SATU ASPEK YANG PENTING KERANA INI MENENTUKAN APAKAH SESUATU ITU BOLEH DIANGGAP SEBAGAI WACANA ATAU

HANYA MERUPAKAN KUMPULAN AYAT YANG TIDAK TERATUR.

Keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi (Asmah Haji Omar, 1986)

Keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan (Kamus Dewan, 1996)

Dapat dilihat daripada kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu : 1. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana. 2. Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana.

1. Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana. a) Hubungan Sebab Dan Akibat . Contoh : * Amir tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan. * Dia sangat mengantuk. Dia tertidur. b) Hubungan Sebab Dan Tujuan . Contoh : * Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran. * Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang. c) Hubungan Sebab Dan Hasil . Contoh : * Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah * Dia seorang yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan seorang menteri.

d) Hubungan Latar Dan Kesimpulan . Contoh : * Aminah menangis. Rupa-rupanya dia terlalu gembira kerana lulus peperiksaan dengan cemerlang. * Lukisan ini nampak cantik dan menarik sekali. e) Hubungan Syarat Dan Hasil . Contoh : * Para pelajar mesti belajar bersungguh-sungguh. Kesungguhan akan menghasilkan kejayaan. * Kita mesti bekerja bersungguh-sungguh. Kesungguhan menghasilkan kejayaan. f) Hubungan Perbandingan . Contoh : * Rumah Mohammad besar. Rumah Faiz lebih besar. * Dia kaya. Kakaknya lebih kaya lagi.

g) Hubungan Penjelasan . Contoh : * Banjir yang berlaku baru-baru ini sungguh dahsyat. Bencana itu bukan sahaja telah mengorbankan nyawa tetapi banyak harta benda musnah. h) Hubungan Memperkuatkan Isi . Contoh : * Sungguh kejam pembunuh itu. Biadab dan tidak kenal perikemanusiaan. i) Hubungan Aditif . Contoh : * Pekerjaan saya sudah selesai. Saya mengantuk, jadi bolehlah saya tidur sekarang.

2. Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana. a) Kesatuan Tajuk Atau Topik . Contoh : * Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguhsungguh di luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.) b) Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar . Contoh : A. Sudah siap? B. Belum. Bekalan tidak mencukupi. (Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.) c) Laras Bahasa Yang Digunakan. Contoh : Laras bahasa dalam iklan ± walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputusputus tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara penyampaiannya.

Hubungan wacana dari aspek fonologi berdasarkan hentian , intonasi atau nada suara . Unsur-unsur tersebut dapat membezakan sesuatu wacana. Contohnya hubungan antara ayat penyata, ³ Dia sudah pergi ? ´ Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui nada suara semasa penutur menuturkannya.

Unsur-unsur paralinguistik juga membantu pemahaman tentang sesuatu wacana. Dalam wacana tulisan, unsur-unsur paralinguistik ini ialah alatalat yang digunakan untuk memperjelaskan persembahan wacana. Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal, titik bertindih dan sebagainya. Dalam wacana lisan pula, ekspresi wajah , iaitu keadaan air muka serta gerakan tangan dan badan merupakan alat-alat untuk membantu memahami ujaran.

Penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah : * Penanda Rujukan * Penanda Penggantian * Penanda Penghubung * Elipsis

a) PENANDA RUJUKAN 1. Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk untuk menghasilkan perkaitan. 2. Contoh penggunaan kata ganti nama diri orang : Radiah merupakan pelajar yang amat rajin. Dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. (Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai penanda rujukan ialah dia .) 3. Contoh penggunaan kata ganti nama tunjuk : Mangsa-mangsa banjir di Kampung Seri Murni itu telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Murni. Mereka tinggal di sana sejak seminggu yang lalu. (Penanda rujukan yang digunakan ialah di sana .)

b) PENANDA PENGGANTIAN 1. Penanda penggantian bermaksud menggantikan sesuatu unsur bahasa dengan unsur yang lain . 2. Contoh penggunaan penanda penggantian ialah : Pelajar-pelajar itu sering ponteng sekolah . Perbuatan tersebut hanya merugikan mereka. c) PENANDA PENGHUBUNG 1. Penanda penghubung digunakan bertujuan menghubungkan kata dengan kata , frasa dengan frasa , dan ayat dengan ayat . 2. Contoh penggunaan penanda penghubung : Rencana ini bertujuan melihat perkaitan antara kepakaran individu dengan pembahagian tugas di tempat kerja. Selain itu , rencana ini juga akan menghuraikan amalan pengurusan dan pentadbiran di pejabat.

d) ELIPSIS 1. Elipsis ialah pengguguran kata , frasa , dan klausa yang telah disebut dalam ayat sebelumnya. Pengguguran dilakukan kerana pendengar atau pembaca sudah memahami maklumat tersebut. 2. Contoh elipsis : Ani : Awak kerja di mana ? (Awak bekerja di mana ?) Abu : Taman Universiti. (Saya bekerja di Taman Universiti.) Ani : Dah lama ? (Sudah berapa lama ?) Abu : Tiga tahun. (Saya sudah bekerja di sana selama tiga tahun.)

1. Hubungan ini dilihat berdasarkan wujudnya pertalian antara perkataan atau kosa kata dalam sesuatu wacana. 2. Hubungan ini dapat diperincikan sebagai hubungan berdasarkan aspek : (a) Sinonim Perkataan yang mempunyai maksud yang sama . Contoh : Pelakon jelita itu semakin popular. Hal ini tidak menghairankan kerana wajahnya dapat menambat hati ramai jejaka. (b) Antonim Perkataan yang berlawanan maksud . Contoh : Wajah yang cantik dan hodoh bukan ukurannya tetapi yang paling penting ialah hati budinya.

(c) Hiponim Makna sesuatu perkataan merupakan sebahagian daripada makna perkataan lain . Contoh : Dia menjaga motorsikalnya dengan baik kerana itulah sahaja kenderaan yang dimilkinya. (d) Pengulangan kata yang sama Contoh : Aminah memang mudah menangis . Disebabkan perkara kecil pun dia menangis . Semasa gembira pun dia menangis .

(e) Kolokasi Dua perkataan atau lebih yang masing-masing merupakan perkataan tersendiri , tetapi kebiasaannya dikaitkan antara satu sama lain . Contoh : Pembalakan haram itu menggugat habitat flora dan fauna. Banyak haiwan liar seperti harimau , gajah , badak sumbu , dan lain-lain kehilangan tempat tinggal. (f) Unsur bersambut Contoh : Pihak kerajaan mengemukakan hujah manakala pihak pembangkang membidas hujah tersebut.

BIBLIOGRAFI
1. Nornajmah Najmudin, Rosdah Omar dan Sharifah Nor Syed Abd. Rahman, Teks dan Rujukan Lengkap (Bahasa Melayu, Kertas 1 dan 2), Arah Pendidikan Sdn. Bhd., 2007 2. Raminah Hj. Awang, Rahim Syam, Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan, Fajar Bakti SDN. BHD., 1997

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful