You are on page 1of 2

STRATEGI KRITIKAN SENI VISUAL (EDMUND FELDMAN)

Aspek kritikan seni amat penting di dalam penghasilan karya seni.


Jangan salah faham, kritikan seni tidak bermaksud mengkritik /mencari
kesalahan/kelemahan karya seni. Kritikan Seni Visual bertujuan mengupas isi
kandungan sesuatu karya atau perekaan seni dari segi fizikalnya mahupun dari
segi makna /fungsi.

Untuk Gambar 1 di bawah, cikgu cuba jelaskan secara ringkas bagaimana


menggunakan empat tahap kritikan seni mengikut Edmund Felman. Sementara
untuk Gambar 2 pula, cikgu telah menjadikan jawapannya kepada bentuk esei.

TAHAP HURAIAN
1. DESKRIPSI Manggis , limau, kain, meja,bakul
2. ANALISIS a. Garisan
b.Bentuk
c. Jalinan
GAMBAR
d. Prinsip 1
harmoni
e. Prinsip Penegasan
f. Teknik catan media akrilik.
3. INTERPRETASI a. Catan Realistik .Sifat hal benda
dijelaskan .Cth. buah manggis berkilat, kain
yang lembut dan meja yang licin.
b. Penekanan kepada unsur Bentuk pada hal
benda buah, bakul, meja dan kain.
c. Prinsip harmoni dijelaskan melalui bentuk
dan saiz buah-buahan .
d. Jalinan pada buah limau dan bakul
dijelaskan dengan berkesan.
e. Penegasan pada buah manggis di dalam
bakul yang menjadi titik tumpuan.
4. PERTIMBANGAN Pelukis berjaya menyampaikan hasil karya
dengan berkesan . Catan begitu realistik dan
menarik.
GAMBAR 2

Karya Abdullah Ariff bertajuk ‘Coconut Plantation - Dawn’ menggunakan


media cat air yang menggambarkan aktiviti di sebuah dusun kelapa.. Dalam
catan ini, kelihatan pokok-pokok kelapa , binatang peliharaan seperti kambing,
beruk, figura manusia, dan beberapa buah rumah Melayu.
Secara analisisnya, unsur seni yang ketara dapat dilihat dalam catan ini
ialah
garisan dan jalinan melalui lukisan pokok kelapa serta rumpun semak-
samun.Selain daripada itu, bentuk ditonjolkan pada pokok kelapa , figura dan
rumah.Catan ini juga menekankan unsur ruang dan warna.
Ruang dalam catan dibahagi kepada 3 bahagian iaitu ruang depan, ruang
tengah dan ruang belakang. Ruang Dalam juga diperjelaskan melalui aplikasi
perspektif warna di mana warna objek-objek di bahagian depan lebih jelas dan
terang; tetapi beransur kabur di bahagian belakang catan.
Aplikasi ruang dalam dan perspektif warna menimbulkan suasana
ketenangan dan hening dalam catan. Penggunaan unsur seni yang berulang-
ulang dalam catan seperti bentuk , warna dan jalinan pokok kelapa
menimbulkan kesan harmoni dan kesatuan dalam catan.
Secara keseluruhannya, pelukis berjaya menyampaikan suasana tenang
dan mendamaikan di kampung.

You might also like