You are on page 1of 5

BAHAGIAN 5: AKTIVITI PEMULIHAN MENGGUNAKAN KAEDAH BONEKA

5.1 PENGENALAN

Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada
secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini
dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi
dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang dialog.

Boneka ini sesuai digunakan sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Dengan ini, murid-murid akan lebih
menghayati dan memahami sesebuah penyampaian itu dengan khusyuk di samping melihatkan diri
secara tidak langsung melalui penggunaan boneka.

Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untuk berkomunikasi dengan lebih
berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi.Selain
daripada itu, penggunaan boneka juga juga mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara
kumpulan.

5.2 JENIS-JENIS BONEKA

5.2.1 Boneka Sarung Tangan

Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis
ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk
menghidupkan anggota boneka.

.2.2Boneka lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi
panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu
yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi
utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota

badan boneka tersebut.

5.2.3 Boneka wayang kulit


Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Boneka ini juga

boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal. Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua

dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan

boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang

boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.

Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej

boneka akan terpapar di atas skrin.

5.2.4 Boneka bertali

Boneka bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti

papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada

bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu

ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

5.2.5 Boneka tongkat

Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di
bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk tiga
dimensi.
5.2 AKTIVITI BONEKA

Guru boleh mengapikasikan teknik bercerita dengan menggunakan boneka bagi pengajaran bertema yang

dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa.

Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita.

Guru mempunyai dua pilihan untuk menggunakan aktiviti ini. Pertama, guru perlu memilih untuk

bercerita terlebih dahulu dengan mencipta skrip, kemudian guru perlu membina boneka berdasarkan watak-

watak dalam cerita tersebut. Kedua, guru menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak

dalam cerita. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada guru di

samping menggalakkan daya kreativiti pendengaran murid-murid.

Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, guru perlu menulis dalam bentuk skrip

berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak perlu

menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita

hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai sewaktu guru menyampaikan cerita.

Guru perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang

dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suara perlu difikirkan kesesuiannya dengan boneka yang

akan digunakan. Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita. Walau

bagaimanapun guru boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di

mana-mana sudut.
5.3 KAEDAH MENCIPTA BONEKA

Boneka-boneka ini boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, di antaranya sarung tangan, sarung

kaki, kertas, dan sebagainya.

5.4.1 Contoh cara membuat boneka sarung tangan

Boneka jenis ini adalah antara boneka yang mudah dibuat, ia mempunyai bahagian kepala, pakaian,

sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Lakonan boneka sarung tangan

memerlukan satu pentas khas dimana pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala

boneka tangan hanya dapat ditonton dengan bahagian badan dan kepala sahaja.

5.6 RUMUSAN

Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat merangsang minda murid untuk memahami sesuatu

pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah

karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan.Dengan menggunakan boneka untuk

aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya kreativiti,perkembangan

komunikasi dan bahasa,sosio emosi, menambah ilmu pengetahuan dan juga pengalaman.

Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah sebagai

kaedah mempengaruhi kanak-kanak, menghubungkaitkan dengan keseronokan,meningkatkan perhatian

kanak-kanak dan meredakan tekanan, meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak disamping

memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik. Membentuk dan membuat boneka

merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya.
Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar

relevan dengan apa yang dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi

ciri-ciri reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan.

Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang

bersesuaian dengan jalan cerita.

You might also like