You are on page 1of 45

LAKSA SARAWAK ISTIMEWA..

400gram pes laksa Sarawak Hj Manan (2 bungkus)


2 bungkus Bihun
500gram udang basah
3 ketul dada ayam
500ml santan pekat (1 tin santan cream)
8 biji telur ayam
1 kiub pati ayam maggi
2 sudu besar sos tiram
Garam, gula & msg secukup rasa

BAHAN TAMBAHAN

500gram tauge
Daun ketumbar @ daun pudina (ikut suka)
Limau kasturi @ lemon

SAMBAL BELACAN
15 biji cili padi/cabai burung (klu nk pedas lg boleh tambah)
Belacan Sarawak (@ lain2 negeripun boleh)
Sedikit air perahan limau@lemon
Garam & gula

Cara-cara

Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
Masukkan bahan2 perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula & msg. Biar
mendidih seketika.
Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan
limau/lemon.

CARA2 MENGHIDANG LAKSA SARAWAK

Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong,
udang, daun ketumbar/pudina & sambal belacan. Sendukkan kuah laksa swk yg masih panas.
Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2

Mee Laksa Sarawak


Kiriman: Suhaimi Razali
Sumber: AYUMA ENTERPRISE
Hits: 308 Rating: 9.33 Review: 0

Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan: BAHAN-BAHAN :
2 bungkus (@200 gram) perencah laksa
500 gram udang
2 ketul dada ayam
1 bungkus mee hoon
500 gram tauge
1 liter pati santan kelapa
4 biji telur ayam
Daun ketumbar
Ajinimoto secukup rasa
Garam secukup rasa
Cara: PENYEDIAN KUAH MEE :
Rebuskan udang (dengan kulit) dan ayam ke dalam 2.5 liter air dan biarkan mendidih seketika. Keluarkan udang dan
ayam dari air rebusan. Masukkan perencah laksa dan kacau menggunakan api yang perlahan. Setelah mendidih, masukan
pati santan (secukup rasa lemak yang diperlukan) dan kacaukan. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.

PENYEDIAN BAHAN-BAHAN :
Mee hoon dicelur dengan air panas sehingga lembut dan kemudiannya dicelup ke dalam air sejuk sebentar. Tauge dicelur,
udang dikopek kulitnya dan isi ayam dicarik/koyak halus. Telur dipukul & digoreng nipis dan kemudiannya digolong dan
dihiris halus.

PENYEDIAN SAMBAL BELACAN (PILIHAN) :


Cili hidup dan belacan ditumbuk sama. Sediakan limau kesturi dan hidang berasingan. Cadangan Hidangan: MENGHIDANG
MEE LAKSA SARAWAK :
Masukkan mee ke dalam pinggan, letakkan tauge, hirisan telur, udang, isi ayam dan 3-5 helai daun ketumbar di atas mee.
Masukkan kuah mee tadi dan hidangkan. Untuk rasa yang lebih enak, masukkan sambal belacan dengan perahan limau
kesturi. Untuk hidangan yang aroma dan menyelerakan, hidangkan panas.

'SELAMAT MENCUBA'

Kek batik

Bahan-Bahan:
1 paket Milo kecil (200g)
1 bar mentega (buttercup @ farmcows)
1/2 tin susu pekat
1 paket biskut Marrie (1/2 kg)

Cara Penyediaan:
1. Cairkan mentega dengan kaedah double boiler di atas dapur gas
2. Selepas mentega cair,masukkan susu pekat.
3. Masukkan biskut marrie yang telah dipatahkan kepada 2 atau 3 bahagian dan Milo ke dalam mangkuk atau bekas
besar.
4. Tuangkan mentega dan susu dan gaul sebati ke dalam mangkuk berisi biskut dan Milo. Gaul dengan sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan kek.
6. Tekan dan padatkan adunan menjadi satu lapisan seperti kek menggunakan sudu atau senduk.
7. Sejukkan dalam peti ais selama 3-5 jam sehingga adunan keras.

Kek pisang

Bahan-bahan

* 4 biji pisang(leh guna apa2 jenis pisang)


* 1 1/2 cawan butter atau marjerin

* 1 1/2 cawan gula

* 4 biji telur

* 1 sudu teh vanilla essence

* 4 sudu besar fresh cream(leh ganti ngan yogurt biasa)

* 2 sudu besar lemon juice

* 2 cawan tepung gandum

* 1 sudu teh soda bicarbonate

* 1 sudu teh baking powder

Cara-cara membuatnya:

# Pukul butter dengan gula sampai kembang

# Bila dah kembang.Masukkan telursatu demi satu.

# Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.(tidak payah
menggunakan mixer.. kacau sahaja)

# Masukkan pisang yang telah dilenyek + esen vanila ke dalam adunan.

# Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.Kacau sehingga sebati.

# Sapu loyang dengan marjerin and masokkan adunan tadi


#Bakar pada suhu 160 degree selama 45-55 minit

Kek Batik Azura


Kiriman: azura azlan Email this Recipe Print this Recipe
Hits: 1334 Rating: 8.50 Review: 0

Bahan-Bahan:

2 paket biskut marie (patah-patahkan)


1 cawan milo
1 cawan koko
1 ¾ cawan gula
1 buku butter
5 biji telur
½ cawan air
Cara:

patah-tahkan biskut marie ke dalam 1 mangkuk besar.

masukkan milo, koko, gula, butter, 5 biji telur dan 1/2 cawan air ke dalam periuk. kacau hingga sebati. kemudian,
didihkan di atas api. lebih baik jika dididihkan dengan cara double boiling supaya coklat tidak cepat hangit.

setelah mendidih, tuang coklat ke dalam mangkuk yang berisi biskut marie. gaul coklat dan biskut marie hingga rata.

akhir sekali, masukkan biskut yg digaul rata bersama coklat ke dalam loyang. hempap2kan biskut itu sehingga mampat
didalam loyang.

setelah mampat, biarkan kek sejuk di dalam peti sejuk selama 1 jam. akhir sekali, kek batik boleh lah dipotong dan di
hidang.

Tambahan:

SUNDAY, DECEMBER 31, 2006

KEK BATIK

Bahan-Bahannya:-

4 biji telur
1 ketul butter
1 cawan gula
1 kati biskut merie (600 gram) – patah empat
½ cawan milo
½ cawan koko powder
1 mug air

Caranya:-

1. Pukul butter, telur dan gula


2. Masukkan milo dan serbuk koko, kacau hingga rata
3. Masukkan air, gaul hingga rata
4. Masukkan ke dalam kuali/ periuk – masak dengan api perlahan
5. Setelah mendidih dan agak pekat, masukkan biskut marrie yang dipatah 4. Gaul
rata
6. Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastic, tekan hingga padat
7. Sejukkan dan potong.

Asam Pedas Cara Brunei


Kiriman: Lina
Sumber: Ibu mertua
Hits: 4212 Rating: 7.73 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 1 ekor ikan merah yang sederhana besar
(disaing dan dipotong ikut suka)
500 ml air
½ bawang besar (dihiris)
3 keping asam gelugur
1 batang serai (dititik)
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis

4 biji lada hidup


10 biji cili padi
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

*Bahan-bahan ini dikisar halus dan dicampur dengan 2 sudu teh serbuk kunyit

Cara: Panaskan minyak tumis bawang besar dahulu barulah masukan bahan kanan dan tumis sehingga mengeluarkan bau,
barulah masukkan air. setelah air mendidih masukkan serai,asam, garam dan ikan sehingga masak dan agak pekat.
Cadangan Hidangan: Hidangan bersama nasi putih sewaktu masih panas. selamat mencuba

Kiriman: Siti Muhaza bt. Sheikh Zainal


Sumber: Perbendaharaan Malaysia Sabah
Hits: 694 Rating: 9.67 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 1 kilo ikan tongkol/kayu/basung
Halia sebesar ibu jari
Cili boh satu sudu besar
Bawang Merah 4 ulas
Bawang Putih 3 ulas Serai 2 batang
Kunyit hidup sebesar ibu jari
Garam
Ajinomoto
3 keping asam Cara: 1.Halia, kunyit, bawang merah, bawang putih ditumbuk lumat.
2.Kemudian, campurkan cili boh, asam keping dan serai.
3.Ikan yang telah dibersih, dicampur dengan bahan yang ditumbuk lumat. Terus diperap bersama garam dan sedikit
ajinomoto sehingga meresap.
4.Masukkan ikan ke dalam periuk kemudian rebus sehingga hampir kering. Cadangan Hidangan: Sesuai dimakan bersama
nasi putih atau sagu ambuyat.

Asam Ikan Talapia


Kiriman: AteenOwen
Hits: 362 Rating: 6.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 1 ekor ikan talapia

Bahan B
1 biji bawang besar - dimayang
1 inci halia - dihiris
2 biji lada besar - dihiris
1 biji limau nipis
Cara: Panaskan kukusan,masukkan ikan ke dalam loyang,taburkan bahan-bahan B, taburkan juga sedikit garam dan bahan
perasa,kukuskan sehingga masak.Perahkan asam limau sebelum makan.
Asam Pedas Melaka
Kiriman: *maria* Email this Recipe Print this Recipe
Hits: 2192 Rating: 8.11 Review: 0

Bahan-Bahan:

Ikan - tenggiri atau kurau Bahan tumis :


Bahan untuk dimesin : 2 sudu kecil halba campur
Satu labu bawang merah Setengah labu bawang merah
5 ulas bawang putih 3 ulas bawang putih
Seinci halia Seinci halia
Secubit belacan
10 tangkai cili kering 3 batang bendi
Asam jawa, dicampur dengan air panas satu mangkukan -
tenggiri atau kurau

Cara:

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga wangi.


2. Masukkan bahan-bahan yang telah dimesin. Kacau sehingga cili garing.
3. Campurkan semangkuk air asam jawa dan kacau lagi. Jika mahu, boleh tambah sedikit air.
4. Apabila kuah sudah mula mendidih, masukkan ikan.
5. Masukkan bendi apabila ikan hampir masak.
6. Sedia untuk hidangan.

Cadangan Hidangan:

Makan bersama nasi panas

Tambahan:

Masakan asam pedas boleh ditambah dengan sebiji tomato jika inginkan rasa lebih masam

Review:

Barbeku Kembung
Sumber: Majalah Wanita Febuari 2000 Email this Recipe Print this Recipe
Hits: 3132 Rating: 10.00 Review: 0

Bahan-Bahan:

2 ekor ikan kembung Bahan dikisar:


4 gm rempah paprika 4 gm kunyit hidup
4 gm sos Lea & Perrins 4 gm bawang merah
2 gm serbuk cili 4 gm bawang putih
2 gm aromat
2 gm lada sulah
2 gm jus limau nipis
2 gm sos tiram

Cara:

Bersihkan ikan dan gaul bersama bahan-bahan lain. Panggang mengikut kesukaan anda dan hidangkan bersama sos
atau sambal.

Review:

Asam Peranakan
Hits: 1790 Rating: 10.00 Review: 1
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 300 gm ikan tenggiri / sebarang ikan
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar cili kering (kisar)
2 helai daun limau purut
1 cawan air asam jawa
½ biji terung (dipotong & digoreng)
1 biji tomato
15 gm garam
5 gm gula Bahan Kisar:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih Cara: Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik aroma. Masukkan cili kering & biar hingga
garing. kemudian masukkan ikan & garam. Setelah ikan masak, masukkan air asam & tomato. Akhir sekali
masukkan gula & terung yang telah digoreng. Setelah masak, angkat & hidangkan.

Asam Pedas Sarawak


Kiriman: Rohah bt Imat
Sumber: Pn Nahayah Nong
Hits: 85 Rating: 10.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: Bahan2:

ikan terubuk segar, disiang dan dicuci bersih


Bahan2 ditumbuk:

kunyit,
cili padi,
asam kelubi,
serai,
sedikit belacan
bawang putih Cara: Rebus air hingga mendidih.Masukkan bahan yang telah ditumbuk. Bila dah sebati, masukkan ikan. Biar
seketika hingga masak.Tambah garam dan serbuk perasa. Cadangan Hidangan: Sesuai utk makan tengah hari dengan nasi
panas Tambahan: less kolestrol dan mempelbagaikan masakan simple khasnya untuk hari hari sibuk anda yang berkerja....

Bergedel Ikan Traditional


Kiriman: Norazilah
Sumber: mama
Hits: 345 Rating: 10.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: Bahan2nya:

1 kilo isi ikan kembung - dikisar


5 batang serai - diricik & dikisar
1 mangkuk kelapa mesin - dikisar
Sedikit cili padi - dikisar

Bahan2nya:

10 biji bawang merah - dikisar


5 biji bawang putih - dikisar
Sedikit garam, gula & perasa
Sedikit serbuk kunyit
3-5 biji telur -dipukul sekejap (sebagai penyadur)
Sedikit serbuk roti (sebagai penyadur) Cara: Satukan semua bahan & kisar sampai halus.
Kepal-kepalkan adunan tadi menjadi seperti bergedel. Lalu celupkan adunan tadi ke dalam telur & gelekkan atas serbuk
roti.
Ketepikan. Panaskan minyak, goreng adunan tadi sampai habis. Cadangan Hidangan: Sesuai dihidang sebagai snek ringan

Bawal Masak Kari Email this Recipe Print this Recipe


Hits: 3688 Rating: 2.00 Review: 0

Bahan-Bahan:

3 ekor ikan bawal hitam dikerat dua 1 pekat rempah kari ikan
1 biji kelapa 2 biji terung
5 ulas bawang merah 1 sudu teh halba campur
3 ulas bawang putih Sedikit asam jawa
2 inci halia Sedikit garam
Cara:

Bersihkan ikan & ditoskan. Perahkan santan kelapa dan asingkan patinya. Tumiskan halba campur bersama bawang
merah, bawang putih & halia yang telah ditumbuk halus. Apabila sudah garing masukkan serbuk kari & biarkan
seketika sehingga pecah minyak. Masukkan santan & perahan air asam jawa bersama-sama terung, apabila
menggelegak masukkan ikan & biarkan seketika sehingga masak.

Review:

Botok-Botok Ikan (Johor & S'pore)


Kiriman: Warda Leela Email this Recipe Print this Recipe
Sumber: Arwah Mami
Hits: 712 Rating: 10.00 Review: 0

Bahan-Bahan:

2 ekor Ikan Tengiri/Mambong Daun pucuk Ubi


8 Ulas bawang merah (tumbuk) Daun kaduk
4 ulas bawang putih (tumbuk) Daun pokok teh
2" halia muda (tumbuk) Daun kentut2
1 sudu teh Jintan Manis (sangai & kisar) Daun tengek burung
1 sudu teh Jintan putih(sangai & kisar) Pucuk labu, Pucuk betik.
1 sudu teh ketumbar(sangai & kisar) p/s boleh tambah daun ulam ikut suka tapi main ulam
2 biji buah keras (kisar) ialah pucuk ubi dan semua dihiris sederhana.
½ cwn asam jawa Daun pisang (untuk bungkus)
1@2 sudu bsr lada kisar
p/s rempah boleh diganti dgn rempah kari ikan.

Cara:

1. Ikan boleh digoreng dahulu atau tidak perlu goreng.


2. Tumiskan bahan2 yg ditumbuk sehingga garing serta lada kisar dan apabila naik bau, masukkan rempah yg sudah
dikisar. Tumis hingga separuh garing kemudian masukkan sedikit air asam jawa, garam, serbuk perasa & gula (ikut
rasa).
3. Kemudian masukkan daun2 ulam dan masak hingga naik minyak dan sederhana kering.
4. Layukan daun pisang.
5. Letakkan sedikit kuah keatas daun pisang dan letakkan ikan(goreng@tidak digoreng) atasnya dan tutup ikan dgn
kuah kemudian bungkus dgn daun pisang.
6. Panaskan kukus dan kukuskan ikan yg telah dibungkus dlm daun pisang lebih kurang 10 minit (hingga masak).

Cadangan Hidangan:

Sesuai dimakan panas2 dgn nasi terutama waktu malam atau musih sejuk/hujan

Tambahan:

Elok bagi org yg gemar makanan berulam dan pesakit kencing manis.
Review:

Cencaru Bakar Berzaitun


Kiriman: cikgu azlia
Hits: 310 Rating: 10.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 2 sudu udang kering - cuci bersih
1 inci belacan
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 batang cili hidup - jika ingin pedas, tambahkan lagi cili
1 inci halia

- goreng semua bahan di atas dengan minyak dan ditumbuk hancur 1 ekor ikan cencaru sederhana besar - cuci bersih dan
dibelah perutnya
minyak zaitun
daun pisang Cara: 1. campurkan 1 sudu teh minyak zaitun ke dalam bahan tumbuk tadi.
2. masukkan bahan tumbuk ke dalam perut ikan cencaru dan lumur sedikit di kulit ikan.
3. letakkan ikan tadi di atas daun pisang dan siramkan 1 sudu minyak zaitun ke atas ikan tadi, barulah dibalut/
bungkuskan daun pisang
4.Bakar atas kuali, dan letakkan sedikit minyak semasa bakar untuk elakkan daun dari cepat terbakar
5. balik-balikkan sehingga ikan masak.
Cadangan Hidangan: ikan ini dimakan bersama nasi putih, boleh juga dicicah dengan air asam atau hanya perahkan asam
limau ke atas ikan sebelum dimakan Tambahan: jika anda alah kepada belacan, boleh gunakan udang kering sahaja.

Cencaru Bakar Masam Manis


Kiriman: Saarini Bin Ramli Email this Recipe Print this Recipe
Sumber: Ciptaan sendiri
Hits: 761 Rating: 10.00 Review: 0

Bahan-Bahan:

2 ekor ikan cencaru sederhana besar Kertas pemabalut Aluminium


2 sudu besar asam jawa (termasuk biji) Alat pemanggang ikan
2 sudu besar gula
1 sudu besar cili kisar lumat
Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara:
Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan
Gaulkan semua bahan asam jawa, gula, cili kisar, garam dan sebuk perasa hingga sebati.

Masukkan bahan yang digaul tadi ke dalam ikan sebelah belakang. Balut ikan dengan pembalut aluminium supaya
bahan tidak keluar semasa memanggang.

Panggang ikan hingga masak (kira-kira 30 minit)

Cadangan Hidangan:

Sesuai dimakan bersama nasi semasa masih panas.

Tambahan:

Boleh ditambah gula jika anda suka manis.

Review:

Cencaru Goreng Pedas


Kiriman: Firza Nordin
Sumber: Resipi Keluarga diMelaka
Hits: 1530 Rating: 0.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 5 ekor ikan cencaru sederhana besar- belah belakang dari kepala ke ekor - jangan putus dan buang insang
dan isi perutnya - cuci bersih dan toskan. Tak perlu buang kulit.

Gaulkan bersama :
1 sd besar serbuk kunyit
1 sd besar garam

Secukup minyak untuk menggoreng


1 biji bawang besar - dihiris bulat kasar
Kisar halus bersama :
35 tangkai cili kering - potong dan rebus
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan air
(alihkan ke mangkuk dan pada bekas cili yang tertinggal dalam pengisar, campurkan ½ cwn air dan goncang sebati)

Dibancuh bersama:
3 sd besar asam jawa
½ cwn air baki kisaran cili kering

1 sd besar paras garam


½ sd teh serbuk perasa
3 sd besar gula

Cara: Goreng ikan hingga masak. Tinggalkan 1 cwn minyak gorengan dan tumis bahan kisar bersama garam hingga pecah
minyak dan garing.
Masukkan air asam jawa dan kacau lagi hingga garing. Masukkan bahan perasa, gula dan bawang, kacau hingga bawang
layu.
Masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul rata dan sumbat sedikit pes cili kedalam bahagian belakangnya semasa
menggaul.

Angkat dan hidangkan.

Tambahan: Tumisan yang garing amat penting untuk membuat sambal tumis, asam pedas dan rendang kerana jika tidak
ianya akan berasa hambar setelah dimasak.
Untuk memastikan bahan tumisan telah pun garing, ianya akan menjadi seperti tahi minyak semasa dikacau.
Kacau selalu bahan kisar semasa menumis dan pastikan api kecil dan kacau sekali sekala hingga garing hingga ianya
nampak `kering'. Boleh juga dgn api besar asalkan sentiasa dikacau.

Ikan Bawal Bersos


Sumber: Majalah Wanita Oktober 1998
Hits: 1578 Rating: 10.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan: 1 ekor ikan bawal hitam (digoreng garing)
4 biji cili merah
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia 1 cm kunyit hidup
½ biji kelapa (ambil santannya)
1 keping asam gelugur
Garam
Gula Cara: Masukkan santan bersama bahan-bahan yang sudah digiling halus dalam kuali. Masak dengan api sederhana.

Masukkan asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih dan kuahnya pekat.

Tuang kuah ke atas ikan yang sudah digoreng.


KEK PISANG BRUNEI

Bahan-Bahan
$1/2 buku mentega (125 gm)
1€ cawan gula halus
1 cawan pisang raja (dilecek dengan garpu - jangan dimesin)
2 butir telur ayam
2 sudu besar susu cair
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh sodium bicarbonate
1/2 sudu teh garam halus
 
Cara :
 Tepung gandum, baking powder, sodium bicarbonate  & garam halus diayak bersama.
Ketepikan. v Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dalam adunan gula dan pukul rata.
Masukkan pisang lecek ke dalam adunan gula dan gaul rata dengan lembut menggunakan senduk
kayu (JANGAN DIMESIN).
Masukkan adunan tepung ke dalam adunan gula sedikit demi sedikit dan gaul rata menggunakan
senduk kayu.
Masukkan susu cair dan esen vanilla ke dalam adunan dan gaul rata menggunakan senduk kayu.
Masukkan ke dalam acuan yang telah dilengser mentega dan dilapik dengan kertas kalis  minyak.

Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 30 - 40 minit atau sehingga masak
StayerKiller@Resepi
This site is hosted by

Go Get It!
Lycos Search The Web Tripod

Build your own website on Tripod It's fast, easy and economical.

del.icio.us Digg StumbleUpon MySpace Blogmarks Furl ma.gnolia Newsvine reddit Technorati

Share This Site More

Not the site you


are looking for?

  RESEPI NASI RESEPI BISKUT RESEPI KEK PENCUCI MULUT LAUK-PAUK

   

  KUIH MINUMAN ACAR SAYUR KOMEN


                                                                                             

                                    

  Aneka Resepi KeK


 1.    Kek Gulung Pandan
 2.    Kek Halma
 3.    Kek Halia
 4.    Kek Epal
 5.    Kek Damal
 6.    Kek Gula Hangus
 7.    Kek Epal Crumble
 8.    Kek Epal,Nanas Dan Walnut
 9.    Kek Durian
 10.  Kek Coklat Walnut
 11.  Kek Gulung Nanas
 12.  Kek Coklat Urai
 13.  Kek Coklat
 14.  Kek Orange
 15.  Kek Coklat Lembab
 16.  Kek Coklat Tanpa Tepung
 17.  Kek Hitam Manis
 18.  Kek Kukus Lapis Holiday Inn.  
 19.  Kek Kukus Mata Kucing
 20.  Kek Asam Manis
 21.  Kek Kukus Buah-Buahan
 22.  Kek Lapis Masam Manis
 23.  Kek Pandan Lapis
 24.  Kek Pisang Brunei
 

        Lain

Kek Gulung Pandan

Bahan-Bahan

Untuk Span Pandan:

10 biji telur
180 gm gula
175 gm tepung gandum
12 gm tepung jagung
62 gm mentega cair
2 helai daun pandan Untuk Krim Perasa Pandan:
250 liter susu segar
60 gm gula
3 biji kuning telur
30 gm serbuk santan
250 gm krim putar
10 gm serbuk gelatin
2 helai daun pandan

Cara :
Tepung gandum & tepung jagung diayak bersama-sama.
Kisar daun pandan dengan air sebelum ditapis & dicampur denagn mentega cair.
Pukul telur & gula hingga kembang kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Kacau hingga rata & masukkan campuran air daun pandan & mentega. Kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam acuan kek gulung yang telah digriskan & bakar pada suhu 200C (8
minit). Untuk membuat krim perasa pandan, kisar daun pandan dengan susu sebelum ditapis &
disuamkan.
Gula dikacau dengan kuning telur, campurkan air daun pandan & susu, serbuk santan & gelatin.
Kacau hingga larut barulah dimasukkan krim putar. Kek yang sudah masak ditiarapkan ke atas
gris yang dipotong panjang. Tuangkan krim perasa pandan ke atas kek, sapu rata. Angkat hujung
kertas gris, gulung kek perlahan-lahan sebelum dipotong.

Kembali ke atas...

Kek Halma
Bahan-Bahan:
8 auns kurma (dibuang biji)
1 sudu teh soda bikarbonat
150 ml air panas
4 auns gula merah
4 auns mentega
2 sudu besar sirap kencana hitam 1 sudu besar sirap kencana pucat
2 biji telur
8 auns tepung naik sendiri
2 sudu teh serbuk halia
2 sudu besar gulai aising

Cara :
Cincang buah kurma, taburkan sedikit soda bikarbonat.
Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi 150 ml air panas dan biar sehingga sejuk.
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kedua-dua sirap kencana hitam dan pucat.
Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi. Masukkan tepung, halia, buah kurma serta airnya
sekali kacau.
Tuang ke dalam acuan bulat dan bakar selama 50 - 60 minit. Setelah dikeluarkan dan bila sejuk barulah
ditabur gula aising.

Kembali ke atas...

Kek Halia  

Bahan-Bahan:
8 auns tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 ½ sudu teh halia (ditumbuk halus)
2 auns sirap kencana hitam
4 auns sirap kencana pucat 3 auns mentega
2 auns gula merah
2 biji telur
2 sudu teh susu cair

Cara:
Ayak tepung dan soda bikarbonat dalam sebuah mangkuk.
Masak kedua-dua sirap kencana, gula merah berasama mentega di atas api perlahan sehingga cair.
Pukul telur dan susu seketika, campurkan ke dalam air gula yang dimasak.
Masukkan ke dalam tepung dan kacau hingga sebati.
Masukkan dalam acuan empat persegi yang telah disapu mentega dan bakar selama sejam.

  

Kembali ke atas...

Kek Epal  

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum tulen naik sendiri(wholemeal)
2 auns mentega
½ cawan gula merah
1 biji telur
4 sudu besar susu
Sedikit kulit limau parut 1 biji buah epal hijau
1 sudu besar gula halus
½ sudu teh serbuk bunga cengkih
Sedikit garam

Cara :
Pukul mentega dan gula merah sampai lembut.
Masukkan telur dan kulit limau (separuh sahaja). Masukkan tepung diselang-seli dengan susu
dan kacau rata.
Tuangkan adunan ke dalam acuan sandwic. Kupas buah epal dan potong nipis-nipis.
Aturkan di atas adunan kek tadi.
Campurkan gula, serbuk bunga cengkih dan kulit limau yang separuh lagi. Taburkan di atas buah
epal. Bakar 35-40 minit.

Kembali ke atas...

Kek Damal  

Bahan-Bahan:
1 gelas gula halus
1 gelas mentega
1 ½ gelas tepung gandum
½ camca kecil baking powder
½ camca kecil esen vanila
½ camca kecil esen ros
4 biji telur

Cara :
Pukul mentega bersama gula hingga kembang, masukkan putih dan kuning telur yang telah
dipukul berasingan terlebih dahulu.
Kacau hingga rata dengan menggunakan senduk kayu. Masukkan esen vanila, esen ros dan akhir
sekali masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak terlebih dahulu.
Jika suka masukkan 1 camca kecil pewarna merah.
Tuangkan ke dalam loyang yang berlenser dan bakar dengan api yang kecil lebih kurang 1 jam.

Kembali ke atas...

Kek Gula Hangus

Bahan-Bahan:
2 cawan gula halus
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
4 biji telur 2 sudu teh baking powder
3 sudu besar air panas (mendidih)
1 tin susu cair
250 gm mentega
Cara :
Panaskan gula halus hingga menjadi hangus.
Masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih hingga 1/2 cawan. Biarkan sejuk.
Di dalam mangkuk, masukkan susu cair, tepung, telur dan mentega hingga menjadi sebati
dengan perlahan-lahan. Masukkan baking powder dengan air panas.
Masukkan ke dalam acuan kek dan bakar di dalam kepanasan 180C selama 40 minit dan tutup.

Kembali ke atas...

Kek Epal Crumble  

Bahan-Bahan:
¾ cawan gula kastor
1/3 cawan air
125 gm mentega
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur (asingkan putih dan kuning)
3 biji epal (kupas kulit dan potong setebal 1 cm) Bahan-bahan topping:
150 gm tepung
75 gm mentega
30 gm gula kastor
Cara :
Masak gula dan air ke dalam periuk hingga cair.
Sejukkan. Putar mentega, vanila dan kuning telur hingga kembang. Masukkan air gula.
Campurkan telur dan putar sebati. Dalam mangkuk berasingan, putar putih telur hingga kembang.
Campur putih telur ke dalam adunan kuning telur. Kacau rata.
Masukkan separuh adunan ke dalam acuan bulat. Susun epal dan tambah adunan untuk toppng di
atasnya. Ratakan dan bakar selama 35 minit. Untuk membuat topping, gaul semua bahan hingga
menjadi serbuk roti. Sejukkan.

Kembali ke atas...

Kek Epal, Nanas Dan Walnut

Bahan-Bahan:
3 keping nenas dalam tin (tos dan cincang kecil-kecil)
2 cawan tepung naik sendiri (ayak dua kali)
½ sudu kecil rempah campuran
1 cawan parutan epal
60 gm mentega 1 biji telur (pukul sehingga kembang)
¾ cawan susu segar
1 cawan walnut (dicincang)
6 biji ceri merah (dicincang)
½ cawan gula kastor

Cara :
Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
Campurkan nenas, parutan epal, walnut dan rempah campuran. Pukul mentega dan gula hingga
kembang.
Masukkan telur yang telah dipukul dengan susu segar berselang-seli dengan tepung.
Kacau sebati. Masukkan ke dalam acuan dan bakar hingga masak. Kek ini sesuai untuk minum petang
dan dihidangkan semasa masih panas.

Kembali ke atas...

Kek Durian  

Bahan-Bahan:
1 cawan isi durian, buangkan bijinya
1 sudu besar tepung susu
5 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri 1 ½ cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan marjerin
Sedikit garam

Cara :
Pukul gula dan marjerin hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
Wangikan dengan esen vanila. Sebatikan adunan dengan isi durian.
Perlahankan mesin, masukkan tepung sedikit demi sedikit, diikuti tepung susu. Tuangkan ke dalam
acuan yang siap bergris dan bakar dalam ketuhar yang panasnya 150'C selama 45 minit atau hingga
masak.

Kembali ke atas...

Kek Coklat Walnut


Bahan-Bahan:
145 gm mentega
185 gm gula perang
3 biji telur
30 ml trickle hitam (black trickle)
1 sudu kecil esen vanila
225 gm tepung gandum
½ sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
Sedikit garam
225 ml susu segar
57 gm coklat cair
100 gm walnut, cincang dan panggang
Coklat cair dan baki walnut cincang yang dicincang lagi hingga halus (bahan hiasan)

Cara :
Pukul mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu hingga habis sambil dipukul.
Campurkan trickle hitam serta esen kacau rata.
Kemudian campurkan pula tepung yang siap berayak dengan serbuk penaik, soda bikarbonat,
garam dan sebahagian dari walnut cincang, kacau lagi.
Tuangkan coklat cair diikuti susu dan gaul hingga sebati.
Isikan adunan ke dalam dua bekas pembakar yang sama besar yang telah dilenser mentega serta
ditabur tepung. Bakar berasingan hingga masak.
Apabila sejuk, sapu atas kek dengan coklat cair, tabur sedikit walnut cincang sandwic dengan
sekeping lagi kek dan salut kek dengan lebihan coklat cair, tabur atasnya dengan walnut cincang.
Hias mengikut cita rasa sendiri.

Kembali ke atas...

Kek Gulung Nanas  

Bahan-Bahan:
10 biji telur
100 gm tepung gandum
150 gm gula halus
60 gm tepung jagung
1 sudu kecil serbuk penaik
1½ sudu kecil Quick 75
70 gm mentega cair 50 gm air sejuk
Sedikit pewarna kuning dan merah 

 Bahan-bahan krim:
5 sudu besar gula pasir
1½ sudu besar tepung jagung
Sedikit krim segar

Cara :
Pukul semua bahan hingga kembang dan rata kecuali mentega cair, pewarna kuning dan pewarna
merah.
Kemudian masukkan mentega cair dan kacau hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Satu bahagian diberi pewarna merah dan satu bahagian diberi pewarna kuning.
Sediakan dulang empat persegi yang beralaskan kertas minyak.
Masukkan adunan berwarna merah hingga rata, kemudian bakarlah hingga masak.
Setelah masak, tuangkan adunan berwarna kuning pula di atas kek tadi.
Kemudian bakar lagi sehingga masak. Apabila kek telah sejuk, sapukan jem nanas berselang-seli dengan
krim hingga rata. Kemudian gulungkan kemas-kemas. Apabila hendak dihidang, bolehlah dipotong
mengikut kesukaan anda. 

Cara membuat krim:

Masak semua bahan-bahan di atas api hingga pekat dan sejukkan. Kemudian bolehlah digunakan.
 
Kembali ke atas...

Kek Coklat Urai  

Bahan-Bahan:
200 g tepung beserbuk penaik diayak
Secubit garam bersama
200 g marjerin lembut
200 g gula kastor 4 biji telur ayam
1 camca teh serbuk penaik
½ camca teh esen vanila
60 g coklat urai (chocolate rice)

Cara :
Satukan kesemua bahan kecuali coklat urai ke dalam satu bekas. Pukul adunan dengan pemutar
selama 2 minit. Masukkan coklat urai. Tuangkan adunan terus ke dalam tin pembakar. Bakar
dalam ketuhar bersuhu 180C atau menggunakan gas nombor 4 selama 15-20 minit.

 
 
 

Kembali ke atas...
Kek Coklat 

Bahan-Bahan:
5 biji telur ayam
1 ¼ butter
11 oz tepung gandum (diayak)
500 gm gula pasir (dikisar halus & diayak)
3oz serbuk coklat (diayak bersama tepung)
350 ml susu (susu segar)
2 camca teh esen vanila
1 camcateh soda bicarbonat (diayak bersama tepung
2 camcateh baking powder (diayak bersama tepung

Cara :
Pukul butter dan gula hingga kembang,
kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul hingga kembang lagi.  
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar.  
Pukul hingga sebati, bakar dalam oven bersuhu 280°c & bakar hingga masak.
 

Kembali ke atas...

KEK ORANGE

Bahan-Bahan
500 gm tepung gandum
2 camca teh baking powder (diayak)
10 biji telur
400 gm gula halus
1 camca teh esen vanilla
600 gm halwa orange

Cara
1.Pukul telur dan gula hingga kembang. 
2.Masukkan essen vanilla dan diikuti dengan campuran tepung. 
3.Gaul dan kaup halwa orange hingga sebati. 
4.Tuangkan dalam tin pembakar yang telah dilsapu dengan majerin cair. 
5.Bakar dengan suhu 200 celcius selama 30 minit

Kembali ke atas...

KEK COKLAT LEMBAB

Bahan A. 
1 cawan air 
1 cawan coklat / koko (Van Hountan) 
1/2 cawan gula halus 

Bahan B. 
250 gm Buttercup (1 Ketul la..) 
2 cawan gula halus 
2 cawan tepung kek 
6 biji telur ayam 
1 sudu teh vanilla 
 
Cara: 

Bahan A.  
1. Bahan A disatukan & diletakkan ke dalam periuk 
2. Panaskan di atas api yang kecil. 
3. Kacau sehingga ia likat 
4. Biarkan seketika
 

Bahan B. 
1. Pukul butter sama gula hingga kembang 
2. Masukkan telur satu persatu & pukul lagi.. 
3. Masukkan esen vanila 
4. Masukkan tepung kek berselang seli dengan bahan A tadi 
5. Kacau hingga sekata 
6. Masukkan dlm loyang & bakarlah dgn api yg sederhana 

Kembali ke atas...

 
KEK COKLAT TANPA TEPUNG

Bahan bahan : 
 250gram Almond nuts 
250gram caster sugar 
250gram cooking chocolate 
5 biji putih telur 
5 biji kuning telur 
175gram butter 
sedikit garam   
 
Cara :
1. rendam almond nut, kupas kulit and bakar pada suhu 180c for 20 minit.   
2. kisar halus almond nut tadi. Tapi kalau tak halus pun takpe.   
3. Cairkan butter, caster sugar dan cooking coklat di atas air mendidih.  4. masukkan kuning telur
ke dalam campuran butter, gula dan cooking coklat tadi.   
5. pukul putih telur dengan sedikit garam sehingga kembang. PAstikan bekas digunakan untuk
memukul telur tuh betul betul kering dan telur tu dipukul betul betul kembang.
6. masukkan bancuhan kuning telur = coklat = gula = butter ke dalam putih teluryang dah
kembang.   

7. panaskan ketuhar.   
8. Kacau adunan hingga sebati.   
9. masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan mentega.   
10. bakar pada suhu 180 darjah celcius selma satu jam .    

Kembali ke atas...

KEK HITAM MANIS


 

Bahan-Bahan:   
1 cawan tepung gandum 
1 cawan soft margarine 
1 cawan gula 1 sudu ovellete 
3 biji telur ayam 
1 sudu esen vanilla 
2 sudu serbuk coklat van houten 

Cara : 
Pukul margarie dan gula sampai gebu (putih kekuningan).
Lepas tu masuk telur sebiji demi sebiji..Pukul sampai gebu lagi..Lepas tu, campur esen vanilla &
ovellete , then serbuk coklat .   
Masuk adunan dalam bekas 
Panaskan oven sampai 170 degree dan bakar selama 40 minit.. 

Kembali ke atas...

KEK KUKUS LAPIS  HOLIDAY INN

Bahan-bahannya:   
10 biji telur 
16 oz mentega 
1 tin susu manis 
1 tin kecil milo 
1 botol kecil holick 
2 gelas gula halus -  (boleh kurangkan gula) 
2 gelas tepung roti marie - (roti diblend) 
1 sudu teh esen vanilla 

Cara :   
1. Mentega dipukul dengan gula hingga kembang.   
2. Kemudian masukkan telur satu persatu hingga habis.   
3. Masukkan susu, vanilla, tepung roti dan gaul hingga sebati.   
4. Adunan ini dibahagi
2. Satu bahagian dicampurkan milo dan satu bahagian lagi dimasukkan holick dan warna
kuning.   
5. Kukus 4 senduk adunan milo hingga masak. Kemudian masukkan adunan hoilick. Kukus
berselang seli sampai adunan habis.

Kembali ke atas...

KEK KUKUS MATA KUCING   

Bahan-bahan: 

10 biji telur 
16 oz mentega 
1 gelas gula 
1 tin susu manis 
1 tin sederhana sekaya 
1 tin nestle cream 
1 botol holicks 
2 gelas tepung gandum 
1 sd teh baking powder 
1 sd teh esen vanilla 
Browning sugar secukupnya(anggaran 2 sd teh) 
 
Cara : 
1. Pukul mentega + gula hingga kembang. 
2. Masukkan telur satu-persatu 
3. Masukkan sekaya + nestle cream + holicks +esen vanilla. 
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. 
5. Baru bubuh browning sugar, gaul rata dan sebati. 
6. Masukkan adunan dalam loyang, kukus hingga masak. 
(Anggaran satu jam atau lebih) 

Kembali ke atas...

KEK ASAM MANIS  

Bahan-Bahan
8 biji telor ayam
12 oz mentega
9 oz gula pasir
9 oz tepung gandum
buah asam (Haw Flakes) 1 bungkus(dikisar hingga halus)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil butter oil
1/2 sudu kecil vanilla
1 sudu makan ovelette
2 sudu makan perwarna ungu.
Cara :
Pukul telur bersama gula,baking powder,vanilla dan ovelette dgn kelajuan maksimum.
Kacau mentega bersama butter oil hingga kembang.
Lepas itu campurkan adunan telur ke dalam mentega dan kacau hingga rata.
Kemudian tuangkan tepung sedikit-sedikit dan kacau hingga rata.
Masukkan perwarna ungu dan buah yang telah dikisar tadi.
Dikacau hingga rata lalu tuangkan didalam acuan yg telah dialas dengan"tracing paper".Bakar
didalam oven 160F selama 1 jam 

Kembali ke atas...

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN


Bahan-Bahan 
5 biji telur ayam
1 tin mentega ( 12 aun )
2 cawan gula halus 2 cawan gula ( untuk di masak )
2 sudu teh cream of tarter 
2 sudu makan bicarbonate of soda
800 g tepung gandum  
1 kotak mix fruit ( di gaul sedikit dengan tepung gandum )
1 paket buah kundur
1 paket kismis 
1 sudu the esen vanilla
 
Cara :
1.Campurkan adunan telur dan adunan mentega ,kacau rata.  
2.Masukkan tepung,cream of tartar,bicarbonate of soda dan esen vanilla. 
3.Kacau rata, masukkan buah-buahan.
4.Masukkan gula sambil dikacau perlahan-lahan di atas api kecil sehingga warnanya kuning dan
mendidih sedikit. Kemudian dituang terus kedalam adunan tadi dan kacau rata-rata.
Tuangkan adunan kedalam  acuan dan kukuslah selama 4 jam.

Kembali ke atas...

KEK LAPIS MASAM MANIS  

Bahan-Bahan
200 g mentega
300 g telur
150 g tepung gandum
50 g gula aising
5 sudu kecil esen vanila
3 g rempah kek lapis
200 g kepingan masam-masam manis (haw flakes)

Cara:
Campurkan tepung dengan rempah kek
Buah prun dibuang biji dan dibelah tiga
Pukul mentega, telur dan gula hingga kembang dan berkrim
Masukkan tepung, rempah dan esen vanila dan gaulkan hingga rata
Griskan acuan kek (bentuk 4 segi)
Masukkan sesenduk adunan kek ke dalam acuan dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 C hingga
masak
Taburkan buah prun ke atas lapisan kek yang sudah masak
Masukkan sesenduk lagi adunan kek ke atasnya dan bakar semula sehingga masak
Ulangi proses itu sehingga habis semua adunan
Bagaimanapun untuk lapisan ketiga dan seterusnya, gunakan api bahagia atas sahaja
Setelah semua lapisan kek siap dibakar, panaskan semula api bahagian bawah dan juga atas dan bakar
kek selama 10 minit

Kembali ke atas...

KEK PANDAN LAPIS

Bahan-Bahan(kek)
115gm tepung halus
1sudu kecil serbuk penaik
Sedikit garam
3 biji telur
115gm gula 
60gm mentega -cairkan
Sedikit esen vanila

BAHAN-BAHAN (Kastad)
1000ml air
600gm santan siap
255gm gula
90gm tepung kastad
1½ sudu besar agar-agar segera
Pewarna
Cara :
1.Pukul telur, masukkan gula.
2.Masukkan tepung dan mentega cair.
3.Bakar dengan suhu 180°C selama 20 minit.
4.Apabila masak dibelah 3 melintang.
5.Untuk kastad, santan dibancuh dengan air. Campurkan kesemua bahan  kastad dan masakkan
di atas api yang kuat.
6.Lapiskan kek tadi dengan kastad dan hidangkan.

Kembali ke atas...

KEK PISANG BRUNEI

Bahan-Bahan
1/2 buku mentega (125 gm)
1 cawan gula halus
1 cawan pisang raja (dilecek dengan garpu - jangan dimesin)
2 butir telur ayam
2 sudu besar susu cair
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh sodium bicarbonate
1/2 sudu teh garam halus
 
Cara :
 Tepung gandum, baking powder, sodium bicarbonate  & garam halus diayak bersama.
Ketepikan. v Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dalam adunan gula dan pukul rata.
Masukkan pisang lecek ke dalam adunan gula dan gaul rata dengan lembut menggunakan senduk
kayu (JANGAN DIMESIN).
Masukkan adunan tepung ke dalam adunan gula sedikit demi sedikit dan gaul rata menggunakan
senduk kayu.
Masukkan susu cair dan esen vanilla ke dalam adunan dan gaul rata menggunakan senduk kayu.
Masukkan ke dalam acuan yang telah dilengser mentega dan dilapik dengan kertas kalis  minyak.

Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 30 - 40 minit atau sehingga masak

Kembali ke atas...

Bahan-bahan ( saiz biasa )


7 biji pisang berangan
1 cawan minyak masak
2 sudu kecil soda bikarbonat
5 biji telur
2 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
3 cawan gandum
Cara-cara
Lecekkan pisang sampai lumat.Kemudian masukkan minyak dan soda bikarbonat.Gaul sebati. (Bahan A)
Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula. Masukkan bersama esen vanilla .Kemudian masukkan
adunan pisang (Bahan A) ke dalam bancuhan telur dan gula

Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
Masukkan dalam acuan. Bakar selama 25-30 minit, suhu 180 C atau mengikut kesesuaian oven masing2.

Aku saja taburkan coklat button belen jajan anak aku & coklat rice sebagai topping sebelum dibakar.
Sedap jugak tau!! Selamat mencuba!

You might also like