Sabda Rasulullah SAW: "Aku telah tinggalkan untuk kamu dua pemberi nasihat, yang berbicara dan bisu

. Yang berbicara adalah Al-Quran dan yang bisu adalah maut." Al-Quran adalah penasihat yang berbicara, dan pemberi peringatan yang jujur, sebab ia adalah Kalam ALLAH yang di dalamnya tidak memuatkan kebatilan sama sekali. -petikan dari "Rahsia Menjana Keajaiban Diri oleh Imam Al-Ghazali:m.s:2 Sabda Rasulullah SAW: "Siapa yang membantu terwujudnya perbuatan maksiat walaupun hanya dengan sepenggal kata, ia sudah menjadi sekutu baginya dalam perbuatan tersebut." "Siapa yang bertambah ilmu, tetapi tidak bertambah hidayah, ia hanya bertambah jauh dari ALLAH." "Orang yang paling keras seksanya di hari kiamat, adalah orang alim yang ilmunya tidak ALLAH berikan manfaat padanya." -dipetik dari Rahsia Menjana Keajaiban Diri oleh Imam Al-Ghazali.m.s :11-13 Sabda Rasulullah SAW: "Siapa yang pergi untuk solat Jumaat di waktu yang pertama, seakan-akan ia telah berkorban unta, siapa yang pergi pada waktu kedua, seakan-akan ia berkorban lembu betina, siapa yang pergi di waktu ketiga, seakan-akan ia berkorban kambing kibas, siapa yang pergi di waktu keempat, seakan-akan ia berkorban ayam, siapa yang pergi di waktu kelima, seakan-akan ia berkorban telor. Jika imam sudah keluar atau naik mimbar, maka lembaran-lembaran itu pun dilipat dan pena-pena diangkat, sementara para malaikat berkumpul di mimbar untuk mendengarkan zikir atau peringatan." -dipetik dari Rahsia Menjana Keajaiban Diri oleh Imam Al-Ghazali. m.s:67

Sabda Rasulullah SAW: "Perumpamaan dua orang saudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lain."

"Tidaklah dua orang bersahabat, melainkan yang paling dicintai ALLAH SWT adalah yang paling mengasihi temannya." "Wahai Muaz, ikutilah jejakku walaupun pada amalanmu ada kekurangan. Peliharalah lidahmu jangan sampai menjatuhkan saudaramu, khususnya ahlul Quran. Hendaklah engkau ingat dosa-dosamu dan jangan kamu tanggung dosa itu pada orang lain (Yakni jika kamu bersalah, jangan kamu mengkambinghitamkan orang lain.) Jangan mencela mereka. Jangan memuji dirimu dengan memburukkan orang lain. Jangan engkau masukkan amal dunia ke dalam amal akhirat. Jangan bersikap riyak. Jangan sombong dalam majlismu sehingga orang lain waspada terhadap buruknya akhlakmu. Jangan engkau menyeru seseorang sedangkan di sisi engkau ada orang lain. Jangan berbangga diri di hadapan manusia sehingga dengan demikian kebaikan dunia dan akhirat terputus darimu. Jangan memecah-belah orang dengan lidahmu kerana dengan demikian anjinganjing neraka pada hari kiamat akan mengoyak-ngoyakmu." "Wahai Muaz, ia mudah bagi yang diberi kemudahan oleh ALLAH SWT. Cukup bagimu dari itu semua dengan mencintai manusia sebagaimana engkau mencintai dirimu. Juga, engkau tidak menyukai sesuatu menimpa mereka sebagaimana engkau tak suka kalau hal itu menimpa dirimu. Dengan begitu, engkau selamat." -dipetik dari Rahsia Menjana Keajaiban Diri oleh Imam Al-Gahazali.m.s:94-95

Sabda Rasulullah SAW " Tiga perkara, sesiapa yang terdapat ketiga-tiga perkara itu dalam dirinya beliau akan mendapat kemanisan iman, iaitu: Bahawa ALLAH dan Rasul-Nya lebih ia kasihi dari yang lain, bahawa beliau tidak mengasihi seseorang kecuali kerana ALLAH, bahawa beliau benci kembali kepada kekufuran sebagaimana beliau benci dilontarkan ke dalam neraka." (Hadis Riwayat oleh Al-Bukhari) Sabda Rasulullah SAW: "Paling afdzal ibadat umatku ialah membaca Al-Quran." (Hadis Riwayat oleh Abu Nua'im dalam "Fada'il al-Qur'an daripada Nu'man Ibn.Bashir dan Anas Ibn.Malik)

"Sesungguhnya Al-Qur'an ini diturunkan dengan dukacita(oleh itu) apabila kamu membacanya hendaklah kamu merasakan dukacita." (Hadis Riwayat Abu Ya'la dan Abu Nua'im dalam "al-Hilyah" daripada Ibn.Umar) "Tidaklah beriman dengan Al-Qur'an orang yang menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Al-Qur'an." (Hadis Riwayat at-Tirmizi) "Engkau mestilah membaca Al-Qur'an, kerana Al-Qur'an itu cahaya bagimu di bumi ini dan perbendaharaan bagimu di langit." (Hadis Riwayat Ibn.Hibban-sebahagian drp hadis yg panjang.) Sabda Rasulullah SAW: "Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan mukmin yang paling lemah lembut terhadap isterinya." (Hadis Riwayat Tirmizi) "Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang yang paling berlaku baik terhadap isterinya dari kamu." (Hadis Riwayat Tirmizi daripada 'Aishah) "Seseorang itu tidak akan menemui ALLAH dengan dosa yang lebih besar dari dosa kejahilan isterinya." "Celakalah (lelaki yang menjadi) hamba isterinya." (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful