SULIT 942/2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SETARA STPM 2010 GEOGRAFI KERTAS 2 ALAM SEKITAR MANUSIA 3 JAM

Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab empat soalan. Markah kepujian akan diberikan kepada anda sekiranya anda menggunakan peta lakar dan gambar rajah yang sesuai. Markah kepujian akan diberikan juga untuk contoh yang khusus dan teliti yang dikaji Melalui kajian luar dan kajian tempatan yang dibuat sendiri. Semua penghitungan hendaklah diserahkan bersama dengan jawapan anda. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ] Nota: kerta graf akan dibekalkan jika diminta.

Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak *Kertas soalan ini sulit sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

SULIT 1. Jadual 1 menunjukkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia pada tahun 1997. Jadual 1 : Struktur umur dan jantina penduduk Malaysia, 1997
Kumpulan umur 0-9 10-19 20-29 30-39 40-49 50-69 60-69 70 dan lebih Lelaki (µ000) 2612 2357 2017 1653 1168 684 386 206 Perempuan (¶000) 2455 2225 1876 1584 1111 656 414 261

a) Berdasarkan Jadual 1, lukiskan rajah yang sesuai untuk menggambarkan struktur umur dan jantina penduduk Malaysia bagi tahun 1997. [10m] b) Berdasarkan rajah yang telah anda lukis pada soalan (a), i) jelaskan ciri-ciri utama penduduk Malaysia pada tahun 1997. [8m] ii) huraikan kesan-kesan ciri kependudukan tersebut terhadap keadaan sosial dan ekonomi di Malaysia. [7m]

2.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertumbuhan penduduk. [5m] b) Penduduk Malaysia akan bertambah daripada 23,490,000 orang pada tahun 2000 kepada 28,960,000 orang pada tahun 2010. Berdasarkan pernyataan ini; i) kira kadar pertumbuhan tahunan penduduk Malaysia antara tahun 2000 hingga tahun 2010. [4m] ii) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pertambahan penduduk Malaysia. [8m] iii) Jelaskan kesan pertambahan penduduk terhadap sumber di negara Malaysia. [8m]

3.

a) Dengan merujuk kepada sebuah negara di Asia Tenggara, i) Nyatakan empat jenis sumber hutan yang ada di negara berkenaan. [5m] ii) Jelaskan mengapa hutan masih dianggap sebagai sumber ekonomi yang penting bagi negara berkenaan. [10m]

iii) Huraikan kesan aktiviti pembalakan terhadap alam sekitar fizikal di negara tersebut. [10m] ATAU b) Pilih sebuah negara di Asia Tenggara, i) Huraikan kelebihan yang terdapat di negara tersebut yang memberi sumbangan terhadap perkembangan sektor industri pembuatan. [9m] ii) Jelaskan mengapa wujud penumpuan industri pembuatan di kawasankawasan tertentu di negara tersebut. [8m] iii) Nyatakan kesan yang dialami oleh penduduk di kawasan yang menjadi tumpuan industri pembuatan itu. [8m]

4. Jadual 2 menunjukkan jumlah pelancong dari negara ASEAN yang datang ke Malaysia pada tahun 2000. Jadual 2: Jumlah Pelancong dari Negara ASEAN yang datang ke Malaysia pada tahun 2000
Negara Bilangan Pelancong

Brunei Indonesia Filipina Singapura Thailand Vietnam

1 700 12 600 7 000 72 200 19 000 900

a) Berdasarkan jadual 2 di atas, lukiskan peta aliran pada peta yang disediakan untuk menunjukkan jumlah pelancong dari negara ASEAN yang datang ke Malaysia pada tahun 2000. [10m] b) Huraikan faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan industri pelancongan di negara Malaysia. [8m] c) Huraikan kesan pembangunan industri pelancongan terhadap penduduk di kawasan sekitarnya. [7m]

5.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan bandaraya global. [5m] b) Berdasarkan kepada mana-mana sebuah bandaraya global, jelaskan masalahmasalah yang dihadapi oleh penduduk bandaraya tersebut. [10 m] c) Jelaskan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah-masalah berkenaan. [10m]

6.

a) Apakah yang anda faham dengan ³Segi Tiga Pertumbuhan´? [5m] b) Pilih satu pakatan segitiga pertumbuhan yang terdapat di ASEAN dan huraikan kelebihan bandingan setiap wilayah yang terlibat dalam pakatan tersebut. [10m] c) Berdasarkan pakatan segi tiga pertumbuhan yang anda pilih pada soalan (b) huraikan aktiviti yang dijalankan secara kerjasama di wilayah-wilayah tersebut? [10m]

7.

a) Terangkan bagaimana kegiatan ekonomi boleh menyebabkan berlakunya pemanasan global. [8 m] b) Jelaskan kesan-kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia. [10m] c) Huraikan langkah-langkah bagi mengurangkan masalah yang berpunca daripada pemanasan global. [7m]

8.

Berdasarkan kajian lapangan yang telah anda jalankan di suatu kawasan pertanian, a) nyatakan nama kawasan dan kaedah kajian lapangan itu, [5m] b) bincangkan peranan aktiviti pertanian dalam kegiatan ekonomi kawasan tersebut [10m] c) huraikan langkah-langkah yang dijalankan oleh penduduk setempat untuk memelihara persekitaran fizikal kawasan tersebut. [10m]

SOALAN TAMAT

Skema Geografi 942/2 STPM : Percubaan Setara Daerah Hulu Langat 2010

1.

a)

Tajuk ± 1 Paksi ± 1 Skala ± 1 Petunjuk ± 1 Plotan ± 5 Kekemasan ± 1

[ 10m ]

b)

i) ciri utama penduduk Malaysia pada tahun 1997 b1 - tapak yang lebar:- kelahiran yg tinggi, kematian merosot krn taraf kesihatan makin baik b2 - Puncak semakin sempit:- jangka hayat masih rendah, umur tua sedikit berbanding umur yg lain krn penyakit berbahaya masih belum di kawal. b3 - Komposisi umur:- golongan muda ramai berbanding dewasa dan tua, tangunggan besar. b4 ± Ciri jantina:- lelaki lebih ramai drp wanita kecuali pada kumpulan umur 60-69 tahun dan 70 tahun ke atas; menunjukkan warga tua perempuan lebih ramai.

ii) kesan-kesan ciri kependudukan terhadap keadaan sosial dan ekonomi Malaysia b1 ± Eset sbg tenaga buruh untuk pembangunan sektor-sektor ekonomi b2 ± pasaran luas:- permintaan tinggi akan meningkatkan pengeluaran b3 ± perlu menambah peluang pekerjaan b4 ± pertambahan perbelanjaan kerajaan terutama dlm bidang pendidikan, kesihatan dan rekreasi b5 ± keperluan untuk kebajikan warga tua makin meningkat

2. a) kadar pertumbuhan penduduk : Satu angka yg menunjukan satu arah pertambahan penduduk sama ada pesat, sederhana, statik atau berkurangan. Angka ini diukur dalam unit peratus atau per seribu orang. Formula kiraan ialah: Pertumbuhan penduduk = kadar kelahiran ± kadar kematian + migrasi bersih [ 5 m ]

b) i) Formula kadar pertumbuhan penduduk r = 1/n In(pt/po) x 100 r = 1/10 In (28,960,000/23,490,00) x 100 r = 1/10 In 0.2093 x 100 r = 0.1 x 0.02093 x 100 r = 2.093 atau 2.1 Kadar pertumbuhan tahunan penduduk Malaysia 2000 hingga 2010 ialah 2.1% [ 4 m ] ii) faktor-faktor yang mempengaruhi pertambahan penduduk:b1 ± kadar kelahiran masih tinggi berbanding kadar kematian b2 ± kadar kelahiran tinggi krn penduduk umur muda masih ramai b3 ± dasar kerajaan untuk meningkatkan bilangan penduduk b4 ± banyak kemudahan kesihatan b5 ± migrasi dari luar negara agak besar (4x2=8m)

iii) kesan pertumbuhan penduduk yang pesat b1 ± Tekanan terhadap sumber b2 ± kepupusan atau kehabisan sumber b3 ± pencemaran sumber tertentu b4 ± kekurangan makanan b5 ± sumber dpt dimajukan untuk pembangunan negara

( 4 x 2 = 8m )

3

a)

4 jenis hasil sumber hutan di Malaysia

a1- Sumber kayu balak ± cengal, meranti, kapur dll a2- Sumber rotan/buluh- untuk industri perabot a3 - Akar, daun, bunga untuk industri ubatan herba/minyak wangi a4 - Daun/pucuk/buah:- (salak, petai, kelubi) - bahan makanan a5 - Hutan lipur/sumber rekreasi a6 - Sumber haiwan:- gajah, rusa ± daging, kulit b) sebab hutan masih dianggap penting b1 ± sumber aktiviti ekonomi tradisional masyarakat orang asli:- pertanian pindah, berburu, mengumpul hasil hutan b2 ± pendapatan negara:- eksport kayu balak b3 ± peluang pekerjaan penduduk - pendapatan b4 - memajukan industri berkaitan:- industri perabut, herba b5 ± memajukan industri ekopelancongan:- hutan lipur

b6 ± sumber penyelidikan dan pembangunan ± bioteknologi perubatan herba b7 ± kawasan tadahan ± membekalkan air bersih ( 5 x 2 = 10 m) c) Kesan aktiviti pembalakan terhadap alam sekitar fizikal negara tersebut c1 ± pembalakan mendedahkan permukaan tanah, menyebabkan hakisan/tanah runtuh c2 ± sungai tercemar dgn bahan hakisan, air sungai keruh, menjejaskan hidupan akuatik c3 ± penebangan pokok menyebabkan kepupusan kepelbagaian biologi c4 ± pemanasan setempat/perubahan iklim mikro c5 ± pembalakan mendedahkan kawasan hutan, simpanan air tersejat ± menjejaskan kawasan tadahan air. c6 ± mempengaruhi keseimbangan gas dalam udara, fungsi tumbuhan sbg pembekal oksigen juga berkurang. c7 ± menjejaskan ekosistem hutan ± kehilangan spesies tumbuhan dan haiwan, rantaian makanan hutan terjejas ( 5 x 2 = 10 m )

atau 3. b) i - Negara yang dipilih Malaysia (1 m ) b1 ± politik yg stabil b2 ± galakan kerajaan b3 ± penawaran tenaga buruh b4 ± pasaran dalam negara b5 ± bahan mentah b6 ± kelebihan sumber alam

(4x2=8m)

ii ± Sebab-sebab industri pembuatan tertumpu di kawasan tertentu di Malaysia b1 ± dasar kerajaan ± sediakan kawasan/tapak khas (FTZ) b2 ± kws tersebut sudah sedia maju dgn industri. Industri yg berkaitan akan terus bertumpu untuk menikmati faedah perkongsian bersama. b3 ± kws berkenaan mempunyai jumlah penduduk yg ramai- menawarkan tenaga buruh yg murah dan pasaran yg luas. b4 ± kws/wilayah berkenaan sudah sedia maju dgn kemudahan perkhidmatan (4x2=8m) iii ± kesan yg dialami oleh penduduk di kws industri pembuatan meliputi; b1 ± gangguan kesihatan kpd penduduk akibat fenomena pencemaran udara, jerebu, pencemaran air, pencemaran bunyi dan hujan asid. b2 ± kesesakan lalulintas b3 ± peningkatan pendapatan dan taraf hidup penduduk

b4 ± penduduk boleh menikmati pelbagai kemudahan pembandaran kerana kws tumpuan industri biasanya mempercepatkan proses urbanisasi (4x2=8 m)

4. a)

Tajuk ± 1 Skala ± 1 Petunjuk ± 1 Plot ± 6 Kekemasan ± 1

[ 10m ]

b) Faktor-faktor yang menggalakkan industri pelancongan b1 - kewujudan pantai, pulau dan rupa bumi fizikal yang menarik b2 ± tanah tinggi dgn suhu yang nyaman b3 ± tarikan hutan lipur dgn kepelbagaian flora dan fauna b4 ± cuaca dan iklim yg panas; menarik pelancong dari negara 4 musim ketika negara mereka mengalami musim dingin. b5 ± governan; promosi dan wujudkan kws bebas cukai b6 ± kemudahan frasarana seperti pengangkutan, penginapan dan rekreasi b7 ± sejarah dan sosio budaya yg pelbagai dan unik b8 ± negara yg aman dan selamat untuk dikunjungi (4x2=8m) c) kesan industri pelancongan terhadap penduduk kawasan sekitar c1 ± perubahan struktur ekonomi penduduk (drp ekonomi tradisional kepada ekonomi moden) c2 ± peluang pekerjaan, kurangkan pengangguran, tingkatkan taraf hidup c3 ± pencemaran budaya c4 ± penularan wabak penyakit (3x2+1=7)

5.

a) Sebuah bandar raya itu dikatakan sebagai bandar raya global jika kemajuan dan perkembangannya menjadi sebagai lokasi persidangan, forum, pusat eskpo, perniagaan dan perdagangan dan lokasi pertandingan bertaraf dunia. b) Contoh bandaraya global b1 ± New York, London, Geneva, Tokyo, Paris, Rome b2 ± penduduk terlalu padat ± kekurangan perumahan dan kemudahan asas. b3 ± pencemaran udara; kenderaan, perkilangan dan pelupusan sampah terabai b4 ± pencemaran air; perkilangan dan petempatan b5 ± pencemaran bunyi; kenderaan, perkilangan ± bunyi bising dan menganggu ketenteraman hidup b6 ± suhu bandar tinggi; haba dr kilang, bangunan yang guna penghawa dingin, jalanraya berturap, kenderaan dan metabolisme manusia. b7 ± tumpuan penduduk padat; kekurangan kws hijau untuk rekreasi dan fungsi menyederhanakan suhu

b8 ± penduduk padat; masalah sosial - jenayah b9 ± kesesakan lalulintas c) langkah-langkah untuk kurangkan masalah di banda raya global

( 5 x 2 = 10 m )

c1 ± perumahan ± rumah kos rendah/rumah pangsa c2 ± pencemaran udara ± tenaga mesra alam, penapis asap ( kilang dan kenderaan ) c3 ± pencemaran air ± merawat sisa kumbahan, kitar semula c4 ± kesesakan- guna kenderaan awam c5 ± memperbanyakkan tumbuhan hijau di bandar c6 ± bangunkan zon pinggir bandar c7 ± lain-lain yang berkaitan ( 5 x 2 = 10 m )

6.

a)

Maksud ³ Segi Tiga Pertumbuhan´

Merujuk kpd kws kerjasama ekonomi yg lebih kecil di dalam wilayah ASEAN yang melibatkan 3 atau 4 negara berjiran, secara saling membantu dan melengkapi antara satu sama lain. Keuntungan akan dikongsi bersama. (5m ) b) Kelebihan bandingan setiap wilayah dalam pakatan

b1 ± potensi sumber alam setiap wilayah b2 ± kelebihan teknologi dlm bidang-bidang tertentu b3 ± kelebihan pasaran yg luas b4 ± kelebihan modal b5 ± kelebihan buruh b6 ± kelebihan prasarana c) Cadangan kawasan : IMS-GT Aktiviti yg dijalankan Projek pertanian perladangan getah & kelapa sawit di Riau Pelancongan di pantai Riau dan Sulawesi Pengangkutan: link kedua antara Singapura-Johor Perindustrian pemprosesan hasil pertanian Pembangunan bandar Perdagangan dan perkhidmatan

( 5 x 2 = 10 m )

-

( 5 x 2 = 10 m )

7.

a)

Kegiatan ekonomi yang menyebabkan pemanasan global

a1 ± perindustrian a2 ± pengangkutan a3 ± penyahutanan a4 ± pembakaran terbuka a5 ± ujian nuklear

(4x2=8m)

b)

Kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia Kesan kepada alam sekitar fizikal b1 ± mempercepatkan fenomena penggurunan b2 ± pencairan litupan ais benua dan ais pergunungan b3 ± kajadian El ± Nino b4 - jerebu b5 ± pulau haba bandar b6 ± gangguan kitar hidrologi/kemarau b7 ± gangguan ekosistem Kesan kepada alam sekitar manusia b8 ± gangguan kesihatan b9 ± gangguan bekalan air b10 ± menjejaskan aktiviti pertanian b11 ± risiko kebakaran

( 5 x 2 = 10 m )

c)

langkah-langkah mengurangkan masalah berpunca daripada pemanasan global c1 ± kerjasama antarabangsa c2 ± mengawal aktiviti penyahutanan c3 ± menggunakan tenaga mesra alam c4 ± mengelakkan pembakaran terbuka c5 ± kempen kesedaran

( 3 x 2 + 1 = 7m )

8.

a)

Berdasarkan kajian lapangan yang telah anda jalankan di suatu kawasan pertanian; a) a1 - Nama kws kajian (nyataka) ......... ( 2m ) a2 ± Kaedah kajian melibatkan:y Pemerhatian + huraian ( 1 m ) y Temubual + huraian (1 m) y Kaji selidik responden + huraian ( 1m )

b)

Bincangkan peranan aktiviti pertanian dalam kegiatan ekonomi kws tersebut b1 ± menyumbang bahan makanan penduduk b2 ± peluang pekerjaan penduduk/tingkatkan taraf hidup b3 ± membekalkan bahan mentah industri b4 ± memajukan ekonomi setempat b5 ± kemasukan pelabur b6 ± meningkatkan R&D b7 ± meningkatkan kemajuan infrastruktur b8 ± lain-lain yang berkaitan ( 5 x 2 = 10 m )

c)

Huraikan langkah-langkah yang dijalankan oleh penduduk setempat untuk memulihara persekitaran fizikal kws tersebut. c1 ± mematuhi undang-undang alam sekitar c2 ± pertanian berteres; mengelakkan hakisan cerun c3 ± pendidikan alam sekitar/kempen c4 ± menanam tanaman tutup bumi c5 ± penggunaan baja organik c6 ± kawalan biologi; burung hantu, itik nila, ikan keli