You are on page 1of 2

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS3403: PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

SEMESTER SEPTEMBER 2010

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama
ada menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12
“Times New Roman” dan langkau baris 1.5.

3. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

4. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu.

5. Anda perlu menghantar tugasan kepada tutor bersemuka.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada Tutorial ke 4. Serahan


selepas tarikh tidak akan diterima.

7. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

8. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan
bukti yang tepat dan relevan.

9. Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima dan markah sifar (0) akan diberikan.
SOALAN TUGASAN

Islam telah menetapkan kadar aurat yang perlu dijaga oleh wanita serta
menggariskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam berpakaian. Bahaskan
pendirian mazhab Syafie mengenai aurat wanita dan huraikan syarat-syarat
berpakaian yang menepati kehendak syarak berserta dengan satu dalil daripada hadis
Rasulullah s.a.w. Berikan pendapat anda mengenai peranan berpakaian dalam
membentuk peribadi muslimah.

(Jumlah: 30 Markah)

TAMAT