You are on page 1of 19

Bab 3 Koordinasi dan Pergerakan

3.1 Pergerakan dan Koordinasi

1. Manusia, haiwan dan tumbuhan sentiasa menghadapi perubahan dalam persekitaran


luaran dan dalaman. Perubahan yang dikesan merupakan rangsangan.

2. Contoh rangsangan luaran adalah seperti suhu, cahaya, bunyi, rasa, tekanan dan
sentuhan.

3. Contoh ransangan dalaman adalah seperti suhu badan, tekanan osmosis dan aras gula
dalam darah.

4. Tindak balas terhadap sesuatu rangsangan merupakan gerak balas. Organisma bergerak
balas terhadap perubahan dalam persekitaran luaran dan dalaman untuk melindungi diri
daripada kecederaan dan menjamin kemandirian organisma.

5. Reseptor merupakan sel khas yang boleh mengesan perubahan dalam persekitaran luar
dan dalaman. Contoh reseptor: kulit, mata, hidung, telinga dan hipotalamus.

6. Reseptor menerima dan menghantar rangsangan ke pusat integrasi (sistem saraf pusat),
di mana maklumat diproses dan dihantar ke efektor.

7. Maklumat dihantar sebagai impuls elektrik.

8. Efektor merupakan organ yang bergerak balas terhadap rangsangan yang disampaikan
oleh sistem saraf pusat. Contoh efektor: otot atau kelenjar.

9. Impuls dihantar daripada reseptor kepada sistem saraf pusat menerusi laluan aferen.

10. lmpuls daripada sistem saraf pusat dihantar ke efektor menerusi laluan eferen.

11. Persekitaran dalaman dikawal oleh suap balik negatif. Apabila suatu perubahan
dikesan, mekanisme pembetulan berlaku untuk memulihkan keadaan kembali normal
Misalnya jika suhu badan kita meningkat atau menurun, mekanisme pembetulan akan
berlaku dalam badan untuk memulihkan suhu kembali ke normal.

12. Koordinasi badan ialah proses bagaimana bahagian badan yang berlainan
bekerjasama untuk mendapatkan satu gerak balas betul. Sistem saraf dan sistem
endokrin mengkoordinasikan semua aktiviti ini.

3.2 Peranan Sistem Saraf Manusia

1. Sistem saraf manusia terdiri daripada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.

2. Sistem saraf pusat merupakan pusat integrasi badan. la menghantar, mengintegrasi,


membanding dan menganalisis maklumat serta mengkoordinasikan gerak balas.

3. Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang.

4. Sistem saraf periferi mengunjur daripada sistem saraf autonomi dan sistem saraf
somatik.

5. Saraf kranium mengunjur daripada otak manakala saraf spina mengunjur daripada
saraf tunjang.
Otak

1. Otak merupakan pusat koordinasi.

2. Otak terkurung dalam tengkorak yang melindungi otak daripada kecederaan.

3. Bahagian luar otak terdiri daripada jirim kelabu manakala bahagian dalam terdiri
daripada iirim putih.

4. Jirim kelabu mengandungi badan sel neuron, manakala jirim putih mengandungi akson
sahaja.

Saraf tunjang

1. Saraf tunjang merupakan laluan utama antara otak dengan sistem saraf periferi.

2. Saraf ini menghantar impuls ke otak dan dari otak, dan mengawal tindakan refleks.

Human spinal cord

3. Bahagian luar saraf tunjang terdiri daripada jirim putih manakala bahagian dalam
terdiri daripada jirim kelabu.

4 Akar dorsal dan akar ventral yang mengunjur dari saraf tunjang bercantum untuk
membentuk saraf spina.

5. Akar dorsal mangandungi akson neuron aferen atau akson neuron deria manakala akar
ventral mengandungi akson neuron eferen atau akson neuron motor.

6. Ganglion dorsal yang mengandungi badan sel neuron deria terletak di akar dorsal.
Neuron

1. Sel saraf yang membentuk sistem saraf dipanggil neuron.

2. Setiap neuron terdiri daripada satu badan sel yang mengandungi nukleus dan proses
sitoplasma halus yang dikenali sebagai terminal saraf.

3. Fungsi pelbagai bahagian neuron eferen.

Struktur Fungsi
Akson Gentian panjang yang mengalirkan impuls daripada badan sel
Dendron Gentian pendek yang menerima dan menghantar impuls ke arah badan
sel
Dendrit Cabang terminal yang terdapat pada hujung akson dan dendron, yang
menerima atau menghantar impuls.
Salut mielin Bahan berlemak mengelilingi akson atau dendron, yang berfungsi
sebagai lapisan penebat
Nodus Ranvier Bahagian terputus-putus di sepanjang akson yang tidak disaluti salut
myelin; membantu mempercepatkan kadar penghantaran impuls

4 Terdapat tiga jenis neuron:


a) neuron motor
b) neuron deria

c) neuron perantaraan (interneuron).

Penghantaran maklumat dari reseptor ke efektor

1. Maklumat dalam sistem saraf dihantar dalam bentuk impuls elektrik yang dihasilkan
apabila terdapat perbezaan antara cas elektrik di luar dan di dalam membran sel neuron.

2. Apabila receptor menerima rangsangan, impuls saraf dihantar melalui neuron deria ke
interneuron dalam saraf tunjang.

3. lnterneuron akan menghantar impuls ke interneuron yang lain, yang akhirnya


manghantar impuls ke sistem saraf pusat untuk integrasi dan penterjemahan.

4. Dari sistem saraf pusat, neuron motor menghantar impuls saraf ke efektor, yang akan
bergerak balas.

Sinaps

1. Sinaps ialah ruang di mana akson satu neuron berada hampir dengan dendrit neuron
yang lain.
2. Mitokondrion dan vesikel yang mengandungi neurotransmitter terdapat dengan
banyaknya dalam bonggol sinaps. Contoh neurotransmiter adalah asetilkolina dan
noradrenalina.

3. Apabila impuls sampai ke sinaps, vesikel di membran pra-sinaps membebaskan


neurotransmitter ke dalam ruang sinaps.

4. Neurotransmiter meresap melintasi ruang sinaps ke membran pasca-sinaps.

5. Di membran pasca-sinaps, ia dirangsang untuk menghasilkan impuls baru yang


kemudian dialirkan sepanjang neuron.

6. Penghantaran impuls pada sinaps membolehkan neuron berhubung dengan neuron-


neuron lain pada masa yang sama, dan dengan itu menghasilkan gerak balas berganda.

7. Oleh sebab neurotransmitter dibebaskan dari membran pra-sinaps, penghantaran


impuls di sinaps adalah sehala.

Tindakan terkawal dan luar kawal

1. Tindakan terkawal adalah tindakan di bawah kawalan dan dilakukan dalam kesedaran.
Contoh: membaca, menulis dan mengangkat tangan.

2. Tindakan luar kawal dikawal oleh sistem saraf autonomic dalam badan. la bukan
bawah kawalan otak. la dikawal oleh medula oblongata dan saraf tunjang. Contoh
tindakan yang berlaku dalam badan kita yang tidak disedari termasuklah denyutan
jantung, peristalsis dan perembesan jus pencernaan.

Tindakan refleks

1. Tindakan refleks merupakan tindakan luar kawal yang berlaku secara automatik.

2. Tindakan refleks melindungi badan kita daripada kecederaan.

3. Laluan impuls dari reseptor ke efektor dinamakan arka refleks.


4. Arka refleks terdiri daripada reseptor, neuron deria, saraf tunjang, neuron motor dan
efektor.

5. Apabila reseptor menerima rangsangan, impuls dihantar sepanjang neuron deria hingga
ke interneuron dalam saraf tunjang.

6. Interneuron kemudiannya menghantar impuls ke neuron motor, yang menghantar


impuls ke efektor yang berkenaan. Contoh: Apabila tangan secara tidak sengaja tersentuh
benda panas atau apabila kaki terpijak paku.

7. Dalam gerak balas sentakan lutut, impuls dihantar secara langsung ke neuron motor
tanpa melalui interneuron.

Penyakit berkaitan dengan sistem saraf

1. Seorang penghidap penyakit Parkinson mengalami tangan dan kaki yang menggeletar,
ketegangan bahagian tertentu badan kerana kekurangan penghasilan sejenis
neurotransmiter, iaitu dopamine dalam otak.

2. Sklerosis berganda disebabkan oleh kerosakan salut myelin neuron. Penghidap


penyakit ini bergerak dengan perlahan.

3. Epilepsi (atau sawan) bercirikan pembebasan cas elektrik daripada neuron secara
tibatiba.
4. Penyakit Alzheimer disebabkan oleh kemerosotan neuron otak apabila tua. Penghidap
penyakit ini mengalami gangguan daya fikir, kehilangan ingatan dan kebingungan.

5. Poliomielitis disebabkan oleh jangkitan virus pada sistem saraf pusat.

Soalan

1. Antara yang berikut, yang manakah bukan rangsangan persekitaran dalaman?


A Suhu
B Tekanan osmosis
C Paras gula darah
D Cahaya

2. Rajah di bawah menunjukkan keratan memanjang otak manusia.

Antara tindakan berikut, yang manakah tidak dikawal oleh bahagian otak yang dilabel
W, X, Y dan Z?

Bahagian Otak Fungsi


A W Daya ingatan
B X Denyutan jantung
C Y Keseimbangan
D Z Peristalsis

3. Rajah berikut menunjukkan struktur bonggol sinaps.

Apakah fungsi struktur P?


A Meningkatkankepantasan penghantaran
B Menghasilkan tenaga untuk menghantar impuls melintasi sinaps
C Menghantar impuls melintasi sinaps
D Merembeskan neurotransmiter
3.3 Peranan Hormon dalam Manusia

1. Hormon adalah protein yang dirembeskan daripada kelenjar endokrin dalam badan
kita.

2. Hormon adalah pengutus kimia yang dirembeskan secara langsung ke dalam darah,
dan dibawa ke organ sasaran yang terdapat di bahagian lain dalam badan.

3. Hormon dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit.

4. Hormon adalah spesifik dari segi tindakan, dan hanya bertindak pada organ sasaran
tertentu.

5. Tindakan hormon adalah lambat tetapi kesannya tahan lebih lama.

Sistem Endokrin Manusia

1. Sistem endokrin terdiri daripada kelenjar endokrin yang merembeskan hormone untuk
mengkoordinasikan aktiviti badan dan gerak balas terhadap rangsangan daripada
persekitaran.

2. Kelenjar endokrin tidak mempunyai duktus. Hormon tidak dirembes melalui duktus,
tetapi dirembes terus ke dalam aliran darah yang membawa hormone ke seluruh badan.

Kelenjar endokrin Hormon Fungsi


Kelenjar pituitary Hormon antidiuresis Mengawal keseimbangan air
Hormon peluteinan Merangsang pengovulan
Oksitosin Merangsang pengecutan otot
uterus semasa bersalin
Prolaktin Merangsang rembesan susu oleh
kelenjar susu
Hormon pertumbuhan Merangsang pertumbuhan
Hormon adrenokortikotrof Merangsang korteks adrenal
untuk menghasilkan hormone
Hormon perangsang tiroid Merangsang kelenjar tiroid untuk
menghasilkan tiroksina

Hormon perangsang Merangsang ovari untuk


folikel menghasilkan estrogen

Kelenjar tiroid Tiroksina Mengawal kadar metabolisme


badan

Kelenjar adrenal Adrenalina Menyediakan badan, untuk


(medulla) kecemasan dengan meningkatkan
kadar metabolisme, meningkatkan
kadar denyutan jantung,
mengarahkan pengaliran darah ke
organ penting; meningkatkan
kepekatan glukosa darah dan
merangsangkan pendilatan anak
mata
Kelenjar adrenal Aldosteron Mengawal kepekatan natrium
(korteks) dan kalium dalam darah
Pankreas Insulin Menurunkan kepekatan glukosa
darah
Glukagon Meningkatkan kepekatan glukosa
Darah
Ovari Estrogen Mengawal perkembangan cirri
(perempuan sahaja) seks sekunder perempuan
Progesteron Menyediakan uterus untuk
penempelan embrio
Testis Testosteron Mengawal perkembangan cirri
(lelaki sahaja) seks sekunder lelaki

Kesan ketakseimbangan hormon

1 Ketakseimbangan hormone disebabkan oleh penghasilan hormon yang berlebihan atau


kekurangan.

2 Oleh sebab sistem endokrin mengkoordinasikan perubahan jangka panjang badan kita,
segala ketakseimbangan dalam penghasilan hormon akan mempengaruhi kdsihatan kita.

Hormon Berlebihan Kekurangan


Hormon pertumbuhan Kegergasian Kekerdilan
(kanak- kanak)
Akromegali (dewasa)
Tiroksina Peningkatan kadar Perkembangan fizikal dan
metabolisme dan saiz mental kanak-kanak yang
kelenjar tiroid (Goiter) terbantut
(Kretinisme)
Kurang tenaga bagi orang
dewasa
(Miksodema)
Insulin Aras gula darah yang terlalu Aras gula darah dan air kencing
rendah (Hipoglisemia) yang tinggi (Diabetes melitus)
Estrogen Akil baligh awal Akil baligh lewat
Progesteron Keguguran embrio
Testosteron Akil baligh awal Akil baligh lewat

Soalan

1. Pat menghidap penyakit kekurangan hormon yang menyebabkan gejala seperti


perpeluhan secara berlebihan kegentaran, denyutan jantung yang cepat dan penurunan
berat badan. Antara hormone berikut, yang manakah mungkin menyebabkan keadaan ini?
A Tiroksina
B lnsulin
C Hormon antidiuresis
D Hormon Pertumbuhan

2. Antara yang berikut, yang manakah adalah fungsi hormon yang dibebaskan oleh
pankreas?
A Mengawal metabolisme badan kita
B Meningkatkan kadar denyutan jantung
C Mengawal aras gula darah kita
D Meningkatkan tekanan darah kita

3. Antara yang berikut, yang manakah berlaku apabila seekor anjing tiba-tiba menyerang
seseorang?
A Jantung berdenyut lebih cepat
B Aras gula dalam darahnya menurun
C Aras gula dalam darahnya meningkat
D Kadar metabolismenya menurun

3.4 Homeostasis dalam manusia

1. Persekitaran dalaman suatu organisma merupakan cecair tisu yang membasahi sel-sel
dan tisu-tisu, bersama dengan sistem peredaran darah.

2. Persekitaran dalaman perlu dikekalkan malar, atau sekurang-kurangnya di antara had


tertentu, untuk memastikan sel-sel dikekalkan dalam keadaan fizikal dan kimia yang
optimum dalam persekitaran dalaman.

3. Faktor fizikal yang perlu dikekalkan malar termasuk suhu badan dan tekanan darah.
4. Faktor dalaman termasuk tekanan separa oksigen dan karbon dioksida, tekanan
osmosis dan aras gula darah.

5. Homeostasis ialah pengekalan persekitaran dalaman melalui mekanisme


pengawalaturan dalam tubuh.

6. Homeostasis dicapai melalui mekanisme suap balik negatif.

7. Mekanisme suap balik negative terdiri daripada tiga bahagian penting:


(a) Organ deria atau reseptor untuk mengesan perubahan dalam perselitaran dalaman.
(b) Pusat kawalan (otak) yang berupaya memulakan tindakan pembetulan yang sesuai.
(c) Organ bergerak balas atau efektor yang melakukan tindakan pembetulan untuk
mengembalikan persekitaran dalaman keadaan normal.

8. Homeostasis melibatkan naik turun sekitar norma atau titik tetap. Apabila
penyimpangan daripada norma berlaku, mekanisme pembetulan bertindak untuk
mengembalikan persekitaran dalaman kepada aras asal.

Pembentukan air kencing

1. Ginjal merupakan sebahagian daripada sistem perkumuhan.

2. Keratan memanjang ginjal menunjukkan korteks di luar, medula di dalam, dan pelvis.

3. Ginjal terdiri daripada berjuta-juta nefron.

4. Setiap nefron pula terdiri daripada kapsul Bowman, tubul berlingkar proksimal, liku
Henle, tubul berlingkar distal dan duktus pengumpul.
4. Arteri renal membawa darah masuk ke dalam ginjal manakala vena renal membawa
darah keluar dari ginjal.

5. Pembentukan air kencing melibatkan proses ultraturasan, penyerapan semula dan


rembesan.
(a) Ultraturasan berlaku di kapsul Bowman. Darah dari glomerulus dipaksa merentas
masuk ke dalam kapsul Bowman oleh tekanan tinggi yang dihasilkan oleh arteriol aferen.
Sel darah merah dan protein darah terlalu besar dan tidak dapat menembusi liang-liang
pada dinding glomerulus dan kapsul Bowman. Glukosa, asid amino, urea, air berlebihan
dan garam mineral yang membentuk turasan glomerulus mengalir ke dalam tubul
berlingkar proksimal.
(b) Penyerapan semula glukosa dan asid amino berlaku melalui proses pengangkutan
aktif manakala air diserap secara osmosis. Dalam liku Henle, air, ion natrium dan klorida
diserap semula.
(c) Dalam tubul berlingkar distal, ion hidrogen, ion kalium, ion ammonium, urea dan
toksin atau dadah dirembes sama ada secara aktif atau pasif dan disingkirkan.

6. Apabila turasan sampai ke duktus pengumpul, kebanyakan air dan garam mineral yang
diperlukan oleh badan telah diserap. Hanya tinggal urea serta air dan garam mineral
berlebihan. Cecair yang disingkirkan melalui duktus pengumpul ialah air kencing.

Mekanisme pengosmokawalaturan

1. Pengosmokawalaturan ialah pengawalaturan tekanan osmosis darah.

2. Proses ini dikawal oleh suap balik negatif yang melibatkan pengawalan air dan garam
mineral dalam tiub berlingkar distal dan duktus pengumpul.

3. Apabila tekanan osmosis dalam badan tinggi disebabkan oleh pengambilan air yang
sedikit, perpeluhan yang terlampau atau pengambilan makanan yang terlalu masin,
osmoreseptor dalam hipotalamus akan dirangsang.
4. Impuls saraf terjana dan dihantar ke kelenjar pituitari bagi merangsangnya untuk
meningkatkan penghasilan hormon antidiuresis (ADH), dan kelenjar adrenal bagi
mengurangkan penghasilan aldosteron yang dihantar ke ginjal.

5. ADH meningkatkan ketelapan dinding tiub berlingkar distal dan duktus pengumpul
untuk menyerap semula air ke dalam darah secara osmosis.

6. Aldosteron menyebabkan penurunan penyerapan natrium klorida.

7. Sedikit air kencing yang pekat dihasilkan.

8. Apabila tekanan osmosis dalam badan rendah disebabkan terlalu banyak air dalam
badan, penghasilan hormone antidiuresis (ADH) dikurangkan, dan penghasilan
aldosteron ditingkatkan.

9. Dinding tiub berlingkar distal dan duktus pengumpul menjadi kurang telap terhadap air
dan natrium klorida tidak diserap semula.

10. Banyak air kencing yang cair dihasilkan.

Akibat fungsi ginjal yang rosak

1. Kerosakan ginjal disebabkan oleh racun, penyakit ginjal, tekanan darah tinggi atau aras
glukosa darah yang tinggi.

2. Kerosakan ginjal berpanjangan boleh mengakibatkan kegagalan ginjal.

3. Kegagalan ginjal terjadi apabila nefron binasa.


4. Hasil kumuh dalam darah tidak boleh dibiarkan berkumpul kerana akan menjadi toksik
pada kepekatan yang lebih tinggi.

5. Hasil kumuh boleh disingkirkan dengan menggunakan mesin yang berfungsi sebagai
ginjal buatan.

6. Pesakit boleh juga memilih untuk menjalani pemindahan ginjal.

7. Mesin tersebut mengasingkan molekul bahan larut berasaskan kadar resapan melalui
membrane separa telap. Proses ini ialah hemodialisis.

8. Semasa hemodialisis, darah pesakit yang diambil dari arteri, disalurkan ke dalam satu
tiub dialisis yang separa telap, dan dimasukkan ke dalam cecair dialisis.

9. Cecair dialisis mengandungi jumlah garam mineral dan glukosa yang terkawal, dengan
komposisi sama seperti dalam plasma darah (tanpa bahan bernitrogen).

10. Satu kecerunan kepekatan ditetapkan, dan bahan kumuh bernitrogen, garam mineral
berlebihan dan toksin lain meresap keluar dari darah pesakit ke dalam cecair dialisis.

11. Selepas beberapa jam, darah berturas dan bersih dikembalikan kepada pesakit melalui
vena di tangan yang sama.

12. Cecair dialisis sering ditukar untuk menyingkirkan bahan kumuh dan untuk
mengekalkan kecerunan resapan antara darah pesakit dengan cecair dialisis.

13. Pesakit yang kegagalan ginjal perlu menjalani hemodialisis sepanjang hayat.

14. Pemindahan ginjal melibatkan penggantian ginjal yang rosak dengan ginjal daripada
seorang penderma.
Pengawalaturan aras gula (glukosa) darah

1. Apabila aras glukosa darah melebihi aras normal, sel-sel B dalam kelompok
Langerhans yang terdapat di dalam pancreas merembeskan hormon insulin ke dalam
darah.

2. Insulin menukarkan sebarang glukosa berlebihan kepada glikogen yang tidak larut, dan
disimpan dalam hati dan otot.

3. Aras glukosa darah dalam darah akan menurun dan dengan itu aras glukosa dalam
darah kembali kepada normal.

4. Apabila aras glukosa kurang daripada normal, sel-sel α dalam kelompok Langerhans
yang terdapat di dalam pancreas merembeskan sejenis hormone lagi, glukagon, ke dalam
darah, yang menukarkan glikogen kepada glukosa semula. Ini mengembalikan aras
glukosa darah kepada aras normal.

Pengawalan suhu badan

1 Suhu badan dikawalatur melalui penyimbangan haba yang dihasilkan daripada


metabolisme badan dengan haba yang hilang daripada badan.
3.5 Mengamalkan Gaya Hidup yang Sihat

1. Penyalahgunaan dadah ialah pengambilan dadah berlebihan tanpa preskripsi doktor.

2. Penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, masalah jantung,


kerosakan hati dan melemahkan sistem imun.

3. Dadah juga menyebabkan kerosakan otak dan masalah mental.

4. Alkohol merupakan sejenis penenang.

5. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan muntah-muntah dan


masalah pernafasan. Otak seperti dibius dan individu tersebut hilang kesedaran atau
berada dalam keadaan koma.

Soalan

1. Antara yang berikut, yang manakah dialami oleh seseorang yang mempunyai suhu
badan yang lebih tinggi daripada normal?
I Perpeluhan
ll Pemvasocerutan
lll Pengenduran otot erector
A I sahaja
B I dan ll sahaja
C I dan lll sahaja
D l, ll dan lll sahaja
2. Antara yang berikut, yang manakah berlaku apabila terdapat kegagalan ginjal?
A Aras gula dalam air kencing sangat tinggi.
B Garam mineral tidak disingkirkan daripada badan.
C Kedua-dua ginjal tidak boleh menyingkirkan urea daripada badan.
D Pesakit tidak boleh lagi menghasilkan air kencing.

3. Antara dadah berikut, yang manakah tidak sepatutnya diberi oleh doctor untuk
mengubati keadaan yang tertentu?
A Dadah penenang
B Dadah khayalan
C Opium
D Dadah perangsang

3.6 Hormon Tumbuhan

1. Hormon tumbuhan adalah sebatian organik yang bertindak sebagai pengutus yang
menggalakkan atau merencatkan pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan.

2. Contoh hormon tumbuhan adalah auksin, giberelin, sitokinin, asid absisik dan etilena
(sejenis gas).

3. Auksin merangsang pemanjangan sel.

4. Auksin yang dihasilkan secara berterusan di hujung pucuk dihantar ke akar melalui
floem. Kepekatan auksin adalah paling tinggi di hujung pucuk dan paling rendah di
hujung akar.

5. Auksin mempengaruhi gerak balas pertumbuhan akar dan batang.

6. Kepekatan auksin yang tinggi merangsang pemanjangan sel pucuk dan menggalakkan
pertumbuhan pucuk tetapi merencatkan pemanjangan sel akar dan pertumbuhan akar.

7. Cahaya menyebabkan taburan auksin yang tidak sekata di hujung pucuk dan dengan itu
mengawal atur fototropisme dan geotropisme.

8. Pucuk biasanya tumbuh menuju ke arah cahaya manakala akar tumbuh menjauhi
cahaya.

9. Pertumbuhan organ tumbuhan yang bergerak balas terhadap graviti geotropisme.


Pucuk bergerak balas secara negative terhadap graviti dan bertumbuh menuju ke atas;
manakala akar bergerak balas secara positif terhadap graviti dan tumbuh menuju ke
bawah.
Penggunaan hormon dalam pertanian

1. Auksin digunakan secara meluas dalam pertanian dan bioteknologi untuk


mengubahsuai pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan.

2. Auksin juga digunakan untuk menggalakkan penghasilan buah-buahan tanpa biji


(partenokarpi).
3. Auksin digunakan sebagai serbuk mengakar untuk merangsang keratan batang
menghasilkan akar sisi dan akar adventitius.

4. Auksin digunakan sebagai racun rumpai.

5. Auksin bersama dengan etilena, sejenis hormon tumbuhan lain, digunakan untuk
mempercepatkan peranuman buah.

6. Auksin bersama dengan sitokinin, juga sejenis hormon tumbuhan, digunakan untuk
menggalakkan penguasaan apeks atau hujung pucuk dan merencat perkembangan pucuk
sisi.

Soalan

1. Buah boleh dipaksa meranum dengan menyembur


A auksin
B giberelin
C asid absisik
D etilena

2. Auksin digunakan dala pertanian sebagai


A baja kimia
B racun serangga
C racun rumpai
D baja asli

3. Buah tembikai tanpa biji dihasilkan apabila sejenis hormone disembur pada bunganya.
Apakah hormone ini?
A Auksin
B Giberelin
C Asid askorbik
D Etilena

You might also like