You are on page 1of 10

Memerangi Rasuah Perlu Komitmen Semua Sektor

Memerangi rasuah perlu komitmen semua sektor


Khamis 6 Mei, 2010
Utusan Malaysia
Oleh MOHD. AYOP ABD. RAZID
 
SEPERTI najis dadah, rasuah juga musuh utama negara yang wajib
diperangi. Dalam konteks ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dan
mencabar dalam memerangi rasuah di negara ini. Rasuah boleh
berlaku di mana-mana sahaja, tidak kira dalam agensi kerajaan
mahupun swasta. Rasuah ada pemberi dan penerimanya.

Ia tidak akan berlaku jika salah satu pihak menolak amalan yang
menjijikkan itu. Kaedah memberi rasuah juga pelbagai dan semakin
licik sifatnya. Justeru, ia bukan perkara yang mudah bagi SPRM untuk
membendungnya.

Namun, dengan iltizam dan kekentalan semangat yang tinggi, SPRM


bersedia mendepani segala cabaran dan rintangan untuk menjadikan
Malaysia negara yang bebas dan bersih daripada gejala rasuah.
Melalui aspirasi dan slogan SPRM 2010, iaitu 'Bersama Lakukan
Perubahan, Perangi Rasuah' yang dilancarkan oleh Ketua Pesuruhjaya,
Datuk Abu Kassim Mohamed sempena ulang tahun pertama
penubuhannya pada 9 Mac lalu, ia telah meningkatkan kesedaran di
kalangan penjawat awam dan masyarakat tentang kesan dan bahaya
rasuah.

SPRM ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan


Rasuah Malaysia 2009 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2009 bagi
menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Pada 26 April lalu,
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah
merasmikan kempen 'Hindar Menerima, Perangi Pemberi Rasuah'.
Kempen itu bertujuan mencetuskan motivasi dan meningkatkan
integriti penjawat awam dengan menolak amalan rasuah, di samping
melakukan perubahan minda ke arah pencapaian agenda transformasi
negara.

Seperti yang disebut Mohd Sidek, mesej dan matlamat kempen itu
adalah mudah, iaitu penjawat awam tidak boleh dirasuah. Kempen itu
juga bertujuan menyedarkan orang awam bahawa pemberi rasuah
juga tidak terlepas daripada tindakan undang-undang. Dalam ucapan
perasmian kempen tersebut, beliau menyebut bahawa pelaksanaan
dan kejayaan kempen ini banyak bergantung kepada komitmen dan
kerjasama semua ketua agensi.

Kesedaran yang tinggi di kalangan pegawai dan anggota


perkhidmatan awam mengenai 'najis' dan jenayah rasuah akan
menjadikan mereka lebih tegas dan berani menolak pujukan serta
godaan pemberi rasuah. Peningkatan tahap integriti ini amat selari
dengan komitmen kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak
yang mahu mewujudkan sebuah pentadbiran yang 'mendahulukan
rakyat' dan 'mengutamakan pencapaian' seperti yang terkandung
dalam gagasan '1Malaysia'.

Justeru, usaha memerangi rasuah menjadi agenda utama pentadbiran


beliau supaya aspirasi dan kehendak rakyat benar-benar menjadi
kenyataan.

Ini terbukti apabila usaha membanteras rasuah turut dijadikan salah


satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang
diberikan perhatian penting di bawah Program Transformasi Kerajaan
(GTP). Warga perkhidmatan awam dikehendaki memberi fokus
kepada penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif dengan
menampilkan nilai etika kerja dan tahap integriti yang tinggi.

GTP yang telah dilancarkan oleh Najib pada 28 Januari lalu bertujuan
membawa perubahan perkhidmatan awam ke arah menyediakan
perkhidmatan yang melangkaui jangkaan semua segmen rakyat dan
pelanggan. Ini membuktikan bahawa gagasan '1Malaysia: Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' adalah gagasan serius yang
menuntut warga perkhidmatan awam melakukan transformasi minda,
etika kerja dan kaedah penyampaian perkhidmatan bagi mendukung
agenda dan aspirasi negara.

Sektor perkhidmatan awam hari ini lebih menjurus kepada memudah


dan mempercepat urusan pelanggan, sama ada urusan orang ramai
ataupun sektor swasta tanpa banyak proses dan prosedur serta
kerenah birokrasi. Cara ini didapati berupaya membendung
berleluasanya amalan rasuah dalam perkhidmatan yang diberikan.
Penubuhan Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan
(Pemudah) telah berjaya membentuk kerjasama sektor awam dan
sektor swasta. Melalui Pemudah, banyak proses dan prosedur lapuk
dan menyukarkan telah dapat dihapuskan atau dikurangkan.

Hasilnya, tempoh masa kelulusan sesuatu permohonan itu


dipendekkan apabila berurusan di jabatan dan agensi kerajaan.
Keputusan perniagaan seperti pemberian kontrak, perolehan, dan
sebagainya dapat dilakukan dengan lebih efisien tanpa melalui 'jalan
belakang'. Hakikatnya, banyak kemajuan sudah dirasai oleh mereka
yang berurusan dengan sektor awam hari ini.

Misalnya, pendaftaran perniagaan boleh selesai dalam tempoh tiga


hari, permohonan pasport selesai dalam tempoh dua jam dan
pendaftaran hartanah dilakukan dalam tempoh dua hari.

Begitu juga dengan penggunaan MyID untuk semua urusan individu


dengan pelbagai agensi kerajaan amat memudahkan kerana kita perlu
mengingati satu nombor sahaja. Penggunaan MyCOID untuk semua
urusan perniagaan telah menjadikan kerajaan lebih mesra
perniagaan.
Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) turut
dimanfaatkan oleh kerajaan melalui talian dalam banyak urusan.
Melalui Internet, pembayaran dan transaksi boleh dilaksanakan pada
bila-bila masa dan di mana-mana. Kini, terdapat 1,277 perkhidmatan
dalam talian di pelbagai agensi perkhidmatan awam bagi
memudahkan urusan orang ramai menggunakannya.

Kesimpulan, pelbagai pembaharuan yang dilakukan dalam


perkhidmatan awam itu mampu menutup ruang dan peluang
berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam. Rakyat kini semakin
yakin dengan agensi kerajaan, terutamanya agensi pengawalseliaan
dan penguatkuasaan. Melalui peningkatan integriti ini, maka hasrat
kerajaan untuk mempertingkat daya saing negara di persada
antarabangsa akan menjadi realiti.
 
Membanteras Rasuah
Persepsi mengenai terjadinya amalan rasuah telah meningkat sejak tahun-tahun
kebelakangan ini. Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di bawah
Transparency International (TI) telah menurun daripada tempat 23 pada tahun 1995
kepada 56 pada tahun 2009.

Kos kepada negara akibat rasuah adalah signifikan. Pasukan Petugas Khas
Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) menganggarkan bahawa rasuah boleh
menyebabkan kos sebanyak RM10 bilion setahun, atau 1-2% daripada KDNK. Dalam
membanteras rasuah, kami akan mulakan dengan memberi fokus kepada tiga bidang
yang amat terdedah kepada rasuah – badan pengawalseliaan dan penguatkuasaan,
perolehan kerajaan dan rasuah besar (termasuk rasuah politik). Selain itu, kami akan
menerima-pakai KPI yang berasaskan kepada keberhasilan dan ditanda aras di
peringkat antarabangsa.

Sasaran kami adalah untuk meningkatkan skor CPI daripada 4.5 kepada 4.9 menjelang
2010. Kami juga mahu meningkatkan peratusan responden yang menjawab ‘berkesan’
kepada Kajian Global Corruption Barometer TI terhadap tindakan kerajaan dalam
membanteras rasuah daripada 28% kepada 37%.

1. Meraih semula keyakinan terhadap agensi pengawalseliaan dan Penguatkuasaan


2. Mengurangkan ketirisan dana dalam perolehan kerajaan
3. Menangani rasuah besar

Tahap pencapaian utama


Pada tahun 2010, rakyat boleh menjangka untuk melihat pendedahan kontrak
perolehan kerajaan dalam portal e-kerajaan, penggubalan undang-undang
perlindungan pemberi maklumat dan satu akta untuk mendakwa kes-kes rasuah dalam
tempoh satu tahun. Tahap pencapaian ini (bersamaan dengan inisiatif mereka)
dihuraikan dengan lanjut dalam Bab 7.
Kemajuan awal yang tercapai dalam membanteras
rasuah
Walaupun masih di peringkat awal, Kerajaan dan institusi lain telahpun mengambil
langkah untuk meneguhkan usaha pembaharuan mereka dalam membanteras rasuah.
Contoh termasuk pendakwaan terhadap wakil-wakil rakyat (meliputi semua parti
politik) dan pegawai tinggi perkhidmatan awam atas penyalahgunaan dana awam serta
penubuhan pasukan khas perkhidmatan awam bagi memeriksa penyalahan urusan
kewangan sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. Selain itu, SPRM
telah menyiapkan satu kajian untuk menyekat ruang dan peluang bagi penyalahgunaan
dana kawasan dewan undangan negeri dan parlimen oleh Ahli Dewan Undangan Negeri
dan Ahli Parlimen. Pada masa ini, SPRM sedang menyampaikan taklimat kepada wakil
rakyat tentang cara menguruskan peruntukan mereka dan tatacara yang betul untuk
mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan salah guna dana.

Meraih semula keyakinan terhadap agensi


pengawalseliaan dan penguatkuasaan
Kami menyasarkan untuk meraih semula keyakinan orang ramai terhadap agensi
pengawalseliaan dan penguatkuasaan: PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),
Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ini
adalah agensi-agensi di bawah Kerajaan Persekutuan yang mempunyai jumlah kes
pertuduhan terbanyak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada
tahun 2005 dan 2009 dan mendapat skor terendah dalam persepsi integriti di kalangan
komuniti perniagaan dan awam.

Sasaran kami bagi tahun 2010 adalah untuk meningkatkan bilangan kes didakwa
berbanding bilangan ditangkap, bagi pengedaran dan pemilikan dadah kepada 80%
(daripada peratusan semasa 75%), bilangan saman dibayar berbanding bilangan saman
dikeluarkan oleh PDRM kepada 61% (daripada 50%) dan oleh JPJ kepada 78% (daripada
60%). Selain itu, kami menyasarkan untuk meningkatkan bilangan kes didakwa
berbanding bilangan ditangkap dan ditahan di bawah Akta Imigresen kepada 60%
(daripada 53%), dan cukai diperoleh semula daripada barangan yang diisytihar di
bawah harga sebenar kepada RM 21 juta (daripada RM 9 juta).

Untuk mencapai sasaran ini, kami akan memperkukuh dan memperkasakan unit-unit
pematuhan dalam setiap agensi penguatkuasaan. Ini temasuklah mengagihkan sumber
yang secukupnya kepada unit yang didedikasikan dengan kuasa untuk mengambil
tindakan. Unit pematuhan ini akan melaporkan terus kepada ketua agensi
penguatkuasaan, dengan satu Suruhanjaya Bebas mengawasi pengurusan dan
pengendaliannya. Rangka kerja yang menyokong, termasuk untuk melindungi pelapor,
menilai integriti staf dan mengurus ganjaran dan konsekuensi akan juga diwujudkan
untuk meningkatkan lagi keberkesanan unit pematuhan.

Selain itu, kami juga akan melaksanakan inisiatif-inisiatif lain yang direka bentuk
untuk mengurangkan peluang berlakunya amalan rasuah di kalangan agensi
penguatkuasaan. Ini termasuk menginstitusikan penggiliran kerja (job rotation) untuk
menghalang pegawai penguatkuasa daripada membentuk hubungan kerjasama dengan
organisasi jenayah. Dengan memberi keutamaan untuk memperbaiki prestasi pihak
berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha membanteras rasuah, kami juga akan
mengadakan satu carta liga prestasi bagi semua PBT.

Mengurangkan ketirisan dana dalam perolehan


kerajaan
Kami akan mengurangkan ketirisan dana yang diperuntukkan untuk pembangunan
nasional dan perbelanjaan operasi selain memastikan ketelusan dalam
penganugerahan kontrak. Sararan kami adalah, menjelang tahun 2010, untuk
mengurangkan bilangan penemuan audit terhadap salah urus perolehan setiap
kementerian kepada 10.6 daripada jumlah 11.2. Inisiatif-inisiatif untuk mencapai
matlamat ini termasuk :

 Menyasarkan untuk mengurangkan secara berperingkat amalan surat sokongan,


yang kerap digunakan untuk mempengaruhi kakitangan kerajaan untuk
memintasi dasar dan tatacara standard kerajaan dalam mendapatkan kontrak.
Matlamat kami adalah untuk menghapuskan amalan ini sama sekali.
 Mendedahkan secara terperinci semua kontrak perolehan kerajaan dalam
lamanweb kementerian dan agensi serta dalam portal e-kerajaan. Ketua
Setiausaha atau Ketua Pengarah setiap kementerian akan
dipertanggungjawabkan untuk memastikan maklumat perolehan yang terkini
dari kementerian/jabatan mereka didedahkan. Maklumat terperinci
termasuklah senarai projek perolehan yang dirancang, nama-nama kontraktor
yang berjaya, harga kontrak dan tempoh projek.

Menangani rasuah besar


Kami perlu menghalang penyalahgunaan kuasa dan sumber awam oleh ahli politik dan
kakitangan kanan kerajaan. Kejayaan kami akan diukur dengan menggunakan kaji
selidik awam yang bebas terhadap persepsi mengenai tahap rasuah besar. Selain itu,
kami menyasarkan untuk meningkatkan, menjelang 2010, peratusan perbicaraan yang
diselesaikan dalam satu tahun kepada 30% daripada 8.5% dan menyenaraikan 84
individu dalam pangkalan data pesalah. Inisiatif-inisiatif kami termasuklah:

 Menguatkuasakan undang-undang politik sedia ada dan menjalankan satu kajian


ke atas pembaharuan dana politik dalam lingkungan Perlembagaan. Kajian itu
akan menilai kebolehlaksanaan memperkenalkan pendekatan holistik terhadap
pembiayaan yang merangkumi sebuah proses pendedahan yang ditambahbaik,
had maksima bagi derma swasta dan pembiayaan awam tambahan.
 Mengumumkan dasar toleransi sifar dan rangka kerja perlindungan pemberi
maklumat (whistleblower).
 Memperkukuh kebebasan institusi utama termasuk Suruhanjaya
PelantikanKehakiman, dalam lingkungan Perlembagaan.
 Berusaha untuk menyelesaikan pendakwaan kes rasuah dalam tempoh satu
tahun, terutamanya kes yang membabitkan kepentingan awam.
 Menguatkuasakan hukuman yang lebih keras terhadap mereka yang disabit
kesalahan rasuah. Ini termasuklah penetapan hukuman minimum dan hukuman
yang lebih berat ke atas pegawai perkhidmatan awam yang disabit kesalahan.
 Membangunkan satu pangkalan data awam yang mengandungi pesalah yang
telah disabitkan. Data ini bertindak sebagai pencegah (deterrent) dan
mempermudah keputusan pengambilan kerja

ANTI CORRUPTION

 "DAN JANGANLAH KAMU MAKAN (ATAU MENGAMBIL) HARTA (ORANG LAIN)


ANTARA KAMU DENGAN JALAN YANG SALAH, DAN JANGANLAH KAMU
MENGHULURKAN HARTA KAMU (MEMBERI RASUAH) KEPADA HAKIM-HAKIM
KERANA HENDAK MAKAN (ATAU MENGAMBIL) SEBAHAGIAN DARI HARTA
MANUSIA DENGAN (BERBUAT) DOSA, PADAHAL KAMU MENGETAHUI
(SALAHNYA).” [Al-Baqarah 2:188]

"RASULULLAH s.a.w MELAKNAT PEMBERI RASUAH DAN PENERIMA RASUAH"


[Riwayat at-Tirmizi Daripada Abdullah bin Amru bin al-As.Tirmizi: Hasan Gharib
no.1336. Albani: Sahih Targhib no.2211]
Islam tegas menentang rasuah

Wacana Islam
Oleh Mohd Shauki Abdul Majid
DALAM masyarakat tempatan, telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna
rasuah seperti ``Tumbuk rusuk'', ``Makan suap'' dan juga ungkapan under counter payment,
duit kopi dan sebagainya. Perkataan `rasuah' berasal dari perkataan Arab yang berbunyi ``al-
risywah''. Dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga
perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Di negara ini dari segi
undang-undang, semua perbuatan `memberi dan menerima suapan' adalah merupakan
sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Rasuah bukanlah satu fenomena baru. Ia suatu fenomena universal tanpa batasan waktu dan
tempat. Tiada negara boleh mendakwa dirinya bebas daripada jenayah rasuah. Kewujudannya
bermula sejak sejarah peradapan manusia dinodai oleh sifat-sifat tamak dan haloba. Rasuah
merupakan satu jenayah berat yang mudah menular ke dalam sistem hidup masyarakat.

Membanteras gejala rasuah di dalam masyarakat adalah satu jihad sosial yang sangat utama
demi keadilan yang dituntut oleh Allah s.w.t. Perbuatan seumpama ini dengan sendirinya
mencemar Islam. Mereka bukan sahaja pengkhianat kepada rakyat secara umumnya malah
dengan kelakuan bejat rasuah itu, mereka telah mengakibatkan agama Islam juga tercela.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Pemberi rasuah dan penerima rasuah masuk
neraka.

Untuk manusia beriman, hadis di atas cukup menakutkan. Tetapi buat mereka yang imannya
sudah diselaputi oleh serakah duniawi, sabda Rasulullah s.a.w ini tidak akan mencecah ke
hati nuraninya. Rasulullah s.a.w juga meramalkan akan datang suatu zaman atas umat
manusia di mana manusia menjadikan wang sebagai berhala mereka. Setiap kepingan wang
atau dolar menjadi agama mereka. Perut-perut mereka menjadi tuhan-tuhan mereka.
Perempuan-perempuan mereka menjadi kiblat mereka. Imam mereka sudah hilang kecuali
namanya sahaja. Seks menjadi tumpuan mereka. Kemuliaan seseorang itu akan diukur
berdasarkan kekayaannya. Takjub mendengar ucapan Rasulullah s.a.w. yang melukiskan
keadaan zaman itu, para sahabat pun bertanya, ``Ya Rasulullah, apakah mereka menyembah
berhala?'' Nabi menjawab, ``Benar''. Hanya sahaja, berhalanya bukanlah yang dipahat dalam
bentuk makhluk-makhluk tertentu. Berhalanya adalah wang. Mereka menyembah, mengabdi,
dan mencurahkan seluruh hidupnya untuk wangnya.

Memilih pemimpin kadang-kadang kita terpaksa berdepan dengan situasi yang sulit untuk
memilih yang mana satu yang baik. Justeru Rasulullah s.a.w. memberi erti amanat dalam
kepimpinan adalah kemampuan atau keahlian dalam jawatan yang dipangku bukan ukuran
kekayaan semata-mata. Amanat terabaikan dan kehancuran akan tiba, bila jabatan diserahkan
kepada yang tidak mampu, demikian sabda nabi.

Anda boleh menetapkan pertimbangan anda dalam memilih pemimpin tapi ingatlah selalu
sabda Rasulullah yang bermaksud:

Siapa yang mengangkat seseorang untuk satu jabatan yang berkaitan dengan urusan
masyarakat sedangkan dia mengetahui ada yang lebih baik maka sesungguhnya ia telah
mengkhianati Allah, Rasul, dan kaum Muslim.
Ada yang memberi alasan mengenai sesetengah menggunakan pengaruh wang untuk
mendapat jawatan dengan niat yang kukuh iaitu untuk membangunkan masyarakat dan
negara. Padahal niat yang baik tidak boleh menghalalkan kaedah atau perbuatan yang tidak
baik. Lebih-lebih lagi merasuahkan orang untuk mendapat jawatan. Islam menetapkan niat
dan perbuatan mesti betul iaitu kerana Allah. Kalau kita ikhlas untuk membantu masyarakat
tanpa niat yang serong insya-Allah, Allah akan tolong orang-orang yang ikhlas.

Rasulullah sendiri pernah ditawarkan perempuan cantik, jawatan tinggi dan harta kekayaan,
oleh musyrikin Quraisy agar berhenti dari berdakwah ke jalan Allah. Apa yang Nabi jawab,
seandainya kamu letakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, nescaya
aku sekali-kali tidak akan berhenti daripada menyampaikan ajaran tauhid tersebut. Demikian
kentalnya iman Rasulullah s.a.w untuk tidak terlibat dengan gejala rasuah yang menjijikkan
itu. Itulah jawapan yang amat tepat. Itulah juga cara nabi menutup mulut orang yang cuba
hendak merasuahkan baginda.

Dalam satu peristiwa Saidina Umar Al-Khattab sendiri merasa ragu-ragu untuk menerima
gaji atas jawatannya. Dia bimbang kalau-kalau gaji yang diterima itu melebihi tugas yang
sepatutnya yang dijalankan. Namun hakikatnya hari ini akibat lemahnya iman, soal prinsip
dan cara hidup serta amalan politiknya telah goyah. Sebab itulah mudah silau dan terpesona
dengan tawaran wang dan harta.

Dari Ma'qil r.a. katanya, Saya mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: Semua orang
yang diserahi tanggungjawab oleh Allah atas rakyat lalu ia mati dalam keadaan menipu
rakyatnya itu, nescaya syurga itu haram baginya.

Gejala politik wang harus dibanteras kerana ia boleh mengakibatkan negara dipimpin oleh
mereka yang tamak dan nipis iman malah akidah pun sudah rosak.

You might also like