P. 1
110__An-Nasr

110__An-Nasr

|Views: 0|Likes:
Published by Nurjannah Hasmad

More info:

Published by: Nurjannah Hasmad on Oct 06, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/06/2010

pdf

text

original

Tafsir Surah An-Nasr_________________________________________________________________

‫ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﻨﺼﺮ‬ SURAH AN-NAS
Surah Manusia Surah (110) - Makkiyah - 3 ayat

‫ِﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣِﻴﻢ‬ ِ ‫ْ ِ ﹼِ ﱠ ْ َ ِ ﱠ‬
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih. (1)

‫ِﺇﺫﹶﺍ ﺟَﺎﺀ َﻧﺼ ُ ﺍﻟﱠﻪ ﻭَﺍﹾﻟﻔْﺘﺢ‬ ُ ‫ْﺮ ﻠ ِ ﹶ‬

1. Apabila tiba pertolongan Allah dan kemenangan (menakluk Makkah). (2)

‫ﻭﺭﹶﺃْﻳﺖ ﺍﻟﱠﺎﺱ َﻳﺪﺧﹸﻮﻥ ﻓِﻲ ﺩِﻳﻦ ﺍﻟﱠﻪ ﹶﺃﻓﻮَﺍﺟًﺎ‬ ‫ِ ﻠِ ﹾ‬ ‫َ َ َ ﻨ َ ْ ُﻠ ﹶ‬

2. Dan engkau lihat munusia masuk ke dalam agama Allah sepuak demi sepuak. (3)

‫ﻓﺴﱢﺒﺢ ِﺑﺤﻤﺪ ﺭﱢﺑﻚ ﻭَﺍﺳَﺘﻐﻔﺮﻩ ِﺇﱠﻪ ﻛﹶﺎﻥ َﺗ ﱠﺍﺑًﺎ‬ ‫ﹶ َ ْ َ ْ ِ َ َ ْ ْ ِ ُْ ﻧ ُ ﹶ ﻮ‬

3. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan pohonlah keampunan-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat (hambaNya). Surah yang pendek ini membawa berita gembira kepada Rasulullah SAW iaitu berita ketibaan pertolongan daripada Allah dan kemenangan menakluk negeri Makkah dan sambutan manusia yang berduyun-duyun memeluk agama Allah, di samping memberi arahan kepada Rasulullah SAW supaya bertawajjuh kepada Allah dengan tasbih, tahmid dan istighfar ketika terlaksana berita-berita yang menggembirakan itu. Di samping itu surah ini juga sekaligus mendedahkan tabi'at dan hakikat agama Islam dan sejauh mana cita-cita perjuangannya mahu membawa manusia kepada ketinggian, kemuliaan, keikhlasan, kebebasan dan kemerdekaan iaitu kemuncak matlamat yang tidak dapat dicapai manusia melainkan di bawah naungan Islam. Ada berbagai-bagai hadith mengenai turunnya surah ini. Antaranya yang kami pilih ialah hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad iaitu:

Tafsir Fi Zilalil Quran

1

daripada Daud. daripada ash-Sha'bi daripada Masruq katanya: A'isyah telah bercerita bahawa Rasulullah SAW di akhir-akhir kegiatannya banyak berzikir dengan: subha nallahi wa bihamdihi. "Yang dimaksudkan dengan kemenangan dalam surah ini ialah kemenangan menakluk Makkah dan inilah pendapat yang sebulat. hingga akhir surah. Di sana ada lagi satu hadith daripada Ibn 'Abbas dan hadith ini tidaklah sukar untuk diselaraskan dengan hadith yang telah kami pilihkan itu. Qabilah-qabilah Arab sebelum itu memang menunggu-nunggu tertakluknya negeri Makkah untuk menyatakan keislaman mereka. astagh firullaha wa atubu ilaih." Pada suatu hari 'Umar menjemput mereka lalu ia masukkan aku bersama mereka. maka itulah tanda ia seorang Nabi. Menurut riwayat al-Imam al-Bukhari dalam sohihnya daripada 'Amru ibn Salamah katanya. 'Umar telah memasukkan aku ke dalam kumpulan tokoh-tokoh tua Perang Badar. "Biarkanlah dia (Muhammad) dengan kaumnya. "Tuhanku telah memberitahu kepadaku bahawa aku akan melihat satu alamat pada umatku dan Ia memerintah kepadaku apabila aku melihat alamat itu supaya aku bertasbih. bertahmid dan beristighfar kepada-Nya. bertahmid dan beristighfar apabila berlakunya berita yang menggembirakan itu dan timbul alamatnya. daripada Ibn 'Abbas katanya. Mereka berkata. Menurut hatiku ia menjemput aku bersama mereka untuk memperlihatkan kebolehanku kepada mereka lalu ia berkata. mereka pun memeluk agama Allah sepuak demi sepuak. Tiada qabilah Arab melainkan semuanya mengisytiharkan keislaman mereka." Qabilah-qabilah Arab memang menunggu-nunggu kemenangan Rasulullah SAW menakluk Makkah untuk memeluk agama Islam. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat. Dalam masa tidak sampai dua tahun selepas itu seluruh Semenanjung Arab beriman kepada agama Allah. (Al-Hadith) Hadith ini adalah sesuai dengan keterangan surah ini yang memberi isyarat bahawa satu peristiwa akan berlaku selepas turunnya ayat ini dan mengarahkan Nabi SAW supaya bertasbih. jika dia dapat menundukkan mereka." Oleh itu apabila Allah memberi kemenangan kepadanya menakluk Makkah. "Dia daripada budak-budak yang kamu telah kenal.Tafsir Surah An-Nasr_________________________________________________________________ Kami telah diceritakan oleh Muhammad ibn Abi 'Adi. kami juga ada anakanak yang sebaya dengannya?" Jawab 'Umar." dan aku telah pun melihat alamat itu iaitu: Iza ja asnasrullahi wal fath . Kata mereka. Ujar Ibn Kathir dalam tafsirnya. "Jika ia (Muhammad) dapat menundukkan kaumnya. (Hadith ini juga telah diriwayatkan oleh Muslim melalui Daud Ibn Abi Hind dengan nas ini).. Sebaik sahaja tertakluknya negeri Makkah setiap kaum segera menemui Rasulullah SAW untuk menyatakan keislaman mereka. "Apa pendapat Tafsir Fi Zilalil Quran 2 . daripada Sa'id ibn Jubayr. maka itulah tanda ia seorang Nabi.. Setengah mereka seolah-olah merasa tidak setuju dalam hati mereka lalu berkata. Ujar al-Imam al-Bukhari kami telah diceritakan oleh Musa bin Ismail katanya kami telah diceritakan oleh Abu 'Awanah daripada Abi Bisyr. "Mengapa dimasukkan budak ini bersama kami. Dan beliau telah bersabda.

maka Rasulullah SAW pun faham bahawa ajalnya telah hampir." Walau bagaimanapun." Kata 'Umar ibn al-Khattab: "Aku tidak mengetahui maksud ayat ini melainkan apa yang dikatakan engkau. Firman Allah. kecuali Maryam binti 'Imran. "Tidak". "Adakah pendapat engkau begitu juga wahai Ibn 'Abbas?" Jawabku." Tafsir Fi Zilalil Quran 3 . Jawab sebahagian mereka. "Apabila Rasulullah SAW wafat aku bertanya Fatimah tentang rahsia tangisannya dan ketawanya tempoh hari lalu ia bercerita: "Rasulullah SAW telah memberitahu kepadaku ia tidak lama lagi akan wafat. Rasulullah SAW telah memanggil Fatimah pada tahun kemenangan Makkah dan bercakap-cakap dengannya lalu Fatimah menangis kemudian ia bercakap-cakap dengannya lagi lalu Fatimah ketawa. tugasnya di bumi telah pun selesai dan dia tidak lama lagi akan menemui Tuhannya. "Itulah ajal Rasulullah SAW yang diberitahu Allah kepadanya." Sebahagian yang lain diam tidak berkata apa-apa. di sana terdapat suatu hadith lagi yang diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Bayhaqi dengan sanadnya daripada Ibn 'Abbas juga katanya. iaitu ia diturunkan selepas kemenangan menakluk Makkah dan sambutan orang ramai memeluk agama Islam secara besarbesaran telah terlaksana.Tafsir Surah An-Nasr_________________________________________________________________ kamu tentang maksud firman Allah 'Azzawajalla: Iza ja anas rullahi wal fath. sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat (hamba-Nya). kerana itulah aku menangis. "Apabila tiba pertolongan Allah dan kemenangan" maka itulah alamat ajal engkau. "Itulah ajal Rasulullah SAW yang diberitahu Allah kepadanya. kemudian ia memberitahu kepadaku bahawa aku akan menjadi penghulu kepada wanita-wanita ahli syurga. lalu ia terus bertanya. Lalu 'Umar berkata kepadaku. Hadith itu ialah daripada Ummu Salamah r. "Sebaik sahaja turun "Iza ja anas rullahi wal fath" Rasulullah SAW terus memanggil Fatimah dan berkata: "Sesungguhnya ayahanda telah diberitahu tentang kematian ayahanda." lalu Fatimah menangis kemudian dia ketawa sambil berkata: "Ia menceritakan kepadaku bahawa ia telah diberitahu tentang kematiannya. Inilah maksud Ibn 'Abbas. kerana itulah aku ketawa." Dalam hadith ini terdapat keterangan yang menentukan masa turunnya surah ini. "Allah menyuruh kita bertahmid dan beristighfar kepada-Nya apabila Dia menolong dan memberi kemenangan kepada kita. 'anha katanya. oleh itu hendaklah engkau bertasbih dengan memuji Tuhanmu dan beristighfar memohon keampunan-Nya. kerana engkau anggota keluarga ayahanda yang pertama yang akan mengikuti ayahanda. kerana itu apabila surah ini diturunkan sesuai dengan alamatnya." (Riwayat al-Bukhari sahaja) Mungkinlah kepada Rasulullah SAW apabila ia melihat alamat daripada Tuhannya ia terus faham bahawa. "Apa pendapat engkau?" Jawabku. kemudian ia berkata pula: 'Sabarlah anakanda. Tetapi hadith yang pertama lebih kukuh dan lebih selaras dengan nas zahir al-Qur'an terutama hadith yang mencerita tentang Siti Fatimah yang menangis dan ketawa itu telah diceritakan dalam satu hadith yang lain dengan satu gambaran yang lain yang sesuai dengan pendapat yang kami tarjihkan ini.' kerana itulah aku ketawa. itulah sebabnya aku menangis." Kata Ummu Salamah.

Tafsir Surah An-Nasr_________________________________________________________________ (Dikeluarkan oleh at-Tirmizi)." Oleh itu apabila kemenangan menakluk Makkah berlaku. Marilah kita menuju ke mercu yang ditunjukkan oleh surah yang pendek ini. Beristighfar terhadap berbagai-bagai perasaan dan pengalaman jiwa iaitu beristighfar terhadap perasaan bangga dan sombong yang berkecamuk dalam hati pada saat-saat mabuk kemenangan setelah sekian lama berjuang.. Cukuplah Allah melaksanakan kemenangan urusan agama-Nya melalui mereka dan melantik mereka selaku pengawal dan pemegang amanah agama-Nya. Dari seluruh huraian ini marilah kita keluar meneliti pengertian yang tetap dan bimbingan yang berterusan yang dibawa oleh surah ini. kerana itu dalam menghadapi penghormatan Allah yang melaksanakan kemenangan itu.'anha. Hadith ini selaras dengan nas zahir al-Qur'an dan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dan dikeluarkannya oleh Muslim dalam kitab sohihnya yang menerangkan di sana ada satu alamat antara Rasulullah dengan Tuhannya iaitu: "Apabila tiba pertolongan Allah dan kemenangan menakluk Makkah . sedangkan Nabi dan para sahabatnya tidak mempunyai apa-apa peranan dalam kemenangan itu. Bertasbih dan bertahmid atas ni'mat Allah yang telah menjadikan mereka sebagai pemegang amanah dan pembela agama-Nya. kemenangan kepada Rasul-Nya menakluk Makkah dan sambutan besar-besaran daripada orang ramai memeluk agamaNya yang penuh kebajikan itu setelah sekian lama mereka berada dalam keadaan buta. iaitu pertolongan dan kemenangan itu adalah datang daripada Allah pada masa yang ditentukan-Nya dan dalam bentuk yang dikehendaki-Nya. Apabila tiba pertolongan Allah dan kemenangan (menakluk Makkah). maka Rasulullah SAW faham bahawa masa pertemuannya dengan Tuhannya telah hampir dan kerana itulah ia memanggil Siti Fatimah sebagaimana yang telah diceritakan oleh Ummu Salamah r. mereka berkewajipan bertasbih. Beristighfar terhadap perasaan- Tafsir Fi Zilalil Quran 4 . Saranan ini diterangkan dalam ayat: (1) ‫ِﺇﺫﹶﺍ ﺟَﺎﺀ َﻧﺼ ُ ﺍﻟﱠﻪ ﻭَﺍﹾﻟﻔْﺘﺢ‬ ُ ‫ْﺮ ﻠ ِ ﹶ‬ 1. Bahagian awal surah ini menyarankan satu kefahaman khusus tentang hakikat peristiwa yang berlaku di 'alam ini dan tentang peranan Rasulullah SAW dan peranan para Mu'min dalam urusan da'wah Islam dan batas keupayaan mereka dalam urusan ini. Inilah keseluruhan peranan mereka dalam mencapai kemenangan dan dalam sambutan orang ramai menerima agama Allah. bertahmid dan beristighfar pada saat-saat kemenangan itu. Perasaan yang sedemikian memang sukar dikawal dalam hati manusia kerana itulah mereka perlu beristighfar. sesat dan rugi. juga atas rahmat Allah ke atas seluruh umat manusia dengan mengurniakan kemenangan kepada agama-Nya. Ia merupakan urusan Allah semata-mata yang dilaksanakan-Nya dengan mereka atau tanpa mereka..

perasaan gentar dan goncang." (An-Nahl) Ketaqsiran(kecuaian) yang seperti ini memerlukan istighfar.Tafsir Surah An-Nasr_________________________________________________________________ perasaan tidak sabar. ‫ﹶﺃﻡ ﺣﺴْﺒُﺘﻢ ﺃﹶﻥ َﺗﺪﺧﹸﻮﹾﺍ ﺍﹾﻟﺠﱠﻨﺔ ﻭﹶﻟ ﱠﺎ َﻳﺄِﺗ ﹸﻢ ﱠﹶﺜﻞ ﺍﱠﻟﺬِﻳﻦ ﺧﻠﻮﹾﺍ ﻣِﻦ ﻗْﺒﻠ ﹸﻢ ﱠ ﱠْﺘﻬﻢ ﺍﹾﻟَﺒﺄﺳَﺎﺀ‬ ‫ْ َ ِ ْ ْ ُ ﻠ َ ﹶ َ ﻤ ﹾ ﻜ ﻣ ﹸ َ َ ﹶ ْ ﹶ ِﻜ ﻣ ﺴ ُ ُ ﹾ‬ ‫ﻭَﺍﻟﻀ ﱠﺍﺀ ﻭﺯﹾﻟﺰﹸﻮﹾﺍ ﺣﱠﻰ َﻳ ﹸﻮﻝ ﺍﻟﺮ ُﻮﻝ ﻭَﺍﱠﻟﺬِﻳﻦ ﺁﻣُﻮﹾﺍ ﻣﻌ ُ ﻣﺘَﻰ َﻧﺼ ُ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﹶﻻ ِﺇ ﱠ َﻧﺼﺮ‬ َ ْ ‫ْﺮ ﹼ ِ ﻥ‬ َ ‫َ َﻨ َ َﻪ‬ ‫ﱠ ﺮ َ ُ ِﻟ َ ﺘ ﻘ ﹶ ﱠ ﺳ ﹸ‬ (214) ‫ﺍﻟﻠﻪ ﻗ ِﻳﺐ‬ ٌ ‫ﹼ ِ ﹶﺮ‬ 214. Daya upaya manusia sentiasa terbatas. Orang yang menang hendaklah menyedari bahawa Allah mengamatinya. iaitu perasaan-perasaan yang mungkin dialami dalam saat-saat menghadapi perjuangan yang lama. Di sana ada lagi satu tujuan yang halus daripada beristighfar pada saat mencapai kemenangan. "Adakah kamu mengira bahawa kamu akan memasuki Syurga. kerana lambatnya Allah menunaikan janji memberi bantuan dan pertolongan. bahawa Allahlah yang memberi Tafsir Fi Zilalil Quran 5 . nescaya kamu tidak berdaya mengirakannya. Beristighfar kerana tidak cukup bersyukur kepada Allah yang sentiasa melimpahkan ni'mat dan rahmat-Nya yang tidak putus-putus. Firman Allah: (18) ‫ﻭﺇِﻥ َﺗﻌ ﱡﻭﹾﺍ ِﻧﻌﻤﺔ ﺍﻟﻠﻪ ﻻ ُﺗﺤ ُﻮﻫَﺎ ِﺇ ﱠ ﺍﻟﻠﻪ ﹶﻟﻐ ﹸﻮﺭ ﺭﺣِﻴﻢ‬ ٌ ‫َ ُﺪ ْ َ ﹶ ﹼ ِ ﹶ ْﺼ ﻥ ﹼ َ َﻔ ٌ ﱠ‬ 18. 'Bilakah tibanya (pertolongan) daripada Allah?' (Lalu dijawab): 'Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat'. kepenatan dan kesukaran sebagaimana yang telah digambarkan oleh Allah dalam surah yang lain. juga amalan bertawajjuh kepada Allah kerana memohon kemaafan dan keampunan boleh menjamin tidak berlakunya perbuatan-perbuatan yang zalim terhadap musuh-musuh yang kalah. Oleh itu ia lebih baik merasa kebanggaannya dan memohon istighfar kepada Allah. kerana istighfar boleh menghalangkan perasaan angkuh dan sombong. sedangkan kamu belum menerima dugaan seperti orang-orang Mu'min yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kesusahan dan kesengsaraan dan mereka telah digoncangkan (dengan berbagai-bagai ujian) sehingga Rasul dan orang-orang Mu'min yang ada bersama pernah bersungut. iaitu untuk menggerak dan menyedarkan hati yang sedang dilambung rasa megah dan bangga dengan kemenangan itu agar menginsafi ketaqsiran dan kelemahan diriya. Perasaan lemah dan merasa tidak cukup bersyukur kepada Allah." (Al-Baqarah) Sikap yang seperti ini memerlukan istighfar. perasaan terkilan. "Andainya kamu membilang ni'mat Allah. sedangkan ni'mat dan anugerah Allah sentiasa melimpah-ruah.

s. Itulah kebebasan daripada belenggu-belenggu diri sendiri supaya manusia menjadi roh-roh daripada roh Allah yang tidak mencari sesuatu yang lain melainkan keredaan Allah. pada saat tercapainya segala cita-citanya.Tafsir Surah An-Nasr_________________________________________________________________ kekuatan kepadanya mengalahkan musuhnya. baik dan menuju kepada Allah. ltulah kemuncak yang gemilang dan mulia yang diseru oleh al-Qur'an supaya manusia bercita-cita mendakinya. Inilah adab-sopan Nabi Allah Yusuf a. penaklukan itu adalah penaklukanNya dan agama adalah agama-Nya dan segala sesuatu terpulang kepadaNya. Itulah kemuncak yang membuat manusia dewasa kerana mereka dapat menundukkan keangkuhan mereka dan membuat jiwa mereka terbang bebas kerana mereka tunduk kepada Allah. Sesungguhnya Allah Tuhanku telah menjadikan mimpi itu suatu kenyataan dan sesungguhnya Ia telah melakukan segala kebaikan terhadap anakanda ketika Ia membebaskan anakanda dari penjara dan membawa ayahanda bonda ke sini dari dusun padang pasir setelah Syaitan Tafsir Fi Zilalil Quran 6 . Seseorang itu tidak akan mencapai kebebasan selama ia terbelenggu kepada dirinya dan kepada nafsu keinginan dan selama ia tidak dapat membebaskan dirinya pada saat-saat kemenangan daripada perasaan merasa berjasa dalam kemenangan itu agar ia hanya mengenangkan jasa Allah yang Tunggal sahaja. Dan di samping kebebasan itu ialah perjuangan untuk menolong kebaikan dan menegakkan kebenaran. Allah telah mengalahkan musuh-musuhnya kerana suatu tujuan yang dikehendakinya. Oleh itu kemenangan yang dicapai itu adalah kemenangannya daripada kurnia-Nya. memimpin umat manusia dengan pimpinan yang matang. membina. Itulah kemuncak yang membuat manusia dewasa kerana mereka dapat menundukkan keangkuhan mereka dan membuat jiwa mereka terbang bebas kerana mereka tunduk kepada Allah. Inilah adab-sopan para nabi yang dikehendaki Allah supaya sentiasa dijunjung tinggi oleh manusia. inilah ta'bir mimpi anakanda dahulu. sedang ia lemah dan tidak berupaya. adil. Firman Allah: ‫ﻭﺭﻓﻊ ﹶﺃَﺑﻮْﻳﻪ ﻋﻠﹶﻰ ﺍﹾﻟﻌﺮﺵ ﻭﺧ ﱡﻭﹾﺍ ﹶﻟ ُ ﺳﺠﺪًﺍ ﻭﻗﹶﺎﻝ ﻳَﺎ ﹶﺃَﺑﺖ ﻫﺬﹶﺍ َﺗﺄﻭِﻳﻞ ﺭﺅﻳَﺎﻱ ﻣِﻦ ﻗْﺒ ﹸ‬ ‫ِ َ ﹾ ﹸ ُْ َ ﹶﻞ‬ ‫َ َ ﹶ َ َ ِ َ َ ْ ِ َ َﺮ ﻪ ُ ﱠ َ ﹶ‬ ‫ﻗﺪ ﺟﻌﻠﻬَﺎ ﺭﱢﻲ ﺣ ًّﺎ ﻭﻗﺪ ﹶﺃﺣﺴﻦ ﺑَﻲ ِﺇﺫ ﹶﺃﺧﺮﺟﻨِﻲ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﺠﻦ ﻭﺟَﺎﺀ ِﺑ ﹸﻢ ﻣﻦ ﺍﹾﻟَﺒﺪﻭ‬ ِ ْ َ ‫ﹾ َْ َ ِ َ ﱢ ْ ِ َ ﻜ ﱢ‬ َ َ ْ ْ ‫ﹶ ْ َ َﹶ َﺑ َﻘ َﹶ‬ ‫ﻣِﻦ َﺑﻌﺪ ﺃﹶﻥ ﱠﺰﻍ ﺍﻟﺸْﻴﻄﹶﺎﻥ َﺑْﻴﻨِﻲ ﻭَﺑْﻴﻦ ِﺇﺧﻮﺗِﻲ ِﺇ ﱠ ﺭﱢﻲ ﹶﻟﻄِﻴﻒ ﱢﻟﻤَﺎ َﻳﺸَﺎﺀ ِﺇﱠﻪ ُﻮ ﺍﹾﻟﻌﻠِﻴﻢ‬ ُ َ َ ‫ﻧُ ﻫ‬ ٌ ‫َ َ ْ َ ﻥ َﺑ‬ ‫ِْ ﻧ ﹶ ﱠ ﹸ‬ (100) ‫ﺍﻟﺤ ِﻴﻢ‬ ُ ‫ﹾ َﻜ‬ 100. bersih. "Lalu ia (Yusuf) mengangkatkan dua ibu bapanya di atas singgahsana dan mereka (saudara-saudaranya) merebahkan diri sujud hormat kepadanya dan berkata: "Wahai ayahandaku. ltulah kemuncak yang gemilang dan mulia yang diseru oleh al-Qur'an supaya manusia bercita-cita mendakinya. juga usaha meng'imarahkan bumi dan memajukan kehidupan.

s. Pemandangan babak akhir kisah Nabi Yusuf a." (Surah Yusuf) Pada saat itu Nabi Yusuf a.s. ‫ﻗﹶﺎﻝ ﺍﱠﻟﺬِﻱ ﻋِﻨﺪ ُ ﻋﻠﻢ ﻣﻦ ﺍﹾﻟﻜﺘَﺎﺏ ﹶﺃﻧَﺎ ﺁﺗِﻴﻚ ِﺑﻪ ﻗْﺒﻞ ﺃﹶﻥ َﻳﺮَﺗﺪ ِﺇﹶﻟْﻴﻚ ﻃﺮﹸﻚ ﻓﻠ ﱠﺎ ﺭَﺁﻩ‬ ُ ‫ْ ﱠ َ ﹶ ْﻓ َ ﹶ ﹶ ﻤ‬ ‫َ ِﹶ ﹶ‬ ِ ِ َ ‫َﻩ ِ ﹾ ٌ ﱢ‬ ‫ﹶ‬ ‫ﺍ ﻋِﻨﺪ ُ ﻗﹶﺎﻝ ﻫﺬﹶﺍ ﻣِﻦ ﻓﻀﻞ ﺭﱢﻲ ِﻟَﻴْﺒﻠﻮﻧِﻲ ﹶﺃﹶﺃﺷ ﹸ ُ ﹶﺃﻡ ﹶﺃﻛ ﹸ ُ ﻭﻣَﻦ ﺷﻜﺮ ﻓﺈﱠﻧﻤَﺎ‬ ‫ﻣﺴَﺘﻘ‬ ِ ‫ْﻜ ﺮ ْ ﹾ ﻔ ﺮ َ َ ﹶ َ ﹶ‬ َ ‫ﹶ ْ ِ َﺑ ﹸ‬ َ ‫ُ ْ ِ ﺮ َﻩ ﹶ‬ (40) ‫ﻳﺸ ﹸ ُ ﻟﻨﻔﺴﻪ ﻭﻣﻦ ﻛﻔﺮ ﻓﺈ ﱠ ﺭﱢﻲ ﻏﻨ ﱞ ﻛﺮﱘ‬ ٌ ِ ‫َ ْﻜﺮ َِ ﹾ ِ ِ َ َ ﹶ ﹶ َ ﹶِﻥ َﺑ ﹶِﻲ ﹶ‬ 40. Beliau berdoa ketika berada di kemuncak kekuasaan dan dalam kegembiraan tercapai impiannya: ‫ﺭﺏ ﻗﺪ ﺁَﺗْﻴَﺘﻨِﻲ ﻣﻦ ﺍﹾﻟﻤﻠﻚ ﻭﻋﻠﻤَﺘﻨِﻲ ﻣِﻦ َﺗﺄﻭِﻳﻞ ﺍﻷﺣَﺎﺩِﻳﺚ ﻓﹶﺎﻃﺮ ﺍﻟﺴﻤَﺎﻭَﺍﺕ ﻭَﺍﻷﺭﺽ‬ ِ َْ ِ ‫ِ َِ ﱠ‬ َ ِ ‫ﹾ‬ ْ ‫ِ َ ُ ﹾ ِ َ َﱠ‬ ْ‫َ ﱢﹶ‬ (101) ‫ﹶﻧﺖ ﻭﻟﱢﻲ ِﻲ ﺍﻟﺪﻧَﺎ َﺍﻵﺧﺮﺓ ﺗﻮﻓِﻲ ﻣﺴﻠ ًﺎ ﻭﺃﻟﺤﻘِﻲ ِﺎﻟ ﱠﺎﻟﺤﲔ‬ َ ِ ِ ‫ﺃ َ َِﻴ ﻓ ﱡُﻴ ﻭ ِ َ ِ َ َﱠﻨ ُ ِْﻤ َﹶﹾ ِ ﹾﻨ ﺑ ﺼ‬ 101.Tafsir Surah An-Nasr_________________________________________________________________ merosakkan hubungan antara anakanda dengan saudara-saudara anakanda. "Dan apabila Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya ia pun berkata: 'Ini adalah limpah kurnia daripada Tuhanku untuk mencuba aku adakah aku bersyukur kepada-Nya atau mengingkari ni'matNya. Sesungguhnya Tuhanku itu Maha Halus melaksanakan apa yang dikehendaki-Nya. menggambarkan pemandangan seorang manusia yang bermohon kepada Tuhannya supaya memelihara keislamannya hingga ia wafat dan supaya ia dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh di sisi Tuhannya. mencabutkan dirinya dari suasana kegembiraan bertemu dengan orang tuanya dan berbaik-baik kembali dengan saudara-saudaranya untuk bertawajjuh kepada Allah bagi menyampaikan kesyukurannya." Oleh itu sesiapa yang bersyukur.'" (An-Naml) Tafsir Fi Zilalil Quran 7 . Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Inilah juga adab-sopan Nabi Allah Sulaiman a. maka Tuhanku adalah Maha Kaya dan Maha Pemurah." (Yusuf) Di sini lenyaplah segala pangkat dan kebesaran dan hilanglah segala kesukaan bertemu dengan orang tua dan kegembiraan berkumpul kembali dengan saudara mara. apabila ia melihat singgahsana Balqis Ratu Negeri Saba' muncul di hadapannya sebelum matanya berkelip. maka sesungguhnya ia bersyukur untuk kebaikan dirinya dan sesiapa yang mengingkari ni'mat-Nya. Wahai Tuhan Pencipta langit dan bumi! Engkaulah penaungku di dunia dan di Akhirat.s. "Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan kepadaku ni'mat kerajaan dan Engkau telah mengajarkan ilmu ta'bir mimpi. Wafatkanlah aku dalam agama Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang solih.

Dan itulah sunnah yang diikuti para sahabat selepasnya radiallahu 'anhum ajma'in.Tafsir Surah An-Nasr_________________________________________________________________ Inilah juga adab-sopan Nabi Muhammad S.W di sepanjang hidupnya dan dalam masa mendapat pertolongan daripada Allah dan mencapai kemenangan menakluk Makkah. bertahmid dan beristighfar begitu banyak sebagaimana yang diceritakan oleh hadith-hadith. Demikianlah jiwa mereka memancar dengan gemilang. sedangkan negeri itulah yang telah menyakitinya. kerana bersyukur kepada Allah dan memasuki negeri Makkah dengan keadaan seperti itu. Demikianlah mereka berjaya sampai kepada darjah kebesaran. bertahmid dan beristighfar sebagaimana yang diajar oleh Tuhannya. bertasbih. Demikianlah terangkatnya manusia dengan keimanan mereka kepada Allah. melembut halus dan terbang bebas. kekuatan dan kebebasan. beliau membongkok di atas belakang untanya. memeranginya dan menentang da'wahnya dengan penuh kedegilan. Apabila tiba pertolongan daripada Allah dan terlaksana kemenangan menakluk Makkah ia lupakan kesukaan mendapat kemenangan dan terus membongkok bersyukur kepada Allah. ia bertasbih. mengusirnya keluar. Tafsir Fi Zilalil Quran 8 .A.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->