P. 1
NOTA Konserto Terakhir

NOTA Konserto Terakhir

|Views: 17,014|Likes:
Published by Sniper Grenade
NOTA LENGKAP KONSERTO TERAKHIR
DENGAN SIPNOSIS, TEMA, PERSOALAN, WATAK & PERWATAKAN, LATAR, PLOT, TEKNIK PLOT, GAYA BAHASA, NILAI, PENGAJARAN, PERBANDINGAN KONSERTO TERAKHIR dgn BUKIT KEPONG, 16 CONTOH SOALAN
NOTA LENGKAP KONSERTO TERAKHIR
DENGAN SIPNOSIS, TEMA, PERSOALAN, WATAK & PERWATAKAN, LATAR, PLOT, TEKNIK PLOT, GAYA BAHASA, NILAI, PENGAJARAN, PERBANDINGAN KONSERTO TERAKHIR dgn BUKIT KEPONG, 16 CONTOH SOALAN

More info:

Published by: Sniper Grenade on Oct 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2015

pdf

original

NOTA LENGKAP KONSERTO TERAKHIR

SIPNOSIS
Sinopsis Bab 1 Keluarga Hayati tidak ada mood ( keinginan ) untuk belajar piano pada hari itu kerana sering membuat kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati dengan guru pianonya. Tiba-tiba muncul Hilmi di saat-saat getir tersebut. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati iaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri Hilmi yang serba canggung. Dia tidak pernah mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai saudara di kampung. Datin Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementara menunggu kepulangan Datuk Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu. Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun, kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, perasaannya cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin. Sinopsis Bab 2 Kuli Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan yang besar di pekarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernah menjadi penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. Nathan bertanyakan tentang tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat. Dalam pada itu, Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusaha mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya. Sinopsis Bab 3 Piano Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkannya oleh kumbang. Dia telah melepaskan geramnya dengan memijak-mijak kumbang-kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya Hayati faham kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan tanamannya. Kadangkala Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang dan ulat. Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Pada hari-bari tersebut Hilmi akan mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang, dan dia menunggu kedua-dua hari itu dengan penuh harapan kerana dia dapat mendengar lagu-lagu merdu yang keluar dari hujung-hujung jari Hayati yang diletakkan di atas pianonya. Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang. Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukang kebun tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang yang datang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti terung, kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin Salmah. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke rumahnya, mereka pulang dengan membawa buah tangan. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada kawan-kawannya. Sinopsis Bab 4 Hukuman Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati menerimanya kerana dapat datang berhampiran dengan piano. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah, manakala Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar ke rumah seorang kenalannya. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut dimarahi oleh Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmah memanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah menyuruhnya mengambil bunga yang dibawa dari rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana Mak Minah tidak memberitahu mak ciknya tentang perlakuannya tadi. Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia meletakkan jari-jarinya pada mata-mata piano dan membuat "intro"-nya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan nada fa nadanya begitu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan kegemparan kecil. Datin Salmah mula mencari siapa yang mengganggu piano itu. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf daripadanya. Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan. Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi

Page 1 Sniper_Grenade 2010

diminta untuk menjaga rumah tersebut sepanjang peninggalan mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilangan terhadap Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh Hayati. Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya bertemankan bunga-bunga dan tanamannya sahaja. Sinopsis Bab 5 Penunggu Hilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar negeri. Dia memuatkan barang-barang yang mahu dibawa ke dalam motokar. Datuk Johari berpesan supaya menjaga rumah dengan baik. Datin Salmah pula tidak bercakap sepatah pun dengannya. Dia sibuk bercakap dengan orang lain. Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr. Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung. Hilmi sibuk mengemaskan rumah Datuk Johari. Hidupnya terasa bebas. Dia menjadi tuan rumah dan dia juga menjadi raja. Setelah selesai mengemas, Hilmi masuk ke bilik mak ciknya. Dia amat terkejut kerana bilik itu seperti sebuah syurga. Dari bilik mak ciknya, dia pergi pula ke bilik Hayati. Seolah-olah perasaannya amat dekat dengan Hayati. Dia amat merindui Hayati. Hilmi masuk pula ke bilik tamu. Di ruangan tamu, matanya tertumpu pada piano. Keinginannya untuk bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta di dalam dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia menuju ke biliknya. Tiba-tiba Hilmi teringat kucing Siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalam rumah mencari kucing itu. Dia membawa kucing itu ke dapur dan diberi makan ikan. Dalam pada itu, Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari kampung dan membawa bersama isterinya Esah. Esah telah diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi makan bersama-samanya. Esah juga telah bekerja sebagai tukang masak di rumah D. Nathan. Hilmi berasa kecewa. Dia mengharapkan bila Mamat balik dari Kelantan dia mahu mengajak Mamat tidur bersama-sama menemaninya. Mamat telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi amat gembira mendengar kata-kata Encik Bakar kerana pada sangkaannya Encik Bakar akan mengenakan bayaran kepadanya. Justeru, Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia pergi ke rumah Encik Bakar, dia akan meninggalkan rumah pak ciknya. Dia berasa bersalah kerana telah melanggar janji-janjinya pada pak ciknya. Walau bagaimanapun kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik, Hilmi terpaksa melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnya tentang not-not muzik. Sinopsis Bab 6 - Muzik Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Sebaik sahaja pulang dari rumah Encik Bakar, Hilmi menjalankan tugas biasanya seperti menyiram pokok-pokok bunga. Hilmi juga mendapat sokongan dan galakan yang kuat daripada Mamat dan isterinya. Setelah kembali dari bilik Mamat kerana berbual-bual dengan mereka, Hilmi balik ke rumah. Hilmi terus ke sudut di mana terletaknya piano dan memainkannya. Tanpa disedari Datuk Johari dan keluarganya telah kembali dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah terpegun. Datuk Johari tegak tidak bergerak. Akhirnya dia menyedari seperti diperhatikan. Lantas terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pak ciknya sekeluarga. Hilmi bergegas membawa masuk beg-beg yang banyak dan terus kembali ke dalam biliknya. Hilmi dikejutkan dengan kedatangan Hayati yang membawa oleh-oleh untuknya yang berupa sebuah patung wanita dengan pakaian gaun kembang zaman kuno. Patung itu juga boleh mengeluarkan bunyi lagu Blue Danube . Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah. Lebih-lebih lagi apabila Hayati membeli oleh-oleh kepada Hilmi. Sedangkan selama perjalanan mengelilingi England itu, tidak pernah sekalipun disebutnya nama Hilmi. Hayati Cuma menyebut nama Mohsin sahaja. Naluri keperempuanan Datin Salmah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Hayati.

Sinopsis Bab 7 Oleh-oleh Mohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal kerana dia tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Ketika Datin pergi memanggil Hayati dia terlihat Hayati sedang berdiri amat dekat dengan Hilmi memerhatikan sesuatu di pokok ros. Hayati tidak menghiraukan panggilan ibunya kerana asyik bercerita kepada Hilmi tentang perjalanan mereka di England, tentang konsert muzik yang disaksikannya di Vienna, tentang pemandangan yang indah di kebun tulip di negara Belanda. Hayati juga senang mendengar cerita Hilmi tentang bunga-bunganya. Apabila diberitahu tentang kedatangan Mohsin, Hayati tidak berminat untuk mengetahuinya. Hayati hanya mencecah dengan hujung jarinya sahaja apabila Mohsin menghulurkan tangannya. Hayati telah menghadiahkan neck tie ( tali leher ). Mohsin juga terasa ada sesuatu yang aneh pada gerak-geri Hayati tetapi dia tidak berapa pasti. Hayati selalunya gembira menyambut kedatangannya tetapi tidak sekarang ini. Sebaik sahaja Mohsin keluar dari rumah itu, Hayati terus masuk berkurung di dalam biliknya. Datin Salmah semakin gelisah dan hatinya mulai percaya bahawa perubahan perangai anaknya itu mesti ada sangkut paut dengan dukun. Mesti ada anasir-anasir jahat memainkan peranannya. Suaminya tidak mudah percaya dengan cerita karut serupa itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak penakannya sendiri. Datin Salmah memanggil Hayati untuk mendapat penjelasan daripadanya tetapi anaknya itu telah menjawab dengan kasar menyebabkan Datin Salmah memberi amaran dan Hayati tidak dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi. Datin Salmah juga sudah nekad untuk mencari jalan supaya Hilmi keluar dari rumahnya. Dalam pada itu, Mak Minah datang pada petang itu dari kampung setelah Datin Salmah menelefon kepadanya melalui Balai Polis Lenggeng. Dia membawa oleh-oleh dari kampung yang Hayati gemari. Hayati pula menghadiahkan Mak Minah jam tangan kecil buatan Swiss. Mak Minah amat gugup mendapat jam baru. Dia teringat setiap kali Hayati pulang dari tempat-tempat yang jauh setiap kali itu pula ada oleh-oleh untuknya.

Page 2 Sniper_Grenade 2010

Sinopsis Bab 8 - Sengketa Hilmi ke rumah Encik Bakar. Kedatangannya itu disambut oleh Azizah, anak Encik Bakar. Sebaik sahaja Hilmi melangkah masuk, Azizah menutup pintu. Azizah cuba menggoda Hilmi. Mula-mula Hilmi agak kekok tetapi lama-kelamaan sudah tidak terasa apa-apa baginya duduk satu bangku dengan Azizah dan bersentuhan badan. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun bapa saudaranya sahaja. Pada sangkaannya Hilmi itu paling tidak seorang kerani kecil atau seorang guru. Hilmi kemudian terus meminta izin untuk pulang. Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi gementar kerana terdapat tiga motokar asing di depan pekarangan rumah itu. Hilmi masuk dari pintu kecil di sebelah belakang. Mak Minah datang memberitahunya bahawa Datin Salmah heboh mencarinya. Ketika Hilmi sedang menyiram bunga-bunga yang terletak di bahagian anjung depan rumah itu, Datin Salmah datang dengan marah bertanyakan ke manakah dia pergi. Hilmi meminta maaf daripada mak ciknya dan berlalu pergi. Setelah selesai semuanya, Hilmi pun mandi dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku antara dia dengan Azizah. Dalam pada itu, ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu kedatangan Hilmi. Encik Bakar berpesan kepada Mamat supaya memberitahu Hilmi yang dia akan pergi ke rumah adik iparnya di Klang. Dia meminta Mamat menyampaikan pesan supaya Hilmi datang besok. Azizah juga cuba memberitahu bapanya tentang pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebun tetapi bapanya tidak mengendahkan berita itu. Dia tahu Azizah kecewa kerana pada anggapannya Hilmi tidak setaraf dengannya. Azizah lulusan MCE dan sedang mencari kerja. Paling rendah pasangan yang ingin dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan perlu persekolahan tinggi. Ilmunya jika tidak diajarkan kepada orang, habislah reput dengan tulang-belulang di dalam kubur nanti. Azizah terdiam dan berasa kesal akan sikapnya itu terhadap Hilmi. Namun begitu, perkara lain berlaku di rumah Datuk Johari. Hilmi tidak mahu makan makanan yang dibawa oleh Mak Minah kerana kecewa apabila diberitahu bahawa mak ciknya tidak membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Mak Minah meletakkan makanan itu di atas meja kecil dan balik ke dapur mengambil tudung saji dan air minum. Hayati muncul bersama-sama Mak Minah untuk memujuk Hilmi makan. Hayati bangun dan duduk di sebelah Hilmi. Hilmi memandang Hayati dengan perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang diperlihatkan oleh Hayati. Selama ini dia menyangka Hayati tidak pernah mempedulikannya, Hilmi akhirnya menyuruh Hayati keluar. Mak Minah cuba menenangkan Hilmi dan menasihatinya supaya jangan terlalu ambil hati terhadap sikap mak ciknya. Hilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari. Sinopsis Bab 9 Pertemuan Setelah dua hari Hilmi tiada di rumah barulah Datin Salmah menyedari bahawa kehadiran Hilmi selama ini mempunyai erti besar kerana adanya Hilmi di rumah itu, dia tidak perlu memikirkan sedikit pun tentang tanaman bunganya. Sami yang dihubungi oleh Datuk Johari tidak dapat datang bekerja, paling cepat akhir bulan. Dalam tempoh 12 hari itu, Datin Salmah mengerahkan Mak Minah, Pak Amat, dan Hayati sendiri untuk menolongnya menyiram bunga-bunga itu pada waktu petang. Hayati kini tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak diketahui Hilmi telah pergi. Dia asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Hayati kecewa kerana pada hari itu setelah pulang dari sekolah, dia mahu memberikan Hilmi tiket untuk menonton permainan piano seorang pianist dunia yang terkemuka yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hayati amat kecewa apabila diberitahu oleh Mak Minah bahawa Hilmi telah pulang ke kampung. Tetapi Hayati tahu itu merupakan helah ibunya yang sememangnya tidak suka Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah kemudian memujuk Hayati dan menyatakan bahawa Hilmi akan datang lagi selepas itu. Datin Salmah juga mulai risau tentang perubahan yang berlaku pada Hayati. Matanya sudah mulai cengkung, makannya sudah tidak banyak lagi. Dia bercadang untuk menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa segera. Hayati boleh melanjutkan pelajarannya di England dan Mohsin pula boleh menyambung pelajaran tetapi Hayati menolak. Apabila ditanya oleh Mohsin tentang perubahan Hayati mereka membuat alasan keadaan Hayati yang murung dan susut tubuhnya itu kerana teringatkan Mohsin. Dalam pada itu, Mamat menghantar Hilmi ke tempat bas. Hilmi amat gelisah. Bapanya sebenarnya tidak sakit. Surat yang diperlihatkan kepada pak ciknya itu ialah surat yang ditulis oleh Mamat. Dia amat risaukan Hayati. Hilmi teragak-agak mahu naik atau tidak. Akhirnya dia ikut naik. Waktu bas itu meninggalkan Tanjung Malim setelah berhenti rehat selama 30 minit, salah satu kerusi bas itu telah kosong. Hilmi tidak dapat menahan tekanan perasaannya. Dengan sebuah teksi dia pulang semula ke Kuala Lumpur. Hilmi terus berjalan mencari kerja. Dia menuju ke kios tempat jualan minyak. Dia tahu sekurang-kurangnya dia dapat menjadi pekerja sementara dengan gaji harian sebanyak dua ringgit setengah. Hilmi juga diberikan sebuah kanvas dan dibenarkan tidur bersama-sama dengan seorang penjaga malam. Hilmi bekerja dengan rajin dan berdoa supaya pak cik atau mak ciknya jangan datang mengisi minyak di situ. Walau bagaimanapun, Hilmi telah terserempak dengan Mohsin. Mohsin telah menghasut tauke kedai minyak itu supaya membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya. Minggu pertama di bulan kedua bekerja di situ, Hilmi bertekad berjumpa semula dengan Encik Bakar. Dalam perjalanannya dia telah bertemu Pak Amat di kedai kopi. Kesempatan itu digunakan oleh Hilmi untuk bertanya khabar tentang Hayati. Dia amat sedih kerana Hayati kini sudah banyak berubah perangai dan dia tidak segembira dan senang dahulu lagi. Sesampai Hilmi di rumah Encik Bakar, rumah itu seperti tiada penghuni. Tingkap dan pintunya tertutup rapat. Ketika di mahu berpatah balik, tiba-tiba sebuah jendelanya terbuka dan Azizah telah muncul dan terkejut dengan kehadiran Hilmi. Kedatangannya itu disambut dengan Hilmi. Hilmi menceritakan kisahnya kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik Bakar tidak keberatan. Hilmi meminta izin pulang awal kerana telah berjanji dengan Ah Kong akan kembali sebelum pukul 7.00 malam untuk menggantikannya bekerja. Hilmi diajar oleh Encik Bakar peringkat demi peringkat. Dia tidak sahaja belajar berbagai-bagai alat muzik tetapi juga diajar untuk mengenal lebih dekat tiap-tiap jenis alat itu. Hilmi sering diingatkan oleh Encik Bakar bahawa dia akan berjaya kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah dengan Hilmi juga semakin rapat. Setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, Azizah selalu menyambutnya dengan mesra. Hilmi juga sudah mula kenal dengan not kerana menurut Encik Bakar untuk menjadi pemain muzik yang baik seseorang itu mesti tahu membaca not. Selain itu Hilmi telah belajar bermain trompet, seksofon, klarinet, dan biola.

Page 3 Sniper_Grenade 2010

Sinopsis Bab 10 - Bebas Sejak Hilmi meninggalkan rumah pak ciknya, pokok-pokok bunga di taman Jepunnya yang dulunya menjadi kebanggaan kepada Datin Salmah dan Datuk Johari telah mulai musnah sedikit demi sedikit. Hayati pula seolah-olah ikut meratapi kehancuran taman bunga itu. Keadaan itu menyebabkan atin Salmah mendesak suaminya menulis surat ke kampung bertanyakan Hilmi, kalau benar Hilmi menggunakan sesuatu kuasa ghaib ke atas Hayati tetapi Datuk Johari menolak. Dia tahu isterinya itu telah terpengaruh dengan cakap-cakap morning coffee. Datin Salmah serba salah dengan keadaan Hayati. Hayati bukan lagi anak kecil yang dapat dipujuk dengan hadiah atau janji apabila dia menangis. Hayati sekarang sudah menjadi gadis remaja malah sudah bertunang. Ketika masuk ke bilik Hayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan lagi ialah sejadah dan telekung yang terlipat dengan baik di sudut biliknya. Anaknya itu sudah mula sembahyang. Dia keluar dari bilik itu dan menelefon suaminya. Perasaan ngeri mulai menguasai dirinya apabila dia mengetahui anaknya sembahyang setiap waktu sementara dia dan suaminya tidak sembahyang. Dia mula menyiasat dengan siapakah Hayati berkawan. Ketika suaminya pulang makan tengah hari dia terburu-buru menunjukkan buku-buku agama di bilik Hayati, tikar, dan telekung. Hayati menyambut kepulangan Mohsin di lapangan terbang. Mohsin turut hairan melihat perubahan diri Hayati. Mohsin mengumumkan berita gembira iaitu dia hanya pulang sebentar sahaja dan akan berangkat lagi ke London kerana telah dilantik menjadi penolong pengurus di cawangan banknya yang baru sahaja dibuka di kota metropolitan Inggeris itu. Datin Salmah mencadangkan supaya perkahwinan antara Hayati dan Mohsin disegerakan. Cadangan itu tidak dibantah oleh Hayati, malah Hayati kelihatan terlalu gembira. Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua surat khabar Melayu dan Inggeris. Hilmi terpegun ketika Azizah menunjukkan kepadanya berita perkahwinan itu. Hilmi memohon untuk beredar dan tidak ada mood untuk belajar muzik pada hari itu. Mamat pula datang ke biliknya membawa berita bahawa Hayati dan Mohsin akan berangkat ke England sebaik sahaja mereka pulang dan berbulan madu di Cameron Highland. Seminggu lamanya Hilmi berkurung di rumah. Habis kerja dia terus balik ke biliknya dan tidak keluar-keluar lagi. Penghuni di sebelah menyebelah biliknya itu hanya sering mendengar gesekan biola ataupun petikan gitar. Hari kelapan Hilmi pergi semula ke rumah Encik Bakar dengan memperlihatkan sebuah lagu yang telah dikarangkannya. Encik Bakar mencuba lagu itu di piano sambil dipindanya sedikit-sedikit. Hilmi memberi judul lagu itu Sebuah Intermeso . Hilmi berasa gembira kerana dia telah mengetahui bahawa dia mempunyai bakat bukan sahaja sebagai pemain muzik, tetapi juga sebagai penggubah lagu. Sinopsis Bab 11 Intermeso Hilmi telah berhenti dari kios minyak petrol kerana akan menjadi anggota salah sebuah quartet yang terkenal di ibu kota. Encik Bakar telah mengambil Hilmi bermain di dalam quartetnya sebagai menggantikan tempat pemain biolanya yang kebetulan telah berpindah ke Pulau Pinang. Pertama kali berlatih Hilmi berasa gugup. Dia berasa mahu menarik diri sahaja daripada quartet tersebut tetapi atas dorongan Encik Bakar semangatnya pulih kembali. Hilmi memainkan lagu gubahannya Sebuah Intermeso . Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. Hilmi telah diinterview ( ditemu ramah ) oleh pemberita hiburan dari sebuah surat khabar Inggeris yang terkemuka. Hasil interview itu telah disiarkan di dalam ruangan hiburan akbarnya pada hari yang berikutnya. Datuk Johari juga terpegun ketika melihat gambar Hilmi terpampang di ruangan hiburan surat khabar bertajuk Penemuan Baru Abad ini Pemain Biola Hikmat Malaysia . Hayati tidur di rumah mak ciknya bersama Maimun. Maimun hairan dengan perubahan Hayati yang sudah sembahyang. Perbualan mereka berdua berkisar kepada Hilmi. Maimun tidak menyangka tukang kebun Hayati ada bakat muzik. Hati Hayati bergelodak kerana dia ingin menceritakan perkara sebenar bahawa Hilmi bukan tukang kebun. Daripada akhbar itu Hayati mendapat tahu Hilmi masih berada di Kuala Lumpur dan telah menjadi seorang pemain muzik dalam quartet tetap di Hotel Titiwangsa. Cuma Hayati kesal kerana Mamat sering berdalih apabila ditanya tentang Hilmi. Pada malam kedua, Encik Bakar mendesak Hilmi memainkan lagunya Sebuah Intermeso tanpa nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. Kisah Hilmi mendapat perhatian Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya. Semua pemain muzik di hotel dan kelab-kelab malam hendaklah terdiri daripada anggota-anggota persatuan itu yang sah. Encik Bakar telah menerima surat daripada Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar menganggap itulah masa yang paling malang sekali dalam hidupnya. Dia bukan tidak sedar tentang hal ini, tetapi keadaan terdesak. Pemain biolanya tiba-tiba berhenti. Encik Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam kumpulan mereka. Hilmi kemudian diberitahu tentang krisis yang terjadi dan tentang keputusan mesyuarat itu. Walaupun keputusan itu dicapai sebulat suara, tetapi meninggalkan kesan yang parah dalam hati Hilmi. Dia berasa kesal kerana menjadi sebab Encik Bakar diancam oleh persatuannya. Walau bagaimanapun pada malam itu mereka bermain seperti biasa. Seminggu sesudah itu, Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan dan melanggar arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian Hilmi.

Page 4 Sniper_Grenade 2010

Sinopsis Bab 12 - Krisis Hilmi gelisah kerana Encik Bakar belum pulang dan Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional dan dia tidak dibenarkan hadir sama dalam mesyuarat tersebut. Keyakinan Hilmi pulih setelah ibu Azizah menasihatinya supaya bertenang kerana dia percaya suaminya tidak akan diapaapakan. Encik Bakar seorang yang jujur dan dia tidak akan dipecat. Kepulangan Azizah membawa berita tentang Hayati mendapat biasiswa dari British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat esoknya. Hilmi tergesa-gesa pulang. Semasa Hilmi keluar, Encik Bakar pun sampai bersama-sama dengan Rahmat dan Harry Lam. Melihat Hilmi tidak ada di situ, Rahmat dan Harry Lam pun meminta diri pulang ke rumah. Pada malam itu, ada dua penerbangan ke London. Satu kapal terbang British Airways dan satu lagi Qantas yang datang dari Sydney. Sekiranya Hilmi pergi ke lapangan terbang pada waktu itu bererti dia tidak dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing. Akhirnya dia pulang ke bilik. Di pintu biliknya ada sekeping surat yang ditinggalkan oleh Mamat menyatakan dia barangkali akan datang pada pukul tujuh malam dan ingin membawa Hilmi berjumpa Hayati. Di dalam pertemuan itu Hayati menyatakan bahawa dia amat mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu membantah kata orang tuanya dan terpaksa berkahwin dengan Mohsin. Mohsin juga tahu akan pertemuannya dengan Hilmi. Hayati juga menyatakan bahawa lagu Sebuah Intermeso itu menjadi ubat yang paling mujarab bila hatinya luka. Kaset lagu itu dibawanya di dalam beg ke mana sahaja dia pergi. Hayati juga meminta Hilmi memaafkan ibu dan bapanya kerana tindakan dan kelakuan mereka terhadapnya dahulu. Encik Bakar pula gelisah kerana Hilmi belum muncul-muncul. Setelah kemunculan Hilmi, Encik Bakar memberikan resit sebagai bukti dia telah menjadi pemain muzik profesional yang sah. Pada malam itu, permainan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Ketika jam berdeting pukul 12.40 malam jantungnya ikut berdetak kuat kerana pada saat itu pesawat yang dinaiki oleh Hayati terbang meninggalkannya. Pada malam perpisahan itu Hilmi telah berjaya menggubah sebuah lagu yang lahir dari perpisahan dengan Hayati dan diberi judul Perpisahan . Encik Bakar juga telah memberikan petua-petua bagaimana cara menggubah lagu yang baik dan menasihati Hilmi supaya mengarang beberapa buah lagu lagi dan lagu-lagunya itu disimpan dahulu. Apabila telah banyak dan sudah cukup barulah dirakamkan menjadi rekod. Pengaruh gitar rancak dan Barat telah mulai melanda ke negara ini. Hilmi telah mendapat keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan kugiran yang diberi nama Kugiran Dahlia ringkasan nama Daniel, Azizah, Hilmi, Tony Lim, Dan Arasu. Kugiran Dahlia dengan cepat mendapat popularitinya. Hilmi banyak menggubah lagu untuk dinyanyikan oleh Azizah dan nama Azizah mulai terkenal. Perhubungan mereka semakin erat. Apabila gelombang kugiran mulai merosot, Hilmi kembali bergiat dalam orkestra yang bermain di kelab-kelab malam. Walaupun rekod dan kaset yang mengandungi lagu-lagu gubahannya sudah banyak terjual tetapi sebagai penggubah lagu dia tidak pernah mendapat hasil yang lumayan malah berdepan pula dengan masalah cetak rompak. Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Pada mulanya kehidupan mereka sebagai suami isteri amat harmoni tetapi kira-kira setahun setelah anak lelaki mereka yang pertama lahir, Azizah mulai berubah dan Hilmi juga ikut berubah. Rumah tangga mereka mula goyah. Kepedihan yang dirasai dari penghidupan itu menyebabkan Hilmi banyak berfikir dan telah mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu. Sebahagian besar lagu-lagu yang digubahnya tidak ditunjukkan kepada orang lain, walaupun kepada Encik Bakar.

Sinopsis Bab 13 Perpecahan Keretakan yang terjadi dalam rumah tangga Hilmi telah tidak dapat diselamatkan lagi. Encik Bakar dan isterinya, walaupun pada mulanya tidak mahu campur tangan kerana itu urusan rumah tangga mereka terpaksa memanggil kedua-duanya kerana keadaan semakin buruk. Tetapi pertemuan itu tidak membawa apa-apa hasil. Persengketaan antara mereka tidak boleh diatasi malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan bapa jahat . Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Sedangkan dia tidak mengetahui Hilmi juga pernah menggubah lagu tentang cinta dan sayangnya kepada isteri dan anaknya dalam lagu Balada Kasih .Lagu itu ialah curahan isi hatinya yang jujur. Kini hidupnya terasa kesunyian yang amat sangat. Dia sering menyembunyikan kesedihannya daripada kawan-kawannya. Dia terus menghiburkan orang-orang yang datang mencari hiburan di tempatnya bermain muzik. Dia juga tetap menggubah lagu. Sekali sekala dia teringatkan Hayati. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia mencipta sebuah lagu yang diberi tajuk Cinta dan Tangis . Lagu Cinta dan Tangis menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu lain dan menulis sendiri sari katanya. Dia mulai terasa bahawa menggubah lagu-lagu itu sebagai satu misi yang telah ditugaskan oleh Tuhan kepadanya biarpun terpaksa bekerja keras siang dan malam tetapi hatinya senang dan tenteram. Harapan untuk kembali dengan Azizah telah pudar. Walau bagaimanapun dia belum berniat untuk menceraikan Azizah kerana Azizah sendiri tidak pernah memintanya. Setiap malam sebaik sahaja pulang dari tempatnya bekerja, Hilmi akan duduk di hadapan pianonya menggubah lagu-lagu baru. Kalau ilhamnya tidak ada dia akan memainkan rekod. Lagu-lagu yang telah digubahnya kini berjumlah ratusan buah. Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan Sultan Kelantan di Kelantan. Hilmi mendapat sambutan yang luar biasa. Peminat-peminatnya telah menyerbunya. Kira-kira jam empat pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari

Page 5 Sniper_Grenade 2010

Rahmat tentang kematian Encik Bakar. Hilmi menaiki kapal terbang MAS pulang ke Kuala Lumpur. Dalam penerbangan tersebut dia telah selesai menyiapkan sebuah lagu yang diberi nama Seniman yang dicipta khas untuk Encik Bakar iaitu guru, kawan, dan bapa mertuanya. Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan untuk memimpin satu pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan oleh RTM. Pertunjukan itu sama tarafnya dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang diadakan di England. Hilmi diminta untuk membuat arrangement (penyusunan) semua lagunya dan diberi nama Hilmi Potpouri . Publisiti (berita) tentang pertunjukan itu tersebar luas. Bukan sahaja melalui RTM, tetapi juga melalui media massa di seluruh negara. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu kerana saudaranya iaitu Datin Mastura (kakak), dan Datuk Roslan (abang ipar), Datin Maniam (kakak), dan seluruh geng morning coffee telah bercadang untuk menontonnya.

Sinopsis Bab 14 Seniman Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan kalut mulai terasa apabila Hilmi belum kelihatan. Ketua Pengarah RTM mengarahkan Amat, seorang pengawal RTM pergi menjemput Hilmi tetapi Hilmi tidak ada di rumahnya. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu mengajak Amat sekali lagi bersama-samanya pergi ke rumah Hilmi Dan akhirnya mereka mendapat tahu daripada seorang pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Ketua Pengarah berkejar ke hospital dan dia mendapati keadaan Hilmi dalam bahaya dan telah dibawa ke unit rawatan rapi ( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua Pengarah telah mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti Hilmi dan kembali ke universiti. Kebimbangannya itu dikongsi bersama oleh Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha. Tiba-tiba muncul Hayati, wanita yang ingin menonton pertunjukan tersebut. Keadaan menjadi semakin kelam kabut. Berbagai-bagai spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan Hilmi itu. Hayati mendapat tahu tentang kesakitan yang dialami oleh Hilmi dan berminat untuk membantu Hilmi memimpin pertunjukan tersebut. Setelah menunjukkan bukti kelulusan dan pengalamannya serta hubungan rapat dengan Hilmi, akhirnya ketua pengarah membenarkan Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut. Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap Hilmi, lebih-lebih lagi apabila mendengar puji-pujian yang diberikan kepada Hilmi oleh penonton. Mereka juga menyedari yang memimpin pertunjukan orkes itu ialah Hayati. Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Perdana Menteri amat terhibur dengan persembahan itu dan dukacita di atas kemalangan yang menimpa Hilmi. Setelah pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim, anak Hilmi. Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Setelah doktor yang merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke rumah Datuk Johari. Karim bersyukur kerana Allah memanjangkan usianya dan dapat membuka rahsia yang terpendam di hati selama ini. Sesampai sahaja di pekarangan rumah, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari jatuh terjelepok di atas lantai dan pergi buat selama-lamanya.

Page 6 Sniper_Grenade 2010

TEMA
Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup seorang anak muda yang berasal dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. Berikut ialah bukti-bukti yang dapat dikaitkan dengan kewujudan tema novel Konserto Terakhir. 1. Melalui novel ini, pengarang mengetengahkan liku-liku yang dilalui oleh Hilmi yang sebelum ini tidak mengetahui langsung bahawa dia mempunyai bakat sebagai seorang pemuzik. Bakat itu lahir secara tidak sengaja apabila dia mendengar alunan muzik yang dimainkan oleh Hayati. 2. Hilmi telah bekerja sebagai tukang kebun di rumah bapa saudaranya, Datuk Johari. Setiap kali Hayati bermain piano, Hilmi sengaja mencari kerja yang dekat dengan suara alunan piano itu. 3. Minat Hilmi terhadap muzik semakin memuncak. Dia telah mengusik piano Hayati dan memainkan beberapa buah lagu seperti lagu anak ikan . Pengarang melukiskan bakat yang ada pada Hilmi itu yang membolehkan nalurinya menggerakkan jarijarinya bermain piano walaupun sebelum ini dia tidak ada asas muzik dan tidak pernah mengenal piano. Peristiwa itu menyebabkan piano itu rosak dan Datin Salmah memarahi Hilmi. 4. Keazaman untuk menjadi pemuzik menyebabkan Hilmi belajar muzik daripada Encik Bakar, seorang pemimpin quartet yang terkenal. Dengan bimbingan Encik Bakar, Hilmi boleh bermain biola, trompet, seksofon, dan klarinet. Hilmi juga telah berjaya menggubah lagu seperti Sebuah Intermeso dan banyak lagunya yang menjadi pujaan ramai. 5. Dunia muzik yang ada jatuh dan bangunnya juga dirasai oleh Hilmi. Hilmi memulakan kariernya dalam dunia muzik apabila bermain dalam quartet di bawah pimpinan Encik Bakar dan akhir-nya digelar sebagai Pemain Biola Hikmat Malaysia .

6. Dia juga telah menubuhkan sebuah kurigan yang diberi nama Kurigan Dahlia mengikut perkembangan muzik di Barat yang menjadi kegilaan muda-mudi ketika itu. Pengaruh muzik itu mula hilang dan Hilmi kembali menyertai orkestra dan telah memimpin orkestranya dan menjadi johan tiga kali berturut-turut dalam pertandingan yang dianjurkan oleh RTM. 7. Kejayaannya itu menyebabkan dia telah ditawarkan untuk memimpin pertunjukan Orkes Perdana yang sama tarafnya dengan Royal Performance di England dan membuat arrangement semua lagu ciptaannya dan arrangement itu diberi nama Hilmi Potpouri .

8. Walaupun terlalu banyak rintangan yang perlu dilaluinya untuk menjadi seorang pemuzik profesional, namun bagi Hilmi yang tabah, dia telah melalui setiap cabaran hidupnya dengan nilai-nilai murni

Page 7 Sniper_Grenade 2010

PERSOALAN, NILAI DAN PENGAJARAN
Bil 1 Persoalan Kegigihan berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan. Nilai Kegigihan Pengajaran / Kesedaran Kita mestilah gigih berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan. Huraian/Contoh yHilmi menyedari dia anak kampung yang tidak berpelajaran dan hanya bersekolah darjah 4 sekolah Melayu. Dia sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah. Hilmi mendapat dorongan daripada Pak Amat supaya berusaha gigih untuk mencapai cita ± citanya iaitu menjadi seorang pemuzik dan secara tidak langsung telah mengubah corak hidup dan masa depannya. yDapat ditunjukkan melalui kasih sayang antara Hilmi dan Hayati serta cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati. Contohnya, Hayati bersimpati dengan nasib Hilmi begitu juga Azizah, bersimpati dengan Hilmi. yHayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku ± buku agama seperti Hidup Sesudah Mati. yHilmi juga sering mendekatkan dirinya dengan ibadah solat setiap kali dia menghadapi masalah . yEncik Bakar menjadi pemimpin quartet yang berjaya kerana mendapat sokongan daripada semua ahli kumpulannya yang dianggap seperti satu keluarga. yKejayaan Orkes Hilmi merupakan kejayaan berkumpulan dan semangat itu ditunjukkan ketika Hilmi dimasukkan ke hospital dan pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat pujian. yDatin Salmah lebih mementingkan pangkatnya dan memandang rendah kepada Hilmi.Datuk Johari juga mengikut perangai isterinya itu dan berasa malu kerana keluarga di sebelahnya tidak ada yang berpangkat besar. Apabila Hilmi mencapai kejayaan, mereka mula mengaku Hilmi sebagai anak buahnya. yHilmi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai tukang kebun dengan penuh dedikasi dan kreatif sehingga taman rumah Datuk Johari menjadi sangat cantik. yEncik Bakar menjalankan tanggungjawabnya dengan baik untuk mengajar Hilmi sehingga Hilmi mahir dalam bidang seni muzik. yHilmi tidak pernah memburukkan Datin Salmah dan Datuk Johari walaupun mereka telah memberikan layanan buruk kepadanya malah memuji mereka dan memberitahu bapanya bahawa merekalah yang membiayainya belajar bermain piano.

2

Cinta dan kasih sayang sesama manusia.

Kasih sayang.

Kita mestilah menyayangi antara satu sama lain.

3

Agama yang dapat mengembalikan ketenangan hidup

Keimanan.

Kita harus kembali kepada ajaran agama untuk mendapat ketenangan hidup.

4

Semangat kerjasama yang membawa kejayaan

Kerjasama.

Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.

5

Mementingkan pangkat daripada kekeluargaan

Hormatmenghormati.

Kita haruslah menngamalkan sikap hormatmenghormati.

6

Bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu

Tanggungjawab.

Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

7

Keluhuran hati.

Tidak menyimpan dendam.

Kita saling memaafkan dan tidak menyimpan dendam.

Page 8 Sniper_Grenade 2010

8

Insaf atas kesalahan diri sendiri

Keinsafan.

Kita perlu insaf akan kesalahan yang telah kita lakukan.

yDatin Salmah dan Azizah menyesal kerana telah memberikan layanan yang buruk kepada Hilmi.

WATAK & PERWATAKAN
Watak utama: Hilmi y Hilmi (a) Berasal dari kampung dan tidak mempunyai kelulusan akademik. (b) Mempunyai cita-cita yang tinggi, iaitu ingin belajar muzik di bandar. (c) Tidak malu untuk bekerja sebagai tukang kebun di rumah pak ciknya sendiri dan juga pernah bekerja di stesen minyak. (d) Sifat sabar dan tabah yang dimilikinya menjadikan dia berjaya mencapai cita-citanya sebagai seorang pemuzik. (e) Walaupun cintanya dihalang, namun dia mampu menangani kekecewaan itu dengan cara positif, iaitu meluahkan segala kekecewaannya melalui lagu-lagu ciptaannya. (f) Bijak memanfaatkan kekecewaan untuk mencapai kejayaan. (g) Sikapnya yang rendah diri dan rajin bekerja itu menjadikan Hilmi disukai oleh kawan-kawannya. (h) Bersikap penyayang, bersopan dan akur pada nasihat orang tua. (i) Taat pada perintah Allah. (j) Pencipta dan penggubah lagu yang terkenal. (k) Penglibatannya dalam bidang muzik telah mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada peminat-peminatnya sehingga dia telah diberikan kepercayaan dan penghormatan untuk memimpin pertunjukan Orkestra Perdana anjuran RTM yang dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong. Watak sampingan: - Hayati - Datin Salmah - Encik Bakar

y

Hayati (a) Anak tunggal kepada Datuk Johari dan Datin Salmah. (b) Sebenarnya adik Hilmi daripada ibu yang berlainan. (c) Seorang pelajar yang pintar kerana dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. (d) Memberikan layanan yang baik kepada Hilmi dan tidak pernah menghinanya. Dia tidak pernah mengambil kira perbezaan pangkat walaupun dia anak orang kaya dan berpengaruh. (e) Gadis yang mudah tersinggung dan merajuk. (f) Tidak pernah membantah kehendak ibu bapa walaupun kadangkala dia tidak sependapat dengan mereka. (g) Berkeyakinan tinggi. (h) Seorang yang baik hati dan mengingati orang lain. Dia membelikan oleh-oleh untuk Hilmi dan Mak Minah ketika melancong ke luar negara. (i) Menunaikan ajaran agama setelah lama meninggalkannya. (j) Taat kepada suami. Dia mengikuti suaminya keluar negara. (k) Menggantikan Hilmi memimpin Orkes Perdana. Datin Salmah (a) Isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati. (b) Umurnya dalam lingkungan 40-an dan berasal daripada keluarga berada. (c) Sering menghina dan merendahkan Hilmi yang berasal dari kampung dan tidak berpelajaran. (d) Seorang yang pemarah. Dia menjadi berang dan menjerit-jerit setelah mengetahui bahawa Hilmi mengganggu piano Hayati. (e) Tidak taat pada agama dan percaya pada ramalan bomoh. (f) Mementingkan cara hidup Barat (g) Tidak menghormati suaminya

y

Page 9 Sniper_Grenade 2010

y

Encik Bakar (a) Ayah Azizah dan bapa mentua Hilmi. (b) Guru muzik dan sahabat Hilmi. (c) Seorang yang baik hati dan pemurah. Dia sanggup mengajar Hilmi tentang ilmu muzik secara percuma. (d) Tidak pernah memandang rendah kepada pekerjaan Hilmi, malah memberikan layanan yang baik dan mesra setiap kali Hilmi datang ke rumahnya. (e) Seorang yang berkeyakinan tinggi.

TEKNIK PLOT
1. Teknik pemerian y Tujuh belas tahun lamanya dia tidak kembali ke kampungnya itu. Sejak bapanya meninggal dunia. Hari bapanya meninggal dunia dia hanya kembali untuk beberapa jam sahaja dan kemudian setelah mayat bapanya dikuburkan, dia pun pulang semula ke Kuala Lumpur. (Hal. 12) 2. Teknik imbas muka y Semasa Hayati menyatakan bahawa dia boleh menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin orchestra 3. Teknik imbas kembali y Datuk Johari teringat saat-saat dia meninggalkan isterinya pada malam pengantin. 4. Teknik monolog y Hilmi bercakap dengan bunga ros yang akan dipilih untuk menggantikan Hayati selama Hayati tiada. "Kalian setuju kalau aku pilih Ros itu, menggantikan Hayati selama dia tidak ada?" katanya kepada bunga-bunga itu. 5. Teknik monolog dalaman y Hati kecil HIlmi mengutuk-ngutuk marah ketika berhadapan dengan Datin Salmah yang mencerca, menghina setiap kali berjumpa. (hal. 68) 6. Teknik saspens y Ketika Hilmi tinggal di rumah Datin Salmah dan Datuk Johari. Pembaca tertanya-tanya tentang usaha yang bakal dilakukan oleh Datin Salmah untuk menyingkirkan Hilmi dari rumah tersebut. y Hilmi jatuh sakit pada malam sepatutnye dia memimpin Pertunjukan Orkes Perdana. Pembaca tertanya-tanya sama ada persembahan tersebut dapat dijalankan tanpa kehadiran Hilmi atau tidak.

Page 10 Sniper_Grenade 2010

LATAR
LATAR TEMPAT: Latar tempat novel ini berlaku di sekitar Kuala Lumpur. y Di rumah Datuk Johari. (a) Kehadiran Hilmi (b) Hilmi bekerja sebagai tukang kebun (c) Hubungan antara Hilmi dengan Hayati (d) Krisis antara Hilmi dengan Datin Salmah (e) Hilmi bermain piano Hayati (f) Hubungan Hayati dengan Mohsin (g) Datuk Johari meninggal dunia

y Di rumah Dr.Nathan Tempat Hilmi berhubung dengan Mamat. y Di stesen minyak Shell Jalan Setapak Tempat Hilmi bekerja selepas meninggalkan rumah Datuk Johari. y Di sebuah kedai kopi berdekatan dengan rumah Encik Bakar Tempat Hilmi menerima nasihat daripada Pak Amat Darwin. y Di rumah Encik Bakar (a) Tempat Hilmi belajar alat-alat muzik dan menggubah lagu. (b) Hilmi berhubung dengan watak Azizah, anak Encik Bakar.

y Di Hotel Titiwangsa Tempat Hilmi bermain muzik, menyampaikan lagu Sebuah Intermeso , lagu yang mengharumkan nama Hilmi. y Di kelab-kelab malam Tempat Hilmi bekerja sebagai pemain muzik. y Di Padang Bandaran, Kelantan Tempat orkes Hilmi bermain semasa perayaan keputeraan Sultan Kelantan. y Di Hospital Besar Kuala Lumpur (a) Tempat Encik Bakar meninggal dunia. (b) Hilmi terlantar sakit dan meninggal dunia. (c) Datuk Johari sekeluarga bertemu dengan Pak Karim dan keluarga Azizah. (d) Datuk Johari dan Datin Salmah insaf setelah mengetahui Hilmi sebenarnya adalah anak kandung Datuk Johari. Di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (a) Tempat berlangsungnya Pertunjukan Orkes Perdana dengan Hayati menjadi pemimpin orkestra. (b) Datuk Johari dan Datin Salmah mengalirkan air mata apabila mengenangkan nasib malang Hilmi.

y

Page 11 Sniper_Grenade 2010

LATAR MASA: y Sebelum tahun 1980 atau pada zaman moden. Pada masa pegawai Inggeris masih bertugas di Malaysia. Tuan Milton diminta oleh Datuk Johari memberikan pekerjaan kepada Hilmi. Pada masa masyarakat kampung belum membangun Berlakunya penghijrahan ke bandar untuk mencari pekerjaan. Cerita berlaku pada waktu siang dan malam Pada waktu siang Hilmi tiba di rumah Datuk Johari. Pada waktu malam berlangsungnya Pertunjukan Orkes Perdana.

y

y

LATAR MASYARAKAT: y Masyarakat bandar yang tidak mengamalkan semangat kejiranan. (a) Hubungan antara Datuk Johari dengan Dr. Nathan. (b) Datuk Johari dan Datin Salmah marah kepada Hilmi kerana mengambil tanah hitam yang diberi oleh Dr.Nathan. (c) Datin Salmah melarang Mak Minah berbual dengan Mamat dan isterinya yang bekerja dengan Dr.Nathan.

y Masyarakat bandar yang mementingkan pangkat dalam pergaulan. Datin Salmah hanya bergaul dengan ahli keluarganya ayng berpangkat tinggi dan kawan-kawannya yang bergelar Datin. y Masyarakat bandar memandang hina kepada orang kampung yang miskin. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi walaupun Hilmi adalah anak saudara Datuk Johari. y Masyarakat bandar tidak mementingkan agama dalam kehidupan. (a) Datuk Johari dan Datin Salmah tidak pernah menunaikan sembahyang. (b) Di rumah terdapat suatu sudut untuk meminum arak dan Datin Salmah sendiri meminum arak hingga mabuk. (c) Buku-buku agama pula dianggap berunsur subversif.

y Generasi muda yang insaf tentang tanggungjawab sebagai hamba Allah. Hayati sudah mula bersembahyang, membaca buku-buku agama, dan taat kepada ibu bapa. Dia menyedari bahawa menderhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar. Generasi muda seperti Hayati sudah mula menganggap bahawa semua manusia adalah sama tanpa mengira darjat, sama ada orang berpangkat ataupun orang miskin. y Masyarakat yang penyayang. (a) Datin Salmah sayang akan anaknya, Hayati. (b) Encik Bakar sayang akan Hilmi. (c) Hilmi sayang akan Hayati.

y Masyarakat kampung yang sanggup berkorban untuk kepentingan orang lain. Pak Karim sanggup berkahwin dengan bekas isteri Datuk Johari untuk mengelakkan pergaduhan dalam keluarga. Pak Karim sanggup juga merahsiakan identiti Hilmi sebagai anak Datuk Johari untuk mengelakkan keruntuhan rumah tangga yang telah dibina oleh Datuk Johari dan Datin Salmah.

Page 12 Sniper_Grenade 2010

y

Masyarakat yang ikhlas dalam memberikan pertolongan. (a) Encik Bakar menolong Hilmi dengan mengajarkan cara bermain alat-alat muzik dan menggubah lagu secara percuma tanpa mengharapkan apa-apa balasan. (b) Di kalangan orang gaji dan drebar sudah ada perasaan simpati dan mengamalkan semangat tolong-menolong. Mak Minah sangat bersimpati terhadap Hilmi. Walaupun Datin Salmah tidak membenarkan Hilmi makan, Mak Minah tetap memberikan makanan kepada Hilmi kerana adanya perasaan simpati terhadap Hilmi. Mamat pula sanggup menolong Hilmi dengan cara membawa Hayati berjumpa dengan Hilmi sebelum Hayati bertolak ke London.

y Masyarakat yang mendengar nasihat. Nasihat Pak Amar Darwin kepada Hilmi supaya mencipta sesuatu kejayaan bagi dirinya yang masih muda itu, sungguh berkesan hingga Hilmi berjaya dalam bidang seni muzik yang diceburinya itu. y Masyarakat yang meminati seni muzik. (a) Keluarga Encik Bakar adalah sebuah keluarga yang berminat dalam seni muzik. Encik Bakar dan anaknya bergiat dalam seni muzik. (b) Begitu juga anggota masyarakat bandar yang lain, yang memberikan sambutan di luar dugaan dalam Pertunjukan Orkes Perdana. (c) Hayati pula melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di London.

y Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. Hilmi berusaha dengan bersungguh-sungguh hingga menjadi seniman tanah air yang terkenal. y Masyarakat yang insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan. Datuk Johari dan Datin Salmah insaf akan perbuatan mereka yang menyeksa Hilmi hingga Hilmi hidup menderita. y Masyarakat yang menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungjawabkan. (a) Hilmi bekerja dengan sungguh-sungguh sebagai tukang kebun. (b) Ketua Pengarah RTM berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan Pertunjukan Orkes Perdana berjalan dengan lancar. Masyarakat bandar yang sibuk dengan tugas sosial di luar rumah hingga melupakan tugas dan tanggungjawab di rumah. (a) Datin Salmah sibuk dengan kawan-kawan morning coffee . (b) Datin Salmah mengabaikan tugasnya sebagai ibu di rumah terutamanya dalam mendidik anaknya, Hayati. (c) Datuk Johari pula sibuk dengan tugasnya di pejabat.

y

Page 13 Sniper_Grenade 2010

PLOT
y Permulaan Kisah bermula dengan kehadiran Hilmi di rumah pak ciknya yang bergelar Datuk dan berjawatan tinggi dalam kerajaan. Hilmi bekerja sebagai tukang kebun dan bersungguh-sungguh dengan pekerjaannya walaupun dibayar gaji yang sangat rendah. y Perkembangan Kehadiran Hilmi tidak disenangi oleh Datin Salmah dan Hayati. Hilmi sering menerima pelbagai penghinaan kerana tidak berpelajaran tinggi dan miskin. Walau bagaimanapun, Hilmi mempunyai semangat yang kuat untuk berjaya. Hilmi belajar muzik dengan bersungguh-sungguh. Hayati telah berubah sikap terhadap Hilmi dan bibit-bibit percintaan telah mekar dalam hati kedua-dua anak muda ini. Konflik Kisah bermula semasa Datin Salmah tidak suka pada Hilmi dan berasa malu mempunyai saudara yang miskin dan rendah pendidikannya. Hayati tidak senang dengan tindakan ibunya yang cuba menghalang hubungannya dengan Hilmi. Encik Bakar diberikan amaran keras akan digantung lesen bermain muzik oleh Persatuan Pemain Muzik Kebangsaan dan kontraknya akan ditamatkan sekiranya dia terus mengambil Hilmi bermain dalam orkestranya. Hayati melayan Mohsin dengan sikap acuh tak acuh kerana telah mula suka pada Hilmi. y Klimaks Apabila Hilmi telah lewat tiba di Dewan Tunku Canselor, tempat dia akan mengadakan pertunjukan perdananya. Pengarah konsert tersebut amat bimbang dan mencari Hilmi di rumahnya, tetapi tidak berjaya. Hilmi terjatuh di luar rumahnya dan cedera parah. Dia telah dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana keadaannya amat kritikal. Pengarah persembahan perdana tidak dapat mencari pengganti Hilmi untuk meneruskan persembahan kerana semua calon yang difikirkan sesuai tidak dapat dihubungi. Seluruh keluarga Datuk Johari, bapa Hilmi, dan isterinya, Azizah berada dalam keadaan cemas menanti keputusan rawatan kecemasan terhadap Hilmi. y y Peleraian Apabila pengarah persembahan telah mendapat maklumat daripada jiran Hilmi bahawa dia telah dihantar ke hospital kerana terjatuh dan mengalami cedera parah. Akhirnya, persembahan perdana tersebut berjaya dipimpin oleh Hayati. Bapa Hilmi datang dari Kedah telah mendedahkan suatu rahsia yang amat mengejutkan Datuk Johari. Hilmi ialah anak kandungnya daripada isteri yang ditinggalkan pada malam perkahwinan pertamanya.

GAYA BAHASA 
Bahasa Inggeris Morning coffee, westernise-kan  Bahasa Arab Dakwah, insyaAllah  Metafora Daun pintu, sebuah senyuman lebar beriak  Simile Bagai menggamit-gamit memanggilnya  Personifikasi Lembut wangi menerpa masuk ke hidungnya  Peribahasa Seperti menatang minyak yang penuh

Page 14 Sniper_Grenade 2010

PERBANDINGAN KONSERTO TERAKHIR dgn BUKIT KEPONG
NILAI (PERSAMAAN) y Kasih sayang {sifat/keistimewaan watak utama = penyayang} BK Othman sangat menyayangi isterinya Limah sehingga sanggup meletakkan jawatan apabila penyakit jiwa yang dialami oleh isterinya menjadi semakin serius. KT Hilmi sayang akan Hayati. Hilmi berasa cemburu melihat Hayati berjalan dengan Mohsin. Sabar dan cekal {sifat/keistimewaan watak utama} BK Othman tetap bersabar apabila menghadapi peristiwa yang menyayat hati iaitu isterinya menjadi gila kerana terkejut menerima berita kematiannya. KTHilmi tetap bersabar walaupn dihina oleh ibu saudaranya, Datin Salmah. Hilmi juga tidak diberi makan nasi oleh Datin Salmah. Rajin {sifat/keistimewaan watak utama} BKSebelum Othman menjadi polis, dia merupakan seorang penoreh dan menjalankan kerjanya dengan tekun. Apabila menjadi polis dia menjalankan tugasnya dengan rajin dan dedikasi. KTHilmi dipuji kerana kerajinannya bekerja semasa menjadi tukang kebun di rumah Datuk Johari. Dia menanam sayur-sayuran, membela ayam dan menjaga pokok-pokok bunga. Taat kepada agama BKTerpancar pada watak semua anggota polis. Walaupun sibuk bertugas, mereka tetap menunaikan solat. Limah juga mengajar anak-anak polis di berek cara mengaji. KTHilmi sentiasa taat kepada perintah Allah dengan mengerjakan solat walaupun sedang bekerja dan di mana sahaja. Sanggup berkorban {sifat/keistimewaan watak sampingan} BKSemua anggota polis dan orang kampung memiliki semangat nasionalisme yang tinggi sehingga mereka sanggup mengorbankan nyawa menentang pengganas komunis. KTPak Karim sanggup berkorban dengan merahsiakan identiti Hilmi sebagai anak kandung Datuk Johari untuk mengelakkan keruntuhan rumah tangga Datuk Johari dan Datin Salmah.

y

y

y

y

SIFAT / KEISTIMEWAAN WATAK UTAMA (PERBEZAAN) y Sifat Keberanian (BK) Othman Yusof begitu berani semasa mempertahankan Rumah Pasung Bukit Kepong sehingga sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan Lans Koperal Jidin yang cedera parah. Sifat Kegigihan (KT) Hilmi begitu gigih berusaha untuk mendalami ilmu muzik sehingga akhirnya dia berjaya menjadi pemuzik tanah air yang terkenal. PENGAJARAN / KESEDARAN (PERSAMAAN) y Kita mestilah mempunyai sifat kasih sayang sesama insan. BKOthman sayang akan isterinya Limah walaupun sudah gila. KTEncik Bakar menyayangi Hilmi kerana sifat Hilmi yang sopan, jujur dan berbakat dalam seni muzik. Kita hendaklah mempunyai rasa simpati dan belas kasihan terhadap seseorang. BKOthman berasa simpati dan belas kasihan terhadap isterinya Limah yang menjadi gila setelah mendapat berita kematiannya. KTHayati bersimpati terhadap Hilmi yang tidak diberi makan nasi oleh ibunya, Datin Salmah.

y

Page 15 Sniper_Grenade 2010

y

Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita. BKOthman seorang yang gigih, bermula dengan seorang penoreh dan akhirnya menjadi seorang polis yang berwibawa. KTHilmi belajar dengan bersungguh-sungguh bermain alat muzik sehingga berjaya menjadi penggesek biola dan penggubal lagu yang terkenal.

LATAR MASYARAKAT (PERSAMAAN) y Masyarakat yang bantu-membantu BKAnggota polis Bukit Kepong saling membantu antara satu sama lain untuk membina kubu pertahanan. Mereka juga saling membantu ketika menghadapi serangan pengganas komunis. KTEncik Bakar, Hayati, Mamat, dan Pak Amat membantu Hilmi yang menghadapi pelbagai kesukaran hidup. Masyarakat desa BKDiwakili oleh penduduk Pagoh dan Kampung Bukit Kepong yang hidup dengan penuh kesederhanaan, taraf hidup rendah, berbudi bahasa, dan taat kepada ajaran agama. KTHilmi dan Pak Karim yang berasal dari kampung dan hidup dengan penuh kesederhanaan, berbudi bahasa, dan taat kepada ajaran agama.

y

LATAR MASYARAKAT (PERBEZAAN) y Kerjaya masyarakat Masyarakat yang bersemangat patriotik (BK) Othman dan rakan-rakannya mewakili masyarakat polis yang bersemangat patriotik yang tinggi dan sanggup berjuang demi agama, bangsa, dan negara. Masyarakat yang gigih mendalami ilmu muzik (KT) Hilmi, Hayati, dan Encik Bakar mewakili masyarakat muzik yang gigih mendalami ilmu muzik.

TEKNIK PLOT (PERSAMAAN) y Teknik Kejutan (peristiwa yang tidak diduga oleh pembaca) BKKejadian Rumah Pasung Bukit Kepong diserang hendap oleh pengganas komunis. Othman meletakkan jawatan pada peleraian cerita. Limah yang lemah lembut dan pandai mengaji telah gila setelah mendapat berita bahawa Othman telah meninggal dunia. KTIdentiti Hilmi terbongkar sebagai anak Datuk Johari. Peristiwa Hilmi meninggal dunia. Datuk Johari meninggal dunia setelah mendapat berita bahawa Hilmi telah meninggal dunia. Teknik Imbas Muka (ramalan peristiwa yang bakal berlaku) BKOthman telah menemui beberapa batang buluh yang tercucuk di dalam tanah. Peristiwa ini membolehkan pembaca meramalkan bahawa suatu kejadian buruk akan berlaku kerana batang buluh itu mungkin merupakan petanda yang dibuat oleh pengganas komunis. KTHilmi tidak menjaga pemakanan dan kuat menghisap rokok. Peristiwa ini membolehkan pembaca meramalkan bahawa Hilmi akan jatuh sakit jika tidak menjaga kesihatannya.

y

Page 16 Sniper_Grenade 2010

CONTOH SOALAN
1. Dalam sesebuah novel, terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik dan meninggalkan kesan terhadap pembaca. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang paling menarik dan berkesan bagi diri anda. Jelaskan mengapakah anda berpendapat sedemikian. Peristiwa: Hilmi terlantar di hospital. Ketika ini Datuk Johari diberitahu bahawa Hilmi sebenarnya ialah anak kandungnya sendiri. Datuk Johari berasa amat kesal terhadap sikapnya selama ini, setelah mengetahui siapa sebenarnya Hilmy. Dia telah mengabaikan tanggungjawabnya dan tidak melayan Hilmi dengan baik. Peristiwa ini menarik kerana sebagai seorang ayah yang tidak bertanggungjawab, akhirnya dihukum oleh pengarang dengan hukuman yang setimpal. Ini disebabkan Datuk Johari tidak sempat berjumpa dengan Hilmi dan memohon maaf. Sebagai pembaca saya berasa sangat berpuas hati dengan peristiwa ini.

2. Huraikan mana-mana satu watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda pelajari. Encik Bakar: Seorang seniman agung. Seorang yang tidak mengharapkan balasan. Dia mengajar Hilmi muzik tanpa bayaran. Bapa mentua Hilmi setelah Hilmi berkahwin dengan Azizah. Seorang yang baik hati. Encik Bakar mengajar seni muzik kepada ramai pemuda tanpa penat lelah.

3. Semangat setiakawan sering ditonjolkan oleh pengarang dalam sesebuah novel. Buktikan penyataan ini berdasarkan novel yang telah anda pelajari. Semangat setiakawan ini terserlah apabila Dr.Nathan memberi tanah hitam kepada Hilmi untuk menanam pokok bunga. Beliau enggan menerima wang daripada Datin. Semangat setiakawan terserlah di antara Hilmi dengan Encik Bakar. Encik Bakar sanggup membantu Hilmi belajar muzik tanpa mengharapkan sebarang balasan. 4. Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh watak utama dalam sesebuah novel. Bandingkan sebab-sebab kejayaan watak utama dalam dua buah novel yang telah anda pelajari. Dalam novel Bukit Kepong, Othman mempunyai pendirian yang tetap. Beliau memasuki pasukan polis walaupun tidak direstui oleh ibu bapanya. Malah beliau berjaya menamatkan latihan polis yang memang susah. Dalam novel Konserto Terakhir, Hilmi juga mempunyai pendirian yang tetap. Beliau tetap dengan pendiriannya untuk menceburi bidang muzik dan akhirnya beliau berjaya. Othman dalam novel Bukit Kepong mempunyai semangat berani. Beliau sanggup berperang dengan pengganas komunis yang bilangannya ramai. Dalam novel Konserto Terakhir, Hilmi juga mempunyai sikap berani. Beliau sanggup datang ke bandar seorang diri dan menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran dengan hati yang tabah. 5. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan persoalan-persoalan yang menarik perhatian anda. Nyatakan contoh-contoh yang sesuai. Dalam novel Konserto Terakhir persoalan yang menarik ialah berusaha memajukan diri. Ini dapat dibuktikan apabila Hilmi belajar muzik dengan Encik Bakar. Lama- kelamaan dia menjadi penggubah lagu untuk rakaman dan menang tiga tahun berturut-turut pesta muzik tahunan anjuran RTM. Satu lagi persoalan ialah ikhlas semasa menjalankan tugas. Walaupun terpaksa bekerja sebagai tukang kebun, dia bekerja dengan bersungguh-sungguh. Ramai tetamu yang datang ke rumah Datuk Johari memuji cara Hilmi menggubah halaman rumahnya itu. Persoalan lain yang menarik ialah keangkuhan manusia akibat sikap sombong dan bangga diri. Hal ini tergambar pada watak Datin Salmah yang sentiasa memburuk-burukkan Hilmi agar dapat menghalaunya dari rumah.

Page 17 Sniper_Grenade 2010

6. Huraikan teknik penceritaan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari. Teknik dialog digunakan sepanjang novel Konserto Terakhir. Dialog yang digunakan adalah pendek dan berkesan. Pengarang juga menggunakan teknik pemerian. Sebagai contohnya, pengarang menerangkan keadaan bilik hayati secara terperinci yang menjelaskan keadaan yang tidak terurus. Teknik imbas kembali juga terdapat apabila Hilmi teringatkan keadaan sayur, bunga, dan ayam yang dibelanya di kampung. Teknik monolog juga terdapat dalam novel ini. En.Bakar berkata seorang diri tentang kebaikan Hilmi., Budak ini terlalu baik, hormat dan sopan. Teknik monolog dalaman juga digunakan dan ini dapat kita lihat apabila Hilmi berkata di dalam hatinya apabila terlihat kereta yang masuk di perkarangan rumah Datuk Johari. 7. Kekuatan utama sesebuah novel ialah kebolehan pengarang melukiskan wataknya secara realistik. Sejauh manakah watak utama dalam novel yang telah anda pelajari dibangunkan secara realistik. Cerita novel ini bermula dengan kisah Hilmi yang berasal dari kampung berhijrah ke bandar dan tinggal di rumah Datuk Johari. Fenomena ini memang biasa berlaku di kalangan masyarakat luar bandar di negara kita. Hilmi tidak berpelajaran tinggi dan dipandang rendah oleh Datin Salmah. Namun Hilmi masih sabar dan terus tinggal di rumah Datuk Johari dan bekerja sebagai tukang kebun. Pengarang berjaya melukiskan watak Hilmi sebagai tukang kebun secara realistik kerana Hilmi menyedari kelemahan dan kekurangan yang ada padanya dan bersabar walaupun diberi layanan buruk. Ini wajar kerana adalah sukar untuk menentang orang yang berkedudukan tinggi lebih-lebih lagi yang kaya. Hilmi dan Hayati, anak Datuk Johari saling mencintai. Hal ini juga boleh dianggap realistik kerana kata orang cinta itu buta dan cinta tidak memandang darjat atau kedudukan. Selain itu, kita mendapati bahawa Encik Bakar menyedari bakat muzik yang terpendam dalam diri Hilmi dan membantunya mengasah bakatnya dalam bidang muzik. Akhirnya Hilmi menjadi seorang pemuzik yang terkenal. Ini bukanlah mustahil kerana setiap manu sia mempunyai bakat dalam pelbagai bidang dan bakat ini ada kalanya terpendam dalam diri. Bakat yang terpendam ini akan menyerlah kalau diasah dengan baik. Kesungguhan, kerajinan dan minat Hilmi dalam bidang muzik menyebabkan Hilmi berjaya dalam bidang muzik walaupun tidak berpelajaran tinggi. Ini adalah hakikat hidup. 8. Huraikan nilai negatif masyarakat yang dapat anda perhatikan dalam novel yang telah anda pelajari. Dalam novel ini terdapat nilai-nilai negatif seperti masyarakat yang mementingkan diri. Contohnya Datin Salmah sering mencari alasan untuk menghalau Hilmi dari rumahnya demi kepentingannya. Juga terdapat ahli masyarakat yang mengutamakan darjat dan kedudukan. Contohnya Datuk Johari dan Datin Salmah sanggup menghina keluarga Hilmi yang miskin malah memberi layan buruk terhadapnya. Terdapat juga ahlimasyarakat yang tidak mengamalkan semangat kejiranan. Datuk Johari dan Datin Salmah tidak pernah bertegur sapa dengan jiran mereka iaitu Dr.Nathan. Juga ada ahli masyarakat yang terpengaruh dengan budaya barat yang liar. Contohnya Azizah walaupun sudah berumah tangga berpakaian seksi dan keluar dengan lelaki lain. Ada ahli masyarakat yang tidak setia dalam hal rumah tangga. Contohnya Hilmi masih mencintai Hayati dan menyimpan suratnya serta menggubah lagu untuknya walaupun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Begitulah juga halnya dengan Hayati yang sudah berumah tangga tetapi berterus terang dengan suaminya bahawa dia masih mencintai Hilmi. Juga terdapat ahli masyarakat yang tidak tahu menghormati orang lain. Contohnya Datin Salmah menengking dan memekik pekerja-pekerjanya. Ada ahli masyarakat yang ingin menganiaya orang lain. Contohnya Mohsin cuba memberi sejumlah wang kepada bos Hilmi untuk menghalau Hilmi dari kedai minyak tempat Hilmi bekerja. 9. Watak protagonis biasanya memiliki nilai murni yang boleh dijadikan contoh kepada orang lain. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, nyatakan nilai murni yang dimiliki oleh watak berkenaan. Watak protagonis dalam novel Koserto Terakhir ialah Hilmi. Hilmi memiliki banyak nilai murni yang boleh diteladani oleh orang lain. Nilai murni yang ditonjolkan oleh Hilmi ialah kasih sayang. Hilmi amat menyayangi Hayati sehingga berasa cemburu apabila melihat Hayati berjalan bersama dengan Mohsin. Amanah. Hilmi menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik. Sebagai tukang kebun dia menjaga kebun rumah Datuk Johari dengan baik. Kerajinan. Hilmi sentiasa menunjukkan sikap krajinan sama ada sebagai tukang kebun ataupun sebagai pemuzik. Sikap kerajinan inilah yang menyebabkan Hilmi menjadi

Page 18 Sniper_Grenade 2010

pemuzik yang terkenal. Kesabaran. Walaupun Datin Salmah memberi layanan yang buruk dan menghinanya, Hilmi tetap bersabar dan tidak langsung menentang Datin Salmah. Ketaatan. Hilmi tetap taat kepada Datuk dan Datin walaupun diberi layanan buruk. Dia juga taat kepada perintah Allah. Walaupun dia sibuk dengan tugasnya, dia tidak pernah lupa mendirikan sembahyang. 10. Pengarang yang berpengalaman akan menggunakan pelbagai gaya bahasa dalam menghidupkan karyanya. Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Dalam novel Koserto Terakhir pelbagai gaya bahasa yang menarik telah digunakan. Terdapat pemilihan kata-kata yang sesuai dengan latar cerita dan watak. Contohnya perkataan Inggeris Morning Coffee , abstract, winter, prestige, instrument dan sebagainya yang digunakan dalam masyarakat yang mengamalkan cara hidup barat. Pengarang juga menggunakan kata- kata yang tepat dalam bidang muzik seperti not, quartet, orkes, frekuensi, nada, melodi, irama dan sebagainya. Juga terdapat penggunaan bahasa Arab seperti asar, Al-Fatihah dan tauhid. Turut terdapat penggunaan kata daerah seperti dialek Kedah dan Jawa. Contohnya berantakan (tidak teratur) , kenes (bergaya) dan sebagainya. Terdapat penggunaan peribahasa seperti Jauh panggang dari api. Pengarang juga menggunakan unsur simile dan metafora. Contohnya, gelisah seperti ayam dara yang pertama kali mahu bertelur, dan warna perlindungan. Ada unsur personifikasi.Contohnya, perasaan rendah dirinya meronta-ronta mahu melepaskan diri. 11. Perjalanan cerita sesebuah novel banyak bergantung kepada kebolehan pengarang mewuudkan konflik pada watakwatak utamanya. Huraikan konflik sedemikian pada watak- watak utama dalam novel yang telah anda pelajari. Terdapat banyak konflik yang diwujudkan oleh penulis dalam novel Konserto Terakhir. Antaranya ialah percintaan antara Hayati dan Hilmi. Hayati yang pada mulanya tidak begitu senang dengan kehadiran Hilmi akhirnya jatuh cinta kerana melihatkan sifat dan kelakuan Hilmi yang baik. Konflik semakin berkembang apabila Datin Salmah memberi layanan yang buruk terhadap Hilmi. Hilmi dihina dan dimarahi keranamerosakkan piano anaknya. Datin tidak menyenangi hubungan Hayati dan Hilmi sehingga Hilmi bertindak meninggalkan rumah Datuk Johari. Konflik semakin rumit apabila kehidupan rumah tangganya tidak dapat diselamatkan lagi. Hilmi dan Azizah tidak lagi hidup bersama. Ini turut membawa konfliknya ke puncak apabila Hilmi jatuh sakit dan dimasukkan di hospital. Konflik turut dirasai oleh Hayati apabila mengetahui bahawa Hilmi ialah abang kandungnya dan bukan sepupu sebagaimana yang diceritakan oleh Datin Salmah sendiri kepada Hayati dalam novel ini. 12. Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan keistimewaan watak utama novel tersebut. (7 markah) Dua novel yang saya kaji ialah novel Bukit Kepong dan novel Konserto Terakhir. Watak utama novel Bukit Kepong ialah Othman Yusof manakala watak utama novel Konserto Terakhir ialah Hilmi. Keistimewaan kedua-dua watak ialah sikap penyayang yang ada pada diri mereka. (2m: ayat isi) Misalnya, Othman Yusof begitu menyayangi tanah airnya sehingga sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong daripada serangan pihak komunis, manakala Hilmi tetap menyayangi isterinya iaitu Azizah dan anaknya walaupun mereka telah meninggalkan rumahnya dan menetap di rumah bapa mentuanya, Encik Bakar. (2m: ayat contoh) Keistimewaan watak utama novel Bukit Kepong ialah sikap keberanian yang ada pada diri Othman Yusof. Manakala, watak utama novel Konserto Terakhir ialah sikap kegigihan yang ada pada diri Helmi. (2m: ayat isi) Misalnya, Othman Yusof begitu berani semasa mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong sehingga sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan Lans Koperal Jidin yang cedera parah menakala Hilmi begitu gigih berusaha untuk mendalami ilmu muzik sehingga akhirnya dia berjaya menjadi pemuzik tanah air yang terkenal. (2m: ayat contoh)

Page 19 Sniper_Grenade 2010

13. (SOALAN SPM 2007) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya. (8 markah) Dua novel yang saya kaji ialah novel Bukit Kepong dan novel Konserto Terakhir. Watak utama novel Bukit Kepong ialah Othman Yusof manakala watak utama novel Konserto Terakhir ialah Hilmi. Dalam novel Bukit Kepong watak utamanya Othman Yusof telah menghadapi konflik iaitu apabila beliau mendapat tahu bahawa isterinya gila sewaktu pulang dari pertempuran. (1m) Namun begitu, Othman reda akan ketentuan Ilahi atas dugaan yang menimpanya. Dia dengan jiwa yang sabar menerima isterinya dan melayannya dengan penuh kasih sayang. Othman melawat dan menjaga isterinya dengan sepenuh jiwa biarpun terpaksa berulang alik dari rumah ke hospital bahagia. (2m) Manakala dalam novel Konserto Terakhir, watak utamanya iaitu Hilmi juga menghadapi konflik iaitu pergaduhan dengan isterinya Azizah. (1m) Pergaduhan mereka semakin meruncing sehingga mereka terpaksa berpisah tempat tinggal. Hilmi telah mengambil jalan iaitu berpisah buat sementara agar jaringan waktu mampu menjernihkan hubungan mereka. Sepanjang tempoh tersebut, Hilmi mengubati luka di hatinya dengan menghasilkan lagu-lagu. Dengan cara ini Hilmi dapat mengatasi konflik yang dihadapinya. (2m) 14. Klimaks merupakan bahagian yang menunjukkan keadaan kritikal dan mendebarkan yang membawa kepada penyelesaian sesuatu konflik. Huraikan peristiwa klimaks yang membawa kepada penyelesaian sesuatu konflik dalam novel yang anda pelajari. Hilmi yang berusaha gigih akhirnya telah mencapai kejayaan dalam bidang muzik dan menjadi terkenal. Dia telah berjaya untuk mengadakan pertunjukan orkes Perdana di Dewan Tuanku Canselor. Malangnya, dia telah jatuh sakit secara tiba-tiba dan tidak dapat hadir untuk mengetuai pertunjukan tersebut. Dia telah dihantar ke hospital dan secara tiba-tiba muncul Hayati menawarkan diri untuk menggantikan tempat Hilmi. Kedatangan Hayati telah menyelamatkan pertunjukan tersebut kerana majlis tersebut telah dihadiri oleh orang-orang kenamaan. Cita-cita Hilmi untuk mengadakan pertunjukan akhirnya tercapai walaupun tempatnya telah diambil oleh Hayati. Setelah tamat pertunjukan penonton telah memberikan tepukan gemuruh kerana mengagumi persembahan orkes tersebut tanpa mengetahui bahawa orkes tersebut dipimpin oleh Hayati. 15. Berdasarkan dua novel yang anda kaji, bandingkan latar masyarakat dalam setiap novel tersebut. Dua novel yang saya kaji ialah novel Bukit Kepong dan novel Konserto Terakhir. Watak utama novel Bukit Kepong ialah Othman Yusof manakala watak utama novel Konserto Terakhir ialah Hilmi. Latar masyarakat merujuk kepada cara hidup, budaya watak -watak, agama, adat resam,corak pemikiran, serta aspek sosial yang diketengahkan dalam sesebuah karya. Terdapat beberapa persamaan dan perbezaan antara novel Bukit Kepong dengan novel Konserto Terakhir . Salah satu daripada persamaan latar masyarakat dalam kedua -dua novel tersebut ialah masyarakat yang bantu membantu. Buktinya, dalam novel Bukit Kepong , anggota polis Bukit Kepong saling membantu antara satu sama lain untuk membina kubu pertahanan dan ketika menghadapi serangan komunis. Selain itu, dalam novel Konserto Terakhir ,Encik Bakar, Hayati, Mamat, dan Pak Amat membantu Hilmi yang menghadapi pelbagai kesukaran hidup. Selain itu, persamaan lain ialah masyarakat desa. Misalnya, dalam novel Bukit Kepong , masyarakat desa diwakili oleh penduduk Pagoh dan Kampung Bukit Kepong yang hidup dengan penuh kesederhanaan, taraf hidup rendah, berbudi bahasa, dan taat kepada ajaran agama. Bagi novel Konserto Terakhir pula, masyarakat desa diwakili oleh Hilmi dan Pak Karim yang berasal dari kampung dan hidup dengan penuh kesederhanaan, berbudi bahasa, dan taat kepada ajaran agama. Terdapat beberapa perbezaan latar masyarakat antara novel Bukit Kepong dan novel Konserto Terakhir . Salah satu daripada perbezaan latar masyarakat ialah kerjaya masyarakat. Contohnya, dalam novel Bukit Kepong , Othman dan rakanrakannya mewakili masyarakat polis yang bersemangat patriotik yang tinggi dan sanggup berjuang demi agama, bangsa, dan negara. Dalam novel Konserto Terakhir pula, Hilmi , Hayati, dan Encik Bakar mewakili masyarakat muzik yang gigih mendalami ilmu muzik.

Page 20 Sniper_Grenade 2010

16. Berdasarkan dua novel yang anda kaji, bandingkan teknik plot yang digunakan dalam setiap novel tersebut. Novel yang saya kaji semasa tingkatan 4 ialah novel Bukit Kepong dan novel yang saya kaji semasa tingkatan 5 ialah Konserto terakhir. Saya akan bandingkan kedua-dua novel ini dari segi teknik plotnya. Teknik plot yang terdapat dalam kedua-dua buah novel ialah teknik kejutan iaitu peristiwa yang tidak diduga oleh pembaca. Dalam novel Bukit Kepong, peristiwa yang mengejutkan pembaca ialah kejadian Rumah Pasung Bukit Kepong diserang hendap oleh pengganas komunis. Selain itu, Othman yang telah meletakkan jawatan pada peleraian cerita turut mengejutkan pembaca. Lebih-lebih lagi, Limah yang telah gila juga merupakan antara peristiwa yang mengejutkan saya sebagai pembaca. Dalam novel Konserto Terakhir, identiti Hilmi terbongkar sebagai anak Datuk Johari amat megejutkan saya. Selain itu, kejadian yang turut mengejutkan pembaca ialah peristiwa Hilmi telah meninggal dunia. Datuk Johari juga telah meniggal dunia setelah mendapat berita bahawa Hilmi telah meniggal dunia sehigga mengejutkan pembaca. Teknik plot kedua yang terdapat dalam kedua-dua novel ialah teknik imbas muka iaitu ramalan peristiwa yang bakal berlaku. Dalam novel Bukit Kepong, Othman telah menemui beberapa batang buluh tercucuk di dalam tanah. Peristiwa ini membolehkan pembaca meramalkan bahawa suatu kejadian buruk akan berlaku kerana batang buluh itu mungkin merupakan petanda yang dibuat oleh pengganas komunis. Dalam novel Konserto terakhir, Hilmi tidak menjaga pemakanan dan kuat menghisap rokok. Peristiwa ini membolehkan pembaca meramalkan bahawa Hilmi akan jatuh sakit jika tidak menjaga kesihatannya.

Page 21 Sniper_Grenade 2010

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->