APAM BALIK

Hari ni husband Jeni gi outstation 3 hari. Ku bekalkan favourite kuihnya si Apam Balik. Memang sedap Apam Balik Kak Noormasri ni. Sebijik rasanya macam apam balik pasar malam. Nak buat pun senang. Macam tak percaya je dah buat Apam Balik sendiri. Hehe. Sumber: NoorMasri Bahan-bahan 2 cawan tepung naik sendiri } diayak 1/4 cawan gula 1/2 sudu kecil soda bikarbonat sedikit pewarna kuning 1 biji telur 1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kureng skit lah rasanya nanti) 1/2 sudu kecil baking powder 1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur 1 tin jagung krim - untuk ditabur 1 cawan gula - untuk ditabur sedikit mentega Cara membuatnya

1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning. 2. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. 3. Panaskan pan ‘non stik’ tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan. 4. Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup). 5. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega. 6. Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.
ROTI JALA

Ini pulak yang dibuat semalam. Beli kuali leper baru naik syok pulak menjala. Dulu guna frying pan aje. Terbatas tebaran jala ku. Satu adunan dapat 30 keping roti jala. Saya buat 3 adunan smlm. Sukatan resipi ini sesuai untuk acuan roti jala yang tembaga. Acuan ni mama yang belikan kat penang dulu. TQ mama. Sungguh berjasa acuan ini hehehe.

Roti Jala ni macam cair tapi dengan kepekatan ni la bancuhan dia turun tak putus-putus masa tengah menjala. Kalau bancuhan tu turun berdot-dot ertinya bancuhan tu pekat. Kuantiti air tu actually bergantung pada lubang acu tu. So kalau tercair atau terpekat adjust tepung dengan air ye. Dan kalau saya buat cawan acu tu memang sentiasa penuh semasa nak menjala, sebab bila penuh dia berat sikit, jadi bancuhan dia pun turun elok. Bahan-bahan 2 cawan tepung 3 cawan air 1 cawan susu segar/santan 1 sdt serbuk kunyit 1 sdb minyak 1 1/2 sdt garam Cara 1. Blend kesemuanya

TOM YAM PUTIH

Demam-demam macam ni, Tom Yam Putih tops my carta makan sedap minggu ini. Simple yet satisfying hingga ke anak tekak. Inspired by Rumey’s Tom Yam masa makanmakan @ Sri Wangi semalam. Tomyam Putih Source : Kawan-kawan Resipi.net Bahan-bahan 2 biji bawang besar dibelah 8 3 ulas bawang putih dititik 3 batang serai dititik 2 inci lengkuas dihiris dan dititik 1 kg ayam potong kecil 1 biji tomato potong 8 1 batang celery Cili padi ditumbuk/Cili hijau belah 4 Sebatang carrot potong panjang seinci Jus limau nipis / jus lemon Daun limau purut Cara Membuatnya 1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sekejap sahaja. Jangan sampai garing. 2. Masukkan ayam dan tumis sekejap. Tips dari mastura untuk menghilangkan bau hanyir. 3. Masukkan air dan carrot. Masak sampai mendidih. 4. Masukkan bahan-bahan lain kecuali jus limau nipis dan daun purut. 5. Masukkan garam secukup rasa. 6. Setelah masak semua sayuran tadi (jangan sampai lembik) tutup api dan masukkan daun limau purut dan jus lemon secukup rasa. Nota : Tambah la apa-apa lagi yang disukai, udang, sotong, cendawan, kobis bunga dan segala macam.
August 20th, 2008 | by Jeni |

Yang dah frozen dalam pasaran kat malaysia ada bahan tambahan sikit) 1/2 sudu kecil garam halus 1/2 sudu kecil daun basil kering 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam 1/4 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu besar tepung jagung Cara Membuatnya 1. so rasa fresh sebab baru keluar dari mesin minced meat. Meatball Sumber : Julia Moscow Bahan-bahan 250 g daging cincang fresh(kat sini daging cincang tiada bahan pengawet. Ianya ringkas dan sedap. Resipi meatball julia ni memang menjadi pilihan bila buat spaghetti meatball. . Campur semua bahan-bahan hingga sebati kecuali tepung jagung. Kalau ada mesin boleh buat sendiri lagi sedap. Sos spaghettinya saya guna prego aje.ini pula yang baru dimasak tadi. Enjoy.

Sekilo SAR 10 sahaja. Bulat-bulatkan daging kepada saiz bola ping pong. Akhir sekali baru campurkan tepung jagung. It looked so tempting ! I was so tempted ! Before that people told me orang dah kahwin saja can eat Sup Ekor. Well . March 24th. I still don’t get it . 4. we were still green and innocent *eyes batting*). there’s no stopping me and my Sup Ekor. 3. apa kena mengena Sup Ekor and orang dah kawin *garu kepala* Thee he he … Bahan-bahan 1 kilo ekor lembu 2 biji bawang besar dikisar 4 ulas bawang putih kisar 1 inci halia kisar 2 inci lengkuas dihiris tebal 2 bunjut sup tulang 1 biji bawang besar dipotong 6 . Boleh juga disimpan frozen untuk kegunaan akan datang. Kewl huh. Teringat the first time I had Sup Ekor was when I went dating with Encik Suami.2. gone were the innocent years.. Selamba saja dia makan. After the first sip. And my male friends will gelak-gelak (this was during our campus years. 2007 | by Jeni | Ekor lembu kat Riyadh ni murah betul.. Siap untuk direbus atau digoreng dengan dicelup telur.

5. Di dalam periuk lain. (I took 3-4 hours to rebus atas api sederhana). buat tomato. Rebus ekor sampai empuk. 4. Dan Ayam Goreng Mentega ini resep pertama yang ku cuba. 6. Bahan-bahan Ayam dipotong kecil . tumis bahan kisar hingga wangi. March 4th. 2007 | by Jeni | Setelah merayap-rayap mencari menu apa nak dimasak semalam. bawang. Masukkan lengkuas dan sup bunjut. 2. Jeni terjumpa satu website masakan Indonesia di Herti’s Kitchen Gallery.Buah Tomato dipotong 4 Batang Celery Cili padi ditumbuk kasar 1 kiub daging Perahan limau nipis/lemon secukup masam Garam dan gula secukup rasa Cara Membuatnya 1. Waduhh waduhh enak bangat ku lihat gambarnya. cili padi dan kiub daging. Dia memang macam Ayam Masak Kicap tapi Jeni rasa rasa menteganya menyebabkan dia ada rasa lain sikit. bau dia sedap dan makan pon confirm sedap. Memang sedap. 3. Perasakan secukup rasa. Masukkan ekor lembu dengan air rebusannya sekali. Apabila mendidih masukkan batang celery. I recommend this recipe for all to try. Apabila batang celery dan tomato sudah empuk masukkan perahan limau nipis. Harus ku coba satu persatu.

Kemudian goreng hingga masak.100g bawang bombay dihiris kasar 4 ulas bawang putih ditumbuk 2cm halia ditumbuk 1 batang daun bawang dipotong kasar 1 sudu makan sos tiram 1 sudu makan kicap masin 3 sudu makan kicap manis 3 sudu makan mentega Air limau nipis secukupnya Lada sulah secukupnya Cara Membuatnya 1. Biarkan sampai meresap. 5. 2007 | by Jeni | Dulu kat pasar malam Jeni selalu suka beli Roti John Unan kat pasar malam Melawati. garam dan serbuk lada sulah. Lagi pun rasa macam malas nak masak sebenarnya : ) Jadi jeni pun jalan-jalan ke blog-blog masak kat internet. 6. March 2nd. Jadinya teringat pulak nak try buat untuk dibawa ke Kelas Hadis kat sini. Tumis bawang putih dengan halia dengan 2 sudu makan minyak dan mentega tadi. Masukkan bawang besar dan kacau hingga agak layu. Perap ayam dengan air limau nipis. Masukkan daun bawang dan gaul lagi. Masukkan sos tiram. 2. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Angkat. Jumpa resipi Roti John ni dari blog mamafami yang sumber asalnya dari resipi . 3. 4. kicap masin dan manis.

Sudukan campuran daging + telur ke atas roti burger yang telah dibelah dua. 10. 4. Masukkan daging kisar dan rempah kurma dan tumis hingga masak. Apabila telah masak. 7. 6. Nasi Dagang dihasilkan dari beras pulut. 2. So dapat basic bahannya Jeni pun cook up Roti John ni ikut apa yang ada kat dapur ku. kaum-kaum ibu tak tau pun Jeni bawa apa sebab sebelum sempat diorang tengok. Panaskan frying pan. Perasakan sekali lagi dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Nasib baik Zura. 3. Boleh taburkan apa-apa sayuran yang disukai Nasi Dagang dan Nasi Tapung Nasi dagang merupakan kelebihan utama Negeri Kelantan. Perasakan dengan garam. 9. Telangkupkan ke atas frying pan. Semalam kat kelas hadis. Roti John ni dah lesap habis dimakan oleh budak-budak. Angkat dan masukkan daging yang telah dimasak ke dalam mangkuk. Sapukan mayonaise dan sos yang disukai. 5. Nasi dagang dihidangkan dengan gulai ikan tongkol ( ikan aya ) dan gulai ayam. Angkat.kak liza. . 8. 12. 11. telangkupkan ke atas bahagian burger yang lagi satu. Masukkan telur dan pukul rata. tuan rumah sempat jamah satu : ) Sumber : Mamafami & Kak Liza Bahan-bahan 400g daging kisar 1 biji bawang besar dipotong dadu 5-6 biji telur 3 sudu besar rempah kurma Daun bawang dihiris halus Cili merah dicincang halus 1 biji kecil cili cameron hijau Sos Cili Mayonaise Garam Lada Sulah Roti burger Cara Membuatnya 1. Tumis bawang besar hingga wangi.

Dikukus sekali lagi sampai menjadi lembut dan berminyak.Nasi Dagang Bahan-bahannya: 2 kati beras kasar 1/2 kati beras pulut 1 1/2 biji kelapa 2 cawan air 1/2 cawan bawang merah 2 biji bawah putih 1/2 inci halia 1 sudu kecil halba Sedikit gula Sedikit garam Cara membuatnya: Kedua beras dan pulut dicampur rata. bawang.php Nasi Tapung Nasi tapung ini di bungkus dalam daun pisang. Nasi Tapung boleh dimakan bersama kari atau rendang daging. Sumber maklumat : http://azri. Beras yang direndam ditoskan dan dikukus sampai masak. kemudian direndam selama 1 malam atau 8 jam. Laksa Kelantan adalah berbeza jika dibandingkan dengan laksa Penang. laksa Johor dan lain-lain. santan.Bawang merah. bawang putih dan halia diracik dan dicampurkan dengan halba. Masak santan dengan gula dan garam sampai mendidih. .free. Laksa Laksa adalah sejenis mee putih yang dihidangkan dengan kuah yang diperbuat daripada ikan. asam jawa dan cili. Diangkat dan dikacau nasi tadi dengan santan yang dimasak dan juga bahan-bahan yang diracik tadi.fr/resepi/nasi_dagang. Kelapa ambil intipatinya sahaja kira-kira 2 atau 2 1/2 cawan.

kemudiaan setelah ikan tersebut sejuk asingkan isi dan tulangnya.Masukan kesemua bahan yang telah digilingkan bersama dengan isi ikan yang telah dimesinkan. Masukan juga bahan-bahan lain seperti asam keping.bunga kantan dan daun kesum Cadangan Hidangan: Anda boleh menghidangkan laksa dengan sedikit hirisan timun. telur dan juga sedikit cili api mengikut citarasa masing-masing. .Bahan-Bahan: Bahan-bahan utama : Laksa Minyak ( Direbus seketika ) 6 ekor ikan kembung bersaiz sederhana 1 Bunga Kantan Sedikit daun kesum 4 keping Asam Keping saiz sederhana Bahan-bahan kuah (Dimesin atau digiling) : Sedikir Cili kering Sedikit Belacan 2 Ulas bawang besar Cara Membuat Kuah : Rebuskan ikan sehingga masak. letakan sedikit air dan mesinkan. Mesin kesemua isi ikan. bawang.

SAMOSA AYAM/DAGING. BINGKA LOBAK MERAH.boleh lah dipotong dan dinikmati bersama rendang/kari . LOMPAT TIKAM. hujungnya diikat kemas2 Kemudian gulung dlm aluminium foil. CEK MEK MOLEK. KUIH TALAM HIJAU. POPIA MINI. PAU. BINGKA UBI KAYU.optional air secukup nya Cara membuat: • • • • • • • • • Beras pulut dibersihkan kemudian direndam dlm air selama 3-4 jam Toskan beras pulut. KUIH KASUI. BUBUR SUM SUM. KUIH KETAYAP. kemudian dikukus hingga separuh masak (naik wap) Campurkan garam dan gula ke dalam santan. KUIH TALAM BERLAUK. letakkan pulut atas nya dan gulung padat2 jd bentuk silinder. KUIH CARA MANIS.LEMANG PERANTAU. sejukkan sket. letakkan semula suapaya daun pisang tadi agak garing (jika suka lemang yg garing kulitnya) Keluarkan dr oven. Angkat pulut. LEPAT LABU. KUIH BAKAR. TAPAI PULUT. TALAM BERLAUK. KUIH KERIA. masukkan ke dlm mangkuk besar kemudian gaulkan dengan santan secukup rata Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus lagi hingga masak. POPIA GORENG SOS PLUM.tujuannya supaya pulut td padat (leik) Kemudian keluarkan dr oven. KUIH LAPIS PANDAN.buka foil. KEROPOK LEKOR. BINGKA UBI KAYU. Kemudian ambil daun pisang. masukkan dlm oven pd suhu 180'C-200'C selama 45 min . CUCUR UDANG.. DONUT. PULUT SERUNDING.. ROTI JALA. KUIH LAPIS LEMANG PERANTAU Bahan-bahan: • • • • • 1 kg beras pulut 2 1/2 cawan santan pekat 1 sudu besar garam (paras rata) 1 sudu besar gula (paras rata) . ONDE-ONDE. KARIPAP DAGING. ASAM GUMPAL TRG. MURTABAK PERANTAU. APAM BALIK. CUCUR UDANG.

Variasi: Jika inginkan bingka yg berwarna kuning.jika suka lebih manis boleh jadikan 1 cawan 30 g mentega (cairkan) secubit garam Cara membuat: • • • • • • Campurkan gula perang bersama santan. BINGKA UBI KAYU versi kuning gambar & resepi ehsan Pn Za Bahan-Bahan: • • • • • • • • • 4 cawan ubi kayu yang telah diparut 2 cawan santan 2 biji telur 1 cawan gula pasir 4 sudu makan minyak jagung untuk campur dlm adunan secubit garam sedikit pewarna kuning 2 sudu makan minyak jagung untuk dileserkan pada loyang Loyang berlubang ditengah Cara membuat: • • Panaskan oven 150 darjah Celcius selama 10 minit Campurkan semua bahan hingga sebati. mentega dan secubit garam Kacau hingga semuanya sebati Lumurkan loyang dgn sedikit butter Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pd suhu 150Â’C selama 1 jam atau sehingga masak. telur. . kacau sehingga gula perang larut. tukarkan gula perang kpd gula pasir dan masukkan beberapa titis perwarna kuning. Kemudian masukkan ubi kayu.BINGKA UBI KAYU Bahan-bahan: • • • • • • 600 g ubi kayu yg telah diparut (TIDAK PERLU perah airnya) 1 1/2 cawan santan pekat 1 biji telur 3/4 cawan gula perang.

kucai. CUCUR UDANG Bahan-bahan: • • • • • • • • • 4 cawan tepung gandum 250 g udang kasar 30 sen tauge 40 sen daun kucai (dipotong) 3 cawan air sedikit serbuk kunyit sedikit garam MSG secoet jika suka minyak utk menggoreng Cara membuat: • • • • • Bersihkan tauge. serbuk kunyit dan garam Kemudian bancuh dgn air sehingga sebati Panaskan minyak dlm kuali Sendukkan adunan bubuh sekor udang di atasnya dan goreng hingga masak.• • • Tuangkan kedalam loyang yang telah dileserkan dengan minyak jagung tadi. Bakar adunan ini selama 1 jam atau hingga masak pada suhu 150 darjah Celcius. Campurkan tepung dgn tauge. daun kucai dan udang. Sejukan baru dipotong. KUIH TALAM BERLAUK Bahan-bahan: • • • • • 200 g keladi yg telah diparut 180 g tepung beras 50 g tepung jagung 1000 ml santan (dari 1 biji kelapa) 1 sudu kecil garam .

Ketepikan. santan. Tutup api. tepung jagung. Tunggu sehingga betul-betul sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan Hidangkan bersama sos cili . masukkan udang kering goreng sehingga naik bau kemudian masukkan daging Goreng lagi sehingga air daging kering. Masukkan garam secukup rasa tutup api Masukkan daun sup. Masak di atas api perlahan sambil dikacau dgn pemukul telur sehingga naik wap. bawang goreng dan cili merah. daun bawang. Kemudian angkat loyang dan taburkan bahan lauk di atasnya.kacau sekata. kemudian ditumbuk 80 g bawang merah } dijadikan bawang goreng 1 tangkai daun sup } dihiris 1 tangkai daun bawang }dihiris 1-2 tangkai cili merah }dihiris garam secukup rasa 1-2 sudu besar minyak masak Bahan sos: • • • • • • 3 tangkai cili merah 1 ulas bawang putih 3 sudu besar air masak 1/2 sudu kecil cuka 2 sudu besar sos tomato garam dan gula secukup rasa Cara membuat: • • • • • • • • • Panaskan minyak kedlm kuali.Bahan lauk: • • • • • • • • 250 g daging kisar 50 g udang kering }dibasuh. dan garam. Di dalam periuk lain campurkan tepung beras. masukkan keladi kacau sebati masukkan kedlm loyang kemudian kukus sehingga masak.

hancurkan daun getah/daun jambu lauk/daun pisang .TAPAI PULUT Bahan-bahan: • • • • 1 kg beras pulut 1/2 biji ragi manis . Rendam selama 2-3 jam. ayakkan ragi atas pulut menggunakan penapis teh Gaul pulut dgn sudu supaya ragi tadi sekata Bungkus bahan tadi dlm daun dan cucuk dgn lidi supaya kemas Simpan kesemua bungkusan tapai dlm bekas berpenutup Kemudian balutkan dgn kain kemas-kemas Biarkan selama 2-3 malam baru lah tapai masak dan boleh dihidangkan Apabila dah manis tapai tu eloklah disimpan dlm petiais (lebih enak dimakan sejuk2) .utk membungkus lidi secukupnya Cara membuat: • • • • • • • • • • • • Bersihkan pulut. kukus semula sehingga naik wap (masak) Setelah itu angkat dan sejukkan di dalam sebuah talam/dulang yg bersih dan kering Apabila pulut dah sejuk. Kemudian pulut dikukus sehingga naik wap (separuh masak) Angkat kemudian masukkan dlm besen/bekas besar siramkan dgn sedikit air kemudian gaulkan supaya sekata Kemudian masuk balik dlm pengukus.

<!--[if !vml]--><!--[endif]--> ONDE –ONDE Bahan-bahan: • • • • • 1 paket tepung pulut 1 cawan air daun pandan ( jika tiada boleh guna pewarna hijau secoet + air paip) air paip secukupnya 1 keping gula Melaka } dipotong dadu ½ biji kelapa } diparut dan digaul dgn secubit garam Cara membuatnya: • • • • Uli tepung pulut bersama air daun pandan dan air paip secukupnya sehingga sebati dan menjadi doh Bulatkan adunan kecil-kecil dan masukkan gula Melaka di dlmnya Didihkan air dan masukkan adunan ke dlmnya Biarkan seketika hingga masak (timbul) .Nota: kalau malas nak bungkus dgn daun boleh juga kepal2 dgn tangan berlapikkan plastik jd bulat2 sehingga habis kemudian masukkan dlm bekas spt tupperware kemudian tutup rapat dan peram.gambo diatas akak buat cam tu je..

dlm petisejuk Cara membuat bahan B: • • • Gaul rata semua bahan B dalam mangkuk dan tapis. Kemudian masukkan adunan ini ke dalam periuk dan kacau atas api yang sederhana.• • Angkat dan toskan Kemudian gaulkan dgn kelapa parut dan sedia utk dinikmati LOMPAT TIKAM Bahan-bahan lapisan hijau A: • • • • • 1 cawan tepung beras 3 cawan santan cair ½ cawan air daun pandan ½ sudu kecil garam 1 sudu kecil air kapur Bahan-bahan lapisan putih B: • • • ½ cawan tepung beras 4 ¾ cawan santan 1/4 sudu kecil garam Bahan-bahan kuah C: • • • 1-2 keping gula melaka 2 cawan air 2 helai daun pandan } disimpul Cara membuat bahan A: • • • • Gaul rata semua bahan A dalam mangkuk dan tapis. Kacau sehingga mendidih menggunakan whisk telur. Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan kedlm bekas dan sejukkan. Kemudian tuang adunan dalam periuk dan kacau atas api sederhana Kacau sehingga mendidih menggunakan whisk telur (lebih kurang 15-20 min) kalau nak lembek sket dr gambo kacau 10 min aje .

Cara membuat bahan C: • • Masak gula melaka dengan air hingga hancur dan mendidih bersama2 daun pandan Tapis dan sejukkan dalam peti sejuk.• Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan kedlm bekas dan sejukkan dalam peti sejuk. Cara menghidangkan: • • • Potong lapisan hijau kedlm mangkuk kemudian ceduk lapisan putih ke atas lapisan hijau Siram dgn kuah gula melaka Sedia utk dimakan KUEH LAPIS PANDAN Bahan-bahan A: • • • • • • 1 1/2 cawan tepung gandum 2 s/b tepung beras 2 s/b tepung jagung 3/4 cawan gula 3 cawan santan 1 s/k garam .

Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit. Masukkan 1 senduk adunan hijau dan kukus selama 5 minit. 8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan. Tambahkan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan warna hijau.Bahan tambahan: • • • 1/2 cawan jus pandan pewarna hijau 1/2 cawan air Cara membuat: • • • • • • • • Gaulkan semua bahan A dan tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.Lapiskan adunan hijau dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.kalau guna yis kering segera sebyk 6 g saja tapi best yis basah . DONUT Bahan-bahan: • 20 g yis basah (fresh yeast) . Masukkan pewarna hijau dan jus pandan dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.

Kemudian masukkan baki susu. tutup dgn cling film selama 1 jam Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm Ambil penerap bulat. terap hingga habis Biarkan donut tadi atas dulang yg telah disapu dgn sedikit minyak dan biarkan selama 20-30 min Goreng sehingga keperangan dgn api perlahan Angkat dan toskan minyak nya bila sejuk bolehlah digaul kan dgn gula halus BUBUR SUM SUM Bahan-bahan: • • • • 1 cawan tepung beras 3 1/2 cawan santan 1/4 sudu kecil garam 2 helai daun pandan Cara membuat: • • • Gaul rata semua bahan dalam mangkuk dan tapis. Kemudian masukkan adunan ini ke dalam periuk dan kacau atas api yang sederhana Kacau sehingga mendidih menggunakan whisk telur.• • • • • • • 125 ml susu segar suam 25 g mentega } dicairkan 2 kuning telur 250 g tepung gandum 1 sudu besar gula halus minyak utk menggoreng gula halus secukupnya utk taburan Cara membuat: • • • • • • • • Campurkan yis dgn sedikit susu. kacau sebati. curahkan campuran yis tadi di tengah2 tepung kemudian gaul sebati Uli adunan sehingga menjadi doh yg licin (tidak melekat dijari) kemudian masukkan doh kedlm mangkuk besar. mentega. kacau. Ayakkan tepung ke dlm mangkuk adunan yg lain. kuning telur dan gula. .

Masukkan gula dan kacau hingga kering. ASAM GUMPAL TRG Bahan-bahan: • • • • • • • • 500 g sagu mata ikan 1 biji kelapa parut (buang kulit arinya) 200 g kacang hijau (yg telah dibuang kulitnya) 3 ulas bawang merah } dimayang halus ¾ cawan gula pasir } boleh tambah/kurang ikut citarasa masing2 sedikit halia } dimayang halus sedikit halba sedikit garam Cara membuat: • • • • • • Kacang hijau direbus hingga empuk dan hancur. Kemudian angkat dan sejukkan Kepal adunan kacang tadi menjadi bulat-bulat kemudian ketepikan Sagu dibersihkan dan percikkan sedikir air hingga kembang Siramkan sekali lagi dgn air panas mendidih sampai rata Buat begini hingga sagu boleh dibulat-bulatkan .• Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan kedlm bekas dan sejukkan dlm petisejuk Bahan-bahan kuah (air gula melaka): • • • 1-2 keping gula melaka 2 cawan air 2 helai daun pandan } disimpul Cara membuat kuah: • • Masak gula melaka dengan air hingga hancur dan mendidih bersama daun pandan Tapis dan sejukkan dalam peti sejuk.

Kukus sehingga masak selama 20 minit BINGKA LOBAK MERAH (Resepi sumbangan Pn Fatimah dr Brunei) Bahan-bahan: • • • 1 kg lobak merah (dipotong kecil dan direbus hingga empok) 250 gm mentega 6 biji telur . masukkan sagu yg telah dikukus tadi. Kacau selalu hingga mendidih. Buat begini hingga selesai Setelah selesai.• • • • Masukkan adunan kacang tadi dlm sagu sbg inti. Ulang sehingga adunan habis digunakan. Kacau perlahan dan rata kemudian bolehlah diangkat. Masukkan sedikit garam Bila telah mendidih. halba dan halia. kukuslah sampai masak Perah santan anggaran 2 cawan. Potongkan daun pisang mengikut saiz yg dikehendaki (berukuran 6 in x 6 in) Ambil sekeping daun pisang kemudian letakkan anggaran 2 atau 3 sudu besar adunan tadi ke atas daun pisang Kemudian bungkus dan lipatkan kedua-dua hujungnya. Kemudian jerang santan atas dapur. Masukkan bawang merah. LEPAT LABU (PUMPKIN) Bahan-bahan: • • • • • • • 3 cawan labu yg telah diparut 1/2 biji kelapa parut } kelapa muda dibuang kulit arinya 1 cawan gula 1/2 cawan santan pekat 2 cawan tepung gandum secubit garam – utk melemakkan kuih daun pisang secukupnya } dilayur terlebih dahulu utk mengelakkan pecah Cara membuat: • • • • • • Gaul kan semua bahan-bahan sehingga sebati.Bulatkan semula sagu tersebut hingga kemas.

POPIA MINI Bahan-bahan: • • • • Serunding ikan Kulit popia secukupnya Putih telur atau bancuhan tepung kanji } sbg bahan pelekat minyak utk menggoreng Bahan-bahan serunding: • • 500 g ikan selayang/mackerel } direbus kemudian ambil isinya 1 biji kelapa } jadikan 2 cawan santan pekat . Alas acuan dengan kertas kalis minyak dan sapukan dengan mentega setelah itu tuangkan adunan tadi dan bakar hingga masak.• • • • • 1/2 tin susu manis 1 tin susu cair 1 cawan gula (boleh dikurangkan) 1 1/2 cawan tepung gandum 1/2 sudu teh garam. Gula dengan mentega di pukul hingga kembang kemudian masukkan telor sebijisebiji. masukkan susu manis kacau lagi hingga rata. Cara membuat: • • • • Toskan Lobak yang telah direbus tadi kemudian dikisar dengan susu cair. Masukkan lobak yang telah dikisar kacau hingga rata akhir sekali masukkan garam dan tepung sedikit sedikit gaul hingga rata.

Bila serunding betul-betul kering bolehlah diangkat kemudian sejukkan. Kacau selalu dengan menggunakan api yg perlahan. lengkuas. Gulung popia kemas-kemas kemudian hujungnya sapukan sedikit putih telur atau bancuhan tepung kanji Ulang sehingga selesai Panaskan minyak yg banyak. kemudian letakkan serunding. bawang besar. Masukkan kesemua bahan-bahan kisar kedalam kuali bersama cili dan asam gelugor. bawang putih. Kemudian masukkan pula isi ikan dan 1 cawan lagi santan. rasakan gula dan garam secukupnya. sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara SAMOSA AYAM/DAGING Bahan-bahan: • • • • • • • • 1 bungkus kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm 2 cawan daging atau isi ayam } dicincang 4 ulas bawang merah } dikisar 1 cm halia } dikisar 2 ulas bawang putih } dikisar 1 labu bawang besar } dipotong dadu 500 g kentang } dipotong dadu 1 sudu besar rempah kari daging . keluarkan. Kisar hingga lumat. serai dan 1 cawan santan. kisar hingga hancur. goreng popia dgn api yg sederhana sehingga perang Angkat kemudian toskan minyaknya.• • • • • • • • • 5 sudu besar cili kering kisar boleh ditambah/kurang mengikut citarasa 2 cm halia 2 cm lengkuas 2 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 1 batang serai 1 keping asam gelugur 1 sudu besar gula garam secukup rasa Cara membuat serunding: • • • • • • • Masukkan kedalam pengisar halia. Simpan di dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama Cara membuat popia mini: • • • • • Potong kulit popia kpd saiz yg digemari.

Kemudian toskan kentang tersebut. goreng dgn api yg sederhana sehingga perang Angkat dan toskan minyak Sedia utk dimakan. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering. Kemudian masukkan daging/ayam. Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes. Ulang sehingga habis kulit popia. Cara membuat: • • • • • • • Ambil kulit popia dan potong kepada 3 bahagian memanjang.• • • 1 sudu besar rempah kurma garam dan gula secukup rasa minyak untuk memasak Cara membuat inti: • • • • • • • Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Lekatkan hujungnya dengan putih telur . tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak. KUIH BAKAR Bahan-bahan: • • • • • • • 7 biji telur 2 cawan tepung gandum 1 cawan gula 2 1/2 cawan santan pewarna hijau + 1 sudu besar air pandan secubit garam } untuk menambahkan rasa lemak sedikit bijan } hiasan Cara membuat: . Panaskan minyak. Angkat dan sejukkan. Masukkan bawang besar serta kentang. goreng sehingga daging/ayam masak. Letakkan inti secukupnya di bahagian hujung kemudian lipat dlm bentuk segitiga hingga sampai hujung kulit popia.

Loyang yang berdiameter 17 cm dilenserkan dgn sedikit minyak Tapis adunan supaya tidak berketul. . Bakar dalam oven pada suhu 150 'C selama 1 jam atau sehingga masak KUIH TALAM HIJAU Bahan-bahan: Lapisan Bawah • • • • • 2 cawan tepung beras 2 sudu besar tepung jagung 5 cawan air biasa 11 sudu besar gula .boleh dikurang/tambah mengikut citarasa masing-masing sedikit jus pandan/pewarna hijau Cara membuat: • • • Panaskan loyang di dalam periuk stim Campurkan semua bahan dan tapiskan Masukkan ke dalam loyang dan kacau sehingga menjadi adunan yg pekat dan berkilat.• • • • • Gaul tepung. Masukkan adunan ke dalam acuan dan tabur bijan di atasnya. gula dan air pandan + pewarna hijau sehingga sebati. telur. santan.

Tuangkan perlahan-lahan keatas lapisan bawah yang telah masak.• Kukus sehingga masak. Sejukkan dahulu baru dipotong. Lapisan Atas • • • • 3/4 cawan tepung beras 2 sudu besar tepung jagung 3 cawan santan sedikit garam untuk rasa lebih lemak Cara membuat: • • • • Campurkan semua bahan dan tapiskan. MURTABAK PERANTAU Bahan-bahan : anggaran 12 keping murtabak • • • • • • • • • • • • 12 keping kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm 2 cawan daging atau isi ayam cincang 4 ulas bawang merah } dikisar 1 cm halia } dikisar 2 ulas bawang putih } dikisar 1 labu bawang besar } dipotong dadu 500 g kentang } dipotong dadu 1 sudu besar rempah kari daging 1 sudu besar rempah kurma garam dan gula secukup rasa 6 biji telur (jika suka telur banyak boleh tambah sebiji dua lagi) minyak untuk memasak . Kukus sehingga masak.

Kemudian masukkan daging/ayam. kacau hingga sebati. Tumis lagi sehingga pecah minyak.Cara membuat inti: • • • • • • • Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Nota: Kentang direbus terlebih dahulu supaya intinya cepat siap/masak. ratakan inti tersebut. Angkat dan sejukkan. Kemudian lipatlah kulit popia itu bermula dari pepenjuru dibawa ke tengah sehingga menjadi 4 segi. Masukkan bawang besar serta kentang. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Cara membuat murtabak: • • • • • Telur dipukul sedikit kemudian dicampurkan dgn inti. . Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes. Masak dlm pan leper yg mengandungi sedikit minyak dgn api yg sederhana sehingga perang. Ulang proses diatas sehingga habis. kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering. goreng sehingga daging/ayam masak. Buka sekeping kulit popia kemudian letakkan secukupnya campuran inti + telur ditengah2 kulit popia . Kemudian toskan kentang tersebut. tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing Kemudian masukkan pes rempah tadi.

tapis. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya. Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2 . Daun pandan di blander dengan santan. Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk.tunggulah hingga masak. Tapis utk memastikan adunan tidak berketul Bila adunan siap masukkan kedalam acuan yang telah dipanaskan serta disapu minyak. telur & garam. Kemudian campurkan dengan gandum.KUIH CARA MANIS Bahan-bahan: • • • • • • 2 cawan tepung gandum 3 cawan santan 2 biji telur sedikit air daun pandan/pewarna hijau secubit garam gula secukupnya Cara membuat: • • • • • • Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.

KARIPAP DAGING Inti Daging Bahan-bahan: • • • • • • • • • • 3 biji kentang dipotong dadu. 200g daging cincang 2 sudu besar rempah kari daging 1 labu bawang besar dipotong dadu 5 ulas bawang merah-ditumbuk 2 ulas bawang putih -ditumbuk 1 sudu besar ikan bilis -ditumbuk 1 sudu besar udang kering-ditumbuk Setangkai daun sup }dihiris Sedikit gula & garam Cara membuat inti: .

Masukkan daging dan kentang. Tips: kalau nak kentang cepat empuk dan inti cepat siap. Masukkan rempah kari. Baru lah di masukkan ke dalam kuali inti tadi.} lebih kurang 1/4 cawan atau secukupnya secubit garam masukkan ke dalam air Cara membuat kulit karipap: • • • Masukkan majerin ke dalam tepung. Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh. uli sehingga menjadi doh. bawang merah. bawang putih hingga kekuningan. bila agak garing masukkan ikan bilis dan udang kering. Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup ROTI JALA Bahan-bahan: • • • • 1 cawan tepung gandum 1 cawan air 1 biji telur sedikit pewarna kuning . Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa. Bahan-bahan untuk pastri: • • • • 2 cawan tepung gandum 2 sudu besar majerin air untuk menguli. kentang yang telah dipotong hendaklah direbus dahulu sehingga separuh masak. Sebelum diangkat masukkan daun sup. Ramas tepung & majerin hingga rata.• • • • Tumis bawang besar. Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam.

kacau sehingga sebati kemudian tapis untuk elakkan adunan berketul Panaskan pan non stick dan lenserkan dgn sedikit minyak Tuangkan adunan ke dalam acuan roti jala dan tebarkanlah di atas pan sehingga penuh Bila dah masak.• • secubit garam sedikit minyak Cara membuatnya: • • • • • Campurkan semua badan-bahan di atas. Nota: Jika adunan tidak dpt turun dgn lancar melalui lubang acuan kena tambahkan lagi sedikit air . lipatkan menjadi segitiga dan angkat Hidangkan bersama kari ayam/daging.

Masukkan tepung gandum. Goreng hingga kuning. kemudian isikan gula pasir kedlm nya dan bentukkan kembali memanjang agak bujur. Kalau masih lembik tambahkan tepung (mengikut jenis keledek yang dipilih) Bentukkan bujur. KUIH KASUI Bahan-bahan: • • 5 cawan air 3 keping gula melaka } } masakkan semua dan sejukkan . uli hingga sebati.CEK MEK MOLEK Bahan-bahan: • • • • 600 g ubi keledek 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan gula minyak utk menggoreng Cara-cara: • • • • • Ubi keledek dibersihkan kemudian direbus dgn sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk sejukkan dan dihancurkan sehingga lumat.

Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi PULUT SERUNDING Bahan-bahan: • • • • • 3 cawan beras pulut 1/2 biji kelapa parut 2 batang serai 1/2 mangkuk kecil udang basah 2 biji cili merah . Kukus sehingga masak. Bancuh semua bahan dan tapiskan ke dalam loyang. Tunggu sehingga sejuk baru boleh dipotong.• • • • • • 3 sudu besar gula pasir } 2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung kanji/ubi 1/2 sudu kecil kapur kuih kelapa parut ( yang muda) sedikit garam Cara membuat: • • • • • • • Panaskan kukusan. Gaulkan garam dan kelapa. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.

bahan-bahan tumbuk. Setelah selesai bolehlah dihidangkan. lepas tu golekkann di dalam serunding tadi. APAM BALIK Bahan-bahan: • • • • 2 cawan tepung naik sendiri } diayak 1/4 cawan gula 1/2 sudu kecil soda bikarbonat sedikit pewarna kuning .cili merah ditumbuk bersama udang. Goreng sekejap hingga sebati dan masak bolehlah diangkat. gula dan garam.• • 5 ulas bawang merah gula dan garam secukup rasa Cara membuat: • • • • • • Beras pulut dibersihkan kemudian ditanak sehingga masak. serai. Beras pulut yang telah masak tadi hendaklah dibentukkan bulat-bulat. Bawang merah. Kemudian masukkan ke dalam kuali. kelapa parut.

untuk ditabur 1 cawan gula . Pukul lagi hingga sebati. ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan. masukkan soda bikarbonat. baking powder dan pewarna kuning. Apabila setengah masak. Tutup pan sebentar. Bila masak. KEROPOK LEKOR Bahan-bahan: • 3 cawan isi ikan tamban atau selayang • 4 cawan tepung sagu • 1 cawan tepung kanji • 1 3/4 sudu kecil garam • sedikit serbuk perasa jika suka • ais ketul ikut kesesuaian adunan Cara membuat: • Bersihkan ikan • Asingkan tulang dan isinya • Mesinkan isi ikan sehingga hancur • Masukkan tepung sagu dan mesin sekali lagi sambil menambahkan sedikit demi sedikit ketulan ais sehingga mendpt adunan yg lembut. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel. taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.• • • • • • • 1 biji telur 1 1/2 cawan susu segar 1/2 sudu kecil baking powder 1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin .untuk ditabur 1 tin jagung krim . angkat dan bolehlah dilipat dua. • Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras • Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang • Panaskan air hingga mendidih • Masukkan keropok lekor • Angkat setelah ia timbul dipermukaan air beberapa ketika • Boleh dimakan terus atau digoreng .untuk ditabur sedikit mentega Cara membuat: • • • • • Pukul gula bersama telur hingga kembang. susu segar.

Sos Cicah Keropok Lekor Bahan-bahan: • • • • • 1/2 cawan air asam jawa 1 cawan cili kering kisar 1/2 cawan gula pasir 1 keping gula melaka garam secukup rasa Cara membuat: • • • Campurkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas Masak sehingga sos cili mendidih dan menjadi pekat Untuk sos yang pedas kurangkan gula pasir POPIA GORENG SOS PLUM Bahan-bahan inti: • • • • • • • • • • 20 keping kulit popia 1 cawan taugeh } buang ekornya 1 biji sengkuang } dipotong memanjang 1 batang lobak merah } dipotong memanjang 1 labu bawang besar } dipotong dadu 2 ulas bawang putih } dicincang 1/2 cawan udang kering } ditumbuk kasar garam secukup rasa perasa jika suka minyak untuk mengoreng .

Sos Plum: • • • • • 2½ camca besar sos plum } 3¾ camca besar air } 1¼ camca besar gula } gaul sehingga sebati 1¼ camca besar kacang tanah – (panggang. Bubuh inti ke dalam tiap-tiap keping kulit popia kemudian gulung kemas-kemas lipat bahagian hujung tepi dan bawahnya. Sejukkan. ditumbuk } 1 biji cili merah. udang kering dan sayur-sayuran. ditumbuk } Cara membuat: • • • • • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. buang biji. . tumiskan bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan bawang besar.Kacau sekejap rasakan garam secukupnya. Angkat kemudian toskan air dlm inti jika ada utk menjadikan popia lebih rangup. Goreng hingga masak (kuning keemasan) Hidangkan bersama sos plum atau sos cili. Di akhir lipatan sapu dgn sedikit putih telur supaya tidak terbuka.

angkat dan isikan dengan inti kelapa dan gulung kuih tersebut. Panaskan kuali leper (pan non stick) dan sapu minyak bersama daun pandan. . Setelah pekat. Setelah masak. Masukkan satu senduk bahan B dan pusing-pusing kuali dadar (spt membuat lempeng). masukkan kelapa parut dan secubit garam. Cara membuat bahan B: • • • • Campurkan kesemua bahan tersebut dan tapis.KUIH KETAYAP Bahan Untuk Inti: A • • • • • 1/2 biji kelapa diparut 1/2 cawan gula merah } boleh ditambah atau dikurang mengikut citarasa 2 helai daun pandan } disimpul secubit garam sedikit air Bahan Untuk Kulit: B • • • • • 2 cawan tepung gandum 2 cawan air secubit garam 1 sudu besar air pandan 1 biji telur Cara membuat bahan A: • • • Masak gula merah bersama air dan daun pandan sehingga larut dan pekat. Biarkan sehingga kering. setelah itu angkat dan ketepikan.

toskan kemudian dilenyek hingga hancur Uli keledek bersama tepung gandum sehingga sebati (jika adunan lembik boleh lebihkan tepung bergantung kpd jenis keledek) Bulat-bulat kuih tersebut dan goreng sehingga kekuningan. Masak gula bersama air sehingga pekat & likat (berbuih-buih) dan sira semua kuih keria. Gaul sehingga sebati dan menjadi keras keputihan.KUIH KERIA Bahan-bahan: • • • • • 1 kilo keledek 1 cawan tepung gandum 1 cawan gula 1/2 cawan air Minyak menggoreng Cara membuat • • • • • • • Kupas kulit dan rebus keledek sehingga empuk bersama sedikit garam. Setelah masak angkat. . Setelah masak ketepikan.

Bulatkan dan masukkan inti Lapikkan adunan diatas keratan kertas. Uli sehingga licin tak lekat di tangan Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2 kali ganda Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit. Panaskan kukusan. KUIH LAPIS . Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.PAU Bahan-bahan: • • • • • • • • 500 g tepung pau 1/2 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil 'dough softener' 1 sudu besar gula 1 sudu kecil yeast 2 sudu besar shorterning (crisco) 250 g air suam Cara membuat: • • • • • • • • • • • Gaul rata semua bahan kecuali air. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.

Panaskan loyang terlebih dahulu. ©2006 Noorma Musa Want your own free website like this? Try Freewebs. ambil satu senduk adunan dan tuangkan ke dalam loyang kemudian dikukus lebih kurang 10 minit.com Make a free website at Freewebs.Bahan-bahan: • • • • • • • 1 cawan tepung gandum 1 sudu besar tepung ubi/jagung 1/2 cawan gula 1 cawan santan pekat 2 1/2 cawan air sedikit garam pewarna merah Cara membuat: • • • • • • Campurkan bahan di atas hingga sebati kecuali pewarna merah. satu diwarnakan merah dan satu lagi tidak perlu diwarnakan. Buat seterusnya sehingga adunan warna merah dan putih ini berselang-seli sehingga habis. Bila sejuk barulah dipotong dan dihidangkan.com . Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Tuangkan pula 1 senduk lagi adunan warna putih dan kukus semula sehingga masak.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful