New Page 1

Page 1 of 37

BULETIN ISNIN ALAF 21

TERBIT SETIAP ISNIN - Informasi terkini ALIFIN

KOLUM RESIPI DENGAN RUANGAN

SOAL JAWAB MASAKAN
BERSAMA PUAN NORZAILINA NORDIN Anda pasti mempunyai masalah, kemusykilan keliru atau tak tahu langsung tentang teknik atau cara masak memasak.
Contohnya mengapa kek yang anda masak tidak naik atau bantat? Mengapa asam pedas anda tidak sesedap asam pedas mentua anda? Atau teh tarik yang anda buat tidak seperti teh tarik mamak? Ah, jangan risau! Kita akan membawa seorang pakar masak ALAF 21 iaitu Puan Norzailina Nordin untuk menjawab sebarang pertanyaan anda. Sila e-melkan soalan-soalan anda ke alaf@Alaf 21.com.my dan tuliskan ALAFSJ MASAKAN sebagai tajuk emel anda. Jangan lupa tuliskan nama penuh dan alamat!

SOAL JAWAB MASAKAN

LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama

Daripada: NORAIN REMLI AMPANG SELANGOR

CARA MEMBUAT POPCORN Bolehkah popcorn dibuat di rumah? Kalau boleh bagaimana caranya serta bolehkah ia dibuat menggunakan mikrowave dan bagamana cara menggunakannya? Popcorn (utk disediakan di rumah) boleh dibeli di pasaraya besar dan ada popcorn di dalam kotak, khas utk kegunaan microwave. Cara membuat popcorn mungkin berbeza sedikit dengan "brand"nya, jadi, anda perlu membaca peraturan pada kotak. Cuma, saya cadangkan, jika anda suka popcorn yg manis, tambah sedikit gula semasa mula-mula mencairkan mentega di dalam periuk. Secara amnya, setelah campuran mentega-gula itu cair dan berbuih, baru dimasukkan popcorn kemudian tutup periuk. Pegang penutup dan goyangkan periuk beberapa kali. Bila bunyi "meletup" dalam periuk reda, barulah buka penutupnya. Resepi terperinci ada pada setiap kotak popcorn.

Daripada: Azlina Guildford, Surrey bennet.soegiarto@ntlworld.com

TEKNIK MEMBUAT KEK LEMBAB Bagaimanakah caranya saya boleh mengawal suhu oven yang hanya mempunyai api atas bawah dan kiri kanan bagi tujuan memasak kek lembap? Saya cadangkan letak tin/loyang kek di dalam bekas besar berisi air panas (baine marie) seperti memasak

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.htm

18/08/2009

New Page 1

Page 2 of 37

kek keju dan tutup (longgar) bahagian atas tin kek dengan aluminium foil. Anda hendaklah memastikan tin/loyang jenis yg tiada bahagian bercantum di bawahnya kerana kemungkinan air dari tin yg besar itu akan menyerap masuk ke dalam adunan. Jika loyang jenis demikian, bungkus dahulu bawahnya dengan foil. Apakah penyebab donut yang adakalanya saya masak seperti mempunyai banyak ruang rongga? Kemungkinan anda terlebih memasukkan yis atau tidak 'punch down' doh itu (setelah dibiarkan kembang pertama kali) sebelum mencanai doh & dibiar naik kali kedua. Cara menguli atau 'kneading' mestilah mengikut teknik yg betul agar semua bahannya sekata.

Daripada: Anita, Rozenburg, Netherlands

KUIH TALAM A friend of mine is asking me about Kuih Talam recipe... i have eaten this kuih during my visit in Malaysia years ago but i don't have the recipe, do you have this Kuih Talam recipe ? Can you kindly share this Kuih Talam recipe with us ? Hi, Anita. This is a favourite among many and I'm glad to hear that Malaysians residing overseas can still remember the kuih they all used to eat when they were children. I hope both of you will find this Kuih Talam very easy to make and nice to eat! If pandan paste is not available, use only green food colouring. KUIH TALAM Bottom Layer 130 g fine granulated sugar (or to taste) 1/2 tsp salt 400 ml coconut milk (extracted from 1/2 coconut) 1 tsp pandan paste a few drops of green colouring 65 g rice flour 1 tsp plain flour Top Layer 55 g rice flour 1/2 tsp salt 300 ml coconut milk (from 1 coconut) Grease a 22-cm tin with a little oil. Heat it in a steamer for 3-4 mins. Combine ingredients for bottom layer in a saucepan, stir over low heat until hot (do not let mixture become too hot or it will thicken). Pour into tin and steam over medium heat for 20 mins or until mixture sets. For top layer, stir all the ingredients over low heat until hot. Quickly scratch the top of the bottom layer and pour the top mixture. Steam for 20 mins or until done. Leave to cool before slicing. Note: Wipe the underside of the steamer lid every 8-10 mins to avoid steam droplets on kuih. To get a smooth surface, do not steam Kuih Talam over high heat.

Daripada: Dayang Jamaiah United Kingdom djamaiah@hotmail.com

RESEPI TALAM KELEDEK Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana menyediakan laman yang sangat berguna ini. Saya sekarang berada di UK dan memang selalu mencari web masakan dan mencuba resepi kegemaran. Almaklumlah kat sini tak de kedai siam... sedia duit semua jadi. so kena buat sendiri. Tambahan lagi kat luar negeri ni asik rindu masakan M'sia. Masak memasak tak menjadi masalah sangat tapi nak dapat resepi yang betul2 sedap yg susah. Saya berbesar hati kiranya saudara dapat memberikan resepi talam keledek... kuih ni menjadi kegemaran keluarga tapi tak berkesempatan utk belajar membuatnya. TALAM KELEDEK Lapisan Bawah 300 g keledek kuning, dikiub 1/2 cm 140 g tepung beras 120 g gula (atau ikut rasa) 1/2 camt garam 800 ml santan (1 kelapa) Lapisan Atas 500 ml santan (1 biji kelapa) 1 biji telur 60 g gula pasir (atau ikut rasa)

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.htm

18/08/2009

New Page 1

Page 3 of 37

60 g tepung gandum 40 g tepung jagung 1/2 camt garam sed.pewarna oren Letak keledek di dalam bekas tahan panas dan kukus hingga empuk. Bancuh tepung beras, gulam garam dan santan. Kacau di atas api perlahan hingga naik wap (sebelum menjadi pekat). Masukkan kiub keledek, kacau rata dan tuang ke dalam loyang 22 cm yg sudah dilengser minyak (seelok-eloknya, selepas dilengser, panaskan loyang selama 3-4 min di dalam pengukus). Kukus lapisan ini selama 15-20 min atau hingga masak. Utk lapisan atas, gaul semua bahan (kecuali pewarna) hingga rata. Bahagikan 2. Letak 2-3 titik pewarna oren pada satu bahagian, lebihkan warna oren untuk bahagian kedua supaya orennya gelap sedikit. Goreskan sedikit lapisan bawah dengan garfu kemudian tuangkan adunan oren pudar. Kukus 10 min sebelum menuangkan lapisan oren gelap. Kukus selama 15 min lagi. Nota: Bahagian bawah penutup kukus hendaklah dilap setiap 5-7 min supaya air tidak menitik ke atas kuih. Pastikan apinya juga sederhana dan tidak terlalu kuat. Buang 'lendir' pada telur sebelum menggunakannya.

Daripada: julia julia moshiesb79@yahoo.com.sg

MEE HOT PLATE Bolehkan puan berikan resepi untuk membuat "Mee HotPlate?" MEE HOTPLATE Bahan-bahannya: 150 g mee telur 4 cm halia } ditumbuk & 1 camb air } campur (utk air halia) 150 g isi ayam, dihiris memanjang 4 keping cendawan Cina, direndam dlm air panas hingga lembut 40 g lobak merah } dihiris & dicelur 3-4 tangkai sawi } 1 camt tepung jagung } bahan pemekat 3 camb air } hirisan cili merah bercuka, utk sajian Bahan Sos 1 camb sos tiram 1 camb sos Hoisin 1 camt stok pekat ayam (dlm botol) 1 camt kicap cair sedikit kicap pekat (untuk warna) 1 camt minyak bijan, jika suka 250 ml air rebusan ayam atau air serbuk lada sulah, garam & gula secukupnya Celur mee dengan air panas hingga lembut. Letak dalam penyejat dan kocak di bawah air paip sebentar. Isikan ke dalam pinggan, campur ½ camb minyak dan ½ camt minyak bijan dan gaul rata. Panaskan 2 camb minyak, masukkan air halia, cendawan dan ayam. Kacau hingga ayam setengah masak. Masukkan semua bahan sos. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan 5-8 minit. Akhir sekali masukkan lobak merah, sawi dan bahan pemekat. Panaskan hotplate hingga berasap. Ketepikan dari api, letak atas pengalas kayunya. Bubuh mee di atas hotplate dan tuangkan kuahnya segera. Sajikan dengan hirisan cili merah bercuka.

Daripada: fong ping hern :phfong90@yahoo.com

RESIPI KUIH BAKUL Saya ingin mengetahui resipi kuih bakul dan kuih bangkit. KUIH BAKUL 250 g tepung pulut 250 ml air 280 g gula pasir daun pisang, dilayur 4-5 tin/loyang berukuran 10 cm tali rafia/hemp string utk mengikat

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.htm

18/08/2009

.htm 18/08/2009 .edu. Pastikan air yg ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih.New Page 1 Page 4 of 37 Alas tin dgn daun pisang. Jika menggunakan acuan kayu. insyaALLAH. goreng udang sebentar hingga keemasan kemudian angkat. Perap udang dengan A selama 20 minit. seelokeloknya. pastikan ia melebihi bahagian atas tin dan terbalikkan bahagian itu. Tuangkan separuh adunan ke dalam tin. Boleh tak puan berikan saya resepinya dan cara telur tersebut menjadi seperti 'sarang' kerana resepi yang saya baca dalam sebuah majalah tidak menyatakan bagaimana 'sarang telur' dibuat. Masukkan bawang putih. cili padi. Atau 'tutup' longgar bahagian atas tin dengan kertas timah / foil yg dibuat seperti 'bumbung'.my CARA MEMBUAT TELUR SEPERTI BERSARANG Suami saya suka masakan UDANG MENTEGA ketika kami makan di sebuah restoran. campurkan dengan air hingga sebati. bubuh sedikit tepung ubi ke dalam acuan. kemudian terap dengan acuan pilihan (yg dicelup di dalam tepung ubi sebelum diterap). dititik 1 pelepah daun kari 5 biji kuning telur 5 camb susu segar 3 camb mentega 2 camb marjerin Bahan A 2 biji kuning telur 2 camb tepung beras sedikit garam Potong sesungut udang. Biar semalaman sebelum mengeluarkan ia dari tin. Kiranya http://www. Jadi saya berminat untuk mencuba resepi UDANG MENTEGA. Pukul kuning telur dan gula hingga gula larut. Susun kuih atas tin pembakar yg ditaburi tepung ubi. Panaskan minyak yg banyak.alaf21. Sajikan panas-panas. BUTTER PRAWNS 600g udang besar minyak utk menggoreng terendam 1 camb bawang putih cincang 6-8 biji cili padi. Masukkan tepung. Bila kuih masak. Biarkan selama 15 min. Daripada: illa mj Universiti Malaya. Masukkan gula dan kacau rata hingga gula larut. Keringkan dengan kitchen towel. Selalunya ia disediakan oleh kaum Cina. Rupanya seperti kuih sum-sum warna keputihan. Pukul kuning telur dan susu hingga sebati. secara praktikal dan BUKAN teori. Daripada: Saadiah dee KUIH TALAM BERLAUK Saya teringin sangat hendak makan sejenis kuih yang saya tidak tahu namanya yang dibuat daripada keladi. Kacau daun pandan dan tepung kanji atas api perlahan hingga ringan dan kering. canai adunan setebal 3/4 cm (canai sedikit pada suatu masa). Walaubagaimana pun.. Ayak dan biar sejuk. selalunya ia dibuat di dalam loyang yang atasnya ditaburkan bawang goreng dan dimakan bersama sambal cili. Untuk mendapatkan "sarang" bila membuat masakan ini. Jarang saya melihat kaum Melayu yang membuatnya. ia akan berwarna kecoklatan.. ada teknik tertentu yg perlu dipelajari. sambal udang kering dan sos kicap. Kacau supaya telur menjadi butiran halus. anda akan berjaya satu hari nanti. gaul rata. jika anda rajin mencuba dan pastikan api dikuatkan atau diperlahankan pada langkah-langkah tertentu. jika suka. Kuatkan api dan gaul hingga rata dan bersarang. Tuangkan sedikit demi sedikit santan dan uli menjadi doh lembut. tekan doh hingga mampat kemudian terbalikkan acuan dan ketuk di atas papan hingga kuih terkeluar. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin / kain kasa agar wap air tidak menitik ke atas kuih. Panaskan mentega dan merjerin hingga berbuih halus (api kecil) kemudian masukkan campuran telur secara perlahan-lahan. agar mudah mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah). daun kari dan udang. KL fazie_mj@um.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.com. Bakar pada 170 C selama 25-30 min atau hingga masak. Jika menggunakan penerap. belah belakang untuk membuang urat (jangan buang kulit). Masukkan marjerin dan uli hingga sebati. KUIH BANGKIT 400 g tepung kanji/ubi 3 helai daun pandan 2 biji kuning telur 160 g gula kaster 150 ml santan pekat (dari 1 kelapa) 1 camb marjerin Potong daun pandan sepanjang 4 cm. Kukus selama 7-8 jam di atas api sederhana. Ayak tepung pulut.

kacang tanah (digoreng & dikisar) Bahan Kicap 280ml air rebusan ayam/daging ½ camt garam 1 camt gula 1 camt kicap pekat ½ camt rempah lima (Chinese Five Spice powder) + 1 camb air serbuk lada hitam/sulah secukupnya ½ camb tepung ubi + 2 camb air 1 camb putih telur ½ camt minyak Kacau keladi. Angkat dan biar suam. jerang semua bahan kecuali 3 yg terakhir sambil dikacau hingga mendidih.com MENGENAI KARI AYAM UNTUK ROTI JALA Adakah kari ayam biasa dan kari untuk dimakan dengan roti jala berlainan cara membuatnya? Cara membuatnya sama. TALAM BERLAUK 250 g. di atas api perlahan hingga berbau wangi.uk http://www.com FUNGSI TEPUNG CASTARD Apakah fungsi tepung castard dalam resepi kek? Selain mewangikan. udang kering (digoreng kering. Daripada: nora ramli nurnaim05@hotmail. bawang merah (digoreng garing) 4 tangkai daun bawang } 4 tangkai daun sup } dicincang halus 2 biji cili merah } Bahan Sos Cili 4 biji cili merah 1 ulas bawang putih 40-50 ml. Daripada: Bennet Soegiarto bennet. keladi (diparut halus memanjang) 50 g. tepung beras 600 ml. Kacau sambil masukkan putih telur dan minyak untuk mengilatkannya. Untuk kicap. garam 80 g. dikisar halus) 1 camb minyak 150 g. separuh udang kering dan minyak dalam kuali. daun bawang.co. sambil dikacau hingga sos pekat. Masukkan campuran keladi dan separuh bawang goreng. Daripada: Redzuan Rabudin redzuan_mr@yahoo. tepung kastard akan membuat tekstur kek lebih rapat. daun sup dan cili ke atas kuih yang masak. sos tomato 3-4 camb. Titiskan campuran tepung ubi sedikit demi sedikit ke dalam sos. Tuang ke dalam loyang 20cm. Taburkan kacang tanah di atasnya. air ½ camt. Kacau tepung beras. santan dan garam. Isi ke dalam mangkuk kecil. santan (1½ biji kelapa) ½ camt. Perlahankan api dan renihkan 5 minit. cuma ada yg lebih suka kari utk roti jala itu lebih pekat dari kari ayam biasa. kisar enam bahan pertama.htm 18/08/2009 . Untuk membuat sos.New Page 1 Page 5 of 37 dapatlah puan menolongnya.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. Taburkan baki bawang goreng.soegiarto@ntlworld. sos cili 2 camb.com. Anda boleh gantikan tepung kastard dengan tepung gandum jika suka. cuka 3 camb. gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri.alaf21. kukus selama 25-30 min atau hingga masak. Untuk mendapatkan kek yg lebih gebu. Sejukkan sebelum dihiris. udang kering.

non-stick pan).alaf21. Berhati-hati kerana jari mudah melepuh jika tidak kena cara membuatnya! Bila kulit popia kelihatan ‘kering’. campurkan cuka dan air. semua bahan digaul dan dimasukkan ke dalam mangkuk seramik yg besar. dipukul sedikit Gaul rata tepung dan garam di dalam mangkuk. KULIT POPIA 300 g tepung gandum. Pihak Alaf 21 belum menerbitkan buku berkaitan fishball tetapi jika anda ke kedai. Kemudian isi ikan itu 'dilemparkan' ke bahagian dalam mangkuk berulangkali hingga ia menjadi kenyal/ elastic dan mudah dibentuk. Alaf 21 akan menerbitkan buku masakan "Aneka Muffin" dengan 44 resepi yg pasti akan memuaskan hati anda. Sebetulnya. Kesimpulan yg dapat saya buat di sini. Ikan yg digunakan iaitu tenggiri berharga agak mahal. Daripada: Nur Farahin Banting. selar dll.com http://www. Bila proses membentuk dan merebus hasil tadi hancur dan tidak kenyal. Merata tempat kedai buku saya kunjungi tak ada pun buku berkaitan fishball. diayak ½ camt garam ½ camt cuka 230-250 ml air 1 biji putih telur. Tahniah kerana rajin mengikuti kursus. Di manakan saya boleh dapat buku yg tuan/puan terbitkan berkaitan Fishball atau lagi senang terus melalui wang pos. Masalah di sini ialah setiap kali saya pergi kursus resepi yg sama dan cara yg sama. kalau anda membeli mesin yg serupa. Saya rasa. Selangor fantaghiro_ferari@hotmail. mesin memproses anda yg berbeza dari di tempat anda belajar dulu menjadi faktor utama kegagalan anda untuk mendapatkan hasil fishball yg diingini. Saya tidak melihat cara lain yg lebih bagus kecuali anda mendapatkan mesin yg serupa. masalah anda akan selesai. fishball tidak menjadi putih.New Page 1 Page 6 of 37 HAL EHWAL BEBOLA IKAN Saya sudah menyertai kursus memproses bebola ikan 8 kali. Panaskan kuali leper yg tebal (heavybased. (Anda mungkin perlu tambah atau kurangkan air mengikut ‘kelembapan’ tepung).com BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MEMBUAT KULIT POPIA SENDIRI? Saya ingin bertanya bagaimanakah caranya untuk membuat kulit popia sendiri? Saya pernah mencubanya sebelum ini namun tidak menjadi. okey? Daripada: nora ramli nurnaim05@hotmail. Saya pergi kursus mesin yg digunakan sangat bagus bila digaul semua bahan sebati. Tutup mangkuk dengan tuala lembab dan biar selama 1-2 jam. Ikan berisi merah hanya sesuai utk membuat keropok lekor. Bagaimana membuat bebola ikan mengikut cara tradisi org Cina? Kalau boleh dapat saya berkongsi resepi dan cara tuan/puan. Harap dapat menunggu kemunculannya dengan sabar.com. Bila balik kursus mesin yg saya ada lain dari tempat kursus dan bila mengaul semua bahan dan cara membuatkan semua bahan yg digaul tidak sebati. Kadangkala. Bolehkah puan berikan saya resepi mufin? Tidak lama lagi. Nampak benar kesungguhan anda. Dalam jag kecil. angkat dan lap kuali bersih-bersih sebelum membuat kulit popia yg seterusnya. gumpalan isi ikan itu 'dilemparkan' ke atas papan pencanai yg besar hingga kekenyalan yg sempurna diperolehi. Tuangkan air tadi dan kacau berterusan hingga adunan sebati. cekup sedikit adunan dan leperkan (nipis) di atas kuali. carilah buku resepi berkaitan Masakan Cina atau makanan yg dihasilkan dari ikan. Adunan harus kelihatan lebih pekat dari adunan membuat cucur udang.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. Fishball juga boleh diperbuat dari ikan parang atau sebarang ikan yg tidak banyak tulang.htm 18/08/2009 . tuangkan putih telur dan adun perlahan menggunakan balloon whisk (pemutar telur). Buatkan lubang di tengah tepung. tetapi jika anda menggunakan isi ikan yg kemerahan seperti kembung. saya kurang arif dengan cara orang Cina membuat fishball secara komersial/di kilang tetapi jika membuatnya di rumah. Anda mesti menggunakan jari kerana adunan ini ‘bergetah’. ialah.

. Daripada: zuraida ab. Susu cair akan memberikan "buih" bila teh itu ditarik. Sila semak no. Kajang..alaf21.tel. Cerelac tu apa? Yang saya tahu ianya adalah bijirin bayi macam Nestum. Mungkin ia kombinasi teh cap R. Jika anda rajin ke kedai sebegitu. rahsianya. mereka menggunakan campuran lebih 10 jenis daun teh (dlm kuantiti rahsia yg 'diperfectkan' sendiri oleh mereka). lebih harum. Y. minuman itu dikacau/dibancuh dengan sebatang sudu yg sengaja dicelupkan di dalam sebuah 'kole' berisi air garam! Sudu ini digunakan berulangkali sepanjang hari. S. Jika suka manis.. dan titisan air garam yg terlekat pada sudu itulah yg memberikan rasa "ummph" atau "kaw" pada teh tersebut. masalah ini adalah masalah global .com http://www. selangor idaah74@yahoo. Anda juga boleh melihat iklan di akhbar-akhbar tempatan (cth: Harian Metro) kerana ada orang-perseorangan yg mengendalikan kelas masakan. tanyakan pada mereka.com. mereka hanya menggunakan susu pekat manis dan susu cair. Salah sebuah tempat belajar (yg ada kelas membuat kek/biskut) adalah 'Bake with Yen' di Lrg Lorong Haji Taib berdekatan Chow Kit. Harap Ain akan berpuashati dan bolehlah "buka" warung teh tarik sendiri dirumah. kisar nestum itu (di dalam coffee atau spice grinder) terlebih dulu supaya ia halus.htm 18/08/2009 . Daripada: RASID JUSOH juraced@yahoo. T. Ketiga. pahit semacam tapi cukup membuatkan saya ketagih untuk menikmatinya setiap hari. program masakan utk sebulan sudah disediakan.New Page 1 Page 7 of 37 RAHSIA THE TARIK TERBONGKAR! Saya Ain. X. dari kedai mamak yg telah setia dilangganinya hampir 10 tahun!! Pertama. Jika anda mahu menggantikan cerelac dengan nestum. Rahman Kuala Lumpur cempakaseri@time. anda hanya perlu melihat resepi masakan apa yg akan diajar dan datang ke kelas pada hari tersebut. W. Ada juga yg mencampurkan sedikit krimer (dlm bentuk serbuk) utk memberikan rasa lemak.ketagih teh mamak . V.Boleh tak pihak puan memberikan alamat dan contect nombor untuk saya hubungi yang bercadang membuka kelas-kelas pelbagai masakan. Kalau boleh di sekitar Bangi. KL atau sekitarnya. Kebanyakan kedai yg menjual peralatan/bahan membuat kek/pastri dll kini menyediakan kelas memasak seminggu sekali. lebihkan susu pekat manis. Boleh puan terangkan? Cerelac itu sememangnya bijirin makanan bayi tetapi ia lebih halus dari nestum dan pada pendapat saya. U. Semoga usaha anda berhasil! Daripada: Azliana Rashidah Abd. Ain.rahman Bandar sri putra. kajang.dan saya pasti.net.my APA ITU CERELAC? Saya ada lihat resepi yang puan beri dalam ruangan ini iaitu Biskut Cerelac Cornflakes. Tetapi masalahnya saya tidak tahu untuk belajar dimana dan dengan bayaran yang berpatutan (tidak terlalu mahal).my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. kek dan pelbagai lagi. Z… (mampukah kita menyediakan ini di rumah??) Kedua.yg pernah diberikan di ruangan ini dulu. pastry.com INGIN TAHU DI MANA ADA KELAS MEMASAK Saya amat berminat untuk belajar memasak pelbagai masakan. mempunyai kemusykilan mengenai rahsia buat teh tarik mamak yang pekat. tiada seorang mamak pun akan berkongsi rahsia mereka… Namun saya 'bernasib baik' kerana suami saya juga mempunyai 'masalah' yg sama dengan Ain dan beliaulah yg memberikan 'resepi' ini. jadi. Kalau boleh puan dapatkan rahsianya supaya saya tidak berkunjung kekedai mamak setiap hari. Sering-kali.

di dalam kotak (berbeza dgn pasta yg lain. gula (lebihkan sedikit untuk mengimbangi rasa masam/acidic tomato puri) dan garam kemudian angkat. Masukkan garam dan serbuk lada sulah kemudian angkat. Harap puan dapat membantu.) Bahan Sos Daging 3 camb minyak 2 labu bawang besar. Masak atas api sederhana hingga daging empuk dan kuahnya pekat. jika suka kerana keluaran Chesdale/Kraft ada tanda "HALAL" . rasanya sampai ke tulang. Memerap di dalam peti sejuk selama semalaman juga akan memastikan bahan perap meresap masuk ke dalam ayam. Namun yang paling penting sekali. Sekiranya lasagne itu perlu diatur di dalam periuk itu (bukan di dalam acuan/loyang/tin).my RESIPI LASAGNA Saya ni suka makan lasagna. Namun begitu. Bubuh serbuk lada hitam. Anda boleh gantikan dengan keju Cheddar. di dalam paket/bungkusan plastik). mana nak cari pastri lasagna tu.) Walaupun ia keras seperti kepingan pasta yg biasa. peraplah di dalam beg plastik yg boleh dibuka/tutup seperti zip (ada dijual di pasaraya) kerana amatlah mudah untuk mengalihkan ayam dan rempah perap di dalamnya supaya elok mesra. Rahman cempakaseri@time. diparut (pastikan "rennet"nya/coagulant adalah dari punca bahan kimia dan BUKAN animal rennet yg tidak halal. Kepingan lasagne itu tidak perlu direbus dulu utk melembutkan (pastikan pada kotak tertulis "Easy Cook" atau "No need to pre-cook".net. Antara jenama yg lazim adalah San Remo atau Barilla. Untuk sos. Sebab saya tak ada oven atau microwave. anda dapatkan penjelasan lanjut dari syarikat yg mengeluarkan periuk serbaguna itu. Sebaik-baiknya. Lagi satu. dikisar 410 g tomato berkaleng (peeled. saya pasti ia juga boleh membakar lasagne. "Pastri lasagne" yg anda maksudkan itu selalunya dijual bersama berjenis-jenis pasta yg lain. bahagian bawahnya akan 'terendam' di dalam rempah sebelum diterbalikkan (walaupun ini jarang dilakukan di dalam ketuhar di rumah). ada juga yang mencucuk bahagian berdaging tebal seperti dada dan paha dengan besi kebab atau garfu.com. Pastikan juga renjisan akhir pada ayam mestilah 20 minit sebelum ayam masak (angkat dari tempat memanggang). Sebaik-baiknya. Ia mesti kelihatan seperti kuah 'Spaghetti Bolognese'. pati rebusan daging dan puri tomato. Masukkan daging kisar. Tuangkan susu dan kacau lagi atas api perlahan hingga sos pekat. bahan pemerap itu hendaklah direnjiskan pada ayam ketika memasaknya.htm 18/08/2009 .my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. dicincang halus 400 g daging.ayam tidak diletakkan di dalam dulang pembakar tetapi dibiarkan berputar di atas besi panas (selain Ayamas. jika anda boleh membakar kek di dalam acuan/loyang. Daripada: Azliana Rashidah Abd. dikisar 450 ml air 1 kiub stok daging 4 camb tomato puri 1 camt serbuk lada hitam gula. dicincang halus 4 ulas bawang putih. Saya tidak pernah menggunakan periuk serbaguna sebagaimana yg anda maksudkan itu tetapi. Banyak shopping complex saya dah pergi tapi tak pernah jumpa. serbuk lada sulah secukupnya Panaskan minyak. Cara membakarnya . tomato kisar. cairkan mentega. garam secukupnya Bahan Sos Putih 80 g mentega 80 g tepung gandum 800 ml susu segar/UHT garam. Kebiasaannya. Masukkan tepung dan kacau 1-2 min hingga permukaannya berbuih halus.New Page 1 Page 8 of 37 CARA MASAK ALA AYAMAS Macamana kita nak perap ayam sampai jadi rasanya macam ayamas.alaf21.pastikan cop Jabatan Agama Islam Malaysia. Sebaik-baiknya. stewed tomatoes). Boleh tak Puan berikan resepi lasagna daging yang sedap berserta brown gravy. mungkin ia akan hangus pula kerana kandungan keju yg ada. kacau dengan 'balloon whisk' supaya sos tidak berketul. Kenny Rogers juga menggunakan cara yg sama) kerana ayam akan masak sekata berbanding dengan di dalam ketuhar. Saya pernah beli di Pizza Hut dan Domino tapi tak sesedap yang saya makan di Dave's Deli. ada juga ketuhar yg mempunyai besi tempat memanggang khas (yg boleh memutarkan ayam sekaligua) sama seperti di restoran. tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Boleh tak kalau nak bakar saya guna periuk serbaguna yang boleh membakar di atas dapur gas. Jangan sekali-kali gunakan rempah memerap ayam selama semalaman itu tetapi buatlah yang baru kerana dikhuatiri akan mendapat jangkitan bakteria. LASAGNE 12 keping lasagne 100 g keju Parmesan. http://www. ia akan masak dengan lapisan kuah/sosnya. air.

Nota: Jika anda melapiskan periuk serbaguna dengan aluminium foil (kertas timah) berbentuk empatsegi (seperti tin berukuran 20 cm. selangor faris_nurita@yahoo. tunggulah kemunculan buku "Aneka" itu. Penggunaan tepung akan menentukan samada kuih itu kenyal (elastic) atau lembut atau kejun (ada rasa melekit bila dimakan). Air itu adalah titisan wap dari bawah penutup pengukus. Saya sangat berharap puan dapat memberikan resepi yang 'menjadi' bagi kedua-dua kuih kegemaran saya ini.. Ada resepi yang menyatakan tepung beras dan ada yang menggunakan tepung gandum.com SEGALANYA TENTANG MUFFIN 1.sebelum ni saya hanya menggunakan gula putih biasa yang dibeli di kedai.. Ia juga ada di dalam Buku Belajar Memasak . anda perlukan 2 keping. Alaf 21 akan menerbitkan sebuah lagi buku 'Aneka Muffin' yg mengandungi 44 resepi muffin! (Sekarang menunggu utk dicetak). Bakar pada suhu 190 C selama 45-50 min atau hingga masak (kejunya mulai keperangan).. Sebaik-baiknya. sesungguhnya saya harap anda berjaya! Daripada: biey on bieyonn@yahoo.bagi kuih lapis. berserta dengan cara membuat yang betul.com KENAPA KUIH SAYA BERAIR? Saya sangat menggemari kuih lapis dah kuih serimuka. Saya pun pernah terjumpa Kuih Lapis campuran tepung beras dan tepung jagung! "Yang paling sesuai" tentulah bergantung pada kesukaan masing-masing. ya? 2. Apakah "white sugar" yang dimaksudkan dalam resepi tu. pastikan api tidak terlalu kuat kerana permukaan kuih akan menjadi tidak rata. Saya telah cuba membuat sendiri kuih-kuih tersebut dan di sini saya ada beberapa kemusykilan: . 3. letakkan sehelai kitchen towel di atas permukaannya untuk menyerap air yg ada (tidak perlu menekan).kuih serimuka yang saya cuba buat.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. Daripada: Redzuan Rabudin redzuan_mr@yahoo. Kuih Lapis: 4). agak berair (lapisan atasnya). Cubalah. apabila bancuhan mempunyai tepung beras. . atau boleh memuatkan 2 keping lasagne).uk http://www. Adakah muffin cup yang saya gunakan turut memberikan kesan kepada muffin saya. Seperkara yg mesti diingat semasa mengukus kuih. saya menggunakan muffin cup yang agak kurus dan tinggi yang dibeli di Bake With Yen. Lazimnya.. Jika bekas besar.co. Ada resepi yang menggantikan tepung sagu dengan tepung ubi.. Daripada: faris firdaus sri kembangan. ia mungkin mengambil masa yg 'lebih lama sedikit dari biasa' untuk masak.New Page 1 Page 9 of 37 Ratakan 1/6 daging dan 1/6 sos putih. Kedua-dua resepi pernah saya berikan di ruangan ini (Kuih Serimuka di mukasurat 2. Apakah puncanya? Sebaik saja Kuih Serimuka masak. mungkin. Kemudian angkat perlahan-lahan dan buangkan kitchen towel itu. Jika resepi yg saya sertakan di bawah tidak begitu memuaskan hati.htm 18/08/2009 .alaf21. Yang manakah yang paling sesuai? Tepung beras atau tepung gandum? Tepung sagu atau tepung ubi? Tepung sagu. tidak lama lagi.. gunakan mangkuk kertas kek (paper cake cups) dan pastikan ia diletak di dalam patty tins (yg biasanya mempunyai 12 'lubang') yg sama besar dengan mangkuk kertas itu.. Apa yg harus diingat ialah. saya rasa anda akan berjaya membakar lasagne ini. ia bermaksud gula kastor atau fine granulated sugar. atur sekeping lasagne di atasnya. Jika muffin cup itu kurus dan tinggi. ia hendaklah dikacau setiap kali sebelum menuangkan ke dalam loyang utk dikukus. Ulang melapis begini hingga atasnya adalah sos putih dan taburkan parutan keju. tepung ubi (kayu) dan tepung kanji adalah sama. saya telah rujuk beberapa resepi dan saya agak keliru tentang tepung yang digunakan. Mangkuk jenis ini akan mempunyai 'bukaan' yg lebih besar atasnya dan ini memang memberi kesan 'rekahan' jika dibandingkan dengan 'bukaan' yg sempit (narrow top). Bagaimanakah untuk mendapatkan muffin yang merekah di atasnya apabila siap dibakar? InsyaALLAH.Langkah Demi Langkah terbitan Alaf 21. Anda mesti mengelap bahagian bawah itu setiap 7-8 min semasa mengukus kuih.

Bila mendidih. pihak Alaf 21 akan menerbitkan Belajar Memasak Bhg. ialah. InsyaALLAH. Kacau lagi hingga menjadi seperti serunding. Bayarannya juga amat berpatutan kerana tujuan mereka adalah menggalakkan lebih ramai menyertai bidang memproses makanan seperti mee. SERUNDING UDANG KERING 200 g udang kering. Panaskan minyak.ae HOW TO BAKE A BETTER PIZZA? I came across your website as I was searching for a recipe.htm 18/08/2009 . tauhu. dari sudut resepi dan cara yg dilakukan oleh org cina lain sangat dari resepi dan cara yg saya proses. anda cuba hubungi Pejabat MARA berdekatan tempat tinggal dan kemungkinan besar mereka akan memberikan butir-butir lanjut yg anda inginkan. Thank you very much.com. Tuangkan air asam jawa. drakram@sharjah. Apa yg bagusnya tentang kursus ini. direndam 400 g kelapa parut (anggaran 1 biji s'hana) 3 camb minyak 200 ml air } diambil air asam jawa 1 camt asam jawa} 1 camb ketumbar } disangai 2 camt jintan manis}dikisar halus 1 camt jintan putih } 1/2 camt serbuk kunyit 2-3 camb pes cili 1 helai daun kunyit.2 (Langkah Demi Langkah) tidak lama lagi dan kemungkinan besar mereka akan menimbangkan resepi seperti membuat 'Fishball' atau 'Mee Kuning' serta 'Kulit Popia Basah' jika itu yg diharapkan oleh pembeli. My family is all-time pizza fan. Selama ni saya tak pernah melihat buku FISHBALL yg tuan/puan hasilkan. Apa yg dapat saya cadangkan di sini adalah. Daripada: Nazira Maksumali Sharjah. saya menjalankan aktiviti pemprosesan hasilan ikan. It was asked by someone else and it benefited me. dikoyak garam. Harap dapat membantu. saya menhadapi masalah dalam menghasilkan bebola ikan.alaf21. rempah kisar.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. serbuk kunyit dan pes cili hingga wangi. Saya meneliti cara dan resepi tuan dan puan juga lain dan simple. Nota: Serunding yg benar-benar kering tahan lama..ac. Daripada: MaiZ n_height@hotmail. Rempeyek dll. Goreng kelapa tanpa minyak hingga keemasan.com RESIPI INTI SERUNDING UDANG KERING Saya ingin mendapatkan resepi serunding udang kering untuk membuat inti popiah kecil. gula secukupnya Bahan kisar 1 labu bawang besar 6 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 cm halia 1 cm lengkuas 1 btg serai Kisar atau tumbuk udang kering hingga hancur.. bakery dll. Di manakah saya boleh dapatkan buku resepi fishball dan bagaimana boleh saya belajar lebih mendalam tentang proses sebenar. pihak MARA juga akan memberikan bantuan kewangan utk membeli mesin/perkakas/peralatan dll bagi menjayakan "perusahaan kecil-kecilan" contohnya.New Page 1 Page 10 of 37 CARA MEMBUAT FISHBALL Saya wan. kicap serta kuih-muih tradisional seperti Bahulu. tumis bahan kisar. I love to bake bread and I came across things like http://www. masukkan daun kunyit dan udang kering. garam dan gula. Kacau tanpa henti hingga agak kering kemudian bubuh kelapa goreng. Pihak MARA memang mengendalikan kursus Penyediaan Makanan/Pemprosesan Makanan/Industri Ringan dan ia hanya mengambil masa hujung minggu di beberapa tempat yg telah ditetapkan. UAE. Terima kasih.

Di sini saya ada satu persoalan mengenai produk makanan. Daripada: wan intan keluang_garlz@yahoo.alaf21. Do not allow the gravy to boil too long after adding the yoghurt as it tends to 'separate' and the dish has a 'grainy' look. Would you mind to explain? Dadih is yoghurt and can be bought at any supermarket. Just a note to remember. And would you kindly tell me how to bake a soft but crispy pan pizza base. The oven should be very hot (220 C) and the baking should only take about 15-20 mins (for a thin-crust) or a bit longer for a thick-crust. protin.com WHAT IS DADIH? Pls help. Kuantan. the bread will stay soft longer than usual. Lactic acid. Cuba tanyakan pada penjual putu piring di sekitar Kuantan. I don’t understand what is dadih.com. Saya ingin mengetahui apakah fungsi sebenar yogurt yang dimasukkan ke dalam produk nugget… Terima kasih kerana berminat dengan ruangan ini.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. di mana beliau membelinya sebab saya kurang arif tentang kedai seumpama ini di sana. soalan yg diutarakan berbentuk agak 'ilmiah'.New Page 1 Page 11 of 37 bread softener and bread improver. pengeluar barangan dapur dll). Would you kindly tell me how and when to use them. perlu meresap ke dalam tubuh dalam bentuk acid matrix. For home baking. add 1/2 tsp of bread improver and/or 1 tsp of bread softener.sg APAKAH FUNGSI YOGURT? Saya Wan. Thank you very much for your assistance. Begini jawapannya: Proses pembuatan dari susu kepada yoghurt merangkumi penukaran lactose kepada lactic acid. Daripada: Melati Osman. lactic acid di dalam yoghurt adalah perantaraan sempurna untuk memaksimakan penyerapan kalsium. The use of sugar in the dough also makes it softer. And the best oven should have a top and bottom heating element so the pizza cooks evenly. Yoghurt mewujudkan enzim yg diperlukan oleh tubuh untuk menyerap mineral yg terkandung di dalam bahan makanan berunsur dairy dan banyak mengandungi protin (seperti daging ayam). If you want a lovely golden colour to the crust. kalsium. Daripada: Zainab zainab@kewalram. vitamin B termasuk B-12. dadih is not krim masam or sour cream.com MANA NAK DAPAT ACUAN PUTU PIRING? Saya nak tahu mana nak dapat acuan Putu Piring ? Acuan putu piring boleh ditempah dari pembuat barangan besi/aluminium.com. Use dadih perisa asli or plain natural yoghurt for cooking purposes. student IPT. I've bought aneka masakan India. This should be added as you mix in the salt. The edges should also be a bit thicker (usually 0. add 1 teasp honey to the dough.htm 18/08/2009 . If your pizza base is rather 'hard' at the edges. jua boleh membuat makanan yg diproses tahan lebih lama.6cm). I sincerely wish my answers will help you. Bread softener keeps the bread soft and moist. Pahang. Bakeries add these chemicals to bread to extend their shelf life. Kalsium. Mine is normally crispy but not very soft especially in the edges. Jadi. selain menyumbangkan kepada keunikan rasa sesuatu produk makanan. Jika anda ke pasar itu sendiri dan berjalan hingga ke gerai paling hujung (belakang). if you prepare bread with long fermentation time (this process is called ‘proofing’ or 'prooving'). juraced@yahoo. yg didapati di dalam produk tenusu. Itupun jikalau dia tahu bentuk/ spesifikasinya atau anda boleh membelinya dari kedai menjual peralatan plastik/pinggan mangkuk berdekatan Pasar Chow Kit (sederet dengan Syarikat Menang. walaupun. pasti akan berjumpa deretan kedai yg saya maksudkan ini. http://www. My childrens always throw away that part. For every 500 g high protein (bread) flour. Bread improver adds texture and volume to the bread. try brushing some olive oil on it just before you pop it into the oven. Yoghurt juga kaya dengan potassium.

Kacau rata-rata. tukarkan ke gril dan masak 1-2 min atau hingga permukaannya keperangan. Ambil 1/4 bahagian. (Jangan campur tepung sekaligus.com. kenapa kuih saya selalu jadi "kejung" tak pernah menjadi seperti yang saya lihat di gerai. 3) Kuih Lapis pula. Bila kelilingnya sudah masak. belum cuba belum tahu. 4) Boleh tak saya mengunakan air alkaline (air abu) untuk melembutkan sotong kering. ia hendaklah dibuat in four batches).alaf21. tepi) dan ia mengambil masa 7-8 min saja untuk masak. ia berminyak serta lembut. saya akan cuba mencarinya di dalam simpanan saya. Masukkan sedikit demi sedikit gula.com. Campurkan dengan bahan ayak. harap tuan/puan dapat berikan tips atau cara-caranya. pukul lagi hingga kental. insyaAllah. 2) Kuih bangkit gula melaka yg saya buat selalu tak menjadi sebaliknya kuih menjadi keras macam batu! Adakah ia disebabkan bila membuatnya saya menggunakan santan segera? Kemungkinan besar sebab sesetengah santan segera (terutama jenis serbuk) sudah diproses dengan bahan pengawet atau lain-lain bahan kimia yg boleh menyebabkan kuih anda keras. cheahleeyen@yahoo.dan macam mana cara memotong kuih jenis ini sehingga sama rata dan cantik apabila dihidangkan macam di gerai? Kuih jenis ini mestilah dipotong dengan pisau plastik (contohnya. Saya tak pernah mendengar nama kuih ini tetapi amatlah berbesar hati jika anda menerangkan serba sedikit tentang cara membuatnya (goreng. Lengser acuan dengan ikatan daun pandan.com. campurkan dengan tepung dan sedikit esen ros. Tutup baki bancuhan telur dan pastikan ia dipukul sebentar sebelum dicampur dengan 1/4 bahagian tepung lagi. juga menggunakan oven tetapi yg boleh mencapai suhu 600 C dan kepanasannya sekata (atas. lapisan putih dan kukus 8-10 min sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk sebelum dipotong. Akhir sekali. Daripada: Hatijah Mansor Blk 229 Bukit Batok East Singapore 650229 hatijahm@hiex. warnakan merah satu bahagian. saya pernah membuatnya di rumah dan hasilnya 'agak' memuaskan. Pastikan juga bawah penutup kukus dilap setiap kali anda hendak melapiskan yg baru dan api tidak terlalu kuat kerana permukaan kuih akan menggerutu.3 litre santan (dari 1½ kelapa} 325g gula pasir 1 camt garam sedikit pewarna merah Ayak ketiga-tiga jenis tepung. Walau apa pun. Boleh tetapi adalah lebih elok (dari segi kesihatan) jika anda merendamnya selama 8 jam atau semalaman http://www. Bubuh adunan baulu. insyaAllah menjadi. gula dan garam hingga gula larut.New Page 1 Page 12 of 37 Daripada: Nor Alyyena Cheah Bt Abdullah Kuala Terengganu. plastic spatula) kerana ia tidak akan melekat sepertimana memotong dengan pisau biasa. masak selama 8-10 min. Ia adalah sejenis makanan yang terkenal di negeri Terengganu. Panaskan acuan cermai dalam oven api atas dan bawah pada suhu 225 C. Pukul putih telur hingga kembang. Kuih Baulu yg dijual itu.htm 18/08/2009 . Jerang santan. Tuangkan bancuhan merah. kukus selama 4 min.. Bahagikan 2. bawah.sg SOALAN MENGENAI KUIH TRADISIONAL Bagaimana hendak mendapatkan kuih baulu yg lembut serta berminyak! (macam dibeli di pasaraya di Malaysia) Amatlah sukar untuk mendapatkan Kuih Baulu seperti yg dibuat secara tradisional kerana kita membakarnya di dalam oven biasa. Bubuh pula kuning telur dan pukul lagi hingga gebu. bakar dll) dan ciri-ciri istimewanya? Berkuah atau berinti? Mungkin ia ada nama lain yg lebih 'familiar'? Dari keterangan anda nanti. Apa yg saya dapati. Lengser acuan/tin/loyang 22cm dengan minyak. kukus 4 min lagi. Ulangi melapis hingga habis. kacau hingga sebati. bukan? KUIH BAULU 350 g tepung gandum 6 biji telur Gred A 350g gula kastor 1 camt esen ros/vanila 1/2 camt soda bikarbonat sedikit minyak (utk melengser) Ayak tepung sebanyak 3 kali dengan soda bikarbonat. Sendukkan bahagian putih. Tidaklah dapat saya jangkakan samada ia akan memenuhi citarasa anda tetapi.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.tw KUIH PAO UNG Bagaimana caranya untuk membuat 'PaoUng' goreng. Cuba resepi Kuih Lapis ini. Biar sejuk. KUIH LAPIS 200g tepung beras 225g tepung ubi/kanji 55g tepung hoen kwee/tepung kacang hijau 1.

rasanya sampai ke tulang? Sebaik-baiknya. dipukul sedikit Bahan Inti/Tat: 120g gula pasir 240ml air mendidih 3 biji telur Gred A 1/2 camt vanila beberapa titik pewarna kuning 1/2 camt cuka Larutkan gula pasir dan air mendidih. Campurkan dengan telur dan uli menjadi doh.alaf21. biar sejuk.com. gaul bahan ayak.my http://www. Daripada: RASID JUSOH juraced@yahoo. Tutup dan biar doh 15 min. Namun begitu. Kenny Rogers juga menggunakan cara yg sama) kerana ayam akan masak sekata berbanding dengan di dalam ketuhar. ada juga ketuhar yg mempunyai besi tempat memanggang khas (yg boleh memutarkan ayam sekaligua) sama seperti di restoran. kacau. bahagian bawahnya akan 'terendam' di dalam rempah sebelum diterbalikkan (walaupun ini jarang dilakukan di dalam ketuhar di rumah). Canai doh setebal 3mm. Daripada: Nooraza Che Halim Tmn Seri Gombak nooraza@itc. Kebiasaannya.com. Cara membakarnya .ayam tidak diletakkan di dalam dulang pembakar tetapi dibiarkan berputar di atas besi panas (selain Ayamas. satukan air gula. Jangan sekali-kali gunakan rempah memerap ayam selama semalaman itu tetapi buatlah yang baru kerana dikhuatiri akan mendapat jangkitan bakteria. vanila. Untuk inti.com NAK AYAM GORENG ALA ‘AYAMAS’ Macamana kita nak perap ayam sampai jadi rasanya macam ayamas. Bakar pada 180 C selama 18-22 min atau hingga masak. Memerap di dalam peti sejuk selama semalaman juga akan memastikan bahan perap meresap masuk ke dalam ayam.utm. bahan pemerap itu hendaklah direnjiskan pada ayam ketika memasaknya. Tapi nak buat kulitnya tu saya tak tahu (pastry). peraplah di dalam beg plastik yg boleh dibuka/tutup seperti zip (ada dijual di pasaraya) kerana amatlah mudah untuk mengalihkan ayam dan rempah perap di dalamnya supaya elok mesra. Daripada: Diana Hassan diana@tanaka. Untuk kulitnya. ada juga yang mencucuk bahagian berdaging tebal seperti dada dan paha dengan besi kebab atau garfu.New Page 1 Page 13 of 37 di dalam air biasa. Boleh tak tolong berikan resepi untuk buat yang kulitnya.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. Pastikan juga renjisan akhir pada ayam mestilah 20 minit sebelum ayam masak (angkat dari tempat memanggang). letak semua tin tat di atas tin pembakar yg besar. garam dan mentega. Tuangkan bancuhan telur perlahanlahan. Untuk memudahkan.htm 18/08/2009 . Masukkan gula. pewarna kuning dan cuka kemudian tapiskan ke dalam jag. terap dengan penerap bulat dan alaskan pada tin-tin tat. telur. Namun yang paling penting sekali. TAT TELUR(Egg Tart) Pastri/kulit: 240g tepung gandum } 1camb tepung kastard }diayak secubit garam 120g mentega 3 camb gula kaster 1 biji telur.my CARA MEMBUAT TAT TELUR Saya teringin sangat nak makan tart telur.

kuatkan api dan biar jem mendidih . Dan saya juga pernah cadangkan. Walauapapun. akan menjadi.. Itu faktor yg paling penting.kacau tanpa henti .com. atau puan boleh mencadangkan sesuatu? Terima kasih banyak-banyak. samada resepi ini telah pun dicuba oleh pihak puan? Saya cuma berharap bila saya mencubanya. dihiris halus 570 ml air 900 g gula pasir Jerang nangka dan air hingga mendidih. Kerepek nangka? Emm. walaupun resepi yg tertera itu sahih boleh menjadi. Membuat roti seperti Roti Canai. Teknik menguli juga tak kurang penting. Saya pernah menerangkan dengan panjang lebar tentang teknik yg sebaik-baiknya.selama 10 minit.gov. Daripada: Paulyin Poh Kg hawa125@hotmail.alaf21. mangkuk mesti berada di tempat hangat dll. yg lebih lazim adalah kerepek pisang dan pisang itu hendaklah yg tua (tapi belum masak/ranum) dan 'kejun' atau isinya keras. Biar atas api perlahan selama 15 minit kacau sekali-sekala . boleh digantikan dengan soda bikar-bonat tetapi hasil Kuih Cakoi akan berbeza walaupun rasanya agak sama.my TAK YAKIN DENGAN BUKU RESIPI Baru-baru ini saya telah membeli Buku "Aneka Roti" terbitan Alaf 21. tekniknya agak rumit dan di sinilah anda "mungkin" keliru sedikit.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. Isinya cantik tapi sayang rasanya agak masam. sila call pihak Alaf21 (untuk mendapatkan "tutoring" melalui telefon.atau hingga gula hancur..htm 18/08/2009 . anda akan faham cara membuat roti dengan terperinci dan apa juga resepi yg anda cuba. Mungkin kerana buah nangka tersebut masak layu.New Page 1 Page 14 of 37 RESIPI DARIPADA BUAH NANGKA Boleh tak puan tolong atasi masalah saya? Saya mengopek sebiji buah nangka. Oleh itu ingin saya bertanya. kemudian biarkan di dalam ketuhar 180 C hingga panas. perlahankan api dan renihkan selama 30 minit atau hingga lembut. Nan & lain-lain yg memerlukan air ditambah untuk membuat doh. Bila semua gula hancur. Tawas atau juga dikenali sebagai alum adalah sejenis garam mineral yg berwarna putih. Jika sukar mendapatinya. hasil adalah seperti yang tertera di dalam gambar. Angkat dan biar sejuk sebelum disimpan di dalam bekas. IP JKR Malaysia LIZA@jkr. Singapura halisya@msn.jarang didengar dan tidak pernah dimakan tapi. Bubuh gula panas ke dalam nangka dan kacau perlahan. Kesimpulannya. Sayang pula kalau nak dibuang sebab isinya banyak. Daripada Sabariah Salim. Ia dikenali dengan pak fun dan boleh didapati di farmasi perubatan Cina. Walau bagaimanapun saya masih belum mencubanya kerana was-was. ia akan menjadi lebih lembik. cubalah dulu & jika ada masalah. Ketika membiar doh naik.com APAKAH ITU TAWAS & ALUM? Boleh terangkan apa itu "tawas dan alum" yang terdapat didalam resipi kueh cakoi. insyaALLAH). sangat "sensitif" kerana sukatan air akan bergantung pada kelembapan tepung itu sendiri. Membuat roti memerlukan teknik yg betul. saya cadangkan anda buat jem! JEM NANGKA 900g isi nangka. Doh-nya juga tidak boleh terlalu lembut kelak selepas diuli menjadi kental (elastic).com RESIPI BISKUT CERELEC-CORNFLAKES http://www. Capati. Daripada: Norliza Kadir. Bagaimana kalau saya jadikan kerepek saja tapi bagaimana caranya. Untuk nangka seperti yg anda maksudkan. Ini kerana saya juga pernah memiliki buku seperti ini dari terbitan company lain dan resultnya bila dicuba tidak begitu memberangsangkan. Letak gula pasir di dalam bekas tahan panas. jika anda dapat hadir ke kelas membuat roti sekurang-kurangnya sekali. Saya amat tertarik dengan isi kandungannya..

gunakan serbuk agar-agar kerana ia mudah larut di dalam air (dimasukkan semasa menjerang air/susu dan bukan ketika air/susu sudah mendidih). Terengganu mibi73@hotmail.atau yg dimaksudkan di sini. BISKUT CERELAC-CORNFLAKES 150g mentega 100g gula kastor 1 biji telur Gred. tambah 2-3 camb tepung jagung. Begitu juga dengan gula merah . untuk sapu Pukul mentega. uli perlahan menjadi doh. gunakan 1 liter air. BISKUT CERELAC-NESTUM 2 cawan mentega/marjerin 1 cawan gula kastor 1 camt vanila 3 cawan tepung gandum 1 cawan Cerelac 1 cawan Nestum 1 cawan gajus bakar. mengapakah kek saya terjadi sedemikian. Dipermukaan dan sekeliling kek saya itu agak keras tidak seperti yang saya pernah makan (lembut dan sedap). Apakah sukatan air yang paling sesuai bagi 10g agar-agar untuk menghasilkan agar-agar yang sempurna kerasnya(tidak berair) .com. potong setebal 6 mm. Daripada: Mazuki Izani Ismail.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.com SUKATAN AIR UNTUK AGAR-AGAR Saya ada satu soalan mengenai agar-agar. gula. Sila dapatkan buku terbitan Alaf 21 . Penggunaan tepung jagung di dalam resepi itu mungkin menyebabkan ia keras. Buangkan pembalut. dicincang halus 1 biji putih telur. Canai antara dua lapisan plastik. Hasilnya tidak memuaskan hati saya. jarak 4cm. Saya telah mengikuti cara dan sukatan yang ada. gula perang (brown sugar?). Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 180 C selama 15-17min atau hingga masak. boleh gantikan tepung gandum dan tepung jagung (300g) dengan tepung berserbuk penaik (tepung naik sendiri) serta 3-4 camb susu UHT/segar. gula dan vanila hingga sebati. Bakar pada 170 C selama 16-18 min atau hingga masak. Masukkan semua bahan lain (kecuali putih telur dan cornflakes).alaf21. Biar sejuk atas redai. gaul rata-rata.com KENAPAKAH KEK SAYA KERAS DI SEBELAH LUAR? Baru-baru ini saya memperolehi resepi kek kurma melalui internet lalu mencuba.htm 18/08/2009 . dicincang halus 40g badam bakar. Sapukan putih telur dan hias dengan cornflakes. Atur atas tin pembakar (jangan lengser). Ia juga tidak mengandungi baking powder (serbuk penaik) yg akan membuat kek anda gebu dan lembut. Atur atas tin pembakar berlengser marjerin. Kek Lapis Kurma dll. dicincang 2-3 biji kuning telur. Hiris bentuk empatsegi atau terap ikut suka. Seelok-eloknya. Soalan saya. dikisar kasar Pukul mentega. Anda boleh gantikan gula merah dengan gula kastor dan kedua-duanya hendaklah dipukul hingga ringan sebelum dimasukkan telur. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.C 1 camt vanila 100g tepung gandum 30-40g tepung jagung 100g Cerelac 25g ceri. Jika agak lembik. Daripada: Suhaila Sairin. Masukkan semua bahan lain (kecuali kuning telur).ANEKA KURMA dan anda akan dapat mempelajari 44 resepi yg menggunakan kurma termasuklah Acar Buah. telur dan vanila hingga kembang. Daripada: nne nne fywie@hotmail. Jerteh. bolehkah kirimkan resepi ini. Jika mahu. rendam dulu di dalam air biasa selama 4 jam baru digunakan. http://www. dipukul 60-80g cornflakes.New Page 1 Page 15 of 37 Saya ingin mencuba membuat biskut cerelac. Sudukan doh atas kertas kalis minyak. Jika menggunakan agar-agar jenis panjang. Pastikan agar-agar larut sepenuhnya sebelum dimasukkan gula. Untuk 10g serbuk agar-agar. bungkus dengan kertas kalis minyak (lebar anggaran 2cm).

Ada pelbagai versi satay kerana setiap resepi ada yg disuaikan mengikut citarasa masing-masing. Walau bagaimanapun saya ingin mengetahui pisang apakah yang paling sesuai digunakan? Pisang yg paling sesuai ialah pisang emas. Sajikan dengan kuah kacang. Kuah Kacang 100 ml minyak 750 ml santan cair* 1-2 camb air asam jawa pekat 2 camb gula garam secukupnya http://www. bukan? Beginilah resepi satay yg ingin saya kongsi bersama: SATAY KAMBING/LEMBU 400g daging (lembut).com.com.emm. Sebaik-baiknya. akan terjadi percikan (sparks) seperti kilat. Cucuk dengan lidi dan bakar.my PISANG APAKAH YANG SESUAI UNTUK KEK PISANG? Saya begitu ingin membuat sendiri kek pisang dan saya telah mempunyai beberapa resepi yang saya rasa sesuai untuk dirujuk/dicuba. ketupat. bawang dan timun. dihiris kepingan ½ x 2. jika suka Perap daging dengan garam. Lebihlebih lagilah satay yg terkenal seperti Satay Kajang. disangai 1-2 camb air asam jawa cair 3-4 camb santan pekat.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.com RESIPI SATE KAMBING Saya ingin cuba membuat sendiri satay kambing dan lembu. Selain itu. itu resepi nenek moyang. balut 4 penjurunya dengan 4 keping kertas timah yg sesuai besarnya (pastikan balutan kemas) kerana ini akan menghalang kek di bahagian penjuru itu menjadi hangit. 'dishwasher save').my BOLEH TAK GUNAKAN LOYANG ALUMINIUM UTK MICROWAVE? Saya ingin tahu selain dari mangkuk kaserol.bcb. Jika puan menggunakan mangkuk kaserol jenis lebar empatsegi atau empatsegi panjang (rectangle).New Page 1 Page 16 of 37 Bandar Baru Bangi. sambil merenjis dengan minyak hingga sate masak. yg sering digunakan juga.alaf21. gunakan mangkuk kaca/kaserol Pyrex atau yg tahan panas (atau dicatat juga. dipanggil pisang putar yg juga sesuai..EDS roslindah@corpmail. disangai ½ camt jintan putih. pisang rastali (kelat siam) atau/dan pisang raja. disangai ½ camt jintan manis..5cm ½ camt garam 30g gula pasir lidi sate minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik) Dikisar halus: 4 biji bawang merah 2 biji buah keras 2cm kunyit 1cm lengkuas ½ camb ketumbar. Daripada: Roslindah Mohd Yusof . gula dan bahan kisar selama 3 jam. Ada yg dipengaruhi oleh Nyonya.com. boleh tak saya gunakan bekas tin yg berwarna hitam/merah (seakan loyang yg biasa digunakan utk memasak) untuk memasak kek dgn menggunakan microwave? Sebarang tin/loyang dari aluminium/besi TIDAK boleh digunakan sama sekali di dalam microwave. nasi impit.htm 18/08/2009 . Minang dll. Selangor suhaila@ingresscorp. Ada juga sejenis pisang yg seakan-akan pisang emas.. Ada tak sesiapa yang sudi berkongsi-sama cara-cara membuatnya beserta dengan kuah kacangnya. Daripada: Laisla Bonita pu3xena@yahoo. Untuk mendapatkan resepi satay yg authentic agaklah sukar. Ini termasuk juga aluminium foil (kertas timah) kerana jika ia tersentuh dinding dalam microwave.

ia akan menganjal (springy to the touch) atau segera kembali ke bentuk asal (tekanan jari tidak meninggalkan bekas di atasnya). ia mungkin ada kena mengena dengan resepi.htm 18/08/2009 . Ketiga.Di sini saya nak mengetahui di manakah saya boleh mandapatkan air abu yang digunakan untuk membuat mee kuning. air asam. Biar dalam tin selama 10 min sebelum dikeluarkan dan dibiar sejuk di atas redai. tumis bahan rempah hingga wangi dan terbit minyak. Daripada: Zahar Ahmad alief@tm. Kedua. renihkan kuahnya lebih lama. Bila mendidih. Daripada: Mohd. disangai. "ratio" kedua-dua adunan sudah tidak sesuai.S Aris aris_salam@hotmail. Masukkan ¼ santan cair. kacau lagi hingga naik minyak. kacau lagi hingga terbit bau.net. tutupkan api. Jadi. Ikut prosedur mencanai yg betul (dlm Buku Langkah Demi Langkah terbitan Alaf21 ada resepinya yg telah saya cuba berulang kali & jadi) dan pastikan ruang antara lapisan (mencanai akhir) itu sekata. Jika inginkan kuah yg lebih pekat. Mengapa kulit karipap pusing saya kerap merekah & pecah samada semasa masukkan inti atau semasa menggoreng? Jawapan pertama.com DI MANA NAK DAPATKAN AIR ABU? Tahniah sebab perkenalkan laman web ini. Air abu boleh dibeli di pasaraya atau di pasar-pasar basah (menjual barangan runcit) kerana ia juga digunakan untuk melembutkan sotong kering. cara mencanainya.my SUHU SESUAI UNTUK MEMBAKAR KEK SARANG SEMUT Berapakah suhu dan masa yang sesuai untuk membakar kek sarang semut? Kesemua resipi yang saya dapati dari internet tidak menyatakan perkara tersebut.com. Aris A. dikisar halus 1 batang serai 1 camb serbuk cili 2 cili merah 2 cm lengkuas 1 ulas bawang putih 2 biji buah keras ½ camt serbuk kunyit 1 camt serbuk jintan manis 1 camt serbuk jintan putih 1 camb serbuk ketumbar *santan adalah dari 2 biji kelapa Panaskan minyak. jangan ada yg tebal dan yg nipis. santan pekat. gula dan garam. Tuangkan semua santan cair.edu. Pastikan juga mulai menggoreng di dalam minyak yg tidak terlalu panas kemudian selepas memasukkan semua karipap. masukkan kacang tumbuk. Daripada: Sa'diah bt Jantan sa'diah@mfi. Tambah ¼ santan. ia tentu saja akan "pecah" bila menggorengnya kerana adunan yg dibancuh tanpa air itu terlalu besar (bila dimasukkan ke dalam adunan bercampur air). Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renihkan hingga terbit minyak. Kuih Lapis akan lebih lemak jika anda tambah pati santan secukupnya (juga sedikit garam utk menaikkan rasa "lemak" pada santan).alaf21.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. dibuang kulit & ditumbuk/kisar Bahan Rempah (dikisar halus) 10 biji bawang merah.New Page 1 Page 17 of 37 180 ml santan pekat* 220g kacang tanah. Akhir sekali. Bakar selama 55-65 min pada suhu 180 C atau sehingga apabila disentuh permukaannya.my BAGAIMANA MELEMAKAN KUIH LAPIS? Bagaimana saya boleh membuat kuih lapis lebih lemak rasanya dan bukan hanya manis gula s'ja. Kuah hendaklah dikacau sentiasa setelah dimasukkan kacang tadi. oleh kerana ia sudah mulai "merekah" ketika memasukkan inti. http://www.

com. Jeli segera juga ada pelbagai warna dan perasa dan jangan sekali-kali terkeliru dengan sejenis lagi juadah "pencuci mulut" iaitu 'Puding Segera'. kacau di atas api sederhana hingga pekat dan mendidih.. Jerang di atas api sederhana sambil dikacau hingga pekat.. bubuh mentega dan vanila kemudian kacau. mesti merendamkan terlebih dulu sehingga lembut barulah dijerang di dalam air dan dididihkan hingga larut. http://www.sg APA DIA SERBUK AGAR-AGAR. gaul rata sebelum memasukkan baki putih telur tadi. Hasil jeli lebih lembik berbanding agar-agar dan adakalnya.(1) 2 biji kuning telur 110g gula kastor 40g tepung gandum 285ml susu segar/UHT 20g mentega 1 camt vanila 2 biji putih telur secubit garam Putar kuning telur dan 75g gula hingga pucat dan pekat. tuangkan perlahan-lahan ke dalam kuning telur sambil dipukul. agar-agar dan jeli segera. saya mencampurkan sedikit serbuk agar-agar untuk 'mengeraskan' jeli segera ini. SAYA SEMEMANGNYA SEDANG MENCARI-CARI RESEPI CREAM PUFF. Biar sejuk sebelum digunakan. kaupbalikkan baki gula. Kembalikan campuran telur ke dalam periuk. Perlahankan api. London azlina@abakar. Daripada: Arwani Ab. pasti kulit karipap akan licin & tidak menggerutu. TERIMA KASIH. AGAR-AGAR & JELI SEGERA? Saya sudah mempunyai buku aneka Puding dan Agar-agar terbitan alaf 21..co. Untuk menggunakannya. Serbuk agar-agar: Biasanya dijual di dalam paket bertanda White. Campurkan gula dan tepung kastard ke dalam mangkuk.BOLEH TAK PUAN BERIKAN SAYA RESEPI BAGAIMANA PULA UNTUK MEMBUAT INTI DI DALAMNYA YG MACAM CUSTARD TU.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.. Jeli segera: Dijual di dalam kotak dan anda boleh ikuti panduan pada kotaknya untuk membuatnya..freeserve. Satu paket seberat 11g (anggaran 1 1/2 camb) dan ini adalah untuk menyediakan 1 liter agar-agar (perlu dimasukkan gula). kacau 2-3 minit lagi. Agar-agar: Ia dijual dalam plastik panjang (biasa digunakan dulu-dulu sebelum adanya serbuk agar-agar). Jerang baki susu hingga mendidih. Bila sejuk barulah digunakan sebagai inti cream puff. Red (pewarna yg memang tersedia dicampur).SAYA ADA TERJUMPA RESEPI INI DALAM ALAF21 DAN SAYA TELAH PUN MENCUBANYA TERNYATA IA SUNGGUH MENJADI. TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA ALAF21 INI. Bolehlah kiranya puan menjelaskan kepada saya perbezaannya memandangkan saya amat berminat untuk mencuba resepinya untuk dihidangkan kepada suami tercinta. Kebanyakan jeli segera sudah ada campuran gula di dalamnya jadi anda hanya perlu menjerangnya dengan air atau susu cair/segar. KEGEMARAN SAYA. Masukkan tepung dan sedikit susu.htm 18/08/2009 . Saya teringin mencuba resepi di dalamnya tetapi saya mempunyai kemusykilan mengenai perbezaan antara serbuk agar-agar. Campurkan 1 camb putih telur ke dalam campuran kastard. Ketepikan dari api. SEMASA SAYA MELAYARI INTERNET TEMPOH HARI. Di sini ada 3 jenis krim kastard: INTI KASTARD.com... INTI KASTARD.alaf21.uk BAGAIMANA MEMBUAT INTI CREAM PUFF A'KUM PUAN PAKAR MASAK. Ada 2 saiz iaitu paket seberat 12g dan 24g. Halim.. Green.(2) 450ml susu segar/UHT 150ml krim putar 70g gula kastor 50g tepung kastard Jerang susu dan krim hingga panas (jangan sampai mendidih). Daripada: Azlina Abu Bakar. Patuhi untuk setiap kali menggoreng. pukul sebati..New Page 1 Page 18 of 37 barulah kuatkan apinya. Putar putih telur dan garam hingga kental. Kacau adunan dengan pemutar telur (egg whisk)sambil menuangkan susu panas. UiTM Sabah fazarni78@yahoo.

Mee Rebus adalah serupa dengan Mee Sup. apa dia 'golden caster sugar'? Golden caster sugar adalah sejenis gula kastor yg berwarna keemasan.htm 18/08/2009 .nl APA ITU TEPUNG ROTI MARIE? i happen to read a kek lapis recipe on the internet using " tepung roti marie " What is tepung roti marie ??? where can i get it ??? Thank you. Masukkan gula.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. di atas api perlahan hingga menjadi pekat. dicelur 150g taugeh. Process or blend marie biscuits (available at supermarkets) or plain tea biscuits until very fine.Saleh@motorola. direbus 2 keping tauhu.com APA BEZA MEE REBUS & MEE JAWA? Apakah perbezaan di antara mee rebus and mee jawa? Di sebelah Utara Semenanjung. Ia boleh digantikan dengan demerara sugar (boleh dibeli di kedai menjual barangan membuat kek dsbnya). Ia bukan seperti soft brown sugar yg banyak dijual di pasaraya.(3) 1 camb tepung jagung 1 camb tepung gandum 4 camb gula kastor 1 biji kuning telur 250ml susu segar/susu UHT 1 camt mentega 1 camt vanila Ayak tepung ke dalam mangkuk. sambil dikacau. umishuhada@yahoo..veenendaal2@chello.com. digoreng & dihiris 2 biji kentang. masukkan mentega dan vanila. Jerang.. Biar sejuk sedikit sebelum digunakan. Daripada: Umi Shuhada Zulkhanain WPLabuan.com APA ITU GOLDEN CASTER SUGAR Saya mahu maklumat lanjut.alaf21. Daripada: Anita Khaw Abdullah Renettengaarde 6 Rozenburg Netherlands m. Sift to obtain its powdered form (flour). Daripada: Saleh Roswana roswana. Tuangkan baki susu dan kacau rata. cili merah. Mee Rebus berkuah pekat tetapi di tempat-tempat lain. Ketepikan dari api. Di sini ada kedua-dua jenis resepi untuk tatapan puan (& dibuat perbandingan?): MEE REBUS Bahan Sampingan 350g mee kuning.New Page 1 Page 19 of 37 FRENCH CUSTARD. Mee Jawa pula mempunyai banyak ramuan giling dan tidak dimakan dengan Cucur Udang seperti Mee Rebus. direbus & dihiris bawang goreng. daun bawang http://www. You may need to blend again and repeat sifting. dicelur 2 biji telur. kuning telur dan sedikit susu kemudian kacau dengan pemutar telur hingga sebati..

direbus. Black Forest Cake).my CARA MEMBUAT AISING KEK Bagaimanakah caranya untuk membuat aising kek yang mudah? Untuk menghias dengan krim putar. http://www. direbus & dilecek garam & gula secukupnya Panaskan minyak. jika suka Bahan Cucur Udang 20 ekor udang hidup 80g tepung gandum ¼ camt serbuk kunyit garam air secukupnya minyak untuk menggoreng cucur Bahan Penumis 3 cm kulit kayu manis 1 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 2 ulas bawang putih. tambah sedikit parutan kulit oren dan jus oren.alaf21. Tambah garam. dihiris 1 biji cili hijau. dicelur 120g taugeh.New Page 1 Page 20 of 37 hirisan limau kasturi. tambah garam dan gula.com. Daripada: Hasni Razak Damansara. dikisar 1 biji keledek kecil. direndam & dikisar Bahan Kuah 4 camb minyak 200g daging. Bila kuah mulai pekat. jangan terlalu banyak kerana ia akan terasa pahit). dikisar 2 cm halia. berhenti memutar dan gunakan segera. air rebusan udang dan air rebusan daging. digoreng & dihiris dadu 2 biji telur rebus. hirisan cucur udang dan hirisan daging. Bila mendidih. dibuang biji & kulit. direbus dengan 1. dikisar 5 ulas bawang putih. Masukkan air asam jawa. Masukkan air rebusan daging dan tomato kisar. gula dan renihkan hingga pekat. dicelur 2 keping tauhu. Sajikan dengan semua bahan sampingan. Krim mentega di bawah berperisa vanila dan susu segar juga dimasukkan agar aising ini lebih ringan. masukkan keledek lecek. MEE JAWA 3 camb minyak masak 150g daging. dihiris 1 biji cili merah. dikisar 7-8 tangkai cili kering.5 liter) 2 biji tomato. dihiris daun bawang. Jika inginkan perasa coklat.gov.htm 18/08/2009 . Tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak. Aising kek paling mudah adalah Krim Mentega.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. Bila mendidih. Kek yg mempunyai aising hiasan dari krim putar mesti disimpan di dalam peti sejuk (contohnya. masukkan campuran tepung jagung dan tomato. daun sup & bawang goreng hirisan limau kasturi Bahan Kisar ½ camt serbuk ketumbar ¼ camt serbuk jintan putih ¼ camt serbuk lada hitam 1 cm kunyit hidup 1 camb kacang tanah goreng 1 cm lengkuas ½ labu bawang besar 1 cm halia 1 ulas bawang putih 2 biji buah keras 2 camt rempah kari daging Panaskan minyak. Jika mahu perasa oren. dicampur 150ml air 2 camb air asam jawa Bahan Sampingan 350g mee kuning. Sajikan dengan bahan sampingan. dikupas & tapis air rebusannya (0. anda hanya perlu membeli 'whipping cream' dari pasaraya dan memutarkannya hingga kental (dengan kelajuan minima pada pemutar let-rik). hasni@frim. masukkan bahan penumis dan kacau hingga terbit bau. Sebaik saja ia kental.5 liter air & dihiris 2 biji tomato. dihiris kecil 1 camt tepung jagung. direbus & dihiris (air rebusan 1 liter) 120g udang segar. tambah 1-2 camb koko yg diayak (mengikut 'warna coklat' yg dikehendaki. Semuanya mengikut citarasa masingmasing. Kuala Lumpur.

Semasa memutar.com http://www. Campurkan semua bahan dlm mangkuk kemudian sajikan. tuangkan air dan garam. Daripada: Yatie Amanda yatieamanda@yahoo.New Page 1 Page 21 of 37 Daripada: shuhaila shaari Kg Naga Lilit. jangan disimpan.com. Mesti menggunakan pe-mutar dan mangkuk yg bersih dan seelok-eloknya disejukkan sebentar di dalam peti sejuk. hanya gunakan kelajuan minima kerana jika terlebih pukul. Jika ini berlaku. Sos Tartare 250ml mayonis 25g capers (jeruk sejenis kuntum/bud bunga dlm botol) 50g gherkins (jeruk timun kecil dlm botol) 2 camb hirisan daun parsli Cincang halus capers dan gherkins. Ayak tepung gandum dan tepung jagung ke dalam mangkuk. celup udang dalam adunan tadi kemudian goreng hingga keemasan (minyak hendaklah banyak supaya udang tidak lekat di dasar kuali iaitu deep-frying).htm 18/08/2009 . Daripada: Ms.. Pdg Serai Kedah. shunani2003@yahoo. dipukul kental (meringue) 230-250ml air garam secukupnya minyak utk menggoreng Kupas udang tetapi tinggal ekornya. kemudian basuh & lap dengan kitchen towel... ia akan tahan lebih lama. ada resepi 'Udang Goreng Tepung' yg sering dimakan (secara Western) dengan Sos Tartare. selalunya udang tu digoreng dengan tepung kemudian salut dengan mayonis boleh bagi resepi tak ? Saya sebenarnya kurang pasti apa yg puan maksudkan di sini tetapi di bawah ini.Anne Nabilla Tawau.com RESIPI UDANG GORENG TEPUNG Bagaimana nak buat resepi udang mayonis. Jangan sekali-kali disimpan di dalam freezer semula setelah membiarkan ia cair. Setelah membuka cartonnya. 3) Jika boleh dibeli dikedai berapa lama ia boleh tahan daripada rosak. Kaupbalikkan putih telur rata-rata. 2) Adakah krim putar ini dijual di kedai kek ? Krim putar ada di jual di kedai yg membekalkan bahan dan peralatan kek.com CARA MEMBUAT KRIM PUTAR 1) Bolehkah puan beri cara-cara membuat krim putar . isikan ke dalam bekas bertutup dan boleh simpan selama 4-5 hari.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. kacau sebati.Sabah c_tieyaz@yahoo. Ada jenis krim putar tidak berasal dari hasil tenusu dan dikenali sebagai 'non-dairy whipping cream' yg boleh digunakan juga. Dari pengalaman saya. sesetengah krim putar dari kedai begitu akan lebih elok kerasnya (dan mudah dipukul) dari krim yg dibeli di dalam carton dari pasaraya besar.alaf21. jika anda memukulnya dulu kemudian mengisinya ke dalam plastik kemudian diletak di dalam bekas bertutup dan disimpan di dalam peti sejuk (bahagian bawah). Krim putar dijual di dalam carton (seperti susu UHT/segar) dan ia dikenali sebagai 'whipping cream' atau 'double cream'. krim tidak akan menjadi keras tetapi sebaliknya menjadi cair seperti dadih. Panaskan minyak. UDANG GORENG TEPUNG 500g udang sederhana 300g tepung gandum 3camb tepung jagung 2 biji telur. Cream jenis 'Nestle' yg dijual di dalam tin kecil tidak boleh diputar hingga kental kerana ia jenis 'single cream'. Krim putar memang mudah rosak. Namun begitu. ia akan tahan lama (3-4 bulan atau lebih) tetapi mesti dikeluarkan dan dibiar pada suhu bilik sehingga ia cair semula sebelum digunakan. Harap puan berpuashati. Sebaik-baiknya beli carton kecil (200ml) dan gunakan terus. Jika anda meletakkan krim putar di dalam freezer. anda tidak boleh menggunakannya lagi (untuk menghias kek).

siakap dan haruan (baik untuk menyembuhkan luka dalaman). Lebihkan minum susu.com http://www. Seelok-eloknya. biar 10 min kemudian bersihkan. Buangkan juga biji yg mendap di dalam rendaman itu. Perlu diingat. Bakar/gril ikan hingga masak.’ Jika anda suka.alaf21. cth sambal nasi lemak. Kadangkala. Selangor.com PETUA MENGURANGKAN RASA PEDAS CILI Bagaimana hendak mengurangkan rasa pedas ke dalam masakan bercili. boleh gantikan dengan gula merah (memberi warna agak berbeza untuk sambal dll).com. bawang merah. timun dll) atau 'berangin' (petola. diketuk 1 keping asam gelugur sedikit garam 1 ekor ikan haruan. Jika suka. labu dll) juga tidak digalakkan. Jika inginkan sambal anda merah. nad_211@yahoo. dibelah 4 1 batang serai. pedasnya akan bertambah. dipotong 4 1/2 camt asam jawa 2 biji cili merah.New Page 1 Page 22 of 37 RESIPI UNTUK ORANG BERSALIN Bolehkah pihak anda mengajar saya bagaimana masakan yang sesuai untuk orang yang lepas bersalin.htm 18/08/2009 . Kuala Lumpur zanariah_najam@hotmail. bo-leh juga digantikan air asam jawa dengan sos tomato/sos cili atau 1-2 camt tomato puri. Jerang semua bahan kecuali ikan hingga mendidih dan pekat. dihiris menyerong Dikisar halus: 4cm halia 2cm kunyit 1/2 camt lada hitam 2 ulas bawang putih Lumur ikan dengan asam jawa. air suam dan ulam-ulaman (yg tertentu saja). Begitu juga dengan sesetengah buah-buahan (dilarang makan anggur sama sekali sebab ia 'dingin'). Masukkan ikan dan cili merah kemudian biar 2-3 min sebelum diangkat. buangkan biji dan rendam di dalam air panas hingga lembut. masakan bercili benar-benar pedas kerana 'keseimbangan' antara manis dan masamnya 'tidak kena'. gunting menyerong. Daripada: Marziana Bakar. Pastikan anda membuang bijinya sebelum dikisar kerana jika banyak biji. tenggiri. Petaling Jaya. Sememangnya setiap jenis sambal mesti dibubuh gula agar rasanya lebih 'balance. bolehkah beri satu resepi? Masakan yg sesuai untuk orang lepas bersalin adalah yg tidak mengandungi minyak (bukan goreng) atau bersantan. Apakah faktor pemilihan cili juga penting utk menentukan ketidak pedasan dalam sesuatu masakan bercili? Cili kering yg lebih 'berkedut' adalah jenis yg lebih pedas jika dibandingkan dengan cili kering yg bentuknya masih seperti cili biasa dan berkulit 'licin'. memang baik anda menambah air asam jawa di dalam sambal tumis. Bukit Bangsar. Saya juga telah memasukkan sedikit gula ( walaupun saya tak suka rasa manis dalam masakan bercili ) dan air asam jawa dlm masakan saya tapi masih juga terasa kepedasan yang tidak berkurangan. Dalam soal ini.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.bawang putih & belacan. SINGGANG HARUAN 250ml air 3 biji bawang merah. contohnya. Sayuran jenis sejuk (kubis. sambal tumis ikan @ ayam ? Untuk pengetahuan puan saya menggunakan cili kering yang dikisar sendiri yang di blend bersama bawang besar dan sedikit belacan. Jenis ikan yg lazim dimakan adalah bawal putih. jangan sekali-kali menambah serbuk lada putih atau hitam ke dalam masakan bercili kering kerana ini benar-benar akan membuat masakan anda terlalu pedas! Daripada: Nadia Aminuddin. boleh tambahkan 2-3 tangkai cili merah (juga dibuang bijinya) di dalam cili kering yg dikisar dengan bawang besar.

serbuk koko boleh diayakkan ke dalam marzipan dan digaul hingga sebati. saya lebih suka meng-gunakan gula biasa jenis halus.. Royal aising adalah aising jenis lembut yg lazimnya dihias di atas kek yg sudah bersalut dengan fondant. Bolehkah puan menjelaskan apa beza di antara aising fondant. Ia selalu digunakan untuk menghias kek dan boleh diwarnakan mengikut kesukaan.alaf21. Marzipan ada dijual dalam bentuk 'frozen' di kedai-kedai yg menjual peralatan membuat kek. diwarnakan mengikut suka dan dijadikan bahan hantaran atau hiasan di atas kek. Terpulanglah. Lawas.New Page 1 Page 23 of 37 APAKAH ITU GULA APONG? Saya amat berminat utk mencuba resipi kuih peneram yg ada di dalam laman web Alaf 21 tetapi saya tidak berapa tahu salah satu bahan yg disenaraikan. iaitu: Apakah gula apong? Bagaimana rupanya dan di manakah boleh saya mendapatkannya? Gula apong juga dikenali sebagai 'gula kabung' atau 'gula melaka'. Gula halus pula adalah gula kastor/caster sugar tetapi boleh digan-tikan dengan gula pasir (jenis halus) TETAPI sebaik-baiknya. Jika mahukan warna coklat dan perasa. royal aising atau marzipan.com TEKNIK AISING KEK Saya berminat dengan hiasan kek menggunakan aising kerana saya selalu membuat kek. Ini untuk mengelakkan minyak/warna dari kek buah meresap ke dalam fondant dan menyebabkan ia berubah warna. Di dalam membuat kuih-muih. Ia selalu digunakan membuat kek lapis masam manis dsbnya. daun dll. Bolehkah jika saya mencampurkan coklat cair ke dalamnya utk perasa? Dari pengalaman dan pengetahuan. Adakah itu tepung yang sudah tersedia atau kita sendiri blend roti itu menjadi tepung? Tepung biskut marie adalah dari biskut marie yg dikisar halus (blend) kemudian diayak di dalam pengayak halus (yg biasa digunakan untuk mengayak tepung/gula aising dll) agar hasilnya seperti tepung.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.. Ia boleh dibentukkan menjadi buah-buahan kecil. Ia boleh diwarnakan dan selalu diisi ke dalam beg aising kemudian dipicitkan ke atas kek dengan menggunakan 'nozzle' bentuk bintang. boleh gunakan gula biasa (jenis kasar).. Biar suam sedikit baru digaul dengan kedua-dua jenis tepung (di dalam resepi 'Kuih Peneram'). Daripada: Anita Abby.com. Daripada: http://www. Sarawak hawatrd@hotmail. Adakah gula pasir untuk membuat kuih peneram yg dimaksudkan halus (seperti caster sugar) atau kasar (seperti gula biasa)? Gula pasir adalah gula biasa (jenis halus/fine sugar atau kasar/coarse sugar). Sebaik-baiknya. jerang gula apong (dihiris halus) dan gula pasir dengan air hingga mendidih dan gula hancur. jika hendak membuat kek. tidak pernah coklat cair dicampurkan ke dalam fondant. Membuatnya memerlukan 'tenaga' bila mengulinya. Jika membancuh air pula.htm 18/08/2009 .com APA ITU TEPUNG BISKUT MARIE? Saya nak tahu apakah itu "Tepung Biskut Marie". Gula biasa disebut 'granulated sugar'. Marzipan pula selalu digunakan untuk menyalut kek buah sebelum anda menyalutnya pula dengan fondant. gunakan gula kastor kerana ia mudah hancur bila dipukul dengan mentega/marjerin. Daripada: Zalida Abdullah eyxamie@hotmail. royal aising & marzipan? Fondant atau 'Plastic Icing' atau 'Gelatine Icing' ada 2 jenis iaitu jenis yg perlu dipanaskan di atas dapur (untuk menghancurkan gelatin) dan jenis yg digaul di dalam mangkuk.

Tapi. sekian terima kasih Izinkan saya mengucapkan "Syabas" pada anda kerana ingin mencuba resepi yg saya kira. Walauapa pun. Tutup dengan campuran beras lagi. diayak 2-3 kali dan telur yg segar. INI RESIPINYA! Saya suka makan putu piring dan putu bambu tapi malangnya telah banyak buku-buku atau informasi mengenainya di cari tapi tak ada resepinya. Boleh tak bagi resepi tersebut sekurang-kurangnya saya dapat mencubanya. Saya harap puan dapat membantu saya. Pastikan setiap kali telur dimasukkan. Anda juga mesti menyediakan acuan 'putu piring' yg khas. Tepung yg baru. Untuk melembutkan kek "macam di kedai". ratakan dengan kemas. di kedai. bukan setakat 'kemahiran' tetapi juga 'penga-laman'. pukulan mereka lebih "umphhhh. digaul dengan sedikit garam acuan putu piring kain putih (maslin) empatsegi saiz 12cm daun pisang sebesar acuan (untuk melapik putu) pengukus Beras dan beras pulut dibasuh dan direndam bersama semalaman. Sediakan sehelai kain dan terbalikkan acuan ke atasnya http://www. Manakala untuk 'Putu Bambu' pula. kuih-muih tradisional ini memang agak "payah" dan memerlukan.. Taburkan sedikit campuran atas acuan. selamat mencuba! PUTU PIRING 400g beras 135g beras pulut 1 camt garam sedikit air 150-180g gula kabung.net. Kemudian dituskan dan dicampur garam. Campurkan dengan air sedikit demi sedikit hingga seperti serbuk roti. "rahsia"nya hanya kedai yg tahu. emm. acuan buluhnya. mereka memutar dengan mesin besar yg berkuasa tinggi jadi. Daripada: Nik Alyni niknooralyni@hotmail.. anda boleh berlanggan terus dengan Alaf 21 dan mereka akan mengirimkan kepada anda (sila rujuk laman web). Teknik memutar mentega dan gula mestilah sehingga adunan kembang dan ringan. Jika anda berkunjung ke sebarang kedai buku MPH (di Midvalley Megamall. tidak mustahil untuk mendapatkan kek yg lembut tetapi mestilah rajin mencuba kerana teknik itu sukar dipelajari melalui teori saja.. halus dan berbau harum. saya tinggal di Pandan Indah. Penggunaan mentega/butter yg bermutu tinggi. pukul lagi hingga benar-benar sebati baru dimasukkan telur yg lain.net. "lebih mudah membeli dari membuat.".htm 18/08/2009 . Ketuhar yg mereka gunakan juga adalah jenis terbaik (letrik) di mana suhunya memang tepat dll.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.alaf21. Jika mahu.com. isikan dengan hirisan gula. Bagi saya. Di rumah juga. Juga terdapat di Minerva Bookstore.com JIKA NAK BUAT PUTU PIRING. okey? Daripada: Aduni Din zuhairin@tm. anda boleh membeli buku Aneka Masakan (termasuk Aneka Kek). Jalan Tuanku Abdul Rahman berhadapan dengan Globe Silk Store.my HENDAK BELI BUKU RESIPI Di manakah saya boleh perolehi buku panduan membuat kek dari terbitan puan? Untuk pengetahuan puan.New Page 1 Page 24 of 37 Mohd Razip Bajuri razip74@tm. contohnya).. apa yg saya perhatikan.". Kuala Lumpur. Saya terlalu berminat untuk membuat kek tetapi selalu tertipu oleh resepi-resepi yang ada di majalah2.my CARA MEMBUAT KEK SUPAYA SEDAP MACAM YANG DI BAKERI Selain bahan asas apa bahan lain yang membantu melembutkan kek macam kek di kedai tu. dihancurkan ½ biji kelapa parut putih. kalau saya ada buka "bakery" insyaALLAH saya takkan keberatan berkongsi pengetahuan dengan pembaca budiman. sebenarnya... Tumbuk atau kisar hingga paling halus dan ayak.

Apa yg nyata. Baca arahan yg disediakan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. pengeluar acuan juga memberikan resepinya. Waffle mestilah dimasak menggunakan acuan khas. saya tak fikir anda "terlebih pukul". Adakah kerana… … saya memukul mentega dan gula terlalu kembang (saya menggunakan senduk kayu) Anda tidak nyatakan berapa lama anda memukul. Tolong berikan panduan bagaimana untuk membuat kulit waffle. Adakalanya. Daripada: Zaliha enquiries@cashsystem. Gaulkan dengan garam dan tambah sedikit demi sedikit air hingga campuran menjadi seperti serbuk roti (anggaran lembab). Hidangkan dengan gula kabung tadi dan baki kelapa parut (jika suka). Angkat dan biar sejuk. . Adakah oven anda jenis yg apinya atas dan bawah atau hanya di bawah dan adakah ia mempunyai kipas di bahagian dinding belakang? Namun begitu. Bila masak.htm 18/08/2009 .com CARA MEMBUAT WAFFLE Puan. anda membakar dengan suhu 180C dan kek anda menjadi. PUTU BAMBU 259g tepung beras 85-90 ml air 1camt garam 1 ½ cawan kelapa parut putih. Atau boleh juga air dan susu cair. saya ingin belajar membuat waffle kek seperti yang dijual di kebanyakan pasaraya.alaf21.. mungkinkah anda telah menukar jenama madu yg anda gunakan? Faktor ini akan mempengaruhi kek anda kerana sesetengah madu mempunyai kandungan gula yg tinggi manakala yg asli lebih kepada kemanisan "natural". Atau cuba cara ini: Larutkan koko di dalam air panas kemudian biar sejuk. Cuba kurangkan koko menjadi 1/2 cawan manakala air kepada 1 cawan. Angkat dan isikan ke dalam pengukus. ada kawan yang suruh saya mengecilkan suhu dan masak lebih lama (1 jam) Suhu yg biasa untuk kek adalah 190-200C tetapi ini juga bergantung pada oven anda. Isikan ke dalam acuan batang buluh sepanjang 8cm. diasingkan http://www. Jika selama ini. Jika menggunakan senduk kayu. … api terlalu panas. Dapatkan jenis yg non-stick supaya mudah menggunakannya. adunan mestilah kelihatan gebu dan ringan. gunakan kain untuk mengangkat putu. Selalunya memang menjadi tetapi akhir-akhir ini semakin tidak menjadi dan setiap kali ia tidak menjadi. Letak kelapa parut dan terbalikkan ke atas sehelai daun pisang. Kek saya agak merekah dan tidak masak dan di tengah. Atau campuran susu segar dengan susu cair. … adunan terlalu cair (terlalu banyak cecair) Kek yg menggunakan madu seringkali lebih keras dari kek biasa. Kukus selama 10 min atau hingga masak. saya sarankan anda naikkan suhu ke 190C dan bakar selama 1 jam. Di sekelilingnya memang masak. saya kira ada faktor lain yg mempengaruhinya. Masukkan 1 cawan kelapa parut dan gaul rata. Sajikan. saya tercari-cari apa salahnya (walaupun kek akan habis dimakan suami dan anak-anak). Masukkan secara berselang seli dengan tepung (yg telah diayak dengan baking powder). gunakan susu cair. Saya terfikir. dihancurkan Sangai (goreng tanpa minyak) tepung hingga panas. disangai sebentar agar keperangan 1 cawan gula kabung..com MENGAPA KEK COKLATKU MEREKAH? Saya selalu buat kek coklat untuk suami dan anak-anak.com. Bolehkah saya menggantikan air dengan susu segar? Untuk lebih lemak. gulanya hancur dan warnanya pucat (bukan warna mentega/marjerin). Daripada: nina arif ninarif@yahoo.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. Jangan terlalu padat. WAFFLE 180g tepung gandum ¼ camt garam 1 ½ camb gula kastor 150ml susu segar 150ml krim putar 3 biji telur Gred C. Ini juga yg mungkin membuat kek itu merekah di tengahnya.New Page 1 Page 25 of 37 supaya putu tertinggal di atas kain.

Iban dan Bidayuh. Masukkan mentega dan kacau rata-rata. angkat penutup dan keluarkan waffle dengan garfu. Tutup dan masak mengikut aturan pengeluar acuan itu. Saya ingin mengetahui perbezaan kuih jala di Sarawak dengan kuih jala di Semenanjung Malaysia. gula. Cara setting time bergantung pada saiz kek dan kandungan cecair di dalamnya. Jangan terlebih pukul adunan kek coklat kerana ia tidak akan kembang elok (berbeza dengan oven biasa). saya takkan melepaskan peluang "mengenali/mempelajari" kuih jala versi masyarakat etnik ini. ia terus dilipat di dalam kuali itu kemudian diangkat dan ditoskan. Campurkan garam.htm 18/08/2009 . bila kesempatannya ada. bagaimana untuk mendapatkan hasil kek coklat yang lembab? Ini kerana kek coklat yang saya buat tidaklah selembab yang saya beli di kedai. Boleh pihak saudara/puan jelaskan kepada saya.. Pukul dengan pemutar letrik hingga sebati. Kaupba-likkan ke dalam adunan tepung. Mungkin Kuih Jala yg dimaksudkan itu seperti 'Kuih Karas' yg berasal dari Utara Semenanjung? Kuih ini diperbuat dari tepung beras dan juga diisi ke dalam acuan berlubang halus & diputarkan di dalam minyak panas. Jangan lupa. Putar putih telur dalam mangkuk dan pemutar bersih hingga kental. Daripada: Bashira bandar bayan baru pulau pinang CBK098@motorola. Bila masak. Panaskan dan isikan dengan adunan tadi.alaf21. InsyaALLAH. sekiranya pembaca ruangan ini dapat membantu. Saya kira. Pastikan anda menyimpannya di dalam bekas bertutup (setelah ia sejuk) selama semalaman sebelum dihidangkan. berinti kelapa bergula merah). juga digunakan membuat 'Kuih Ketayap' atau 'Kuih Gulung'.com PERBEZAAN KUIH JALA A'kum.com CARA MENDAPATKAN KEK COKLAT YANG LEMBAB Saya adalah salah seorang daripada ribuan peminat ruangan SJ MASAKAN ini. Kek coklat ini sangat mudah menyediakannya.com. Harapan saya. Jika ia disajikan sebaik saja masak. Adakah terdapat perbezaan cara untuk membuat kuih jala tersebut? Adunan Roti Jala dituang ke dalam acuan berlubang di bawahnya kemudian diputar perlahan di atas kuali leper. http://www. gunakan bekas yg sesuai untuk microwave saja.New Page 1 Page 26 of 37 70g mentega cair Ayak tepung ke dalam mangkuk besar. Terima kasih saya ucapkan kepada Alaf 21 kerana menyediakan ruangan seperti ini untuk kami mengajukan kemusykilan kami mengenai dunia masakan ini.com CARA NAK BUAT SETTING MASA MICROWAVE Saya ingin mengetahui cara nak setting time microwave. Adakah roti jala di Semenanjung Malaysia turut dinamakan sebagai kuih jala?? Memang roti jala kadangkala disebut kuih jala tetapi jarang. Saya masih belum menemui resepi kedua-dua jenis kuih jala yg anda maksudkan di sini. Sajikan dengan jem. Ini kerana di Sarawak terdapat kuih jala versi Melayu. Ratakan supaya ia sama tebal. resepinya seakan-akan sama dengan resepi Kuih Dadar (seperti lempeng.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. Di sini saya ingin bertanya. Daripada: Azie Ahanie tulips_ixora@yahoo. ia tidaklah selembap yg anda inginkan. silakan. Lengser acuan waffle dengan marjerin. saya belum begitu "terdedah" pada kuih jala versi Iban dan Bidayuh. madu atau aiskrim. krim dan kuning telur. Bila masak baru dilipat atau digulung. Biar atas redai kek. Muazamir Jili muazam_72@hotmail. Adakah resepi kuih jala tersebut sama atau berbeza? Jika roti jala yg dimaksudkan itu dimakan atau dicecah dengan kuah manis (santan bergula = serawa) atau dengan kuah kari.. Bila keperangan. susu.

com MENAMBAH AIR KUKUSAN DENGAN AIR PANAS Untuk pengetahuan pihak chef. gunakan 800ml air dan tambah 50ml susu segar. Pahang alisha_armia@yahoo. Kemu-dian barulah ditambah air atau stok. garam. hingga kering airnya (minyak mesti bersalut elok pada beras).co. Untuk lebih enak. Daripada: Alisha Armia Tmn Seri Kota. Ambil sesenduk.alaf21. Bubuh tepung dan gaul lagi hingga setiap biji kacang bersalut dengan tepung. Ada kalanya kek tersebut agak kering setelah dikukus selama 4 jam manakala buah-buahan campuran agak tenggelam. Dalam mangkuk besar. Daripada: Yatie Amanda http://www. lawang dll. di atas api perlahan. Bila sebati. Kuantan. Daripada: Suhaila Sairin sue730307@yahoo.htm 18/08/2009 . jintan putih dan cili (ikut suka pedasnya). Saya ingin bertanya bagaimanakah untuk mendapatkan kek yang lembap dan benarkah jika kita hendak menambah air di dalam kukusan perlu menggunakan air panas? Memang benar bahawa kita perlu menggunakan air panas bila menambah air di dalam kukusan. Ini adalah untuk merangupkannya lagi.New Page 1 Page 27 of 37 Daripada: Yatie Amanda yatieamanda@yahoo. saya ini amat menggemari kek buah-buahan (kukus). Jangan tambah air kerana kacang akan melekat. Bila kacang mulai 'berbunyi' atau 'meletup'. bolehlah diangkat dan disejat. Resepi beriani dan cara memasaknya ada di dalam buku 'Langkah Demi Langkah' terbitan Alaf 21. masukkan kacang dan gaul rata. kacau beras di dalam minyak itu. kek itu tidak akan naik dengan elok kerana perubahan suhu wapnya.com CARA SESUAI MEMBUAT NASI BERIANI Bagaimana cara yang sesuai untuk membuat nasi beriani yang enak. lazat dan tidak terlalu lecet @ menjadi bubur? Pastikan beras Basmathi yg digunakan dibersihkan dan disejat. untuk 500g beras Basmathi. goreng di dalam minyak panas (api sederhana) dan bubuh beberapa helai daun kari. Jika tidak.com. serbuk jintan manis. Secara amnya. Saya telah mencuba beberapa kali. Setelah menumis bahan tumisan serta kulit kayu manis.uk Chef… tolong berikan cara membuat kacang botak pedas yang power ‘n’ sedap KACANG BOTAK 1 kg kacang tanah 3 biji telur 3/4 cawan gula pasir 1 camb garam 3 camb serbuk jintan manis 3 camb serbuk jintan putih 6-7 camb serbuk cili 300-320g tepung gandum 4-5 pelepah daun kari minyak untuk menggoreng Pastikan kacang tanah elok (jangan dicuci dengan air) kemudian ratakan di dalam dulang dan jemur selama 8-10 jam. tetapi hasilnya kurang menjadi. cengkih. gunakan 850ml air.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. pukul telur sebentar kemudian masukkan gula.

com BETULKAH BEGINI CARA MEMBUAT SERUNDING? Serunding merupakan makanan yang paling popular di Semenanjung Malaysia tetapi tidak di Sarawak. Saya ada bertanyakan kepada rakan yang menatap di Semenanjung namun resepinya adalah seperti berikut Daging bawang merah serai halia cili kering bahan perasa yang secukupnya Itu sahaja namun cara membuatnya & sekatan bahan tidak disenaraikan.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. Pukul gula dan telur hingga larut. disimpulkan garam secukupnya Bahan Kisar 100g bawang merah 50g bawang putih 30g halia 3 batang serai 2cm lengkuas Jerang daging carik dengan semua bahan di atas api sederhana. Shah Alam. Bolehkan pihak puan memberi @ mengajar saya bagaimana hendak membuat serunding yang betul2 sedap? SERUNDING DAGING 500g daging lembu.my http://www.New Page 1 Page 28 of 37 yatieamanda@yahoo. Bubuh sedikit garam (ia akan masin bila kering). Sudah saya minta namun sehingga sekarang tidak dapat jawapannya. direbus & dicarik halus ikut uratnya 1 biji kelapa parut. dijadikan kerisek 500ml santan (dari 1 kelapa) 4 camb serbuk cili 2 camb ketumbar } disangai & dikisar 1 camb jintan manis} 1 camb jintan putih} 2 camb gula 3 helai daun kunyit. Kemudian masukkan santan tadi dan pewarna.net. Ketepikan daun kunyit dan sajikan. Kacau hingga peroi dan berwarna coklat kehitaman.com RESIPI KUIH AKOK Bolehkah saya mendapatkan resipi untuk membuat kuih Akok? Saya ada mencubanya dari buku resipi. garam dan tepung beras hingga sebati.alaf21. tapi tak jadi! Apakah rahsia membuat kuih akok yang sedap? KUIH AKOK 400ml santan pekat (1 biji kelapa) 1 cawan tepung beras 1/2 camt garam 5 biji telur itik 500g gula pasir beberapa titik pewarna kuning minyak untuk melengser acuan Cara membuatnya: Campur santan.htm 18/08/2009 . Daripada: ebrahem yaacb Seksyen 18.com. perlahankan api dan kacau tanpa henti. Selangor ebrahem_333@yahoo. Daripada: azawawi ter15@tm. Biarkan 30 minit jam baru di bakar dengan acuan akok. Bila semakin kering.

com KENAPA SWEET ‘N’ SOUR FISH SAYA TAK MENJADI? Apasal tiap kali saya masak sweet and sour fish pasti tak pernah menjadi? Selalunya kalau dah sejuk ia nampak kering dan tak berkilat seperti yang pernah saya lihat dan rasa. Tawau. memang menggunakan 'double boiler'. Di sini saya ada pertanyaan : Bagaimana caranya untuk mencairkan coklat masakan. Ikan digolek dengan putih telur (bercampur sedikit garam) yg dipukul sedikit kemudian salut dengan tepung jagung rata-rata sebelum digoreng. Daripada: Ms.com. http://www. Ruangan ini amat berguna kepada saya untuk memperbaiki teknik masakan saya. Daripada: Hasni Razak Damansara. sila dapatkan Buku "Aneka Roti" terbitan Alaf 21 atau 'Belajar Memasak'. ikan bawal hitam dan ikan senangin. tetapi kuih pau yang isteri saya buat agak keras dan berwarna kuning.Anne Nabilla P/S 61820. Untuk 200g coklat masakan (hiris kecil) campurkan dengan 1 camt lemak sayuran (vegetable shortening) agar ia tidak terlalu pekat dan berkilat. adakah ia perlu dicampurkan dengan bahan lain ? Untuk mencairkan coklat. Pastikan tiada wap air yang masuk ke dalam mangkuk berisi coklat itu kerana ia akan merosakkan coklat anda. saya selalunya menggunakan double boiler untuk mencairknnya tetapi coklat tersebut masih pekat. Tepung jenis ini boleh dibeli di dalam kotak (keluaran MFM atau Blue Key).my BAGAIMANA CARA UNTUK MENCAIRKAN COKELAT? Saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak Alaf 21 kerana telah menyediakan ruangan soal jawab masakan seperti ini. Untuk resepinya. Sosnya juga ada campuran tepung jagung dan masaklah hingga ia berkilat baru dituang ke atas ikan.htm 18/08/2009 . Agaknya tepung apa yang digunakan untuk mengoreng ikan.dan ikan apa yang sesuai untuk resepi ini? Ikan yg sesuai adalah seperti ikan kerapu.net.New Page 1 Page 29 of 37 BAGAIMANA MEMBUAT KUIH PAU YANG PUTIH? Saya mengemari kuih pau . steak/cutlet ikan merah atau ikan tenggiri. Daripada: ismail & barizah nurisza@tm.alaf21. Kuala Lumpur. Boleh tak puan memberi resepi kuih pau yang lembut dan putih ? Gunakan tepung berprotin rendah atau 'tepung pau' bagi mendapatkan kuih pau yg putih.Sabah c_tieyaz@yahoo.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.

azla03@yahoo... bubuh keledek. Masukkan stok udang.alaf21.New Page 1 Page 30 of 37 hasni@frim. masukkan kacang tanah goreng dan renihkan 2-3 min lagi. direbus & dilecek 2 camb kacang tanah goreng.. Boleh saya tahu dimanakah kedai harga patut yang menjual peralatan membuat kek/pastri yang terdapat di Kuala Lumpur? Kedai yg menjual peralatan membuat kek/pastri di Kuala Lumpur.. antaranya: Chang Thung (tel: 704 6866) Bake with Yen (tel: 7782 7623) Harvest Bakery Ingredients (tel: 6274 3702) Blue Sea (tel: 7983 7600) Baker's Choice (tel: 4041 3868) Bake Well Supplies (tel: 6189 7896) Daripada: generasi alazhar loverdpmm@yahoo. direndam } dikisar halus 1 camt serbuk lada sulah } 1 biji cili merah } 4 biji bawang merah } 1 camt tomato puri 150g daging (lean beef).my NAK TAHU KEDAI ALAT KEK DI KL Hai. dicelur 150g taugeh.htm 18/08/2009 . MANA ADA MEE BANDUNG? Assalamualaikum. dihiris Kuah: 100g udang sederhana. Renihkan 15 min... Daripada: Ramlah A Keningau. dibuang ekor & dicelur 2 keping tauhu. asingkan kulitnya 600-750ml air 2 camb minyak 1 camt udang kering.com NASI AYAM TAK MENJADI http://www. Akhir sekali. Pecahkan telur (poach-style) kemudian angkat dan hidangkan dengan mee dan bahan sampingan. Sabah.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. dihiris nipis & lebar 1 biji keledek (150-200g). digoreng & dipotong bawang goreng daun bawang. Masak hingga daging empuk (tambah air jika perlu). tumis bahan kisar hingga wangi.com. dikisar 2 biji telur garam & gula secukupnya Rebus kulit udang dengan air hingga mendidih. Panaskan minyak. Bila mendidih. garam dan gula. :) Harap boleh beri sayer resepi .com KAT OVERSEA. Harap resepi ini akan mengubati kerinduan anda pada Mee Bandung di tanah air! MEE BANDUNG 350g mee kuning.gov. daging dan tomato puri. Boleh tak berikan sayer resepi utk membuat mee bandung yg sedap sebabnya sayer sudah berkali kali cuba utk buat sendiri di rumah tambahan pula setakat belajar di oversea ni sayer tak boleh lagi nak beli mee bandung d igerai sebab kat sini memang takder jual masakan macam tu :) Jadi sayer terpaksa buat sendiri bila nak makan mee bandung. Tapiskan untuk stok udang. daun sup. :) Semoga tabah menghadapi kehidupan di luar negara.

1 camt gula dan 1 camt minyak hingga mendidih perlahan (rippling boil). Jika anda tidak mahu menggunakan cawan.com BAGAIMANA SUPAYA MASAKAN SAYUR NAMPAK SEGAR? Di sini saya ingin mengetahui bagaimana caranya untuk memasak sayur fatt choy supaya sayur tersebut nampak segar (hijau) dan tidak layu kerana apabila saya memasak sayur berkenaan.2 minit kemudian angkat. Sila rujuk. di ruangan ini juga. Kacau semasa mendidih sebanyak 2 atau 3 kali kemudian masak lagi hingga kering airnya baru diperlahankan api ke tahap minima dan ditutup periuknya. Biar selama 1 1/2 . Di dalam buku 'Belajar Memasak' terbitan Alaf 21. contohnya). ada diberikan resepinya. Pastikan juga api sederhana saja semasa menanak nasi itu. anggaran paras air hendaklah 2-2 1/2 cm lebih dari paras beras di dalam periuk. ianya bertukar menjadi kekuningan. secara amnya. tambah 3-4 camb susu cair). bagi 1 cawan beras. Untuk brokoli. Daripada: Yatie Amanda yatieamanda@yahoo. Masalahnya nasi yang saya tanak tidak kembang. gunakan 1 cawan air (tapi untuk menyedapkan lagi. Daripada: Mahiran Din mahirandin@hotmail. ada yg pernah bertanya tentang resepi Nasi Ayam. air untuk memasak nasi ayam adalah dari air rebusan ayam yg dicampur dengan stok ayam serbuk atau cecair yg pekat. Ia tiada beza dengan memasak nasi biasa (kecuali hendaklah menumis bawang/halia/kulit kayu/cengkih dll sebelum memasukkan beras).com. gunakan periuk memasak letrik.5cm kiub gula batu 2 biji tomato.com RESIPI SUP GEARBOX! Boleh tunjukkan cara untuk membuat " SUP GEAR BOX? " SUP ‘GEAR BOX’ Bahan stok 2 kg tulang lembu (sendi) bersum-sum 3 cm halia.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. masukkan 1/2 camt soda bikarbonat diikuti brokoli dan masak sebentar sebelum diangkat dan diletak di dalam air berkiub ais. Tunggu 8-12 minit baru dipadamkan api. Jika menggunakan 1 cawan beras biasa.htm 18/08/2009 .5 liter air. setelah air mendidih. ditumbuk kasar 1 camt garam kasar 2.alaf21. jerang 1. dihiris 8 http://www. Jika beras itu beras Basmathi (untuk Nasi Beriani.New Page 1 Page 31 of 37 Saya telah mencuba resepi nasi ayam. Lazimnya. Bagi beras wangi pula. (1) Untuk memasak sayur supaya nampak segar: Untuk 1 kg sayur berdaun hijau. ang-garannya kurang sedikit dari penggunaan beras biasa (1 cawan beras = 1 1/3 cawan air). sejatkan dan isikan ke dalam piring hidangan (atau kacau dengan sos/kuah yg sudah dimasak tadi). Boleh juga dituang sos/kuah ke atasnya dan sajikan serta-merta. Celur sebentar (sehingga warna hijau yg diingini) kemudian masukkan ke dalam mangkuk air berisi kiub air. Kalau boleh. diketuk 1 camb lada hitam. Apakah masalah nasi yang saya tanak itu tidak menjadi? Nasi yg dimasak tidak kembang kerana air tidak mencukupi. Selain itu. gunakan 1 1/2 cawan air.

dipotong & direndam 100g bawang merah 50g bawang putih 30g halia 2cm lengkuas 2 batang serai Jerang semua bahan kecuali ikan bilis. Jika mahu menggunakan sebagai inti karipap atau popia mini. Ipoh. Masukkan air rebusan tadi. Saya ingin bertanya beberapa soalan. basahkan sedikit kelilingnya dengan air sebelum ditangkup dan dikelim. Memadai dengan mengeluarkan ia dari peti pembeku (freezer) kemudian biar pada suhu bilik hingga ia lembut. Sebelum membuatnya. Kacau hingga mendidih (api sederhana)kemudian perlahankan api dan kacau selalu hingga hampir kering. Taman Cempaka. Ini adalah resepinya: SERUNDING IKAN BILIS 300-350g ikan bilis . angkat dan campurkan dengan jus limau (jika suka).alaf21. kacau hingga wangi. Tarik setiap lapisan untuk mengasingkannya sebelum digunting atau dipotong dan diisi dengan inti. Malangnya ianya tidak menjadi. perlahankan api dan masak selama 5-6 jam. Selang 30 minit. tumbuk dulu ikan bilis goreng hingga halus sebelum dicampur dengan serunding yg hampir kering tadi. Zunita Yaacob. rempah bunjut. Campurkan dengan ikan bilis yg sudah digoreng rangup. Asingkan semua bahan kecuali tulang sum-sum tadi. Tambah air jika perlu. Doh yang dibuat liat dan terbuka jika dibiarkan lama serta tidak rangup bila dimakan. tapiskan ke dalam mangkuk besar. Bila mendidih semula. Bolehkah Puan memberi resepi doh karipap mini dan petua membuatnya serta resepi serunding ikan bilis? Ada pelbagai cara memasak 'Serunding Ikan Bilis'. Doh karipap mini adalah sama dengan doh karipap biasa tetapi ada juga yg mengurangkan 1/4 sukatan dari marjerin yg digunakan dan tambah air bergaram hingga adunan menjadi doh. Mengapa ia terjadi dan apakah langkah yang patut dilakukan? Kulit popia yg dibeli di pasaraya tidak perlu 'dilembabkan' sebelum digunakan. Untuk mengelak ia terbuka sebelum digoreng.dimayang halus garam secukupnya Bahan Kisar 10-12 tangkai cili kering . MALANGNYA POPIA TAK MENJADI! Saya telah mencuba membuat popia mini dan karipap mini.com.New Page 1 Page 32 of 37 1 batang salderi. kacau hingga serunding betul-betul kering dan berminyak. saya cuba membuat karipap mini. bubuh rempah tumis dan bahan kisar. Oleh kerana inti popia iaitu serunding daging yang dibeli masih banyak. tulang. kulit popia tersebut telah dikeluarkan dari peti sejuk dan dilembapkan. Sajikan dengan bahan hiasan.com OH. jika suka Bahan hiasan bawang goreng hirisan daun bawang hirisan daun sup Jerang bahan stok hingga menggelegak. Perak. sos tiram dan garam.dibersihkan & digoreng garing 120g kerisek 500ml santan . Kiriman. Saya membeli kulit popia di pasaraya.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. dihiris 3 cm 5 liter air Bahan dikisar: 1 labu bawang besar 8 ulas bawang putih 5 biji bawang merah 3 cm halia 2 camt serbuk jintan manis 1 camt serbuk lada hitam Rempah tumis: 7 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 6 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga Bahan sampingan 100 ml minyak 2 bunjut Rempah Sup Tulang 2 camb sos tiram garam secukup rasa jus 1 biji limau nipis.htm 18/08/2009 . Bila air rebusan tinggal 3 liter. 200gm mentega (Dicairkan) dan sedikit air. Saya menggunakan resepi 900 gm tepung gandum. Panaskan minyak. kulit popia masih keras dan ianya tidak dapat dilipat dan patah.dari 1 biji kelapa 2 camb ketumbar } 1 camb jintan manis } disangai & dikisar 1 camb jintan putih } 2 camb gula merah 3 helai daun kunyit . http://www. eyta02@hotmail.

Biar 2 jam. campur dengan adunan yis. Resipi # 2 is not exactly I have in mind but thank you so much. ditumbuk (alum) 400ml air 2 camt soda bikarbonat 1-2 camt garam 2 camb minyak 600g tepung berprotin tinggi (bread flour) 1 camb minyak. Anda boleh membelinya di pasaraya besar yg banyak menjual barangan dari luar negara.alaf21. Goreng hingga keemasan. Hock Choon di Jalan Ampang berdekatan Micasa. tarik sedikit kemudian terus masukkan ke dalam minyak panas. Nevada 89123 USA LAILIABOUDALLAH@cs.gula perang (bukan "Gula Hitam") boleh dibeli di mana-mana pasaraya besar.sering digunakan untuk membuat sos steak dsbnya. untuk tabur minyak untuk menggoreng Untuk adunan yis: Gaul semua bahan hingga sebati. Garden Plain. Bubuh tepung dan gaul menjadi doh yg lembut.O. ambil doh setebal 1 cm. Potong menjadi 20 keping. Angkat potongan yg bercantum.gov.com.Basahkan air di tengah satu potongan (gunakan lidi) kemudian lekatkan satu potongan lain di atasnya. Contohnya.com http://www. garam dan minyak. Box 232246 Las Vegas.my DI MANA NAK CARI GULA HITAM? Saya amat suka mencuba membuat kek. Gravy browning . tutup dengan kain lembab dan biar 1-2 jam. "Soft Brown Sugar". Larutkan tawas dengan separuh air.htm 18/08/2009 . Brown sugar .baksa. Saya sudah pergi ke beberapa kedai menjual bahan membuat kek. Buat hingga habis.New Page 1 Page 33 of 37 Daripada: Nordilla Teter Box 179. 2052 Koenigs Dr. Tambah baki air. Looking forward to hear from you soon and I really appreciate all your help! CAKOI Adunan Yis 200g tepung gandum 300ml air suam 1 camb yis segera (instant yeast) DOH 1 camt tawas. Pada plastiknya tertulis. tapi bahan-bahan tersebut tidak didapati. untuk sapu 2-3 camb tepung. Do you happen to have resipi kueh chakoi or chakol something like that? Dia cuma goreng dengan tepung dan ada sarang dan lembut in the inside? I hope the description is clear!!!. Tabur tepung atas papan pencanai.net RESIPI KUEH CAKOI Terimakasih banyak-banyak for the resipi. lebar 10 cm dan panjang 30 cm. Uli doh selama 10 min kemudian sapu permukaan dengan minyak dan tutup sekali lagi dengan tuala lembab.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. Bolehkah puan beritahu saya di mana boleh saya dapatkan bahan membuat kek seperti gravy browning dan brown sugar (gula hitam). soda bikarbonat. Kiriman: Laili Aboudallah P. Uli hingga adunan licin dan tutup dengan tuala lembab selama 30 min. Daripada: Zaidah Ibrahim zaidah@mars. KANSAS 67050 USA Dilla1@cox.

di pasar Chow Kit. 2. Biar 15 minit sebelum dituskan dan disimpan di dalam peti sejuk. saya akan cuba yg terbaik memberikan resepi yg saya kira. 5. air kapur 150 g. gula melaka (dicincang) 100 g. boleh memberi tapisan ini di mana-mana kedai menjual peralatan/perkakas rumah spt periuk. mailto:shunani2003@yahoo. 2. Jika anda di M'sia. Untuk membuat cendol.com. Tiada mesin khusus membuat cendol.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. Sebenarnya saya tidak tahu "rahsia" membuat cendol seperti di kedai-kedai mamak kerana kebanyakan mamak tidak akan berkongsi "rahsia" mereka dengan kita (unless kita memang keturunan mereka. Di sini ada resepinya. tambah kiub ais.Kacau di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.). Saya harap anda akan berjaya menyediakannya juga. Thanks in advance. Pdg Serai Kedah. W'salam. USA dan sudah lama benar teringin menghirup ais cendol dan saya berharap benar sekiranya pihak puan dapat memberi "rahsia" membuat cendol seperti di kedai-kedai "mamak". Wasallam.com MENGAPA KEK LAPIS TAK MENJADI? Saya telah cuba membuat Kek Lapis Prune ( Cara Kukus ) tetapi tidak menjadi. Selamat mencuba! KEK KUKUS LAPIS PRUN 8 biji kuning telur 3 biji putih telur 50 ml susu cair 1 sudu besar Quick 75 225 g gula kastor 100 ml susu pekat 220 gm tepung serbaguna 125 ml minyak jagung http://www. 6. Walau apapun. 4. tepung kacang hijau 1 camB. hanya tapisan aluminium berlubang-lubang kecil. Ia sering digunakan bila kita hendak mengangkat makanan bergoreng dari minyak panas. kek kukus seperti ini tidak tahan lama. Letak acuan/tapisan cendol di atas mangkuk. tepung kacang hijau.New Page 1 Page 34 of 37 CARA MEMBUAT CENDOL Assalamualaikum dan saya sekarang menetap di Las Vegas. Biar sejuk. satu perkara yg wajar diingati adalah. CENDOL 1 l santan (dari 1½ biji kelapa) sedikit garam Bahan Cendol 20 helai daun pandan } dikisar 500ml air } & ditapis sedikit pewarna hijau 1 camt. letak cendol di dalam gelas. Sediakan semangkuk besar air sejuk... Campur air daun pandan. Tapi. Untuk membuat air gula. Harap pihak puan dapat memberi jawapan secepat mungkin kerana saya dah lama benar rindukan cendol Malaysia. Tuangkan santan bercampur garam dan air gula. Bolehkah puan memberi resepi kepada saya untuk saya cuba membuat sekali lagi. kuali dsbnya dan saya cadangkan. pewarna hijau.htm 18/08/2009 .alaf21. saya pernah beberapa kali buat dan menjadi. Daripada: shuhaila shaari Kg Naga Lilit. gula pasir 250 ml air 2 helai daun pandan (disimpul) 1. air kapur. tidak kurang "umpph"nya jika dibandingkan dengan yg mamak punya! Bagaimanakah rupa bentuk mesin membuat cendol dan dimanakah dapat saya membelinya sekiranya saya berada di Malaysia. tidak seperti Kek Buah-buahan Kukus. Tuangkan bancuhan yang sudah masak tadi kemudian tekan dengan senduk untuk mendapatkan bentuk cendol. 3. tepung beras 430 ml air Bahan Air Gula 300 g. Jerang semua bahan hingga gula larut. tepung beras dan air hingga tidak bergentel. Untuk menghidangnya.

Assalamualaikum.alaf21. Bolehkah Puan memberi resepi doh karipap mini dan petua membuatnya serta resepi serunding ikan bilis? Ada pelbagai cara memasak 'Serunding Ikan Bilis'. Yaacob. Salah satu cara memekatkan kari kandar ialah dengan mencampurkan 2-3 biji mangga pauh (kecil) yg ranum. vanila. Doh yang dibuat liat dan terbuka jika dibiarkan lama serta tidak rangup bila dimakan. 2) Oleh kerana inti popia iaitu serunding daging yang dibeli masih banyak. Mengikut pendapat 'logik' (dan pengalaman sendiri). Ada juga yg menambah tairu (susu masam) sejurus selepas kuahnya mendidih (tidak boleh dibiarkan menggelegak lama selepas ini). Kiriman: Zunita Bt. Ada yang mengatakan ia mengandungi kekacang sebagai bahan untuk memekatkannya. saya telah mencuba membuat popia mini dan karipap mini. Biar kek lapis sejuk sebelum dihiris. Ia bukan saja menambah kemasaman yg perlu tetapi juga masakan akan bertambah manis (ori. Kukus selama 3-4 minit atau hingga masak. 4. Kukus lagi dan ulangi melapis dengan adunan biasa. Oleh itu. Tarik setiap lapisan untuk mengasingkannya sebelum digunting atau dipotong dan diisi dengan inti. Mengapa ia terjadi dan apakah langkah yang patut dilakukan? Kulit popia yg dibeli di pasaraya tidak perlu 'dilembabkan' sebelum digunakan.com APA RAHSIA REMPAH KARI NASI KANDAR MAMAK? Saya ingin bertanya tentang kandungan rempah untuk kari nasi kandar. tanpa membubuh gula). gula kastor. Pahang halimg48@hotmail. Pastikan bahagian bawah penutup kukus dilap setiap kali membukanya. Contohnya. Masukkan pula minyak dan gaul rata-rata dengan senduk kayu. Kiriman: Halim G. susu pekat dan tepung hingga gebu dan kembang.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4. Pukul kuning telur. diikuti adunan berwarna dan prun hingga habis. Memadai dengan mengeluarkan ia dari peti pembeku (freezer) kemudian biar pada suhu bilik hingga ia lembut. Taman Cempaka. Memasukkan sedikit garam masala sebelum menghidangkan masakan tersebut turut memberikan aroma yg berbeza. Bahagikan adunan menjadi dua. Memasukkan sedikit biji kas-kas di dalam rempah tumisan juga akan menambahkan kepekatan kuahnya.New Page 1 Page 35 of 37 sedikit pewarna hijau atau merah 200 gm prun. 5. garam. kulit popia masih keras dan ianya tidak dapat dilipat dan patah. Ratakan adunan hijau/merah dan taburkan prun. setiap gerai nasi kandar mempunyai keistimewaan mereka yg tersendiri dan rahsia masakan yg mungkin tidak akan dapat dibongkar oleh 'orang-orang biasa' seperti 'kita'. Kuala Lipis. kuahnya akan pekat. Alas tin 20 sm dengan kertas timah.com. Saya menggunakan resepi 900 gm tepung gandum. Doh karipap mini adalah sama dengan doh karipap biasa tetapi ada juga yg mengurangkan 1/4 sukatan dari marjerin yg digunakan dan tambah air ber-garam hingga adunan menjadi doh. Saya ingin bertanya beberapa soalan. putih telur.com. 200gm mentega (Dicairkan) dan sedikit air. 2. Saya pernah mencuba menggunakan biji gajus. MENGAPA POPIA MINI TAK MENJADI? Sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu.htm 18/08/2009 . Ini adalah resepinya: http://www. Quick 75. bagi mendapatkan rasa yg berbeza. Untuk mengelak ia terbuka sebelum digo-reng. rempah yg digunakan ada yg didatangkan khas dari India dan kita takkan dapat menyamai masakan mereka dengan rempah-rempah kari Cap A atau Cap B yg terdapat di pasaraya. masukkan pewarna hijau atau merah (ikut suka) 3. 1) Saya membeli kulit popia di pasaraya. umpamanya. kulit popia tersebut telah dikeluarkan dari peti sejuk dan dilembapkan. buah keras. Ipoh. ramai orang menambah serbuk kunyit atau serbuk cili. susu cair. ratakan 4 sudu besar adunan biasa di dalam tin. Saya percaya. Selang 30 minit. cuba dapatkan buku Aneka Masakan India terbitan Alaf 21 atau The World's Best Curry Recipes terbitan Times Editions yg boleh dibeli di kedai buku Times contohnya di Bangsar Shopping Complex atau lawati http://timesone. saya cuba membuat karipap mini. jika anda memasukkan 3-4 biji buah keras ke dalam masakan (1 ekor ayam). dihiris halus Cara membuatnya 1. kacang kuda dan kacang hijau tetapi tidak mendapat hasil yang baik seperti perisa yang biasa didapati pada kari di gerai nasi kandar. Malangnya ianya tidak menjadi. Perak. Sebelum membuatnya. Diharap puan dapat memberi contoh resepi kari nasi kandar ataupun buku rujukan yang boleh dibaca. basahkan sedikit kelilingnya dengan air sebelum ditangkup dan dikelim. badam. Untuk rujukan.

htm 18/08/2009 .dimayang halus garam secukupnya Bahan Kisar 10-12 tangkai cili kering . Kiriman: Ummi Na milan. adunan kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkan dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapat warna yg lebih terang. Salah satu bahannya menggunakan tepung hoen kwee. Taburkan tepung ubi rata-rata (supaya ia tidak melekat) kemudian tutup dengan sehelai tuala dapur yg bersih.dari 1 biji kelapa 2 camb ketumbar } 1 camb jintan manis } disangai & dikisar 1 camb jintan putih } 2 camb gula merah 3 helai daun kunyit . Jika mahu menggunakan sebagai inti karipap atau popia mini.com CARA MEMBUAT MEE KUNING Kami kini berada di luar Malaysia.dibersihkan & digoreng garing 120g kerisek 500ml santan .dipotong & direndam 100g bawang merah 50g bawang putih 30g halia 2cm lengkuas 2 batang serai Jerang semua bahan kecuali ikan bilis. gelek dengan ketebalan yg sesuai untuk mee. Gaulkan tepung dengan campuran air dan telur tadi hingga adunan menjadi doh.New Page 1 Page 36 of 37 SERUNDING IKAN BILIS 300-350g ikan bilis . Italy umyna8@yahoo. Canaikan setebal 1 cm dan potong menjadi 4 bahagian.alkaline water) 100ml air tepung ubi/sagu secukupnya air untuk merebus minyak masak secukupnya Campurkan air alkali dan air. Mee kuning memang tak ada. MEE KUNING 350g tepung berprotin tinggi. Sementara itu. Pukul putih telur masin dan pewarna kuning menggunakan garfu.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.com & u-mie salmah u_miey85@yahoo.alaf21. Selepas itu. diayak 2 biji putih telur masin sedikit pewarna kuning ½ camb air alkali (boleh didapati di farmasi . Untuk makluman puan saya dah mempunyai mesin membuat mee kuning yang kami beli di Malaysia. paket biru untuk adunan putih. jadi amat sukar sekali untuk mendapatkan mee kuning. tumbuk dulu ikan bilis goreng hingga halus sebelum dicampur dengan serunding yg hampir kering tadi. Uli di atas papan pencanai bertepung hingga doh licin (smooth).com. Yang hampir dengan mee kuning ialah spaghetti. kacau hingga serunding betul-betul kering dan berminyak. Mulakan menggelek doh dengan ketebalan maksima pada mesin mee.. Tapi kat pasaraya tepung jenis ni ada banyak warna pembungkusnya. So yang mana satu yang patut digunakan: paket biru. Oleh itu saya amat berharap agar puan dapat membantu saya dalam membuat mee kuning tanpa menggunakan air abu.my BAGAIMANA NAK MEMILIH TEPUNG HOEN KWEE? I nak tanya tentang resepi kuih tako yang diberi dahulu. Anak anak saya pulak dari dulu lagi suka makan mee kuning. Adalah lebih baik menggunakan tepung hoen kwee dari paket biru dan warnakan mengikut pilihan masing-masing. Kacau hingga mendidih (api sederhana)kemudian perlahankan api dan kacau selalu hingga hampir kering.. Campurkan dengan ikan bilis yg sudah digoreng rangup. paket oren atau hijau?? Atau tak de perbezaan pun. Mee Hon memang boleh didapati di sini. Kiriman: Norliza binti Kadir Unit Teknologi Maklumat JKR Malaysia LIZA@jkr. Paket oren mempunyai adunan kekuningan (pastel yellow) anakala paket hijau.gov. http://www.

Sediakan periuk besar dengan air mendidih.. Jerang air hingga betul-betul mendidih (rapid boiling). gunakan laksa ini dengan segera. Tuskan dan masukkan ke dalam air sejuk selama 1-2 minit. Keluarkan dan tuskan sekali lagi. untuk merebus 2 camb minyak jagung. Sediakan dulang besar di bawah pemotong agar mee itu terus ‘terbentuk’ di situ (tidak perlu memegangnya dengan tangan). terima kasih. Gunakan mesin pembuat mee untuk membentuk mee (laksa 'homemade' tidak bulat tetapi leper sedikit).New Page 1 Page 37 of 37 Kemudian. Canai satu bahagian menjadi 8x10 cm dan tebalnya ½ cm.alaf21. membantu saya. Harap puan dpt. LAKSA 200g tepung beras 50g tang meen fun (sejenis tepung berkanji/non-gluten flour) ½ camt garam 200 ml air mendidih 1 camb minyak jagung tepung beras untuk menabur air.com CARA MEMBUAT LAKSA BERAS Saya ingin tahu bagaimana membuat laksa beras? Saya telah mencuba membuat mengikut resepi yang di beri oleh seorg kawan tapi tidak berapa menjadi spt. Masukkan laksa dan masak 1 minit atau hingga ia timbul. utk merebus Campur tepung beras. Bubuh mee tadi kemudian masak selama 2 minit.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan4.com. Tutup dengan tuala bersih.htm 18/08/2009 . Masukkan air mendidih dan minyak. Seelok-eloknya.. gelek pada pemotong halus dan taburkan tepung ubi pada mee agar ia tidak melekat. Angkat dan tuskan sebelum digaul dengan 1-2 camb minyak. masukkan 2 camb minyak. Kacau dengan senduk kayu kemudian uli dengan tangan hingga menjadi adunan yg lembut. tang meen fun dan garam di dalam mangkuk besar. Kiriman: u-mie salmah u_miey85@yahoo. LIHAT ARKIB kembali ke menu utama http://www. Taburkan tepung beras. yg dijual di kedai. Masukkan 1 camb minyak. Bentuk menjadi silinder panjang 21 cm dan potong menjadi 7 bahagian selebar 3 cm. Biar sejuk sebelum digunakan di dalam mee goreng atau mee rebus.