struggle for Powerand Peace 6th Edition (1997) bab 1114. maka negara itu akan samada ¶mengimbangi¶ atau ¶turut serta¶. Cornell University Press. manakala ¶turut serta¶ pula merujuk kepada negara-negara yang mewujudkan pakatan dengan sumber ancaman tadi. bab 2 & 8. 6 Hans J. . Negara dilihat memperjudikan kelangsungannya sekiranya gagal menghalang kekuasaan negara lain dari menjadi terlalu kuat.

(Boston: Little. membentuk sekutu dengan Perancis adalah keutamaannya dan dipercayai dapat membendung Jerman yang berniat untuk menguasai keseluruhan Eropah. Walt turut menyatakan bahawa dengan menyertai pakatan dengan kuasa yang lebih lemah akan menyebabkan pengaruh Negara baru itu semakin meningkat dalam kesatuan tersebut kerana kesatuan yang lebih lemah itu amat memerlukan bantuan berbanding dengan kuasa yang lebih kuat. Peace. Ziegler. Brown and Company. most aggressive. War.8 Pada tahun itu.4 Satu contoh ialah semasa tahun 1936. Jerman di bawah Adolf Hitler adalah sebuah kuasa terbesar dan yang paling mengancam di Eropah. . 19. Bagi England. 1981). and International Politics.9 Dengan ini dengan sendirinya bantuan dan sumbangan negara baru itu akan dihargai dan seterusnya meningkatkan status dan prestij negara itu. 166. 8 David W. most dominating Power on the Continent. 9 Stephan Walt. The Origins of Alliances. 2nd ed. Perdana Menteri Great Britain Winston Churchill dalam usahanya menarik sokongan rakyat Britain dan juga sekutunya Perancis untuk menubuhkan Liga Negara-negara Bersenjata untuk menentang kuasa Jerman menyatakan bahawa: For four hundred years the foreign policy of England has been to oppose the strongest. Churchill percaya bahawa konsentrasi kuasa dunia kepada sesebuah Negara adalah bahaya kepada kelangsungan England dan pengagihan kuasa kepada beberapa buah negara akan memastikan keselamatan England terjamin.

Kedua. Bagi Huntington pula. .5 Satu lagi bentuk strategi pakatan yang utama adalah µturut serta¶ iaitu menyebelahi pihak yang merupakan kuasa terbesar dan paling mendatangkan ancaman. 233. (Great Britain: Simon & Schuster UK Ltd.0 PASCA PERANG DINGIN. Ketiga. tahap keyakinan dan kepercayaan berbeza mengikut konteks di mana teori ini ingin dilaksanakan. tahap keyakinan di antara peradaban adalah berbeza. Menurut Walt. Huntington. 1997). teori ¶turut serta¶ yang sering ditentukan oleh elemenelemen keyakinan dan kepercayaan turut dipengaruhi oleh tiga lagi faktor berikut iaitu pertama. Keseimbangan yang dimaksudkan ketika ini bukanlah seperti 10 Samuel P. KUASA UNIPOLAR DAN IMBANGAN KUASA Pasca Perang Dingin meliputi pembahagian kuasa dunia daripada bipolar kepada unipolar dan seterusnya serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001. strategi µturut serta¶ dengan menyebelahi pihak atau negara atau kesatuan yang sedang memperluaskan kekuasaanya dapat memastikan negara yang menurut serta tidak diserang dengan memesongkan serangan tersebut ke arah lain. Keuntungan ini termasuk mendapat sebahagian wilayah yang dimenangi. Negara juga boleh menyertai kuasa yang dominan semasa perang untuk meraih keuntungan sebaik sahaja kemenangan itu selesai. The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order. ia lebih berkemungkinan berlaku di antara negara-negara yang tergolong dalam peradaban yang sama atau sekurang-kurangnya mempunyai kesamaan budaya berbanding dengan dua negara yang tidak langsung mempunyai kesamaan budaya.10 3.

Seterusnya apa yang berlaku di Amerika Syarikat akan dapat memberi kesan secepat mungkin bagi kita di Asia. Baylis dan Owens. sarjana realis menyatakan terdapat perbezaan yang nyata John Baylis. 8. Transaksi perbankan di Malaysia boleh dilakukan oleh pemegang akaun yang berada di Sudan dalam masa beberapa minit sahaja. teknologi dan politik dalaman juga menjadi keutamaan. Walaupun negara masih mengekalkan keutuhan dan kekuatan ketenteraan masing-masing tetapi kekuatan ekonomi. Era globalisasi sudah semestinya memberikan pandangan baru kepada konsep imbangan kuasa kerana negara tidak hanya melihat kekuatan ketenteraan sebagai satusatunya kepentingan dalam hubungan luar dan pelebaran kuasa negara.11 Globalisasi telah merubah pemikiran pemimpin Negara mengenai konsep negara itu sendiri. Steve Smith dan Patricia Owens. Konsep ruang juga telah berubah begitu juga jarak di mana kini apa yang berlaku di Amerika Syarikat boleh diketahui dalam masa beberapa minit sahaja oleh kita di Asia. By globalization we simply mean the process of increasing interconnectedness between societies such that events in one part of the world more and more have effects on peoples and societies far away. 11 . 2008) ms. 4th ed. Mesyuarat atas talian kini boleh dilakukan walaupun ahli-ahli mesyuarat berada bertebaran di serata dunia.6 keseimbangan yang didefinasikan oleh Morgenthau ataupun Waltz tetapi lebih bersifat di perantaraan. Globalisasi juga merubah pembahagian antara dasar luar dengan dasar domestik sesebuah negara. Menurut Smith. The Globalization of World Politics: An Introduction to InternationalRelations. Jika dahulu. (United Kingdom: Oxford University Press.

Seperkara lagi yang utama dalam transformasi global ialah wujudnya tadbir urus global walaupun tidak terdapat kerajaan global. Tetapi Fukuyama mengkritik realism yang melihat seolah-olah dunia ini tidak akan berubah. dan mencampuri dalam hubungan awam kemanusiaan. 248. (New York: Free Press. pertubuhan transnasional dan masyarakat antrabangsa yang berfungsi untuk memperjuang.´ di dalam Ibid. institusi antarabangsa. ³Chapter 1: Globalization and Global Politics. organisasi ekonomi dan sebagainya berubah. Theory of International Politics (New York: McGraw-Hill.. pp.14 Teori Realism mencadangkan bahawa pakatan seperti Warsaw Pact dikekalkan kerana pakatan tersebut telah bertanggungjawab dalam mengekalkan keamanan di benua eropah Anthony McGrew.12 Francis Fukuyama menyatakan bahawa realism percaya bahawa penyelesaian akhir kepada masalah ketidakselamatan antarabangsa adalah melalui pengekalan imbangan kuasa untuk menentang musuh yang berpotensi mengancam kedaulatan negara.13 Menurut beliau. 14 Kenneth Waltz. Francis Fukuyama. 13 12 . bab 1. 1979).. Tadbir urus global merangkumi negara-negara. 246. 2006). keluarga. Ia turut bertanggungjawab dalam pembentukan North Atlantic Treaty Organization (NATO). The End of History and the Last Man. tetapi realism menyatakan hubungan antarabangsa dianggap serupa selama-lamanya dan perang adalah kekal. dipetik dari Ibid. Sementara menyatakan semua aspek kehidupan sosial manusia seperti agama. 65-66. Warsaw Pact dan pelbagai lagi pakatan ketenteraan di Eropah dan Jepun selepas perang itu. tetapi kini garis perbezaan ini semakin kabur. ms.7 antara politik dalaman negara dengan dasar luar sesebuah negara. realism menjadi rangka yang baik untuk memahami bagaimana dunia berubah terutama selepas Perang Dunia Kedua. mengawal.

Wohlforth bahawa keadaan ini tidak pernah dialami oleh dunia sebelum ini di mana sesebuah kuasa besar itu menikmati kelebihan yang terbesar dalam keupayaan material seperti pertahanan. Negara lain hanya mampu menandingi Amerika Syarikat dalam satu daripada bidang-bidang ini dan kekuatan Amerika Syarikat dalam kesemua bidang-bidang ini menjadikan kuasa negara itu di dalam kelasnya tersendiri.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar kuasa-kuasa besar. Seperti yang dinyatakan oleh G. ³Unipolarity.8 sepanjang Perang Dingin. No. Fukuyama memberi contoh seorang doktor yang berjaya merawat pesakit kanser dengan kaedah kemoterapi dan mencadangkan pesakit tersebut meneruskan rawatan sama walaupun beliau telah pulih. dunia hanya mempunyai satu superpower yang tiada tolok bandingnya iaitu Amerika Syarikat.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia dan 46.15 Di dalam era pasca Perang Dingin. 15 . jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar Amerika Syarikat merangkumi 27. Michael Mastanduno dan William C. Fukuyama menyamakan kondisi ini dengan pendekatan realis yang mengekalkan bahawa perang antara negara akan kekal. Michael Mastanduno dan William C. Wohlforth. Dunia unipolar kini dibawa oleh kejatuhan Soviet Union yang menandakan tamatnya Perang Dingin yang ketika itu merupakan bipolar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang merupakan dua pusat kuasa dunia. and Systemic Consequences. State Behavior. John Ikenberry. Perubahan dalam politik antarabangsa ini telah membawa kita kepada era unipolar. John Ikenberry.´ World Politics 61. Selepas tahun 1990an. Dunia ketika ini telah melangkaui zaman multipolar dan bipolar. Perbelanjaan ketenteraan Amerika Syarikat pula mewakili 46 peratus daripada G. teknologi dan geografi. ekonomi. 1 (January 2009): 1.

Konsep imbangan kuasa ini telah berubah semenjak tamatnya Perang Dingin di mana negara-negara barisan kedua (kuasa-kuasa besar lain selain Amerika Syarikat iaitu China. Rusia. Amerika Syarikat adalah satu kuasa unipolar dan ini telah memberikan impak kepada politik antarabangsa terutama dalam memahami operasi imbangan kuasa. kerjasama ekonomi antarabangsa serta hubungan antara kuasa dan kesahihan.6 peratus daripada perbelanjaan ketenteraan kuasakuasa besar.9 perbelanjaan ketenteraan dunia dan 65. ³The 15 Major Spending Countries in 2006. kuasa Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa unipolar menjadi fokus kepada operasi imbangan kuasa oleh negara-negara lain. yang mampu dan berupaya Stockholm International Peace Research Institute. dunia di bawah kuasa unipolar telah merubah politik antarabangsa dan konsep imbangan kuasa. Jerman. India dan Jepun. pakatan. Aturan utama imbangan kuasa adalah tiada satu kuasa ataupun negara akan menguasai pentas politik antarabangsa.. Tetapi dari segi jumlah matawang perbelanjaan ketenteraan Rusia hanyalah berjumlah US$34. Perancis. United Kingdom. 16 . Mastanduno dan Wohlforth. Seperti yang diterangkan oleh Ikenberry.7 bilion berbanding Amerika Syarikat sebanyak US$528.8 bilion. tiada kuasa besar lain yang bersedia membelanjakan sekitar 4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar masing-masing untuk tujuan ketenteraan. 7-8. Kecuali Rusia. Oleh yang demikian. ms.´ dipetik dari Ibid.16 Persoalan yang timbul sekarang ini ialah apakah kesan dunia di bawah kuasa unipolar terhadap persoalan-persoalan utama politik antarabangsa yang utama mengenai imbangan kuasa.

dan penarikan diri daripada perjanjian Antiballistic Missile. ms. 1 (Summer 2005). No. Hasrat ini merupakan salah satu syarat yang perlu bagi imbangan kuasa hard balancing dioperasikan. Antaranya menggugurkan perjanjian Kyoto mengenai pemanasan global.10 mewujudkan pakatan untuk mengimbangi kuasa Amerika Syarikat) telah mengubah strategi mengimbangi kuasa besar ini daripada hard balancing kepada soft balancing. 30. .S. Amerika 17 T. V. ³Soft Balancing in the Age of U. Semenjak 2001.17 4.´ International Security. Pape. menghampakan dan melemahkan dasar unilateral ketenteraan Amerika Syarikat. pelbagai tindakan yang diambil oleh negara itu adalah bersifat unilateral.0 PILIHAN YANG ADA KEPADA DUNIA Kuasa-kuasa besar barisan kedua ini melihat bahawa Amerika Syarikat tidak lagi merupakan sebuah kuasa hegemon yang mengancam akan menggunakan kekuatan ketenteraan untuk menakluki negara mereka.18 Menurut Robert A. Paul. 47. dengan ancaman tersirat bahawa pakatan ini boleh dipertingkatkan sekiranya Amerika Syarikat melangkaui hasrat asalnya. penolakan penyertaan dalam Mahkamah Jenayah Antrabangsa. 18 Ibid. Ketiadaannya menyebabkan kuasa di barisan kedua ini berasa agak selesa dan selamat. Primacy. Vol. soft balancing bermaksud tindakan-tindakan yang tidak secara langsung mencabar kelebihan ketenteraan Amerika Syarikat tetapi menggunakan metod bukan tentera untuk melengahkan. terutamanya di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. soft balancing bermaksud pembentukan gabungan diplomatik terhad. Menurut Paul.

Paul. dipetik dari T. 20 Michael W. Amerika Syarikat walaupun masih menggunakan strategi imperial. 12.S. No. Empires (Ithaca.´ International Security. Peningkatan kuasa ketenteraan Amerika Syarikat ini membolehkannya bertindak secara bersendirian kerana tiada kuasa-kuasa di barisan kedua yang dilihat mampu untuk menandinginya secara bersendirian. Primacy. China dan Rusia. ³Soft Balancing Against the United States. N. pakatan perang. 19 . Doyle. ms. ms. V. 9-11. ³Soft Balancing in the Age of U. Walaupun dengan mewujudkan pakatan. Vol. 30. negara-negara lain dapat menumpang kekuatan ketenteraan Amerika Syarikat di samping merasa selesa bahawa tindakan-tindakan Amerika Syarikat semenjak 2001 adalah sebahagian besarnya untuk memburu pengganas Rober A.: Cornell University Press. Rusia dan Jepun tidak akan menyahut kuasa Amerika Syarikat ini melalui hard balancing iaitu seperti penambahan pertahanan. Dengan pelancaran peperangan ke atas pengganas ini.11 Syarikat juga menakluk Afghanistan dan Iraq walaupun mendapat tentangan hebat daripada kuasa-kuasa besar barisan kedua seperti Perancis. 19 Selain itu. yang dilihat sukar dibentuk. tetapi kini hanya menggunakan pendekatan secara tidak langsung. 1 (Summer 2005). ms. Jerman. Pape. 1 (Summer 2005).´ International Security. China. 54. Vol. 1986). dan pemindahan teknologi pertahanan kepada musuh Amerika Syarikat. sehingga sekiranya negara-negara ini yakin bahawa mereka akan bertindak secara bersama. kuasa barisan kedua ini tidak menggunakan pendekatan hard balancing lagi terutama semasa era pasca Perang Dingin kerana melihat kuasa Amerika Syarikat sebagai bukan bersifat mengancam kedaulatan dan kelangsungan mereka. No. 30. Perancis.20 Amerika Syarikat juga dilihat oleh kuasa-kuasa besar barisan kedua ini sebagai menentang musuh yang sama iaitu keganasan antarabangsa terutama selepas kejadian serangan pengganas pada September 2001.Y.

No.21 21 T. Dengan pemilikan kuasa nuklear dan keupayaan melancar serangan nuklear balas sekiranya diserang. kedua. peningkatan kuasa hegemon dan tingkahlaku tenteranya menjadi kebimbangan tetapi belum mencabar kedaulatan negara-negara lain. Soft balancing pula dikatakan oleh Paul berlaku dengan tiga syarat berikut: pertama. Vol. Sebab-sebab di atas adalah antara faktor yang menyumbang kepada tiadanya hard balancing di kalangan negara-negara kuasa besar dalam dunia di bawah kuasa unipolar. Paul. kuasa hegemon tidak dapat bertindak balas kerana sifat soft balancing adalah tidak dilakukan secara terbuka atau pun soft balancing tidak secara langsung mendatangkan mudarat kepada kuasa hegemon melalui cara ketenteraan. kuasa hegemon itu adalah penyumbang utama kepada kemanusaiaan sejagat di dalam bidang ekonomi dan keselamatan. Pemilikan kuasa nuklear pula turut dilihat sebagai dapat membendung kuasa hegemon Amerika Syarikat daripada melancarkan serangan ke atas wilayah negaranegara kuasa besar barisan kedua ini. . dan ketiga. V. negara-negara ini percaya bahawa ia memadai sekurang-kurangnya untuk mencegah Amerika Syarikat daripada melakukan sebarang bentuk serangan ke atas wilayah mereka. Ini kerana terdapat konsensus antarabangsa bahawa perang nuklear akan membawa kepada pemusnahan secara total. 30.S.12 dan bukan untuk meluaskan dominasinya yang dapat mengancam kelangsungan negaranegara ini.´ International Security. 54. Primacy. ³Soft Balancing in the Age of U. 1 (Summer 2005). ms.

13 Jika soft balancing dan hard balancing merupakan pembahagian kepada strategi mengimbangi.23 Hedging memberi alternatif baru kepada negara terutamanya negara kecil yang menghadapi dilema samada mengambil strategi tradisional iaitu µimbangan¶ atau µturut serta¶ dalam erti kata sebenar (pure). ms. dan ketiga. No. kedua.. maka strategi µturut serta¶ ± yang melihat negara kuasa besar sebagai sumber perlindungan dan kekuatan kepada kelangsungannya ± pula mempunyai hedging. 163. ketiadaan pertandingan perebutan kuasa antara negara-negara kuasa besar. 23 Ibid. Namun hedging hanya boleh berlaku apabila ketiga-tiga perkara berikut berlaku iaitu pertama. Kuik Cheng-Chwee membahaskan bahawa hedging adalah.´ Contemporary Southeast Asia. Manakala risiko µturut serta¶ pula ialah Kuik Cheng-Chwee. negara-negara yang lebih kecil lebih cenderung memilih hedging bagi mengurangkan risiko tersilap memilih rakan. ms. Strategi tradisional ini membawa kepada risiko iaitu sekiranya negara mengambil pendekatan mengimbangi kuasa besar dan sekiranya pihak yang disebelahi itu adalah pihak yang akan tewas. Vol. 30. ³The Essence of Hedging: Malaysia and Singapore¶s Response to a Rising China. ketiadaan ancaman secara langsung.22 Memandangkan terdapat banyak risiko yang terlibat bagi sesebuah negara dalam memilih samada untuk mengimbangi atau turut serta sesuatu kuasa besar yang mungkin berubahubah dari semasa ke semasa. 165. A behaviour in which a country seeks to offset risks by pursuing multiple policy options that are intended to produce mutually counteracting effects. under the situation of highuncertainties and high-stakes. garis pemisah nyata antara ideologi. 22 . 2 (2008).

0 KESIMPULAN DAN PENUTUP Pasca Perang Dingin dan perubahan dalam politik antarabangsa di mana negara semakin saling bergantungan di antara sama lain.14 kehilangan kedaulatan dan autonomi. soft balancing adalah strategi yang terbaik untuk negara-negara barisan kedua ini untuk melaksanakan strategi mengekang. strategi soft balancing dipilih oleh kebanyakan kuasa barisan kedua ini kerana ia adalah lebih lembut dan tidak ketara. melengahkan dan melemahkan strategi imperial Amerika Syarikat berbanding hard balancing. Perluasan kuasa Amerika Syarikat juga dilihat tidak mengancam kelangsungan dan kedaulatan negara-negara kuasa barisan kedua ini. 5. Melalui soft balancing juga kuasa-kuasa barisan kedua ini dapat memastikan bahawa kebergantungan ekonomi mereka dengan Amerika Syarikat tidak akan terancam. Hedging pula dilihat adalah strategi terbaik terutama bagi negara-negara kecil untuk tidak mengambil risiko yang besar dengan memilih samada imbangan atau turut . Era Pasca Perang Dingin turut membayangkan bahawa strategi imbangan kuasa melalui cara ketenteraan jelas sukar dilaksanakan oleh negara-negara kuasa barisan kedua kerana jurang besar di antara kuasa ketenteraan mereka dengan Amerika Syarikat dan saling kebergantungan ekonomi dan keselamatan antara Amerika Syarikat dan negaranegara lain semakin menonjol. bersifat hirarki dan menjadi negara di bawah kawalan kuasa besar itu. Di atas sebab-sebab yang diterangkan di atas.

pendekatan µimbangan kuasa¶ boleh dielakkan dengan memilih strategi hedging dan soft balancing sebagai alternatif baru dan yang semakin mendapat perhatian kajian-kajian sarjana. strategi ¶imbangan kuasa¶ dengan erti kata sebenarnya bukan lagi menjadi pilihan kepada pemimpin-pemimpin dunia. . peperangan ke atas keganasan antarabangsa dan peningkatan globalisasi yang menggalakkan kebergantungan ekonomi dan keselamatan antara negara-negara di dunia.15 serta dengan erti kata sebenar. Maka dengan memilih hedging samada secara keseluruhan ataupun terhad dapat memberi peluang kepada negara-negara kecil ini memaksima keuntungan dari segi ekonomi dan keselamatan serta memastikan kelangsungan dan kedaulatan mereka terjamin. Melalui perbincangan ini. dapatlah disimpulkan bahawa di dalam era pasca Perang Dingin. Bagi negara-negara di barisan kedua ataupun yang kecil. ¶Imbangan kuasa¶ sememangnya boleh dielakkan.

233.´ Contemporary Southeast Asia. Tim dan Schmidt. Vol. ³The Essence of Hedging: Malaysia and Singapore¶s Response to a Rising China. Vol. Samuel P. 54.´ International Security. United Kingdom: Oxford University Press. The Globalization of World Politics: An Introduction to InternationalRelations. United Kingdom: Oxford University Press. . 8. ms. 1986. 30.: Cornell University Press. 2006. No. N. Empires. John.´ di dalam Baylis. ms. 12. T. Dunne. 94. Cheng-Chwee. 2008. et al. Ithaca. 163. The End of History and the Last Man. 1997. ms. 2008. Brian ³Chapter 5: Realism. Michael W. Primacy. 2005. No. Great Britain: Simon & Schuster UK Ltd. Fukuyama. John et al. dipetik dari Paul. ms. New York: Free Press. 248. 4th ed. ms.16 BIBLIOGRAFI Baylis. 1 (Summer). ³Soft Balancing in the Age of U. 2008. ms. 30. Doyle.Y. V. The Globalization of World Politics: An Introduction to InternationalRelations. Huntington. Kuik. Francis. 2. ms.S. The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order. 4th ed.

ms.´ World Politics 61. ³Unipolarity. 2009. Anthony ³Chapter 1: Globalization and Global Politics. Morgenthau. Vol. 30. ms. ³Soft Balancing Against the United States. Nicolo. The Prince. 1.gutenberg. V. Stockholm International Peace Research Institute. 1997. and Systemic Consequences. No. United Kingdom: Oxford University Press. 4th ed. Vol. 7-8. trans.´ International Security. bab 1. ms. 9-11. ³Soft Balancing in the Age of U. McGrew. 1 (Summer). John Bickers. No. 47. 1.´ di dalam Baylis. 1. Paul. No. ms. T. and Systemic Consequences. Robert A. Machiavelli. 6th Edition. Politics Among Nations: The Struggle for Powerand Peace. ³Unipolarity. Hans J. Marriott. ms. David Widger and Others. The Globalization of World Politics: An Introduction to International Relations. John.S.´ International Security. Singapore: McGraw Hill. 2005. 2005. 31. http://www. 2009. ³The 15 Major Spending Countries in 2006. John.17 Ikenberry. 2006. John. State Behavior. 2008. G. G.org/etext/1232.´ World Politics 61. 30. No. Primacy. . 1 (Summer). K. bab 11-14. et al.´ dipetik dari Ikenberry. State Behavior. Pape. W.

1987. bab 2&8.18 Walt. . Theory of International Politics. Waltz. The Origins of Alliances. Stephen. Ithaca: Cornell University Press. New York: Mc-Graw Hill. 1979. Kenneth.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful