P. 1
38738243-BMM-3104-PISMP-Semester-2

38738243-BMM-3104-PISMP-Semester-2

|Views: 2,381|Likes:
Published by fir_sk88

More info:

Published by: fir_sk88 on Oct 24, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/14/2013

pdf

text

original

Sections

  • 1.0PENGENALAN
  • 2.0PENULISAN OBEJKTIF
  • 2.1Definisi Objektif
  • 2.2Ciri-Ciri Penyataan Objektif
  • 2.3Taksonomi Domain Kognitif
  • 2.4Ketepatan Penulisan Objektif Dalam Rancangan Pengajaran Harian
  • 3.0PENGAPLIKASIAN TEKNIK PENGAJARAN
  • 3.1Definisi Teknik
  • 3.2Kepentingan Teknik
  • 3.3Teknik Pengajaran Lisan
  • 3.4Aplikasi Teknik Dan Aktiviti Dalam Rancangan Pengajaran
  • 4.0BAHAN BANTU MENGAJAR
  • 4.1Definisi Bahan Bantu Mengajar
  • 4.2Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar
  • 4.3Kepentingan Bahan Bantu Mengajar
  • 4.4Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar Dalam Rancangan Pengajaran
  • 5.0ALAT PENILAIAN
  • 5.1Definisi Penilaian
  • 5.2Jenis-Jenis Penilaian
  • 5.3Kepentingan Penilaian
  • 5.4Ketepatan Alat Penilaian Dalam Rancangan Pengajaran
  • 6.0RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
  • 7.0BAHAN BANTU MENGAJAR
  • 8.0KESIMPULAN
  • 9.0 RUJUKAN
  • 9.1 Sumber Buku
  • 10.0 REFLEKSI
  • 10.1MUHAMMAD AMINUL KHALIL BIN ZAINI
  • 10.2 MUHAMMAD IZANI BIN HASHIM
  • 10.3 MUHAMMAD RIDHUAN BIN GHANI
  • 11.0LAMPIRAN

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR

)

1.0

PENGENALAN

Penyampaian pelajaran secara amnya, dan penyampaian pelajaran Bahasa Melayu secara khususnya, memerlukan perancangan yang rapi oleh perancangperancang kurikulum dan juga guru-guru sebagai pelakasana pengajaran berkesan. Sungguhpun perancangan pada peringkat kurikulum seperti Sukatan Pelajaran ada dijalankan tetapi perancangan pada peringkat pelaksanaannya selalu diabaikan. Apa yang dilakukan kebiasaannya adalah pengajaran yang dilakukan mengikut apa yang telah disediakan oleh buku-buku teks semata-mata tanpa pecahan minda yang bersifat kritikal.

Adapun yang sepatutnya dilakukan oleh guru-guru adalah persediaan rapi dari pelbagai segi dalam menghasilkan suatu bentuk pengajaran yang menarik dan berkesan sama ada kepada kognitif murid mahu pun aspek afektifnya. Persediaan rapi yang dimaksudkan adalah perancangan pada peringkat pelaksanaan melibatkan penyediaan rancangan pelajaran. Terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan dalam perkara ini seperti objektif pengajaran, penyediaan aktiviti dan kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar yang digunakan serta akhir sekali adalah alat penilaian sebagai kayu pengukur keberkesanan objektif pengajaran. Setiap aspek tersebut perlu dititipkan dalam rancangan pengajaran harian (RPH) dengan sempurna.

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan dan baik haruslah dijalankan menerusi aplikasi dan pedagogi yang berkesan. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah merupakan satau rancangan penting dan harus disediakan oleh guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti mana yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 yang menyebut bahawa setiap guru haruslah menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Hal ini bertujuan untuk membantu guru
Kerja Kursus Projek

1

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

memikirkan dengan jelas tentang matlamat dan objektif P&P, pemilihan isi pelajaran, kaedah dan teknik P&P, alat bantu mengajar serta persediaan penilaian.

Dewasa kini, kita sering disuguhkan dengan berita-berita yang kurang menyenangkan daripada golongan penjaga terhadap corak pendidikan anak-anak mereka di sekolah. Ramai yang menganggap bahawa guru-guru di sekolah gagal membawa murid-murid ke alam yang lebih bermakna. Murid-murid gagal mengaplikasikan apa yang dipelajari di sekolah dan guru-guru pula dipersalahkan atas situasi itu. Maka, sudah tentu guru-guru sepatutnya menjadikan komentar seperti itu sebagai cabaran kepada diri masing-masing dalam mencipta kelainan sistem pendidikan di negara ini supaya mendapat penghormatan dan penghargaan daripada pihak di luar lingkungan medan pendidikan.

Oleh itu, dalam tugasan ini penulis telah merancang sebuah sesi P&P dengan mendokumentasikan beberapa bahan seperti RPH, Bahan Bantu Mengajar (BBM), Item penilaian dan sebagainya. Aktiviti yang direncanakan adalah melibatkan kemahiran bahasa yang paling awal iaitu kemahiran lisan. Kemahiran lisan sangat sesuai menjadi bahan kajian disebabkan masalah sosial dan budaya masyarakat kini yang tidak semenggah. Selepas itu akan dihuraikan pula kerelevanan aspek-aspek penyediaan P&P terhadap aktiviti yang dirancang dalam RPH. Setiap huraian tersebut telah disokong dengan bukti-bukti rujukan pelbagai bahan sebagai panduan semua.

Berdasarkan soalan tugasan, antara hasil pembelajaran khusus yang bakal diperoleh daripada tugasan ini ialah pelatih guru dapat menghuraikan tentang kemahiran-kemahiran bahasa yang merangkumi pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa. Selain itu, pelajar juga dapat menyediakan Rancangan Pengajaran Harian untuk mengajarkan kemahiran-kemahiran bahasa. Pelajar juga dapat membina menggunakan bahan bantu mengajar bagi kemahiran
Kerja Kursus Projek

2

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

bahasa tertentu selain membuat latihan penilaian kemahiran-kemahiran tersebut. Diharapkan tugasan ini dapat membantu banyak pihak khususnya guru pelatih dalam menyediakan sebuah perancangan harian yang sistematik dan penuh bermakna.

2.0

PENULISAN OBEJKTIF

2.1

Definisi Objektif

Berdasarkan Robert F. Mager dalam bukunya, Menyediakan Objektif Pengajaran, terjemahan Razmah Man (2009), objektif dapat didefinisikan sebagai himpunan perkataan dan/atau gambar dan gambar rajah yang bertujuan memberitahu orang lain apa yang ingin pelajar capai. Tambahnya lagi, ia merupakan hasil pembelajaran yang hendak dicapai, bukan tentang proses mencapai hasil tersebut. Seterusnya, ia juga khusus dan dapat diukur, bukan umum dan tidak ketara. Selain itu, objektif pengajaran juga memperkatakan tentang pelajar, dan bukannya tentang guru.

Manakala menurut R.J Kibler, et. al (1981), objektif pengajaran membawa maksud pernyataan yang menerangkan apa yang dapat pelajar lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran. Tokoh-tokoh pendidikan memberi pandangan yang serupa tentang maksud sebenar penyataan objektif ini. Ratarata menganggap bahawa objektif pengajaran adalah suatu pernyataan yang menjelaskan hasil atau produk pembelajaran yang diharapkan dapat dikuasai oleh pelajar pada akhir unit suatu pelajaran. Hasil pembelajaran tersebut perlulah
Kerja Kursus Projek

3

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) dapat diukur atau dilihat supaya guru mudah untuk mengenal keberkesanan penyataan objektif yang dirancang. juga menyatakan bahawa terdapat perlakuan yang tidak dapat lihat. Ketiga-tiga aspek ini penting dalam membuktikan hasil pembelajaran yang dicapai oleh setiap murid. Ini bermakna guru dan murid haruslah mengetahui sebenarnya apa yang hendak mereka capai. Isahak Haron et. objektif pengajaran merupakan sebuah pernyataan tentang sesuatu hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid mengikut kriteria dan syarat-syarat tertentu. ini bermaksud perlakuan tersebut dapat dilihat atau didengar. Pada bahagian lain kandungan buku tersebut. pasti Prof. Menurutnya lagi. Razmah Man (2009). Dr. Perlakuan Kerja Kursus Projek 4 . membaca berita atau berlakon. perlakuan ialah arahan yang menghuraikan apa yang dijangkakan murid dapat lakukan. jika penyataan objektif mengkehendaki murid menulis sajak. 2. Misalnya. Objektif yang baik menyatakan apa yang mesti dibuat murid bagi menunjukkan penguasaan mereka terhadap objektif ini. al (1982:24) pula beranggapan adalah mustahak dalam satu-satu pengajaran untuk menyatakan objektif dengan jelas perkara-perkara yang hendak dicapai. Ini memudahkan kerana kehendak utama objektif itu dapat dilihat dan didengar. setiap penyataan objektif perlulah mengandungi tiga ciri-ciri khusus iaitu perlakuan.2 Ciri-Ciri Penyataan Objektif Berdasarkan kajian terhadap ulasan Razmah Man (2009). kriteria dan syarat. Kesimpulannya.

Tindakan itu akan memberitahu murid sebaik manakah mereka perlu laksanakan sesuatu untuk dianggap kecekapan. apabila guru mengharapkan muridnya dapat mengenal pasti.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) tersebut dikenali sebagai perlakuan yang terselindung. Dengan menambahkan maklumat tentang kayu pengukur yang akan mengukur pencapaian objektif. Aspek syarat menghuraikan tentang syarat yang mempengaruhi perlakuan yang dijangkakan berlaku. guru tersebut perlu menambah petunjuk tingkah laku seperti bulatkan. objektif yang ingin dicapai tidak akan berjaya kerana tidak jelas dan terperinci. Petunjuk tingkah laku merupakan sesuatu yang memberitahu kita secara langsung sama ada perlakuan yang terselindung itu dilakukan sama ada seperti yang kita hasratkan atau tidak. guru akan memiliki satu standard untuk menguji kejayaan pengajaran. guru perlulah menambahkan petunjuk tingkah laku untuk menjelaskan bagaimana perlakuan terselindung itu agar boleh dikesan secara langsung. Bagi objektif jenis ini. bagaimanapun penyataan yang menghuraikan perlakuan terselindung seperti itu tidak pula layak dikatakan sebagai objektif. Selain itu. dengan menyatakan aspek kriteria dalam penyataan objektif. aspek syarat juga dinilai dalam pembentukan objektif yang tepat dan berkesan. Tambah beliau. tunjukkan. Syarat ditekankan supaya dapat menjelaskan apa yang dihajati agar dapat menyokong perlakuan dan kriteria yang diperlukan. Jika menetapkan perlakuan sahaja. Bagi aspek kriteria pula. gariskan dan lain-lain. hitamkan. Kerja Kursus Projek 5 . Perlakuan yang tidak dapat dilihat adalah penting. Robert Mager (2009:109) menghuraikan bahawa kriteria perlakuan yang sesuai boleh ditambah dalam penyataan objektif. Berdasarkan ulasan Razmah Man (2009). antara kelebihan tindakan ini ialah murid akan mengetahui sama ada mereka berjaya melepasi atau mencapai perlakuan yang dijangkakan. guru akan meningkatkan lagi kebergunaan objektif. Misalnya.

guru perlu menentukan objektif yang hendak dicapai dalam sesuatu unit pembelajaran.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) 2.3 Taksonomi Domain Kognitif Dalam penyampaian pelajaran Bahasa Melayu. Objektif ini membantu guru menentukan arah dan mengehadkan isi pelajaran yang hendak Kerja Kursus Projek 6 .

Manakala unsur yang kedua terpenting ialah peringkat kognitif muridmurid bersandarkan kemahiran bahasa yang dipelajari. membaca atau menulis. Husin (1986:69). jika dilukiskan ilustrasinya. bertutur. sama ada kemahiran mendengar. akan terhasillah rajah metriks seperti di bawah: Kerja Kursus Projek 7 . Kamarudin Hj.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) disampaikan. unsur yang pertama ialah peringkat penguasan kemahiran bahasa yang hendak dikuasai oleh murid. Guru seharusnya bijak menentukan sama ada murid perlu diberikan penguasan pada peringkat mengetahui. Dalam rancangan pengajaran. peringkat itu digelar ‘fokus utama’. Jadi. menganalisis. guru perlu mempertimbangkan apakah jenis kemahiran yang ingin diajarkan daripada kemahiran bahasa yang empat. Mafhumnya. mengaplikasi. Dalam hubungan pengajaran Bahasa Melayu. Menurut Lee Shok Mee (1990). memahami. terdapat dua unsur penting yang berkaitan dengan murid-murid yang perlu guru pertimbangkan. mensintesis atau menilai seperti tata tingkat Taksonomi Bloom.

Kerja Kursus Projek 8 . arahan. Menentukan darjah kesahan sesuatu perkara atau permasalahan berdasarkan alasan-alasan tertentu. Kebiasaannya. penghasilan peta minda. membanding beza dan menstrukturkan skop yang luas kepada yang lebih kecil. rajah. Mengaplikas i Menganalisi s Menilai Kemampuan untuk menerapkan gagasan. peraturan dan lain-lain. teori. Mensintesis Menyampaikan perasaan. Memahami Kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran. mengenai konsep sesuatu perkara. Contohnya. rumus. laporan. prosedur. Berupaya menaakul. idea atau pengalaman hasil penganalisisan.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) ARAS Mengetahui HURAIAN Pengetahuan tentang fakta-fakta khusus.

guru telah memilih tema keamanan. apabila seseorang guru itu merancang fokus pembelajaran. Mungkin peringkat pengetahuan yang dijadikan objektif bagi sesuatu kemahiran bahasa itu tidak sampai kepada peringkat yang paling tinggi tetapi bagi sesuatu kemahiran yang lain pula akan mencapai peringkat pengetahuan yang lebih tinggi pula. terdapat enam (6) tata tingkat atau pemeringkatan yang dapat dinilai. Makanya. afektif (perasaan. penialain dan sintesis. Keenam-enam aras ini menjadi kayu pengukur kepada guru dalam membina soalan kebiasaannya. Kerja Kursus Projek 9 . oleh sebab proses pembelajaran itu merupakan sesuatu yang abstrak. Dalam ranting bidang kognitif. Menurutnya. Misalnya dalam rancangan pengajaran harian bagi tugasan ini. Memetik daripada tulisannya. emosi dan sikap) serta psikomotor. objektif unit-unit pelajaran itu perlu dinyatakan tingkah lakunya supaya sekiranya seseorang itu telah mencapai sesuatu objektif yang diharapkan. guru juga boleh menjadikan model ini sebagai rujukan sebelum mencipta objektif.4 Ketepatan Penulisan Objektif Dalam Rancangan Pengajaran Harian Objektif yang ditentukan bagi sesuatu pelajaran itu hendaklah sesuai dengan keadaan murid yang mempelajari kemahiran tersebut. model ini berkembang kepada tiga bahagian iaitu bidang kognitif. pemahaman. model yang sesuai untuk digunakan oleh guru bagi menganalisis sistem P&P pendidikan di sekolah adalah Model Taksonomi Bloom. Husin (1986:69). Berdasarkan kajian terhadap buku tulisan Kamarudin Hj. perlulah juga ditekankan mengenai bidang kelangsungan murid bagi mencapai objektif yang dirangka. kesan pembelajaran itu akan dapat dilihat. Namun. pengaplikasian.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) 2. penganalisisan. Pemeringkatan itu bermula dengan aras pengetahuan.

menilai. organisasi dan akhir sekali adalah perwatakan. Di akhir pembelajaran pula murid dapat melalui proses penilaian dengan menilai sejauh mana keamanan negara dipelihara. Kepentigan ketiga-tiganya diilustrasikan seperti rajah di bawah: Kerja Kursus Projek 10 . Sudah tentu kumpulan murid Tahun Lima sangat faham tentang isu di Palestin walaupun sedikit. Menurut Kamarudin Hj Husin dalam buku yang sama. sudah tentu ianya perlu diberi perhatian oleh guru supaya murid terdidik dengan batin mereka tidak hanya cuma pandai dengan akaliah sahaja. peristiwa kepayahan dan kesengsaraan hidup di Palestin menjadi inti kepada pencetusan kognitif murid. rangka afektif di peringkat yang paling rendah dikenali sebagai penerimaan. Setiap aspek ini dapat diperhatikan oleh guru setelah diajarkan isi pelajaran tertentu.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Makanya. pada bidang psikomotor pula lebih ditekankan mengenai gerak balas dan mekanisme yang kompleks tentang sesuatu perkara. Seperti mana yang diketahui. guru diharapkan dapat merangsang mereka menyampaikan perasaan atau idea melalui sajak dan dekon setelah mempunyai skema baharu dengan membaca artikel khas tentang kehidupan rakyat Palestin ketika langkah awal P&P. Keduanya adalah aspek afektif. Sebagai menguji aras sintesis mereka. afektif ini bersangkutan dengan perasaan dan emosi. Seterusnya diikuti dengan gerak balas. Oleh sebab itu tugasan ini memuatkan aktiviti lisan bagi mendapatkan luahan rasa murid tentang sesuatu isu berbangkit supaya guru dapat melihat dengan jelas dampak afektifnya mengikut unit-unit tertentu. Selain itu. Kesimpulannya. Maka. ketiga-tiga aspek yang dimodelkan oleh Bloom sangat berkait rapat dan saling bergantungan. Aktiviti dekon yang dirancang dapat membuktikan sejauh mana aspek psikomotor memberi kesan yang mendalam tentang hasil pembelajaran.

Mendeklamasikan sajak untuk melahirkan perasaan dengan menggunakan lima frasa puitis dalam aksi dekon secara berkumpulan. Terdapat dua objektif pengajaran yang telah dirangka bagi menjelaskan hasil pembelajaran murid-murid di kelas terbabit.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Penulis telah merancang sebuah aktiviti kemahiran lisan sebagai fokus utama manakala kemahiran menulis merupakan fokus sampingan. murid dapat mendeklamasikan sajak untuk melahirkan perasaan dengan menggunakan sekurang-kurangnya lima frasa puitis dalam aksi dekon secara berkumpulan. Deklamasi sajak merupakan medium yang berkesan untuk meluahkan perasaan. 2. Sememangnya diakui sajak yang Kerja Kursus Projek 11 . Objektif ini nyata bertepatan dengan fokus utama pengajaran iaitu kemahiran lisan. Kemahiran ini menghuraikan kebolehan murid meluahkan perasaan dengan menggunakan bahasa puitis berdasarkan sesuatu tema. Antara objektif yang terkandung adalah seperti: 1. Memilih lima ayat dariapda artikel yang memberikan gambaran tentang perasaan sedih dan sengsara kehidupan di Palestin serta menyatakan alasannya. Bagi objektif pertama.

Ketiga-tiga aspek ini penting dalam membuktikan hasil pembelajaran yang dicapai oleh setiap murid. Menurut Robert lagi. mendeklamasikan sajak untuk meluahkan perasaan. kriteria dan syarat. tidak semua yang akan berjaya memahami apa yang disampaikan. Sebelum sesi P&P berakhir. setiap penyataan objektif perlulah mengandungi tiga ciri-ciri khusus iaitu perlakuan. Mafhumnya. Berdasarkan objektif pengajaran yang pertama itu. Robert Mager (2009:50) membuat kenyataan bahawa kriteria itu adalah huraian tahap kecekapan yang mesti dicapai atau dilepasi pelajar. Apabila murid meluahkan perasaan dengan bersajak. Bersangkutan dengan objektif pengajaran pertama dalam tugasan ini. guru perlu memastikan murid dapat membuktikan kemahiran menulis lima frasa puitis. tetapi dengan adanya lakonan daripada rakan kumpulan yang lain. Ini merupakan kriteria yang perlu dicapai oleh murid dalam membuktikan keberkesanan objektif P&P yang telah dirangka oleh guru. Berdasarkan kajian terhadap ulasan Robert F. pelahiran perasaan murid juga menjadi lebih bermakna dengan kewujudan aksi lakonan yang menyaingi deklamasi sajak. Kerja Kursus Projek 12 .Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) berisi dan sempurna mampu mempengaruhi pendengar dengan penggunaan bahasanya yang puitis dan muluk-muluk. Selain itu. kriteria yang dapat dilihat ialah kecekapan murid dalam menghasilkan sekurangkurangnya lima frasa puitis dalam sajak. sajak itu dilihat sangat bermakna malah mampu mengapresiasikan tema yang ingin disampaikan. penulis membayangkan murid akan dapat meluahkan perasaan dengan mendeklamasikan sajak berkenaan dengan tema yang ditetapkan agar dapat memberikan kesan yang mendalam kepada rakan sekelas yang lain. Mager (2009:46). aspek perlakuan yang jelas dapat dilihat ialah. perlakuan adalah susuatu yang menghuraikan apa yang dijangka murid dapat lakukan. Apabila menyentuh aspek kriteria pula.

objektif ini merupakan cerminan kepada aktiviti untuk fokus sampingan iaitu kemahiran membaca. Syarat merupakan sesuatu yang menghuraikan syarat yang mempengaruhi perlakuan yang dijangkakan berlaku. Misalnya. Mafhumnya. dalam contoh penyataan objektif kedua ini terdapat frasa Kerja Kursus Projek 13 . Oleh itu.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Seterusnya. aspek ketiga terpenting ialah syarat dalam penyataan objektif. Jadi. guru membayangkan bahawa murid akan dapat mengenal pasti beberapa ayat yang memberi kesan sedih dan sebagainya daripada artikel tersebut. Sebenarnya. Frasa tersebut menunjukkan ketetapan atau kewajipan syarat bagi proses meluahkan perasaan dengan cara melakukan aktiviti dekon (deklamasi puisi dan lakonan) secara berkumpulan. Murid akan diminta untuk membaca sebuah artikel tentang kehidupan di Palestin. Mager (2009:51). dalam objektif pengajaran pertama tersebut terdapat frasa yang melambangkan syarat. objektif ini sangat sesuai dan bertepatan dengan ciri-ciri objektif pengajaran yang sempurna. objektif pengajaran kedua ini juga mengandungi tiga aspek atau ciri-ciri utama dalam penyataan objektif pengajaran. aspek perlakuan perlu dinyatakan dalam objektif supaya guru dapat melihat dengan lebih jelas hasil pembelajaran yang diinginkan. Bagi objektif pengajaran kedua. Seperti mana ulasan terhadap penyataan dalam objektif pertama sebelum ini. Seperti yang ditekankan oleh Robert F. jelaslah dapat diketahui bahawa persembahan dekon merupakan syarat yang membantu kepada pelaksanaan pendeklamasian sajak untuk melahirkan perasaan kepada rakan yang lain. syarat merupakan pelengkap kepada pelaksanaan perlakuan. Misalnya. frasa ‘dalam aksi dekon secara berkumpulan’. Sebagai contohnya. murid dapat memilih lima ayat daripada artikel yang memberikan gambaran tentang perasaan sengsara kehidupan di Palestin serta menyatakan alasannya. Kesimpulannya.

Ini bermaksud. Kesimpulannya. Ini bermaksud frasa ‘daripada artikel’ telah memberikan gambaran yang jelas bahawa pemilihan ayat hendaklah dilakukan dengan memilih daripada artikel yang disediakan. murid-murid akan mencatatkan lima ayat yang dirasakan memberi gambaran perasaan tentang kehidupan di Palestin. guru menghajatkan kebolehan murid dalam memilih ayat-ayat yang difikirkan mengandungi kesan mendalam daripada hasil pembacaan artikel terbabit. Akhir sekali adalah aspek syarat bagi penyataan objektif kedua. aspek kriteria juga dapat dinilai daripada penyataan objektif bagi fokus sampingan kemahiran menulis tersebut. murid juga dikehendaki memberi alasan atau rasional pemilihan ayat. minda murid akan terjentik untuk meluahkan perasaan dengan menggunakan ayat yang lebih kurang sama dengan apa yang telah dibaca. Frasa ‘sekurang-kurangnya lima ayat yang memberikan gambaran tentang perasaan sengsara kehidupan di Palestin’ jelas menunjukkan betapa terperincinya kriteria yang perlu dilepasi oleh murid. perlu diingatkan bahawa. setiap penyataan objektif itu tidak hanya terhenti setakat itu. Oleh itu. Mafhumnya. kedua-dua objektif tersebut benar-benar menepati ciri-ciri sebuah objektif pengajaran yang sempurna dan berkesan. jelaslah bahawa syarat itu merupakan aspek yang menjadi pelengkap kepada perlakuan murid yang dikehendaki memilih ayat yang memberi kesan mendalam. Kriteria ini dilihat sangat sesuai dan bertepatan dengan fokus pengajaran kerana setelah murid berjaya mengecam beberapa ayat yang melambangkan perasaan. objektif tersebut menekankan syarat pemilihan ayat daripada petikan artikel kehidupan di Palestin. Kerja Kursus Projek 14 . Selain itu. Kedua.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) ‘memilih dan menyatakan alasan’ pada awal dan akhir penyataan. Tetapi. Berdasarkan penelitian.

pengetahuan Kerja Kursus Projek 15 . teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik. penilaian terhadap murid menjadi perkara biasa setelah sesi P&P.1 Definisi Teknik Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Jadi. Guru perlu menyediakan borang penilaian supaya dapat dijadikan panduan bagi mengenal pasti kriteria-kriteria yang sepatutnya dicapai oleh murid seperti yang termaktub dalam penyataan objektif. Selain itu.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Sebagai seorang guru. 3. bagi mengenal pasti darjah keberkesanan objektif yang dirangka. maksud lain bagi istilah teknik dalam Kamus Dewan tersebut ialah.0 PENGAPLIKASIAN TEKNIK PENGAJARAN 3. karang-mengarang dan sebagainya.

2 Kepentingan Teknik 16 Kerja Kursus Projek . 3. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang digunakan.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri (seperti jentera. Kesimpulannya. bangunan. beliau mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Mengikut Kamaruddin Hj. teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana teknik tersebut digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. dan lain-lain). Anthony (1997). Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa. kenderaan. Manakala menurut Edward M. Husin & Siti Hajar Hj.

beliau mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa yang tertentu.3 Teknik Pengajaran Lisan 17 Kerja Kursus Projek . Hal ini secara tidak langsung akan merangsang pemikiran murid untuk berfikir segala kemungkinan. Kepentingan lain ialah. mengekalkan perhatian murid. maka akan berlakulah sesi soal jawab dan sebagainya. Ini menunjukkan perhatian murid telah tertarik melalui penggunaan teknik tersebut. Murid akan terus mengkaji dan mengkaji untuk mengetahua apa yang akan terjadi seterusnya. Umum mengetahui bahawa pemikiran kanak-kanak lebih cenderung ke arah permainan. guru boleh menggunakan teknik permainan bahasa dan sebagainya untuk memastikan fokus murid terhadap pembelajaran tidak terjejas. Antara kepentingan teknik ini ialah digunakan untuk menarik perhatian murid. Menyedari hakikat ini.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Mengikut Edward M. murid-murid ini akan mendengar dan member perhatian akan apa yang bakal rakan mereka sampaikan. Contohnya jika seseorang guru menggunakan teknik lisan. Perasaan ini mungkin akan wujud jika teknik inkuiri contohnya. Justeru secara tidak langsung. murid akan dilatih bagaimana untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Hal ini secara tidak langsung akan membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang di hasratkan. teknik main peranan dan sebagainya. Apabila berlakunya situasi demikian. Kepentingan yang ketiga ialah dapat menimbulkan rasa ingin tahu. Anthony (1996). 3. digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penyataan ini jelas merujuk kepada beberapa teknik yang terdapat di dalam pengajaran dan pembelajaran seperti teknik latih tubi. Secara tidak langsung murid akan mengaplikasikan kemahiran masa depan di dalam pembelajaran.

kemahiran lisan menjadi aspek kemahiran utama yang dapat dikuasai oleh murid. penyampaian secara kuliah sekiranya dikekalkan akan cepat membosankan pelajar kerana mereka tidak dapat berinteraksi baik secara interpersonal mahupun intrapersonal dengan rakan sebaya dan guru. gerak tangan. unsur paralinguistik iaitu berkaitan dengan jeda. teater pembaca dan sebagainya. elektif dan audiolingual. Oleh itu. teknik lakonan sering kali digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus. lebih 50% tidak boleh menulis. Jadi. Aziz Talib (1993:74) dam bukunya Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip. para ilmuwan berpendapat bahawa perlu dipelbagaikan aktiviti perbincangan dan kerja kelompok. Terdapat pelbagai teknik pengajaran lisan yang direka khas oleh tokohtokoh pendidikan. Menurut Mook Soon Sang (1994:22). Pengajaran lisan merupakan aspek kemahiran yang penting untuk diketengahkan oleh guru memandangkan aktiviti lisan lebih kepada aplikasi pendekatan komunikatif. nada dan intonasi dan juga bukan linguistik iaitu mimik muka. Antaranya ialah teknik soal-jawab. berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1979-1980) hampir 40% murid tidak boleh menulis dan membaca. Pada pendat Mook Soon Sang (1994:23). Teknik dan Contoh. Kemahiran lisan merupakan salah satu aktiviti yang menepati ciri-ciri tersebut. Sebaliknya. ini memahirkan mereka menggunakan bahasa dan berinteraksi serta menyesuaikan 18 . Kerja Kursus Projek kepada pelajar. Tujuan utama teknik ini digunakan adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa. Menurut Abd. sumbang saran.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Pengajaran lisan merupakan gabungan bagi pengajaran kecekapan kemahiran mendengar dan bertutur. kebebasan dan kelonggaran pergerakan kadang-kadang perlu diberikan diri mereka dengan rakan-rakan. lakonan. bercerita. kepala dan lain-lain dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

Akhirnya. Hal ini kerana teknik menekankan aspek lisan. Ini berguna bagi guru untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu P&P. Lakonan berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Kerja Kursus Projek 19 . penggunaan teknik ini mampu mendorong serta merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. guru bahasa seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan komunikasi murid dalam pendidikan bahasa. serta boleh berkongsi sebarang maklumat atau sesuatu perkara. murid akan dapat menjalani latihan lisan dengan banyak. Teknik ini juga berupaya menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid. Pemilihan teknik yang sesuai sangat mempengaruhi kelangsungan proses pembelajaran. Mereka akan berfikir sebelum meluahkan katakata. selain dapat menyuburkan sahsiah mereka. murid akan lebih peka dan berhati-hati melafazkan sesuatu. Di samping itu. membuat penemuan. murid berkemungkinan akan dapat berkomunikasi dengan baik melalui teknik ini berbanding dengan teknik-teknik lain. Hal ini bertujuan mendapatkan maklumat pencapaian pembelajaran murid dan kelemahan serta kekuatan murid dalam pembelajarannya. Oleh yang demikian.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Tambah beliau lagi. Hal ini adalah kerana mereka harus menitik beratkan tentang laras sosial antara mereka dan pendengar. Kesimpulannya. Pelajar juga bebas untuk melahirakan perasaan.

fokus utama juga mengambil masa yang lebih lama berbanding fokus sampingan. guruguru seharusnya lebih peka terhadap tahap keupayaan murid supaya aktiviti yang dirancang bertepatan dengan tahap pemikiran murid atau tahap kebolehterimaan mereka. Selain itu. Murid dikehendaki membaca artikel yang diedarkan sebelum memulakan proses pencetusan perasaan melalui persembahan dekon. Fokus utama adalah fokus yang melibatkan kemahiran lisan. Dalam dokumen RPH itu juga. Hal ini memberi banyak impak kepada pelajar dalam kemahiraan berbahasa mereka. terdapat dua fokus pengajaran yang diketengahkan iaitu fokus utama dan fokus sampingan. pendekatan komunikatif mempunyai beberapa implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa. fokus sampingan yang dipilih ialah kemahiran membaca. Fokus utama dilaksanakan lebih tinggi arasnya daripada fokus sampingan dalam pemilihan huraian hasil pembelajaran. Salah satu implikasi pendekatan komunikatif dalam pengajaran dan pembelajaran Kerja Kursus Projek bahasa adalah pendekatan ini membolehkan pelajar 20 . Pada pandangan Azman Wan Chik. teknik pengajaran juga diambil kira sebagai pembantu kepada proses pemaham murid. Berdasarkan RPH dalam tugasan ini. terdapat beberapa aktiviti yang dirangka bagi mencapai keberkesanan objektif pengajaran yang dihasilkan. (1989). Walau bagaimanapun. Pendekatan yang digunakan sepanjang sesi P&P ini adalah pendekatan komunikatif. Selain itu. Oleh sebab itulah RPH perlu disediakan sesempurna mungkin tanpa ada masalah yang boleh mengganggu gugat proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) kerana RPH ini menjadi penentu terhadap keberkesanan fokus utama dan fokus sampingan pengajaran.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) 3.4 Aplikasi Teknik Dan Aktiviti Dalam Rancangan Pengajaran Jika diteliti Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang disediakan.

struktur bahasa dan tahu bagaimana mahu menggunakannya. pelajar juga dapat mengembangkan idea disamping dapat bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. para pelajar memiliki pengetahuan tentang sesuatuu bahasa yang mereka gunakan itu. Aktiviti sebegini banyak membantu pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka dimana mereka akan dapat menghilangkan rasa takut dan Kerja Kursus Projek 21 . pelajar boleh menggunakan sistem bahasa secara spontan dan fleksibel bagi menggambarkan fikiran. melalui pendekatan ini juga. Hal ini menunjukkan bahawa mereka akan dapat menggunakan laras bahasa dengan betul dan tepat. Tambahan pula. Pendekatan ini turut menyedarkan pelajar bahawa tiap-tiap struktur ayat yang betul itu tidak semestinya sesuai digunakan tanpa memahami cara penggunaannya berdasarkan ‘rule of use’. mengikut konteks dan situasi serta tujuan-tujuan tertentu. Selain itu. Hal ini disebabkan oleh proses pembelajaran mengikut pendekatan ini menekankan gerakerja berkumpulan atau berpasangan yang member peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi. pelajar juga diminta menguasai kecekapan berkomunikasi. (1989). Mereka harus menguasai tentang nahu. Kecekapan berkomunikasi ini menuntut supaya pelajar memiliki pengetahuan untuk menggunakan bahasa itu dalam keadaan dan situasi tertentu serta dalam konteks yang sesuai. pelajar akan dapat membetulkan kesalahan sendiri dengan menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang dipilih sebagai alternatif dan dianggap sesuai bagi sesuatu tujuan dalam berkomunikasi.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) berkomunikasi dengan baik sekali gus mereka dapat menguasai kecekapan linguistik. mereka juga memilih unsure-unsur linguistik yang dimilikinya itu semasa mereka berinteraksi dan disesuaikan penggunaannya mengikut konteks sesuatu situasi sosial tertentu. mengemukakan idea. Selain itu. menyatakan pendapat dan pandangan dan sebagainya. Disamping itu. Melalui kecekapan linguistik ini. Menurut Azman Wan Chik. Pelajar akan dapat menyesuaikan pengguanaan system bahasa secara spontan ini mengikut keadaanyang sesuai. perasaan.

mereka akan berasa lebih yakin dan berani untuk melibatkan diri mereka dalam aktiviti yang dijalankan. mengendalikan induksi set dengan cara yang merangsangkan memang memerlukan perancangan yang teliti dan hal ini mungkin memaksa guru memikirkan induksi set yang agak luar biasa supaya permulaan pengajaran benar-benar dapat merangsangkan pelajar. guru haruslah bijak Kerja Kursus Projek 22 . Yang penting. teknik ini digunakan adalah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid serta memberi galakan kepada murid untuk berfikir secara kreatif. Tujuannya adalah bagi mengaktifkan skema murid selain meningkatkan minat mereka sebelum mulanya pembelajaran. pelajar akan lebih aktif berfikir menerusi soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru. Selain itu. wujudlah sebuah interaksi sosial sebelum sesi P&P dimulakan. Teknik yang digunakan oleh guru ketika ini ialah teknik soal jawab. Hal ini akan mempengaruhi hasil pembelajaran. inovatif. guru akan menayangkan video kesengsaraan hidup di Palestin. Menurut aktiviti set induksi yang terkandung dalam RPH tugasan. Di samping itu. guru perlu membiarkan murid menyatakan pendapat mereka dengan bebas supaya mereka tidak terikat dengan isi pelajaran semata-mata.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) malu. Menurut S. Teknik ini dirasakan sesuai kerana bagi mengajarkan aspek kemahiran lisan yang mengkehendaki mereka meluahkan perasaan. Nathesan (1999:39). Kemudian. induksi set harus menjadi suatu aktiviti yang bermakna dan sejajar dengan minat dan pengalaman para pelajar. Oleh itu. Hasilnya. logik dan kritis. Secara perinciannya. murid akan dijentik minda mereka dengan pengalaman sedia ada mereka tentang kesengsaraan rakyat Palestin. aktiviti yang dijalankan diambil kira bermula daripada set induksi. Sebaliknya.

guru perlu meninjau dengan teliti semasa aktiviti ini dijalankan kerana aktiviti ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada yang akan datang. Seterusnya ialah aktiviti pada langkah pertama. guru akan meminta murid mengenal pasti ayatayat yang dirasakan dapat memberi kesan kepada perasaan murid supaya perasaan itu akan dapat diluahkan ketika aksi dekon. Kebiasaannya langkah pertama memuatkan aktiviti bagi fokus sampingan hasil pembelajaran. fokus sampingan iaitu kemahiran membaca telah dipilih dengan memakan masa sebanyak 15 minit. Hasilnya. Oleh itu. guru akan mengedarkan aritkel kehidupan di Palestin yang memuatkan pelbagai peristiwa yang menyayat hati. tetapi aktiviti ini dilihat mampu menambah penguasaan murid tentang ilmu itu dengan pengayaan kosa kata dan perumpamaan analogi yang baharu. Maksudnya. Di samping itu. Aktiviti membaca skimming dan scanning ini merupakan permulaan kepada proses pelahiran perasaan murid di akhir pengajaran nanti. Dari situ. Seperti yang terkandung dalam RPH tugasan ini.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) mengemukakan soalan yang terancang dan bermutu bagi mewujudkan pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. guru akan menggunakan aktiviti mencatat nota dengan meminta murid mengisikan borang untuk memilih sekurang-kurangnya lima ayat yang memberi gambaran tentang pelbagai perasaan setelah membaca artikel terbabit. terdapat aktiviti mempelajari bahasa puitis. Kemudiaan. Biarpun mereka sudah diajarkan sedikit sebanyak tentang bahan sastera. dalam langkah kedua. Kerja Kursus Projek 23 . Teknik ini sangat sesuai dilaksanakan sebagai proses kelangsungan menjana perasaan terhadap keganasan yang melanda dunia. mereka akan gunakan perkataan yang melambangkan perasaan itu bagi tujuan aktiviti berikutnya kemudian. Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan berikutan fokus utama pengajaran adalah murid dapat meluahkan perasaan kepada rakan dengan menggunakan bahasa yang puitis ketika bersajak.

Aktiviti lain yang terdapat dalam langkah ini adalah aktiviti menghasilkan sajak. mereka akan diajarkan dahulu ciri-ciri sajak yang baik. aktiviti pertandingan secara berkumpulan telah dirancangkan. pendidikan. Teknik ini dilaksanakan dengan permainan berkomputer atau tutorial yang mengkehendaki murid meneka perkataan yang menggambarkan perasaan dengan hanya diberikan klu daripada perumpamaan. agama. Mohd Taib Osman (1977:42) yang mengatakan perbendaharaan kata yang dikuasai oleh seseorang penyajak sangat penting bagi membentuk dan melahirkan kekuatan ekspresi juga menunjukkan ciri khas penyajak. Tujuannya ialah murid akan dapat menghasilkan sajak dengan menggunakan bahasa puitis seperti mana yang terkandung dalam objektif utama pengajaran.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Perkara ini sangat bersesuaian dengan pandangan Prof. Perbezaan kedaerahan. Dalam tugasan ini. Menurut Azman Wan Chik. Kerja Kursus Projek 24 . Murid juga dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. (1989:76). Teknik permainan bahasa ini digunakan oleh guru bagi mengukuhkan pengajaran dan memantapkan lagi pemahaman murid mengenai topik-topik yang diajarkan. murid juga dapat mengulang kaji sambil bergembira. Kutipan markah juga akan dilakukan bagi mewujudkan persaingan dalam permainan. Sebelum murid diarahkan untuk mencipta beberapa frasa sajak yang puitis. murid akan diajarkan cara mengemukakan emosi dalam ayat dengan menggunakan perkataan-perkataan yang baru dipelajari semasa aktiviti permainan bahasa meneka diksi yang berkaitan tentang perasaan serta analoginya. Setelah itu. Terdapat dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu dijalankan secara spontan atau dijalankan sebagai aktiviti pertandingan. Yang menariknya adalah teknik yang digunakan ketika melakukan aktiviti ini ialah permainan bahasa. suku. Misalnya. makna serta penggunaan bahasa yang tepat. Penggunaan teknik ini juga mampu membantu murid memahami sistem Bahasa Melayu terutamanya dari segi bentuk. jantina dan sebagainya menghasilkan puisi yang berbeza dan suasana perasaan penyajak. Selain itu.

Teknik yang digunakan semasa aktiviti penghasilan sajak ialah perbincangan dalam kumpulan. Teknik dekon merupakan akronim bagi aktiviti deklamasi sajak dan lakonan. Murid dijangkakan akan dapat menghasilkan lima baris frasa sajak untuk dipersembahkan dalam aktiviti dekon. Aktiviti pada langkah kedua ini sebenarnya bersesuaian dengan objektif pertama dalam penyataan objektif. kemudian akan ada juga Kerja Kursus Projek 25 . perancangan yang dilaksanakan beserta teknik semasa aktivitinya perlu dititikberatkan kerana itu mampu memberi kesan positif dalam aktivit P&P. Menurut Prof. Oleh itu. Murid juga akan menjadi lebih berani dan berkeyakinan. teknik ini merupakan teknik pengajaran yang berbentuk perbincangan dan dilakukan dalam kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) barulah murid akan dilepaskan ke kumpulan masing-masing untuk mencipta sajak sebelum mempersembahkan aktiviti dekon. Teknik yang digunakan semasa aktiviti ini ialah teknik dekon. Setelah mempelajari pelbagai jenis ayat dan beberapa perumpamaan yang puitis. Guru juga akan memberikan borang penilaian penguasaan kemahiran bagi memastikan keberkesanan isi pelajaran yang diajarkan dari mula langah P&P. secara berkumpulan. Langkah ketiga bagi sesi P&P ini ialah kemuncak kepada pembelajaran yang dilalui bermula daripada awalnya. akan ada murid yang mendeklamasikan sajak sebagai cara meluahkan perasaan tentang tema yang diberikan. Murid-murid juga aktif menyatakan pendapat dengan bimbingan dan panduan guru. Aktiviti yang dirancang ialah aktiviti fokus utama pengajaran iaitu murid melahirkan perasaan dengan mendeklamasikan sajak. murid dikehendaki mengaplikasikannya untuk menyatakan perasaan kepada rakan sekelas yang lain. Maksudnya. Mohd Taib Osman (1977:52). Penggunaan teknik ini juga dapat mengembangkan daya berfikir dan dan kemahiran sosial murid.

Pelajar juga bebas untuk melahirkan perasaan. mengerling. Teknik ini juga berupaya menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid. Tujuannya ialah mendorong serta merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan aksi yang ditunjukkan melalui kefahaman tentang isi sajak beserta emosi yang terkandung dalam sajak. Menurut ulasan Prof. Ishak Ramly (2003:55).Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) rakan kumpulannya yang melakonkan aksi secara bisu di samping pendeklamator tersebut. (1977:23) dalam bukunya Pengajaran Bahasa dan Kesusateraan Malaysia. Selain itu. Madya Dr. pembelajaran bahasa akan menjadi lebih bermakna kerana contoh-contoh sebenar dibawa ke bilik darjah. aktiviti demonstrasi dan lakonan sangat sesuai dijalankan semasa menggunakan pendekatan komunikatif dalam pembelajaran. mencemik. Bagi pandangan Prof. membuat penemuan. Unsur-unsur paralinguistik ini boleh berlaku dalam persembahan yang dijalankan. Mohd Taib Osman. serta boleh berkongsi sebarang maklumat atau sesuatu perkara. Dekon berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. dan sebagainya. Murid juga berpeluang untuk mempengaruhi rakan-rakan bagi menyampaikan makna dengan berkesan dalam konteks dan situasi tertentu. kaedah ini sering Kerja Kursus Projek 26 . menggelengkan kepala. Tambah beliau. murid juga akan menyedari akan makna sosial dan makna linguistik yang dihasilkan daripada unsur-unsur paralinguistik seperti isyarat tangan. melalui aktiviti seperti dekon ini. di samping dapat menyuburkan sahsiah mereka.

Dengan cara ini. aktiviti dan teknik yang dirangka bagi mencapai objektif pengajaran dilihat bertepatan dan sesuai dengan fokus utama dan sampingan yang telah direncanakan.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) digunakan bagi menghindarkan pelajar daripada menggunakan kaedah atau teknik pengajaran yang sama sahaja. guru akan mengadakan aktiviti refleksi isi pelajaran dan penilaian terhadap persembahan murid. guru akan dapat meningkatkan motivasi murid dan perasaan ingin tahu mereka selain memanjangkan minat dan keinginan supaya mempeajari sastera. Guru boleh mengubah gaya persembahan lakonan pelajar dalam kelas. Murid akan menyatakan pendapat mereka atas apa yang mereka pelajari. Pada aktiviti ini. guru mengimbas kembali apa yang telah murid pelajari bagi memperoleh idea tentang keberkesanan P&P pada sesi tersebut. Guru juga boleh mengekalkan gaya bahasa yang terkandung dalam petikan sajak tetapi dengan pengolahan idea asal. Semasa akhir pengajaran ini. sekiranya aktiviti ini dijalankan secara pertandingan. Kerja Kursus Projek 27 . Kesimpulannya. Akhir sekali ialah pada langkah penutup. pembetulan oleh guru hanya dilakukan selepas rumusan penilain kemahiran yang telah diajarkan. Tetapi.

0 BAHAN BANTU MENGAJAR 4.1 Definisi Bahan Bantu Mengajar Kerja Kursus Projek 28 .Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) 4.

Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk “cone of experience” di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. BBM dan tulisan. Kerja Kursus Projek 29 . bertutur. saluran dan penerima. tetapi tidak berupaya mengambil tempat seorang guru. bertajuk “Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. beberapa BBM yang baru dan lama perlu digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran. Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan. perkembangan teknologi. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik. Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981:2). menimbulkan rangsangan keinginan pelajarpelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Empat kemahiran iaitu mendengar. Dewasa ini pengetahuan saintifik.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran. Penggunaan BBM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. membaca dan menulis. pesanan. psikologi pembelajaran. Walau kaedah apa digunakan sekalipun BBM pasti turut sama. David Berlo (1996) mengatakan dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber. ‘alat bantu ‘itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut dan bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya.

Kerja Kursus Projek 30 . dan membantu proses pembelajaran pelajar menjadi lebih berhasil dan bermakna. BBM boleh diertikan sebagai apa jua bentuk bahan yang digunakan dalam pembelajaran. Bahan ini merupakan aspek penting dalam pembelajaran.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Ngui Kuen Seng (1981) pula mengatakan alat bantu mengajar tidak dapat ditakrifkan dengan tetap walaupun pada keseluruhan ramai pendidik mempersetujui bahawa penggunaan alat bantu mengajar dalam P&P adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglibatan/ pandangan seseorang. Kesimpulannya.

Berdasarkan pendapat di atas dapat Atan Long (1982:174) menyimpulkan bahawa alat-alat bantu mengajar boleh dibahagi kepada tiga kategori seperti berikut: 1. carta atau slaid dan dipancarkan pada skrin.pentomin. 3. Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah sesuatu bahan yang boleh disiapkan dengan berbagai cara. pita video. Contohnya.2 Jenis-Jenis Bahan Bantu Mengajar Hari ini dengan bertambahnya pengetahuan teknologi. gambar. projektor overhead. buku. filem jalur. slaid.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) 4. projektor opeque. papan putih dan lain-lain. Kerja Kursus Projek 31 . piring hitam dan lain-lain. surat khabar. beberapa alatan mengajar baharu telah dihasilkan dalam membantu proses pemahaman murid. model. radio. sesuatu bahan itu mungkin diterbitkan dalam bentuk buku. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran. 2. pita rakaman.projek pameran dan bahan-bahan dari alam sekitar. Bahan bukan elektronik seperti suara.lawatan. Bahan-bahan bercorak pelajaran seperti lakonan.carta.

Komunikasi pula bertujuan memberitahu. pantomin. Ia merupakan apa sahaja yang boleh dialami oleh murid. didengar. alat bantu mengajar bagi kemahiran lisan adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya menyampaikan pengajaran di bilik darjah. kad imbasan. atau lebih tepat lagi menyampaikan ilmu atau satu himpunan maklumat kepada murid-murid. dirasa. (1989:20). Manakala bagi media bukan elektronik adalah seperti buku. psikologi pembelajaran. Pada pendapat umum. televisyen.teks. radio dan pelbagai lagi. dipegang. Bagi pengajaran kemahiran lisan. papan tulis. tujuan utama guru adalah memberitahu. kertas mahjung atau benda-benda wujud lain. mempengaruhi dan menghiburkan. kad manila. beberapa Kerja Kursus Projek 32 . dihidu digunakan dan sebagainya.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Manakala menurut Azman Wan Chik. dan lain-lain lagi. makmal bahasa. pengguanaan alat bantu mengajar adalah sangat penting. Ini termasuklah benda-benda konkrit yang boleh dilihat. filem. pita rakaman. gambar dan rajah sahaja tetapi ia biasanya meliputi segala macam benda yang boleh membantu dan menyokong pengajaran. Berdasarkan pandangan Atan Long (1982). Antara yang tergolong dalam media elektronik ialah radio. media elektronik dan media bukan elektronik. Dalam pengajaran seperti ini. paparan video. Antara cadangan BBM yang boleh digunakan ialah rakaman perbualan. perkembangan teknologi dan sebagainya. dengan bertambahnya kemajuan di bidang pengetahuan saintifik. Alatan ini tidaklah terhad kepada buku. terdapat dua jenis bahan bantu mengajar iaitu. terdapat BBM yang sesuai untuk digunakan seperti saranan tokoh pendidik. Hari ini. Tambah beliau. dibaca. Dalam bukunya Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Alatan dan Bahan Bantu. dekon dan lawatan biasanya menggunakan bahan bantu mengajar bagi kedua-dua jenis ini. Aktiviti seperti lakonan. slaid filem. projektor legap. pengajaran lisan merupakan satu bentuk komunikasi.

Samalah juga dengan bahan bantu mengajar yang bertindak sebagai enjin pembelajaran. Atan Long (1982) berpendapat bahawa BBM diwujudkan bagi mengatasi masalah-masalah seperti: 1. Dianalogikan seperti sebuah kereta.namun demikian peralatan seperti ini tidaklah berupaya atau boleh mengambil tempat sebagai seorang guru. Alat-alat ini hanyalah membantu guru-guru membimbing murid-murid dan tidak lebih daripada itu. seharusnya memiliki enjin sebagai organ yang menggerakkan kereta. perlu diingat ianya merupakan bahagian yang penting dan padu dalam pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). 33 Kerja Kursus Projek . Masalah kekurangan tenaga pengajar. 4. Sekiranya tiada enjin. Bahan itu perlu diadakan supaya perjalanan P&P menjadi lancar dan teratur. kereta tersebut tidak mampu bergerak.3 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar Apabila berkata tentang bahan bantu mengajar (BBM).Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) peralatan mengajar bentuk baharu dan lama digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran.

Masalah P&P dalam kumpulan yang sangat besar. Oleh itu dapat menggalakkan pembelajaran. 3. Antara lainnya beliau menjelaskan: a) Alat bantu mengajar biasanya merangsangkan minat pembelajaran bahasa. telah menyenaraikan nilai-nilai penting tentang penggunaan alat bantu mengajar tersebut. d) Alat bantu mengajar mampu menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan mudah melalui cara-cara yang lain. Ia bukan sahaja berhasrat untuk memberikan rangsangan yang baik dan berkhidmat sebagai alat untuk membantu menjelaskan penerangan guru tetapi ia juga bermaksud untuk menjimatkan masa. Di samping itu ia juga dapat menjadikan suasaana pembelajaran itu menarik dan memikat. khususnya pengajaran lisan.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) 2. yang tinggi di kalangan muri-murid dan minat ini adalah satu faktor yang penting dalam b) Alat bantu mengajar menyediakan satu dasar yang kukuh untuk memperkembangkan kefahaman dan corak pemikiran murid-murid. alatan mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Edger Dale dalam bukunya Audio-Visual Method in Teaching (1963). Masalah kebosanan kaedah pengajaran. c) Alat bantu mengajar membekalkan satu dasar yang kukuh untuk memperkembangkan pembelajaran murid-murid. mempelbagaikan kegiatan dan memberi keseronokan kepada murid. Ini membolehkan pembelajaran mereka itu kekal lama. Masalah kekurangan masa. Kerja Kursus Projek 34 . mempunyai beberapa tujuan. Secara perinciannya. 4.oleh itu ia boleh menolong menjadikan pembelajaran murid itu lebih mendalam dan pelbagai.

Ini boleh membantu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata mereka. 4. f) Alat bantu mengajar mampu menawarkan pengalaman-pengalaman yang sebenar dan dengan demikian ia boleh merangsangkan kegiatan murid.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) e) Alat bantu mengajar juga boleh membantu murid-murid memaham sesuatu dengan cara yang lebih baik dan berkesan.4 Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar Dalam Rancangan Pengajaran Kerja Kursus Projek 35 . g) Alat bantu mengajar mendorong murid-murid mengkaji dan menyiasat dan ini boleh menambah dan menggalakkan bacaan sukarela mereka.

Maksudnya. slaid gambar peperangan. Selain itu. Dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang dirangka. murid akan berasa sensitif dengan pergolakan yang berlaku di sana seterusnya dapat membangkitkan perasaan mereka dan mungkin boleh Kerja Kursus Projek 36 . Setiap BBM tersebut akan diperjelas penggunaannya pada bahagaian seterusnya nanti. artikel kehidupan di Palestin dan perisian komputer permainan bahasa. muzik instrumental. beliau telah menggolongkan alat bantu mengajar kepada dua jenis iaitu elektronik dan bukan elektronik. Dalam set induksi. terdapat empat jenis bahan bantu mengajar (BBM) yang dirancang penggunaannya. pengalaman-pengalaman yang dirancang untuk murid-murid itu hendaklah melalui pengalaman yang paling natural dan asas. Bahan elektronik seperti video merupakan salah satu BBM yang dirancang penggunaannya. yang kita percaya. fikirkan dan hayati selalunya bermula daripada satu proses pengenalan. Video ini akan digunakan pada tahap maksimum. Antaranya ialah video kehidupan di Palestin. Dalam banyak hal. Dalam proses pembelajaran. video ini tidak hanya terbatas pada aktiviti dalam set induksi. segala apa yang kita ketahui. sebaliknya tetap akan dimainkan semula ketika sesi perbincangan murid menghasilkan sajak. Hamid (1981). rasional penggunaan video ini adalah sebagai medium dalam mengembalikan pengetahuan sedia ada murid tentang negara Palestin. iaitu melaui deriaderia mereka. Video yang digunakan dalam RPH adalah video paparan kesengsaraan di Palestin.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Alat bantu mengajar biasanya akan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelajar-pelajar sewaktu menjalani sesuatu pembelajaran itu. Norasiah Abd. iaitu mengalami sesuatu itu dengan menggunakan deria.

alunan muzik ini yang sesuai dengan iringan sajak murid memberi peluang kepada mereka meluahkan perasaan dengan cara yang unik. Biarpun pemasangan video terbabit bukanlah secara bertumpu. Di samping itu. Murid akan diminta untuk mengenal pasti atau memilih lima ayat daripada artikel tersebut yang mempunyai gambaran ayat kehidupan di sana. dengan adanya penggunaan artikel sebegini. Muzik ini akan digunakan ketika murid mempersembahkan aksi dekon. Bahan bantu ini akan digunakan sebagai pemangkin kepada perasaan murid terhadap isu di Palestin. Muzik instrumental bermaksud muzik yang dimainkan tanpa sebarang lirik mahu pun frasa kosong.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) membantu dalam mencapai objektif pengajaran iaitu meluahkan perasaan dengan menggunakan bahasa yang puitis melalui aksi dekon. sedikit sebanyak akan menarik minat murid khasnya kerana mereka memperoleh maklumat baharu Kerja Kursus Projek sehinggakan dapat mengikuti dan menghayati setiap aspek 37 . bahan bantu yang seterusnya digunakan ialah artikel. video juga digunakan ketika langkah kedua iaitu ketika murid dalam perbincangan kumpulan. Konteks penggunaannya adalah jelas mengikut RPH yang dirancang. menunjukkan kesengsaraan dan keperitan Oleh itu. tetapi video itu dimainkan bertujuan memberi panduan dan gambaran yang jelas untuk menjana idea murid dalam menghasilkan sajak tentang keperitan hidup di Palestin. Artikel merupakan bahan bantu bukan elektronik yakni bahan bercetak. Tambahan pula. Ketika murid bersajak. Muzik jenis ini hanya dimuatkan dengan alunan melodi-melodi tertentu. BBM yang kedua digunakan ialah muzik instrumental. Artikel mengenai catatan peristiwa kesengsaraan di negara malang itu juga bersangkutan dengan penyataan objektif.

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) pembacaannya. gambar yang dirancangkan bukanlah gambar biasa. rasional penggunaan slaid gambar ini adalah lebih kurang sama dengan penggunaan video. Secara tidak langsung murid-murid memperoleh dua dalam satu ilmu baharu iaitu pengetahuan dan kemahiran. gambar merupakan bahan bantu mengajar yang paling mudah untuk didapatkan. Melalui tayangan tersebut. RPH tersebut juga melibatkan BBM seperti gambar. terangnya agar menarik dan jelas serta bersih. manakala kemahiran pula merujuk kepada kebolehan murid membaca teks bagi memperoleh maklumat penting. Namun. sebaliknya slaid gambar peristiwa peperangan. guru yang ingin mengajarkan murid tentang binatang. Pelaksanaannya yang membuka peluang kepada murid untuk mencuba sendiri atau ‘hands on’ sudah tentu akan merangsang minat mereka terhadap pembelajaran. Makanya. Permainan ini dinamakan teka perkataan. Tambah beliau. Edgar Dale Kerja Kursus Projek 38 . murid mungkin dapat menjana idea baru untuk menghasilkan sajak dengan melihat kepada kebinasaan dan kekejaman yang berlaku di negara Palestin itu. Misalnya. kesesuaian. Pengetahuan itu merujuk kepada isi kandungan artikel tersebut iaitu aspek keganasan yang sedang berlaku di Palestin. biarpun bahan maujud adalah lebih baik bagi memberi gambaran yang jelas kepada murid. Sebenarnya. Seterusnya ialah penggunaan bahan elektronik iaitu perisian komputer permainan bahasa. namun ada kalanya bahan yang ingin diajarkan itu tidak dapat dibawa. Slaid gambar peperangan ini akan ditayangkan di alat pemancar ketika murid dalam perbincangan kumpulan. Husin (1986) dalam bukunya Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. guru perlu juga memberikan perhatian kepada ketepatan. Selain itu. sudah pasti tidak mampu membawa binatang liar seperti ular atau harimau. dalam membuat pemilihan gambar. seninya. membawa gambar bercetak mahu pun gambar slaid tentang haiwan tersebut amatlah sesuai. Gambar-gambar tersebut akan ditayangkan secara berselang-seli bersama video. Menurut Kamarudin Hj.

Wakil bagi setiap kumpulan akan diminta memilih beberapa huruf konsonan dan vokal untuk diisi pada ruangan kosong tersebut. guru-guru perlu mengenal pasti adakah bahan itu mahal. sebelum guru-guru memilih BBM yang digunakan. Misalnya. Kebiasaannya.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) (1963). terdapat pro dan kontra apabila guru-guru menggunakan bahan bantu mengajar seperti yang diterangkan sejak awal tadi. Oleh itu. mudah didapati atau pun masalah teknikal yang bakal dihadapi. Perkara ini harus diselidiki dahulu sebelum memilih BBM. Selain itu. perisian permainan bahasa ini sangat bermakna dan mampu memberi kelainan kepada sistem pendidikan di negara. Setelah kesemua persoalan itu terjawab. masalah yang perlu difikirkan sebelum menentukan BBM yang ingin digunakan ketika P&P terbahagi kepada tiga fasa. iaitu masalah pada fasa sebelum. Di samping itu. Husin (1986:266). pada fasa sebelum. masalah kepada murid seperti kepekaan Kerja Kursus Projek 39 . nilai-nilai penting tentang penggunaan alat bantu mengajar adalah merangsang minat yang tinggi dalam kalangan murid-murid kerana minat adalah faktor yang penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. masalah yang sering dihadapi ialah kerosakan mengejut. maka bolehlah untuk digunakan. Selain itu. Sementara itu. Bagi Kamarudin Hj. sistem audio yang tidak cekap. Pemilihan huruf-huruf tersebut membolehkan mereka mendapatkan klu bagi menjawab soalan tentang istilah perkataan yang melambangkan perasaan berdasarkan perumpamaan dan analogi yang disediakan. permainan ini juga bersifat interaktif memandangkan dimainkan secara berkumpulan. mereka perlulah memikirkan tentang kesan BBM tersebut terhadap ketiga-tiga fasa itu. dalam bukunya Audio Visual Method in Teaching. Sebenarnya. semasa dan selepas. kejelasan yang tidak menentu. pada fasa semasa penggunaan BBM. bahan bantu juga berperanan dalam menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan ketahuan dan corak pemikiran.

Dengan mematuhi cara demikian sahajalah kemungkinan besar prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid di sekolah dapat meningkat maju. Kesimpulannya. Akhir sekali ialah masalah selepas menggunakan BBM seperti kerosakan.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) mereka yang Cuma hanya mendengar tetapi tidak berfikir ketika asyik disuguhkan dengan bahan menarik ketika P&P. Kerja Kursus Projek 40 . usaha guru perlulah dilakukan mengikut panduan dan perancangan yang teliti. masalah elektrik atau mungkin kebinasaan akibat persekitaran semula jadi seperti binatang dan bencana alam. Untuk menghadapi cabaran ini. memilih dan menggunakan bahan pendidikan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran di sekolah merupakan suatu usaha yang mencabar.

Hal ini dapat dijelaskan bahawa penilaian adalah proses mengenalpasti. Stufflebearn (1971). Maklumat yang diperoleh daripada beberapa sumber akan digunakan untuk membuat pertimbangan nilai (value judgement) atau keputusan terhadap seseorang individu. keadaan atau ukuran tentang sesuatu berdasarkan criteria-kriteria tertentu atau membandingkannya dengan yang lain. and providing useful information for judging decision alternatives”. Melalui penilaian yang dilakukan.1 Definisi Penilaian Penilaian merupakan satu tugas menentukan nilai. memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. kedudukan. obtaining. mutu.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) 5. jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” Kerja Kursus Projek 41 . objek atau program. menyatakan bahawa penilaian sebagai “the process of delineating.0 ALAT PENILAIAN 5. Maklumat yang diperoleh ini akan digunakan untuk membuat pertimbangan bagi tindakan selanjutnya. mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna. Penilaian juga merupakan satu proses menentukan. Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

objektif pelajaran. penilaian merupakan satu proses membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran yang bertujuan untuk memberikan maklumat tentang pencapaian murid. pemerikaan dan pengukuran. Selain itu. terdapat beberapa prosedur dalam membuat penilaian iaitu persediaan ujian. kaedah mengajar dan kurikulum. bagi sesuatu penilaian. Oleh itu.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) dengan “apa yang dihasratkan” dapat dikenalpasti dalam sesuatu program pendidikan. objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Secara ringkasnya. analisi dan interprestasi dan tindakan. Kerja Kursus Projek 42 . pentadbiran. Penilaian merupakan pertimbangan professional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian.

Menurut formatif dan penilaian sumatif. tetapi lebih mengkhusus kepada penilaian kemajuan atau penilaian progresif. Di sekolah-sekolah rendah. Tambah beliau lagi. Keputusan penilaian formatif biasanya tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan di antara seseorang murid dengan murid yang lain. Cara ini dapat mengurangkan perasaan gementar atau rasa takut dalam kalangan murid-murid terhadap sesuatu penilaian itu. terutamanya dalam penilaian lisan. penilaian jenis ini hendaklah dijalankan secara tidak formal.2 Jenis-Jenis Penilaian Penilaian adalah satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi mendapatkan maklumat yang berguna untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini member maklumat berhubung dengan prestasi pembelajaran murid-murid itu dari semasa ke semasa dan jika terdapat kelemahan-kelemahan murid pada waktu itu segera diperbetulkan. dua bentuk penilaian lisan yang boleh digunakan di sekolah-sekolah adalah penilaian 43 . Kerja Kursus Projek Zulkifli Hamid (2005).Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) 5. penilaian formatif adalah sejenis penilaian yang digunakan untuk mengesan perkembangan atau kemajuan tahap pembelajaran murid dengan serta merta dan dapat mengenal kekuatan serta kelemahan mereka. Penilaian formatif juga membantu guru-guru mendapatkan maklum balas tentang pengajaran mereka dan maklumat ini boleh digunakan oleh guru-guru itu untuk memperbaiki proses pengajarannya.

penilaian sumatif adalah penilaian pencapaian yang bertujuan mengesan secara menyeluruh tahap kebolehan atau kecekapan murid di akhir sesuatu pembelajaran. Kesimpulannya. Pada peringkat rendah. Ada baiknya jika guru-guru tadi dapat menguji kemahiran-kemahiran itu secara berasingan. Penialaian ini berkisar kepada apa yang telah diajarkan sahaja. kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalamnya boleh dinilai secara formal atau tidak formal. bahan atau isi pengajaran yang telah diajarkan kepada mereka. Guru-guru diminta bertindak serius dan teliti untuk menilai aspek-aspek tersebut. Penilaian jenis ini boleh dijalankan di akhir sesuatu kursus ataupun setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal-penggal persekolahan. Zulkifli Hamid (2005:87) berpendapat. dalam pengajaran dan pembelajaran lisan. sama ada mendengar atau bertutur boleh dijalankan serentak dan dilakukan dalam bentuk formal. penilaian lisan biasanya menekankan kepada penguasaan sesuatu aspek kemahiran tertentu. Murid-murid diberi markah atau gred supaya dapat dibandingkan pencapaian keseluruhan mereka itu sendiri. Pada peringkat yang lebih tinggi. ujian atau penilaian lisan. Kerja Kursus Projek 44 . Dalam perkataan lain. guru bahasa seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat pencapaian pembelajaran pelajar dan kelemahan serta kekuatan pelajar dalam pembelajarannya. Ini berguna bagi guru untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P). ia bertindak menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Menurut Zulkifli Hamid (2005).

Hasil ujian yang telah dilakukan dapat memberikan gambaran kepada guru tentang keupayaan murid mereka yang sebenar sebelum memulakan pengajaran. antara kepentingan penilaian ialah: i.3 Kepentingan Penilaian Terdapat beberapa tujuan sesuatu penilaian itu dijalankan. masalah yang dihadapi dalam pembelajaran. kebolehan. Mendapatkan maklum balas. Pada amnya. 45 Kerja Kursus Projek .Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) 5. keperluan dan kemahiran. Zulkifli Hamid (2005) dalam bukunya Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu meringkaskan. penilaian memberi guru maklumat tentang perkembangan dan pencapaian murid tentang pengetahuan. sikap. kadar pencapaian.

Husin (1986:106). iv. guru akan berpuas hati dan bolehlah bergerak kepada pelajaran yang lain.4 Ketepatan Alat Penilaian Dalam Rancangan Pengajaran Kebiasaannya. umpamanya salah faham dalam konsep. mungkin juga kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tidak bersesuaian dengan kelas berkenaan. Menilai prestasi/ pencapaian/ kemajuan murid. setelah setiap unit pelajaran dijalankan. Berfungsi sebagai penggerak / motivasi. Manakala bagi pandangan Kamarudin Hj. iii. item yang bertindan. Setelah item ujian ini ditadbirkan barulah timbul pelbagai masalah. Mengenalpasti pengetahuan pembelajaran lampau murid. arahan yang tidak jelas. 5. Dengan penilaian ini. Membuat klasifikasi. mungkin isi pelajaran yang hendak disampaikan terlalu banyak. guru dapat menentukan sama ada objektif yang dinyatakan pada awal pelajaran tadi telah tercapai atau belum. guru akan dapat memperbaiki pengajarannya dengan segera dan seterusnya dapat membantu murid-murid dalam pembelajaran mereka. v. pilihan jawapan yang tidak digunakan langsung. penilaian terhadap pembelajaran dan pengajaran itu hendaklah dijalankan. Sebaliknya kalau objektif itu tidak tercapai disebabkan oleh guru tidak mempergunakan pengetahuan sedia ada murid-murid dengan meletakkan objektif terlalu tinggi. Dengan maklumat-maklumat ini. Sekiranya objektif itu telah tercapai. kita menganggap pembinaan item ujian Bahasa Melayu sebagai perkara mudah.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) ii. Yang pertama. tiada jawapan atau terdapat lebih daripada satu jawapan. tidak ada pengkhususan Kerja Kursus Projek 46 . rangsangan yang kabur. terlalu susah atau terlalu menjemukan. item yang terlalu mudah atau terlalu sukar. guru akan mendapat makluman balas tentang beberapa perkara.

bagaimana item ujian itu ditadbirkan. perlulah ditentukan tujuan ujian itu diadakan. murid-murid perlu menepati unitunit penting seperti kejelasan. kualiti suara yang menarik. Item yang dibina juga hendaklah berasaskan kemahiran bahasa. apa yang hendak diuji. Selain itu. Menurut Abd. serta keberanian tanpa rasa takut ketika menyebut sesuatu perkataan. Dalam hal sebutan. bagi aspek kelancaran pula guru dapat menilai kebolehan murid-murid bertutur tanpa tersekat-sekat di samping menilai kesahan jeda mengikut unit makna yang difikirkan sesuai selain membaca dengan kelajuan yang sesuai mengikut tanda bacaan yang tepat. Aziz Talib (1993:74). sebutan mengikut standard bahasa Melayu. nada yang sesuai. Pada bahagian ini. intonasi dan jeda yang sesuai serta menuturkan mengikut tanda bacaan yang tepat menjadi bukti murid tersebut dapat menyampaikan isi atau idea yang ingin disampaikan. kefahaman murid dapat dinilai dengan melihat keyakinan yang memberi makna petunjuk kefahaman murid. dan juga masa ujian itu dijalankan. aspek kefahaman murid ketika bertutur juga diambil perhatian. Menurut beliau lagi. Aziz Talib (1993:76): TAHAP HURAIAN Kerja Kursus Projek 47 . penulis akan menyenaraikan dengan ringkas aspek yang perlu dinilai semasa menilai kemahiran lisan serta skema pemarkahannya menurut pandangan Abd. Selain itu. ada tiga perkara penting yang dapat diuji ketika mengajarkan kemahiran lisan. Ketiga. dan aitem yang tidak seimbang dengan pemarkahan serta pelbagai kesilapan yang lain. kelancaran dan kefahaman. Menurut Institut Bahasa (1994:333). jenis dan bentuk item ujian. Kesilapan ini akan menjejaskan kesahandan kebolehpercayaan bahan ujian. frasa atau klausa. sebelum membina sesuatu item ujian kemahiran bahasa. objektif dan kandungan pelajaran.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) tugasan dalam bidang yang disoal. Antaranya ialah aspek sebutan.

banyak salah sebutan. Dalam borang penilaian tersebut. intonasi dan jeda. Aspek yang dititikberatkan dalam kriteria ini adalah murid dapat menyampaikan emosi dengan baik. kesilapan sedikit sahaja. Berdasarkan jadual di atas. mengecewakan penilai. Lemah Tidak jelas. tekanan dan intonasi yang tepat dan hentian jeda tepat dan lancar. Aspek yang terlibat dalam kriteria ini adalah terdapat penggunaan perkataan yang melambangkan perasaan dan bertepatan dengan tema dan perlambangan yang digunakan harus kreatif dan sesuai.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Cemerlang Tepat. berkesan tiada kesalahan sebutan dan intonasi. kriteria-kriteria yang dinilai adalah seperti penghayatan ketika mereka mendeklamasikan sajak yang dihasilkan. sedikit kesalahan sebutan. jelas. tersekat-sekat. jeda dan intonasi. penilaian kemahiran lisan dijalankan semasa pengakhiran aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu aktiviti dekon. Mereka telah didedahkan dengan perkataan dan bahasa yang puitis oleh guru sebelum mereka mencipta sebuah sajak. Masih jelas tetapi dengan suara yang mendatar dan agak membosankan. Selain itu. kriteria yang kedua adalah penggunaan bahasa yang puitis dalam penghasilan sajak mereka. lancar. kurang dapat difahami apa yang dituturkan. Kerja Kursus Projek 48 . tidak menunjukkan kefahaman. Seterusnya. Sangat Lemah Tidak jelas. Guru menyediakan borang penilaian dan diedarkan kepada murid-murid untuk mereka menilai sendiri rakan-rakan mereka dalam penguasaan kemahiran lisan selain menilai aspek penggunaan bahasa puitis secara keseluruhannya. kriteria yang berikutnya adalah tekanan dan intonasi yang meliputi sebutan yang jelas. yakin dan selesa Baik Sederhana Hampir tepat di setiap aspek yang penting. dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini. gagap.

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Bagi aspek tekanan dan intonasi, kriteria yang dinilai adalah sama seperti pandangan Abd. Aziz Talib (1993) seperti dalam jadual yang ditunjukkan. Aspek sebutan yang jelas, tekanan dan intonasi yang tepat menjadi kayu pengukur kepada setiap murid dalam memastikan mereka mencapai atau melepasi kehendak pengajaran kemahiran lisan tersebut. Selain itu, murid juga akan dinilai berdasarkan aspek hentian sama ada hentian dalam sajak yang dideklamasikan itu tepat pada daerah hentiannya atau sebaliknya. Berikutnya, kriteria yang dinilai adalah mengenai kelancaran dan kehalusan persembahan. Dalam kriteria ini, aspek yang dilihat adalah mengenai keserasian pendeklamasian sajak dengan lakonan dan kelancaran dan kesempurnaan persembahan yang dijalankan. Kriteria yang terakhir dinilai dalam aksi dekon ini adalah berkaitan dengan gaya penyampaian. Aspek yang dilihat adalah persembahan yang menarik dan keyakinan yang ditunjukkan oleh muridmurid yang mengadakan persembahan. Setiap kriteria tersebut mempunyai 5 skor yang berbeza iaitu skor 1, 2, 3, 4 dan 5. Skor 1 merupakan tahap yang paling rendah dan memberi makna sangat lemah dalam mana-mana kriteria yang dinilai. Seterusnya, skor 2 melambangkan tahap pencapaian murid lemah, skor 3 adalah sederhana, skor 4 baik dan skor 5 sangat baik serta menepati apa yang dihajatkan. Bagi pengredan pula, bagi kumpulan yang mendapat jumlah markah sekitar julat 21-25 markah, mereka akan diberikan gred A. Manakala sekiranya mereka mendapat markah sekitar julat 16-20, grednya adalah B. Bagi gred C pula julat markahnya adalah sekitar 11-15 dan gred D pula adalah jumlah markah yang lebih rendah daripada 11 markah.

Berdasarkan apa yang dihuraikan mengenai item penilaian bagi menguji kemahiran yang diajarkan, dapatlah dikatakan bahawa sifat kesahan yang juga merupakan prinsip penilaian sesuatu kemahiran juga wujud. Selain itu, sifat kebolehpercayaan juga dapat dibuktikan dengan sistem pemarkahan yang
Kerja Kursus Projek

49

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

sesuai. Menurut Lee Shok Mee. (1990), dalam bukunya Pedagogi 4 (A); Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan, sifat ini berkaitan dengan kestabilan, ketekalan, ketahanan dan ketepatan keputusan atau hasil dariada sesuatu instrument penilaian. Penilaian yang boleh dipercayai akan menunjukkan hasil atau keputusan yang sama atau sekurang-kurangnya hampir sama walaupun dikemukan berkali-kali kepada kumpulan yang sama dalam pembolehubahpembolehubah lain yang dikawal.

Kesimpulannya, guru seharusnya memandu murid dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan sebelum menilai tahap pencapaian mereka. Lebihlebih lagi apabila mengajarkan kemahiran lisan yang melibatkan sastera. Muridmurid jarang didedahkan dengan kesusasteraan, ini bermakna guru-guru berperanan dalam memberikan penekanan yang lebih bagi mengelakkan pelbagai masalah pembelajaran. Menurut pandangan Prof. Madya Dr. Ishak Ramly (2003:54-55) dalam bukunya Teknik Mengajar Sastera, gaya bacaan sajak berbeza jika dibandingkan dengan genre sastera lain. Sajak memerlukan gaya, tekanan, penjedaan, intonasi dan irama yang tersendiri. Guru harus mendahulukan sesi pengajarannya dengan memberi sedikit perhatian terhadap teknik deklamasi sajak sebelum mengajarkan proses penghasilannya.

6.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tahun: 5 Sinergi Bilangan Murid: 36 orang Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Tema: Keamanan
Kerja Kursus Projek

50

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR)

Tajuk: Derita Palestin, Derita Kita Hasil Pembelajaran: Fokus Utama: 3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang. Aras 3 (i) Melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa puitis berdasarkan sesuatu tema. Fokus Sampingan: 7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa daripada teks sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca. Aras 2 (i) Memilih ayat yang memberikan kesan dalam teks prosa dan puisi dengan menyatakan alasan. Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Mendeklamasikan sajak untuk melahirkan perasaan dengan menggunakan lima frasa puitis dalam aksi dekon secara berkumpulan. 2. Memilih lima ayat daripada akhbar yang memberikan gambaran tentang perasaan sengsara kehidupan di Palestin serta menyatakan alasannya. Sistem Bahasa: • • Tatabahasa: Kosa kata: keganasan, peperangan, kebuluran, kematian, kecacatan

Pengisian Kurikulum: • Ilmu: Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sastera, Sosial, Agama dan Moral.
51

Kerja Kursus Projek

2. Murid pernah terbaca sajak-sajak keamanan di televisyen dan radio serta sebagainya. ISI PELAJARAN . LANGKAH PENGAJARAN Set Induksi (5 minit) 1. Murid diminta menonton video untuk . perbincangan. bertanggungjawab.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) • • • Nilai: kasih sayang. 52 Contoh interaksi soal-jawab: Kerja Kursus Projek Palestin. rasional Kemahiran berfikir: mencirikan Belajar cara belajar: bacaan secara luncuran. Guru menayangkan video keganasan di CATATAN PSA: Pernah menonton berita. membuat nota Bahan Bantu Mengajar: • • • Klip video Artikel Powerpoint Slideshow untuk permainan bahasa Borang penilaian murid • Pengetahuan Sedia Ada: • • • Murid pernah membaca artikel mengenai keganasan di Palestin. Murid pernah menyaksikan kekejaman Israel di televisyen.

Langkah 1 (10 minit) 1. kumpulan berlima. 2. apa perasaan kamu tentang isu ini? M1: Geram. 4. 5. sejarah. G: Bagus. BBM: Video kehidupan di Palestin. Guru menerangkan serba sedikit mengenai isu semasa mengenai keganasan di Palestin. Guru bersoal jawab mengenai keperitan hidup di bumi Palestin. G: Ya. 3. Dalam berita selalu tunjuk.Semangat patriotik.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) G: Pernahkah kamu mendengar tentang keperitan hidup di Palestin? M1: Pernah. apa yang kamu tahu tentang Palestin? M2: Palestin kena serang dengan Israel. agama dan moral. cikgu. bertemakan ‘Kehidupan di Palestin’. murid dikehendaki membaca keratan Kerja Kursus Projek 53 . KBT -Kontekstual KP: -intrapersonal. pilu dan alasannya. murid diberikan keratan artikel yang sama bagi setiap kumpulan. cikgu. 3. takut pun ada. sosial. Guru meminta murid membentuk lima Ayat-ayat yang melambangkan perasaan sedih. G: Baik. Ilmu kewarganegaraan. Nilai . -interpersonal BCB: Menghubung kait. hari ni kita akan meluahkan perasaan melalui sajak sebagai tanda cakna kita. Guru menerangkan tujuan membaca iaitu Ilmu Pengetahuan am. Kemudian. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran. menghayati penderitaan di Palestin. cikgu.

Perasaan. Secara rawak. Selepas itu. rasional. KP: -intrapersonal BCB: Aplikasi maklumat. Guru kemudiaannya mengedarkan borang secara dekat seperti Lampiran 1 (a) untuk murid sehingga berderai jasad. borang isi ruangan jawapan. Guru menyediakan permainan teka Kosa kata ( terdapat dalam permainan bahasa teka perkataan) perkataan yang mengandungi ruang jawapan yang perlu diisikan dengan perkataan melambangkan perasaan berdasarkan klu analogi perumpamaan. guru akan memilih murid untuk membentangkan ayat dan kata-kata yang menyentuh perasaan mereka.Ditembak dengan kejam. 2. murid dikehendaki memenuhi kolum untuk menyatakan perasaan yang tergambar dan alasannya berdasarkan ayat Alasan. Nilai Kasih sayang. Guru akan meminta murid menyelesaikan permainan tersebut dalam bentuk Kerja Kursus Projek Ilmu Sastera. yang dipilih. Langkah 2 (15 Minit) Aktiviti 1 1. Mereka ditembak 4. Nilai 54 . BBM: Keratan artikel kehidupan rakyat di Palestin.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Contoh: Ayat- petikan artikel terbabit selama 4 minit untuk mengenal pasti lima ayat yang melambangkan perasaan sedih. mengisikan ruangan jawapan lima ayat pilihan. 6.Pilu 5.

BBM: Perisian komputer permainan bahasa teka perkataan. 5. Kerjasama. 3.ciri-ciri sajak Bahasa digunakan adalah puitis. Setiap kumpulan diberikan tema yang sama iaitu ‘Keamanan’. peluang akan dibukakan kepada kumpulan lain. Murid juga dikehendaki untuk menyalin semula jawapan perkataan yang melambangkan perasaan serta analoginya supaya dapat membantu dalam proses penghasilan sajak. KBT: -Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) KP: verbal linguistik. Jawapan yang betul akan diberikan 5 markah.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) pertandingan. Jawapan: Pedih. Guru menerangkan secara ringkas Penghasilan sajak: i. Murid berbincang dan menghasilkan sekurang-kurangnya 5 baris sajak yang mengandungi bahasa puitis seperti yang 55 . Sekiranya gagal menjawab. Contoh: Klu: seperti disiat sembilu. Setiap kumpulan perlu memilih tiga (3) konsonan dan dua (2) vokal bagi membuka klu perkataan. 6. murid diminta berbincang untuk menghasilkan sajak. Secara berkumpulan. 4. BCB: Menjana idea. 3. 4. Aktiviti 2 1. 2. Memberi kesan kepada Kerja Kursus Projek mengenai ciri-ciri sajak.

ii.bentuk sajak.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) pendengar dan pembaca.Intonasi. deklamasi rangsangan ketika persembahan. dipelajari tentang istilah melambangkan perasaan melalui perlambangan dan perumpamaan. marah dan sebagainya serta menayangkan gambar paparan slaid penderitaan di Palestin sebagai bahan Cara sajak. iii. Bebas tanpa terikat dengan bilangan rangkap. Nilai: Semangat warganegara. pilu. ii. 2. KBT: -interpersonal -intrapersonal perasaan: bersesuaian dengan perasaan atau emosi sedih. 3. i. Ilmu: daripada murid. Penghayatan.Bahasa puitis ii. 5. verbal linguistik. Secara berkumpulan murid diminta mendeklamasikan sajak sambil rakan kumpulan melakonkan mengikut sajak yang dideklamasikan. Guru merumuskan secara langsung penilaian terhadap kemahiran lisan murid dalam menyatakan perasaan dan 56 . Kerja Kursus Projek KP: Kinestik. Borang penilaian diberikan kepada murid untuk menilai persembahan dekon rakan sekelas. bertanggungjawab. Guru memainkan muzik instrumental yang BBM: Video keamanan. borang penilaian. 6. 4. Sebutan. Langkah 3 (20 Minit) Cara meluahkan 1.Pemilihan perkataan. Selesai semua kumpulan mempersembahkan sajak. muzik instrumental. Guru menerangkan konsep aktiviti dekon. guru mengumpul semula borang penilaian i.

4. Guru memuji pencapaian murid dan Seni lakon. Guru serta-merta membetulkan kesilapan yang dilakukan murid semasa aktiviti sebagai sebuah proses pemulihan untuk mengelakkan murid mengulanginya. 7.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) penghayatan melalui aktiviti dekon. 2. Guru meminta murid mencari sajak-sajak yang bermutu di akhbar. BCB: merumus Nilai: Bertanggungjawab . Ilmu: Sastera. Guru bersoal jawab mengenai ciri-ciri puisi. majalah dan internet sebagai proses pengayaan. Penutup (10 Minit) Kosa kata baharu -Emosi Penghasilan sajak. 7. memberikan ganjaran. 1.0 BAHAN BANTU MENGAJAR Kerja Kursus Projek 57 . Guru membuat rumusan mengenai aktiviti pelajaran serta mengumumkan pemenang bagi kumpulan yang mendapatkan markah terbaik untuk aktiviti teka perkataan dan persembahan dekon. Kemahiran Lisan. 3.

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) 8. tugasan ini.0 KESIMPULAN Secara konklusinya. Selain itu. kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Di samping itu. hasil tugasan ini juga telah menganalisis dan menjelaskan beberapa hasil pembelajaran kemahiran-kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar dan bertutur. telah menjelaskan mengenai penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). hasil tugasan ini juga telah menganalisis dan mengaplikasi Pengisian Kurikulum dalam langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan aras pembelajaran kemahiran. Kerja Kursus Projek 58 .

Aspek lisan merupakan aspek yang diberi penekanan kepada murid tentang kemahiran interpersonal. kemahiran ini terpaksa diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak dari darjah permulaan lagi. guru perlu menyediakan satu aktiviti khusus yang dapat meningkatkan kemahiran lisan murid supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif dengan persekitaran di samping mengikis perasaan malu dan takut ketika berhadapan orang luar di alam luar persekolahan. Ini adalah satu peluang kepada guru pelatih untuk membiasakan diri dengan alam kehidupan seorang guru yang sebenar. yakni membolehkan murid memulakan. Kajian yang mendalam tentang pedagogi untuk mencapai hasil pembelajaran sukatan pelajaran harus dipertingkatkan supaya murid dapat mengadaptasi kemahiran yang sepatutunya mereka kuasai.1 RUJUKAN Sumber Buku Kamarudin Bin Hj. 9.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Kemahiran lisan sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada pelajaran bahasa. Selain itu.0 9. Oleh itu. Subang Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. (1986). Bhd. Sama ada secara langsung atau tidak. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. membina dan mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau dengan orang lain melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurusan bagi tujuan keperluan harian sama seperti dalam contoh aktiviti yang dihuraikan dalam tugasan projek. secara tidak langsung telah membimbing guru pelatih untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai aplikasi pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu. Kerja Kursus Projek 59 . guru sepatutnya menjadikan RPH sebagai dokumen rujukan dalam menghasilkan rancangan pengajaran yang menepati penyataan objektif yang dihajatkan selain dapat merancang penggunaan BBM yang berkesan dan alat penilaian yang bersesuaian untuk menguji keberolehan murid. Secara keseluruhannya dengan melakukan tugasan ini. Husin.

Mohd Taib Osman. Husin. Petaling Jaya: Longman Malaysia. (1989). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. (2005). Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Nathesan. (2003). Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn Bhd. Subang jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. (1994). (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pedagogi Bahasa. (1989). Normah Abdullah. Mat Nor Husin. (1988). Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR dan KBSM. Azman Wan Chik.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Prof. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bentong. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Berhad dan UPSI. Pengajaran Bahasa dan Kesusateraan Malaysia. Teknik Mengajar Sastera. Madya Dr. Teknik dan Contoh. (1990). Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia Sdn Bhd. Zulkifli Hamid. S. Mengajar Bahasa Malaysia. (2009). Menyediakan Objektif Pengajaran. Ishak Ramly. Kamaruddin Hj. Razmah Man. Jamilah Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bhd. Abd. Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia KBSM. Prof. Lee Shok Mee. Mok Soon Sang. Marzuki Nyak Abdullah. Shah Alam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Aziz Talib (1993:74) dam bukunya Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip. Jilid 1: Perkaedahan. Kerja Kursus Projek 60 . (1977). (1999). Pedagogi 4 (A). Asas Pedagogi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

kpm.0 REFLEKSI 10.ppk. (2005). (16 Mac 2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Institut Bahasa. daripada www.my: http://www. Kaedah dan Teknik. Daripada dadwayne.my/sphsp/muka22.html 10. penulis berasa gementar dan risau kerana tidak mendapat sebarang gambaran yang jelas mengenai tugasan tersebut.2 Sumber Internet Sharbi Ali. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Diperoleh pada 6 Mac 2010. Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Konsep Strategi. (2008).blogspot.htm Ariffin.com: http://dadwayne. Diperoleh pada 1 Mac 2010. Pendekatan. 8.1 MUHAMMAD AMINUL KHALIL BIN ZAINI SEBELUM Selepas mendapat tugasan ini.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Mok Soon Sang.kpm. Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran.ppk. (1994). Kerja Kursus Projek 61 .blogspot.com/2010/03/konsep-strategi-pendekatankaedah.

Rata-rata antara kami masih tidak begitu mahir dalam kemahiran menyediakan RPH. pelbagai cara dan kaedah telah difikirkan bagi menghasilkan BBM yang menarik dan memberi kesan kepada murid-murid. Sebelum menjalankan tugasan. dirancang secara dan berkumpulan. Jadi. perkaraperkara seperti itu bakal diselesaikan dengan bantuan pensyarah dan rakan selain maklumat atau nota yang diperoleh di pusat sumber dan internet.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) Namun. Oleh itu. beberapa fokus utama aktiviti telah dikenal pasti. aspek yang terpenting sebelum tugasan projek dilaksanakn ialah pengetahuan sedia ada mengenai tajuk tugasan. Fokus tersebut melibatkan beberapa aspek yang ditekankan dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Ada dalam kalangan kami yang sudah mendapatkan beberapa maklumat penting daripada Kerja Kursus Projek 62 . bantuan pensyarah serta rakan sangat ditagih. Selain itu. amali di dalam kelas yang telah dibentangkan banyak membantu kami. ancaman mengenai item penilaian juga diambil kira. sebelum tugasan dilaksanakan. Antara ancaman yang difikirkan sebelum memulakan tugasan ini ialah aspek bahan bantu mengajar (BBM). penulis dan beberapa orang rakan yang lain telah merancang strategi pelaksanaan tugasan ini. BMM perlu disediakan dalam bentuk yang berkesan dan bermakna. Namun. Selain itu. setelah mendapat penerangan yang jelas daripada pensyarah. penulis dapat pelaksanaan langkah-langkah pengajaran Melalui aktiviti yang juga cara kelas termasuk mengetahui dalam penggunaan sumber bahan pengajaran seperti ICT dan sebagainya. Akhir sekali. Namun. penulis berasa teruja untuk memulakan tugasan berikutnya.

Selain itu. penulis dapati kerjasama yang terjalin bersama rakan bagi menjayakan tugasan ini merupakan nadi utama terhadap kejayaan semua.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) senior dan sebagainya. Tetapi dengan dorongan Puan Zainiyah Bt Mohd Zain. Perancangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu kami melakukan persediaan sebelum tugasan projek dilaksanakan. Rakan-rakan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan idea-idea yang bernas dalam memantapkan isi-isi kerja kursus ini. SELEPAS Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana penulis berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. tetapi akhirnya dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. penulis tidak terbayang sedikit pun apa yang perlu dilakukan. Dengan adanya tugasan seperti ini. secara jujurnya penulis sangat bersyukur kerana mendapat tugasan ini. Sebenarnya. di awal mendapat tugasan ini. Biarpun pada awalnya menjangkakan bahawa tugasan ini sukar. Hal ini disebabkan penulis dapat menambah pengetahuan pedagogi bahasa kerana sebelum ini hanya memahami apa yang di ajar secara umum. Jadual kerja juga dirangka supaya dapat memudahkan perjalanan penyediaan laporan penuh tugasan. Sementara itu. Tugasan ini banyak mendisiplinkan diri khususnya ketika berada di penghujung tarikh serahan tugasan. gambaran itu menjadi jelas sedikit dan membuatkan penulis tidak sabar-sabar untuk memulakan tugasan. Penulis telah mencari bahan di pelbagai tempat dan sumber. ilmu menegenai kemahiran bahasa serta kandungan yang terdapat dalam sukatan pelajaran dapat dipraktikkan Kerja Kursus Projek 63 . Biarpun hanya sedikit sahaja isi yang ditemui. namun tetap bersyukur kerana sekurangkurangnya penulis tidak melepaskan tanggungjawab begitu sahaja.

Kekuatan yang jelas dalam tugasan ini adalah pada tajuknya. Hasil pembelajaran khusus yang dirangka oleh pihak Jabatan Bahasa memberi gambaran yang jelas tentang penyediaan RPH. penilai tugasan ini akan meneliti sejauh manakah tahap kebolehan guru pelatih menyesuaikan penyataan objektif. Selain itu. tugasan ini memberi peluang kepada guru pelatih menambahkan pengetahuan tentang panduan pengajaran yang lebih berkesan semasa di alam pekerjaan. Sebenarnya. secara tersiratnya.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) semasa menjadi guru kelak. Kerja Kursus Projek 64 . Akhir sekali. serta item penilaian untuk digunakan dalam sesi pengajaran berdasarkan dokumen RPH yang telah disediakan. tugasan ini juga memberi peluang dalam menggunakan tahap kemahiran masing-masing menghasilkan BBM yang sesuai dengan hasil pembelajaran. mungkin rancangan pengajaran harian sukar untuk dihasilkan. Tanpa pengetahuan mengenai semua ini. ucapan ribuan terima kasih dihamparkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini. Selain itu. BBM. Kelebihannya ialah guru pelatih dapat mengaplikasikan BBM tersebut pada masa akan datang.

antaranya adalah kami perlu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah dan menjalani cuti Hari Raya Aidilfitri yang mengambil masa selama tiga minggu.2 MUHAMMAD IZANI BIN HASHIM SEBELUM Tugasan projek pada semester 2 pismp mengkehendaki kami untuk menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Antaranya adalah kami diminta untuk merancang objektif pengajaran yang tepat dan ia juga mesti berkaitan dengan pemilihan teknik dan aktiviti bagi mengajar kemahiran fokus dan kemahiran sampingan yang dipilih bagi mencapai objektif pembelajaran yang dihasratkan. sama ada bagi Tahap Satu atau Tahap Dua persekolahan yang menepati prinsip pembelajaran Bahasa Melayu secara bersepadu dan penggabungjalinan kemahiran. Terdapat beberapa halangan yang perlu kami tempuhi untuk melaksanakan tugasan ini.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) 10. Hal ini merencatkan sedikit proses untuk melaksanakan tugasan ini. Namun kami mengambil kekangan yang dihadapi ini sebagai satu cabaran yang mampu 65 Kerja Kursus Projek . Sepanjang PBS dan cuti ini adalah termasuk di dalam tempoh masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja kursus projek ini. Rancangan tersebut adalah untuk tempoh pengajaran dan pembelajaran selama 60 minit. Kami juga diberi penerangan oleh Puan Zainiyah tentang elemen-elemen yang perlu dititik beratkan dalam penciptaan Rancangan Pengajaran Harian dan penulisan esei yang berkaitan. kami juga diminta untuk menjelaskan kesesuaian. ketepatan pemilihan dan keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dan menjelaskan kesesuaian alat penilaian yang sesuai bagi menilai pencapaian murid-murid berdasarkan objektif pembelajaran yang dihasratkan. Selain itu.

Ilmu-ilmu yang diperolehi ini amat berguna kepada kami dan akan dipraktikkan setelah mengajar kelak demi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani. Pelbagai ilmu telah dicurahkan oleh Puan Zainiyah yang amat berguna untuk menyiapkan tugasan serta dapat dipraktikkan dalam sesi pengajaran sebenar apabila kami menjalani praktikal dang bertugas sebagai guru sebenar kelak. Pelbagai sumber rujukan telah ditelaah untuk mencari maklumat dan akan dimasukkan ke dalam kerja kursus projek ini. Intelek dan Sahsiah dan merealisasikan matlamat pengajaran Bahasa Melayu untuk melahiran murid yang berketerampilan dalam berbahasa. Fokus Utama yang dipilih adalah dalam golongan kemahiran lisan iaitu : Kerja Kursus Projek 66 . Antara bahan rujukan yang telah dirujuk adalah buku-buku yang berkaitan dengan teknik pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. artikel-artikel dan blog-blog di dalam internet. Kami juga bertemu dengan puan Zainiyah untuk mendapat bimbingan dan cetusan idea untuk melaksanakan tugasan kerja kursus projek ini. SELEPAS Kami telah diberikan jangka masa selama enam minggu untuk melaksanakan tugasan kerja kursus projek ini. Dalam RPH kami ini. Emosi. Alhamdulillah kami dapat menyiapkan tugasan ini secara sempurna dengan menepati masa yang diperutukkan.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) mendorong kami untuk menggandakan usaha dalam proses untuk menuntut ilmu demi menggenggam segulung ijazah kelak. Rohani. Banyak ilmu yang telah diperolehi sepanjang proses untuk menyiapkan tugasan ini. Antara ilmu yang diperolehi adalah dari aspek pemilihan Fokus Utama dan Fokus Sampingan dan pemilihan objektif yang sesuai dan mempunyai pertautan dengan Fokus yang telah dipilih.

Mendeklamasikan secara berkumpulan. Dalam pada itu. Aras 3 (i) Melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa puitis berdasarkan sesuatu tema. Objektif tersebut adalah seperti berikut : Pada akhir pengajaran murid dapat : 1. 2. Kerja Kursus Projek 67 . Melalui pemilihan Fokus ini kami telah membuat objektif yang mempunyai pertautan dengan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Puan Zainiyah. kami juga berjaya membina semangat kerja berpasukan dan aspek pengurusan masa dalam membuat perancangan dan pelaksanaan sesuatu tugasan. Aras 2 (i) Memilih ayat yang memberikan kesan dalam teks prosa dan puisi dengan menyatakan alasan.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan. pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa daripada teks sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca. sajak untuk melahirkan perasaan dengan menggunakan sekurang-kurangnya lima frasa puitis dalam aksi dekon Hal ini membolehkan kami mendapat pengetahuan yang berguna untuk mencipta RPH yang baik beserta dengan Bahan Bantu Mengajar yang mampu menarik minat murid untuk belajar di dalam kelas. Memilih sekurang-kurangnya lima ayat daripada akhbar yang memberikan gambaran tentang perasaan sengsara kehidupan di Palestin serta menyatakan alasannya.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang. Bagi fokus sampingan pula adalah terdiri daripada kemahiran membaca iaitu : 7.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) 3.

Bahan Bantu Mengajar. Hal ini kerana Kerja Kursus Projek 68 .Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) 10. taklimat dan penerangan daripada Puan Zainiyah telah saya gunakan sebagai sedikit rujukan untuk menjadi panduan dalam penyediaan tugasan ini. BBM dan sebagainya. namun merancang untuk menjalankan aktiviti dengan sebaiknya sedikit sebanyak menyulitkan keadaan. sewaktu berkunjung ke Perpustakaan Negara. tugasan ini kelihatan mudah memandangkan kami telah beberapa kali mengasilkan RPH untuk diadaptasikan di dalam kelas. walaupun kami biasa melaluinya. Namun. terdapat beberapa kekangan terutamanya melibatkan bahan rujukan. kami diminta menyiapkan tugasan merancang pengajaran berdasarkan teknik yang telah dipilih.3 MUHAMMAD RIDHUAN BIN GHANI SEBELUM Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu merupakan salah satu subjek yang menyediakan pegetahuan dalam merancang dan membina aktiviti pengajaran dan pembelajaran. RPH. Kekurangan sumber seperti buku dan maklumat dari internet juga sedikit menyukarkan pergerakan tugasan kami. nasib menyebelahi kami apabila terdapat beberapa buku yang telah menjadi panduan utama kami dalam menyiapkan tugasan ini. Secara kasarnya. seperti yang telah saya nyatakan tadi. Rancangan tersebut meliputi penyediaan Rancangan Pengajaran Harian. Bagi penyediaan RPH pula. Sebelum melaksanakan sepenuhnya tugasan. Hal ini secara tidak langsung merencatkan agenda yang telah dirancang. Pada semester ini. Alhamdulillah.

pandangan mata kasar sebelum meredah sendiri untuk menyediakan tugasan yang sebenar tidak seindah khabar. Dengan masa yang telah ditetapkan. tugasan projek ini telah selamat kami serahkan pada hari ini. 1 Oktober 2010 setelah melalui beberapa pengubahsuaian melibatkan bahan pengjaran dan sebagainya. dengan sifat keguruan yang ada kami telah mampu menyerapnya untuk di cari jalan penyelesaiannya. Terima kasih. Secara keseluruhan. Namun tidak pada akhirnya. Kekuatan kerjasama kumpulan memang tidak saya Kerja Kursus Projek 69 . bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya. lahirlah idea-idea yang boleh kami manfaatkan dan aplikasikan ke dalam tugasan ini nanti. secara totalnya dapalah saya katakan bahawa terdapat kekuatan dan kelemahannya sendiri. Melalui perbincangan ini. Selain itu. waktu senggang antara subjek telah kami gunakan sebaiknya untuk berbincang mengenai kemahuan dan kehendak soalan. SELEPAS Alhamdulillah. Sepanjang pelaksanaan tugasan ini. Semuanya mudah pada awalnya. Itulah tanggapan yang dapat saya coretkan sebelum mengemudi bahagian sendiri dalam menyiapkan tugasan ini.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) penyediaannya mestilah tepat dengan kehendak objektif yang dihasratkan. Walaupun kadang-kadang terdapat percanggahan idea yang mungkin akan mengusutkan lagi keadaan. kami telah dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Justeru hasil pembelajaran yang telah kami pilih perlu disepadankan dengan aras kemampuan murid yang hendak di fokuskan. Harapan agar sentuhan dan hasil kerja yang bakal terhasil nanti akan memberi manfaat dan menjadi rujukan pada masa hadapan. Mungkin kekuatan yang ada pada kami merupakan kelemahan pada pihak lain dan begitulah sebaliknya.

saya dapat rasakan aktiviti yang kami jalankan untuk tempoh satu jam itu. akan tercapailah objektif yang kami hasratkan itu. tiada kalimah yang mampu menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran melainkan hanya kepada yang Maha Esa. Dengan kesibukan yang terpaksa di tanggung. Begitu juga dengan “hands on” yang telah kami aplikasikan sewaktu permainan bahasa dan perbincangan kumpulan. kekurangan bahan rujukan seperti semester sebelumnya masih menghantui kami. Dari segi perancangan pengajaran pembelajaran pula iaitu RPH. Antaranya perhubungan sewaktu menjalankan PBS dan bercuti hari raya. Dengan sumber yang terhad tanpa disokong oleh penulispenulis sedikit sebanya merencatkan persiapan penulisan ilmiah kami. kami terpaksa melupakan seketika masalah tugasan ini sebelum membukanya kembali setelah pulang ke institut. Setelah berhempas pulas Kerja Kursus Projek 70 . Natijahnya kami terpaksa bergerak sendiri ke Perpustakaan Negara dan sebagainya untuk memastikan penulisan ilmiah kami ini berdasarkan fakta-fakta yang sebenar. Pembahagian yang dilakukan ke atas setiap ahli kumpulan membolehkan setiap ahli menjalankan tanggungjawabnya sendiri. terdapat juga kelemahan yang kami tidak dapat elakkan. Namun. akan member manfaat besar bukan sahaja kepada guru bahkan murid seluruhnya.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) nafikan. Hal ini kerana tanpa fakta yang sebenar sedikit sebanyak akan menimbulkan keraguan kepada pihak pembaca nanti. Selain itu. sudah tentu akan member peluang dan ruang kepada murid untuk mencetuskan dan melahirkan idea-idea baharu. Hal ini jelas menunjukkan pembaziran masa yang agak panjang dan mungkin untuk semester seterusnya masa yang di khususkan untuk menjalankan tugasan tidak akan lagi merangkumi waktu cuti. Dan kami yakin. Akhirnya. Pemilihan teknik yang sesuai dengan tahap kemampuan murid menambahkan lagi keyakinan kami dalam memastikan hasrat yang terkandung dalam objektif pembelajaran akan tercapai dengan jayanya. dengan pemilihan dan penggunaan yang kami apliksikan ini.

Terima kasih. InsyaAllah.0 LAMPIRAN Kerja Kursus Projek 71 . 11.Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (SR) menyiapkan tugasan ini. Mungkin hasil kerja kami ini akan menjadi pedoman dan rujukan di masa hadapan. secara tuntasnya saya amat berpuas hati dengan hasil kerja kami walaupun mungkin terdapat sedikit sebanyak kecacatan yang tidak dapat dielakkan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->