Acara melempar cakera merupakan acara tertua dalam kalangan acara balingan.

Ia dipertandingkan di Sukan Olimpik di Greek Purba. Pada tahun 1896, cakera kayu digunakan di Athens dengan beratnya sedikit kurang daripada 2 kg. dalam tahun 1908 di Olimpik London barulah berat cakera ditetapkan sebagai 2 kg. Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera. Dari lemparan cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik seperti "melangkah dan lempar", gaya melempar 90°, gaya rotasi atau berpusing dan lempar dan pelbagai gaya lemparan lain telah diperkenalkan oleh jaguh-jaguh dunia pada era yang tertentu. Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah rendah sehingga pelajamya masuk ke sekolah menengah. Ini disebabkan perkembangan dan kesediaan jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap belum lagi bersedia untuk menguas i a kemahiran melempar cakera. Memang benar bahawa para pelajar lebih mudah mempelajari acara Iontar peluru daripada acara lempar cakera. Saiz, bentuk dan berat cakera menjadikan alat ini tidak mudah dikawal. Selain itu, cara pegangan yang biasa diamalkan ketika bersedia untuk melempar adalah terdedah kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara pegangan cakera adalah dianggap sangat penting bermula dari masa hayunan awal sehingga pelemparannya.

2.0 PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40° di h adapan bulatan.

Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera. Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah: 1- pegangan cakera dan lakuan sedia 2-hayunan awal 3-pusingan 4-lemparan

5-pulihan Jika cakera itu bergerak dalam bentuk "bulan purnama" apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara "memotong udara" akan kurang rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh.

Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepada turutan tindakan bahagian badan. lni dapat membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan seperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera. 3.0 KESELAMATAN LATIHAN MELEMPAR CAKERA Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka menjalani latihan melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, guru hendaklah teg askan kepada pelajarnya tentang langkah-langkah keselamatan ketika menjalani latihan dan pentingnya semua pelajar mematuhinya. Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga keselamatan pelajar yang menjalani pelajaran melempar cakera. (a) Pelajar menjalani latihan melempar di kawasan yang ditetapkan guru. (b) Pelajar menunggu gilirannya di tempat yang selamat dan tidak menunggu di keliling atau berhampiran bulatan lemparan di mana pelajar lain sedang membuat percubaan. (c) Pelajar yang bersedia untuk melempar hendaklah terlebih dahulu memastikan tiada sesiapa di belakangnya dekat bulatan atau di hadapannya dalam kawasan pendaratan ketika dia memulakan lemparannya. (d) Amalkan prinsip keselamatan iaitu "semua melempar, semua memungut" jika latihan berkumpulan diamalkan oleh pelajar. (e) Cakera hendaklah dipungut dan dibawa semula ke tempat mula melempar oleh pelajar. Tidak dibenarkan pelajar membaling cakera kepada peserta yang menunggu gilirannya.

4.0 FASA PERGERAKAN MELEMPAR CAKERA Melempar cakera melibatkan lima fasa seperti berikut :

Fasa 1: Pegangan cakera dan lakuan sedia (a) Pegangan Cakera Cakera diletak di atas tapak tangan dan rimnya (simpain logam) dipaut oleh ruas pertama jari-jari tangan. Ibu jari tangan diletakkan di atas muka cakera dan jari-jari lain direngangkan selesa. Pergelangan tangan tidak dibengkokkan dan tidak menyentuh cakera.(Rujuk rajah 1.1).

Rajah 1.1 cara memegang cakera

(b) Lakuan sedia Pelempar cakera berdiri tegak atau lutut dibengkokkan sedikit di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan lemparan. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki dibuka berjarak seluas bidang bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri.

Fasa 2: Hayunan Awalan 1. Semasa hayunan ke belakang, pelajar rendahkan badannya sedikit (bengkokkan lutut) dan badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas hujung kaki. (Rujuk Rajah 1.2).

Rajah 1.2

2. Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan rnenyiang badan ke l depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi sokongan kepada cakera., Lihat juga fasa 1.

3. Cakera dihayun ke beiakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan semula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut rentak hayunan.

Fasa 3: Pusingan 1. Pada akhir hayunan ke hadapan, pelempar mengilaskan badan ke kiri. Dengan berpaksi atas bebola kaki kiri, badan dipusing dengan menggerakkan kaki kanan mengikut mengikut arah jam. 2. Seterusnya kaki kiri melangkah ke belakang dan disusuli dengan pusingan badan. 3. Sebaik sahaja kaki kiri menyentuh lantai, kaki kanan digerakkan ke hadapan dan diikuti dengan pusingan badan. 4. Sebaik sahaja kaki kiri menyentuh lantai, kaki kanan digerakkan ke hadapan dan diikuti dengan pusingan badan. Fasa 4 : Lemparan 1. Fasa ini bermula bila tapak kaki kanan menapak di tengah bulatan, diikuti dengan penapakan tapak kaki kiri di hadapan bulatan. Ketika kaki kanan menyentuh lantai dan sebelum kaki kiri menyentuh lantai, lutut kaki kanan dan pinggul bergerak cepat dan kuat ke hadapan. Tangan yang memegang cakera masih mengekori di belakang. 2. Tangan kiri bengkok dan rapat ke dada. 3. Dengan menghadap ke hadapan, cakera digerak ke hadapan pada tahap k etinggian bahu. Jari- jari memutar cakera mengikut arah jam. Kedua-dua belah kaki menolak kuat ke atas lantai. Fasa 5 : Pulihan 1. Selepas cakera dilepaskan, tangan yang melempar terus mengikuti arah lemparan dan kemudian dibengkokkan. 2. Kaki kanan bergerak ke hadapan bulatan dan kaki kiri di angkat ke belakang. 3. Mata pandang pada cakera. 5.0 LATIHAN ANSUR MAJU 1. Memegang cakera dan menghayun cakera dengan tangan melempar (Rajah 1.3).

Rajah 1.3

2. Melambung cakera- melambung rendah dan tinggi (Rajah 1.3a). 3. Mengguling cakera ( Rajah 1.3b). 4. Membuat boling sisi secara melutut. ( Rajah 1.3c).

Rajah 1.3 ( a ) ( c )

5. Melempar bola secara duduk.( Rajah 1.3d).

Rajah 1.3d melempar bola secara duduk

6. Melempar gelung getah secara berdiri. (Rajah 1.3e).

Rajah 1.3e Melempar gelung getah secara berdiri

7. Melempar cakera secara berdiri (Rajah 1.4)

Rajah 1.4 Melempar cakera secara berdiri

8. Berdiri membelakangkan kawasan lemparan, pelempar melempar cakera dengan melangkahke belakang ( Rajah 12.5).

Rajah 1.5 melempar cakera dengan melangkah ke belakang

9. Melempar cakera dengan gaya pusingan a) Mula dengan menghadap kawasan lemparan (Rajah 1.6a)

Rajah 1.6a menghadap kawasan lemparan

b) Mula dengan menghadap sisi arah lemparan ( Rajah 1.6b)

Rajah 1.6b menghadap sisi arah lemparan

c) Mula dengan membelakangkan kawasan lemparan (Rajah 1.6c)

Rajah 1.6c membelakangkan kawasan lemparan

6.0 JENIS DAN BENTUK CAKERA Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan -bahan sejenis yang sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengan simpai atau "rim" logam (besi atau tembaga) dan di tengah-tengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis cakera yang tiada piring bulat logam tersebut. Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan ukuran serta berat cakera hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa). Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik. Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan tidak untuk pertandingan rasmi. Cakera untuk acara lelaki minimum beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg.Untuk maklumat yang lebih terperinci tentang perbezaan aspek-aspek yang lain antara cakera untuk lelaki dan untuk wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi IAAF atau KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia).

Contoh cakera

7.0 KAWASAN LEMPARAN CAKERA Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan caker.seakan -akan sama bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan saiz bulatan balingan. Sila lihat gambar rajah yang diberi tentang kawasan le.mparan cakera dan bandingkannya dengan bulatan untuk lontar peluru. Mengikut rasmi demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta yang menunggu gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dan satu kurungan keselamatan. Kurungan ini sebenamya satu pagar berbentuk "C" yang dibina khas untuk keselamatan bagi acara lempar cakera dan membaling tukul besi. Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik dan peserta lain yang menunggu gilirannya hendaklah berada di belakang kurungan ata pagar keselamatan tersebut u demi keselamatan. Di peringkat sekolah, kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak disediakan baik semasa latihan mahu pun pada hari pertandingan cakera 01 yang demikian, guru seharusnya menegaskan langkah keselamatan semasa acara ini dijalankan.

KAWASAN LEMPARAN CAKERA

KURUNGAN ATAU PAGAR KESELAMATAN

8.0 CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera adalah sama dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru. Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur dengan mengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan. Sila lihat gambar rajah yang diberi. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tanda pada pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan menunjukkanjarak lemparan.

9.0 PERATURAN ASAS ACARA LEMPAR CAKERA

(a) Cakera mestilah dilempar dari bulatan. Peserta hendakiah memuIakan Iemparannya dari perdirian yang statik (tidak bergerak) dalam bulatan. (b) Lemparan seseorang peserta dikira batal sekiranya peserta, sesudah memasuki bulatan dan memulakan pergerakan untuk melempar, tersentuh sebarang bahagian badannya di kawasan Iuar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan (top edge of the circle) atau terlepas cakera dari pegangannya ketika membuat percubaan. (c) Bagi Iemparan yang sah, cakera hendakiah mendarat atau jatuh supaya bekas (kesan)nya di dalam kawasan pendaratan yang ditandakan oleh dua garis sektor. (d) Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera itu menyentuh tanah. Ia m esti tinggalkan bulatan dari bahagian belakang bulatan dalam keadaan berdiri. (e) Untuk mendapat pegangan yang baik peserta dibenarkan menggunakan bahan -bahan pelekat seperti "resin" atau bahan-bahan sejenis dengannya di bahagian tangan sahaja. Sarung tan tidak gan boleh digunakan. (f) Jika Iebih daripada Iapan orang peserta mengambil bahagian, setiap peserta dibenarkan melakukan tiga percubaan. Daripada tiga percubaan itu, Iapan peserta yang terbaik lemparannya akan membuat tiga Iagi percubaan untuk menen tukan pemenang. Sekiranya ber Iaku seri di tempat kelapan, keputusan itu dibiarkan dan peserta-peserta berkenaan akan bersama-sama dengan yang layak membuat tiga percubaan itu. Sekiranyahanya Iapan atau kurang orang yang mengambil bahagian, setiap peserta akan membuat enam percubaan.

10.0 PERATURAN 182 1. Cakera dilempar dari kedudukan pegun. 2. Lemparan dibuat dari dalam bulatan. 3. Pembatalan berlaku : a. Jika pelempar menyentuh mana-mana kawasan di luar bulatan. b. Jika pelempar keluar dari bahagian hadapan bulatan selepas melempar. c. Jika lemparan dibuat melewati tempoh 1 minit.

11.0 PERATURAN 189 CAKERA Pembikinan Badan cakera boleh dibuat padu atau lompong dan diperbuat daripada kayuatau bahan lain yang sesuai dengan bingkai logam, dan berbentuk bulat. Kertan rentas tepinya yang dibulatkan berbentuk bulatan sempurna yang mempunyai jejari lebih kurang 6 mm. Cakera juga boleh dilekatkan dengan lapisan logam bulat ditengah tengah kedua dua permukaan lepernya. Sebaliknya , permukaan ini boleh juga tidak dipasangkan asalnya permukaannya kekal rata dan ukuran dan beratnya mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Setiap belah cakera mestilah sama tanpa sebarang lekuk, benjolan, atau bucu tajam. Kedua dua belah ini juga hendaklah menirus lurus dari tepi bulatan tengahnya yang mempunyai anggaran 25 mm hingga 28.5 mm ke bucu di sekelilingnya. Profil cakera hendaklah direka bentuk seperti berikut : i Dari bucunya, ketebalan cakera meningkat hingga ke bahagian tebal maksimum di te ngah tengahnya. i Ketebalan maksimum diperolehi kira kira 25 mm hingga 28.5 mm dari paksi cakera. i Sebelah atas dan bawah cakera mestilah serupa. i Cakera mestilah simetri bersabit putaran di sekeliling paksi cakera termasuk permukaan rimnya hendaklah tidak kesat dan keadaannya licin.

SPESIFIKASI SPESIFIKASI PROFIL CAKERA

CAKERA WANITA REMAJA/ JUNIOR/ SENIOR LELAKI REMAJA LELAKI JUNIOR LELAKI SENIOR Berat minimum untuk dibenarkan dan diterima sebagai rekod

1.000 kg 1.500 kg 1.750 kg 2.000 kg Maklumat pengeluar : Beraneka jenis alat yang dikeluarkan untuk pertandingan 1.005 kg 1.025 kg 1.505 kg 1.525 kg 1.755 kg 1.775 kg 2.005 kg 2.025 kg Garis pusat luar Rim logam min max 180 mm 182 mm 200 mm 202 mm 210 mm 212 mm 219 mm 221 mm Garis pusat lapisan logam atau bahagian Min Rata ditengah Max 50 mm 57 mm

50 mm 57 mm 50 mm 57 mm 50 mm 57 mm Ketebalan pada bahagian rata Min di tengah Max 37 mm 39 mm 38 mm 40 mm 41 mm 43 mm 44 mm 46 mm Ketebalan rim ( 6mm dari tepi ) Min Max 12 mm 13 mm 12 mm 13 mm 12 mm 13 mm 12 mm 13 mm

12.0 PERATURAN 190 KURUNGAN KESELAMATAN LEMPAR CAKERA Semua lemparan cakera hendaklah dibuat dari dalam kandang atau kurungan bagi menjamin keselamatan penonton, pegawai pegawai dan peserta. Kurungan yang dinyatakan dalam peraturan adalah untuk digunakan dalam stadium utama yang mempunyai penonton disekelilingnya di luar arena dan dengan adanya acara acara lain berjalan serentak di bahagian bahagian lain di arena.

Kurungan hendaklah direka cipta, dibuat dan disenggara supaya berupaya menahan cakera seberat 2 kg melayang pada kadar kelajuan sehingga 25 meter sesaat. Pembikinannya hendaklah sebegitu rupa supaya tidak mungkin terdapat lantunan atau pantulan balik kepada peserta yangmelempar atau melalui sebelah atas kurungan. Asalkan mematuhi keperluan keperluan peratuan ini, apa jua bentuk kurungan boleh digunakan. Kurungan hendaklah berbentuk U dari pandangan atas. Lebar buka pintunya ialah 6 m, ditempatkan 7 m di hadapan pusat bulatan balingan. Tinggi jaring dindingnya hendaklah sekurang kurangnya 4 m. perkiraan hendaklah dibuat semasa mereka bentuk dan memasangnya bagi mengelakkan cakera menghentam penyambung tetulang atau cakera membolosi bawah jaring.

Jaring kurungan oleh diperbuat daripada tali serat asli atau tiruan yang sesuai atau daripada dawai keluli tekanan tinggi atau sederhana. Saiz maksimum lubang jaring ialah 50 mm bagi jaring keluli dan 40 m bagi jaring tali. Saiz minimum lubang bergantung kepada pembinaan kurungan , tetapi kekuatan tahan hentam wajarlah 40 kg. Bagi memastikan kurungan sentiasa selamat , jaring dawai keluli hendaklah diperiksa sekurang kurangnya 12 bulan.

Sektor bahaya maksimum dari kurungan bagi lempar cakera ialah lebih kurang 69 darjah, apabila

dugunakan oleh pelempar tangan kanan atau pelempar kidaldalam pertandingan yang sama. Jesteru , penempatan dan penjajaran kurungan di dalam arena sangatlah penting demi menjamin keselamatan semua pihak yang terlibat.

KURUNGAN LEMPAR CAKERA

13.0 REFLEKSI Syukur Alhamdulillah,akhirnya dapat juga kami Tengku Nor Adila Bt. Tg. Mohd. Salim dan Nor Fadhila Bt. Mohamad Norizan bersama-sama menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) dalam tempoh yang telah ditetapkan. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing En. Wan Suhaimi kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang kami menyiapkan kerja kursus. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, pelbagai kekangan yang kami hadapai antaranya ialah kekurangan bahan rujukan. Ini menyebabkan kami menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas. Selain itu, kami juga mengalami masalah mencari maklumat melalui internet. Hal ini demikian kerana system Wi-Fi yang dipasang di asrama tidak dapat berfungsi dengan baik. Pelbagai pengalaman dan ilmu yang kami peroleh sepanjang menyiapkan kerja kursus ini walaupun pelbagai kekangan terpaksa kami harungi. Antaranya ialah kami dapat belajar menyelesaikan tugasan secara muafakat. Selain itu, kami dapat memahami dengan lebih mendalam tentang acara olahraga Lempar Cakera . Kami juga dapat memahami fasa-fasa dan peraturan-peraturan yang terdapat dalam acara lempar cakera.Selain daripada itu,kami juga dapat mempelajari latihan ansur maju yang boleh dilakukan dalam meningkatkan kemahiran melempar cakera. Kesimpulannya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini, secara tidak langsung kami berpeluang melatih diri kami menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dalam melakukan tugasan yang diberikan dan sekali gus menyedarkan kami betapa pentingnya nilai kerjasama bagi memudahkan lagi proses menyiapkan tugasan yang perlu disempurnakan ini.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful