You are on page 1of 3

Muaz bin Jabal bin Amr bin Aus al-Khazraji

Gelaran : Abu Abdurrahman

Kelahiran dan kehidupan beliau: - 


dilahirkan di Madinah
memeluk Islam sejak beliau berusia 18 tahun melalui Mus'ab bin Umair yang diutuskan oleh
Rasulullah s.a.w ke Madinah untuk mengajar penduduk Madinah.

Berbaiah dengan Nabi:


- Muaz r.a termasuk di dalam rombongan yang berjumlah seramai 72 orang Madinah yang
datang berbaiah dengan Nabi s.a.w.
- Sebaik sahaja selesai berbaiah, Muaz kembali ke Madinah sebagai seorang pendakwah Islam di
dalam masyarakat Madinah.

Sifat terpuji beliau: -


Sebaik sahaja Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, Muaz sentiasa berada bersama dengan
Rasulullah s.a.w sehingga beliau dapat memahami Al-Quran dan syariat-syariat Islam dengan
baik menyebabkan beliau muncul sebagai seorang yang paling alim tentang Al-Quran dari
kalangan para sahabat, orang yang paling baik membaca Al-Quran serta paling memahami
syariat-syariat Allah. Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w memuji beliau dengan bersabda :
“ Umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal.”
( Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah ).
Muaz meriwayatkan hadith dari Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar dan meriwayatkan
darinya ialah Anas bin Malik, Masruq, Abu Thufail Amir bin Wasilah.

Muaz r.a terdiri dari kalangan enam orang yang mengumpulkan Al-Quran pada zaman
Rasulullah s.a.w. - Setelah Allah s.w.t membuka Kota Mekah kepada Rasulullah s.a.w, penduduk
Mekah memerlukan kepada tenaga pengajar yang tetap tinggal bersama dengan mereka untuk
mengajar syariat Allah s.w.t, lalu Rasulullah s.a.w meminta supaya Muaz tinggal bersama
dengan penduduk Mekah untuk mengajar Al-Quran dan memberikan kefahaman kepada mereka
mengenai agama Allah s.w.t.
Ketika rombongan raja-raja Yaman datang berjumpa Rasulullah s.a.w mengisytiharkan
keislaman mereka dan meminta daripada Rasulullah s.a.w supaya menghantar tenaga pengajar
kepada mereka. Lalu baginda memilih Muaz r.a untuk mengetuai rombongan para sahabat untuk
memenuhi tugas dakwah. Rasulullah s.a.w keluar untuk mengucapkan selamat jalan kepada
mereka lantas baginda mewasiatkan kepada Muaz r.a dengan bersabda: "Wahai Muaz!
Kemungkinan kamu tidak akan dapat bertemu lagi dengan aku selepas tahun ini malah mungkin
juga selepas ini kamu akan melalui masjid dan kuburku ..." Lantas Muaz r.a menangis kerana
terlalu sedih untuk berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Selepas peristiwa tersebut ternyata
Rasulullah s.a.w wafat dan Muaz tidak lagi dapat melihat baginda. Baginda Rasulullah SAW
berpesan juga kepada mereka, maksudnya : ”Kamu berdua hendaklah memudahkan, jangan
menyusahkan, pergemarkan jangan membencikan sehingga orang lari, usahakanlah sedaya
upaya”
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar pula, gabenor Syam (Mesir) mengirimkan Yazid bin
Abi Sofian untuk meminta guru bagi penduduknya. Lalu Umar memanggil Muaz bin Jabal,
Ubaidah bin As-Somit, Abu Ayub Al-Ansary, Ubai bin Kaab dan Abu Darda’ dalam satu
majelis. Khalifah Umar berkata kepada mereka : “Sesungguhnya saudara kamu di negeri Syam
telah meminta bantuan daripada aku supaya mengantar siapa saja yang dapat mengajarkan Al-
Qur’an kepada mereka dan memberikan pemahaman kepada mereka tentang agama Islam. Oleh
karena itu bantulah aku untuk mendapat tiga orang dari kalangan kamu semoga Allah merahmati
kamu. Sekiranya kamu ingin membuat pengundian, kamu boleh membuat undian, jika tidak aku
akan melantik tiga orang dari kalangan kamu.”
Lalu mereka menjawab : “Kami tidak akan membuat pengundian dengan memandang bahwa
Abu Ayub telah terlalu tua, sedang Ubai pun senantiasa mengalami kesakitan, dan yang tinggal
hanya kami bertiga saja.” Kemudian Umar berkata kepada mereka : “Kalian mulailah bertugas di
Hims, sekiranya kamu suka dengan keadaan penduduknya, bolehlah salah seorang diantara kamu
tinggal di sana. Kemudian salah seorang daripada kamu hendaknya pergi ke Damsyik, dan
seorang lagi pergi ke Palestina.”
Lalu mereka bertiga keluar ke Hims dan mereka meninggalkan Ubaidah bin As-Somit di sana,
Abu Darda’ pergi ke Damsyik. Muaz bin Jabal terus berlalu pergi ke negara Palestin. Muaz bin
Jabal berada di Urdun pada saat negeri tersebut tengah terserang wabah penyakit menular.
Mu’adz bin Jabal wafat tahun 18 H ketika terjadi wabah hebat di Palestin, waktu itu usianya 33
tahun .

Rujukan

1) Biografi Mu’adz dalam Al-Ishabah no.8039 karya Ibn Hajar Asqalani dan Thabaqat Ibn
Sa’ad 3/Q2,120 Diambil dari : http://ahlulhadist.wordpress.com/2007/10/01/muadz-bin-
jabal-radhiyallahu-‘anhu/
2) Fiqh Al-Sirah, oleh Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti.

You might also like