You are on page 1of 4

PENGENALAN:

Dalam Bahasa Melayu, bahasa dan komunikasi merupakan teras kepada


pembelajaran murid. Dengan penguasaan kemahiran asas bahasa, murid boleh
memahami konsep, menerima maklumat, berfikir, menyelesaikan masalah serta
berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.

Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik dan berkesan akan


meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran. Penguasaan kemahiran ini boleh dicapai melalui pengalaman
pembelajaran yang bermakna dan mengembirakan seperti aktiviti bercerita.
Kesepaduan aktiviti berteraskan kepada pendekatan belajar melalui bermain,
bersepadu dan bertema akan menjadikan matlamat dapat dicapai. Aktiviti bercerita
ini merupakan asas amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid (ABP).

OBJEKTIF:

1. Membentuk kemahiran berkomunikasi di kalangan murid

2. Mengasah, memupuk dan memperkembangkan bakat serta potensi

3. Melahirkan insan yang berketrampilan dan berkeyakinan

4. Mengetahui dan menyemai nilai-nilai murni dari cerita

5. Membina minda yang sihat dan cerdas


PERANCANGAN:

Sekolah : Institut Perguruan Sultan Abdul Halim

Tarikh : 2 September 2010

Masa : 11.00 pagi – 1.00 tgh hari..

Kumpulan sasaran : Murid-murid kelas PSV IP6B

Tema : Hari raya Aidilfitri

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

1. Penyertaan

 Penyertaan wajib kepada semua kumpulan.


 Setiap kumpulan perlu menghasilkan satu cerita bertemakan hari perayaan.

2. Pemilihan cerita

 Cerita-cerita bertemakan perayaan sahaja


 Mempunyai unsur-unsur pengajaran
 Mesej cerita hendaklah sesuai dengan tahap murid
 Cerita tidak menyentuh isu-isu sensitif mengenai agama, ras atau keturunan
mana-mana kaum di negara ini.

3. Masa

 Masa persembahan bagi setiap peserta tidak melebihi lima minit


 Loceng akan dibunyikan pada minit keenam menandakan masa telah tamat.
 Markah tidak akan dikira bagi peserta yang melebihi tempoh masa yang
tamat
 Maksima lima markah akan ditolak jika melebihi masa yang ditetapkan
 Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambil kira

4. Tatacara persembahan

 Markah penyampaian akan lebih berfokus kepada kelancaran berbahasa


 Penggunaan kostum dibenarkan tetapi dilarang menggunakan props dan
muzik

PENGHAKIMAN:

Ketua Hakim : Nor Syahidah bt Mahmood

Hakim Kedua : Nurul Suaidah bt Othman

Hakim Ketiga : Siti Suhaili bt Ab Rahman

AJK Pemarkahan : Mohd Solihin b Safar

KRITERIA PEMARKAHAN:

Bahasa dan gaya : 20 markah

Sebutan jelas dan tatabahasa yang betul : 20 markah

Pengajaran cerita penyampaian : 10 markah

Petah atau kelancaran : 15 markah

Variasi dan kreativiti : 10 markah

Intonasi suara : 10 markah

Penghayatan (mimik muka dan bahasa) : 10 markah

Kostum : 5 markah

 Pengiraan markah : Julah markah ketiga-tiga hakim X 100


300
CONTOH BORANG PEMARKAHAN:

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN


BERCERITA
Nama peserta : _____________________________

Nama sekolah : _____________________________

KRITERIA MARKAH
Bahasa dan gaya / 20
Sebutan jelas dan tatabahasa yang betul / 20
Pengajaran cerita penyampaian / 10
Petah atau kelancaran / 15
Variasi dan kreativiti / 10
Intonasi suara / 10
Penghayatan (mimik muka dan bahasa) / 10
Kostum /5
Jumlah markah / 100

Nama hakim : _________________________

You might also like