You are on page 1of 9



KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT


• Keseluruhan tutur yang merupakan satu
kesatuan, ucapan, pertuturan,
percakapan.
• Perbincangan atau pertukaran idea
secara lisan.
• Kesatuan fikitan yang utuh, sama ada
dalam bentuk lisan ataupun tulisan.
ASMAH HAJI OMAR, 1986
• Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa
oleh penutur atau penulis, iaitu sistem bahasa
dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa
yang menyumbang ke arah menjadikan
pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai
sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi.
KAMUS DEWAN, 1996:1540
• Wacana ini direalisasikan dalam bentuk
karangan yang utuh (novel, buku, siri
ensiklopedia dan sebagainya), paragraf,
kalimat atau kata yang membawa amanat
yang lengkap (Harimurti Kridalaksana,1982)
TEKS PRA-U STPM
• Wacana didefinisikan sebagai unit bahasa
yang mempunyai kesantunan fikiran yang
utuh dan melebihi batas ayat. Dalam hierarki
bahasa, wacana terletak pada tingkat yang
tertinggi, iaitu hadir selepas tingkat ayat.
KAJIAN BAHASA
• Wacana adalah unit bahasa yang melebihi
batas ayat, iaitu boleh terdiri daripada ayat,
sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita,
dialog, dan sebagainya yang dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berturutan.
Dengan perkataan lain, wacana adalah satu
satuan bahasa yang lengkap.
TEKS DAN RUJUKAN LENGKAP
BAHASA MELAYU KERTAS 1&2
• Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas
ayat. Wacana merupakan satu satuan bahasa
yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin
terdiri daripada dua atau beberapa gabungan
ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku
atau satu siri buku.
KESIMPULANNYA…
• Wacana ialah unit bahasa yang melebihi had
ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat,
ceraian, bab buku, cerita, dialog, siri buku dan
sebagainya yang menunjukkan hubungan-
hubungan dan perkembangan fikiran yang
berturutan.
RUJUKAN
• Goay Teck Chong, ChooSay Tee, Zainuddin Ahmad (2007),
Teks Pra-U STPM, Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
• Raminah Hj. Sabran, Rahim Syam (1985), Kajian Bahasa untuk
Pelatih Maktab Perguruan, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
• …(2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
• Sharifah Nor Syed Abd Rahman, Nornajmah Najmuddin,
Rosdah Omar (2007), Bahasa Melayu Kertas 1&2 teks dan
rujukan lengkap, Arah pendidikan Sdn. Bhd.

You might also like