Professional Documents
Culture Documents
BERBAHASA
PEMEROLEHAN BAHASA
• Sintaksis
– Gabungan kata
– Penafian, pertanyaan
– Ayat pelbagai ragam
• Wacana
– Gabungan idea
– Kefahaman ekstrinsik
– Kefahaman intrinsik
– Penguasaan gaya bahasa
– Kefahaman laras bahasa
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM1
TEORI
PEMEROLEHAN BAHASA
Teori Behavioris
– Pemerolehan sesuatu perlakuan melalui proses perulangan
– Kemahiran berbahasa sama dengan kemahiran fizikal yang
lain
• J.B. Watson
– kajian lakuan sedar dan lakuan bawah sedar
– Bahasa mesti bersifat objektif
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM1
TEORI
PEMEROLEHAN BAHASA
• E.R. Guthrie
– Kajian lakuan rangsangan dan tindak balas
– Perulangan situasi menghasilkan perulangan bahasa
• B.F. Skinner
– Konsep pengukuhan dalam perlakuan rangsangan dan
tindak balas
– Lakuan automatis
• Berlaku jika ada rangsangan
– Lakuan operan
• Berlaku dalam lingkungan/keadaan
• Pembelajaran berlaku setelah beberapa perulangan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM1
TEORI
PEMEROLEHAN BAHASA
Teori Biologis
• Potensi dan fungsi otak dalam pemerolehan
bahasa
• Otak mempunyai saraf; mampu menerima,
memproses dan menghasilkan bahasa
– N. Chomsky
• Jentera penguasaan bahasa
• Upaya semulajadi merumus dan membentuk
hukum nahu
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM1
– E.H. Lenneberg
• Semua kanak-kanak sihat/normal mulai bertutur pada tahap
usia yang sama
• Tidak terikat dengan persekitaran dan pengalaman
perlakuan bahasa
– J. Piaget
• Kelahiran – 2 tahun
– Kebijaksanaan sensori motor
• 2 – 7 tahun
– Praolahan
• 7 – 12 tahun
– Olahan konkrit
• 12 – dewasa
– Olahan formal
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM2
PERINGKAT
PEMEROLEHAN BAHASA
• Membabel, mengagah
– Bunyi tanpa makna
– Sama bagi semua bayi
• Holofrasa
– Ujaran kata-kata tidak lengkap
• Ucapan dua kata
– Menggabung dua morfem
• Permulaan tatabahasa
– Pengenalan elemen tatabahasa
• Tatabahasa dewasa
– Ayat-ayat kompleks
• Kecekapan penuh
– Menerbit dan memahami elemen sintaksis yang lebih kompleks
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM2
• 1th3bln-jalan huyung-
hayang, merangkak naik
tangga
• Pemanjangan kata,
penyempitan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM2
• Kedudukan sosioekonomi
– Taraf pendidikan, jenis kediaman, jenis
permainan
• Perhubungan dalam keluarga
– Sistem panggilan, saiz keluarga, hubungan
• Kehidupan rumah tangga
– Jenis bahasa, jenis ujaran, gaya bahasa
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM2
KOMUNIKASI
• Proses menyampai dan menerima maklumat
antara dua pihak
• Menggunakan bahasa sebagai medium
– Bahasa
– Nonbahasa
• Membentuk idea
– Proses dalam minda
– Dipengaruhi rangsangan luaran dan dalaman
– Mencerminkan nilai dan daya trampil
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM3
KREDIBILITI KOMUNIKATOR
• Kebolehpercayaan
– Berupaya meningkatkan keyakinan khalayak
terhadap isu
• Kepakaran
– Tahu apa yang diperkatakan berbanding
khalayak
• Dinamik
– Bertenaga, aktif, berminat, menghayati
• Tetap pendirian
– istiqamah
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM3
• Mesra
– Bersikap positif, senyum, lemah lembut, tidak
sombong, berbudi bahasa
• Jujur
– Bercakap benar, tidak prejudis
• Ikhlas
– Telus dan tulus, setimpal dengan imbuhan
• Empati dan sensitiviti
– Ambil kira keselesaan dan kebajikan khalayak
• Personaliti
– Daya tarikan – ketrampilan dan penampilan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM3
HALANGAN
DALAM BERKOMUNIKASI
• Tiada maklum balas
– Komunikasi satu hala
– Gangguan saraf / deria penerima
• Salah faham / prasangka
– Kesilapan memilih saluran
– Penyampaian melalui saluran kedua
• Masalah semantik
– Kesilapan mentafsir kod
– Kekeliruan bahasa
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM3
• Keadaan persekitaran
– Latar komunikasi
• Sikap peribadi yang negatif
– Berkaitan nilai diri seseorang; taksub, negatif,
berat mulut
• Tidak faham budaya orang lain
– Lain padang lain belalang
– Rambut sama hitam, hati lain-lain
• Perbezaan status
– Ilmu, ekonomi, sosial
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4
KEMAHIRAN MENDENGAR
• Kemahiran berbahasa paling asas
• Proses terawal sebelum komunikasi berlaku
PROSES MENDENGAR
• Receiving
• Mendengar deretan bunyi bahasa
• Attending
• Membuka minda untuk menerima kod
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4
• Understanding
• Menggerakkan proses mental untuk membuat
tafsiran
• Menyusun kata, ayat dan wacana
• Responding
• Memberi maklum balas
• Menyerlahkan daya trampil dan nilai
• Remembering
• Merakam dalam minda segala proses dan kesan
komunikasi yang berlaku
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4
• Peringkat awal
– Mengecam, mengajuk, memilih bunyi
– Mendengar, mengecam makna perkataan
– Melakukan sesuatu yang disuruh
– Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
• Peringkat pertengahan
– Mengecam dan mengingat fakta secara tepat
– Mengenal informasi spesifik
– Mengenal hubungan orang yang berinteraksi
– Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4
• Peringkat maju
– Mengenal isi penting
– Mengenal peranan dan hubungan orang
yang bercakap
– Mentafsir
– Mengikut aliran dalam perbualan
– Mengenal fungsi intonasi, tekanan
– Mentafsir tujuan penutur
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4
JENIS MENDENGAR
• Informative listening
– Mendengar untuk memahami maklumat
– Bergantung kepada tiga variabel
• Penguasaan kosa kata
• Konsentrasi
• Daya ingatan
• Relationship listening
– Mendengar untuk menjalin hubungan
– Melayan penutur
– Memberi sokongan; tidak mengganggu
– Empati; merasai/menghayati pertuturan orang lain
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4
• Appreciative listening
– Mendengar untuk kepuasan diri
– Corak persembahan
– Persepsi
– Pengalaman lalu
• Critical listening
– Mendengar secara kritis
– Komunikasi rasmi
– Bergantung kepada 3 syarat (Aristotle~ The Rhetoric);
• Ethos
– Kredibiliti pemidato; kepakaran, kebolehpercayaan
• Logos
– Hujah berasaskan logik
• Pathos
– Ketrampilan psikologikal; cara menagih perhatian
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4
• Discriminative listening
– Mendengar dan mendiskriminasi
– Kemampuan mendengar
– Kesedaran struktur bunyi
– Intergrasi tanda nonverbal
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4
PENDENGARAN BERKESAN
• Understand the complexities of listening
– Perlukan respons yang aktif
– Bukan sahaja tertumpu kepada bunyi bahasa
tetapi juga nonbahasa
• Prepare to listen
– Mendengar untuk jangka masa yang berbeza
– Kuasai kosa kata
• Sesuaikan diri dengan situasi
– Tiada situasi mendengar yang serupa
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM4
MENINGKAT
KEMAHIRAN MENDENGAR
KEMAHIRAN BERTUTUR
• Dipengaruhi oleh
– Ciri fizikal; alat artikulasi dan pendengaran
– Ciri mental; kemahiran memahami,
menginterpretasi
– Ciri emosi; gemuruh, kontak mata, tidak
cukup maklumat dan persediaan
• Memberi respons dan menyampaikan maklumat
dengan berkesan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6
ASPEK BERTUTUR
• Sebutan
– mengenal nilai bunyi setiap huruf, suku kata,
perkataan, rangkai kata dan ayat
• Tekanan
– Melantang sebutan pada bahagian suku kata
perkataan, perkataan tertentu dalam ayat, ayat
tertentu dalam wacana
• Mora
– Harakat; panjang pendek sebutan perkataan yang
membezakan makna
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6
• Jeda
– Persendian; berhenti sebentar antara perkataan,
frasa, klausa dan ayat
• Intonasi
– Keadaan menaik-menurun apabila melafazkan ayat
• Nada
– Menaik-menurun pada suku kata; lapan tangga
sofa; khusus dalam lafazan lirik lagu atau puisi
• Tatabahasa
– Sistem yang digunakan untuk menggabungkan
huruf dan perkataan untuk menjadi ayat; fonologi,
morfologi dan sintaksis
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6
• Kelancaran
– Lafazan perkataan dan ayat secara kemas
dan teratur
• Kefasihan
– Ketepatan sebutan
• Laras bahasa
– Penggunaan bahasa mengikut konteks
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6
JENIS BERTUTUR
• Monolog
– Dalaman; tutur dan dengar sendiri
– Luaran; tutur dan @ tanpa pendengar
• Dialog
– Membabitkan dua pihak
• Berbual
• Bersembang
• Berpidato
– Mengajar, berceramah, bersyarah, berucap,
mengacara, berbahas, memberi taklimat, temu
duga / temu bual, bercerita
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6
PERINGKAT BERTUTUR
• Awal
– Mengajuk
– Menyoal soalan mudah
– Menjawab soalan mudah
– Bertegur sapa
• Pertengahan
– Mendeskripsi gambar
– Mendeskripsi pengalaman
– Bercerita
– Memberi ucapan pendek
– Perbualan mudah
– Memberi arahan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6
• Maju
– Mendeskripsi hal abstrak
– Bersyarah, berbahas, berbincang
– Memberi penerangan
– Mengkritik
– Mendeklamasi puisi
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6
PRASYARAT PERTUTURAN
• Kawalan intro
– Tatacara “menyampuk”
• Alu-aluan
• Minta laluan
• Memastikan isu
• Mengemukakan pandangan
• Kawalan postur
– Tatacara memasuki majlis
• Kawalan gestur
– Mimik, memek, gerakan mata, gerakan mulut, gerakan
hidung
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6
TATACARA BERTUTUR
• Dalam perbualan
– Tahu apa yang dibualkan
– Kenal siapa pelaku
– Berhemah; kata-kata yang baik, sistem panggilan yang
sesuai, nada sederhana
• Dalam perbincangan
– Tahu yang sedang dibincangkan
– Siapa peserta
– Latar perbincangan
– Elakkan emosional
– Berhemah; diksi yang sesuai, ikut giliran, nada sederhana
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM6
10 PRINSIP MENGATASI
MASALAH KETIDAKYAKINAN BERTUTUR DALAM
KHALAYAK
• Lisan
– rasmi @ tak rasmi
– Ulangan, hentian, ayat pendek
• Kolokial
– Basahan
– Tak rasmi
– Dialek, singkatan, penukaran kod, pasar
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM7
• Slanga
– Kosa kata popular semasa
– Kumpulan sosial & profesional
– Tidak difahami di luar lingkungan
• Dialek
– Kelainan bahasa berasaskan geografi, temporal, sosial
– Kosa kata, tatabahasa, ungkapan
• Laras
– Kelainan bahasa berasaskan bidang/topik/wacana
– Bentuk pertuturan, cara pertuturan
• Gaya
– Kelainan bahasa berasaskan individu @ kumpulan
– Untuk menghasilkan impak emosi kepada khalayak
– Boleh juga dalam tulisan
RAGAM
BAHASA PERTUTURAN
• Dialek
– Bahasa + Geografi = Dialek
– Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak
• Idiolek
– Bahasa + Individu = Gaya Bahasa
– Perbandingan, Pertentangan, Pertautan, Perulangan
• Sosiolek
– Bahasa + Kelas Sosial = Neka Bahasa
– Bahasa halus, bahasa kasar, bahasa kesat, bahasa istana
• Wacana
– Bahasa + Tajuk = Laras Bahasa
– Laras Sains, Laras Ekonomi, Laras Kreatif, Laras Iklan
GAYA BAHASA
• Perbandingan
– Perumpamaan/simile, metafora,
personifikasi, depersonifikasi, alegori,
antitesis, tautologi, perifrasis, prolepsis,
koreksio/antisipasi
• Perulangan
– Aliterasi, asonansi, antanaklasis, kiasmus,
epizeukis, tautotes, anafora,
epifora/epistrofa, simploke, mesodiplosis,
epanalepsis, anadiplosis
GAYA BAHASA
• Pertautan
– Metonimia, sinekdoke, alusi, eufemisme,
eponim, epitet, antonomasia,
erotesis/pertanyaan retorik, parallelisme,
elipsis, gradasi, asindeton, polisindeton.
• Pertentangan
– Hiperbola, litotes, ironi, oksimoron, paronomasia,
paralepsis, silepsis, satira, inuendo, antifrasis,
paradoks, klimaks, antiklimaks, apostrof, inversi,
apofasis, histeron proteron, hipalase, sinisme,
sarkasme.
GAYA BAHASA
PERBANDINGAN
• Perumpamaan/simile
– Perbandingan dua hal yang hakikatnya berlainan tetapi di
anggap sama
– Kata kunci – seperti, ibarat, bak, sebagai, umpama, laksana,
penaka, serupa
• Metafora
– Perbandingan dua hal untuk mencipta kesan emosi tanpa
menggunakan kata-kata kunci
– Ali mata keranjang
– Nani jinak-jinak merpati
• Personafikasi
– Memberi ciri manusia kepada benda, tumbuhan, bukan manusia
– Angin membelai rambutnya.
– Mentari mencubit kulitku.
GAYA BAHASA
• Depersonafikasi
– Mengandaikan manusia sebagai benda
– Kata kunci – kalau, jika, andai, sekiranya
– Dia diam membatu.
– Kalau aku menjadi bunga…
• Alegori
– Metafora yang diperluaskan menjadi wacana
– Cerita teladan
– Anjing Dengan Bayang-bayang
• Antitesis
– Dua kata yg mengandung makna bertentangan
– Mereka menangisi kejayaanku.
– Kecantikannya membawa celaka.
GAYA BAHASA
• Tautologi/pleonasme
– Perbandingan yg membazir
– Saya mencatat dengan tangan saya.
– Kami memikul jenazah itu di atas bahu kami sendiri.
• Perifrasis
– Perbandingan berlebihan menyampaikan satu
maksud
– Dia mengakhiri zaman bujangnya dan melayari
bahtera ke pulau idaman – berumah tangga.
• Prolepsis/antisipasi
– Penggunaan kata bersifat pra kejadian
– Keluarga malang itu telahpun menyediakan keperluan
Hari Raya.
GAYA BAHASA
• Koreksio/epanortosis
– Penegasan tentang sesuatu tetapi menukarkan
serta-merta
– Masuk kali ini sudah tujuh kali, eh, bukan, sudah
lapan kali dia pindah
– Dia yang berlebih-lebihan, tapi isterinya lebih boros
berbelanja.
GAYA BAHASA
PERULANGAN
• Aliterasi
– Perulangan konsonan secara berturutan dalam ayat.
– Dara damba daku datang dari danau dua duka.
• Asonansi
– Perulangan vokal secara berturutan dalam ayat.
– Sudah tahu membisu pula.
• Antanaklasis
– Perulangan kata yang sama tetapi berlainan maksud
– Dia selalu membawa buah tangan untuk buah
hatinya.
GAYA BAHASA
• Kiasmus
– Perulangan kata yang bertentangan maknanya dalam
satu ayat.
– Dia selalu menyalahkan yang benar dan
membenarkan yang salah.
• Epizeukis
– Perulangan kata berturutan
– Bertaubatlah, bertaubatlah, bertaubatlah sementara
pintu taubat masih terbuka.
• Tautotes
– Perulangan ungkapan secara berturutan dalam satu
binaan ayat.
– Aku adalah kau, kau adalah aku, kau dan aku
menjadi satu.
GAYA BAHASA
• Anafora
– Perulangan kata pertama dalam ayat secara
berturutan.
– Merekalah yang bersalah. Merekalah perosak
bangsa. Merekalah harapan masa depan yang pudar.
• Epifora/epistrofa
– Perulangan kata akhir dalam ayar secara berturutan.
– Suaramu adalah puisi. Tawamu adalah puisi.
Senyummu juga puisi.
• Simploke
– Perulangan kata-kata awal dan akhir dalam ayat
secara berturutan.
– Kau kata aku pemalas, biarkan. Kau kata aku
lembam, biarkan. Kau kata aku manja, biarkan.
GAYA BAHASA
• Mesodiplosis
– Perulangan kata tengah dalam ayat secara
berturutan.
– Anak merindui bapa. Isteri merindui suami. Rakyat
merindui pemimpin.
• Epanalepsis
– Perulangan kata pertama menjadi kata terakhir dalam
ayat yang sama.
– Saya akan berusaha mencapai cita-cita saya.
• Anadiplosis
– Perulangan kata terakhir dalam ayat, menjadi kata
pertama dalam ayat yang berturutan.
– Kita mesti berusaha. Berusaha mencapai cita-cita.
Cita-cita bangsa dan negara.
GAYA BAHASA
PERTAUTAN
• Metonimia
– Menggunakan satu perkataan untuk maksud sesuatu yg ada
hubungan dengannya.
– Dia baru membeli sebuah Kancil.
– Saya selalunya makan dua pinggan.
• Sinekdoke
– Bahasa figuratif yang memperlihatkan satu kata mewakili satu
kenyataan.
– Setiap kepala dikenakan bayaran RM 10.00.
– Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia
• Alusi
– Pernyataan yg dpt menggambarkan sesuatu.
– Semasa Jepun kami makan ubi kayu.
– Kita tidak mahu 13 Mei berulang.
GAYA BAHASA
• Eufemisme
– Penghalusan kata
– Dia telah kembali ke rahmatullah.
– Anak mereka memang lambat sikit dalam pelajaran.
• Eponim
– Pernyataan sesuatu keadaan berdasarkan sifat seseorang.
– Kalau dah Pandir tu,diajar macam manapun tak faham juga.
• Epitet
– Pernyataan tentang seseorang yg sesuai dengan sifatnya.
– Singa betina tu akan balik sebentar lagi.
– Si Kancil tu dapat melepaskan dirinya daripada tuduhan di
mahkamah.
GAYA BAHASA
• Antonomasia
– Penggunaan gelaran menggantikan nama.
– Yang Berhormat harus turun padang.
– Tuan Pegawai Daerah akan merasmikan majlis itu.
• Erotesis/pertanyaan retorik
– Pertanyaan yang tidak perlukan jawapan sebaliknya
untuk penegasan.
– Bersalahkah aku jika tidak mengikutmu ke alam
baqa?
• Paralelisme
– Penggunaan ayat secara sejajar.
– Sama ada lelaki mahupun wanita, semuanya
berperanan dalam pembangunan negara.
GAYA BAHASA
• Elipsis
– Menghilangkan frasa/klausa dalam ayat tetapi masih
difahami keseluruhannya.
– Jika awak tidak mahu mengaku…
– Pemergian … amat dirasainya.
• Gradasi
– Kata-kata yang diulang dari satu klausa ke klausa
yang berikutnya.
– Kita harus mengakui,mengakui bahawa
tanggungjawab kita berat, berat demi memelihara
negara, negara yang kita cintai ini.
GAYA BAHASA
• Asindeton
– Ayat majmuk yang dipadatkan dan tidak
menggunakan kata hubung.
– Segala dugaan, cabaran, rintangan, perlu dihadapi
dengan tabah, sabar, berkeyakinan, demi mencapai
kejayaan.
• Polisindeton
– Kata, frasa, klausa dijadikan satu ayat panjang
menggunakan kata hubung.
– Pembangunan ekonomi adalah sangat penting demi
menjamin masa depan yang lebih gemilang untuk
generasi akan datang yang akan mewarisi negara ini
serta meletakkannya di peta negara maju.
GAYA BAHASA
PERTENTANGAN
• Hiperbola
– Pernyataan yang berlebih-lebihan
– Kemarahannya meluap-luap hingga hampir
mengamuk.
– Jika kamu gagal kali ini, kamu akan disembelih.
• Litotes
– Pernyataan dengan tujuan merendah diri.
– Singgahlah di pondok saya nanti.
– Terimalah hadiah yang tidak seberapa ini.
• Ironi
– Pernyataan yang mengandungi maksud tersirat.
– Saya tahu saudara telah berusaha bersungguh-
sungguh.
GAYA BAHASA
• Oksimoron
– Pernyataan bertentangan dalam frasa yang sama.
– Perkara itu telah menjadi rahsia umum.
– Dia resah di dalam diam.
• Paronomasia
– Kata-kata yang hampir sama bunyinya tetapi
berlainan makna.
– Pokoknya yang harus ditanam ialah pokok kelapa.
– Kerja mengukur ruang dapurnya tergendala kerana
ibunya menyuruh mengukur kelapa.
GAYA BAHASA
• Paralipsis
– Pernyataan yang menerangkan maksud bertentangan yang lain.
– Dia tidak bermaksud menceraikan isterinya dengan talak tiga.
(Dia hendak rujuk.)
– Pilih buah yang masak sahaja.
• Silepsis/zeugma
– Menggunakan satu perkataan untuk memperlihatkan hubungan
dua perkara.
– Sila buka mata dan telinga sepanjang kuliah ini.
– Dia menundukkan kepada dan badannya tanda hormat.
• Satira
– Ironi dalam bentuk tulisan panjang.
– Gurindam Emak Si Randang.
– Anak Mat Lela Gila.
GAYA BAHASA
• Inuendo
– Pernyataan untuk merendah-rendahkan hakikat sesuatu.
– Dia semakin mewah semenjak berkahwin dengan jutawan itu.
• Antifrasis
– Pernyataan yang mengandungi maksud tersirat di sebaliknya.
– Dialah satu-satunya pemimpin yang paling bersih (sebenarnya
terbukti paling korup).
• Paradoks
– Pernyataan yang bertentangan dengan keadaan sebenar.
– Untuk menyintai kita harus membenci.
– Dia kesunyian di tengah-tengah keramaian.
GAYA BAHASA
• Klimaks
– Pernyataan-pernyataan berturutan dan menampakkan
peningkatan.
– Saudaralah anak desa yang bakal memimpin pasukan negeri ke
peringkat kebangsaan dan seterusnya mewakili negara di
peringkat antarabangsa.
• Antiklimaks
– Pernyataan-pernyataan berturutan dan menampakkan
penurunan.
– Dialah pemimpin dunia yang dihormati di negaranya walaupun
sering diperkuda isterinya di rumah.
• Apostrof
– Yang dilawan bicara tiada di latar.
– Wahai Nabi Allah, limpahkanlah syafaatmu kepada kami.
GAYA BAHASA
• Inversi/anastrof
– Pernyataan terbalik dari segi struktur ayat; predikat – subjek.
– Kepada merekalah kita menaruh harapan.
– Ke pasar agaknya tuan rumah ini.
• Apofasis/preterisio
– Pernyataan seperti hendak menyembunyikan sesuatu tetapi
telah menyatakannya.
– Saya tidak mahu memecahkan rahsia kejahatan awak di luar
rumah.
– Saya masih bujang tiga.
• Histeron proteron
– Pernyataan tidak wajar didahulukan daripada kenyataan yang
logik.
– Dialah yang menghantar tugasan walaupun hanya
menggunakan mesin taip.
GAYA BAHASA
• Hipalase
– Pernyataan yang biasanya digunakan untuk sesuatu keadaan
tetapi digunakan dalam keadaan yang lain.
– Dia berbaring di ranjang yang resah.
– Mereka mengikuti kuliah saya yang penuh perhatian.
• Sinisme
– Pernyataan yang bermaksud di sebaliknya untuk menyindir, lebih
keras dan jelas berbanding ironi.
– Dialah artis yang amat berbakat dan telah menjadi ikutan remaja
ke kancah negatif.
– Bomoh itu terkenal kerana banyak yang mati setelah berubat
dengannya.
• Sarkasme
– Pernyataan yang bermaksud di sebaliknya untuk
menyindir/mencela; lebih keras daripada sinisme.
– Mulut saudara yang celupar itu wajar ditonyoh dengan cili padi.
– Penipu besar itu sudah tiba.
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM8
• Pidato/ucapan/syarahan
– Bercakap secara sehala
– Memberitahu, menghurai, menjelas sesuatu
tajuk/isu/perkara
– Tempoh waktu tertentu
– Mempengaruhi khalayak
• Persediaan
– Memahami tajuk
– Menganalisis khalayak/majlis
– Mengumpul dan menyusun maklumat; fakta – susunan
dan kesesuaiannya
– Memastikan tempoh masa dan merancang pembahagian
masa
– Memastikan tempat dan kemudahan logistik
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM8
STRUKTUR TEKS/PENYAMPAIAN
UCAPAN
• Pembuka kata
– Ucapan salam, penyataan syukur
– Hirarki sistem panggilan
– Makluman pengenalan majlis
• Membina minat
– menarik perhatian, provokasi, petikan, data
• Menyatakan tajuk,pegangan dan bahasan
– Berdasarkan tema/kehendak majlis
– Menyesuaikan tajuk dengan khalayak
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM8
• Mengemukakan idea
– Mulai idea utama, diikuti idea sokongan,penyampaian
fakta secara tersusun, saling berkait, ringkas dan
tepat, rumusan
• Penutup; rumusan, pantun, maaf
KECEKAPAN BERBAHASA
– Pemilihan kata/ayat/gaya bahasa
– Kelancaran – susunan idea, kawalan
pernafasan
– Kefasihan – sebutan, intonasi
– Gestur dan postur
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM9
KETRAMPILAN MEMBACA
• Memindahkan tulisan kepada suara
• Memahami maklumat bertulis
JENIS MEMBACA
• Mekanis
– Membunyikan dengan lantang huruf-huruf yang disusun
menjadi kata
– Untuk didengar dan dinilai
– Latihan melafaz bunyi huruf
– Latihan intonasi, jeda, mora, tanda baca
• Mentalis
– Membaca secara senyap untuk memahami isi dan
maklumat
– Membaca secara pantas
– Untuk diri sendiri
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM9
GANGGUAN MEMBACA
• Tunanetra
• Tunakerna
• Tunawicara
• Tunaaksara
• Gangguan artikulator
– Sumbing
– Rongak
– Sengau
– Ketebalan/kelembutan lidah
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM9
Bacaan Intensif
• Aktiviti membaca secara giat untuk memperkembang
kebolehan meneliti, melafaz, memahami dan
mentafsir bahan yang dibaca
• Mengenal penggunaan bentuk kata, susunan ayat,
laras bahasa
• Menghayati unsur-unsur estetika; gaya bahasa,
intonasi, kefasihan
• Membaca secara senyap @ lantang dan pantas
• Memahami, mentafsir, menilai dan mengulas bahan
yang dibaca
• Di bawah pengawasan guru kelas, fasilitator,
jurulatih vokal
• Dilaksanakan pada peringkat awal menguasai
kemahiran membaca
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM9
Bacaan Ekstensif
• Aktiviti membaca sebagai minat, hiburan; menikmati
isi bacaan
• Di luar pengawasan
• Bahan bacaan umum dan pelbagai
• Sudah mencapai kemahiran membaca yang tinggi;
– memahami diksi, bentuk ayat, gaya bahasa, laras
bahasa, perkataan pinjaman, istilah
• Memperkaya pengetahuan bahasa
• Mempertingkat kemahiran dan ketrampilan
berbahasa
• Mendalami ilmu bersifat khusus
• Menguasai pengetahuan am
• Membina daya kreativiti, daya fikir
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM10
KETRAMPILAN MENULIS
• Kebolehan mengatur huruf-huruf menjadi kata yang bermakna,
menyusun kata-kata menjadi ayat yang gramatis, mengarang
ayat menjadi wacana yang berwibawa
• Bermula sebagai kemahiran bersifat mekanis
– menyusun huruf, kata dan ayat
• Berkembang menjadi kemahiran mentalis
– menyusun idea menjadi wacana
• Bahasa diujarkan oleh pena dan bukan artikulator
• Mencapai khalayak yang tidak terbatas
• Melangkau ruang dan batas waktu, tempat, sosiobudaya
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM10
PERSIAPAN MENULIS
• Fizikal
– Sihat tubuh badan
• Mental
– Mood/angin
• Rasional, emosional, tekanan
• Intelek
– Rujukan maklumat
– Peta minda
• Organisasi teks
• Perancangan masa
• Perkakasan
– Komputer, mesin taip, buku nota/kertas kajang, pen/pensil, perakam
audio
• Seting
– Di mana-mana sahaja
• Nota/rakaman lintasan idea
– Dalaman
• Ruang khusus/bilik
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM10
PRA PENULISAN
• Latar belakang penulis
– Minat
– Bakat
– Tujuan
• Memberitahu, mendidik, memujuk, menghibur, tuntutan ilmu,
wang, pengiktirafan
– Ilmu bidang
– Ilmu asas, Ilmu bantu
• Genre
– Kreatif
• Cerpen, Novel, Drama, Puisi
– Nonkreatif
• Kritikan, Berita, Rencana, Buku, Laporan, Tesis, Iklan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM10
• Sasaran khalayak
– Am
• Penulisan berita, rencana
– Khusus
• Ahli/peminat/usia/SES
– Sastera, akademik, perniagaan,
hiburan, sukan, agama, politik, sains,
buku teks
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM10
SEMASA MENULIS
• Buat catatan rangka teks
– Kenyataan tesis (Isu yang ingin ditonjolkan)
– Tujuan menulis
– Isi-isi utama
• Konsentrasi wacana
– Kecondongan
• Sesuai dengan kehendak penerbit dan selera pembaca
• Nada
– Neutral
• Tulisan memberitahu/menjelaskan
– Positif
• Penggunaan diksi yang menyenangkan pembaca
– Negatif
• Penggunaan diksi yang menggusarkan pembaca
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM10
• Pendirian
– Pegangan disampaikan secara konsisten
dan meyakinkan
• Bahan
– Isi utama
– Isi sampingan
– Huraian & Contoh
• Gaya persembahan
– Bercerita, bersyarah
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM10
PASCAPENULISAN
• Penyuntingan
– Isi
• Tersusun
• Tambahan
• Tujuan dicapai
• Diksi sesuai
• Tertakluk kepada Akta Hasutan
• Baiki mesej
• Permudahkan persembahan
• Teknikal
– Format penulisan
• Judul, pendulu, tubuh, penutup, rujukan
– Ejaan, tanda baca, ayat, perenggan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM10
• Atur huruf
– Saiz dan jenis fon
• Pembacaan pruf
– Susun atur halaman
– Hiasan
• Pencetakan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM11
PENDEKATAN PENULISAN
• Pendedahan
– Memindah idea penulis secara berkesan
kepada pembaca; memberitahu,
menyatakan
– Penulis mesti pakar/berpengalaman
– Khalayak tidak tahu dan perlukan
penjelasan
– Subjek baru dan tidak kontroversi
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM11
• Penerangan
– Memindahkan pengamatan dan pemerhatian
kepada khalayak; imej, sensasi
– Subjek telah diketahui oleh khalayak tetapi
perlukan gambaran yang lebih luas
– Memasukkan butiran faktual; gambar, imej,
dan fakta-fakta tepat
– Dikembangkan dengan butiran impresionistik;
melalui gambaran secara lisan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM11
• Penceritaan
– Penyampaian idea yang tertumpu kepada
peristiwa dan watak; cerpen, novel, autobiografi,
sejarah, diari
– Disampaikan mengikut turutan plot; pengenalan >
peruncingan > klimaks > peleraian
– Penggunaan sudut pandangan; orang pertama,
orang kedua, orang ketiga/serba tahu
– Memasukkan permainan emosi
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM12
• Pemujukan
– Penulisan yang berusaha mengubah pemikiran,
kepercayaan, perlakuan, pendirian khalayak
– Mengambil kira pendirian, sikap, nilai,
pengetahuan, sensitiviti khalayak
– Pemujukan rasional – menggunakan fakta,
logik, bersifat objektif; rencana
– Pemujukan emosional – menggunakan emosi;
iklan
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM12
• Penghujahan
– Menyampaikan idea bersifat provokatif/ kontradik
dan mempertahankannya dengan bukti, data,
contoh demi penjelasan dan penerangan
– Bermula dengan satu idea utama/tesis/
kenyataan/dakwaan yang dikembangkan dengan
bukti khusus
– Bermula dengan idea yang lain/ bercanggah/tidak
selari dengan pandangan pihak lain
– Berusaha meyakinkan khalayak atau pihak yang
dilawan berhujah; secara rasional, jelas, waras
dan logik
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM13
KEMAHIRAN MENAFSIR
“Kenapa berbahasa?”
>keperluan biologis
>tuntutan sosial
>perkongsian budaya
>mendapat maklumat
>meningkat ilmu
>meningkat pengetahuan
>menjadi bijaksana
>mengaplikasi
>manfaat individu @ kelompok
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM14
Kuasa nonverbal
• Memberi makna kepada bahasa
• Mempengaruhi tafsiran
• Gestur dan postur
• Grafik dan gambar
• Susun atur huruf dan saiz
• Media perantara
• Emosi
• Daya intelek
• Daya fikir
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM14
MAJLIS PERASMIAN
SEMINAR MELAYU MAHAWANGSA
ANJURAN
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
DENGAN KERJASAMA
GABUNGAN PENULIS NASIONAL (GAPENA)
18 – 19 JULAI 2006
• Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Dr. Mohd. Fauzi Jumingan untuk membacakan doa.
Dipersilakan.
(BACAAN DOA DAN APABILA SELESAI)
• Alhamdulillah. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mohd. Fauzi
Jumingan atas bacaan doa itu tadi.
5. (PENYAMPAIAN CENDERAMATA)
• Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat
Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kerana sudi menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Seminar Melayu Mahawangsa ini.
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM14
• Terima kasih kepada semua tetamu kehormat, hadirin dan hadirat yang sudi
melapangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.
• Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan
padu dalam menjayakan Seminar Melayu Mahawangsa ini.
KETRAMPILAN
BERBAHASA @msyM14
Akhir kata,
• Msy/fbmk/180706