P. 1
Seeloknya Berterus Teranglah

Seeloknya Berterus Teranglah

|Views: 118|Likes:

More info:

Published by: Muhammad Rizam Hj Bakri on Oct 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/14/2011

pdf

text

original

Seeloknya Berterus Teranglah…

Suatu malam Ramadan semasa Nabi s.a.w. sedang beriktikaf di masjid, datang Ummul Mukminin Sayidatina Safiyah r.ha. Selesai urusannya dengan Nabi, baginda menghantar sampai ke pintu masjid. Kebetulan waktu itu melintas dua orang Sahabat dari kalangan Ansar lalu memberi salam kepada Nabi. “Persilakanlah hendak ke mana pun,” kata Nabi kepada dua orang Sahabat itu selepas menjawab salam. “Wanita ini bukan orang lain tetapi isteriku, Safiyah binti Huyai.” Kenapa Nabi s.a.w. memperkenalkan isteri baginda kepada dua orang Sahabat itu? Sebab Nabi tidak mahu menimbulkan sesuatu yang boleh mendatangkan fitnah, walaupun apa yang baginda sedang lakukan itu bukan kesalahan. Dan bagi Sahabatsahabat baginda pula, terjauh daripada mereka menyangka yang bukan-bukan terhadap Nabi. Nabi tahu itu. Tetapi baginda menunjukkan teladan kepada kita, jangan biarkan sekecilkecil syak wasangka terbit di dalam hati orang lain disebabkan oleh perbuatan kita. Walaupun apa yang kita buat tidak salah, seperti mana Nabi bersama Sayidatina Safiyah di hadapan pintu masjid pada waktu tengah malam. Menjelaskan tujuan Nabi s.a.w. memberitahu dua Sahabat Ansar tentang isteri baginda itu, Nabi bersabda, “Sesungguhnya syaitan dapat merayap ke dalam tubuh manusia (dapat menggoda) seperti mengalirnya darah di dalam tubuh. Sesungguhnya aku khuatir kalau-kalau syaitan itu melemparkan sesuatu ke dalam hati kamu berdua.” Dalam situasi begitu, apa lagi yang akan dibisikkan syaitan ke dalam hati kalau bukan sangka-sangka yang tidak baik. Kalau bukan tuduhan serta anggapan negatif. Sedangkan sangkaan buruk itu termasuk dalam dosa yang berat. Allah tidak akan mengampuninya sebelum terlebih dahulu diampuni oleh orang yang dilemparkan sangka buruk itu. Ditegaskan di dalam al-Quran menerusi sebaris firman dari Surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan sangka-sangka kerana sebahagian sangka-sangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari aib orang lain…” (hingga akhir ayat). Sangka buruk adalah jenayah hati. Apabila meletakkan sangkaan-sangkaan buruk kepada seseorang, kita telah berbuat jahat kepada orang itu tanpa diketahuinya dan tanpa kita sedari. Namun Allah Yang Maha Mengetahui, tidak akan melepaskan apa saja perbuatan jahat yang dilakukan manusia dengan tidak diadili dan dijatuhi hukuman setimpal. Cuma, seperkara yang barangkali jarang diberi perhatian ialah sebab-musabab timbulnya satu-satu sangka buruk itu. Itulah yang dipertontonkan oleh Nabi s.a.w. kepada dua orang Sahabat di hadapan pintu masjid, untuk dijadikan iktibar dan renungan sepanjang zaman bahawa di mana-mana pun fitnah boleh berlaku jika tidak berhati-hati. Tidak berasa bersalahkah kita jika kelakuan dan sikap kita menimbulkan syak dan sangka buruk orang lain? Tidak berasa bersalahkah kita jika dosa sangka buruk orang lain itu disebabkan oleh kita? Tidak berasakah yang kita telah menyemai bibit-bibit fitnah? Fitnah adalah kejahatan. Kejahatan merosak dan membinasakan – binasa amal, binasa pahala, binasa ukhuwah, binasa kasih sayang dan binasa kehidupan.

Jangan cepat menyalahkan orang yang meletakkan sangka buruk itu, sekalipun sudah sedia maklum memang tabiatnya begitu. Kita hidup berkawan dan bermasyarakat. Setiap hari berhadapan dengan pelbagai macam kerenah manusia. Tapi sebenarnya kepelbagaian itulah yang mencorak kehidupan. Memang mudah untuk terperangkap dengan fitnah. Sebab itulah Nabi menunjukkan cara bagaimana menghindarinya. Secara senang difahami tentang apa yang telah Nabi s.a.w. tunjukkan ialah sikap berterus terang baginda. Berterus terang akan menghapuskan gelap dan kesamaran. Nabi s.a.w. melarang dua orang lelaki berbisik-bisik, sedangkan bersama mereka ada orang ketiga. Walaupun yang dibisikkan itu perkara kebaikan atau sesuatu yang langsung tidak ada kena-mengena dengan lelaki yang seorang lagi. Apa pun, waspadalah dan berusaha menghindari daripada berbuat perkara yang boleh menyebabkan orang lain bersangka buruk terhadap kita. Kasihan… sangka-sangka buruknya itu menyebabkan dia mendapat dosa. Kenapa dia bersangka-sangka? Kerana tidak tahu hal yang sebenar. Justeru, maafkan sajalah orang-orang yang ‘menyakiti’ kita dengan hati dan lidah mereka itu. Mereka tidak tahu. Sedangkan Nabi yang menerima tentangan hebat penduduk Thaif pun rela memaafkan mereka. Malah didoakan pula untuk mereka, “Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.” Berilah kemaafan tanpa tunggu diminta. Mungkin kita pun ada berbuat seperti mereka. Bermakna, kita juga sangat mengharapkan kemaafan dari orang-orang yang telah kita khianati. Dan sesekali, renung-renunglah lagi sikap serta perlakuan sehari-hari. Apakah ada yang boleh mencetuskan syak wasangka orang lain. Di dalam terang, banyak perkara boleh diselesaikan. Rambut yang kusut-masai pun boleh diungkai.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->