P. 1
TOPIK_6_PENYERTAAN_POLITIK_DAN_PILIHAN_RAYA_1_

TOPIK_6_PENYERTAAN_POLITIK_DAN_PILIHAN_RAYA_1_

|Views: 413|Likes:
Published by a_qelate

More info:

Published by: a_qelate on Oct 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/12/2014

pdf

text

original

PENYERTAAN POLITIK DAN PILIHAN RAYA

TOPIK 6

TOPIK PERBINCANGAN
y y y y y y y

Kewujudan parti-parti politik Fungsi, struktur dan sistem parti (sistem politik kepartian) Teori perwakilan dan sistem berperwakilan Sistem dan proses pilihan raya Tingkahlaku mengundi Mandat politik dan pembentukan kerajaan Kumpulan pendesak dan berkepentingan

PENGENALAN
y Penyertaan politik tidak semua dalam sistem pemerintahan negara y

y y y

moden adalah terbuka dan secara bebas. Banyak bergantung kepada bagaimana pemerintahan dan sistem kerajaan yang diamalkan untuk membuka peluang penyertaan politik dan seterusnya mewujudkan pilihan raya. Dalam sistem demokrasi, penyertaan politik dan pilihan raya adalah terbuka dan diadakan mengikut perlembagaan. Tiada halangan dikenakan kepada mana-mana pihak atau parti atau individu untuk terlibat dalam politik dan menyertai pilihan raya. Penyertaan dalam politik bukan sekadar bertanding dalam pilihan raya, tetapi boleh dalam bentuk sebagai ahli parti politik dan mengundi.

KEWUJUDAN PARTI POLITIK
y Apa sebab atau matlamat parti politik ditubuhkan atau diwujudkan? 

Adakah parti politik hanya wujud dalam sistem demokrasi?

y Parti politik cuba mendapatkan kuasa politik melalui usaha sendiri

ataupun dengan kerjasama dengan parti politik lain. 

Joseph Schumpeter ... ³matlamat utama parti politik adalah mengatasi partiparti lain untuk mendapatkan kuasa atau untuk kekal berkuasa.

y Matlamat ingin mendapatkan kuasa inilah yang membezakan parti

politik daripada kumpulan-kumpulan lain dalam sistem politik terutama kumpulan pendesak walaupun kekadang perbezaan itu agak kabur. 

Kekadang parti politik boleh bertindak sebagai kumpulan pendesak terutama yang tiada wakil dalam dewan perwakilan. Dengan cara atau melalui proses pilihan raya.

y Bagaimana parti politik mendapatkan kuasa? 

« samb
y Adakah pernah parti politik merampas kuasa untuk mendapatkan

kuasa? 


Rampasan kuasa hanya biasa dilakukan oleh pihak tentera untuk campurtangan dalam politik awam atau popular. Juga melalui perang saudara dan aktiviti gerila lawan kerajaan. Isu kaum ± mewakili kaum-kaum tertentu. Isu kumpulan ± mewakili pihak-pihak tertentu untuk tujuan tertentu. Isu wilayah ± untuk mewakili wilayah tertentu Isu agama ± untuk mewakili kelompok agama. Dan lain-lain isu.

y Wujud parti politik disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya: 
   

FUNGSI PARTI POLITIK
y Fungsi terpenting parti politik ialah menyatupadukan, memudahkan

dan menstabilkan proses politik. 


Mengumpul kepentingan yang berbeza daripada pelbagai aspek: georgrafi, etnik, dll. Cth: Barisan Nasional.

y Fungsi pengantaraan adalah faktor penting untuk menjamin kestabilan

politik. 

Bertindak sebagai orang tengah dlm banyak hal dan urusan. Bertindak sebagai agen sosialisasi, penyalur maklumat dll.

y Berfungsi sebagai saluran perhubungan antara kerajaan dengan rakyat. 

y Pengerahan sokongan dengan cara menggiatkan penduduk dapat

dilanjutkan melalui perhimpunan raksasa, pakaian seragam, bendera dll. y Berfungsi merekrut atau mengambil pemimpin yang baru.  Kenal pasti bakat dan kebolehan pemimpin pelapis. y Berfungsi sebagai pendokong kepada ideologi politik yang khusus.

STUKTUR PARTI
y Struktur parti berkait rapat dengan penggunaan

oleh parti politik untuk mencapai tujuan mengekalkan kuasa politik. y Parti politik perlu struktur yang dinamik untuk mencapai matlamatnya bagi meluaskan sokongan pengundi. y Maurice Duverger telah mencadangkan satu klasifikasi empat peringkat struktur parti: 
  

fungsi dan kaedah mendapatkan dan

Caucus (Jawatankuasa) Cawangan Sel Militia

« samb
y Caucus dicirikan oleh keahliannya yang kecil dan keenggannya untuk

melusakan keahlian secara besar-besaran. 
 

Ahlinya terdiri daripada rakyat tempatan yang terkemuka. Menumpukan kepada aktiviti pilihan raya dan tidak aktif pada tempoh antara pilihan raya. Contoh: Parti Radikal Perancis dan Parti Buruh British.

y Cawangan dicirikan oleh hasil daripada perluasan hak mengundi di

Eropah Barat.   

Merupakan parti massa yang ingin akan kemasukan bilangan ahli yang maksimum. Kini semua parti kebanyakannya ada cawangan di mana-mana sebagai usaha meramaikan bilangan ahli. Sebagai penggerak kepada pelbagai aktiviti yang bukan hanya tertumpu kepada pilihan raya sahaja.

« samb
y Sel iaitu suatu ciptaan parti-parti sosialis revolusiner. 
  

Struktur organisasinya berdasarkan tempat kerja dan bukannya berdasarkan kawasan geografi. Struktur sel sangat penting bagi sesetengah parti walaupun lebih kecil strukturnya daripada struktur cawangan. Bersifat pakatan sulit, di mana gerakan parti tersebut tidak dapat dihapuskan atau terjejas disebabkan oleh kemusnahan sesuatu sel. Gerakan sulit atau rahsia seperti Parti Komunis Perancis. Peranan kepimpinan dan kaedah pemilihan. Darjah pemusatan organisasi. Kuasa kepimpinan dalam hubungannya dengan ahli biasa, takat kuasa disiplin, penyertaan dalam membuat keputusan dan dalam mengilhamkan dasar. Kawalan birokrasi parti. Asas dan takat keahlian.

y Faktor yang harus diambil kira dalam sebarang kajian struktur parti: 
  



SISTEM PARTI
y Parti bergerak dalam sistem parti dan jenis sistem tersebut akan

mempunyai kesan yang mendalam terhadap tingkahlaku parti. y Sukar untuk mengelaskan sistem parti kepada atau mengikut satu ukuran sahaja. y Faktor terpenting yang harus diambil kira ialah: 
  

Bilangan parti Kekuatan relatif parti Perbezaan ideologi antara parti Struktur parti.

y Sistem satu parti: di negara itu hanya dibenarkan satu parti sahaja

untuk bersaing dalam pilihan raya negara itu dan menguasai proses pencalonan dan pilihan raya. 

Pernah diamalkan di Soviet Union dan juga di China.

« samb
y Sistem parti dominan: parti lain gagal menyaingi dan mengalahkan

parti ini walaupun terdapat pelbagai parti lain.  



Pernah wujud di India dengan Parti Kongres telah menguasai politik India sejak tahun 1947 dan memenangi 403 daripada 544 kerusi dalam pilihan raya umum 1985. Di Mexico seperti Partido Revolucionario Institucional (PRI). Di Indonesia seperti Parti Golkar yang telah memerintah Indonesia semenjak kejatuhan Seokarno hingga kepada kejatuhan Suharto.

y Sistem dua parti yang nyata: hanya ada 2 parti sahaja seperti yang

wujud di New Zealand iaitu Parti Buruh dan Parti Nasional dalam majlis perundangan negara itu. 


Mentadbir secara bergilir mengikut majoriti yang diperolehi dalam pilihan raya di peringkat majlis perundangan. Berlaku juga di Australia antara Parti Buruh dan Parti Liberal.

« samb
y Sistem dua parti yang tidak nyata: berlaku di Republik Ireland

dan Amerika Syarikat. 


Wujud dua parti utama tetapi tidak begitu nyata. Di USA, persaingan antara Parti Demokratik dan Parti Republikan yang bersaing untuk menguasai Kongres.

y Sistem dua-setengah parti: sistem ini mempunyai dua parti yang

dominan tetapi parti-parti ini jarang menguasai majoriti. 
 

Memerlukan sokongan parti lain untuk membentuk kerajaan. Wujud apa yang dinamakan kerajaan campuran. Situasi ini banyak berlaku kini, di mana tidak ada parti yang mencapai majoriti.

« samb
y Sistem pelbagai parti yang stabil: kekuatan relatif parti sering

memaksa pembentukan gabungan pelbagai parti. 
 

Perbezaan idelogi antara parti diketepikan secukupnya bagi membolehkan pembentukan gabungan tersebut. Gabungan mudah dibentuk dan bertahan lama. Berlaku di Sweden di mana Parti Demokratik Sosial bergabung dengan Parti Tengah atau Parti Liberal. Walaupun terdapat 13 buah parti mewakili parlimen Itali selepas pilhan raya 1987, masalah asas pembentukan gabungan wujud kerana kehadiran Parti Komunis. Kerajaan Itali tidak stabil dan kekal.

y Sistem pelbagai parti yang tidak stabil: berlaku di Itali.  

TEORI PERWAKILAN DAN SISTEM BERPERWAKILAN
y Apa itu perwakilan? y Secara umumnya perwakilan

merujuk kepada individu atau sekumpulan individu yang telah dipilih oleh rakyat bagi mewakili mereka ke dewan perhimpunan atau perundangan. 


Perwakilan merupakan perantara bagi kerajaan yang memerintah dengan rakyat yang diperintah. Dalam sistem demokrasi, perwakilan dipilih menerus pilihan raya, di mana ia mewujudkan apa yang diistilah sebagai demokrasi berperwakilan.

y Perlu diingat bahawa kewujudan sistem perwakilan bukan hanya

dalam sistem demokrasi, tetapi juga dalam sistem autoritarian dan sosialis. 

Bezanya dalam sistem demokrasi, perwakilan dipilih secara langsung oleh rakyat menerusi pilihan raya yang bebas.

« samb
y Perwakilan merupakan ³perhubungan antara dua pihak´.  



Dua pihak yang saling berhubungan di sini ialah wakil telah (menerusi pilihan raya) dan akan mewaliki satu kumpulan penggubalan undang-undang dan dasar-dasar negara sama ada di perundangan atau badan eksekutif. Perwakilan adalah alat atau agen penting untuk menyalurkan kehendak rakyat kepada pemerintah. Memastikan kedaulatan rakyat sentiasa terkawal.

dipilih dalam dewan segala

y Di kebanyakan sistem politik menurut Ball (1993: 138) telah berkongsi

dua konsep terutama tentang perwakilan: 


Pertama, kedaulatan terletak pada rakyat dan dengan itu kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat. Kedua, kehendak golongan majoriti lebih penting daripada kehendak golongan minoriti.

« samb
y Dalam sistem demokrasi aspek kedaulatan rakyat sangat penting.  



Kerajaan harus bertanggungjawab untuk mengekalkan dan memelihara kedaulatan ini disebabkan rakyat telah memberikan mandat kepada mereka (perwakilan) untuk memerintah tanpa mengira golongan majoriti mahupun minoriti. Seterusnya, kehendak dan kepentingan rakyat perlu diutamakan berbanding kepentingan diri. Elemen-elemen inilah yang telah menyediakan asas kepada sistem perwakilan moden seperti yang terdapat pada hari ini.

y Menurut Ball (op cit., 141) terdapat tiga intipati utama boleh digunakan

dalam memahami teori perwakilan demokratik liberal. 

Pertama, menekankan mengenai kepentingan hak individu misalnya tiada pencabulan ke atas harta dan hak individu, dan keperluan untuk membataskan kuasa kerajaan untuk mempertahan hak tersebut.
Ù

Wakil rakyat mewakili individu, pendapat mereka, dan kepentingan mereka.

« samb
y Kedua, penekanan dalam teori perwakilan demokrasi liberal adalah

terhadap ciri rasional. 

Rasional di sini memperlihat setiap rakyat mempunyai hak dan kesedaran tentang pentingnya rakyat menjaga hak dan kedaulatan mereka, di mana mereka bertanggungjawab untuk memilih wakil dan kerajaan yang benarbenar dapat menjaga hak dan kepentingan mereka.

y Ketiga, teori perwakilan demokrasi liberal secara langsung menyentuh

tentang kedaulatan rakyat.  

Kedaulatan rakyat bukan sahaja dalam soal hak mengundi dalam pilihan raya, tetapi kedaulatan itu sentiasa terjamin dalam sistem politik yang sedia ada. Selain daripada isu kedaulatan rakyat, dalam teori ini juga menyentuh mengenai kedaulatan majoriti.

SISTEM DAN PROSES PILIHAN RAYA
y Dalam sistem demokrasi, proses pemilihan perwakilan ke dewan

perundangan adalah melalui pilihan raya.  

Satu-satunya cara menentukan wakil dalam dewan rendah (House of Common jika di British; Congress jika di Amerika Syarikat; dan Dewan Rakyat jika di Malaysia), Ia memperlihatkan tahap penyertaan atau penglibatan warganegara yang berkelayakan untuk mengundi.

y Pilihan raya dan perwakilan (Syed Ahmad, 1995: 260) selalu dikaitkan

dengan teori dan amalan politik demokratik liberal. 

Rakyat akan berperanan dan berpartisipasi dalam menentukan wakil masing-masing.

« samb
y Dalam sistem politik moden (terutama masakini), pilihan raya

merupakan asas permulaan dalam menentukan siapa yang layak menjadi wakil atau perwakilan bagi sesuatu kaum dan kawasan ± bergantung kepada sistem yang dipraktiskan dalam sesebuah negara. y Di Malaysia, pilihan raya telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Bahagian VIII (Perkara 113 hingga 120) yang menyentuh mengenai proses dan perjalanan pilihan raya.

KONSEP PILIHAN RAYA
y Apa itu pilihan raya? 

Pilihan raya adalah suatu aktiviti, di mana warganegara yang berkelayakan akan turun membuang undi bagi memilih calon-calon yang bertanding sebagai perwakilan mereka ke dewan perundangan.

y Roskin, Cord, Medeiros dan Jones (2003: 212) ... pilihan raya adalah

seperti ³electoral system are important; they help determine the number of parties, the ease of forming a stable government, and the degree of citizen interest in politics´. y Pilihan raya kaedah yang sangat mustahak untuk memilih wakil dan dapat membantu mengenal pasti bilangan parti yang bertanding serta mudah untuk membentuk kerajaan yang stabil dan dapat membantu dalam memahami kepentingan politik rakyat. 

Rakyat akan memilih wakil mereka dan perwakilan tersebut akan mewakili rakyat dalam menyuarakan hasrat dan tuntutan mereka kepada kerajaan.

« samb
y Syed Ahmad (1995: 260) pula menerangkan bahawa pilihan raya boleh

diertikan sebagai proses di mana mereka diperintah (rakyat yang berkelayakan) itu menentukan, melalui cara-cara pemilihan tertentu, wakil-wakil yang kepadanya diserahkan mandat untuk membuat keputusan, dasar dan undang-undang masyarakat. 

Rakyatlah yang berkuasa dalam menentukan wakil dan seterusnya siapa atau parti mana yang akan membentuk kerajaan.

y Pilihan raya ialah satu proses di mana ahli masyarakat memilih dan

mengesahkan wakil-wakil untuk membuat dasar dan keputusan politik (ibid.,). y Roskin et. al. menjelaskan pilihan raya seperti ³... an election is a method of choosing amongst candidates for some post or office, and election have become only fully respectable method for selecting political leaders and governors throughout the world´.

FUNGSI PILIHAN RAYA
y Empat fungsi pilihan raya: 

Pilihan raya sebagai cara rakyat memilih dan mengawal wakil-wakil mereka.
Ù

Dalam sistem demokrasi, rakyat bertanggungjawab memilih calon-calon yang terbaik pada pandangan mereka agar dapat mewakili suara rakyat di dewan perundangan. 

Pilihan raya berfungsi sebagai saluran penyertaan politik untuk masyarakat, di mana mereka pada ketika itu terlibat secara langsung dalam aktiviti politik iaitu bagi memilih perwakilan dalam pilihan raya.
Ù

Ia juga dapat mewujudkan persefahaman politik di kalangan rakyat bagi memilih calon yang dapat menepati kehendak pengundi. 

Pilihan raya berfungsi sebagai satu bentuk komunikasi di antara yang memerintah (kerajaan) dengan yang diperintah (rakyat), di mana melalui pilihan rayalah wakil-wakil yang telah dipilih terutama yang berada dalam kerajaan akan lebih sensitif dan responsif kepada tuntutan-tuntutan politik di kalangan rakyat atau pengundi.

« samb 

Pilihan raya berfungsi untuk mengesahkan mereka yang memegang kuasa.
Ù Ù

Melalui pilihan raya pemerintah boleh mendakwa dirinya sah ± dipilih dan diterima oleh rakyat untuk memerintah. Situasi ini amat berbeza dengan negara yang diperintah secara diktator atau menerusi rampasan kuasa oleh tentera yang telah menindakan suara rakyat.

KAEDAH PILIHAN RAYA
y Ball (1993: 109) menyatakan bahawa kesan sistem pilihan raya

yang berbeza itu bergantung pada struktur, ideologi, corak interaksi parti dan bilangan parti yang bertanding dalam sistem politik. y Dalam pilihan raya, ia tidak hanya merujuk kepada bagaimana undi itu dikira, tetapi turut melibatkan bagaimana ia dianjurkan. 

y Kaedah pilihan raya berbeza di negara yang berbeza walaupun

Pilihan raya turut melibatkan beberapa faktor seperti sejauhmana hak mengundi diberi, peraturan-peraturan pilihan raya, kaedah pembuangan undi dan tahap kerahsiaan undi.

adakalanya tidak begitu ketara. y Carter dan Herz (1970: 100-102; Roskin et. al. 2003: 212-215; dan Syed Ahmad (1995: 270-272) masing-masing menjelaskan bahawa terdapat dua sistem pilihan raya yang lazim diamalkan iaitu: 


Majoriti mudah (simple majority) Perwakilan bernisbah (proprotional representation).

« samb
y Sebaliknya, Robertson (1985: 105) menambah menjadi tiga iaitu sistem

majoriti (majoritarian system). y Di Malaysia pilihan raya adalah berasaskan kepada sistem majoriti mudah atau juga lazim dikenali sebagai first-past-the-post. y Majoriti mudah merupakan kaedah pilihan raya yang paling banyak dipraktikkan termasuk Amerika Syarikat, Britian, Kanada, Australia dan juga Singapura. y Dalam sistem pilihan raya jenis ini, calon yang mendapat undi terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang walaupun hanya mendapat kelebihan undi yang sedikit atau kelebihan satu undi sahaja. 


Atas faktor itu sistem ini dikenali sebagai first-past-the-post iaitu siapa yang menang akan menjadi wakil. Dari segi pembentukan kerajaan, disebabkan mengamalkan kaedah majoriti mudah, parti politik yang memperolehi kerusi majoriti akan membentuk kerajaan sama ada secara persendirian atau berasaskan pakatan atau gabungan.

« samb
y Sementara itu, perwakilan bernisbah pula digunakan supaya pilihan

raya dan perwakilan yang dipilih benar-benar mencerminkan hasrat dan pendapat pengundi dengan lebih tepat, di mana bilangan (peratus) undi dan bilang (peratus) kerusi untuk sesuatu parti itu akan agak sama (Syed Ahmad, 1995: 271).  

Dalam sistem ini, seluruh negara dianggap sebagai satu kawasan pilihan raya, di mana bilangan wakil-wakil ke dewan perundangan diberikan kepada parti-parti politik berdasarkan nisbah undi yang didapati oleh parti itu daripada seluruh negara. Sistem ini banyak diamalkan di Perancis, Mesir, Austria, Itali, Denmark, Belgium dan Sweden (Ball, 1993: 111; dan op. cit., 271).

TINGKAH LAKU MENGUDI
y Tingkahlaku mengundi memperlihat gelagat dan pola-pola pengundi

dalam menentukan siapa yang akan mereka undi. y Pengundi dalam sistem demokrasi mempunyai beberapa pilihan untuk dipilih sebagai perwakilan. y Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tingkahlaku pengundi: 
   

Manifesto parti. Kepimpinan parti. Isu-isu semasa kempen. Faktor geografi dan taraf sosioekonomi. Peranan media massa.

y Tingkahlaku mengundi tidak sama dari satu pilihan raya ke satu

pilihan raya.

MANDAT POLITIK DAN PEMBENTUKAN KERAJAAN
y Pilihan raya merupakan suatu mekanisme utama dalam memilih

perwakilan dan memberi mandat kepada parti yang memperolehi majoriti untuk membentuk kerajaan. y Pengundi memberikan mandat kepada perwakilan dan parti untuk membentuk kerajaan. 

Cuma persoalannya di sini, bagaimanakah kerajaan melaksanakan atau menunaikan mandat yang diberikan oleh pengundi kepada rakyat?

y Beberapa sarjana seperti Errington (2009), Evans (2006), Flynn

(2008), Gangl, Grossback, Peterson dan Stimson (1998), Mikhaylov (2008), dan Thome (1999) masing-masing tampil dengan hujah dan analisis tersendiri mengenai teori mandat. 


Dalam perbincangan tentang teori mandat mengaitkannya dengan pilihan raya. Ini kerana parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya masingmasing tampil dengan janji pilihan raya atau lebih dikenali sebagai manifesto pilihan raya untuk mempengaruhi pengundi.

« samb
y Ini kerana dalam manifesto pilihan raya disenaraikan dasar-dasar yang

akan dilaksanakan jika parti itu diberikan mandat untuk memerintah. y Budge dan Hofferbert (1990: 1) yang menjelaskan bahawa ³the specific form taken by such theories is the doctrine of the party mandate, according to which the competing parties offer to the voters different governmental programs between which they can choose´.  

Persaingan antara parti-parti politik dalam pilihan raya yang masing-masing menawarkan kepada para pengundi dengan pelbagai program dan dasar yang berbeza yang boleh pengundi pilih berbanding dengan pihak kerajaan. Janji pilihan raya ini merupakan suatu daya tarikan bagi menarik sokongan pengundi sama ada kepada kerajaan yang sedia ada atau pembangkang.

y Flynn (2008: 4) juga turut mengulas perkara yang sama seperti Thome

yang bertitik tolak daripada apa yang telah dihujahkan oleh Budge dan Hofferbert.

« samb
y Flynn menyatakan bahawa asas kepada pembentukan teori mandat

ialah apabila parti-parti politik mengemukakan cadangan perancangan mereka dalam bentuk manifesto pilihan raya kepada para pengundi untuk membentuk kerajaan dan para pengundi akan memilih antara platform dasar-dasar parti yang bertanding dengan kerajaan yang sedia ada. y Inilah apa yang dinamakan sebagai janji pilihan raya atau manifesto bagi mempengaruhi pengundi untuk menyokong parti mereka. Janjijanji pilihan raya ini disebarkan kepada pengundi melalui pelbagai media terutama melalui akhbar dan televisyen untuk para pengundi menilainya sendiri. y Jika ia mampu mempengaruhi keputusan pengundi pilihan raya, dipercayai parti tersebut akan mencapai kemenangan dan seterusnya mendapat mandat bagi menubuhkan kerajaan.

« samb
y Oleh sebab itu, teori mandat dilihat sebagai menjadi sangat penting

kerana ia mengambil kira asas perwakilan demokrasi dengan meninjau kaitan atau hubungan antara dasar dan harapan rakyat dengan tindakan kerajaan (Budge & Hofferbert, op cit., 113). y Teori ini menyifatkan jika parti pemerintah tidak mampu atau tidak mahu untuk menunaikan mandat yang mereka telah perolehi, maka keabsahan secara demokratik akan menjadi tanda tanya akibat daripada tindakan kerajaan (Flynn, op cit., 4). y Oleh sebab itu, para pengundi akan merungut disebabkan parti yang memerintah engkar atau mungkir janji (broken promises) dengan apa yang telah digariskan atau ditawarkan semasa kempen pilihan raya. y Parti yang mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan semasa pilihan raya menurut Mikhaylov (2008: 3) perlu melaksanakan dasardasar tertentu sebagai menunaikan janji mereka kepada pengundi atau rakyat.

« samb
y Namun, banyak dasar yang dilaksanakan selepas pilihan raya atau

sepanjang parti itu berkuasa tidak menampakkan atau memperlihatkan kepada mandat yang diperolehi. y Apabila kerajaan tidak melaksanakan dasar-dasar seperti yang dijanjikan semasa kempen pilihan raya atau melaksanakan dasar-dasar yang mempunyai kesan negatif yang besar kepada parti pembangkang, Thome (op cit., 573) menyifatkan ia sebagai ³mandat negatif´. y Thome menyatakan seperti: 

³the ³negative mandate´ of the governing party (as long as it is defined by negative main effect of the losing party¶s platform) implies the expectation that the winning party always acts less in accord with its own party than it would be the case if the losing party¶s platform had been changed in the opposite direction´ (ibid., 574).

Model Elemen-elemen Dalam Parti Kerajaan
Pengundi Janji Pilihan Raya @ Manifesto A

Parti-parti Politik Kempen Pilihan Raya dan Hari Pengundian

B

Parlimen Keputusan Pilihan Raya dan Mandat Membentuk Kerajaan

C

Kerajaan Menunaikan Mandat dan Pelaksanaan Dasar

D

Dasar

« samb
y Tindak

y y

y y

tanduk parti pemerintah dalam melaksanakan mandat terutama yang mempunyai ciri-ciri negatif ada kaitan dengan ketua kerajaan. Pandangan Evans (2006: 2) berkenaan perkara ini wajar diberikan pertimbangan. Evans menyatakan bahawa Parlimen dan Kabinet jarang disebut atau diberikan tumpuan sebagai sebahagian daripada proses membuat keputusan; semua keputusan utama dilihat sebagai keputusan personal Perdana Menteri. Persepsi ini pada asasnya tepat: Parlimen dan Kabinet hanya mempunyai peranan yang minima sahaja. Apatah lagi jika saiz pejabat Perdana Menteri itu kini berkembang menjadi semakin besar, di mana ia sebenarnya adalah kerajaan (ibid., 2).

« samb
y Jadi, dalam perkara ini, kerajaan yang dipilih dengan mandat yang ada

harus membuat dan melaksanakan dasar-dasar yang bersesuaian bagi menunaikan janji kepada pengundi. y Sekiranya kerajaan gagal menunaikan mandat yang diperolehi, maka kerajaan itu dikira kurang atau tiada keabsahan dalam tindakan dasar yang dilaksanakan (Flynn, op cit., 3).

« samb
y Mandat merupakan suatu amanah (trustee) yang diberikan oleh

pengundi. 

Kerajaan disifatkan hanya mewakili mandat yang diberikan oleh pengundi dan bertindak sebagai pemegang amanah dalam melaksanakan dasar-dasar untuk kepentingan pengundi dan rakyat.

y Kerajaan melaksanakan mandat dalam bentuk dasar-dasar yang

memberi manfaat rakyat. 

Ia disifatkan mempunyai keabsahan.

y Mandat juga sebagai kontrak yang mengikat perwakilan yang telah

dipilih dengan pengundi. 

Parti yang memenangi pilihan raya mendapat mandat popular daripada kejayaan pilihan raya yang diperolehi.

y Inilah yang menjadi asas bahawa orang awam menganugerahkan

kepada parti yang berjaya untuk melaksanakan kontrak dalam bentuk dasar sebagaimana yang telah dijanjikan semasa kempen pilihan raya.

« samb
y Sementara itu, orang awam akan menuntut hak mereka dengan

menggunakan platform parti supaya kerajaan berpegang kepada janji pilihan raya sehinggalah pilihan raya akan datang diadakan. y Atas sebab itu, rakyat terus menuntut atau menagih janji agar kerajaan dapat menyediakan dasar-dasar yang sesuai sebagai menunaikan janji mereka. y Ini menunjukkan akauntabiliti utama yang dimainkan oleh pihak pemerintah dengan yang diperintah.

« samb
kerajaan tidak menunjukkan akautabiliti dan komitmen, perwakilan parti pembangkang akan menyelar, mengkritik dan mempersenda-sendakan parti pemerintah sebagai gagal dan tidak cekap serta lemah dalam melaksanakan peranan mereka. y Pembangkang pula akan menilai kejayaan dan pencapaian kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar seperti yang telah dijanjikan. y Pembangkang akan menghakimi setiap tindak tanduk dan apa yang dibuat oleh kerajaan. y Ini menepati konsep ³semak dan imbang´ dalam pemerintahan apabila kewujudan pembangkang itu sangat penting sistem demokrasi agar kerajaan tidak bertindak untuk menyalahgunakan kuasa demi kepentingan mereka.
y Jika

« samb
adanya konsep ³semak dan imbang´ dalam sistem pemerintahan dan penilaian bukan sahaja di pihak pembangkang, tetapi juga pengundi terhadap bagaimana pihak kerajaan menunaikan mandat mereka akan sentiasa memastikan kerajaan perlu berhati-hati dalam melaksanakan sebarang dasar. y Ini sangat penting jika mereka mempunyai impian untuk terus mengekalkan mandat pada pilihan raya yang akan datang. y Dengan adanya konsep ³semak dan imbang´ dan mandat ini, ia dapat menghadkan sedikit kuasa kerajaan sebagaimana yang wujud dalam sistem pemerintahan British.
y Apabila

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->