INTEGRASI NASIONAL & PERPADUAN NEGARA

Malaysia didiami oleh sebuah masyarakat majmuk. J.S. Furnival mentafsirkan masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik (kaum) dan hidup dalam sebuah negara, tetapi dipisahkan oleh ciri-ciri ekonomi, tempat tinggal, sosial dan budaya. Etnik dan bahasa yang berbagai - Malaysia memerlukan kekuatan perpaduan dan integrasi yang tinggi bagi menjadikannya aman dan harmoni.

Perpaduan negara ialah penyatuan secara fizikal antara negeri-negeri dan anggota masyarakat seluruh Malaysia. Integrasi Nasional adalah satu konsep yg lebih luas iaitu proses penyatuan antara kelompokkelompok yg berbeza latar belakang, menjadi satu entiti yg terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama. Ia adalah hasil ikatan batin dan akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati antara etnik/kaum.
Teori Hubungan Kaum Segregasi - merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara.Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan; tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Wujud samada didasari undang-undang (de jure), atau tidak (de facto). Contoh segregasi de jure ialah dasar apartheid yang pernah di amalkan di Afrika Selatan. Akomodasi - Ia merupakan proses mempertahankan nilai dan norma-norma etnik masing-masing. Walaubagaimanapun mereka hidup harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Diperingkat pemerintahan pusat setiap etnik hantar wakil. Namun dalam institusi-institusi tertentu mereka saling saling bergantungan antara satu dgn yg lain.Contoh negara - Switzerland. Akulturasi - juga dikenali sebagai asimilasi budaya. Terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkahlaku (budaya) golongan mejoriti. Proses meminjam atau menerima budaya golongan mejoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal. Asimilasi - juga dikenali sebagai asimilasi struktur. Proses kemasukan kedalam masyarakat dominan melalui persahabatan dan perkaintan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza, iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal ( seperti warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan. Amalgamasi - proses percampuran ras atau budaya bagi memebtuk budaya atau ras yg baru.Cara utama ialah melalui perkahwinan antara etnik atau ras.

Integrasi Tingkat Tinggi

3. Perkongsian Kuasa Politik Pemimpin 3 kaum utama (Melayu. kritikan dan memilih calon dalam pilihanraya dengan bebas dan adil.Integrasi Tingkat Rendah Faktor-faktor Menghalang Integrasi Nasional Prasangka . sosial dan kebudayaan. PERISTIWA 13 MEI 1969 Merupakan titik hitam dalam sejarah integrasi di negara kita. Etnosentrisme .Siapa yang menang dengan dalam pilihanraya dengan suara mejoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui saluran yang ditetapkan seperti di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat. ASAS PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 1. tidak baik atau merbahaya. Menghilangkan Jurang Ekonomi Antara Kaum . 2. kerusi dalam pilihraya dan calon-calon yang bertanding tidak boleh hanya dikuasai oleh satu kaum sahaja. Ia adalah rusuhan kaum yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara Malaysia. Di Malaysia sikap perkauman (asobiyyah) sangat jelas samada dalam bidang ekonomi. ia akan dianggap salah. boleh menyurakan pendapat.(Prejudgement) Di negara kita biasanya prasangka berbentuk negetif (prasangka buruk) terhadap kumpulan atau kaum yang lain. kaum sendiri. politik. Jika bertentangan atau berbeza daripada budaya sendiri. Cina dan India) telah menyedari bahawa tolak ansur politik dan perkongsian kuasa amat perlu di jaga dan dilaksanakan dengan adil bagi mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan. Perkauman .keperyaan bahawa unsur-unsur budaya sendiri adalah lebih agung (superior) daripada unsur budaya lain. Kerajaan Demokrasi Semua warga negara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara.sikap mementingkan kumpulan. Jawatan penting dalam kerajaan.

kerajaan telah melancarkan beberapa dasar sosial. gejala sosial. 5. Polarisasi bermaksud pembelahbahagian golongan tertentu kerana mempunyai amalan atau pendirian yang berbeza hingga wujud beberapa kelompok masyarakat yang bertentang antara satu sama lain. ekonomi dan politik yang berkisar mengenai perpaduan nasional dan bersifat integrasi melalui penyesuaian bersama berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dalam negara kita. merasa diri tertindas. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL Ekoran dari rusuhan etnik 13 Mei 1969. . � Tujuan dasar ini dilaksanakan ialah untuk memupuk perpaduan antara kaum bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Selain daripada memupuk perpaduan antara kaum. Di Malaysia perpaduan berkait rapat dengan polarisasi. Jika ianya dibiarkan akan timbul masalah lain ataranya kecemburuan sosial antara pribumi dengan kaum-kaum lain. Nilai berbeza + amalan berbeza + keinginan berbeza = Pergolakan/perpecahan/konflik. aktiviti pembangunan sulit dilaksanakan dalam sesebuah negara. Kaum yang lemah dan miskin perlu dibantu dengan pelbagai cara untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. pembahagian "kek ekonomi" mestilah dibuat dengan cara yang adil dan sesuai dengan keperluan kaum yg ada di Malaysia. Meningkatkan Taraf Pendidikan Pribumi Jurang Pendidikan dan Jurang ekonomi saling berkait antara satu dgn lain. Toleransi Budaya & Agama Memupuk rasa hormat dan menerima budaya & agama kaum lain. terutamanya antara Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak. peningkatan kadar jenayah dan sebagainya.Kadar kemiskinan yg tertinggi masih dipegang oleh kaum pribumi. Bagi mengatasi keadaan ini. (c) Dasar Pendidikan Kebangsaan. Memberi ruang kepada kaum lain mengamalkan budaya dan agama masing2 tanpa cuba mempengaruhi/mengganggu antara satu sama lain. Tahap pemikirannya juga akan berubah menjadi lebih baik. Dasar Perpaduan Nasional Tanpa perpaduan yang kukuh. kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara wilayah. Antara usaha-usaha yang telah diambil untuk memupuk perpaduan nasional ialah: (a) Rukun Negara (ideology kebangsaan). Jika pendidikan mereka lebih baik maka peluang untuk menambah pendapatan/meningkatkan ekonomi keluarga adalah lebih besar. (b) Dasar Ekonomi Baru. 4.

Dasar Ekonomi Baru Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975). Dengan kata lain. B. iaitu: i) Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum .(d) Dasar Kebudayaan Kebangsaan. dan (e) Kesopanan dan Kesusilaan. (h) Integrasi antara wilayah. demokrasi. Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil. (c) Keluhuran Perlembagaan. A. Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut: (a) Kepercayaan kepada Tuhan. (g) Pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional. DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi menimbulkan satu semangat dan identiti yang sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat perlbagai etnik. liberal dan progresif. (f) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara. adalah bertujuan mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. (d) Kedaulatan Undang-undang. DEB bertujuan memupuk perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia. (b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara. (e) Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu). Rukun Negara Rukun Negara telah dilancarkan pada 31 Ogos 1970 adalah merupakan ideologi kebangsaan negara kita.

dan . Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan: i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman talib 1960. kerajaan telah menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur satu kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur yang baik daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan. Antara lain matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu.ii)Penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi dapat dihapuskan. ii) Menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk semua sekolah di Malaysia. C. iii) melaksanakan kegiatan kokurikulum. Oleh itu. Kebudayaan Kebangsaan juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar. D. Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah: i) Menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Dasar Kebudayaan Kebangsaan Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum.

rondaan keselamatan dan kelas kejiranan. yang kini dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tidak Formal. G. Melalui Skim Rukun Tetangga. di seluruh negara dengan mengajar bahasa Melayu. Justeru itu. Kerajan juga telah menjalankan kempen untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan melancarkan ‘Gerakan Cintailah Bahasa Kita’. Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan kegiatankegiatan yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen kebersihan. bahas Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. adat resam. pertandingan sukan. Mulai tahun 1970. Ia menganjurkan kelas-kelas perpaduan. Bahasa Kebangsaan Bahasa memainkan peranan penting dalam proses memupuk perpaduan antara kaum. Jabatan Perpaduan Negara Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia dan pelajaran Sivik.[1] E. Jabatan Perpaduan Negara juga menganjurkan khemah kerja kejiranan bagi mengeratkan persefahaman di kalangan belia serta menanam sifat-sifat kewarganegaraan toleransi dan semangat perpaduan. Penggabungan Parti-parti Politik melalui Barisan Nasional [1] . Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. F.iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan.

Sabah dan Sarawak diperkukuhkan melalui perkhidmatan telekomunikasi. J. Sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak telah disatukan secara beransur-ansur ke dalam sistem pendidikan kebangsaan. Integrasi Antara Wilayah Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan negeri-negeri. Negeri-negeri yang kurang maju seperti Kedah. Rangkaian radio dan televisyen di Sabah dan Sarawak juga telah disatukan dengan rangkaian radio dan televisyen nasional. Kerjasama politik melalui muafakat dalam parti Perikatan diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan Nasional pada tahun 1971. Pindaan Akta Hasutan Pindaan Akta Hasutan mengeluarkan beberapa perkara daripada perbincangan umum. dan ii) kedudukan raja-raja Melayu. telah melengkapkan perwakilan dari pelbagai etnik dan kepentingan dalam parti pemerintah. Kelantan dan Terengganu diberi peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih berbanding dengan negeri-negeri lain yang dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi jurang perbezaan ekonomi wilayah. Pada tahun 1953. . Dengan tertubuhnya Barisan Nasional. Kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara Semenanjung. parti perikatan telah ditubuhkan dan telah berjaya menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu pada tahun 1955. Perhubungan antara Semenanjung.Kerjasama dan persefahaman politik adalah amat penting bagi menjamin kestabilan dan perpaduan negara. Dua daripada perkara utama itu ialah: i) hak kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kelompok bumiputera lain negara ini. Sabah dan Sarawak. Jabatan Perpaduan Negara seringkali menganjurkan lawatan-lawatan muhibah untuk membolehkan pemimpin-pemimpin masyarakat Sabah dan Sarawak bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Semenanjung Malaysia. I. pengangkutan udara dan perkhidmatan pos yang baik. Perlis. termasuk di Parlimen dan Dewan undangan Negeri.

Dasar Dalam Negara : Perpaduan Negara .

pada hakikatnya. Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. telah lama wujud di kalangan penduduk di satu-satu petempatan bahkan pada zaman Kesultanan Melaka keadaan ini wujud untuk memudahkan perjalanan sistem pentadbiran – iaitu satu-satu golongan pendatang itu biasanya diletakkan di bawah ketua golongan itu sendiri. Jawa. Terdapat perbezaan yang besar di antara keadaan dahulu. Masyarakat Majmuk Ciri yang nyata dalam sesebuah masyarakat yang bersifat majmuk ialah wujudnya jurang perpisahan di antara berbagai golongan etnik atau bangsa yang tinggal di dalam masyarakat yang berkenaan. Di negara kita. India dan sebagainya.NOTA 1. Definisi Perpaduan Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. orang asing yang bermastautin di Malaysia ini tidak ramai. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita. Dahulu. Maka muncullah perkampungan Cina. kehadiran mereka di kawasan ini hanyalah sebagai penduduk sementara walaupun. Pastinya soal status politik penduduk asing itu tidak pernah dipertikaikan : orang mendatang mempunyai negara ibunda masing-masing. iaitu seperti di zaman kesultanan Melaka dengan keadaan yang wujud semasa zaman penjajah. perpisahan sedemikian iaitu secara fizikal. apa lagi mereka yang mengambil keputusan untuk berintegrasi dengan penduduk pribumi dan seterusnya menghilangkan keperibadian asalnya. ramai juga yang akhirnya dikebumikan di negara ini. - 2. .

menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Penduduk negara luar semakin ramai di negara ini dan masing-masing mempunyai kepentingan sendiri. Menurut Vender Zanden. orang Cina di kawasan bandar dan orang India di ladang-ladang getah. Untuk mempercepatkan lagi pengeluaran hasil ladang terutamanya getah. Dasar Perpaduan Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi. Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. berperasaan dan bertindak secara berlainan. Pada tahun-tahun 1920-an. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan. Orang Melayu tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar. . Perkembangan ekonomi yang semakin peast ini sedikit sebanyak mengubah keadaan. seorang ahli sosiologi.Walau bagaimanapun. Wujudnya pentadbiran British di negara ini menggalakkan lebih ramai orang Cina berhijrah masuk kerana permintaan bijih timah yang meningkat di Eropah. asimilasi adalah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir. akibat penjajahan pada abad ke 19 terutamanya di Asia Tenggara telah membawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk di beberapa negara jajahan takluk. 3. Perpisahan fizikal ini menyebabkan hubunbgan antara kaum menjadi semakin minima. kaum Tamil telah dibawa masuk ke negara ini dari India yang sememangnya sudah menjadi tanah jajahan British. pola masyarakat majmuk semakin nyata.

gurunya datang dari negara China. keadaan sekolah Tamil tidak pernah .Cara-cara mencapai perpaduan Politik • Sosial Integra si kebud ayaan Integra si sosial • Integra si pendid ikan Ekonomi • • ekonomi Integrasi wilayah Integrasi Integrasi • politik • 4. Pada awal tahun itu. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Punca masalah perpaduan pendidikan yang berbeza – Sistem Sistem persekolahan yang wujud di negara ini. Walau bagaimanapun. di Negeri-negeri Selat. pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China. pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19. iaitu pada peringkat permulaannya. Pelajaran Cina telah membarai kesedaran kebangsaaan pemuda –pemuda Cina.

Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari : “ Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah . Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Melayu atau Inggeris. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu. sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Dalam konteks Malaysia. yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja.setanding dengan sekolah-sekolah Cina. keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan. kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran. mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernacular – yang tidak mempunyai pandangan dunia (world – view) yang sama. Jelas sekali. 5. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. di samping itu. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya.

Tamil dan Inggeris. wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini. Seterusnya walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan pelajaran dan sistem persekolahan disamakan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal. unsur-unsur . nilai-nilai dan norma. Pada peringkat menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan pengantar bahasa Melayu dan semua kanakkanak akan memasuki sama ada Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah. • Kurikulum yang sama Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran. • Bahasa Kebangsaan pengantar utama sebagai bahasa Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Asas-asas perpaduan sistem pendidikan • Sistem semua persekolahan yang sama bagi Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina.

kurikilum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. Dalam konteks negara Malaysia. agama dan adat resam. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani.kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahliahlinya. rohani. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam. hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. akal dan emosi. agama dan wilayah. Februari 1992) . pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. • Peperiksaan yang seragam Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Perbezaan antara perpaduan dan integrasi nasional: Perpaduan Negara Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik. • Sukatan pelajaran yang seragam Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dlam masyarakat yang berbilang kaum. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. (Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara.

Apakah aktiviti kemasyarakatan dan persekolahan lebih tertumpu kepada kaum-kaum masing-masing sahaja atau pengaruh dakyah pihak-pihak tertentu? Apakah kita berasa perpaduan kaum sudah tidak lagi penting dalam era negara mengharungi dunia tanpa sempadan? Apakah penguasaan ekonomi dan pengaruh politik boleh menentukan kelangsungan hidup kaum-kaum di negara ini? Orang Melayu. maka kita khuatir hubungan generasi muda akan terus terpisah jauh. maka kerajaan Perikatan selepas itu Barisan Nasional berusaha bersungguh-sungguh bagi melaksanakan dasar-dasar pembangunan dan perpaduan kaum melalui Dasar Ekonomi Baru. Kadazan. tetapi ada pihak tertentu pula cuba merosakkan perpaduan kaum yang menjadi teras utama kejayaan negara selama ini. Jun 1991) Contoh isu Perdana Menteri. apa punca menyebabkan kita tidak berminat bercampur gaul dengan kaum-kaum lain. Demi keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum di negara ini. Jika kita kembali meninjau sejarah pembentukan negara ini. Sedikit sentimen dimainkan oleh puak ekstremisme kaum. Mahu tidak mahu pewaris generasi masyarakat berbilang kaum. Malaysia dibina oleh masyarakat Melayu. Pengaruh dan hasutan ekstremis kaum boleh menjejaskan intergrasi nasional. kebudayaan serta sosial.mengamalkan sikap toleransi antara satu sama lain begi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Melanau dan lain-lain harus membuka minda bahawa perbuatan mementingkan kaum masing-masing secara melampau. Masyarakat kita kini ada yang sedar dan tidak kurang yang langsung tidak ambil peduli akan bahaya yang mungkin timbul daripada amalan atau budaya tidak menghormati perasaan kaum-kaum lain yang pada ketika tertentu dimainkan oleh sesetengah pertubuhan atau parti politik berasaskan kaum. beliau sudah nampak amalan memisah-misahkan diri mengikut kaum di kalangan masyarakat negara ini. Mengapa setelah sekian banyak tenaga. Cina. Iban.memahami dan menghormati adat yang diwarisi oleh kaum lain. ia boleh menyemarakkan api perkauman menjadi besar. Mahathir Mohamad kelmarin melahirkan kebimbangannya terhadap ekstremisme berasaskan kaum di kalangan generasi muda yang semakin serius. pendidikan. agama dan bahasa ini yang akan terus menjadi rakyat dan tunggak pembangunan negara ini sampai bila-bila. CARA-CARA MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM Sebagai warganegara Malaysia. daripada membiarkan ia merosakkan apa yang telah kita bina. Dasar ini yang bermatlamat menghapus jurang pendapatan antara kaum dan menyatukan rakyat berbilang kaum dilaksanakan merentasi bidang ekonomi. Sebagaimana yang diingatkan oleh Dr. Datuk Seri Dr. untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kita harus segera sedar apa yang sedang berlaku dalam hubungan pelbagai kaum di negara ini. bagainmanakah anda dapat memastikan perpaduan kaum berkekalan???? .Integrasi Nasional Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak. India. Kita harus sedar bahawa perpaduan antara kaum di negara ini masih longgar. pertubuhan walaupun berbeza ideologi politiknya harus serius mencari punca hingga wujud ekstremisme kaum yang ada di sekeliling mereka. Mahathir bahawa apabila puak ekstremis daripada semua kaum semakin lantang menggalakkan perpisahan antara kaum dan mereka juga menentang sebarang usaha untuk mendekatkan antara kaum. India. akhirnya hanya akan membahayakan negara ini. Justeru semua pemimpin kaum. bumiputera Sabah dan Sarawak serta kaum-kaum lain. Berapa bilangan rakan kita yang terdiri daripada kaum-kaum lain? Tanya pada diri sendiri. . Sebagai pemimpin yang banyak pengalaman asam garam kehidupan. Cina. Mereka ini barangkali sudah lupa pada peristiwa 13 Mei 1969 yang tercetus berpunca daripada masalah perkauman dan jurang ekonomi yang besar. (Jawatankuasa Integrasi Nasional. . masa dan wang dicurahkan dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

menghargai dan mencintai negara ataupun tanah air agar perpaduan kaum dapat dibina. lebih-lebih lagi apabila merujuk isu membabitkan bangsa dan agama. Contoh intro SEBAGAI negara yang dihuni penduduk berbilang kaum dan agama.mengadakan kempen-kempen untuk memberi kesedaran tentang kepentingan mengekalkan perpaduan kaum. Kita sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dari dalam mahupun luar. . Kenyataan Perdana Menteri mengenai kerapuhan perpaduan kaum. perpaduan adalah teras mengekalkan suasana aman dan harmoni. menunjukkan persoalan hubungan antara kaum masih menjadi masalah besar. Hakikat kita mampu mengekalkan cara hidup aman dan damai tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus berasa selesa.. kita sependapat dengan Perdana Menteri. Satu daripada usaha terbaik mewujudkan perpaduan dan semangat setia kawan ialah melaksanakannya pada peringkat sekolah rendah lagi dengan menggalakkan pelajar semua kaum berinteraksi menerusi kegiatan sukan dan persatuan. . menjadi landasan kukuh untuk mengekalkan peraduan rakyat. Kita perlu sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan bersatu dan berusaha menghindari segala faktor yang boleh memecahbelahkan kesepakatan.bersama-sama memahami. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu rakyat menjadikan sambutan kemerdekaan ke-50 tahun depan sebagai landasan mengukuhkan semula perpaduan yang kini dilihat semakin rapuh. Justeru. Dalam hubungan ini. Ia perlu diberi perhatian kerana masih wujud golongan yang berkepentingan untuk bermain dengan api sentimen perkauman dan agama. Hanya pergaulan dan persefahaman antara kaum yang berpaksikan perasaan saling menghormati agama dan budaya. Isu ini harus ditangani dengan bijaksana dan berhikmah oleh semua pihak agar jalinan itu dapat dipelihara dan dipererat. kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak berprasangka buruk sesama kaum selain mengelak sikap mementingkan diri.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful