Risalah

‘Membina Kesedaran Kuasa Rakyat sebagai Penentu Kuasa Politik dan Halatuju Pentadbiran Negara’

Minda Presiden
Seruan Kemerdekaan Rakyat

Artikel
Kesedaran Politik – Antara Pilihan & Kewajipan

Liputan Media – Wawancara
Malaysia Perlu Menuju Kepada Dua Gagasan Parti Politik

Diterbitkan oleh, GERAK MASSA Malaysia (GESA) www.gerakmassa.com

4. GESA bersedia menjadi platform dan mewujudkan medan perbincangan kepada mana-mana pihak tanpa mengira aliran politik demi membina budaya politik sihat dan dimensi baru politik negara.GERAK MASSA Malaysia (GESA) www. 6. Berani Berubah dan Merubah' VISI Membina Kesedaran Kuasa Rakyat sebagai Penentu Kuasa Politik dan Halatuju Pentadbiran Negara demi kebaikan Agama. Rakyat dan Negara. kebencian dan ketaksuban.gerakmassa. Membudayakan sikap hormat-menghormati perbezaaan pendapat dalam politik dengan menjauhi sikap politik sempit yang menimbulkan permusuhan. Membina kesedaran rakyat tetang kepentingan pemilihan pimpinan yang benar. Memupuk kerjasama dan kebersamaan di kalangan parti politik dalam melaksanakan agenda untuk Agama. 2. MISI 1. kaum dan agama. 5.jujur. 3. Mendidik rakyat agar celik politik dengan memiliki maklumat yang tepat dalam menilai serta memilih parti dan kepimpinan untuk menerajui kepimpinan Negara. MOTTO 'Dari Rakyat Kepada Rakyat.com GERAK MASSA (GESA) ditubuhkan pada 5 Ogos 2010 di Kuala Lumpur sebagai wadah membangkitkan kesedaran rakyat ke arah sikap bijak berpolitik dan menggunakan kuasa rakyat sebagai penentu hala tuju pemerintahan demi kebaikan agama. 2) Oktober 2010 . Membina perpaduan dan menyuburkan kasih sayang antara rakyat dengan memperjuangkan hak setiap rakyat dengan adil dan saksama tanpa mengira perbezaan parti. Rakyat dan Negara. Mendukung Kewujudan sistem gagasan dua parti di Malaysia yang bertunjangkan kepimpinan Melayu Islam. dan bertangungjawab demi kepentingan Agama dan Negara. Risalah GESA (Bil. rakyat dan negara.

yang menjadi asas dan pemangkin kepada pembentukan sikap dan dimensi politik baru Negara yang lebih 'people-centric' dan tidak lagi 'party-centric' sifatnya. hingga suara kita tidak lagi padu dan menggugat.Minda Presiden Seruan Kemerdekaan Rakyat Malaysia kita. perubahan dan anjakan Rakyat amat diperlukan antaranya bagi memposisikan kembali kuasa Rakyat dalam sistem demokrasi sebagai elemen kawalan/timbang-tara utama terhadap kepimpinan Negara (ahli/parti politik yang diberi mandat/amanah). sedang mereka golongan penjajah politik yang diberi kuasa terus bermaharajalela. Untuk itu. tanahair tercinta yang subur lagi kaya dengan pelbagai sumber ini adalah hak bersama Rakyat Malaysia. Kesedaran ini juga merupakan asas kepada proses realisasi Kemerdekaan Rakyat dalam menggunakan hak dan kedudukannya serta melaksanakan peranannya demi kebaikan Agama dan Negara. Dengan adanya kesedaran atau kebijakan politik di kalangan Rakyat. Hak dan kedudukan sebagai Rakyat ini perlu difahami. mari bersama kita keluar dari dimensi politik perkauman -1Risalah GESA (Bil. Sehingga merasa terlalu sukar dan terus takut untuk berubah dan merubah walau sedar masa depan diri.. minda dan jasad kita masih dibelenggu? Mungkin penjajah British telah lama keluar dan bendera Union Jack tidak lagi berkibar megah di sini. menjelma dalam wajah-wajah yang baru. GESA sebagai wadah seruan dari Rakyat kepada Rakyat yang merentasi segala perbezaan untuk sama-sama berubah dan merubah suasana politik Negara. Rakyat dan Negara akan lebih terbela dan terpelihara. bukan hak eksklusif manamana golongan atau individu tertentu. keberanian dan kesepakatan antara kita sebagai Rakyat. Dewasa ini. lupa diri bahawa mereka hanya pemegang dan pelaksana amanah yang kita sebagai Rakyat berikan. lupa amanah. khususnya sebagai penentu kuasa politik dan halatuju pentadbiran Negara dalam ruang demokrasi yang ada. semakin lemah jadinya. 2) Oktober 2010 . Negara kita telah merdeka lebih 53 tahun lamanya. Menginsafi situasi ini. lalu terus mudah dibiarkan dan tidak dipedulikan? khazanah Negara terus dirompak dan maruahnya digadai? Hak kita dan generasi masa depan terus dicabul dan diperkosa? Terus diperhamba dan diperguna hingga akhirnya kita berseteru sesama kita. kami menyeru kepada seluruh saudara SeMalaysia juga para pemimpin politik. namun adakah kita sebagai Rakyat juga telah merdeka? Atau jiwa. namun 'semangat atau puaka' penjajahan seakan masih menghantui Rakyat. maka kepentingan Agama. Mana hilangnya semangat juang. disedari dan diperjuang bersama agar kita sebagai Rakyat benar-benar merdeka dan tidak lagi terus dijajah di bumi merdeka ini. maka Gerak Massa (GESA) ditubuhkan bagi membangkitkan kesedaran akan hak dan kuasa yang ada pada Rakyat. keluarga.. generasi dan Agama juga Negara diperjudikan. yang lebih dekat dan hampir dengan kita.

kebencian dan permusuhan kepada dimensi Perpaduan Rakyat dan budaya politik alaf baru yang lebih segar. kuasa Rakyat demi ‘Dari Rakyat Kepada Rakyat. Rakyat dan Negara. 2) Oktober 2010 . matang dan memberikan kebaikan kepada Agama. yang disulami dendam. Berani Berubah dan Merubah’ Mohd Rizal Bin Moideen Presiden GESA -2- Risalah GESA (Bil. Ayuh bersama kita bangun membina kembali kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia kita.olahan penjajah yang melemaskan dan tinggalkan praktis-praktis politik yang sempit.

kamu mengajak kepada maaruf dan mencegah manusia daripada kemungkaran. seorang Rasul (Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam) dari bangsa mereka sendiri. Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.s membicarakan tentang hubungan manusia dengan Allah SWT. UMAT TERBAIK Nabi membina umatnya dengan sifat amal ma’aruf wa nahi mungkar iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari keburukan. Manakala Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam melengkapkannya dengan menampilkan konsep hubungan sesama insan secara yang amat sempurna. sebagaimana firman Allah : “Dia-lah yang telah mengutuskan di kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyyin.s. yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keEsaan Allah dan kekuasaanNya). dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat). Hubungan dengan Manusia (Habluminannas) 3. sebelum Baginda. Baginda memulakan dakwahnya di Mekah dengan menekankan aspek hubungan dengan Allah melalui proses ilmu dan penyucian jiwa. dan beriman kepada Allah” (Ali ‘Imran: 110) Iman Al-Ghazali rahimahullah menyebut bahawa aspek amal ma’aruf wa nahi mungkar tersebutlah yang menyebabkan kemuliaan umat Muhammad -3- Risalah GESA (Bil. serta mengajarkan mereka Kitab Allah (AlQuran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). Allah berfirman: “Kamu adalah sebaik umat manusia yang dilahirkan. Hubungan dengan Allah (Habluminallah) 2. Gabungan dua aspek ini iaitu habluminallah dan habluminannas menjadikan umat Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam sebaik-baik umat yang dilahirkan di muka bumi ini.” (al-Juma’ah: 2) Apabila Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam memiliki kekuasaan di Madinah. maka di situlah bermula penekanan kepada aspek perhubungan dengan manusia (sosialogi) dalam melengkapkan Islam yang dibawa oleh para Nabi a. 2) Oktober 2010 .Artikel Kesedaran Politik – Antara Pilihan & Kewajipan Risalah Islam berdiri atas tiga asas utama : 1. At-Tawazun (Keseimbangan) Semua Nabi a.

Dari kehidupan membujang. kehakiman. 2) Oktober 2010 . pekerja pada majikan. RISALAH YANG SEMPURNA Kesempurnaan Islam yang mereka miliki disebut Allah dalam firmanNya: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu. -4- Risalah GESA (Bil. mereka tiada meninggalkan masyarakat kerana mereka telah diikat dengan perjanjian untuk meneruskan perjuangan amar makruf nahi mungkar. Risalah Islam yang ada pada umat Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam adalah menyeimbangkan perhubungan manusia dengan Allah dan sesama insan. Dua aspek tersebut tidak boleh diringankan atau diberatkan salah satu antaranya kerana ia akan mencacatkan keIslaman seseorang hamba itu. Justeru itu mereka digelar umat yang telah melengkapkan risalah Islam secara syumul dan sempurna. selepas wafat Baginda.s yang lain.sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Inilah yang membezakan umat Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam dengan umat para nabi a. apabila wafatnya nabi-nabi mereka. dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku. Mereka wajib meneruskan dakwah Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam dengan membawa manusia kepada dua konsep iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan sesama insan serta menyeimbangkan atau mensepadukan keduanya. Umat dahulu adalah umat ibadah. isteri pada suami. Apabila aspek tersebut ditinggalkan. pertanian. mereka akan menjauhi masyarakat dan menumpukan kepada khalwah untuk ibadah. anak-anak pada ibu bapa. Risalah Islam bukan sahaja membawa manusia mendapat kebaikan di dunia tetapi juga membawa kebaikan di akhirat. berkeluarga. dan telah Aku redhai Islam sebagai agama bagimu” (Al-Maa’idah: 3) Islam yang Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam ajarkan kepada umat manusia di Madinah adalah ilmu perhubungan dengan manusia yang merangkumi segenap aspek kehidupan manusia. perniagaan. maka hilanglah kemuliaan mereka sebagai umat Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam. suami pada isteri. Insan itu tiada boleh mencapai kemuliaan di sisi Allah dan Rasul jika hanya menekankan aspek hubungan dengan Allah tetapi mengabaikan perhubungan sesama insan seperti hubungan baik ibu bapa pada anak-anak. majikan pada pekerja. berjiran. Berbeza dengan umat Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Manusia dilahirkan untuk bermasyarakat. pegawai. maka manusia perlu memiliki petunjuk dan sebaik-baik petunjuk berdasarkan ajaran Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam. kerajaan pada rakyat dan rakyat pada kerajaan serta lainnya. keadilan.

Selama 53 tahun Barisan Nasional memerintah Malaysia dengan dasar dan pengurusan yang dilihat oleh setengah pihak banyak memberi kebaikan dan kemajuan Malaysia. Berpolitik mesti diniatkan untuk membantu sesama insan agar kehidupan masyarakat di negara ini benar-benar mendapat keadilan dalam ekonomi. jenayah. pelbagai kelemahan dapat dikesan akibat kelemahan dasar. namun perjalanan sistem itu amat dipertikai dari segi ketelusannya sehingga dilihat Barisan Nasional amat sukar untuk ditumbangkan. Permasalahan kemiskinan. Namun dalam perubahan masa yang berlaku. penyelewengan pengurusan.pemerintahan. pertahanan dan lainnya. Umat Melayu Islam sebagai penduduk asal Negara ini memegang kekuasaan dan kepimpinan Negara dalam memimpin masyarakat majmuk. Bertitik tolak dari tiga asas di atas. PRU-12 & TSUNAMI POLITIK Piliharaya Umum ke-12 (PRU-12) digelar ‘tsunami politik’ benar-benar telah mengubah landskap politik Malaysia dengan rakyat dilihat beralih kepada Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan jika rakyat memiliki kesedaran politik yang -5Risalah GESA (Bil. tapi ia melibatkan juga permasalahan dasar dan pengurusan pemerintahan yang boleh menjadi punca kekacauan tersebut. pendidikan. Malaysia adalah Negara yang memiliki masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Semua kaum lain adalah diiktiraf sebagai warga negara Malaysia yang mempunyai hak-hak sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan yang perlu dihormati. pengurusan. Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO adalah satu konsep gabungan parti yang mewakili pelbagai kaum. gejala sosial. penyusunan masyarakat. kebajikan. maka Gerak Massa (GESA) ditubuhkan bertujuan membina kesedaran masyarakat Islam terhadap tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim dan anggota masyarakat dalam sebuah negara. ekonomi. Walaupun sistem demokrasi wujud. permusuhan kaum bukannya masalah yang melibatkan individu atau golongan tertentu sahaja. keruntuhan akhlak. kerakusan dan kekebalan kekuasaan. masyarakat majmuk. kebebasan. Berpolitik bukannya mesti terlibat sebagai ahli kepartian tetapi memainkan peranannya sebagai pengundi yang bijak dalam sebuah negara demokrasi. Membuang undi bukan semata-mata menunaikan peranan sebagai warganegara Malaysia tetapi adalah menunaikan tanggungjawab hubungan sesama insan. 2) Oktober 2010 . Mereka tidak boleh mengabaikan tanggungjawab tersebut kerana setiap diri mereka mempunyai peranan yang penting dalam masyarakat majmuk yang mengamalkan sistem demokrasi dan Raja Berpelembagaan. kematian. hubungan kaum dan lainnya yang merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. pendidikan. perundangan. sosial. KENAPA PERLU ADA KESEDARAN POLITIK? Setiap individu perlu memiliki kesedaran politik di atas maksud menunaikan hubungan sesama insan.

penyelewengan. Kesedaran politik dan keberanian ini amat digeruni oleh pihak Barisan Nasional namun dalam masa yang sama juga ia memberi kebimbangan kepada Pakatan Rakyat tentang momentum itu adakah kekal atau sementara. Dalam usaha memperbaiki persekitaran politik Negara. PAS mempunyai pandangan dan takrifan tersendiri dalam konsep kekuasaan Melayu Islam dan perpaduan. Maka disinilah timbul pelbagai idea dalam menanggani masalah ini sehinggalah kepada idea perpaduan PAS dan UMNO . 3. Masyarakat tidak akan berpecah andai demokrasi diamalkan dengan benar dan bukannya dalam bentuk sistem yang dimanipulasi untuk terus mengongkong dan ‘menjajah’ rakyat. CELIK POLITIK Takrifan politik adalah bagaikan mazhab dalam Islam dimana ada pendapat para Mujtahid bersama menerima kesahihan sebuah hadis. 4. Rakyat wajar diberi hak kebebasan untuk menilai antara dua Gagasan Parti yang bertanding dengan diwujudkan dialog. merujuk kepada adab-adab berkhilaf.menghormati dan menerima kekalahan dengan baik apabila rakyat membuat keputusan. Rakyat perlu kasih dan menghormati para pemimpin dan parti-parti yang ada walaupun tidak bersetuju dengan dasar parti tertentu kecuali pemimpin yang benar terbukti terlibat dengan rasuah.penipuan dan jenayah. Kewujudan sistem gagasan dua parti akan -6Risalah GESA (Bil. GESA berpendapat bahawa rakyat Malaysia kini perlu menuju kepada kematangan politik dalam mewujudkan budaya politik yang sihat. Tsunami politik memberi pelbagai kebaikan dan namun dalam masa yang sama memberi pelbagai kebimbangan terutamanya Melayu Islam akan kuasa politik orang Melayu. Ia tidak melibatkan masalah usul yang melibatkan akidah. Rakyat perlu melihat kepentingan kewujudan BN dan PR sebagai suatu yang sihat yang boleh memberi keuntungan pada rakyat. 2) Oktober 2010 . 2. SPR perlu memainkan peranan dengan telus dan jujur dengan dilihat tidak menjadi alat mana-mana pihak dan menghapuskan apa jua system yang meragukan. 5. GESA mendukung kewujudan dua Gagasan Parti sebagai pengimbang kuasa antara dua pihak. GESA mengambil pendirian dan penegasan berikut: 1. tetapi berkhilaf dalam pentakrifan yang dikehendaki oleh Hadis tersebut. Ini kerana sebagai gerakan politik yang sudah berpuluh tahun dalam kancah politik Malaysia. debat dan maklumat yang bebas dan tepat tanpa ada tekanan. Khilaf politik sewajarnya tidak membawa kepada perpecahan masyarakat Islam jika ditanggani secara beradab. Ia memberi kejutan yang amat sangat kepada kerajaan Barisan Nasional kerana tiada terfikir rakyat memiliki keberanian untuk membuat perubahan. Khilaf politik boleh memberi kebaikan kepada rakyat jika dilihat pada sudut positif.tinggi. Para pemimpin politik perlu bersifat terbuka. UMNO kelihatan begitu berminat dan PAS dilihat awal-awal lagi menolak idea tersebut. segala sistem yang mengongkong mereka dapat dipecahkan .

mereka tidak akan diberi kuasa memerintah walaupun mereka mempunyai perancangan. Negara maju seperti Amerika. akhbar dan media massa atau lainnya demi kelangsungan kuasa mereka kerana tahu rakyat tiada keberanian untuk menolak. bersih. dan adil walaupun itu bukan sifat mereka. Jepun. Mahkamah rakyat akan menghukum mereka yang melakukan kesalahan dan rakyat dari pelbagai parti dan ideologi akan bersatu menjatuhkan pemimpin tersebut. AHLI POLITIK MANUSIA BIASA Manusia tetap manusia. Dengan kuasa yang ada. mekanisme kawalan politik perlu diwujudkan dalam mengawal para pemimpin agar tetap dengan adil dan amanah. Syaratsyarat yang perlu dilakukan oleh mana-mana Gagasan Parti Politik: 1. dan menghancurkan kekebalan kekuasaan dan monopoli politik. 2. Monopoli politik amat bahaya kepada Negara dan rakyat apabila para pemimpin terlampau mempunyai kuasa dan kekebalan politik. bijak dan adil. SPRM. GESA mendukung sistem dua parti antara BN dan PR dalam mewujudkan mekanisme pengawalan pemimpin politik. KUASA MELAYU ISLAM & DEMOKRASI Lebih 60% kuasa pengundi dipegang oleh pengundi Melayu Islam diseluruh Negara. Sehingga mereka tidak bimbang dan takut untuk melaksanakan apa jua dasar dan polisi walaupun membebankan rakyat. Sistem yang hanya menguatkan satu parti tanpa memberi peluang pada parti yang lain untuk memerintah akan mewujudkan ketidakseimbangan dan mewujudkan keangkuhan kuasa . jika orang alim boleh terbabas dengan nafsu. badanbadan kerajaan. pemimpin dan idea yang baik sekalipun. 2) Oktober 2010 . Hak kekuasaan dan kepimpinan Melayu Islam. apalagi golongan politik walaupun mereka mempunyai niat yang suci ketika memulakan perjuangan politik. Justeru itu GESA berpendapat. Mereka adalah kuasa pengundi terbesar yang mampu menentukan halatuju sebuah pemerintah jika mereka benar-benar memainkan peranan. Polis. disamping kewajiban memilih pemimpin yang jujur. Jika syarat-syarat ini tidak dipenuhi. Pemimpin adalah manusia yang mempunyai akal dan nafsu dan manusia sememangnya sering ditewaskan oleh nafsu apabila terbukanya kekuasaan. -7Risalah GESA (Bil. kekayaan dan godaan wanita. Hadis-Hadis Nabi banyak memperingatkan tentang bahaya fitnah-fitnah tersebut yang boleh mengelapkan mata dan mengoncangkan iman.menghapuskan sistem satu parti yang mewujudkan budaya monopoli politik. Korea memiliki mekanisme kawalan politik yang kuat sehingga pemimpin mereka terpaksa jujur. Ini disebabkan rakyat mempunyai kesedaran yang tinggi tentang politik. Justeru itu GESA mengajak rakyat terutama golongan muda kepada kesedaran kuasa mereka dalam sistem demokrasi yang dapat menentukan halatuju sebuah pemerintahan. Hak keistimewaan Bumiputera. hendaklah memelihara dan mempertahankan syarat-syarat yang diberikan. mereka boleh menetapkan syarat bahwa manamana Parti yang mahu dipilih sebagai pemerintah. perseimbangan kuasa antara parti dan ketelusan mahkamah. dan seterusnya mengawal kebebasan intitusi perundangan.

7. Masyarakat Islam yang dibina oleh Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam adalah masyarakat yang prihatin. bangun untuk kembali menilai dalam menaikkan dan menjatuhkan sesebuah pemerintahan yang dikehendakinya dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Setiap undi kita adalah penentu masa depan Negara dan rakyat. tiada kompromi dalam kebatilan. umat Islam wajib berjuang dalam menunaikan habluminannas untuk menyempurnakan ubudiahnya pada Allah. demokrasi hanya dibenarkan dalam perlaksanaan dasar Islam agar benar-benar menepati kehendak dasar-dasar yang ditetapkan. PERJUANGAN NABI KITA JEJAKI. 2) Oktober 2010 . Apa yang penting kita berjuang dari Rakyat kepada Rakyat dengan menjadikan Parti politik dan pilihanraya sebagai wasilah kita dalam menunaikan habluminannas sebagaimana yang dituntut oleh Islam. berani. Hak bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. menjadi pemerhati dan penasihat bagi pemimpin serta bebas menyuarakan pandangan.3. 5. Islam bukan mendokong demokrasi Barat yang memberi kebebasan pada rakyat bagaikan Tuhan dalam menentukan apa jua dasar. Rakyat dan Negara . Hak Islam sebagai agama persekutuan. Hak Raja berperlembagaan. 6. GESA melihat disinilah pentingnya institusi rakyat Melayu Islam perlu disedar dan dikuatkan agar benar-benar menggunakan kuasa mereka. maka habluminnanas kita membawa kepada dosa sesama insan yang akhirnya boleh memusnahkan Habluminnallah (Hubungan dengan Allah). 4. Hak kebebasan rakyat dan Hak keadilan kepada semua kaum. KEPADA ALLAH KITA BERTAWAKKAL’ -8- Risalah GESA (Bil. GESA menyeru khusus pada generasi muda agar mari kita bersama membina budaya politik baru yang sihat atas sifat hormat menghormati serta mendukung kepada dua Gagasan Dua parti demi kebaikan pada Agama. SERUAN Dalam ruang lingkup demokrasi yang diamalkan di Negara ini. berilmu. BERANI BERUBAH DAN MERUBAH. jika kita menaikkan kerajaan yang tiada boleh berlaku adil dan banyak menzalimi rakyat. Mari kita peka politik dan mengundi bukan atas dasar sebagai warga Negara Malaysia semata-mata tetapi sebagai muslim yang diniatkan untuk mendapat keadilan bagi seluruh rakyat. ‘DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT. Islam bukannya demokrasi tetapi menghormati demokrasi dalam memberi kebebasan suara kepada rakyat. Islam sudah memiliki dasar yang telah diputuskan oleh wahyu dan tiada boleh diubah.

keluarga. Justeru Islam mengajar kita hanya wajib taat pada Allah dan Rasul sahaja tanpa ada bantahan. Namun terhadap pemimpin di kalangan manusia. Mohd Rizal Moideen dalam satu wawancara khas dengannya baru-baru ini menyifatkan negeri Kelantan boleh dianggap -9Risalah GESA (Bil. Amal ma'aruf nahi mungkar wajib dijalankan. Kebijaksanaan politik perlu dipupuk pada rakyat ketika remaja lagi agar mereka menyedari kepentingan diri mereka terhadap masa depan negara. amanah dalam perlaksanaan. bermula daripada individu. Perseimbangan ini juga perlu wujud dalam politik Malaysia demi kebaikan pada negara dan rakyat. Mohd Rizal Moideen dalam satu wawancara khas dengannya baru-baru ini menegaskan. malah memberikan pelbagai kebaikan kepada pelbagai pihak. kebaikan pada agama. 2) Oktober 2010 . masyarakat dan pemerintahan demi mewujudkan keharmonian kehidupan insan dalam segala aspek. Mewujudkan budaya taksub pada parti tanpa menilai dasar yang dijalankan. Presiden Gerak Massa (GESA).Wawancara Seksyen Wajah Akhbar Siasah Malaysia Perlu Menuju Kepada Dua Gagasan Parti Politik Presiden sebuah NGO. kepatuhan tiada mutlak dan melibatkan syarat-syarat yang ditetapkan. Dunia ini juga ada perseimbangan kuasa apabila wujud dua kuasa besar dunia iaitu Amerika dan Rusia yang sentiasa bersaing.Liputan Media . Rakyat mesti berani keluar dari terus dikuasai oleh satu parti politik tertentu sahaja sehingga menyebabkan mereka menjadi angkuh dan berlagak bagaikan Raja Bersiung. kewujudan Pakatan Rakyat amat wajar dimanfaatkan dengan baik oleh setiap pihak kerana ia bukannya merugikan orang Melayu. Gerak Massa (GESA). LAPORAN PENUH ==================================================== Kolum: Permata Oleh Aziz Muda ALLAH mencipta alam ini dengan perseimbangan untuk mewujudkan keharmonian alam. Sehubungan itu. Malaysia perlu menuju kepada dua gagasan parti politik. keamanan rakyat dan lainnya akan menghancurkan masa depan negara dan merugikan rakyat. kecekapan pengurusan. Sistem demokrasi diwujudkan untuk memberi kuasa kepada rakyat dalam mengawal parti-parti yang memerintah.

bahkan mereka boleh bersama dengan sebarang aktiviti mana-mana parti. Perak. Rakyat Kelantan tiada terikat sepenuhnya dengan mana-mana parti tetapi mendukung prinsip “apa kebaikan parti itu pada mereka”. Baik PAS atau Umno perlu berhati-hati dengan kesedaran politik rakyat Kelantan kerana mereka boleh berubah dengan sekelip mata jika dilihat dasar atau perangai pemimpin yang menyusahkan mereka. begitu juga mereka dalam PAS boleh memangkah Umno jika tidak bersetuju dengan sesuatu isu. ramai ahli politik yang tertipu dengan rakyat Kelantan. “Kaum Cina juga adalah golongan yang bijak politik.10 - Risalah GESA (Bil. Terengganu dan Pulau Pinang. Korea.‘Universiti Politik’ kerana rakyatnya pandai mengajar orang politik bagaimana untuk berpolitik secara jujur. . Kedah. Namun. Indonesia dan lainnya. Sikap ini amat memberi kebaikan kepada rakyat dan menggerunkan parti-parti politik yang memerintah. kuasa rakyat adalah raja yang patut digeruni dan parti politik adalah khadam yang perlu mematuhi kehendak rakyat. mereka adalah golongan yang bijak dalam menuntut kemahuan mereka dengan orang-orang politik. “Kebijaksanaan rakyat Kelantan kini telah menular kepada Selangor. Kadangkala sikap zahir mereka terhadap parti tertentu tidak menggambarkan pegangan mereka yang sebenar.” katanya. Kesedaran politik kaum India juga sudah mula kelihatan sehingga mereka sudah berani mengajar Presiden MIC sendiri dan pengikutnya apabila melihat sudah tidak mampu membela mereka. Sarawak dan negeri-negeri lain. Menurut Mohd Rizal. Para pemimpin negara-negara tersebut akan meletak jawatan jika adanya penyelewengan atau skandal kerana tidak sanggup berdepan dengan persoalan dari rakyat. Jiwa mereka mahu perubahan tetapi penuh keraguan kerana tiada kemerdekaan. Thailand. Mereka bukan golongan fanatik pada parti MCA. sesetengah golongan Melayu dan India di Malaysia kini masih berada dalam lingkaran ketaksuban kepada parti walaupun persekitarannya sudah berubah kepada pemikiran baru. Kesedaran “Kuasa Politik” ini sudah lama dimiliki oleh negara-negara Eropah. “Mana-mana parti yang dilihat dapat memberi apa yang mereka mahu. GERAKAN atau DAP. “Rakyat sudah mula memahami bahawa dalam sistem demokrasi. Maka parti-parti kaum Cina amat takut pada kaumnya dan berlumba-lumba memberi yang terbaik pada kaum mereka. Jepun. mereka akan bersatu menyokongnya walaupun baju di tubuh mereka MCA. Mereka yang berada dalam Umno boleh memangkah PAS. Begitu juga dengan Negeri Sembilan. sehingga ramai pemimpin kini tidak tidur malam disebabkan takut dosa-dosa mereka akan dihukum oleh rakyat nanti. Filipina. GERAKAN atau DAP. Mereka tidak menzahirkan sikap mereka pada mana-mana parti. 2) Oktober 2010 .

Sehingga merasa terlalu sukar dan terus takut untuk berubah dan merubah walau sedar masa depan diri. Mohd Rizal menegaskan. “Mana hilangnya semangat juang. rakyat terus menyembah para pemimpin mereka tanpa mengetahui penyelewengan mereka atau buat tidak tahu walaupun tahu. menjelma dalam wajahwajah yang baru. sedang mereka golongan ‘penjajah politik’ yang diberi kuasa terus bermaharajalela.11 - Risalah GESA (Bil. namun adakah kita sebagai orang Melayu dan rakyat seluruhnya juga telah merdeka? atau jiwa dan minda kita masih terbelenggu? Penjajah British telah lama keluar dan bendera Union Jack tidak lagi berkibar megah di sini. 2) Oktober 2010 . “Mana-mana gagasan politik yang tiada meletakkan orang Melayu Islam sebagai kuasa utama. Dengan cerdik bodoh itu. Berita Harian dan lainnya. Mereka mahu rakyat terus berada antara bodoh dan cerdik. mereka mahu rakyat terus menerima maklumat daripada berita yang dikawalnya seperti saluran RTM. Justeru itu mereka merangka sistem pendidikan yang menjadikan rakyat yang cerdik-cerdik bodoh. Oleh itu. mereka terus senang ditipu dan diperbodohkan dengan pelbagai slogan dan program. Lupa amanah dan lupa diri bahawa mereka hanya pemegang dan pelaksana amanah yang kita sebagai rakyat berikan. keluarga. Oleh kerana tiada kesedaran dan ‘homework’ yang dilakukan oleh rakyat secara serius. keberanian dan kesepakatan antara kita sebagai rakyat. mereka cerdik dalam bidang mereka tapi bodoh dalam bidang lain. rakyat perlu keluar dari pemikiran itu dengan mendukung kewujudan “Dua Gagasan Parti Politik”. jika terlalu cerdik atau bodoh akan menyusahkan mereka. Andai dulunya dikawal oleh pihak penjajah asing. namun kini oleh ‘penjajah politik’ yang rakus pula. Segala pintu maklumat yang lain daripada mereka akan dikawal dengan pelbagai akta. Kejahatan yang paling besar dilakukan oleh para penjajah ini kepada bangsa Melayu ialah menjadikan mereka tiada daya fikir dan tiada jiwa yang berani. hingga suara kita tidak lagi padu dan menggugat. TV3. semakin lemah jadinya. yang lebih dekat dan hampir dengan kita. namun 'semangat atau puaka' penjajahan seakan masih menghantui rakyat. maka gabungan tersebut akan ditolak oleh rakyat . Penyatuan Umno dengan PAS yang sedang diusahakan oleh golongan tertentu hanya membawa kembali kepada kemunduran dan pemandulan pemikiran politik rakyat Malaysia. “Negara kita telah merdeka lebih 53 tahun lamanya. malah langsung tiada kepekaan dengan politik. Iklim politik Malaysia mengkehendaki dua gagasan parti yang tetap meletakkan orang Melayu Islam mengetuainya dan kaum lain tiada dipinggirkan. generasi dan Agama juga negara diperjudikan.Kejadian itu berlaku kerana pemikiran (mentaliti) mereka sudah lama dikawal dan dimanipulasi. Utusan Malaysia. lalu terus mudah dibiarkan dan tidak dipedulikan? khazanah negara terus dirompak dan maruahnya digadai? Hak kita dan generasi masa depan terus dicabul dan diperkosa? Terus diperhamba dan diperguna hingga akhirnya kita berseteru sesama kita.

Ia akan menyebabkan budaya fikir rakyat akan lemah sehingga akan menjadi golongan yang tiada minat dengan politik. yang rugi hanya sesetengah Melayu dalam Umno. menghentikan bantuan. Begitu juga jika gagasan itu tidak menghimpun bersama parti kaum lain. menahan royalti dan lainnya. Sistem demokrasi hanya wujud pada nama tetapi tidak wujd dalam perlaksanaan yang sebenarnya.Melayu Islam. akhlak yang tinggi serta memperbanyakkan dialog terbuka antara dua gagasan parti ini agar dapat memberi peluang kepada rakyat menilai siapakah yang sepatutnya diserahkan pentadbiran negara ini. Sehubungan itu. menahan projek. Apa yang penting. Mohd Rizal menjelaskan. kafir mengkafir. Perbezaan pendapat boleh menjadi rahmat jika pandai menanganinya secara positif dan ia akan membawa kemajuan kepada bangsa Melayu Islam di negara ini. “Perpecahan orang Melayu dalam politik tidak boleh dianggap merugikan. “Rakyat perlu memiliki nilai agama. menyekat peluang kerja. ia hanya memberi kebaikan pada pemerintah tetapi bukan pada rakyat untuk diberi kuasa membuat pilihan. perpecahan politik tidak dibawa dalam bentuk emosi kemarahan sehingga membawa perpecahan dan kelemahan bangsa seperti memulau makan kenduri. . Jika hanya ada satu parti yang perlu dipilih tanpa ada persaingan untuk rakyat membuat pilihan.” tegasnya. kuasa Melayu yang memimpin dua gagasan parti di negara ini tidak akan wujud. Pemimpin akan terus dapat melakukan penyelewengan tanpa takut kerana rakyat tiada pilihan yang diberi seperti TNB yang rakyat terpaksa menerima apa jua kenaikan tarif elektrik yang mereka tentukan. Penggabungan PAS dan Umno hanya akan menyemarakkan lagi api perkauman dan dibimbangi akan merebak menjadi barah yang tiada mampu dikawal lagi sehingga membawa bahaya pada negara. 2) Oktober 2010 . Jika PAS dan Umno disatukan. malah amat menguntungkan mereka apabila dua golongan ini bersaing dalam memberi kebaikan kepada orang Melayu Islam dan kaum lain. ia akan merugikan rakyat kerana terpaksa memilih mereka walaupun setuju atau tidak setuju. “Sikap politik sempit dan tidak matang ini yang perlu diperbetulkan antara pendukung kedua pihak.12 - Risalah GESA (Bil. kita perlu bangunkan budaya fikir dan berani membuat perubahan di kalangan rakyat dengan menggerakkan seluruh rakyat supaya prihatin pada politik demi masa depan mereka. bukannya perlu pergabungan parti. “Orang Melayu tiada kerugian apa-apa apabila berlakunya penukaran kepada Pakatan Rakyat. Saingan Gagasan dua parti politik yang mempunyai dasar dan corak pentadbiran yang berlainan menjadikan rakyat mempunyai pilihan dan akan menjadi kuasa yang digeruni oleh kedua Gagasan Politik tersebut. tidak bertegur sapa. ia juga akan ditolak oleh kaum lain.

atas tujuan untuk menggerakkan (menyemarakkan) kuasa kesedaran rakyat dalam menentukan kuasa politik (hala tuju pemerintahan negara) demi kebaikan agama. ketegasan Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dukungan pimpinan DAP yang telah berjaya mewujudkan Pakatan Rakyat. GESA beribu pejabat di Lembah Klang.” katanya. keterbukaan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Mengakhiri wawancara dengannya. rakyat dan negara.” Perdana Menteri mula turun padang dan lainnya.” Pihak pemerintah mula menyedari perlu kepada penyatuan Melayu Islam dengan PAS. Ia telah ditubuhkan beberapa bulan lalu. Rakyat Malaysia perlu berterima kasih pada kebijaksanaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. rakyat kini sudah mula mempunyai pilihan sehingga pihak pemerintah hari ini sudah mula pandai dengan ayat “muhasabah. marilah kita mengenang jasa Umno dan BN sebagai gagasan parti yang ada jasa dalam permodenan Malaysia. ayat 11 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” untuk dijadikan pengajaran oleh setiap pihak.” ujar beliau. Mereka mula gerun dengan suara rakyat dan mula membaiki kelemahan pemimpin dan pengurusan.“Politik yang meletakkan parti sebagai 'raja' yang wajib dipatuhi rakyat dengan taktik menakutkan dengan pelbagai ugutan dan ancaman perlu dibuang pada era dunia penuh maklumat ini. Marilah kita berganding bahu mendukung pembinaan kuasa rakyat di atas landasan prinsip ajaran Allah dan Rasul demi masa depan agama. . 2) Oktober 2010 . Mereka bagaikan puteri yang menjadi rebutan dua jejaka. dengan bermottokan “Dari Rakyat Kepada Rakyat. sehingga membawa keseimbangan kepada senario politik negara dan memberi cabaran kepada Barisan Nasional. Maka lahirlah slogan “Rakyat Didahulukan. “Marilah kita berubah dan merubah! Kepada Allah jua kita bertawakkal. Mohd Rizal tidak lupa membacakan firman Allah dari Surah Ar-Ra’d. Dengan kewujudan Pakatan Rakyat. “Kepada generasi baru. namun sudah sampai masanya Umno berehat dengan memberi peluang kepada Gagasan Parti Politik Alaf Baru mentadbir negara ke arah yang lebih baik. negara dan rakyat. Pencapaian Diutamakan” dan “Satu Malaysia. Iklim politik yang meletakkan orang Melayu Islam sebagai kuasa politik utama perlu dipertahankan. namun gagasan parti politk serta dasar-dasar dan pengurusan negara perlu ada penilaian semula. Berani Berubah dan Merubah”.13 - Risalah GESA (Bil. “Kewujudan dan perseimbangan dua kuasa gagasan rakyat amat memberi kebaikan jika rakyat bijak menggunakannya. berubah jika kita tidak mahu diubah.

4 lagi kerusi dirampas AP Melayu dari PAS dan PKR dari MCA dan MIC. 6 PBB.56% daripada 222 AP. Penerbitan Risalah ini adalah sebahagian daripada usaha GESA dalam menjayakan visi dan misi yang digariskan. 23 PAS. Jumlah AP Melayu pada 2008: 78 UMNO . 56. 019-4207549 (Hanif) atau 019-2656595 (Zulhazmi). GESA amat mengalu-alukan sumbangan artikel dan pandangan bertulis dari mana-mana individu juga organisasi untuk dimuatkan dalam penerbitan yang akan datang.tiada satu pun sumbangan daripada UMNO. Sumber: akhbar Siasah 18-24 julai. Angka tersebut menepis dakwaan bahawa PRU 12 menghakis suara dan kuasa politik Melayu.Fakta Penting Tahukah anda bahawa Ahli Parlimen (AP) Melayu semakin bertambah pada PRU 2008 daripada PRU 2004: Jumlah AP Melayu pada 2004 : 110 UMNO. 1 PKR = 123 orang. . Tulisan Mohd Nasir Awang Pihak GESA mengalu-alukan segala bentuk kerjasama dan sumbangan yang sedia dihulurkan oleh mana-mana pihak yang berkongsi cita dan harapan yang sama. 3 tambahan dari PBB ekoran pertambahan kerusi di serawak.16 % daripada kesemua AP 219. Fakta yang lebih menarik: Penambahan AP Melayu pada PRU 12 berbanding PRU 11 . 23 PKR. 2) Oktober 2010 . Sebarang pertanyaan berkaitan GESA dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan boleh diajukan kepada wakil-wakil GESA di talian 013-9932644 (Rizal). 6 PAS.14 - Risalah GESA (Bil. 58. 9 PBB. 4 BEBAS = 130 orang.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful