You are on page 1of 8

KANDUNGAN KAJIAN/ ANALISIS

BIL ISTILAH SASTERA HURAIAN


1 SINOPSIS Ringkasan cerita yang memberikan gambaran keseluruhan sesebuah karya.

2 TEMA Sesuatu yang menjadi menjadi fikiran atau persoalan yang mendasari sesebuah cerita.
Tema adalah berdasarkan pengalaman watak utama dalam sesebuah karya.

3 PERSOALAN Perkara atau hal yang ditonjolkan dalam sesebuah karya yang memantapkan tema.

4 PLOT Jalan cerita atau rentetan peristiwa yang mempunyai sebab-musabab.

5 BINAAN PLOT PERMULAAN CERITA ( EKSPOSISI )


• Memperkenalkan pembaca kepada satu-satu situasi khusus seperti latar masa,
tempat, dan watak-watak dalam cerita

PERKEMBANGAN
• Peristiwa-peristiwa yang mengandungi konflik dan saspens

KLIMAKS
• Puncak cerita iaitu suatu detik yang paling tegang akibat daripada konflik-konflik
yang berlaku sebelumnya iaitu dalam perkembangan cerita.

PELERAIAN
• Peristiwa yang berlaku selepas klimaks. Dalam bahagian ini, sesuatu masalah
terlerai dan nasib watak-watak yang terlibat ditentukan.

PENGAKHIRAN/ PENYELESAIAN.
• Peristiwa yang mengarah kepada penyelesaian.

6 WATAK Pihak yang mengambil bahagian dalam sesebuah cereka. Mereka dicipta untuk memain-
kan peranan bagi menyokong idea pokok dan mengembangkannya hingga akhir cerita.
Watak ini dipegang oleh manusia atau bukan manusia tetapi diberi sifat-sifat manusia.
BIL ISTILAH SASTERA HURAIAN

7 JENIS WATAK WATAK BULAT.


• Watak yang dibangunkan secara keseluruhan dan diberi pelbagai kemungkinan
sifat manusia. Digambarkan tidak sepenuhnya baik dan tidak sepenuhnya jahat.
Oleh itu, tindakannya tidak dapat diagak oleh pembaca.

WATAK PIPIH.
• Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhan tetapi diperkenalkan melalui
satu aspek peribadinya sahaja. Kalau watak itu jahat, kita akan dihidangkan
dengan tindak-tanduknya yang jahat sahaja sepanjang cerita tersebut. Biasanya
watak sampingan boleh dianggap watak pipih.

WATAK DINAMIS.
• Watak yang penuh bertenaga dan sentiasa mengalami perubahan mengikut
perkembangan cerita. Watak dinamis ialah watak bulat.

WATAK STATIS
• Watak yang beku dan tidak mengalami apa-apa perubahan sepanjang cerita.
Watak statis boleh dianggap sebagai watak pipih.

WATAK UTAMA
• Watak yang memainkan peranan utama dalam sesebuah lakonan.

WATAK SAMPINGAN
• Watak pembantu yang membantu watak utama dalam menjalankan peranannya
membangunkan sesebuah cerita.

8 PERWATAKAN Sifat-sifat manusia secara menyeluruh yang dilihat melalui perasaan, keinginan, cara
berfikir, cara bertindak dan sebagainya.
BIL ISTILAH SASTERA HURAIAN

9 TEKNIK PLOT. IMBAS MUKA


• Peristiwa yang diramalkan, dibayangkan atau dijangkakan akan berlaku.

IMBAS KEMBALI
• Peristiwa atau kejadian yang telah berlaku yang digambarkan melalui
penceritaan semula.

PEMERIAN
• Peristiwa, watak, objek atau perbuatan yang diceritakan atau digambarkan
secara menyeluruh oleh pengarang.

DIALOG
• Pertuturan antara watak sama ada dalam bentuk perbualan, perbincangan,
pertengkaran dan sebagainya.

MONOLOG DALAMAN
• Pengucapan batin yang berupa kata hati atau perkara yang difikirkan.

MONOLOG
• Pertuturan atau pengucapan seseorang watak yang ditujukan kepada dirinya
sendiri ataupun kepada pembaca.

10 NILAI MURNI Tingkah laku atau perbuatan baik dan disenangi yang boleh dijadikan teladan.
BIL ISTILAH SASTERA HURAIAN

11 NILAI KEMANUSIAAN BAIK HATI


JUJUR
BIJAKSANA
YAKIN DIRI
MESRA
BERANI
BERTANGGUNGJAWAB
TEGAS
BERSIH
TABAH
SABAR
SOPAN

BIL ISTILAH SASTERA HURAIAN

12 NILAI KEMASYARAKATAN TOLONG-MENOLONG/ BEKERJASAMA


TAAT SETIA
ADIL
SIMPATI
HORMAT-MENGHORMATI
PATRIOTIK
KEBEBASAN
UNSUR KEKELUARGAAN
UNSUR CINTA DAN KASIH SAYANG.

BIL ISTILAH SASTERA HURAIAN


13 PENGAJARAN Sesuatu perkara yang dikemukakan secara halus yang dapat dijadikan pedoman,
peringatan ataupun yang perlu dijauhi.

14 LATAR Gambaran tentang persekitaran atau latar belakang sesebuah cerita termasuklah masa,
tempat dan masyarakat.

LATAR MASA.
• Merujuk kepada masa atau zaman.

LATAR TEMPAT.
• Tempat sesuatu peristiwa itu berlaku.

LATAR MASYARAKAT.
• Keadaan atau gambaran masyarakat yang terdapat dalam cerita. Ini termasuklah
cara hidup mereka, cara mereka berfikir, cara mereka bekerja, status atau
kedudukan mereka dan sebagainya.

15 GAYA BAHASA SINKOF


• Perkataan yang telah dipendekkan dengan cara menghilangkan huruf atau suku
kata tertentu. Contoh : ”hendak” ditulis atau disebut ”nak”.

PERSONIFIKASI
• Unsur yang digunakan untuk memberikan sifat manusia kepada benda-benda
yang bukan manusia. Contoh : Hari telah merangkak senja.

BIL ISTILAH SASTERA HURAIAN


METAFORA.
• Perbandingan secara langsung kerana memberikan sifat sesuatu objek itu secara
perbandingan terus. Contoh : Dada langit , Daerah pengalaman.

DIKSI
• Pemilihan kata yang tepat yang dapat memberikan kesan yang maksimum kepada
pembaca. Perkataan itu mungkin puitis atau indah, bersifat kedaerahan, bahasa
klasik, bahasa slanga atau bahasa asing.

SIMILE
• Unsur yang digunakan untuk menyamakan sesuatu benda dengan sesuatu benda
yang lain. Unsur ini menggunakan perkataan seperti, umpama, bagai dan laksana
sebagai perbandingan. Contoh : Dunia macam roda, Aksyen macam Hitler.

HIPERBOLA
• Unsur yang digunakan untuk membesar-besarkan atau melebih-lebihkan sesuatu
berbanding dengan keupayaan atau keadaannya yang sebenar. Tujuannya adalah
untuk memperlihatkan kehandalan, kehebatan atau keagungan sesuatu peristiwa
atau suasana. Contoh : Perniagaan adalah peperangan, Kalau pecah tentulah dia
menghadapi hari kiamat.

INVERSI
• Pembalikan susunan kata dalam kalimat. Biasanya bahagian yang penting
didahulukan. Contoh : Pintar kamu, Air mata berderai gugur.

BIL ISTILAH SASTERA HURAIAN

PERIBAHASA
• Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan membawa
maksud yang tertentu. Peribahasa dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat
iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan dan pepatah. Contoh : Pisang tak
kan berbuah dua kali.

PERULANGAN/ REPITISI
• Pengulangan kata atau frasa dalam satu kalimat beberapa kali. Contoh : Ini
khazanah bapak, ini khazanah bapa.

ANAFORA
• Pengulangan kata atau frasa pada awal kalimat. Contoh : masih di situ, masih
memandu kereta lama, masih menuju sekolah yang sama.

EPIFORA.
• Pengulangan kata atau frasa pada akhir kalimat. Contoh : keli masuk ruan
keluar, matahari masuk bulan keluar.

PEMBENTUKAN AYAT.
• Melibatkan penggunaan dan penyusunan ayat hingga meninggalkan kesan rasa
yang tinggi . Ayat yang pendek-pendek membawa impak yang teguh dan sesuai
dengan suasana ketegangan , ketegasan dan keberanian. Ayat yang panjang sesuai
dengan suasana yang tenang, aman dan damai.

BIL ISTILAH SASTERA HURAIAN

16 CARA MENGESAN TEMA MELALUI PERWATAKAN WATAK-WATAK


• Setiap percakapan, tingkah laku, konflik. Pandangan watak perlu diteliti.
MELALUI PERISTIWA PENTING YANG DILALUI
• Rujukan kepada peristiwa yang ditempohi oleh watak utama dalam hidup

MELALUI PERKARA-PERKARA YANG PALING MENONJOL DALAM CERITA

MELALUI PERSOALAN YANG DIKEMUKAKAN DAN KEMUDIAN DAPATKAN


PERSOALAN POKOKNYA.

MELALUI PEMERHATIAN KEPADA PLOT CERITA IAITU SUSUNAN DAN


URUTAN PLOT.

17 CARA MENGESAN PERSOALAN, • Melalui perlukisan atau pernyataan langsung yang dilakukan oleh pengarang.
LATAR, NILAI DAN PEN- • Melalui percakapan atau dialog yang diucapkan.
GAJARAN. • Melalui butiran yang terdapat dalam peristiwa sama ada tindak-tanduk, aksi,
perasaan, tabiat dan lain-lain.