P. 1
Laporan Bina Insan Guru Semester Dua

Laporan Bina Insan Guru Semester Dua

|Views: 216|Likes:

More info:

Published by: khairul amri hj arshad on Oct 24, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/15/2015

pdf

text

original

LAPORAN BINA INSAN GURU SEMESTER DUA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2010 Pada

17 Julai yang lalu, satu program Bina Insan Guru (BIG) telah diadakan selama satu hari. Program BIG pada semester ini memerlukan para pelatih untuk mengendalikan satu program motivasi untuk pelajar sekolah rendah. Maka, kami para pelatih daripada unit Hantu telah memilih Sekolah Kebangsaan Songsang sebagai lokasi bagi menjalani program BIG pada kali ini. Sekolah tersebut terletak kira-kira 40 kilometer daripada institut dan memakan masa selama 350 minit untuk sampai ke sana dengan menaiki bas. Sekolah itu mempunyai bilangan murid yang sedikit jika dibandingkan dengan jumlah murid di sekolah lain. Pada hari kejadian, kami telah menunggu di garaj bas seawal jam 5 pagi. Setelah memeriksa segala alatan yang perlu dibawa, bas pun bertolak pada pukul 5.20 pagi. Hampir pukul lapan pagi, kami tiba ke destinasi yang dituju. Setelah menyediakan segala peralatan dan tempat, maka program dimulakan. Program tersebut melibatkan murid tahun 6, 5, 4, dan 3. Kami telah berpecah kepada dua kumpulan bagi mengendalikan program. Murid tahun enam menjalani aktiviti di dalam dewan manakala selebihnya di perpustakaan. Saya telah ditugaskan dalam kumpulan yang mengendalikan aktiviti untuk tahun enam. Aktiviti pertama yang dijalankan ialah µice breaking¶ iaitu pembahagian murid kepada beberapa kumpulan. Setelah dipecahkan kepada beberapa kumpulan, aktiviti seterusnya dijalankan. Setiap kumpulan dikehendaki mencipta serta melukis logo kumpulan, nama kumpulan serta motto kumpulan di atas sehelai kertas mahjong yang telah disediakan. Setiap kumpulan diberi masa selama setengah jam untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Setiap kumpulan mendapat bimbingan daripada kami selaku fasilitator program tersebut. Setelah selesai menyiapkan tugasan, murid akan membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing di hadapan. Mereka menceritakan serba sedikit mengenai hasil kerja yang telah dilakukan.

Tamat aktiviti tersebut, murid telah bergerak ke kantin untuk mengisi perut setelah tibanya waktu rehat. 20 minit kemudian, aktiviti seterusnya iaitu ceramah motivasi diteruskan. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh saudara Taufik dan Hidayah. Ceramah tersebut berkisarkan langkah persediaan serta tips-tips dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Murid-murid telah member tumpuan sepenuhnya sepanjang ceramah disampaikan. Mereka kelihatan bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Aktiviti seterusnya merupakan latihan dalam kumpulan. Untuk aktiviti ini, satu permainan telah dijalankan iaitu µKotak Beracun¶. Murid-murid telah bergerak ke belakang dewan dan duduk dalam satu bulatan. Mereka telah diberikan sebiji bola lalu bola itu diberikan kepada rakan yang sebelah sambil diiringi muzik. Apabila muzik berhenti, murid yang memegang bola akan melakukan satu perbuatan berdasarkan nombor yang dipilih. Murid-murid kelihatan begitu gembira melibatkan diri dalam permainan itu. Hampir jam satu tengah hari, aktiviti ditamatkan. Sedikit persediaan serta persiapan dijalankan untuk majlis penutupan. Majlis tersebut berlangsung di dewan. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan daripada wakil pelatih, iaitu saudara Bukhari. Setelah itu, pensyarah pengiring iaitu Encik Mustafa Kamal diikuti guru besar sekolah. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dan cenderamata daripada pihak institut kepada sekolah dan sebaliknya. Guru besar mengucapkan jutaan terima kasih dan berharap program sebegitu dapat diteruskan pada masa hadapan. Sepanjang program ini dijalankan pelbagai perkara telah saya pelajari dan perolehi. Bukan mudah bagi seseorang untuk menjayakan satu program dengan lancar dan baik. Kejayaan tersebut memerlukan kerjasama serta komitmen daripada semua pihak yang terlibat. Selain itu, saya menyedari bahawa bukan mudah bagi seorang guru untuk mengawal segala gerak laku murid sama ada semasa pengajaran mahupun semasa program lain dijalankan. Guru tidak boleh memaksa murid untuk mentaati segala perintahnya sebaliknya guru haruslah mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam pengawalan kelas yang baik.

Sesungguhnya program BIG untuk kali kedua ini telah mendatangkan pelbagai manfaat serta kebaikan kepada diri saya serta rakan pelatih yang lain. Pengalaman yang diperolehi amat berguna bagi kami dalam menghadapi pelbagai dugaan serta cabaran di masa hadapan. Diharapkan program ini akan terus dilaksanakan serta terdapat penambahbaikan daripada segala aspek untuk masa akan datang.

Disediakan oleh, ............................................ (nama pelatih) Pelatih PPISMP Unit HANTU, Institut Pendidikan Guru Kampus Seri Begawan.

24 Syawal 1917

LAMPIRAN

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->