P. 1
Kerja Kursus Sejarah Ting.3 (Gasing)

Kerja Kursus Sejarah Ting.3 (Gasing)

4.4

|Views: 823|Likes:
Published by Syimir
Saje nk upload...!!!
Saje nk upload...!!!

More info:

Published by: Syimir on Jul 21, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Tajuk Tajuk kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif kajian Kaedah kajian Hasil kajian Rumusan Lampiran Rujukan

M/S

Bersyukur terhadap Illahi kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan. Disini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada guru bimbingan kami iaitu Puan Hamidah bt Setapar selaku guru mata pelajaran sejarah saya yang telah banyak membantu dan membimbing saya dalam

memahami dengan lebih mendalam tentang kerja kursus yang diberikan ini Penerangan yang diberikan kepada saya banyak membantu dan memberi idea dalam menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan terutama daripada segi sokongan dan kewangan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi idea serta inspirasi dalam mengumpulkan maklumat. Akhir sekali ucapan terima kasih saya kepada pihak-pihak luar yang telah memberikan kerjasama yang baik untuk memberikan maklumat yang tepat kepada saya. Tanpa kerjasama daripada semua pihak mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan oleh saya.

Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut iaitu :

1. Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-

sumber sejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat.
2. Kajian ini juga dapat menyedarkan masyarakat tempatan di Malaysia

betapa pentingnya permainan tradisional di kalangan masyarakat di negara kita kerana ia melambangkan setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri.
3. Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukutan pelajaran

Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR).
4. Kajian ini juga dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan

tradisional di kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.Selain itu,saya juga dapat memahami dan mendalami asal-usul dan cara-cara bermain permainan tradisional ini.

1) Penyelidikan perpustakaan

Selain itu, saya turut mendapatkan maklumat tentang permainan gasing ini melalui bukubuku ilmiah yang terdapat perpustakaan di sekolah saya dan majalah – majalah serta menonton rancangan televisyen yang berkaitan dengan permainan tradisional ini. 2) Penyelidikan dari internet Saya juga telah melayari internet di ‘Cyber Café’ yang terletak berhampiran dengan rumah saya bagi memperoleh lebih banyak maklumat tentang tajuk kajian saya iaitu Permainan Tradisional Gasing. 3) Menganalisis Dokumen. Saya telah mengumpul maklumat tentang permainan gasing berdasarkan 4 jenis sumber rujukan iaitu buku ilmiah, internet, surat khabar dan ensikplodia. Selepas mengumpul dan menyusun maklumat tersebut saya menganalisis semua dokumen tentang permainan gasing mengikut sub-tajuk yang ditanya dalam soalan.

Negara kita iaitu Malaysia, mempunyai pelbagai permainan tradisional. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu tahu permainan-permainan tradisional di negara yang kita cintai ini. Selain kita tahu sesuatu permainan itu, kita perlu tahu menguasai cara bermainya. Disini, yang saya boleh memberi sedikit contoh permainan tradisional yang terdapat di Malaysia adalah permainan ‘Gasing’.

Nama permainan :
Daripada cerita yang diperoleh oleh peminat-peminat gasing tanah air, ada cerita yang mengatakan bahawa gasing dinamakan sebagai Turbo dan dinamakan sebagai tops di England.

Latar belakang :
 Asal usul :

Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin kedua-duanya dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri, mereka telah mengisi masa lapang dengan berbagai-bagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan adalah bermain gasing.

Permainan gasing diterima dan diubahsuai dari semasa ke semasa dan kekal sehingga hari ini. Gasing sesuai dimainkan oleh kaum lelaki. Bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa, malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Gasing memangkah dikenali oleh segenap lapisan masyarakat Melayu diseluruh negara. Hanya asal-usul permainan ini belum dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini. Terdapat berbagai-bagai cerita yang berbeza tentang asal usul permainan ni mengikut daerah dan kampung. Ini menjadikan faktor mengapa permainan gasing antara negeri berbeza antara satu dengan yang lain. Gasing berasal dari Mekah yang dimainkan sejak tahun 450 masihi. Permainan ini dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab.. permainan gasing telah pun bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Dari Melaka, gasing diperkenalkan ke negeri-negeri Melayu dan menjadi permainan popular. Kini gasing kekal sebagai warisan budaya Masyarakat Melayu. ‘Gasing’ mendapat nama daripada singkatan perkataan “kayu” iaitu ‘ka’ dan sing daripada perkataan ‘pusing’. Peredaran masa telah menyebabkan perkataan ‘kasing’ membentuk perkataan ‘gasing’. Terdapat cerita mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah berembang yang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, licin dan agak leper. Ia pula mudah dipusingkan dengan tangan.Buah yang ligat dan lama pusingannya di kira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan untuk menguatkan tangan ialah memusingkan buah berembang. Lama kelamaan, timbul ilham meniru bentuk buah ini dan diperbuat daripada kayu.. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat berpusing, ia disebut ‘gah’ yang bermakna tegak dan kuat. Daripada istilah ini lah dikatakan bermulanya permainan gasing. Menurut seorang tua dari Kulim, Kedah, permaianan gasing berasal daripada permainan ‘laga telur’ yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya lagi, kanak-kanak begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuk telur dan dipasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya. Seorang pemain gasing veteran yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang berbentuk bulat dan leper. Apabila dilemparkan alat ini, ia akan berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai sasaran. Permainan itu akhirnya diminati oleh masyarakat. Alat tersebut kemudian telah direka bentuk sedemikian rupa sehinggalah seperti bentuk gasing yang terdapat pada hari ini. Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali pencinta seni warisan yang berusaha memperkenalkannya dalam kalangan masyarakat.

Pada dasarnya, pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati diseluruh Malaysia. Kalau dahulu, gasing hanya dimainkan dipertunjukan kebudayaan peringkat antarabangsa dan di sekolah-sekolah melalui program pengenalan. Permainan gasing di Malaysia pada dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan. Permainan gasing tradisional terdapat berbagai-bagai jenis dan bentuk serta hanya peraturan dan cara mengendalikan juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua dalam setiap permainan. Berdasarkan perbezaan ini, usaha menyeluruh dan serius telah dilakukan untuk menyatukan permainan ini. Daripada persamaan permainan seperti memusing, memangkah, dan membela uri, peraturan yang hampir memenuhi keperluan permainan gasing telah dibuat. Kini, permainan gasing telah memasuki era baru iaitu berbentuk sukan dan kesenian . kesenian mengekalkan ciri-ciri permainan tradisional dan sukan sebagai pilihan kepada peminat sukan. Kaedah permainan gasing adalah sama iaitu memusing,memangkah dan membela uri. Hanya yang membezakannya ialah kaedah membela uri, melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain. Daripada perbezaan ini, muncul pula bentuk permainan yang berlainan dan dimainkan pula dengan cara yang berbeza sedikit. Di nusantara sendiri, gasing bolehlah dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan, peperangan, dan perdagangan terbuka sejarah lampau. Andaian ini berdasarkan bentukbentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajah oleh kerajaan lain. Gasing timah dan gasing leper kelantan tidak terdapat di negeri lain selain negeri Kelantan. Kesan pengaruh kerajaan ini masih terdapat dalam cara hidup rakyat negeri tersebut. Terdapat beberapa persamaan yang jelas diperlihatkan dalam permainan gasing terutamanya dari segi reka bentuk, saiz dan cara bermain. Pengaruh ini jelas menunjukkan bahawa ada pertalian yang penting antara aliran pengaruh dan gaya permainan masyarakat tempatan dengan tempat lain. Persamaan khusus ini menjadi faktor yang membezakan bentuk dan gaya permainan antara negeri-negeri di Malaysia. Selain Malaysia, permainan gasing ini turut terdapat di negara- negara lain di Asia seperti di Jepun, Taiwan, China, dan Vietnam. Benua-benua di Afrika dan Eropah juga tidak ketinggalan untuk menyertai permainan tradisional ini. Di negara-negara seperti Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali dan Belgium juga permainan yang menyerupai permainan gasing. Hanya yang membezakannya ialah permainan ini dimainkan di pesta-pesta tertentu dan oleh pemain yang tertentu sahaja. Tidak seperti di negara kita, ia terbuka kepada semua peminat untuk bermain gasing. Permainan gasing juga wujud di negara-negara lain juga masih belum membangunkan permainan ini secara menyeluruh. Tentang bagaimana gasing boleh berkembang sehingga ke merata dunia agak sukar untuk diterangkan kerana belum ada lagi kajian yang khusus dilakukan tentang perkembangan permainan ini. Berdasarkan beberapa persamaan dan ciri-ciri yang nyata, dipercayai bahawa permainan gasing ini adalah sejenis permainan tua yang dimiliki oleh

hampir semua tamadun. Di Malaysia, gasing dimainkan dengan meluas dan banyak pertandingan diadakan diperingkat kampung, mukim, daerah, dan negeri. Cara permainannya berlainan antara daerah,mukim, dan negeri. Pada masa itu, gasing hanya dimainkan halaman rumah dan digelanggang sendiri. Gelanggang yang mereka gunakan tidam mempunyai ukuran yang seragam. Para pemain pula menyediakan peralatan sendiri seperti mencari kulit terap sebagai tali, memintal dan mencari kayu di sekeliling kampung. Pemain menggunakan kayu jenis yang terbaik untuk membuat gasing. Bukan sekadar kayu serpih atau tunggul balak sahaja. Bentuk permainan gasing ketika itu banyak dinamakan dan dipengaruhi oleh ketua kampung di sesebuah kampung. Para pemain akan mengikut bentuk dan peraturan yang akan ditetapkan oleh ketua-ketua mereka. Jadi apabila menghadapi sesuatu pertandingan yang besar atau agak rasmi, banyaklah gasing yang diperlukan dan terpaksa diubahsuai untuk memenuhi kehendak pertandingan.

 Negeri yang mempopularkan permainan ini :

Negeri yang paling popular dengan permainan gasing ini adalah negeri Kelantan. Terdapat Gelanggang Seni di Kota Baharu, Kelantan. Di situ terdapat pertunjukan wau, gasing dan lain-lain lagi. Pertunjukan tersebut diadakan secara percuma kepada para pengunjung dan hanya di buka pada hari isnin, rabu dan sabtu. Gelanggang Seni ini telah menjadi pusat perkembangan Negeri Kelantan. Ia juga telah ditubuhkan sejak tahun 1978. Gasing timah dan gasing leper kelantan hanya terdapat di negeri Kelantan sahaja. Terdapat pelbagai jenis gasing di setiap negeri. Antaranya ialah gasing talar, gasing piring dan gasing berembang popular di negeri Johor. Manakala gasing bakal, gasing lang laut, gasing penyek dan gasing tempayam terdapat di negeri Selangor. Di Kedah pula, permainan gasing amat popular dalam kalangan masyarakat. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, terdapat bentuk-bentuk yang berbezadan dinamakan dengan gasing lundu,

gasing pontianak, gasing borneo, gasing kundasan, gasing limbang kadazan, gasing bajau dan gasing Brunei. Gasing begelan berbentuk agak leper dan diperbuat daripada kayu jenis ringan. Ia popular dimainkan di Sabah, Johor dan Brunei. Gasing toyol pula dimainkan di Melaka, Selangor, dan negeri Sembilan. Gasing pangkah pula merupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak di Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Gasing pangkah mempunyai kesenian tersendiri di mana menggandingkan kepakaran pembuat dan pemain. Permainan gasing pangkah telah bertapak di negeri Melaka sejak abad ke-15 lagi. Sememangnya ia mempunyai ciri-ciri keistimewaan di mana kepakaran pembuat gasing menjadi tunjang kepada penghasilan sesebuah gasing itu. Pelbagai jenis gasing pangkah yang terdapat di negeri Melaka antaranya ‘gasing bulat’ atau ‘gasing tunjang’, ‘gasing botol’ atau ‘gasing jantung’ manakala ‘gasing leper’ pula dikenali sebagai ‘gasing pereng’ atau ‘gasing merempang’.

Kelantan, salah satu negeri yang mempopularkan permainan gasing.

 Kaum / etnik yang terlibat :
Permainan gasing ialah permainan rakyat yang popular dalam kalangan orang Melayu. Permainan gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Orang dewasa telah memajukan seni permainan ini. Bagi kanak-kanak, mereka lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina kerana saiznya yang kecil dan mudah dipermainkan. Permainan tradisional seperti gasing kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda disebabkan pengaruh arus pembanggunan yang menghasilkan lebih banyak permainan yang baru. Bagaimanapun, perubahan masa turut mempengaruhi permainan gasing pangkah yang mana beberapa peraturan telah diperkenalkan bagi menarik minat golongan muda untuk menyertainya di samping menjadikan permainan itu lebih mencabar.

Selain Malaysia, permainan gasing ini turut terdapat di negara-negara lain di asia seperti di Jepun, Taiwan, China dan Vietnam. Benua-benua di afrika dan eropah juga tidak ketinggalan. Di negara-negara seperti Perancis, Sepanyol, Itali dan Belgium juga terdapat permainan yang menyerupai permainan gasing.

Jenis – jenis Gasing :
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Jenis-jenis gasing :      Gasing toyol Gasing bergelen Gasing berembang Gasing buku benang Gasing jantung

               

Gasing kelamar Gasing kepala duri Gasing kuno Gasing lang laut Gasing leper Gasing leper Kelantan Gasing pacitan Gasing pangkah Gasing piring Gasing pinang Gasing tanjung Gasing tanjung Gasing telor Gasing Cina Gasing Melayu Gasing uri

Tujuan dimainkan
Permainan Tradisonal Gasing di kalangan masyarakat lama bertindak sebagai memenuhi masa lapang dan memenuhi keperluan riadah.Permainan gasing boleh dimainkan daripada pelbagai peringkat umur.Kebiasaannya orang dewasa yang bermain gasing akan memajukan seni permainan ini. Permainan Tradisional Gasing juga merupakan medium terbaik untuk memperluaskan kenalan dan rakan taulan.Permainan gasing juga dapat menarik perhatian perhatian orang ramai untuk menonton serta melihat sendiri cara bermain permainan

tradisional ini.Permainan ini terus mendapat sambutan daripada semua lapisan masyarakat serta pelancong yang datang ke Malaysia..Permainan ini dapat membantu masyarakat mengenali antara satu sama lain serta mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan semasa permainan berlansung. Permainan Tradisional Gasing juga dapat memupuk semangat kerjasama antara rakan-rakan dengan diri sendiri.Selain itu, permainan ini juga dapat melatih diri supaya mematuhi disiplin serta bertindak melakukan sesuatu dengan bijaksana dan betul.

Alat – alat yang digunakan

Pembuat gasing Melayu tradisional telah mengalami dan menjalankan berbagaibagai cubaan ketika membuat gasing sehinggalah terciptanya berbagai-bagai peralatan yang membantu kerja ini. Pada mulanya tukang gasing membuat gasing hanya dengan menggunakan kayu bulat sahaja. Mereka menarah kayu itu sehingga terbentuk gasing. Gasing yang dibuat begini tidak tahan lama kerana mudah pecah dan sukar dibaik pulih. Mereka mencuba pula bongkah kayu yang lebih besar, tua, keras dan liat. Kayu ini pula memerlukan kerja-kerja penyediaan dengan membentuknya terlebih dahulu menjadi

bongkah kubus sebelum dilakukan kerja membentuk gasing. Bongkah kubus ini akan dibentuk menjadi bulat dan leper serta meruncing di bahagian atasnya dan bawahnya tetapi bentuk dua kun ditemukan tapaknya. Kaedah inilah dinamakan membakal. Didapati kaedah ini dapat menghasilkan gasing yang lebih tahan,kuat dan ligat. Tukang gasing Melayu tradisional tidak menggunakan alat tang terlalu rencam, mahal atau besar tetapi peralatan biasa yang mudah ditemui di kebanyakan kedai dan di miliki oleh tukang kayu lain. Peralatan ini seperti pembaris, kertas kaca, sesiku, penggarit, tolok luar, jangka lukis, ragum, kikir, berus kikir, gandin, kakak tua, apit, pemutar skru, tukulk, gerudi, playar, gunting, pahat, andas, kapak, mesin pelarik, acuan, gergaji dan lain-lian. Semua alat ini adalah penting bagi menyediakan gasing daripada perinkat awal hinggalah kepada mengimbang gasing. Pembuatan gasing dari awal hingga akhir sentiasa menekankan keseimbangan dan keseragaman. Untuk menghasilkan ciri-ciri penting ini, mesin pelari Melayu tradisional yang telah direka bagi memudahkan kerja melarik, daripada yang paling ringkas hinggalah kepada yang dikendalikan oleh elektrik atau disel.

Cara dimainkan

Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam

permainan gasing langkah - langkah yang paling ada bagi setiap gasing ialah:-

pemain untuk bermain

1. Melilit Tali 2. Melilit Gasing 3. Memusing Gasing 4. Memangkah Gasing 5. Mengangkat Gasing

1) Melilit Tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada

tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan llilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain gasing uri Kelantan mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya. 1. Rajah menunjukkan cara memasukkan cecincin pangkal tali gasing ke jari kelingking

2. Rajah menunjukkan cara tali dililit pada pangkal tali gasing di pergelangan tangan

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengankat atau menegak uri.

2) Melilit Gasing
Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradidional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu gasing.

Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

3) Memusing Gasing

Terdapat berbagai - bagai gaya dalam memusing gasing, memusing mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap.Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.

Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat Gambarajah di bawah ditunjukkan cara melakukan teknik pusingan sorong tarik. Bagi pusingan sentap, gaya pusingan ini menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat.

4) Memangkah Gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

(a) Pangkah Tolok Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

(b) Pangkah hentak Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan. Kaedah melakukan pangkah hentak. Kedudukan gasing yang tinggi memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan.

(c)Pangkah Layang Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing. (d) Pangkah Tebang Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

5) Mengangkat Gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau

kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.

Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam yang terdapat di negara yang tercinta ini. Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional.

Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya lebih menghormati dan menghayati permainan tradisional. Saya akan cuba untuk mengamalkan tradisi permainan dan budaya bangsa yang menyeronokkan dan unik. Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami permainan sesuatu kaum dengan mendalam, maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormatmenghormati antara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat antara kaum. Semangat muhibah yang wujud ini mungkin membolehkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia yang bersatu-padu ini juga dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk membangunkan negara yang tercinta sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysia.

Peta negeri kelantan yang mempopularkan permainan gasing

Gasing Leper Kelantan Ciri-ciri : Bentuk : Rendah dan juga Leper

Berat

: 8 kg

Lilitan : 48 cm Tinggi : 6 cm

Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal.

Gasing Uri
Ciri-ciri : Bentuk : Rendah dan agak leper

Berat

: 6 kg

Lilitan : 60 cm Tinggi : 8 cm

Gasing ini amat terkenal di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja dililiti dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan menggunakan timah, besi atau plumbum. Jika simpai ini diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya besi ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetap

Gasing Kuno
Ciri-ciri : Bentuk : Sederhana dan berembang

Berat

: 0.6 kg

Lilitan : 30 cm Tinggi : 8 cm

Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terenggganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia hanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan keranji.

Gasing Baba
Ciri-ciri : Bentuk : Tinggi dan seperti telur

Berat

: 0.6 kg

Lilitan : 38 cm Tinggi : 20 cm

Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa digunakan oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur

Gasing Jantung
Ciri-ciri : Bentuk : Jantung Berat : 0.25 kg

Lilitan : 20 cm Tinggi : 12 cm

Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan negeri asal gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan sepetir

Gasing Tanjung
Ciri-ciri : Bentuk : Tinggi dan berembang

Berat

: 0.6 kg

Lilitan : 30 cm Tinggi : 10 cm

Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.

PETA INI MENUNJUKKAN PETA NEGERI KELANTAN

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->