You are on page 1of 20

Pendahuluan

Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan
orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada konflik
rantau Timur Tengah yang paling lama dan banyak rundingan telah dibuat bagi
menyelesaikan (Lampiran ‘A’ dirujuk). Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian
antara dua kumpulan mengenai tuntutan wilayah tanah yang sama.
Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah "penyelesaian dua
negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel.
Pada masa ini kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian
dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak
tinjauan pendapat yang utama kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan
Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang
juga diterima oleh kebanyakan orang Israel. Walaupun demikian sebilangan ahli akademik
menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan
Tebing Barat menjadi sebuah dwi negara dengan hak yang sama untuk semua penduduk.
Bagaimanapun terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk
persetujuan mutakhir serta tahap jaminan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-
masing.1
Kepentingan isu Palestin Israel perlu untuk diketahui bagi melihat mengapa konflik
tersebut memakan masa yang lama melebihi 60 tahun dan masalah utama yang di hadapai
oleh masyarakat Palestin sendiri. Masalah Palestin bermula awal abad ke 20 apabila
empayar jajahan kerajaan Uthmaniyyah (termasuk wilayah Palestin) jatuh ke tangan kuasa
Berikat. Masalah status dan kedaulatan Palestin mula muncul apabila Trans Jordan (yang
meliputi wilayah Palestin) jatuh ke tangan pemerintahan British melalui Perjanjian Sykes-
Piscot pada 1916 (Lampiran ‘B’ dirujuk). Dasar British yang bersimpati dengan gerakan
Zionisme yang bermatlamat untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi telah membawa
1
Uri Avnery. One State:Solution Or Utopia, Palestine-Israel Journal of Politics, Economics & Culture; 2007, Vol. 14
Issue 2, p7-12
2

Palestin ke dalam percaturan Barat dan orang Yahudi. Ini telah menimbulkan masalah yang
rumit dan kritikal di Palestin, apabila hak rakyat Palestin sebagai pemastautin dinafikan
dengan penghijrahan dan pendudukan orang Yahudi di Palestin (Lampiran ‘C’ dirujuk).
Secara ringkasnya, ia telah membawa kepada kewujudan 4 masalah utama yang menjadi
sebahagian daripada permasalahan utama dalam isu Palestin yang masih tidak menemui
jalan penamat sehingga kini malah menjadi semakin rumit dari segi: (i) Kedudukan dan
kedaulatan bumi Palestin, (ii) Kedaulatan, maruah dan hak rakyat Palestin, (iii) Masalah
pelarian Palestin dan (iv) Kekejaman dan penindasan Israel ke atas rakyat Palestin

1.1 Palestin Dalam Sejarah.


Menurut Gideon Biger, dalam journal The Boundaries of Israel-Palestine Past, Present,
and Future, Palestin, Eretz-Israel, Israel, Terra Santa, Tanah Suci, Pilistin, semua nama-
nama telah diberikan bertentangan dengan tanah atau negara yang terletak di bahagian
timur pantai Laut Mediterranean. Sejarah persempadanan negara yang dinamakan Palestin
ini telah disoroti dalam suatu proses yang bermula sekitar 100 tahun lalu dan mungkin
lebih daripada itu.
Nama Yahudi "Eretz-Israel" muncul dalam Alkitab (I Samuel 13:19), sedangkan
nama Palestin yang berasal dari nama Pleshet lama (Palasta dalam penggunaan
pemerintahaan Rom). Maharaja Rom Hadrian berusaha untuk membatalkan nasionalisme
Yahudi selepas pemberontakan yang terjadi di 135 sebelum Masihi.
Sejak kekalahan Perang Salib (1299), Palestin bukan sebuah Negara yang bebas.
Selama empat ratus tahun sebelum Perang Dunia I Palestin atau Pilistin seperti yang
diketahui di bawah Empayar Uthmaniyyah. Istilah Pilistin muncul dalam peta rasmi dan
digunakan dalam dokumen-dokumen rasmi, tetapi tidak dikenalpasti secara jelas berkaitan
dengan kawasan tersebut. Dalam separuh kedua abad kesembilan belas, bahagian selatan
Palestin ditadbirkan sebagai daerah berasingan. Persempadanannya adalah dari garisan
Jaffa ke Jericho di utara, Sungai Jordan di timur dan Laut Mati-rafia baris di selatan, unit
ini disebut El-Quds (Baitulmuqaddis) daerah kawasan ini serta gabenornya yang
bertanggungjawab secara langsung kepada kuasa tertinggi adalah di Istanbul. Bahagian
3

utara wilayah Baitulmuqaddis merupakan sebahagian daripada wilayah Beirut, daerah


timur Sungai Jordan merupakan sebahagian daripada wilayah Damaskus, dan wilayah di
selatan daerah Baitulmuqaddis adalah sebahagian daripada wilayah Hejaz yang diperluas ke
semenanjung Sinai. Wilayah ini tidak ada diberikan nama sebagai Palestin atau Pilistin2
Menurut pandangan penulis Islam pula ada disebutkan dalam Mu’jam Al-Buldan
(Buku berkaitan tanah dan negeri). Palestin terletak di akhir lingkungan bumi Syam dari
Mesir, pusatnya adalah Baitulmuqaddis. Antara bandarnya yang masyhur ialah Asqalan,
Ar-Ramlah, Gaza, Arsof, Qaisariyyah, Nablus, Ariha, Amaman, Yafa dan Bait Jabrin.
Dikatakan juga pada persempadanannya adalah permulaan kepada lingkungan Syam dari
arah barat, jarak panjangnya selama tiga hari perjalanan. Ia bermula dari Rafah di sebelah
Mesir dan berakhir dengan Allajun dari arah Al-Ghur. Lebarnya pula bermula dari Yafa
sehingga Ariha juga memakan masa tiga hari perjalanan. Termasuk di dalamnya juga
negeri tempat kaum Nabi Lut a.s dan semua bukit bukau di As-Syarah sehingga Aylah
semuanya termasuk di dalam Palsetin.
Sejarah ada juga mengatakan negara tersebut di namakan Palestin bersempena
dengan nama Palestin bin Sam bin Iram bin Sam bin Nuh a.s. Ar-Zajaji pula berkata
dinamakan sempena dengan Palestin bin Kalsum daripada anak Fulan bin Nuh a.s.
manakala Hisyam bin Muhammad berkata daripada tulisan Jakhjakh bahawa dinamakan
Palestin bersempena dengan nama Pilisyin bin Kaslukhim daripada cucu cicit Yafis bin
Nuh a.s.
Dikatakan juga, nama Palestin diberikan kepada bahagian Selatan Barat bumi Syam
dan kalimah Palestin di arabkan daripada Balastin, ia adalah nama yang diambil daripada
masyarakat manusia yang menghuni di bahagian Selatan Palestin dan mereka dinamakan
dengan Palestiniyyun. Nama Balastin disebut dengan rasmi sebagai nama kepada tempat
itu pada pertama kali oleh penakluk Rom “Fasbasiyyun”, ia disebut dengan nama
sedemikian pada duit syiling yang dicetak pada ketika revolusi kekerasan terhadap orang
Yahudi pada tahun 70 Masihi.

2
Biger, Gideon, The Boundaries of Israel--Palestine Past, Present, and Future: A Critical Geographical View Israel
Studies; Spring2008, Vol. 13 Issue 1, p68-93, 26p
4

Bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa orang yang mula-mula menghuni Palestin


pada kurun ke empat sebelas Masihi iaitu kumpulan kabilah yang digelar dengan “An-
Nutufiyyun” di sana terdapat kesan-kesannya, akan tetapi tidak diketahui asal usul mereka.
Terdapat juga kesan-kesan lain akan pendudukan awal di Palestin dari kalangan orang
Kananiin dan Umuriyyum, mereka ini adalah dari kalangan kabilah-kabilah Arab yang
berhijrah ke Jazirah Arab di sebelah utara. Adapun sejarah ini tiada menunjukkan terdapat
sejarah orang Yahudi menunjukkan kewujudan asal usul mereka di Palestin.3

1.2 Sejarah Persempadanan Palestin Dan Israel


Penulis suka untuk membawa perkara ini bagi pemahaman dalam kertas kerja ini
dengan menyajikan sejarah meninjau pandangan analitis tentang pelakon yang terlibat
dalam proses dan gambaran umum berurusan dengan tiga era persempadanan dalam
pembentukan Israel. Banyak aktor yang terlibat dalam mencipta persempadanan moden
Palestin dan Israel ianya suatu proses yang telah berlanjutan selama 100 tahun terakhir.
Sepuluh aktor utama selepas kejatuhan Empaya Rom telah membentuk persempadanan
Palestin dan Israel adalah (i) Empaya Ottoman, (ii) Inggeris, (iii) Perancis, (iv) Orang-
orang Yahudi-Gerakan Zionis dan kemudian Kerajaan Israel, (v) Trans-Jordan-
Kemudiannya dipanggil Jordan (vi) Syria, (vii) Liga Bangsa-Bangsa Bersatu dan Bangsa-
Bangsa Bersatu (xiii) Mesir (ix)Palestin (x) Amerika Syarikat.4

2 Penyataan Masalah
Kepercayaan kedua-dua pihak Islam dan Yahudi tanah yang didiami oleh Palestin dan
Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak
ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling
mulia di dunia ini setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bagi penganut Yahudi pula

3
Abdul Hadi Awang, Palestin Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan, Ogos 2010 , hlm 14
4
Biger, Gideon, The Boundaries of Israel--Palestine Past, Present, and Future: A Critical Geographical View Israel
Studies; Spring2008, Vol. 13 Issue 1, p68-93, 26p
5

tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah
nenek moyang mereka berasal (Bani Israel) dan di situlah kampung halaman mereka.
Mereka percaya di tanah itulah terletaknya Bukit Zion dan situlah tertanamnya Temple of
Solomon iaitu kuil suci mereka. Atas kedua-dua sebab inilah tanah tersebut menjadi
rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu hinggalah membawa kepada
pertumpahan darah sekarang. Kristian juga menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci.
Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut merupakan tempat kelahiran Nabi
Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya dan di tanah itu jugalah Nabi Isa
disalib (mengikut kepercayaan kristian).
Isu tanah yang istimewa ini telah mengheret kedua-dua pihak Palsetin dan Israel
kepada konflik yang berpanjangan dan mengorbankan banyak nyawa terutama daripada
masyarakat Palestin. Perebutan wilayah tanah Palestin yang di rencanakan oleh pihak barat
telah membawa kepada beberapa perjanjian dan resolusi bagi mencapai keamanan.
Campur tangan Amerika Syarikat dan konflik Palestin Israel menjadi isu dalam
hubungan antarabangsa yang telah diperkatakan sehingga hari ini. Konflik ini seperti tiada
kesudahannya memandangkan kedua-dua pihak Palestin dan Israel tidak mahu mencapai
satu penyelesai yang dicadangkan. Seterusnya secara khusus kertas kerja ini akan cuba
mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan berikut:-

i) Adakah dasar luar Amerika syarikat terhadap isu Palestin Israel memberi kesan
keamanan dan pendamaian bagi Palestin dan Israel seterusnya rantau tersebut.
ii) Bagaimana campur tangan Amerika Syarikat dalam konflik wilayah Palestin dan
Israel memberi impak kepada rantau timur tengah dan jiran serantau yang lain.

3 Kerangaka Teori
Dalam kajian yang di buat berkaitan politik dunia maka pendekatan teori realisme,
neorealisism dan neoklasikal realismes merupa pendekatan yang akan mengkaji fenomena-
fenomena antarabangsa berdasarkan perspektif penulis sendiri. Pendekatan ini mempunyai
perkongsian beberapa ciri dan konsep asas dan juga perbezaan di antara satu dengan lain.
Diantara ciri-ciri yang
6

3.1 Teori Raealisme


Teori ini mendominasi kajian politik dunia semasa Perang Dingin dan sehingga kini
serta melihat reality sebenar sesuatu fenomena yang berlaku. Pendekatan Realisme
memberi kesan dalam mengkaji tingkah laku negara-negara sehingga membawa kepada
Perang Dunia Kedua. Pendekatan realisme mengatakan kuasa adalah sebagai teras untuk
menerangkan politik dunia.
Menurut Viotti dan Kauppi (2010), pendekatan atau teori realisme diasaskan dari
pemikiran zaman klasik iaitu Thucydides (471-400 S.M), Machiavelli (1429-1527) dan
Thomas Hobbes (1588-1679). Menurut ketiga-tiga pelopor teori ini, kuasa adalah asas yang
mendasari teori tersebut dan memberi penegasan bahawa negara adalah aktor utama.5
Realisme meletakkan tiga andaian utama yang menjadikan asas iaitu (i) pendokong
realism mengandaikan manusia secara semula jadinya bersifat jahat, tamak dan
mementingkan diri sendiri serta tidak boleh di percayai, (ii) mengandaikan tingkah laku
negara adalah rasional maka dengan itu sebarang tindakan negara yang mencabuli negara
lain diterima atas asas negara sebagai aktor yang rasional bertindak demi kepentingan dan
keamanan negara, dan (iii) mengatakan aktor-aktor negara yang menyuarakan matlamat
mereka dari satu suara yang diabsahkan iaitu pemerintah di negara tersebut berkeadaan
bahawa pandangan pemerintah diletakkan sebagai pandangan negara.
Dalam pendekatan realisme terdapat juga konsep asas yang berkaitan atau relevan
selain andaian iaitu konsep kuasa, keseimbangan kuasa, sistem antarabangsa dan bantuan
kendiri (Self help). Menurut Viotti & Kauppi (2010), kuasa dari perspektif Realis ialah
merujuk kepada keupayaan aktor untuk mengawal atau mempertingkatkan pengaruh atau
kesan dari tindakannya ke atas pihak lain. Dalam keadaan sistem antarabangsa yang anarki,
realisme menyarankan perlunya sesebuah negara mempunyai kuasa bagi keselamatan serta
mempertahankan kedaulatan dan maruah. Maka dengan ini fenomena persaingan kuasa
merupakan penentu untuk mencapai keamanan dunia. Dalam konsep keseimbangan kuasa
merujuk kepada keseimbangan di antara negara dalam politik dunia keadaan ini perlu bagi
mengelakkan wujudnya satu kuasa negara yang dominan. Keseimbangan boleh dicapai

5
Viotti, P. & Kauppi,M Copyright 2010. International Relations Theory. Fourth Edition. New York. Longman. Pearson
Publishers
7

menerusi keupayaan pertahanan yang setara di antara negara-negara dan pertubuhan


ketenteraan negara-negara.
Dalam system antarabangsa yang bersifat anarki, konsep yang dipegang oleh
golongan Realis juga adalah bantuan kendiri atau (self help). Sistem dunia yang melahirkan
sifat rasa tidak percaya di antara negara-negara di dunia. Oleh itu, negara akan
mengutamakan keselamatannya terlebih dahulu sebelum menrima bantuan atau berinteraksi
dengan negara lain.
3.2 Pendekatan Neorealisme
Neorealisme bermaksud Realisme baru dengan merujuk kepada perkataa‘neo’. Pendekatan
ini berasal dari pendekatan Realisme dan masih berkongsi andaian-andaian dan konsep asas
yang sama namun telah dimodifikasi untuk menyesuaikannya dengan dunia temporari.
Ianya dianggap sebagai penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan yang timbul
daripada pendekatan Realisme yang asal. Diantara tokoh-tokoh yang mempelopori aliran
Neorealisme ialah Kenneth Waltz dan Hans Morgenthau (1904-1980). Pendekatan
neorealisme berpendapat selain daripada aktor negara yang menjadi unit analisis dalam
hubungan antarabangsa, kewujudan aktor bukan negara turut diambil kira sebagai salah
satu punca berlakunya ketidakstabilan politik dunia. Strukur sistem antarabangsa dianggap
sebagai penyumbang kepada peperangan masa kini. Oleh itu, pendekatan neorealisme juga
dikenali sebagai Realisme struktural kerana beranggapan peperangan meletus disebabkan
oleh struktur sistem antarabangsa yang bersifat anarki yakni tiada suatu kerajaan atau
autoriti yang mampu mengawal tindak tanduk negara. Disebabkan oleh anarki, negara yang
berkuasa bebas melakukan apa sahaja. Hal yang demikian menyebabkan negara mesti
membina kekuatan angkatan tenteranya untuk menjamin keselamatan negara kerana bagi
pendokong Neorealis, keselamatan negara bermaksud mempertahankan semapadan negara
dari ancaman ketenteraan musuh.6
3.1 Pendekatan Neoklasikal Realisme
Pendekatan ini merupakan pendekatan terbaru yang menggabungkan teori realisme klasik
dengan pendekatan neorealisme dalam usaha memahami kajian keselamatan negara dan

6
Zarina Othman. 2006. Neorealisme dan Institusionalisme dalam Perang dan Keamanan. Dlm Ghazali Mayudin et.al.
(pnyt). Demokrasi Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik Malaysia, hlm.188-191. Bangi: Penerbit UKM.
8

politik dunia. ianya ini cuba menerapkan unsur-unsur tradisional Realisme yang asal
disamping mempersoalkan pengabaian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi proses
pembuatan polisi negara oleh kedua-dua pendekatan yang lepas (Realisme dan
Neorealisme). Menurut pendekatan Neoklasikal Realisme seperti yang diterajui oleh
tokoh-tokoh seperti William Wohlforth (1993), Thomas Christensen (1996), Alastair J. H.
Murray (1997), Randall Schweller (1998) dan Fareed Zakaria (1998), dasar luar sesebuah
negara tidak hanya bergantung kepada perubahan struktur global tetapi turut bergantung
kepada persepsi pemimpin negara terhadap kepentingan nasional. Sekiranya seseorang
pemimpin merasakan kepentingan negaranya terancam, beliau berhak untuk melaksanakan
dasar yang mampu menjamin keamanan negaranya daripada sebarang ancaman negara lain.
Disini dapat dilihat bahawa disebalik negara sebagai aktor utama dalam system
antarabangsa, peranan pemimpin turut diketengahkan sebagai individu yang berkuasa
mempengaruhi proses pembuatan polisi luar sesebuah negara berdasarkan pandangannya
terhadap kepentingan nasional.

4. Hujah Perbincangan

Dalam menangani konflik Palestin Israel, Majlis Keselamatan Bangsa Bangsa


Bersatu (PBB) telah mengeluarkan sejumlah 87 resolusi. Keputusan yang dibuat
memfokuskan tentang pencapaian keamanan di bahagian Timur Tengah, Keputusan-
keputusan tersebut melibatkan keadaan situasi kependudukan pengganas, termasuklah
Jerusalem, kerahan tenaga tentera Israel yang haram dan serangan Israel terhadap Palestin
sebagai sasaran. Walau bagaimana pun kesemua resolusi ini perlu di lihat secara positif,
adakah sebenarnya akan memberi dan menjaga keamanan rantau tersebut dengan mengkaji
aktor yang membuat dan mencadangkan resolusi itu. Oleh yang demikian kajian perlu
melihat apakah dasar Negara Amerika Syarikat atas Palestin dan Israel.

4.1 Dasar Luar Amerika Syarikat(A.S)

Kajian melihat hubungan dua hala Israel-Amerika Syarikat merupakan faktor


penting dalam dasar Amerika Syarikat di Timur Tengah. Kongres Amerika Syarikat
9

meletakkan keutamaan dalam hubungan dua hala yang erat dan saling tolong-menolong.
Sokongan ketara ke atas Israel adalah pemberian bantuan luar yang sentiasa dipantau oleh
Kongres selain daripada isu lain yang yang timbul dalam hubungan dua hala. Sikap
mengambil berat Kongres ini telah mempengaruhi polisi pentadbiran dalam jangka masa
lebih kurang 60 tahun sehingga ke hari ini.
Hubungan dua hala ini telah berkembang dari polisi bersimpati dengan nasib
Yahudi dan sokongan untuk penubuhan satu negara Yahudi pada tahun 1948 ke satu
perkongsian luar biasa yang menghubungkan negara kecil tetapi kuat dari segi ketenteraan.
Kebergantungan dibuat Israel dengan Amerika Syarikat untuk kekuatan ekonomi dan
ketenteraannya, pada masa yang sama hegemoni Amerika Syarikat mempunyai tujuan
untuk mengimbangi kepentingannya di rantau Timur Tengah. Sesetengah warga Amerika
mempersoalkan komitmen yang diberikan kepada Israel, dan berhujah bahawa komitmen
ini bertentangan dengan hubungan di antara A.S. dengan negara-negara Arab yang lain.
Dasar Amerika Syarikat (A.S) menurut realisme yang membandingkan keuntungan
dan kepentingan negara atas rantau Timur Tengah telah menunjukkan sokong kepada
Israel sejak Presiden Harry Truman menolak cadangan dari Menteri Luar Negeri George C.
Marshall dan menggalakkan sebuah resolusi di Perhimpunan Agung PBB memberikan
sebahagian besar Palestin kepada orang Yahudi yang kemudian menjadikan rakyat Palestin
penduduk minoriti. Sebagai negara baru Israel mencari kuasa seperti yang di tegaskan
dalam teori realisme bahawa kuasa adalah asas menentukan kelangsungan hidup,
meneruskan tindakan untuk mengusir orang-orang asal Palestin dan merampas lebih banyak
tanah mereka manakala dalam keadaan demikian Washington hanya menutup mata serta
membiarkannya berlaku.7
Dasar A.S juga menurut penyataan Tun Dr Mahathir pada 5 Jan 2009, bahawa
bakal Presiden Amerika Syarikat iaitu Barack Obama yang akan menggantikan George W.
Bush dijangka tidak mengubah dasar luar Negara Amerika Syarikat terhadap Israel kerana
kepimpinan beliau masih memerlukan sokongan Yahudi.

7
Marshall, Rachelle. As Obama Retreats, Palestinians Renew Their Struggle. Washington Report on Middle
East Affairs; Apr2010, Vol. 29 Issue 3, p7-10, 3p
10

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tiada mana-mana
calon dalam pilihan raya Amerika yang berani menafikan sokongan kepada Israel kerana
kaum Yahudi merupakan golongan yang memainkan peranan penting dalam menentukan
kemenangan seseorang calon Presiden. Tun Dr Mahathir juga berkata Obama dijangka
mengundurkan tentera Amerika dari Iraq dan Afghanistan tetapi akan tetap memberi
sokongan kepada kaum Yahudi di Israel. Tun Dr Mahathir berkata beliau tidak rasa akan
ada perubahan dalam dasar luar Amerika kepada Israel, Obama sendiri pergi ke Israel untuk
mendapatkan sokongan kerana terdapat ramai Yahudi di Amerika. Bakal pemimpin
nombor dua Amerika Syarikat, Joe Biden pula pernah berkata secara terbuka bahawa
walaupun dia bukan seorang Yahudi tetapi dia adalah penyokong Zionis," katanya pada
sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Dr. Mahathir menyatakan Obama merupakan Presiden Amerika Syarikat yang
lebih baik jika dibandingkan dengan Bush, ''Beliau (Obama) merupakan pilihan terbaik
daripada kalangan yang tidak baik," Dr. Mahathir berkata, walaupun kongres Amerika
dianggotai oleh golongan terpelajar tetapi mereka masih membenarkan keganasan oleh
Israel ke atas Palestin. ''Negara yang menjadi polis dunia kini telah membunuh dan
merompak. Seseorang perlu bersuara kerana jika kita berdiam diri keadaan akan bertambah
teruk. ''Perang moden merupakan sejenis pembunuhan besar-besaran dan dilakukan dengan
tidak adil kerana tiada peluang untuk negara lemah menghadapi serangan kuasa besar
seperti Amerika," katanya. Dr. Mahathir berkata, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa
termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) didapati gagal memainkan peranan
untuk menghentikan kekejaman Israel kerana badan itu telah dikuasai Amerika Syarikat. ''
PBB sebelum ini tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghentikan perang ke atas Iraq
kerana Amerika mahu teruskan kepentingannya di situ," katanya.8
Eric H.Yoffie presiden kepada Union For Reform Judaism mengatakan bahawa
tiada “polisi Barak Obama” seperti juga tiada “polisi George W.Bush” atas Israel cuma
yang ada adalah polisi Amerika Syarikat yang berterusan selama hampir dua dekad.
Pentadbiran Obama telah membuat kesilapan dan perlu menegaskan sepenuhnya sokongan
kepada Israel. Walau bagaimana pun presiden A.S. telah memberi sokongan ke atas Israel
8
Utusan Malaysia 06/01/2009
11

di Gaza, meningkatkan kerjasama ketenteraan dan telah lakukan banyak hal untuk
menghasilkan pro Israel yang kuat.9
Menurut Dr Ziad Asali Presiden kepada American Task Force on Palestine (ATFP),
bahawa tiga faktor yang harus dilakukan sebelum proses perdamaian dapat bergerak ke
hadapan. Keamanan harus diperbaiki untuk kedua-dua bangsa Israel dan Palestin, perbaikan
ekonomi bagi bangsa Palestin adalah mustahil tanpa pendudukan dan memastikan ada
sebuah kerajaan Palestin dengan undang-undang yang dihormati berteraskan “Rule of
Law”. "Negara Palestin tidak dapat diperbaiki seperti dahulu," katanya. "Jika Israel adalah
sebuah negara normal, maka Palestin juga perlu satu Negara yang sama ."
Asali mengatakan dia memandang Amerika tidak bertindak sebagai medium yang
jujur dan bahawa Washington harus belajar untuk menjadi pemudah cara yang lebih adil
dalam konflik ini. A.S lebih mencari jalan penyelesaian bagi kepentingan Negara mereka
dalam dunia yang semakin kecil yang sepatutnya A.S harus melihat konflik perhubungan di
dalam konteks global. "Untuk dunia keseluruhannya isu ini perlu diselesaikan.10
Bassam Al-Salhi adalah ahli kepada Palestinian Legislative Council (PLC) dan
General Secretary kepada Palestinian People's Party (PPP), menyatakan sifat khusus dari
hubungan Amerika-Israel didasarkan pada beberapa faktor yang menimbulkan pengaruh
timbal balik di antara kedua-dua negara. AS menikmati kedudukan kuasa yang
menguntungkan daripada para sekutunya Israel, dalam kedudukan Israel di rantau ini
mustahak bagi kepentingan Amerika di Timur Tengah.
Selain itu kedua-dua negara berkongsi hubungan kebudayaan-ideologi yang diisi
oleh impian yang manis, budaya neo-kontra. Oleh yang demikian AS tidak boleh menjadi
orang tengah yang adil. Hal ini juga meyakinkan bahawa ia adalah menghalang usaha
antarabangsa yang serius dalam menetapkan pencapaian kemajuan bagi proses damai,
terutama untuk menghasilkan kesan perubahan penting pada Israel atau dalam perubahan
serantau yang akan mempengaruhi kepentingan dan keseimbangan kuasa di Timur Tengah.
AS juga tidak mahu melihat evolusi akan pilihan antarabangsa yang dapat bertindak lebih

9
Eric H. Yoffie, Article Commentary; Jun2010, Vol. 129 Issue 6, p36-36, 2/3p
10
Najjab, Jamal , Two-State Solution The Answer .Washington Report on Middle East Affairs; Jan/Feb2009, Vol. 28
Issue 1, p61-62, 2p
12

bebas untuk mengubahsuai pendekatan A.S yang dominan dalam pengendalian


penyelesaian politik.11

4.2 Kesan campur tangan Amerika Syarikat (A.S)


4.2.1 Pelarian Palestine.
Akibat perjanjian Balfour dan campur tangan A.S, kemasukan pelarian Yahudi di
Palestin mengakibatkan peperangan serta penduduk asal Palestin kemudiannya menjadi
pelarian dan di tempatkan di negara Jordan, Lubnan, Syria, kawasan Tebing Barat dan
Gaza. Pelarian-pelarian Palestin adalah orang-orang yang tempat kediaman biasanya adalah
Palestin di antara Jun 1946 dan Mei 1948 yang kehilangan kedua-dua rumah-rumah dan
cara hidup mereka akibat Pertempuran Arab-Israel 1948. Jumlah pelarian yang berdaftar
dengan UNRWA ialah 914,000 pada 1950 dan meningkat kepada lebih 4.3 juta pada 2005.
Isu pelarian ini telah berpanjangan dan tiada satu penyelesaian yang dibuat untuk mereka
mendapatkan tempat tanah asal mereka sendiri.12
4.2.2 Kesan Wabak Penyakit
Dalam konflik yang berlaku telah memberi kesan penyakit Kaki dan mulut (PMK).
Endemik yang berlaku di Timur Tengah memberi persepsi bahawa ketidakstabilan politik
dan sumber yang terhad telah menyebabkan peredaran virus PMK yang tidak terkawal di
seluruh kawasan. wabak dilaporkan di Israel dan Palestin dari 4 Februari, 2006 hingga
tarikh 15 Disember 2007. Jalur Gaza, di mana tidak ada wabak yang dilaporkan, atau lokasi
yang terdekat tampaknya merupakan asal dari sekumpulan wabak terletak di HaDarom
(April 2007), sebuah cluster wabak berpusat di Tebing Barat (Februari 2006) boleh
dikaitkan dengan penyebaran dari Israel Utara, sebuah cluster di Hazafon (Januari 2007)
tampaknya berasal dari dekat sempadan Jordan dan sekelompok yang terletak di Utara
Hazafon ini cenderung berkaitan dengan daerah di sebelah Lubnan dan sempadan Syria.
Hubungan antara cluster di Tebing Barat dan sampel Israel sebelum dan antara cluster di

11
Bassam al-Salhi, American Policy and the Middle East Conflict. .Palestine-Israel Journal of Politics, Economics &
Culture; 2007, Vol. 13 Issue 4, p15-19, 5p
12
Ben-Meir, Alon. The Palestinian Refugees: A Reassessment and a Solution. Palestine-Israel Journal of Politics,
Economics & Culture; 2008, Vol. 15/16 Issue 4/1, p65-71, 7p
13

Hazafon dan Jordan juga disokong dengan analisis dari sampel yang dikumpulkan dari
wabak tersebut. Keputusan ini menunjukkan bahawa wabak PMK dilaporkan di Israel dan
Palestin pada tahun 2006 dan 2007 kemungkinan besar akibat dari wabak yang berbeza
berkaitan dengan peredaran dan penyebaran virus PMK dari berbagai wilayah di Timur
Tengah.13
4.2.3 Program Nuklear
Israel mendakwa bahawa program nuklearnya dibangunkan sebagai pencegah
terhadap negara-negara atau kuasa yang mungkin cuba untuk menghapuskannya sekarang
atau di masa depan. Penggunaan senjata tersebut hanya untuk defensif saja dan tidak untuk
pencerobohan terhadap negara lain di rantau itu. Pandangan di sisi negara Arab-Islam,
respon adalah sebagai berikut:
Pertama, Israel lupa bahawa sistem politik tidak stabil dan terus berubah, kerana itu, "ahli
politik yang gila" mungkin suatu masa menjadi pemimpin di Israel dan ketika itu mereka
akan menggunakan kapasiti nuklear terhadap negara-negara di wilayah ini - mengingati
ciri-ciri Israel sebagai negara kuat dan agresif. Ini menjadikan senjata nuklear digunakan
terhadap negara-negara jiran kemungkinan boleh berlaku bila-bila masa. Kedua, dasar
Israel termasuk kerajaan masa ini seperti yang diungkapkan oleh Presiden Shimon Peres,
adalah bahawa selepas keamanan menyeluruh tercapai, Israel akan meluluskan sebuah
Zone Bebas Senjata Nuklear (NWFZ) di Timur Tengah. Namun, Perdana Menteri
Benjamin Netanyahu tidak pernah menyebutkan ini dalam komentarnya mengenai masalah
nuklear.
Dengan semua tuntutan-tuntutan ini, maka Iran telah berfikir dan mungkin diikuti
oleh negara-negara lain yang juga mungkin berfikir bahawa satu-satunya cara untuk
mengimbangi ancaman yang datang dari program tenaga nuklear Israel adalah dengan
membuat perkara yang sama seperti Israel.
Iran terus mendakwa bahawa program nuklearnya adalah untuk tujuan keamanan
dan bukan ketenteraan tetapi perkara ini menjadi ancaman yang berterusan untuk Israel
selama beberapa tahun terakhir ini. Oleh kerana itu, Timur Tengah sekarang berada di

13
M.A.AlKhamis, M.A.Perez, H.Yadin, J.N.Knowles. Temporospatial Clustering of Foot-and-Mouth Disease Outbreaks
in Israel and Palestine, 2006–2007, Transboundary & Emerging Diseases; Apr2009, Vol. 56 Issue 3, p99-107
14

ambang persaingan di antara kekuatan serantau besar iaitu Iran, Turki dan Israel. Tiada
satu pun dari negara-negara Arab berdiri di antara mereka sebagai kekuatan rantau lagi;
pada masa yang sama, ketiga-tiga negara kekuatan serantau mempunyai agenda masing-
masing tentang dunia Arab. Cita-cita Iran untuk menjadi kuasa serantau yang besar tidak
hanya terbatas kepada Afghanistan, di mana Iran beroperasi bertentangan dengan A.S.
Cita-cita ini juga diungkapkan di rantau yang lain seperti di Yaman (dengan menyokong
AI-Houthi kumpulan Syiah terhadap rejim di sana), di Iraq (melalui penglibatan yang
berbeza), di Lubnan (dengan menyokong Hizbullah) dan di Palestin (dengan menyokong
Hamas, selain perikatan strategik Iran dengan Jihad Islam). Selain itu Iran mempunyai
hubungan strategik khusus dengan Syria, menduduki tiga kepulauan Arab di Teluk Arab
dan mendakwa " Teluk Arab" menjadi " Teluk Parsi"
Dengan ini masalah kestabilan serantau memungkinkan ada berhubung kait dengan
tindakan Iran, tapi ia juga mempunyai perkaitan dengan konflik antara negara-negara Arab,
Israel dan Iran. Perkara ini mempunyai kapasiti dan peranan sebagai penghalang dari segi
perjanjian damai melalui Hamas, Jihad Islam dan Hizbullah jika keperluan sekutu Iran
tidak dipenuhi oleh A.S dan Israel.14
Gesaan A.S dan sekutunya Israel berkaitan sekatan ke atas Iran iaitu gara-gara
projek nuklear memungkinkan serangan ketenteraan dikenakan ke atas mereka oleh Israel.
Pada masa sama, Tel Aviv menempatkan banyak kemudahan ketenteraan di rantau
Caucasus terutama di Azerbaijan dan Georgia. Amerika Syarikat (AS) juga memberi
ingatan berkali-kali bahawa Washington mengambil kira pelbagai pilihan yang ada dalam
menguruskan isu Iran. Kegagalan proses rundingan damai Timur Tengah dan mendedahkan
keterbatasan pengaruh AS ke atas parti Likud yang beraliran pelampau dalam kerajaan
Israel juga menjadi kebimbangan sampingan. Sementara itu, Menteri Luar Israel, Avigdor
Lieberman, memburukkan lagi keadaan dengan memberi kenyataan bersifat provokatif.
Kata Lieberman, dia percaya negara Palestin tidak mungkin diwujudkan sebelum 2012 atau
pada penghujung penggal pentadbiran Presiden AS, Barack Obama.
4.2.4 Pengebom Berani Mati

14Salem, Walid . The Iranian Factor in the Arab-Israeli Conflict..Palestine-Israel Journal of Politics, Economics &
Culture; Mar2010, Vol. 16 Issue 3/4, p46-51, 6p
15

Sejak pertengahan 1990-an, keganasan pengebom berani matii telah berkembang


menjadi salah satu cabaran strategik paling parah bagi Israel . Sebahagian besar serangan-
serangan pengebom berani mati telah berlaku sejak gelombang permusuhan Israel-
Palestin melalui " Intifada Al-Aqsa” yang meletus pada akhir September 2000. Di antara
tahun 1993 dan awal Ogos 2002 lebih dari 135 pengebom berani mati meletupkan diri di
Palestin sekitar warga awam Israel atau tentera. Sejak itu ada lebih dari 35 serangan
tambahan juga telah dilakukan.
Dari kajian mereka menyatakan “‘Untuk mati secara pengeboman bunuh diri'
lebih baik daripada mati setiap hari atas kekecewaan dan penghinaan”
Individu sekarela Palestin menjalankan tindakan misi pengebom berani mati
dipengaruhi oleh beberapa faktor yang sangat sulit untuk diurai. Sulit, misalnya, untuk
memisahkan ekonomi dari motif peribadi kerana kesusahan ekonomi mempunyai pengaruh
pada martabat individu dan boleh menyebabkan ingin membalas dendam terhadap mereka
mereka bertanggung jawab. Mereka melihat orang Israel sebagai begitu kuat maka
pengeboman berani mati adalah satu-satunya jalan untuk mereka mengekspresikan rasa
kekecewaan mereka. Namun juga jelas bahawa pelaku pengebom berani mati Palestin
yang diwawancara di sini percaya bahawa ianya memberi manfaat atas kematian dalam
kesyahitan.15

Dapatan kajian
Dalam menghuraikan dasar dan campur tangan A.S keatas Palestine dan Israel,
sejak tahun 1948 hingga sekarang mengikut pandangan realisme memfokuskan
penglibatan konsep kuasa , Negara, kelangsungan hidup, bantuan kendiri, kedaulatan,
hegemoni dan kepentingan negara. Dasar A.S adalah dasar yang telah di bersetuju bersama
oleh kongres A.S sendiri yang menurut realis adalah satu dasar yang tidak bergantung pada
perubahan global tetapi turut bergantung kepada persepsi pemimpin negara terhadap
kepentingan nasional. Walau pun dasar tersebut di pandang berat sebelah ia memungkinkan
kelangsungan hidup negara dan rakyat serta keselamatan negara .

15
Mali Soibelman. Palestinian Suicide Bombers .Centre for Investigative Psychology, The University of Liverpool,
Journal of Investigative Psychology and Offender Profiling J. Investig. Psych. Offender Profit 1: 175-190 (2004)
16

Persaingan kuasa adalah amat penting bagi A.S dalam sistem antarabangsa bersifat
anarki, relisme mengandaikan kuasa A.S dapat mempengaruhi atau mengawal atau kesan
dari tindakannya ke atas negara lain serta kuasa juga mengandaikan pencapaian keamanan
akan berterusan . Ini dapat dilihat bagaimana A.S dapat mencadangkan resolusi yang telah
diikuti oleh negara rantau Timur Tengah walaupun terdapat resolusi yang di persetujui oleh
Majlis Keselamatan PBB tidak di patuhi oleh Israel sekutu A.S. Dengan kuasa yang
dimiliki A.S tidak mengambil tindakan ke atas Israel malah menyalahkan pikah Palestin
terutamanya Hamas. Kuasa hegemoni yang di miliki oleh A.S juga mencorakkan tindakan
yang bakal dan akan diambil oleh negara di rantau Timur Tengah. Contohnya
pembangunan kuasa nuklear oleh Iran telah ditentang hebat oleh A.S dan mempengaruhi
Majlis Keselamatan untuk persetujuan sekatan oleh PBB. Walaupun A.S adalah kuasa
unipola tetapi ketakutan atas senjata nuklear yang dibangunkan Iran akah menjatuhkan
kedaulatannya serta memungkinkan kekukuhan A.S di Timur Tengan akan berkurangan.

Dalam menangani isu pelarian palestin yang menyumbang kepada keselamatan


insan, dunia mengetahui pelarian yang di tempatkan di negara Jordan, Syira dan Lubnan
tidak diberikan hak untuk balik ke negara asal walaupun tanah dan rumah mereka telah di
cerobohi oleh pihak Israel dalam membesarkan wilayahnya. Realis berpendapat bahawa
moral dan nilai murni dalam sistem antarabangsa adalah di tolak kerana ia merupakan
perkara yang terlalu sentimental dan tidak sesuai dalam menentukan hala tuju sesebuah
negara seperti A.S.

Kajian mendapati tindakan A.S dalam membuat dasar dan campur tangan dalam
konflik palestin israel adalah mempunyai kepentingan penguasaan dari segi ekonomi
rantau khususnya petroleum dapat dikuasai oleh A.S walaupun tidak secara keseluruhan.

Rumusan dan Kesimpulan

Berdasarkan campur tangan dan dasar A.S dalam konflik Palestin Israel elemen
kuasa adalah penting bagi sesebuah negara serta perlu memastikan ia berterusan dan
17

bertambah. Konsep mengekalkan kuasa dapat mempengaruhi kepentingan negara,


kelangsungan negara dan keselamatan negara.
Dalam konflik Palestin dan Israel jelas menunjukkan bahawa A.S mengambil
pendekatan realisme secara teori mahupun praktikal dengan mendominasi cara tindakan
campur tangan dan dasar yang di buat.
Tindakan berat sebelah ke atas Israel begitu ketara dan menidakkan hak yang
sepatutnya ke atas Palestin. Dapat dilihat tindakan ini telah banyak menggagalkan proses
rundingan damai yang diadakan. Proses yang panjang akan menjadikan kuasa A.S di Timur
Tengah bertambah dan berkekalan. Walaupun terdapat cadangan “one state, two state
solution” dalam konflik ini, ia mungkin tidak akan menjaya menghentikan konflik yang
berlarutan selama 60 tahun.

Lampiran ‘A’

Peta Rantau timur Tengah – Konflik Palestin Israel


18

Lampiran ‘B’
19

Lampiran ‘C’
20

You might also like