You are on page 1of 6

1.

Kesan Campur Tangan Inggeris


a. Kewujudan masyarakat majmuk
b. Penentangan masyarakat Melayu
c. Perubahan dalam politik, dan sosio – ekonomi

2. Apakah yang dimaksudkan dengan


masyarakat majmuk?
Masyarakat majmuk ialah mayarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang
hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi
hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri

3. Kewujudan masyarakat majmuk


i. Proses dan cara kedatangan

a. Indenture
b. Kontrak
c. Kangany
d. Bebas

ii. Sebab-sebab penghijrahan


iii. Kesan-kesan kedatangan
iv. Dasar Inggeris dan pemajmukkan

4. Sebab-sebab penghijrahan
i. Faktor Tarikan (Luaran)

a. Kekayaan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah di
Tanah Melayu telah menyediakan peluang pekerjaan
b. Kenggangan orang-orang Melayu bekerja sebagai buruh. Kerajaan British membuat
persetujuan dengan kerajaan India membenarkan kemasukan buruh secara terancang bagi
mengatasi kekurangan tenaga buruh
c. Berkembangnya sistem ekonomi ekspot yang berteraskan perladangan dan industri.
Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah yang pesat di Tanah Melayu memerlukan
penggunaan tenaga buruh yang ramai
d. Aktiviti agen buruh (kongsi gelap) dan majikan untuk menggajikan buruh asing.
Terdapat majikan/pengusaha yang menguruskan pengambilan imigran misalnya merlalui
Sistem Kangani dan Sistem Kredit Tiket dan juga Sin Kheh
e. Ikatan persaudaraan dan rakan yang telah berhijrah terlebih dahulu
ii. Faktor Tolakan (Dalaman)

a. Kejadian bencana di negara asal (Cina, India, dan Jawa). Keadaan politik yang tidak
stabil di negara asal imigran
b. Kekurangan rangsangan ekonomi
c. Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan

5. Kesan-kesan penghijrahan/peluasan kuasa


Inggeris di Tanah Melayu
i. Pewujudan masyarakat yang majmuk

a. Kemajmukkan budaya/adat
b. Kemajmukkan agama
c. Kemajmukkan pendidikan
d. Kemajmukkan bahasa
e. Kemajmukkan ras
f. Kemajmukkan politik – kepelbagaian pertubuhan politik yang mewakili setiap kaum

ii. Pembukaan bandar-bandar baru dan pembinaan infrastruktur

Kewujudan bandar-bandar baru dan pembukaan tanah bagi tujuan peladangan dan
perdagangan seperti Raub – pelombongan emas, pembinaan jalan raya, dan jalan keretapi
seperti jalan keretapi yang menghubungkan Taiping dan Port Weld, Klang dan Kuala
Lumpur, dan akhirnya jalan keretapi yang menghubung dari negeri ke negeri di Tanah
Melayu

iii. Berkembang parti politik berasaskan kaum

Wujudnya parti berasaskan kaum seperti UMNO – Melayu, MCA – Cina, MIC – India, Pasok –
Kadazan Dusun, AMCJA – gabungan pertubuhan dan keahlian yang terdiri daripada orang-
orang bukan Melayu yang memperjuangkan kesejahteraan kaum masing-masing

iv. Kemajuan ekonomi Tanah Melayu

Peningkatan hasil mahsul Tanah Melayu adalah kesan dasar ekonomi Inggeris serta
kemasukan buruh asing. Ini dapat dilihat daripada pendapatan negeri-negeri Melayu
bersekutu seperti Perak dan Selangor, serta negeri-negeri Selat. Sebagai contohnya konsep
Persekutuan 1896 adalah untuk membantu negeri-negeri yang kurang mampu dengan tidak
menjejaskan pendapatan kuasa Inggeris
Jadual A: Pendapatan Hasil dan ekspot Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Emerson, 1974)

Peningkatan Hasil Eksport


1896 1927 1896 1926
RM 8,434,083 RM 105,404,458 RM 28,395,855 RM 445,600,203

v. Wujudnya polarisasi pekerjaan dan demografi


vi. Timbulnya kesedaran Nasionalisme di kalangan orang Melayu
vii. Berlakunya kacau bilau dan gangterisme
viii. Semakin jauh kemunduran orang Melayu dari segi ekonomi
ix. Kesan sosial dan ekonomi akibat kemasukan imigran Cina dan India menyukarkan
proses perpaduan kaum kerana mereka telah membentuk organisasi sosial dan budaya
masing-masing
x. Kemasukan beramai-ramai imigran Cina dan India ialah telah membawa kepada
pertambahan penduduk di Tanah Melayu
xi. Kawasan bandar lebih ramai didiami oleh kaum bukan Melayu yang menjadi pusat
perkembangan ekonomi moden. Pembinaan petempatan dan bandar baru seperti Kuala
Lumpur, Ipoh, Teluk Anson, Taiping dan lain-lain
xii. Kemasukan imigran menyebabkan perkembangan getah dan bijih timah semakin pesat
xiii. Menyumbangkan tenaga buruh dalam pembinaan jalan raya dan jalan keretapi
xiv. Pengenalan sistem pendidikan vernakular dengan sukatan pelajaran dan bahasa
pengantar yang berbeza
xv. Kesan yang terakhir ialah pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi mewujudkan
pengasingan kaum

Kemajuan ekonomi yang dinikmati oleh Tanah Melayu bukan untuk orang-orang Melayu,
malahan penguasaan dan penghijrahan masuk bangsa asing telah menjarakkan dan
menjauhkan orang Melayu daripada merasai kekayaan ekonomi negara sendiri. Hakikat ini
dapat dilihat melalui jadaul berikut yang menunjukkan pemilikan ladang getah: (Emerson,
1974)

Keluasaan Ladang Eropah Melayu Cina India


100 sehingga 1000 ekar 357 23 287 118
1000 dan > 296 - 12 -

Dalam industri pelombongan bijih timah orang Melayu boleh dikatakan tidak memiliki dan
tidak mengambil bahagian apa-apa pun. Lombong-lombong yang ada hampir semuanya
dimiliki oleh orang Eropah dan Cina (Emerson, 1974)
xvi. Perkongsian kuasa dalam politik Tanah Melayu

Terbukti dengan wujudnya gabungan UMNO, MCA dan MIC dan membentuk parti perikatan
dalam pilihanraya 1955. Pada tahun 1951 memperlihatkan gabungan ahli-ahli yang terdiri
daripada pelbagai kaum untuk membentuk Sistem Ahli. Ini membuktikan wujudnya sistem
perkongsian kuasa dalam politik Malaysia

6. Dasar Inggeris dan kewujudan masyarakat


majmuk di Malaysia
Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah
Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat
menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia
yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi
merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat
difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut:

i. Dasar Politik

Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi ¸ Jabatan Perlindungan Orang Asing,
dan undang-undang buruh

Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan
terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan
kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti indenture, kangany,
kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan
Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar
pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang
imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah
Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke
negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris
untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan
peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan
jalan keretapi dan jalan raya

Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi
melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap
mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi
oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris
menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan
dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana
ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang
buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya
kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan
buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal
ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk
pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris
Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan
masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan
buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan
ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat
pribumi

ii. Dasar Ekonomi

Dasar ekonomi komersial – kapitalisme dan bebas. Perubahan sistem daripada sara diri
kepada sistem komersial. Pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan
bijih timah

Wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh

Keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh

iii. Dasar Sosial

Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris.
Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di
Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan
lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini
dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan
pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang
berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.
Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan
serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa
Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar
pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran
bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk
mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan
kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini
sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa
mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan
lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan
mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah

7. Aspek-aspek lain
Kelemahan orang Melayu untuk merebut dan menjana ekonomi

8. Kesan Positif Akibat Perkembangan Bandar


Baru
a. Kesan akibat perkembangan bandar baru ialah mendorong terbinanya sistem
pengangkutan moden yang lebih baik

b. Ia juga melahirkan kemudahan persekolahan. Contohnya sekolah terawal di Malaysia


ialah Penang Free School (1825)

c. Kesan yang lain ialah taraf kesihatan yang lebih tinggi di bandar kerana terdapatnya
kemudahan perubatan seperti hospital, pusat penyelidikan dan sebagainya. Kemudahan
hospital yang terawal di Malaysia dibina di bandar-bandar perlombongan. Contohnya di
Taiping (1878), Kuala Lumpur, Batu Gajah, Gopeng, Kuala Kangsar dan Kelang

d. Kesan positif yang lain ialah keadaan perumahan di bandar lebih terancang dengan
adanya kemudahan asas yang lengkap

9. Kesan Negatif Akibat Perkembangan


Bandar Baru
a. Bandar tradisional (asal) bumiputera yang jauh dari sistem pengangkutan serta pusat
perlombongan dan ladang getah terbengkalai. Contohnya bandar Kuala Terengganu, Kuala
Selangor dan Johor Lama. Perkembangannya tidak setanding dengan bandar yang baru
muncul

b. Bandar lama hilang kepentingan dan tidak berkembang setelah pengeluaran bijih timah
berkurangan. Contohnya Tumpat (Kelantan), Port Weld (Kuala Sepetang) dan Kuala
Kangsar (Perak)

c. Berlakunya imigrasi (penghijrahan) penduduk luar bandar yang menyebabkan kurang


tenaga manusia di luar bandar, dan golongan ini menjadi golongan miskin di bandar

d. Kesan negatif yang lain ialah mewujudkan kemakmuran/kemajuan yang tidak seimbang
di antara bandar dan luar bandar. Contohnya dalam bidang pelajaran, kesihatan dan
kemudahan awam yang lain

e. Proses perbandaran membentuk masyarakat majmuk yang kompleks berasaskan


kegiatan ekonomi dan pola tempat tinggal di Malaysia yang berbeza hingga kini. Contohnya
orang Melayu di kampung, orang China di bandar dan orang India di ladang-ladang

Wassalam

http://www.tranungkite.net/lama/b12/shamsulkamal10.htm