NYANYIAN

PENGENALAN

Menyanyi adalah satu cara istimewa dalam penggunaan suara. Bahagian ini member pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran teknik-teknik vocal seperti register/ perletakan suara, artikulasi, sebutan dan pelontaran suara yang baik sebelum menyanyi. Fokusnya ialah mengenali alat-alat vokal dan anatomi manusia yang berkaitan dengan pernafasan dan fonasi serta latihan-latihan vokal yang sistematik untuk menghasilkan sebutan yang jelas dan ton yang berkualiti semasa menyanyi.

Objektif

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenalpasti alat-alat resonan yang terpenting dan penggunaan alat-alat vokal bagi pengeluaran suara yang baik; 2. Mengetahui kedudukan dan perletakan suara yang betul; 3. Menguasai kemahiran pembentukan resonan bagi pembunyian balik suara dengan jelas; 4. Kemahiran menggunakan alat-alat vokal melalui latihan yang sistematik.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

Topik ini mengandungi tiga sub topik iaitu: 1. Pengenalan alat-alat vokal artikulasi. 2. Teknik vokal ± Resonan dan Pelontaran Suara. 3. Teknik vokal ± Sebutan Dalam Nyanyian.

udara daripada paru-paru akan melaui larynx dan terus keluar tanpa mengeluarkan bunyi. Bunyi itu diolah oleh bahagian mulut (gigi. Semakin nyaring bunyi. Alat-alat Nyanyian Suara manusia terhasil daripada getaran pita suara yang terdapat pada kerongkong manusia. Kadar ketegangan vocal cords mempengaruhi ketinggian pic. Pita suara bergetar disebabkan oleh udara yang keluar daripada paru-paru manusia. maka semakin tinggi pic suara yang dihasilkan. lidah dan bibir akan membentuk bunyi menjadi kosonan dan vokal. Contohnya apabila meja diketuk. bunyi trumpet terhasil.Latihan vokal secara amali seperti pembentukan posisi mulut yang luas. ALAT-ALAT VOKAL DAN ARTIKULASI Bunyi terhasil daripada getaran sesuatu. Dengan cara itu. Apabila hendak mengeluarkan bunyi. suatu bunyi akan terhasil. latihan pelontaran suara yang jelas dengan menggunakan alat-alat vocal perlu dilakukan secara sistematik mengikut urutan dan secara latih tubi. Bunyi tidak terhasil semasa bernafas kerana pita suara membenarkan udara melaluinya tanpa halangan. vocal cords (pita suara) akan dikawal supaya ia dapat menggetar udara yang melauinya. maka semakin tinggi picnya. Begitu juga dengan suara manusia. Penyanyi yang mempunyai suara yang tinggi mempunyai vocal cords yang kuat. lidah dan bibir bagi menghasilkan pelbagai suara manusia). udara di dalam trumpet akan bergetar dan oleh itu. Biasanya semasa bernafas. Gabungan antara gigi. Simbol agi vokal dan konsonan adalah huruf-huruf. . permukaan meja akan bergetar dan bunyi pun terhasil. Atau apabila trumpet ditiup. lelangit keras. Terdapat empat bahagian yang terlibat dalam pengeluaran suara. lelangit lembut. Semakin tegang vocal cords.

Penarikan akan melakukan tekanan nafas dan ia akan bertentangan dengan kord-kord vocal dan menjadikan ia menggetar. Vibrator (Penggetar) Ini adalah kord-kord vocal dio dalam peti suara (larynx) kita. Suara bergetar di dalam ruang ini sebelum keluar dari mulut. 4. Apabila bersedia untuk menyanyi. kord-kord akan tutup dengan membenarkan sedikit udara keluar sahaja. mulut dan kerongkong. 2.1. Motor Ini ialah tekanan nafas. Di dalam pernafasan biasa. kord-kord vokal ini bukan untuk membenarkan udara masuk atau keluar. Getaran kord-kord vokal ini akan mengeluarkan bunyi. Tekanan nafas akan menjadikan kord-kord vokal ini menggetar dan bunyi didengari. Ruang kepala juga terlibat.1: Organ / Alat Vokal Manusia . Rajah 3. Kord-kord vokal ialah kulit yang berlipat-lipat di kedua-dua belah trakea dengan tenggorok. Artikulasi Dilakukan oleh lidah bibir dan dagu. Pembesar Suara (Resonator) Ruang mulut yang dibentuk oleh lelangit. 3.

Tidak ada satu pic pun yang dihasilkan hanya dengan menggunakan 100% resonator kepala dan tidak ada pula yang hanya menggunakan 100% resonator dada. Julat pic ialah jarak antara pic paling rendah dengan pic paling tinggi dapat dihasilkan oleh seseorang. Penyanyi yang baik mempunyai julat pic yang besar. 3. 1. Mengapa alat muzik boleh menghasilkan bunyi nyaring? Jawabnya. Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap dinamik pada muzik. Rongga dada sebagao resonator kedua. Bentuk mulut. 2. Manusia memiliki 3 buah resonator. lontaran suara. Rongga mulut sebagai resonator pertama. kawalan pernafasan dari paru-paru berkait rapat dengan resonan dan berapa peratus penggunaan resonator yang telah dinyatakan. kerana alat-alat muzik tersebut memiliki rongga resonator yang berlainan. Kebiasaannya pic yang dihasilkan merupakan kombinasi ketiga-tiga rongga resonator. 15% resonator dada.TEKNIK VOKAL ± RESONAN DAN PELONTARAN SUARA Kekuatan bunyi (volume) ditentukan oleh kuatnya tekanan udara daripada paru-paru. Sebagai contoh. Menjerit bukan cara menyanyi yang baik. kita menggunakan: y y y 60% resonator kepala. Resonan Resonan adalah getaran udara dalam suatu rongga. Di dalam muzik kekuatan bunyi disebut sebagai dinamiks. 25% resonator mulut. Rongga resonator di dalam diri manusia dapat diperkayakan suara kita dengan resonan dan lontaran suara kita akan menjadi lebih besar. Rongga hidung dan kepala sebagao resonator ketiga. . Suatu rongga yang boleh menghasilkan resonan disebut resonator. untuk menghasilkan pic tinggi yang baik. Suara menjerit jelas tidak bermutu sama sekali tidak menghasilkan ton suara yang baik.

Suara Kepala . semakin besar peratus penggunaan resonator dada dan semakin kecil peratus penggunaan resonator kepala. 1. Sebaliknya. kita menggunakan resonator mulut. semakin besar peratus penggunaan resonator kepada dan semakin kecil peratus penggunaan resonator dada. semakin tinggi pic yang kita nyanyikan. Untuk menyanyikan pic mendatar/sederhana.Sebaliknya untuk menghasilkan pic rendah yang baik pula. Kesimpulannya. 10% resonator kepala. tengah dan dada. Perletakan Suara PERLETAKAN / REGISTER SUARA Terdapat tiga perletakan suara atau tingkat register suara di kalangan penyanyi ± register kepala. 20% resonator mulut. semakin rendah pic yang kita nyanyikan. kita menggunakan: y y y 70% resonator dada.

kualiti seakan alat tiup kayu lebih luas renjnya (julat) kalau dibandingkan dengan suara dada. Untuk merasai suara kepala.Salah satu set otot tekak mengawal mekanisme vokal untuk nyanyian register tinggi sementara rongga di kepala yang member kesan gema digunakan untuk menggemakan ton atau bunyi yang dihasilkan oleh penyanyi tersebut. . Ia juga menyediakan penggunaan yang sihat dalam nyanyian falsetto. kawalan pernafasan yang cukup dan betul adalah perlu. Setelah mendapat kedudukan suara kepala yang dikehendaki. anda perlu menyanyikan satu not yang berpic atau dalam sebutan µnoo¶ atau µmoo¶ atau µloo¶ dengan lembut dan panjang. Adalah baik dan sihat sekiranya suara kepala dapat digunakan di dalam mekanisme nyanyian. Suara kepala juga banyak membantu lelaki semasa mengalami perubahan suara semasa menyanyikan pic tinggi. cuba nyanyikan skel menurun di bawah. Ini dikenali mekanisme ringan atau suara kepala. Ia menghasilkan suara yang jelas. Untuk mendapatkan suara kepala yang bermutu.

latihan di bawah boleh dijalankan. 3. Suara Tengah Suara tengah adalah perletakan suara dari paras hidung ke kerongkong pada jarak suara. Anda akan merasai getaran pada tangan. dengan sebutan ³Haa´. namun ia tidak digalakkan untuk penyanyi permulaan memandangkan terdapat transisi vokal yang kompleks di dalam nyanyian. Penyanyi lelaki lebih selesa menggunakan suara dada berbanding penyanyi wanita. ³Laa´ atau ³Maa´ panjang. Suara dada sebenarnya boleh merosakkan suara penyanyi kanak-kanak kerana ia dihasilkan tanpa pernafasan yang baik. letakkan tangan pada bahagian dada semasa menyanyikan not. Renj suara dada adalah kecil di dalam penggunaannya. Walaupun suara dada boleh dihasilkan secara sihat.2. Untuk merasainya. Untuk merasai suara tengah. . Suara Dada Untuk mengawal nyanyian register rendah di mana rongga di dada merupakan alat resonans dikenali sebagai suara dada.

Penyanyi wanita yang mempunyai suara tinggi dikenali sebagai penyanyi soprano.Klasifikasi Suara Setiap orang mempunyai suara yang unik. sama ada dewasa atau remaja boleh dikategorikan mengikut jenis suara dan renj not yang boleh dinyanyikan. alto. alto. contralto atau counter-tenor. Biasanya di dalam kumpulan koir sekolah atau kumpulan kecil hanya empat jenis suara yang biasa digunakan iaitu soprano. mezzo soprano. Suara lelaki yang dalam dan rendah dikenali sebagai suara bes. tenor. tenor dan bes. Jenis-jenis suara mengikut urutan ialah: soprano atau treble. Suara wanita dan lelaki. baritone dan bes. .

tetapi pastikan aliran nafas adalah rata. Jangan naikkan dagu dan kepala. Alat-alat resonan ialah kerongkong. rahang dan lidah hendaklah selesa. pernafasan dan bentuk mulut yang betul akan menghasilkan bunyi vokal. Organ-organ yang terlibat di dalam menghasilkan sebutan ialah mulut. 2. y y Fikirkan bahawa not-not tinggi adalah senang dinyanyikan. bibir. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Jangan nyanyi dengan kuat. Nafas dengan dalam dan gunakan tenaga nafas untuk mengeluarkan bunyi yang tinggi. TEKNIK VOKAL ± SEBUTAN Sebutan adalah penting di dalam nyanyian.Pelontaran Suara 1. Buka mulut cukup besar. Di dalam nyanyian. Jangan turunkan kepala atau bongkokkan badan. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas semasa menyanyi supaya member laluan udara yang banyak dan mewujudkan ruang yang cukup luas untuk menghasilkan . y y Alat-alat resonan ialah lelangit dan hidung. Bibir. dada dan rahang. Cara menyanyi bunyi yang rendah. lidah dan rahang. Kurangkan tenaga nafas pada pinggang. y y y y y y Nyanyi dengan bunyi vokal yang jelas. Pembukaan mulut semakin kecil apabila not-not menurun. y Jangan paksa suara keluar. kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Cara menyanyi bunyi yang tinggi.

Bagi menghasilkan sebutan yang jelas.ton yang lebih resonan. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten dan berterusan. y y y y Tenaga Intensiti Kekuatan bunyi Harkat (panjang dan pendek) Simbol a e i O u Bentuk mulut bagi bunyi vokal. ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting. Ciri-ciri ton nyanyian meliputi. Bunyi Fonetik ah ay/ey ee o/oh oo Contoh Perkataan ayam @ father ekor @ ever Itik @ mee orang @ obey ular @ too .

.o.i. menjulur dari gigi.Untuk membentukkan dengan betul. 2. AH (perkataan ayam) Rahang bawah digerakkan ke bawah sekali. Rahang bawah dan lidah tengah harus diturunkan sedikit berbanding dengan EE. Adalah baik jika melatih EE dan EH dan bandingkan sebelum pergi ke vowel lain. OH (perkataan kopi) Mulut dibujurkan. semua penyanyi hendaklah dilatih dan ditunjuk cara-cara membentuk dan membunyikan vowel iaitu a. 1. 4. Ini adalah penting supaya mereka boleh membentuk suara dengan baik.u. 3. OO (perkataan ular) Bibir bulat dan sempit. hujung lidah dan belakang gigi bawah.e. Inilah vowel yang menolong murid-murid membuka mulut. rahang bawah relaks dengan bibir dan gigi sedikit terpisah.Cara-cara Membentuk Vowel Sebelum menjalankan latihan suara. EH (perkataan ekor) Agak sama seperti EE. 5. hujung lidah berada di belakang gigi bawah. bibir dan gigi terpisah. EE (perkataan itik) vowel ini adalah yang paling cerah dan memerlukan sedikit sahaja ruang dalam mulut.

kuat-lembut bunyi ton dan panjang-pendek ton tersebut. Ini member ton yang bergema dan intonasi yang baik. bergema sepanjang renj vokal sekiranya ia memahami konsep penghasilan ton. Ton di dalam nyanyian meliputi tenaga. intensiti. Apabila vokal seperti µah¶ disokong dengan pernafasan dan dibentuk dengan mulut dan intensitinya (kekuatan) ditingkatkan. Ton nyanyian berbeza daripada ton bercakap melalui panjang-pendek ton dan kualiti vokal intensitinya.Contoh latihan untuk vowel. Penghasilan Ton Seseorang penyanyi berupaya menyanyi dengan ton yang jelas. .

Pertukaran kualiti vokal menentukan pic dan intonasi.i. Bermula dengan menyebutnya dahulu perlahan-lahan kemudian beransur-ansur memanjangkan bunyi vokal tersebut. Setiap vokal mempunyai bentuk yang berlainan. anda perlu memerhatikan pembentukan mulut mengikut bunyi vowel. Apabila vokal terang.u). Ton nyanyian bermula dengan tenaga atau kuasa pengeluaran pernafasan.o. Beliau berkhidmat untuk Opera La Scala di Italy.e. Formasi vokal (a. Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut.u). Setiap kali ia disebut dan dibunyikan. Ini perlu dibuat dalam renj yang selesa dan tahap dinamik yang sederhana. Mulakan dengan nyanyian vokal asas. (b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.i.u) adalah asas di dalam teknik vokal.o. Bentuk vokal disokong oleh pernafasan. . Kualiti ton nyanyian dimanipulasikan melalui bunyi vokal (a. menentukan posisi dan arah sesuatu ton.i.e.Luciano Pavarotti adalah seorang penyanyi tenor yang terkenal di seluruh dunia. Udara melalui kord vokal dan keluar melalui mulut. Latihan menyebut dan menyanyikan vokal perlu dimulakan dengan vokal terbuka seperti ³ah´ dan ³oo´. (a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas (a.e.o. ton mungkin kedengaran sumbang atau syap dan sekiranya vokal itu gelap ia akan kedengaran flet.

Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong terbuka. angin. 2.(c) Mulakan dengan nilai not yang pendek dan kemudian beransur-ansur dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang. Dengar ton yang dinyanyikan dan pastikan ia mempunyai getaran yang sama rata. (d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti berikut: Hee hee hee! Apa khabar? (e) Ah -Hm Empat perkara di dalam menghasilkan ton yang baik. Pastikan tekak terbuka dan rileks dan bernafas dengan betul. (b) Menguap dengan bunyi µah¶. Jangan memaksa atau menolak ton keluar. dan siulan. (c) Mengajuk bunyi siren. Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah: (a) Glissando vokal dengan sebutan µo¶. 4. keretapi. . 3. Jangan menjerit. 1.

5. 2. Mewujudkan kesediaan dari segi fizikal sebelum memulakan nyanyian. 3. Pada amnya. 1. Ada yang melaksanakan ³warmup´ tanpa mengaitkan dengan latihan yang sebenarnya. Untuk nyanyian secara ensemble. sebutan dalam nyanyian mestilah dilebih-lebihkan daripada sebutan bertutur. 4. Semasa menyanyi. bentuk mulut bibir dan artikulasi bunyi adalah penting untuk kepaduan suara. 5. Ada kalanya. Setiap ³warm-up´ yang dijalankan perlu mempunyai tujuan dan perkaitan dengan latihan yang sebenarnya. Member peluang menyediakan suara untuk nyanyian. sesetengah bunyi diubah picnya untuk mendapatkan sustain pada ton yang baik. Sebutan nyanyian biasanya sustain sebab terikat kepada nilai not. 2.Warna dan Ekspresif Ton. mulut dan kerongkong haruslah dalam kedudukan terbuka (open position) untuk membenarkan pengudaraan masuk dan resonan. 4. Teknik ³Warm-Ups´ Ramai guru yang mengajar nyanyian tanpa ³warm-up´. Mewujudkan tabii bernafas dengan betul. Tujuannya adalah untuk. 3. Member peluang ahli kumpulan (ensemble) mendengar suara mereka sendiri di samping suara ahli-ahli lain . Member fokus. . y y y Biasa ± (Ah dan Oh) Gelap ± (Awe dan Oo) Terang ± (Ee dan Ay) Perbezaan Sebutan Bertutur dan Nyanyian 1.

9. Menghubungkait dengan lagu atau muzik yang hendak dipersembahkan. kiri dan regangkan tangan ke atas. 7.eh dijalankan dari 5 hingga 10 minit mengikut keperluan penyanyi. 2. kanan. Toleh kepala ± ke kanan 8 kiraan dan kiri 8 kiraan. 5. ke hadapan dan kebelakang dalam 8 kiraan. Meregangkan siku dan tangan dalam 8 kiraan. Bol. Main bahu ± tarik nafas sambil naikkan bahu kanan dalam 8 kiraan dan lepaskan nafas dalam kiraan. merangsangkan tubuh badan dari merasa letih dan lesu. 8. 7.6. 6. ³Warm-ups´ Fizikal ³Warm-ups´ ini bertujuan melegakan ketegangan. bahu kiri dan kedua-dua bahu. Meregangkan tangan ± tarik nafas dan angkat tangan ke atas dan lepaskan nafas perlahan-lahan dalam 8 kiraan pada ahh« Buat beberapa kali. Untuk merehatkan bahu. Gerak boneka ± ini adalah untuk postur bermula dengan membongkok ke bawah dan pembimbing akan menyanyi atau membunyikan alat muzik dan pada setiap bunyi mereka akan bangun sehingga dalam kedudukan postur yang baik. Contoh ³warm-ups´ fizikal ialah: 1. Setelah itu. Bisikan ± bisikan bunyi mengikut konsonan ³p´ ³f´ ³k´ ³t´ ³r´ ³s´ ke semua dalam 8 kiraan. Menjangkau ke langit ± melihat ke atas dan buat seolah-olah menjangkau dengan tangan ke atas. tunduk dan dongak 8 kiraan. Mencapai penyatuan vokal. ke belakang. Setelah itu ke kiri. Mewujudkan intonasi secara melodi dan harmoni. ke bawah dan ke hadapan. Keretapi ± ³urut belakang kawan´ kanan dan kiri dalam 30 saat. 4. 8. Cekak pinggan ± ke kanan dan kekiri. Kanan. Menggerakkan bahu kehadapan dan ke belakang dalam 8 kiraan. 3. .

Contoh ³warm-up´ vokal yang boleh dijalankan: . dan jeda mengikut nama solfa dengan tujuan untuk mendapatkan pic yang tepat.ah.ee. Latihan nyanyian skel. arpegio.eh dan oh adalah lima vokal yang digunakan di dalam latihan vokal.³Warm-ups´ Vokal Vokal seperti oo.

Keindahan. Suara manusia terhasil daripada getaran pita suara yang terdapat pada kerongkong manusia.i.RUMUSAN 1. Penghasilan ton dipengaruhi kemahiran penggunaan dan mengawal organ alat vokal (mulut. kemerduan dan kemurnian suara adalah bergantung kepada pembentukan mulut dan sebutan yang jelas dan bersepadu. ³Warm-ups" atau latihan persediaan mesti dilakukan sebelum menyanyi. rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara. 4. Formasi vokal (a. Pita suara bergetar disebabkan oleh udara yang keluar dari paru-paru. 7. 6. bibir. GLOSARI Falsetto ± suara tinggi lelaki seperti suara perempuan Renj ± julat / jarak Vocal Cord ± peti suara . Mulut mesti dibuka seluas-luasnya mengikut sebutan vokal untuk menghasilkan ton suara yang berkualiti dan sedap didengar. 5. 2. 3.e.o. Semasa nyanyian sebutan bunyi vowel dan konsonan haruslah jelas.u) adalah asas di dalam teknik vokal.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful