Solat lima waktu tidak membebankan

Oleh Wan Aminurrashid

Ibadat dilakukan penuh khusyuk dapat membentuk peribadi, akhlak mulia SOLAT adalah ibadah utama dan istimewa dalam Islam. Solat juga tiang agama dan amalan yang paling awal dihisab di yaumil mahsyar kelak. Ia berdasarkan hadis sahih bermaksud: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah dia, dan jika sembahyangnya tidak diterima (ditolak), maka kecewa dan rugilh dia..." (Hadis riwayat at-Tirmizi) Allah tidak membebankan manusia dengan kewajipan solat. Manusialah sebenarnya yang memerlukan solat kerana manusia memerlukan Allah. Menerusi solat, manusia dapat selalu berinteraksi dengan Allah sehingga sentiasa ingat dan dekat dengan penciptanya. Lebih jauh lagi, tujuan Allah menyuruh solat supaya seseorang itu menjadi baik dan berperibadi unggul. Jadi, bukanlah bermakna, kalau solat sudah ditunaikan, gugurlah kewajipan sehingga tidak melihat kesan daripada hasil pelaksanaan ibadat itu. Dengan sentiasa mengingati Allah menerusi pelaksanaan solat lima kali sehari semalam yang dilaksanakan secara baik dan sempurna akan mampu membendung pelakunya daripada segala kejahatan dan kemungkaran. Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu (yang sempurna) mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar." – (Surah al-Ankabut, ayat 45). Dalam buku al-Mufradat fi gharibil Qur'an karangan Raghib al-Asfahany dijelaskan maksud kejahatan (al-fahsya') itu ialah perbuatan yang sangat keji sama ada berbentuk perkataan atau perbuatan. Kemungkaran pula bermaksud sesuatu perlakuan buruk yang tidak dibenarkan/diterima oleh akal dan hati nurani. Bentuk dan ciri perbuatan jahat itu diperincikan lagi oleh ahli tafsir kepada lima iaitu kejahatan yang dilarang oleh hukum dunia; perbuatan yang tidak dibenarkan oleh syarak dan sunnah; sifat bakhil; perbuatan zina dan maksiat. Berdasarkan huraian itu, jelas bahawa kejahatan dan kemungkaran itu tergolong dalam kategori budi pekerti buruk yang boleh membawa kerosakan terhadap peribadi dan masyarakat. Justeru, bagaimana peranan dan proses solat dalam usaha membendung kejahatan dan kemungkaran? Menjadi naluri manusia, tidak akan membuat sesuatu kejahatan jika dia benar-benar insaf dan menyedari bahawa perbuatan itu adalah larangan Allah. Segala kejahatan itu, pasti dijauhinya lantaran takut melanggar peraturan dan bimbang terhadap akibat buruk (dosa) yang akan menimpanya. Solat yang dilaksanakan secara tekun dan teratur, menghayati hikmat, nilai dan segala bacaan yang diungkapkannya, tentu akan berpengaruh terhadap jiwa dan sikap hidupnya. Bermula dari ucapan takbir hingga kepada ucapan salam, dia mengadakan hubungan dengan Allah dalam bentuk dialog langsung. Menerusi bacaan dalam solat, dia mengikrarkan bahawa gerak-gerinya, nafasnya yang naik turun, hidup dan matinya serta sebagainya adalah untuk berbakti kepada Tuhan, mentaati segala perintah dan menjauhi semua larangan-Nya.

Perintah itu tentulah supaya berbuat kebaikan, manakala larangan pula ialah menjauhi kejahatan dan kemungkaran. Pengakuan itu diikuti pula oleh jeritan hati nurani dan permohonan semoga Allah memberinya petunjuk, mengampuni segala kesalahan, memeliharanya daripada kesesatan dan sebagainya. Semua ungkapan itu apabila lahir dari hati yang tulus, pasti mempunyai psikologi ke dalam jiwanya, meresap ke dasar hati nuraninya, lalu dapat mempengaruhi sikap hidupnya. Dia menyedari bahawa setiap ketika dalam pengawasan Allah. Orang yang benar-benar solat dan menyedari kehadiran Allah di mana saja berada, pasti tidak berani atau malu melakukan kejahatan. Dengan demikian, solatnya akan mampu membentuk keperibadiannya menjadi insan berbudi pekerti mulia dengan menjauhi segala perlakuan keji dan mungkar. Namun, seseorang yang solat tetapi masih melakukan kemungkaran, bermakna solatnya belum betul dan sempurna lagi. Solatnya itu tiada nilainya di sisi Allah. Memang ada orang yang lantaran kurang kefahaman atau imannya, melaksanakan solat secara sambil lewa, tidak khusyuk, lalai dan lengah serta tanpa kesedaran dan pengertian sama sekali. Solat sedemikian tidak membawa apa-apa pengaruh, malah mungkin membawa kecelakaan kepada pelakunya. Firman Allah bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat. Iaitu orang yang lalai daripada solatnya dan orang yang riak." (Surah al-Ma'un, ayat 4-6 Imam al-Ghazali pula menyatakan bahawa orang yang solatnya tidak khusyuk adalah dianggap sia-sia belaka kerana tujuan solat itu selain untuk supaya selalu ingat kepada Allah, berfungsi sebagai alat pencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. INFO Adab makmum ketika solat  Makmum hendaklah 'mendahulukan' segala perbuatan dan bacaan imam. Mendengar atau membiarkan segala bacaan imam atau perbuatannya.  Makmum hendaklah membaca ‘Amin’ bersama selepas membaca al-Fatihah.  Makmum hendaklah mendengar bacaan imam dengan penuh khusyuk.  Makmum hendaklah menegur apabila imam terlupa atau tersilap dengan membaca: "Subhanallah" bagi lelaki dan menepuk tangan kanan ke belakang tangan kiri bagi wanita

Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa > ~ InsyaAllah,Allah > > lipat gandakan rezeki. Sebelum tidur, berdoa, > depends on apa yg kita > > hendak sepanjang tidur,otak akan generatekan all > of our wish & InsyaAllah, > > kita akan work towards it (ada semangat) di > keesokan harinya. Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ > ikut Sunnah &dapat > > pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan,vit > C dari buah2an yg > > dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang > akan diperolehi adalah approaching > > 0%.Jangan minum air semasa sedang makan > (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selepas makan. >Untuk minum, bagi teguk yg pertama > > sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru > telan.Teguk kedua & > > seterusnya boleh minum terus sbb air liur ada > enzyme yg boleh membunuh kuman > dlm > pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air > tegukan pertama. Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah > (Rasullullah makan sblm > > maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa > maghrib), sbb,bagi yg tgh > > study (or anak2), otak akan berfungsi excellently > (senang absorb ilmu) around 2 > > hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around > 10:30pm baru start study and > > most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 > tgh malam saja,jadi, tak > > byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan > pukul 6:30(org Cina take > > dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm > kekenyangan (yg mana > > boleh menghindar dari membuat sembahyang malam) Tatacara di bilik air, Selepas buang air kecil, > berdehem 3x (teran sikit) > > boleh elak drpd dapat batu karang Semasa buang air

> besar,mengiring > > sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring > ke kiri, perut akan tekan bladder > > and senang buang air besar Tatacara didik anak, Antara tips untuk dpt anak > bijak/genius, ajar anak > > (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung > (yg terletak sblh > > kiri)akan lebih"lapang"/"lega" dan mudah berdegup > (perjalanan darah okay) > > and otak anak akan develop excellently.Bagi anak2 > yg dah azalinya active > > or hyper-active, kurang(or jgn) pakaikan baju > warna orange ~ sbb warna ini > > boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk > anak (ie. akan lebih > > nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant. Tatacara didik diri sendiri, Amalkan apa2 yg baik > (juga amalan2 baru) > > selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) > bersabda, sst amalan yg > > diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan > menjadi tabiat and kalau > > tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg > -ve ~emosi2 ini akan > > membenarkan otak release excessive adrenaline, > cortisone & toxine yg mana > > boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah > cepat nampak tua(tua > > sblm waktunya), selalu sakit perut & etc Ada 3 kategori manusia :> > BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam > > TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam > > CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam "Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & > family. Usia Dunia sudah > > terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's > good if we can remind > > each other because in Rasulullah's last sermon, > baginda pun did > > mention that all those who listen to him (on that > day) shall pass on his > > words to others, and those to others again; and > may the last ones understand > > his words better that those who listen to him directly...Yang baik datang dari > > Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do > impart this knowledge & you'll > > lose nothing. >> > > Wallahualam.

Lukman mengajar anak kenang jasa ibu bapa
Sambungan semalam PERKARA YANG KETIGA dibangkitkan Lukman al-Hakim dalam wasiatnya ialah mengenang budi ibu bapa. Lukman mendidik anaknya supaya mengenang budi dan berterima kasih di atas susah payah dan jerit perih ibu bapa membesarkan anak dengan penuh kasih sayang dan pengorbanan. Tunaikan hak kedua-duanya terutama kepada ibu kerana ibu bersusah payah bermula dari proses mengandung sehingga melahirkan anak, menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama dua tahun, membelai dan mendidik siang malam. Ketaatan kepada ibu bapa (walaupun berlainan agama) adalah wajib kecuali apabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan Islam. Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini di mana terima kasih kepada ibu bapa datang selepas syukur kepada Allah. Inilah yang diterangkan melalui ayat 14, surah Lukman bermaksud: “Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali.” PERKARA KEEMPAT, tidak taat kepada arahan perkara maksiat. Lukman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya daripada mentaati ibu bapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah dan perbuatan maksiat yang dilarang-Nya.

Namun, sebagai anak, ibu bapanya harus dilayani, ditemani dan digauli dalam suasana penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan, menghormati dan berkhidmat kepada mereka. Inilah yang diterangkan melalui ayat 15, surah Lukman bermaksud: “Dan kalau kedua-duanya memaksa engkau supaya menyekutukan Aku, apa yang tiada engkau ketahui, janganlah dituruti; dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut.” PERKARA KEEMPAT, ikutlah jalan orang salih. Lukman menasihati anaknya supaya melalui jalan yang dilalui orang salih iaitu mereka yang kembali bertaut kepada Allah dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus. Mereka yang kembali kepada Allah adalah daripada kalangan rasul, nabi, orang benar dan sesiapa saja yang mengikuti mereka dengan keikhlasan dari kalangan orang mukmin. Inilah yang diterangkan ayat 15, surah Lukman bermaksud: “Dan turutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku.” PERKARA KEENAM, sentiasa ingat hari kiamat dan pembalasan. Lukman berpesan kepada anaknya supaya melakukan ‘pemerhatian’ hari kiamat dan arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini. Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Lukman bermaksud: “Nanti kamu akan kembali kepada-Ku dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang kamu kerjakan.” PERKARA KETUJUH, setiap amal (tersembunyi atau terserlah) akan dihisab oleh Allah Maha Mengetahui. Lukman menerangkan kepada anaknya akan syumul ilmu Allah melewati ilmu manusia. Allah bebas melakukan apa saja tanpa ada halangan, mendatangkan sesuatu yang diinginkan-Nya daripada segenap tempat yang tidak mampu dibuat makhluk. Sesuatu kebaikan, kejahatan, kezaliman dan kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji sawi walaupun tersembunyi jauh dalam batu, di hujung langit atau terbenam sedalam di dasar bumi akan didatangkan Allah pada hari kiamat untuk dihisab dan diberi ganjaran dosa atau pahala. Inilah yang diterangkan melalui ayat 16, surah Lukman bermaksud: “(Kata Lukman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan ada (tersembunyi) dalam batu, di langit atau di bumi, itu akan dikemukakan oleh Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal yang halus) dan Cukup Tahu.”

Kejahilan punca kejahatan, undang malapetaka
Oleh Ibrahim Abdullah

ALLAH banyak menjelaskan di dalam Al-Quran terhadap bahaya kejahilan dan kesyirikan. Antaranya: Allah menceritakan mengenai kaum Nabi Musa dalam firman-Nya bermaksud: “Mereka (bani Israel) mengatakan: Wahai Musa, buatlah untuk kami sebuah sesembahan (berhala) seperti mereka memiliki berhala. Musa menjawab: Sesungguhnya kamu adalah kaum yang jahil." (Surah al-'Araf, ayat 138). Al-Imam Asy-Syaukani mengatakan: "Allah menyifatkan bani Israel dengan kejahilan kerana mereka mengetahui bukti kekuasaan Allah, yang mesti hal itu tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk memohon sesuatu yang hanya mampu dilakukan Allah tidak kepada yang lain. Tetapi mereka terkenal angkuh dengan sifat kedegilan mereka, kuat kejahilannya dan orang yang tidak memiliki pendirian." (Fathul Qadir, halaman 586). Allah berfirman lagi bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang musyrik itu, sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah, patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain daripada Allah wahai orang yang jahil?" (Surah az-Zumar: 64). Di dalam ayat ini Allah memerintahkan Rasulullah SAW memberitahu orang jahil mengenai perkataan mereka yang sesat. Perintah orang kafir kepada Rasulullah SAW untuk menyembah selain Allah itu didasarkan oleh kejahilan. Jika mereka berilmu mengenai Allah Yang Maha Sempurna nescaya mereka tidak akan memerintahkan Rasulullah SAW melakukan hal demikian. Masih banyak lagi ayat seumpama yang menjelaskan bahawa kejahilan adalah sumber kejahatan, malapetaka dan bencana. Al-Imam Ibnu Qayyim mengatakan: "RUKUN KEUFURAN ada empat iaitu sombong, hasad, marah dan syahwat. Sifat sombong akan mencegah seseorang untuk patuh, tunduk atau taat. “Sifat hasad menghalang seseorang untuk menerima nasihat. Sifat marah akan menghalang untuk berbuat adil dan manakala sifat syahwat akan menghalang seseorang untuk khusyuk dalam beribadat.” Mereka yang membiarkan keempat-empat rukun kekufuran itu pada dirinya, maka dia membuka pintu kejahatan pada dirinya. Perkara itu akan menyebabkan seseorang terhalang untuk tunduk atau patuh, ikhlas, bertaubat, menerima kebenaran, menerima nasihat daripada saudaranya dan tawaduk di hadapan Allah. Al-Imam Mujtahid dan lainnya mengatakan: "Setiap orang yang bermaksiat kepada Allah baik sengaja atau tidak, dia adalah orang jahil sampai dia bertaubat." Allah dan rasul-Nya memperingatkan kita supaya berhati-hati dengan orang jahil dan tindakannya. Bertemankan mereka menjerumuskan diri kita ke lubang kemaksiatan walaupun kita mengetahui hukum-hakam perbuatan itu. Orang jahil lebih dekat kepada iblis dan mudah menyimpang jauh daripada jalan Allah. Mereka sendiri adalah tentera iblis. Apabila mendekati mereka, pasukan iblis akan bergerak untuk menipu diri, agama, harta bahkan nyawa kita.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful