P. 1
Definisi Dan Konsep Teori Fungsionalisme

Definisi Dan Konsep Teori Fungsionalisme

|Views: 9,526|Likes:
Published by insyirah77

More info:

Published by: insyirah77 on Oct 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/17/2013

pdf

text

original

Definisi dan Konsep Teori Fungsionalisme.

Analisis Isu berdasarkan perspektif Teori Struktural-Fungsional Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi dikekalkan. Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisma yang mempunyai bahagian-bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur. Seterusnya kajian dilakukan untuk melihat bagaimana struktur masyarakat berfungsi. Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989 : 9) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaruan. Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa saling berperanan dalam mengatasi masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja. Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat sebagai tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian dan fungsinya yang tersendiri. Ianya boleh dihuraikan sebagai suatu organisasi sosial dan bagaimana organisasi itu dikekalkan. Kajian dilakukan untuk meninjau sejauh mana struktur masyarakat berfungsi. Struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989:9) merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti menentukan setakat mana sesuatu masyarakat itu dapat dipertahankan. Harmoni pula merujuk kepada semangat kerjasama dalam masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat. Evolusi pula digambarkan bagaimana perubahan berlaku terhadap masyarakat akibat dari pembaharuan. Sebagai rumusannya, teori ini menekankan kepentingan persefahaman anggota masyarakat demi keharmonian dan kestabilan masyarakat berkenaan. Merton (1957) telah membezakan antara apa yang dikenali sebagai fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara adalah sesuatu yang diketahui dan dikehendaki dalam aktiviti sosial tertentu . Fungsi tersembunyi pula merupakan sesuatu yang tidak disedari atau tidak dijangkakan. Sekiranya sesuatu hasil struktur adalah merupakan apa yang dikehendaki dan diiktiraf dalam sistem, ia telah menjalankan fungsi ketara. Sebaliknya sekiranya hasilan adalah sesuatu yang tidak dikehendaki dan tidak diiktiraf maka ia dikenali sebagai fungsi tersembunyi. Merton juga membuat perbezaan antara fungsi dan disfungsi. Fungsi bermaksud struktur sosial sesuatu masyarakat telah mengalami kesan positif hasil daripada kefungsian sistem. Disfungsi pula bermakna kesan negatif yang dialami oleh masyarakat akibat daripada sistem yang tidak berfungsi. Struktur yang dianggap berfungsi adalah yang mengekalkan apa yang sedia ada dan diharapkan dalam masyarakat manakala yang tidak mengikut kehendak masyarakat dianggap tidak berfungsi. Teori fungsionalisme menyatakan bahawa masyarakat, pihak sekolah dan media massa

tradisi. murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang beraliran Bahasa Melayu. Sememangnya walaupun selepas kemerdekaan. Keterbatasan ini bukan sahaja di sekolah. Ini secara tidak langsung akan mengasingkan kelompok kaum dari satu generasi ke satu generasi. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan etnik berkembang menerusi hubungan kekeluargaan. Sistem pendidikan yang mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum telah menjuruskan ke arah semangat perkauman yang menebal.1 Mobiliti Sosial Sekolah yang berbagai aliran sebenarnya terus menjadikan suatu bentuk mobiliti sosial yang berbagai rupa. Harapan untuk melihat persefahaman antara kaum melalui sektor pekerjaan yang sama tidak mencapai kejayaan yang memberangsangkan. kaum India dengan ladangnya dan kaum Cina dengan perniagaannya. Sungguhpun di peringkat menengah. 6. 6. dapat dilihat dengan jelas tiga kelompok kaum yang berasingan antara satu sama lain. Ruang kehidupan yang terbatas ini akhirnya mencipta suatu identiti tersendiri yang sangat berbeza. Merujuk kepada peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan juga kuota memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Isu ini amatlah sensitif kerana ianya menyentuh hak-hak keistimewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan. Kesannya amat berbahaya kepada perpaduan kaum di Malaysia. Kedua. Kumpulan etnik sememangnya membantu mengekalkan pertalian kumpulan dan mengukuhkan kedudukan etnik berkenaan dalam masyarakat. struktur dan sistem nilai. Semangat kekitaan dalam satu masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu akan tercapai sekiranya sistem persekolahan yang menggabung terus ketiga-tiga aliran ini menjadi satu dapat direalisasikan. Asas pembelajaran di peringkat rendah jauh berbeza di mana masing-masing menggunakan pendekatan sosio-ekonomi turun-temurun seperti kaum Melayu dengan sawahnya. pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Ketiga. keharmonian serta evolusi dalam sesebuah masyarakat. Sehingga kini didapati mobiliti mendatar lebih banyak berlaku. Pertamanya. 6. pengenalan kaum mengikut sektor pekerjaan masih lagi tidak banyak berubah. Namun begitu. Pergaulan dan juga persefahaman antara kaum juga begitu terbatas di kalangan pelajar.memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan kestabilan. budaya. Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah. ianya memang memihak kepada kaum bumiputera. Keterasingan dalam sistem pendidikan membuatkan para pelajar terus menebal dengan semangat kebangsaan masing-masing. pendidikan sebagai asas perpaduan kaum.negara asal. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latarbelakang keturunan nenek moyang yang sama. pendidikan adalah . rakan-rakan dan kejiranan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang rapat. bahasa.3 Reformasi Pendidikan Hussein Hj Ahmad (1993) menyatakan bahawa peranan sistem persekolahan sehingga akhir tahun 1980an bermotifkan tiga perkara utama. negara menuju kearah kemajuan ekonomi. malahan dalam kehidupan seharian. Menganalisis Isu Berdasarkan Tiga Konsep Sosiologi 6.2 Pendidikan dan Hubungan Etnik Etnik bermaksud kumpulan manusia atau bangsa . kini timbul rasa tidak puas hati kaum lain terhadap keutamaman yang diberikan ini.

Salah satu faktor utama yang menjadi punca isu ini ialah keadaan sosio-ekonomi pelajar yang rendah. Masyarakat persekitaran atau setinggan yang kurang menggalakkan pendidikan menjadikan pelajar pasif dan tidak berminat terhadap ilmu. Datuk Ishak Haron dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Malaysia . Fenomena ini jugalah yang terjadi kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Datuk Abdul Rahman Yaakoub telah mengarahkan penukaran sekolah aliran Inggeris kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu yang bermula pada tahun 1970. Menteri Pelajaran pada ketika itu. malah institusi pendidikan turut memainkan peranan. Sub-budaya seperti malas membuat kerja rumah dan ataidak menumpukan perhatian turut mempengaruhi prestasi pelajar. Bukan hanya keluarga menjadi punca penyebab kelemahan pelajar tetapi juga masyarakat. Universiti Pendidikan Sultan Idris. latihan yang tidak setimpal serta sikap guru yang pasif turut menjejeaskan prestasi murid.untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum. maka masalah semangat perkauman akan terhakis dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. secara tidak langsung. Kedaifan ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan kerana kurang atau tiada pendidikan menyebabkan sikap tidak endah terhadap pendidikan anak-anak mereka. Sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus diperjuangkan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan. 7. di samping boleh bergaul secara meluas di antara mereka. Di negara kita. kelemahan pelajar bukan hanya bergantung kepada faktor sosio-ekonomi sahaja. isu kelemahan akademik dan prestasi di kalangan Bumiputera tidak memberansangkan walaupun ia dibincang dan dikaji dari semasa ke semasa sejak beberapa dekad lalu. Memang tidak dapat disangkal lagi. Kita dapat menyaksikan. Cadangan Dan Kesimpulan Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan rakyat. Baka juga menjadi faktor penyebab kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumiputera . Menurut kajian yang dijalankan di sekolah kebangsaan terutama di luar bandar menunjukkan bahawa kegagalan murid bumiputera dalam UPSR adalah berpunca daripada kelemahan menguasai kemahiran asas pada Tahun Satu. Melalui cara ini. Sekolah dianggap sebagai tempat menghabiskan masa. Kedudukannya yang kurang strategik tidak memberi peluang kepada para pelajar mengikuti kelas tuisyen. Penduduk di kawasan luar bandar mempunyai kurang pendidikan terhadap perkembangan semasa. Faktor sekolah . keterasingan sekolah rendah ini telah menanamkan semangat perkauman dari awal lagi. Kelemahan dan ketidaksedaran guru. kefahaman guru yang rendah tentang kandungan kurikulum . Pengenalan Menurut Prof. Jika perkara ini dapat dipraktikkan. selepas tercetusnya peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. mereka juga boleh memahami budaya kaum lain. Beliau menekankan bahawa pembelajaran peringkat rendah yang menjadi asas pendidikan kerana masalah pembelajaran pada tahap rendah akan berterusan ke peringkat menengah dan tinggi.

maka beberapa langkah positif telah diutarakan sebagai mengatasi masalah ini. Sosiologi pendidikan melihat masalah sosial melalui dua pendekatan iaitu pendekatan makro dan miro. Pandangan teori konflik ialah masyarakat berada di dalam keadaan berubah-ubah. 4. Pentadbiran sekolah yang diterajui oleh guru besar yang berpandangan sempit dan tidak bermotivasi juga menjadi punca . Teori fungsional membincangkan variasi kelas sosial dalam pendidikan menyebabkan perbezaan peluang hidup. Teori fungsionalis pula mengkaji funsi perlakuan sosial atau institusi dalam aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Analisis isu berdasarkan teori fungsionalis Kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumi menjadi isu masyarakat yang serius kerana setiap individu mempunyai fungsi yang dipersetujui untuk mencapai matlamat yang sama. Di dalam hal ini. Faktor utama yang menjadi punca kepada kelemahan prestasi pelajar ialah keadaan sosioekonomi keluarga yang merupakan sebahagian daripada institusi masyarakat. Pengenalan Sesuatu bidang boleh dikaji dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teori. Pendekatan makro boleh dikaji menggunakan dua teori iaitu teori fungsionalis dan teori knflik. manakala pendekatan mikro berkaitan dengan kehidupan manusia yang dibentuk melalui proses interaksi yang kecil di dalam individu itu sendiri bukan dalam suatu kumpulan masyarakat yang besar.bukan sahaja tertumpu kepada guru semata-mata. aktiviti yang dipersetujui masyarakat ialah menjadikan individu berpendidikan supaya mesyarakat yang berpendidikan serta mampu mengikuti perkembangan semasa dapat dicapai. Memandangkan kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumiputera berada pada tahap yang tidak memuaskan. Fungsi nyata merujuk kepada aktiviti yang ditetapkan seperti pengajaran guru sementara fungsi tidak nyata ialah aktivitiaktiviti yang tersirat seperti kurikulum tersembunyi. berkonflik dan sentiasa ingin memperjuangkan kepentingan masing-masing. Langkah jangka panjang perlu digariskan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar bumiputera bermula dari pendidikan peringkat rendah dan menengah supaya pelajar bumiputera di IPTA boleh bersaing dengan pelajar lain dalam meningkatkan prestasi. Bilangan pelajar bumiputera yang melanjutkan pelajaran di IPTA mestilah mempunyai kelayakan yang sepatutnya supaya pelajar yang berkualiti benar-benar mendapat peluang. Langkah jangka pendek yang memakan masa antara tiga hingga lima tahun yang boleh dijalankan oleh IPTA ialah meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar di IPTA sekarang. 3. Pelajar yang mempunyai latar belakang sosio- . ia mencerminkan masyarakat luar bandar yang kurang prihatin terhadap pendidikan. teori fungsionalis didapati lebih menonjol peranannya. Berdasarkan kepada isu kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumi. Peluang pelajar kelas sosial rendah mendapat prestasi yang tinggi adalah kurang andainya dibandingkan dengan pelajar kelas atasan. Bila prestasi pelajar luar bandar menurun. Merton (1949) menyokong teori ini dengan membahagikan kepada dua elemen iaitu fungsi nyata dan fungsi tidak nyata. Pendekatan makro merupakan kajian tentang masyarakat secara keseluruhan. Demikian juga dengan bidang kajian sosiologi. Usaha-usaha ini patut diberikan perhatian serius dan dilaksanakan dengan berkesan supaya isu ini dapat ditangani dalam jangka waktu yang singkat.

Pengukuhan dan penekanan perlu disalurkan juga di rumah. Justeru itu. langkah-langkah perlu juga diambil untuk mengatasi masalah ini di peringkat IPT. mempunyai banyak kekangan yang perlu diatasi untuk bersaing dengan pelajar kelas atasan.Chinoy (Society . Subbudaya seperti ponteng. Subbudaya sebegini menyebabkan pelajar bumiputera di IPT tidak dapat bersaing dengan pelajar-pelajar lain. persefahaman dan kerjasama dari semua pihak diperlukan dalam memainkan peranan masing-masing agar dapat mencapai matlamat tertentu seperti yang diutarakan dalam teori fungsionalis. institusi pendidikan boleh mengambilalih tanggungjawab tersebut untuk menjadikan masyarakat mempunyai kemahiran-kemahiran asas. istilah keluarga iaitu salah satu institusi yang diberi keutamaan dalam teori fungsionalis gagal berfungsi. ibu bapa yang tidak berpendidikan tidak mampu membantu anak-anak mereka yang akhirnya menjadikan prestasi pelajar bumiputera lemah pada peringkat asas. Definisi Konsep Institusi Sosial Kesedaran mengenai ilmu sosiologi amatlah berguna bagi memahami masalah sosial dari perseptif sosial. Walaupun. Latihan yang mencukupi dan bahan mudah diperolehi perlu digunakan seperti yang dilakukan oleh guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang amat mengambilberat tentang prestasi pelajarnya. Guru-guru di kawasan luar bandar perlu lebih berdedikasi dalam mengajar pelajar-pelajar mereka. Pendekatan fungsionalis menekankan kepentingan pendidikan di sekolah dan di rumah. Oleh itu. 1962) berpendapat bahawa istilah institusi . Secara tidak langsung . malas. Bila ibu bapa tiada pelajaran. Konsep utama yang sesuai bagi mengkaji isu kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumi ialah konsep institusi sosial. E. Sosio-ekonomi rendah adalah disebabkan oleh pendidikan yang rendah atau tiada pendidikan. Keadaan hidup yang serba kekurangan kerana wang menjadi penghalang bagi mendapatkan makanan. Oleh itu. tidak mempunyai ³role model´ yang boleh menjadi dorongan kepada mereka. motivasi luaran yang kurang atau hampir tiada menenggelamkan motivasi intrinsic mereka. maka mereka juga tidak mengambil berat mengenai pencapaian anak-anak mereka. Kewujudan masyarakat bumiputera luar bandar yang mempunyai prestasi yang tinggi merupakan tanggungjawab bersama institusi keluarga dan institusi pendidikan. tempat tinggal yang selesa dan peralatan yang secukupnya memudarkan minat murid terhadap pendidikan yang agak mencabar bagi tahap perkembangan mereka. institusi pendidikanlah harus memikul tanggungjawab dengan serius untuk meningkatkan prestasi pelajar . 5. tidak memberi tumpuan dan tidak berminat terhadap pendidikan inilah yang bersemadi dalam jiwa pelajar ini sehingga terbawa-bawa ke peringkat IPT. Para pelajar yang hidup dalam suasana persekitaran yang tidak menggalakkan pendidikan. Langkah utama yang sewajarnya diberi tumpuan ialah penekanan pendidikan rendah yang kukuh. Ini menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap pendidikan. Beberapa konsep asas diperkenalkan bagi memudahkan kajian yang dijalankan ke atas masyarakat. Anak-anak juga tidak boleh mengharapkan pertolongan dari segi akademik daripada ibu bapa mereke. Institusi keluarga di masyarakat luar bandar tidak dapat memainkan peranannya sepertimana institusi keluarga di dalam masyarakat bandar.ekonomi yang tidak menggalakkan. Malangnya . menengah dan juga IPT. Subbudaya belajar secara positif perlu sentiasa ditekankan terhadap murid dan institusi keluarga serta masyarakat perlu memberi kerjasama supaya subbudaya lain tidak mempengaruhi para pelajar ini. Jika sekolah dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap pendidikan anak-anak adalah tidak wajar.

pelajar-pelajar dengan sendirinya mempelajari nilai-nilai yang baik.W.perlu dikhususkan kepada pola tingkahlaku yang telah dipersetujui seperti undang-undang. institusi ekonomi dan institusi agama. institusi pendidikan juga mempunyai tanggungjawab menjalankan fungsi tidak nyata seperti menyerapkan norma-norma dan nilai-nilai yang perlu dijadikan ikutan. menyedarkan kepentingan pendidikan dan perubahan status yang mampu dicapai menerusi pendidikan dan pastikan anak-anak mereka menyedari hasrat dan impian ibubapa terhadap mereka. Malinowski menganggap institusi sebagai konsep utama memahami masyarakat dan kebudayaan.Gouldner dan H. Institusi sosial bolehlah dirangkumkan sebagai pola tingkahlakku yang menjadi kebiasaan atau satu pola hubungan sosial yang mempunyai matlamat sosial yang tertentu. . Oleh litu. Sosial adalah berhubung dengan interaksi dalam masyarakat. Dorongan sebegini dengan sendirinya mampu menarik minat terhadap pendidikan. Walaupun ibubapa tidak berpendidikan. Institusi pendidikan harsulah memahami masalah ibubapa di luar bandar dan cuba sedaya upaya mereka untuk mengajar dengan sebaik mungkin. Awasi kumpulan rakan yang mereka sertai dan beri bimbingan yang sewajarnya. Peranan keluarga dalam menentukan pencapaian pendidikan perlu dipertingkatkan dan diberi penumpuan yang lebih. Pelajar-pelajar di luar bandar tidak mempunyai ³role model´ yang sewajarnya untuk dijadikan contoh. emosi. institusi pendidikan. rohani dan intelek seperti yang termaktub dalam FPK. A. 5. ibubapa mestilah mengetahui siapakah mereka ingin teladani. Institusi sosial utama ialah institusi keluarga. institusi politik. Pelbagai bentuk pertandingan harus dijalankan supaya pelajarpelajar mendapat pendidikan yang mampu digunakan di peringakt IPTA. Ibubapa juga harus memberi pujian dan ganjaran supaya anak-anak mereka berusaha dengan lebih gigih lagi. melihat kerja mereka . Guru perlu memberi peluang yang sama kepada pelajar luar bandar untuk bersaing dengan pelajar bandar dalam semua aspek. Peranan institusi sosial adalah seperti agen-agen penentu dan pengawal yang memastikan masyarakat berjalan dengan lancar. menggalakkan mereka belajar. Luar bandar atau bandar tidak harus menjadi halangan bagi seseorang guru itu menjalankan tanggungjawab mereka. Di samping itu.1 Konsep Institusi Sosial Institusi keluarga dan pendidikan adalah lebih diketengahkan kerana ia mempunyai hubungan secara langsung dengan isu kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumiputera . Sekolah di luar bandar juga haruslah menjalankan aktiviti-aktiviti yang mengikuti perkembangan semasa seperti kempen kesihatan. Melalui teladan dan peraturan sekolah. Guru telah dilatih dan diberi pendapatan yang agak tinggi supaya dpat merealisasikan matlamat masyarakat dan negara iaitu menyediakan pelajar yang berkaliber dan seimbang dari segi jasmani.Gouldner ( Modern Sociology ) melihat institusi sebagai cara yang standard untuk mengatasi masalah . mereka boleh duduk bersama pelajar. kempen motivasi dan kempen pengguna.

sikap . Sosialisasi primer berlaku pada zaman awal kanak-kanak yang baru cuba mempelajari konsep kendiri. Pelajar perlu sedar pendidikan sekolah rendah menjadi asas ke arah kecemerlangan hidup. R. Individu tersebut perlu memilih peranan yang bersesuaian dengan dirinya. menyedari identiti. Individu patut mengubah sikap yang kurang realiti supaya mampu bersaing dengan individu lain. Menurut Karl Marx . Resosialisasi pula merujuk kepada pengagihan konsep kendiri dan cara hidup yang sedia ada kepada yang baru iaitu mengikut perubahan yang dikehendaki oleh masyarakat. Class-in-self akan menjadi class-for-itself apabila anggota-anggotanya mempunyai kesedaran kelas itu. Oleh itu. media massa dan juga persatuan. 5. dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.5. peryertaan ( sekunder) dan sosialisasi semula ( resosialisasi). penaakulan dan kemahiran bahasa. Pelajar di IPTA perlu mengikis segala sifat negatif supaya tidak ketinggalan. Di peringkat ini. pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. ia tetap menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang . kekayaan. motor. pendapatan. race and attitudes toward social issues. status. Budaya dipindahkan kepada individu oleh agen-agen seperti rakan sebaya. kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. level of education. Individu haruslah dapat membuat pertimbangan yang sesuai dengan suasana barunya. Oleh itu. Ia juga merupakan proses pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat. Nilai-nilai positif ini yang menentukan tingkahlakunya kelak dalam membuat pertimbangan. Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu yang baru di suasana yang baru . Terdapat tiga peringkat sosialisasi iaitu permulaan (primer) . Marx mengkategorikan masyarakat kapitalis kepada dua golongan iaitu bourgeoise yang memiliki punca pengeluaran dan proletariat yang hanya mempunyai tenaga kerja. sekolah. misalnya kecerdikan dalam bidang perniagaan. status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institut sosial.3 Konsep Kelas Sosial Kelas sosial merujuk kepada segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa politik . Konsep sosialisasi mengkehendaki seseorang individu mempelajari dan menerima nilai. Rohand Meighan (1986) menjelaskan walau apa cara definisi kelas sosial. ibubapa dan ahli keluarga perlu membentuk sahsiah yang betul kerana pada usia ini. kemahiran. pelajar bumiputera haruslah cuba menyesuaikan diri dan cuba memperbaiki kekurangan diri supaya prestasi di peringkat IPTA dapat dipertingkatkan. Budaya yang sedia ada perlu dicorak semula bersesuaian dengan keperluan institusi pendidikan. kemahiran dan peranan uang dapat membentuk personalitinya dan menyatukannya ke dalam kelompok masyarakat. Kejutan budaya memang berlaku di situasi yang baru tetapi pertimbangan yang sewajarnya perlu diambil supaya dapat mengekal dan meningkatkan prestasi. Sosialisasi sekunder pula berlaku di luar keluarga.J. personaliti. anak-anak mudah menerima dan mempelajari.2 Konsep Sosialisasi Sosialisasi adalah proses mempelajari peranan. Sementara itu. kepentingan seta peranan sosial. Pelajar bumiputera perlu mendapatkan dan mengikuti perkembangan positif yang dilihat dalam masyarakat kaum Cina. usaha yang berpatutan oleh semua pihak harus dilaksanakan. occupation.Stalcup ( 1968) mendefinisikan kelas sosial sebagai : A level in society made up of people who consider themselves equal due to similarities in family background.

Dengan kata lain. Program pendidikan prasekolah Kementerian Pendidikan yang diperkenalkan pada 1992. Individu dari kelas sosial perlu dididik dengan sabar kerana mungkin rasa rendah diri mereka menjadi penghalang sehingga tiada motivasi kendiri. Terdapat juga tanggapan bahwa kelas sosial rendah tidak mementingkan kelulusan akademik. Langkah ini dapat menambahkan minat dan menyedarkan kepentingan pendidikan.sama. Latar belakang budaya keluarga mempengaruhi pelajar kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Cadangan dan Kesimpulan Kementerian Pendidikan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu menapis dan menambah kualiti pelajar bumiputera yang diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran di IPTA. Mereka telah disosialisasikan dalam budaya keluarga yang mungkin berbeza dengan budaya sekolah. Kukuhkan asas. bukan sahaja guru. Kelas sosial rendah tidak sepatutnya menjadi kekangan malah individu atau pelajar perlu mempunyai sikap positif untuk membuktikan bahawa pelajar dari kelas sosial rendah juga mampu mempunyai prestasi akademik yang tinggi dan mampu bersaing denan pelajar kelas sosial atasan. Banyak pandangan yang mengaitkan pencapaian pelajar dengan struktur kelas sosial masyarakat. Para pelajar mempunyai nilai-nilai sendiri yang dibawa ke sekolah. akan diperluaskan dengan tambahan 1 500 kelas setiap tahun mulai 2003 hingga 2006 dan 1 600 kelas pada 2007 untuk memberi pendidikan berkualiti.. maka kukuhlah kehidupan. Peruntukan khas untuk sekolah rendah luar bandar haruslah dipertingkatkan untuk memudahkan pembelian kit pembelajaran dan CD interaktif pendidikan. . Langkah yang drastik perlu dilaksanakan di peringkat sekolah rendah ialah pemantauan prestasi pelajar secara berterusan dari Tahun 1 supaya produk jangka panjangnya memuaskan. Masyarakat perlu berikhtiar untuk meningkatkan prestasi di kalangan pelajar dengan memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak sekolah. Guru harus sedar bahawa disiplin yang berkesan adalah seiring dengan pengajaran yang berkesan. pendidikan rendah yang mantap menjadi penentu kepada pendidikan peringkat tinggi. profesion perguruan bukan sematamata untuk mengajar subjek tetapi juga mendidik manusia. Ibrahim dalam kertas kerja´Strategi kebangsaan untuk mengorientasi semula kecenderungan pelajar ke arah sains dan teknologi´ .tetapi juga ibubapa dalam masyarakat keseluruhannya . Walaupun pelbagai usaha diambil.. Pendidikan prasekolah dapat membantu dalam menangani masalah ini. latar belakang sosio-ekonomi mempunyai kolerasi terhadap perangai dan pencapaian. 6.´ dalam menigkatkan prestasi dalam Sains dan Matematik. Kira-kira 40 peratus daripada 500 000 kanak-kanak yang berusia lebih lima tahun di seluruh negara belum berpeluang mengikuti pendidikan prasekolah. Lebih-lebih lagi. ³peranan patut dimainkan oleh setiap rakyat. Menurut Dr. JKKK kampung di kawasan luar bandar perlu memberikan penekanan kepada pendidikan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kerana pendidikan bermula dari rumah. Masyarakat luar bandar tidak mampu menyediakan peralatan yang canggih sebegitu rupa. Penekanan dan pendedahan yang lebih efisien perlu diberikan kepada para pelajar supaya minat dalam bidang Matematik dan Sains dapat dipertingkatkan. Ada juga mengatakan bahawa masalah di sekolah adalah refleksi masalah di rumah. Kelas sosial para pelajar selalu dikaitkan dengan kelakuan dan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah.

. Tylor (1871) menyatakan budaya sebagai ³keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan. Jikalau sistem pendidikan dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya lembab. Organisasi seperti ini ditadbirkan secara formal. moral. kepercayaan.Pengenalan: Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat. undang-undang. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. pengetahuan dan tradisi. maka cita-cita negara. Budaya secara ringkasnya merujuk kepada cirri-ciri dan hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Sekolah seringkali diungkapkan sebagai sebuah institusi yang menyeluruh bagi segolongan manusia berkumpul dan bekerja bersama-sama untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu. Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil daripada pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat di sekeliling kita.Marimuthu (1990. kesenian. Ini kerana sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang wujud dengan adanya para guru dan pelajar. maka wujudlah suatu budaya yang tersendiri dan berkembang di sekolah. Menurut T. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara.96) budaya sekolah terdiri daripada ³« nilai-nilai. adat dan sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat´. kepercayaan. dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanya tinggal terukir di pejabat atau bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah sematamata. cara berfikir dan tingkah laku yang semuanya berbeza daripada institusi sosial yang lain´. Oleh sebab sekolah merupakan sebuah organisasi. sekolah mempunyai suatu budaya yang tersendiri yang sememangnya berbeza daripada budaya institusi yang lain seperti institusi penjara atau hospital sakit jiwa. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Ringkasnya . Di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita.

lencana. budaya sekolah ditentukan oleh matlamat institusi berkenaan. lumba jalan kaki.Budaya sekolah biasanya wujud melalui lima faktor: 2. 2.4 Faktor Keempat: Upacara dan keramaian yang diadakan di sekolah seperti perhimpunan sekolah . hari sukan tahunan. lagu negeri dan lagu sekolah memberi pelbagai makna atau simbol kepada pelajar. sosialisasi golongan muda. Sebahagian besar sekolah di negara kita mempunyai budaya akademik yang amat kuat di samping subbudaya yang lain seperti olahraga.2 Faktor kedua: Sekolah merupakan sebuah organisasi berdasarkan waktu . permainan dan persatuan.Guru dan pelajar berinteraksi dalam menyampai. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kewujudan Budaya Sekolah: Budaya sekolah selalunya kekal untuk satu tempoh yang tertentu. budaya sekolah sebahagian besarnya adalah hasil daripada interaksi diantara guru-guru dan pelajar-pelajarnya. warna sekolah dan sebagainya. Dalam erti kata lain. Faktor yang pertama ialah masalah disiplin di sekolah. upacara menaikkan bendera dan menyanyi lagu kebangsaan . Di negara kita . Oleh sebab itu pelajar yang datang lewat akan dikenakan tindakan disiplin atau didenda. Semua upacara dan perayaan ini mengembangkan budaya sekolah yang membawa kepada stabiliti sekolah sebagai sebuah sistem sosial . Upacara lain ialah seperti hari ucapan dan penyampaian hadiah. 2. Perkara lain yang telah menjadi simbol atau lambang budaya sekolah ialah seperti pakaian seragam sekolah. Pelajar yang lebih umur tidak dibenarkan mengulang kelas. 2. akan wujudlah subbudayanya yang berorientasikan akademik. Menurut Bantock (1973) pula budaya yang wujud di sekolah adalah akibat daripada dua faktor yang besar. Sekolah bermula dan tamat pada waktu yang telah ditetapkan . 2. . 2. pameran tahunan. menyumbang dan menimba ilmu pengetahuan.1 Faktor pertama: Faktor pertama yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah ialah sekolah sebagai sebuah institusi formal. Pelajar diasingkan mengikut umur dan sesetengahnya mengikut kebolehan dan keupayaan. Matlamat pendidikan ialah pemindahan budaya . pesta dan persembahan pentas. sukan. seseorang pelajar hanya dibenarkan mengulang sekali sahaja dalam tempoh sembilan tahun persekolahan. tali leher. Sekiranya sekolah hanya memberikan perhatian kepada pemindahan pengetahuan dan kemahiran dengan tujuan lulus dalam peperiksaan. Semenjak dahulu lagi .3 Faktor Ketiga: Sekolah juga merupakan institusi yang digred mengikut umur pelajar. sekolah mewujudkan objektif dan peringkat tingkah laku tertentu di kalangan pelajar mengikut rangkaian peraturan dan undang-undang. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut telah melahirkan suatu budaya sekolah.5 Faktor kelima: Dalam konteks yang lebih luas. menyerapkan pengetahuan dan kemahiran serta mengembangkan kebolehan pelajar.

3. Tiga aspek tersebut ialah Peralatan (Instrumental) Dari aspek ini manusia membuat pilihan terhadap teknik melakukan sesuatu. Faktor kedua yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah ialah peranan peperiksaan. Peperiksaan mendorong persaingan yang sihat di kalangan pelajar. tetapi terdapat beberapa buah sekolah di Britain dan Amerika Syarikat yang mengamalkannya. kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk lulus di dalam peperiksaan di samping menghasilkan pelajar dan warganegara yang baik dan sempurna.Peraturan sekolah adalah ketentuan atau garis panduan yang dikenakan oleh pihak sekolah untuk mewujudkan disiplin di kalangan pelajar. dan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Sekolah menghukum setiap kesalahan dan memberikan ganjaran seperti hadiah kepada yang betul atau baik. Mereka menimbulkan µbudaya pelajar¶ yang tidak sihat di sekolah . tetapi dalam proses bersaing dan berlumbalumba menimba ilmu . Mereka berlumba-lumba untuk mencapai kecemerlangan .pelajar yang nakal dan melanggar peraturan sekolah akan didenda manakala yang baik dan patuh kepada peraturan akan diberi ganjaran seperti puji-pujian dan sebagainya. Tidak terdapat sebarang sekolah di Malaysia yang menekankan budaya ekspresif ini. Maka timbullah satu bentuk budaya yang dikenali sebagai budaya informal di sekolah berkenaan. dan akhirnya mewujudkan suatu budaya sekolah yang formal . terdapat pelajar yang lemah. Mereka akan memberitahu apa yang harus dilakukan atu mesti dilakukan. . Dalam erti kata yang lain ialah. 3.Contoh aktiviti ialah seperti menari. Aspek Budaya Sekolah: Dahlke(1958) membezakan tiga aspek yang luas dalam budaya sekolah. Sejak 1956. Jenis Budaya Sekolah : Budaya sekolah di Malaysia bolehlah diklasifikasikan kepada tiga jenis. Aktiviti diadakan untuk mereka menghilangkan ketegangan . serta meluahkan tenaga tanpa sebarang kawalan daripada kakitangan sekolah. budaya ini mengutamakan matlamat masa hadapan para pelajar. 4. Peraturan (Regulative) Aspek ini merujuk kepada tindakan manusia dan penggunaan peralatan yang tertakluk kepada peraturan dan undang-undang.3 Budaya Moral: Tujuannya ialah untuk melahirkan pelajar bermoral yang berkemampuan membuat pertimbangan tentang beberapa tindakan atau tingkah laku yang betul atau salah. Maka wujudlah segolongan pelajar yang mempunyai nilai yang negatif. Pelajar mempunyai nilai dan persepsi yang positif. melukis. Ia adalah alat untuk memperoleh objektifnya. atau bermain muzik mengikut kecenderungan dan minat masing-masing. 3. Tiga jenis budaya yang menunjukkan corak kehidupan dalam budaya sekolah ialah : a) Budaya Instrumental b) Budaya Ekspresif c) Budaya Moral Tujuannya ialah pengumpulan pengetahuan.2 Budaya Ekspresif: Tujuannya ialah untuk memuaskan kehendak kreatif dan seni para pelajar .

persatuan. bahasa dan kesusasteraan. pembuangan murid daripada sekolah. Masalah remaja bolehlah dikategorikan ke dalam tiga golongan . interpretasi mereka tentang hidup. potongan rambut. Pendapat Brembeck ini disokong oleh Ivan Reid (1978:50) yang mengatakan. Brembeck(1966:247) menghubungkaitkan budaya formal yang wujud di sekolah dengan perlakuan pelajar yang positif. Nilai tersebut ialah seperti kepercayaan terhadap negara . Pada keseluruhannya mereka ini lemah dalam bidang akademik. 5. ataupun bersaing dalam sesebuah kelab.. lawatan sekolah. dan matlamat yang mereka kerjakan. Kesan Budaya Sekolah: Budaya sekolah yang terlalu menekankan pencapaian akademik telah menimbulkan beberapa masalah di kalangan remaja. Budaya Sekolah Yang Formal dan Informal: Dalam membicarakan tentang budaya sekolah. iaitu budaya formal dan budaya informal. kepercayaan dan perhubungan antara manusia yang sopan dan hormat (1966:247) Walaupun sekolah mewujudkan nilai yang bertentangan . sehinggakan anak-anak digolongkan kepada dua kategori yang luas. sama ada mereka bertanding dalam sukan. meminati lagulagu pop dan rock. iaitu akademik dan bukan akademik. ponteng sekolah. iaitu kumpulan-kumpulan sebaya yang suka melepak. atau kerja amal. The objective of the formal culture of school is to produce seccessful (achieving)..culture may be defined as learned and shared behaviour. Waller(1932). Mereka selalu menimbulkan masalah disiplin di sekolah seperti merokok. larangan merokok. 6. mereka sering digelarsebagai pengacau ataupun µsamseng¶ di negara kita. Ivan Reid juga bersetuju bahawa budaya formal sekolah akan dapat menghasilkan pelajar yang berjaya serta berkelakuan baik.Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai peraturan yang perlu dilaksanakan di sekolah yang meliputi peraturan pakaian seragam. Mereka dikatakan mempunyai budaya sendiri yang dikenali sebagai pupil culture( Waller. para individu memperoleh nilai-nilai semerta. 1932) atau sebagai youth culture (Parsons. Dalam perkataan lain . Sebaliknya . ponteng sekolah dan sebagainya. Golongan pelajar ini seringkali mempunyai klik sendiri. penyalahgunaan dadah. permainan. peraturan tatatertib sekolah dan peraturan am. Guru akan sentiasa berusaha ke arah mencapai matlamat tersebut. 1942). Oleh sebab itulah. Sebenarnya seluruh budaya sekolah dikuasai oleh nilai domain sekolah. Maksudnya ialah mereka lebih cenderung dalam bidang yang bukan akademik seperti sukan. menurut Ivan Reid (1978:45) budaya sekolah yang tidak formal akan menghasilkan pelajar yang berbakat lain daripada academic ability. iaitu . Sekolah dipercayai akan dapat menyampaikan nilai budaya sesuatu masyarakat kepada pelajarnya . muzik dan seni. misalnya pelajar boleh diajar dan dilatih bekerjasama. atau bergaduh. namun Brembeck percaya nilai yang baik dan positif boleh disemai dan dipupuk. tradisi. well-behaved pupils. Brembeck (1966). iaitu mereka akan menyerlah dalam fighting/sporting ability.. Ivan Reid (1978). Daripada aspek arahan. dan beberapa orang ahli sosiologi yang lain telah mengenal pasti dua bentuk budaya yang dominan di sekolah. Arahan (Directive). Sugarman (1967). Budaya sekolah seperti ini telah digunakan untuk melahirkan pelajar yang berjaya dan bertingkah laku mulia. sejarah. yang berorientasikan akademik. Common sense tells us that schools and teachers spend most of their time attempting to get pupils to behave in fairly closely prescribed ways (the ideal pupil role) in order to achieve.

autoriti. budaya kerja. ciri-ciri yang saya anggap tergolong di bawah budaya sekolah ialah budaya ilmu. b) Pelanggaran peraturan tatatertib (perosak akhlak dan pengacau). Untuk meninggikan taraf dan mutu usaha akademik. budaya insan yang kamil seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.iaitu.1 Definisi Modenisasi Modenisasi merupakan satu proses transformasi ekonomi dan sosial dalam masyarakat sebagai kesan daripada bermulanya perindustrian. 1. budaya kepimpinan. Modenisasi boleh juga diterima sebagai keadaan di mana masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap. Apabila membahagikan jurusan mengikut kebolehan pelajar (dinilai daripada ujian kelas) di peringkat sekolah rendah. hubungan dan . Inilah salah satu daripada sebab mengapa sekumpulan murid masih belum dapat mengikuti pelajarannya setelah enam tahun bersekolah. Seluruh struktur dan organisasi sekolah dibentuk ke arah membantu pelajar agar lulus dalam peperiksaan dengan kelulusan yang baik. Kesimpulan: Secara simplistik. pelajar daripada keluarga yang berada yang telah menghadiri pelajaran prasekolah akan diasingkan dan mereka akan terus memperoleh kejayaan yang membanggakan. Budaya sekolah yang formal yang terlalu berorientasikan akademik. a) Aktiviti akademik (pencapaian yang tinggi dan murid yang lembap). Guru yang paling berpengalaman ditempatkan dalam jurusan yang pelajarnya berkebolehan lebih tinggi. Akibatnya . c) Masalah emosi ( takut dan menarik diri).3. 7. budaya komunikasi dan seterusnya budaya bilik darjah. yang mana dapat membantu merealisasikan segala yang tersurat dan yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. manakala mereka yang daripada keluarga miskin akan menjadi semakin lemahtahun demi tahun.Budaya sekolah yang sihat itu ialah ciri-ciri budaya dan sub-budaya yang dapat menyumbangkan kepada perwujudan dan pertumbuhan sekolah sebagai institusi pendidkan dengan erti kata yang sebenarnya. pelajar dibahagikan ke dalam jurusan mengikut kebolehan. Ramai pelajar yang berasal daripada keluarga yang taraf sosioekonominya rendah tidak berupaya memenuhi permintaan yang tinggi daripada budaya akademik ini.3 Menganalisis Isu Berdasarkan Tiga Konsep Sosiologi 1. pelajar yang lemah diabaikan.

2 Modenisasi Salah satu alasan utama yang menjurus kepada masalah jenayah di kalangan remaja adalah disebabkan oleh proses modenisasi. Keadaan ini akan menjadi semakin teruk jika masalah ini tidak ditangani. Dengan ini. Seorang murid warganegara Malaysia adalah dikehendaki menerapkan nilai-nilai material dan bukan material ala Malaysia. Sekolah itu sendiri lahir daripada keperluan masyarakat. Masyarakat moden lebih senang menerima pembaharuan dan memandang kepada masa depan. Di rumah. maka berlakulah penyelewengan budaya.nilai-nilai lama kepada yang dikatakan baru.3. Subbudaya yang biasa menonjol merupakan penyelewengan-penyelewengan kumpulan yang terkeluar daripada budaya komuniti sekolah dan masyarakat. Kosterman (1996) . Terdapat beberapa adat resam tradisional yang sudah tidak diamalkan lagi dalam masyarakat moden. Sekiranya beliau mengengkari nialai-nilai berkenaan. Dapatan yang dinyatakan ini bertepatan dengan hujah-hujah dan dapatan kajian Athur & Ericson (1992). Ini disebut subbudaya. jiran atau orang sekampung sebagai kelompok rujukan. gaji tinggi dan barangbarang materialistik. masyarakat yang inginkan kemewahan menjadi semakin individualistik dan materialistik.3. Jika dibanding dengan masyarakat tradisional. masyarakat industri moden mempunyai cita-cita tinggi. semakin meningkat menyebabkan pelajar berasa terbiar dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar rumah. 1. 1. Kumpulan-kumpulan ini mungkin tidak melihat sekolah sebagai sesuatu yang penting ataupun mereka bosan bersekolah. Masyarakat moden tidak lagi menerima suratan takdir. terdapat juga amalan-amalan budaya yang berbeza di kalangan kumpulan-kumpulan di sekolah yang biasanya berlaku secara tidak formal.4 Budaya Sekolah Budaya sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. kekeluargaan dan penerimaan (acceptance) tidak wujud bagi sebilangan pelajar.3 Kelas Sosial Terdapat banyak kajian tentang hubungan di antara latar belakang keluarga yang tidak stabil dengan kerosakan akhlak di kalangan anak-anak muda. Keadaan ini telah menyebabkan remaja kini terbiar dan tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa yang sibuk dengan kerja masing-masing. Masyarakat moden tidak lagi menganggap saudara-mara mereka. yang jelas menunjukkan faktor keluarga merupakan alasan utama menyebabkan masalah disiplin. Dalam dunia yang serba moden ini. remaja akan membantah dengan cara tersendiri untuk mendapatkan perhatian. 1. Selain itu. Walau bagaimana pun. Mereka mempercayai bahawa usaha mereka boleh membawa kebaikan. Sekarang kurikulum pendidikan Malaysia mengutamakan penerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran yang tentunya bertujuan membina budaya masyarakat. Mereka mempunyai hubungan yang luas ± diluar batasan sosial dan fizikal. Pendidikan nilai amat diutamakan. Ini akan menjadi satu penggalak kepada masalah jenayah. Pelajar-pelajar yang datang dari keluarga bermasalah dengan taraf sosio ekonomi yang rendah adalah antara faktor utama pelajar terjebak dalam kancah masalah disiplin atau lebih teruk lagi iaitu jenayah. Mereka mahukan prestij. Antara .3. Gaya hidup tradisi telah berubah sebagai gaya hidup moden.

1. Bak kata pepatah ³mencegah adalah lebih baik daripada mengubati´. Masalah-masalah ini perlu ditangani sebelum remaja-remaja ini melakukan sesuatu yang tidak diingini iaitu jenayah. subbudaya lepak. Sebagai penjaga kepada anak-anak. marilah kita dengan penuh sedar dan keinsafan bergabung fikiran. ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anaknya.4 Cadangan dan Kesimpulan Sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. rakyat dan negara yang tercinta. Akhir sekali. tenaga. Ibu bapa patut bersikap terbuka dan membincangkan isu ini dengan anak-anak mereka. Masyarakat pula patut mengambil langkah untuk mengubah budaya yang menganggap seks sebagai suatu topik larangan. Mata pelajaran seks juga perlu dimasukkan dalam sistem pendidikan kita dan guru perlu diajar bagaimana untuk mengajar tajuk ini daripada membiarkan mereka mengajar tanpa latihan sebenar. Terdapat banyak faktor yang perlu ditimbang sebelum kita boleh menuding jari siapa penyumbang utama isu ini. bertindak mencari jalan penyelesaian walaupun usaha yang dilaksanakan nanti belum pasti dapat menghapuskan permasalahan ini tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membendung daripada terus merebak memusnahkan anak bangsa. . Maka. adalah wajar bagi masyarakat dan pihak berkuasa untuk mencari punca bagi masalah jenayah ini. subbudaya botak dan subbudaya black metal.contoh-contoh subbudaya di kalangan kumpulan-kumpulan murid adalah seperti subbudaya ponteng. kepakaran dan pengalaman. Kelahiran subbudaya ada kaitan dengan faktor hubungan murid dengan rakan-rakan dan komuniti di luar sekolah seperti kehidupan kampung atau rumah pangsa.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->