MATEMATIK KBSM: HARAPAN DAN REALITI

Oleh : Tengku Zawawi Tengku Zainal Jabatan Sains & Matematik, MPKTBR

Pengenalan
Antara objektif Matematik KBSM ialah untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami konsep, di samping menguasai kemahiran-kemahiran asas yang berkaitan dengan mata pelajaran tersebut. Untuk mencapai objektif, para pendidik matematik disarankan agar merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif. Pembelajaran dilakukan menerusi pengalaman yang meliputi aktiviti penemuan, dan memberi peluang kepada pelajar untuk sampai kepada sesuatu kesimpulan atau penyelesaian masalah dengan sendirinya (KPM, 1990). Dengan demikian, pelajar dapat mempelajari matematik dengan lebih mudah, seronok dan mengembirakan.

Pelaksanaan Program Matematik KBSM
Setelah KBSM berusia hampir lapan tahun, didapati pandangan dan prestasi murid terhadap matematik masih pada tahap yang membimbangkan (JNS, 1996). Manakala gaya dan amalan pengajaran guru masih dengan cara tradisional; iaitu berpusatkan guru (JNS, 1996; Abdul Razak & rakan-rakan, 1996; Saw Kian Swa, 1996; Agness Voo, 1996; Fatimah , 1996 dan Amir , 1996 ). Sebagaimana yang diketahui, minat dan prestasi murid dalam matematik berkait rapat dengan pengetahuan, kefahaman dan kepercayaan seseorang pendidik terhadap matematik serta gaya dan amalan pengajarannya dalam bilik darjah ( Thornton, 1977; Ensey & Cooney, 1997; Cooney, 1982; Scott, 1977; Smith, 1977; Eisenberg, 1977 ). Terdapat juga, sebahagian daripada pendidik pada hari ini, yang telah mengalami hakisan 'professional qualities' dalam karier masing-masing. Hakisan 'professional qualities' yang dimaksudkan di sini merangkumi banyak perkara, dan salah satu daripadanya ialah amalan pengajaran pembelajaran matematik yang tidak bermakna; iaitu pengajaran dan pembelajaran yang tidak menekankan proses pembinaan skim pengetahuan yang bermakna, penyelesaian masalah serta penghayatan matematik dalam kehidupan seharian (Nik Azis, 1982; Cockcroft, 1982). Aktiviti pengajaran lebih tertumpu kepada asuhan penguasaan kemahiran melalui beberapa siri latih tubi, tanpa melibatkan kefahaman konsep yang jelas dan bermakna. Pembelajaran yang seperti ini biasanya bermula dan berakhir dengan himpunan pelbagai simbol dan istilah matematik yang abstrak di samping beberapa petua dan peraturan yang perlu dihafal ( Skemp, 1989; McKnight, et al, 1987; Davis, 1986; Tengku Zawawi, 1997; Amin, 1993 ). Pembelajaran secara hafalan merupakan pendekatan utama dan dianggap sebagai strategi terpenting dalam menghadapi peperiksaan. Keadaan seperti ini akan menyebabkan para pelajar merasa bosan, jemu dan benci terhadap matematik dan pembelajaran matematik, khususnya di kalangan pelajar yang lemah.

1990. mengetahui dan memahami konsep. kritis dan bersistem. takrif. nilai dan bahasa. Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warga negara yang dinamik dan amanah ( KPM. penggunaan matematik dalam situasi sebenar. mewakili dan mentafsirkan data dan .Matlamat dan Objektif Matematik KBSM Kurikulum Matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang umum. analitis. 3. kesepaduan antara matematik yang dipelajari dengan pengalaman di luar bilik darjah. kesepaduan antara matematik dengan mata pelajaran lain dan. Matlamat Matematik KBSM adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik. bersistem dan kritis. Aspek-aspek itu adalah: y y y y y keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dan penguasaan kemahiran. penggunaan matematik dalam situasi sebenar. kemasyarakatan dan kerohanian. 2. kesepaduan antara tajuk-tajuk matematik yang dipelajari. memperkukuh dan memperluas penggunaan kemahiran tambah. darab dan bahagi. merekod. dan menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Nik Azis. penerapan unsur-unsur sejarah matematik dan pemupukan nilai-nilai kemanusiaan. kemahiran. kemahiran menyelesaikan masalah serta cara berfikir secara logik. petua dan teorem tentang nombor dan ruang. 1. Sehubungan dengan itu beberapa aspek tertentu diberikan tumpuan khas dalam sukatan pelajaran Matematik KBSM. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. berkemahiran dalam penyelesaian masalah dan ber kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya seseorang individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab. objektif Matematik KBSM ialah untuk membolehkan pelajar. 992 ). Secara ringkas. tolak. hukum. menguasai kemahiran-kemahiran asas iaitu : y y y y membuat anggaran dan penghampiran mengenali bentuk-bentuk dalam alam sekitar mengukur dan membina dengan menggunakan alat matematik mengumpul. menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar. yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman konsep dengan penguasaan kemahiran. Matematik KBSM telah dirancang untuk memberikan pelajar suatu pengalaman yang mengandungi: y y y y kesepaduan antara ilmu. kemahiran penyelesaian masalah.

y mengenali dan mewakilkan perkaitan secara matematik 4. Pemupukan dan penerapan nilai murni. kemahiran. 1980. kemanusian dan kewarganegaraan. bersistem. seimbang dan sepadu melalui beberapa langkah seperi yang berikut: y y y Kandungan kurikulum KBSM merangkumi pengetahuan. Penghayatan dan amalan nilai kerohanian. 1992 ) Bagi memastikan pendidikan Matematik KBSM dapat berjalan dengan berkesan. 1990. kerana pemahaman konsep matematik penting dalam meningkatkan kemampuan pelajar menyelesaikan sesuatu masalah. nilai dan sikap dan perlakuan yang diperlukan oleh semua pelajar dan juga memberi asas untuk pendidikan seumur hidup. bahawa setiap pelajar dikehendaki memahami setiap konsep. 1990 ) Jelas dapat diperhatikan sama ada daripada matlamat atau objektif pendidikan matematik. penguasaan kemahiran belajar dan tabiat gemar membaca. ( KPM. menguasai kemahiran menyelesaikan masalah 6. Penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu. ( NCTM. Nik Azis . KPM. heuristik dan tepat. para pendidik matematik hendaklah memiliki skim pengajaran yang selari dan selaras dengan kehendakkehendak KBSM. memperoleh dan menghargai kebolehan membuat sesuatu secara mantik. menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam pengurusan kehidupan seharian 7. yang melibatkan dimensi seperti yang berikut: y y y y y Pemerolehan ilmu pengetahuan Peningkatan daya pemikiran. dan diikuti dengan penguasaan kemahiran-kemahiran berkenaan di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. menguasai kemahiran menjalankan algoritma 5. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik KBSM Pendidikan Matematik KBSM yang menyambungkan usaha KBSR memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh. Hubung kait antara mata pelajaran . Peningkatan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu pengetahuan.

1992 ). para pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.1992 ). prinsip penjelmaan pelbagai dan prinsip kebolehubahan kandungan. inkuiri dan penyelesaian masalah dirancang oleh guru berasaskan dua prinsip iaitu. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai ialah melalui pengalaman aktif. di samping menggunakan pengetahuan yang tertumpu kepada : y y y Penyelesaian masalah Pemikiran logik. supaya dengan itu pelajar dapat membuat perbandingan tentang ciri-ciri konsep yang hendak dipelajari. reflektif dan pengabstrakan ( Nik Azis. kritis. Ketiga-tiga unsur di atas melibatkan penguasaan kemahiran. dengan aktiviti pembelajaran bertumpu kepada pembinaan konsep baru atau penguasaan kemahiran baru. analitis dan bersistem Pemupukan nilai murni Strategi ini membabitkan pembahagian pembelajaran akademik kepada tiga peringkat yang berkaitan antara satu sama lain: y y y Pengalaman aktif Pembentukan struktur secara retroaktif Pembentukan asimilasi yang menyeluruh Dalam fasa pengalaman aktif. Pengalaman aktif dalam bentuk penerokaan.Pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas perlu kepada strategi yang kemas dan teratur supaya hasrat di atas tercapai sepenuhnya. Peranan guru matematik dalam KBSM Dalam pendidikan Matematik KBSM. Prinsip kebolehubahan kandungan pula menegaskan bahawa dalam proses pembinaan sesuatu konsep. penemuan. penekanan pembelajaran adalah kepada pemikiran konstruktif oleh semua pelajar. Pada peringkat ini. Aktiviti pembelajaran yang berasaskan prinsip ini memberi tumpuan kepada unsur persamaan. pelajar harus didedahkan kepada bahan konkrit dan manipulatif yang membabitkan beberapa konsep yang berbeza. disamping konsep yang ingin dipelajari. guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran di . Tujuannya ialah untuk mendedahkan pelajar kepada situasi berbeza yang menggunakan konsep yang ingin dipelajari. ii. pelajar harus didedahkan kepada berbagai-bagai bahan konkrit dan manipulatif yang berbeza tetapi membabitkan konsep yang sama. dan bukan kepada penganalisisan konsep atau kemahiran. Prinsip penjelmaan pelbagai menegaskan bahawa dalam proses pembinaan sesuatu konsep. i. Aktiviti pembelajaran yang berasaskan prinsip ini memberi tumpuan kepada unsur perbezaan ( Nik Azis. sama ada dalam pengalaman sebenar atau pengalaman simulasi (lakonan).

memang terdapat banyak soalan yang perlu dijawab oleh guru pelatih atau guru yang sedang berkhidmat. berfikiran terbuka. o melibatkan diri dalam organisasi profesional yang boleh mengembang dan memajukan program pendidikan. 1996). Guru matematik seharusnya dapat menjawab persoalan berikut: y y y y y y y y y y y y y y y y y Apakah matematik ? Apakah konsep-konsep penting dalam matematik ? Apakah kandungan prinsip atau prosedur matematik ? Apakah kemahiran asas dalam mata pelajaran matematik Apakah sebenarnya yang perlu dipelajari oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran matematik ? Apakah tahap pemahaman dalam matematik. inovatif. Guru matematik perlu memaparkan sifatsifat yang matang. emosi dan akal. Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan (competence) dalam pangajaran dan sentiasa berusaha untuk: merebut sebarang peluang yang ada untuk menambah pengetahuan dan kepakaran agar proses mendidik diri sentiasa berterusan. dengan merujuk kepada konsep atau proses tertentu Apakah salah faham yang lazim dialami oleh pelajar matematik ? Apakah halangan kognitif utama dalam mempelajari konsep dan prosedur matematik ? Apakah implikasi teknologi maklumat terhadap pendidik matematik ? Apakah hubungan antara pengetahuan konsep dengan pengetahuan prosedur dalam matematik ? Apakah kepentingan kaedah yang berbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik? Apakah jenis-jenis model pengajaran yang eksplisit bagi mata pelajaran matematik ? Apakah kesan afektif bagi pendekatan pedagogi yang berbeza ? Apakah jenis pengalaman yang perlu dimuatkan dalam kurikulum matematik ? Bagaimanakah cara yang berkesan untuk menilai pengetahuan pelajar tentang matematik ? Bagaimanakah cara pelajar membina skim-skim ilmu pengetahuan matematik ? Apakah ciri-ciri guru matematik muslim yang baik ? ( Nik Azis. dan sebagainya.samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. NCTM (1980) telah mengemukakan beberapa peranan yang seharusnya dimainkan oleh para pendidik matematik. maka segala persoalan tersebut harus difahami dan dihayati sepenuhnya. o menjaga dan memelihara profesion perguruan agar sentiasa berada pada tahap piawaian yang tinggi/standard. 1996 ) Jika diteliti. konstruktif. rasional dan bijaksana (Nik Azis. Namun di atas tujuan untuk melahirkan para pendidik matematik yang sempurna dari segi rohani. kreatif. o . bengkel. o berbincang dan bertukar idea secara membina dengan rakan sejawat melalui pelbagai media sama ada seminar. jasmani. in-house trainning. forum. khususnya matematik.

Teachers must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of student learning as their primary professional objective ( NCTM. terdapat juga kajian tentang proses pengajaran dan pembelajaran dalam beberapa mata pelajaran. sistematik. guru matematik juga perlu memainkan peranan sebagai o o o o o Murabbi ( Pendidik ) : memupuk dan menyuburkan potensi serta sifat-sifat baik yang sedia ada dalam diri setiap individu pelajar. dan beradab. Mohd Taib. Mu'allim ( Pengajar ) : menyampaikan segala maklumat. Kini pelaksanaan KBSM telah pun menjangkau usia lebih dari lapan tahun. 1996. Qiadi ( Pemimpin ) : ada karisma dan gaya kepemimpinan yang baik dan berusaha melahirkan kepemimpinan pelajar yang cemerlang dan bertaqwa. Sejauh manakah tahap pelaksanaannya ? Adakah objektif dan matlamat yang dihasratkan telah tercapai sepenuhnya ? Apakah masalah yang dihadapi semasa proses pelaksanaannya ? Semua persoalan ini perlu mendapat perhatian setiap pendidik dan bakal pendidik. 1996. Muhallil ( Pakar Rujuk ) : bersedia menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar. pentadbir dan ibu bapa ( Muhardi. guru. Realiti perlaksanaan program matematik KBSM KBSM yang diperkenalkan pada tahun 1989 adalah lanjutan daripada KBSR yang mula diperkenalkan pada tahun 1983. menjadi model. dan contoh ikutan yang baik kepada pelajar. 1996. Sharifah. 1980: 26 ) Sebagaimana guru-guru lain. 1996. Maarof. 1980: 25 ) Any teacher who lacks dedication to these professional ideals and to continued self-improvement should not be retained in teaching.mengasuh. dan mendidik pelajar dengan adab-adab yang mulia. Berhubung dengan pelaksanaan KBSM dalam bilik darjah. dan bidang-bidang tertentu seperti Matematik . 1996 ). penekanan kepada unsur-unsur nilai dan peningkatan penguasaan Bahasa Melayu. Musak. Pumadewi. emosi dan jasmani. Sazali. rohani. perlu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan pakar dalam bidang yang diceburi (matematik dan cabang-cabangnya ). 1996. Muaddib ( Pembentuk adab ) : menanam. pendidikan seumur hidup. Teachers must accept performance and not protectionism as a synonym for professionalism ( NCTM. dan ilmu pengetahuan dengan penuh hikmah. . Beberapa kajian telah dijalankan untuk menilai pelaksanaan KBSM di sekolah menengah dan rendah yang melibatkan pelajar. 1996. pendidikan umum untuk semua pelajar. Penggubalan KBSM adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip kesepaduan unsur-unsur intelek.

1996. Zurida. BTP. Yusuf. 1996. Kebanyakan guru menunjukkan prestasi yang baik dari segi penyediaan rancangan mengajar ( penggal. Dalam kajian yang dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah-Sekolah Persekutuan (1996). Pengajian Islam ( Jawiah dan Abd. iv. 1996 ). ii. 1996. Kemahiran Hidup ( Ahmad. 1996. 1996 ). prestasi guru pada amnya adalah di tahap sederhana dengan sebilangan kecil guru sahaja yang mengamalkan dengan baik kaedah dan strategi yang disarankan untuk KBSM. iaitu guru memainkan peranan sebagai penyampai maklumat atau penunjuk cara. Abd. 1996. Nor Hayati dan rakan-rakan. 1996 ). dan pelajar berperanan sebagai penerima pengetahuan atau pemerhati yang pasif. Aziz. 1996. khususnya yang berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pendidikan Jasmani ( Chan Foong Mae. 1996. Antara rumusan daripada beberapa dapatan yang diperolehi adalah seperti berikut: i. Kajian penilaian yang dijalankan itu telah mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan. kefahaman. Bahasa Melayu ( Bali. Dari segi penggunaan kaedah dan strategi pengajaran. sama ada dalaman ataupun luaran menjadi sasaran dan tumpuan pengajaran danpembelajaran. 1996. Rahman. 1996 ). Ringkasan dapatan daripada kajian tersebut adalah seperti berikut: i. 1996. Oleh kerana pengetahuan. 1996 ). Termasuk juga di kalangan guru yang pernah mengikut kursus orientasi KBSM. Pengetahuan dan kefahaman tentang KBSM Masih terdapat sebilangan guru ( 25 % ) yang masih kurang pengetahuan. Mohd Majid. mingguan dan harian ) Kebanyakan guru ( lebih daripada 70 % ) mempunyai pengetahuan. 1996 ). Geografi ( Idris. Nurul Huda. Ng Soo Boon. buku teks ( BPPDP. kefahaman dan kemahiran dalam pelajaran yang disampaikan mengikut kehendak dan keperluan KBSM. program pemulihan dan pengayaan ( Rogayah. sikap dan gaya pengajaran para pendidik matematik. 1996 ). maka terdapat juga kajian yang berhubung dengan guru pelatih dan program latihan perguruan sama ada di universiti ataupun di maktab-maktab perguruan di Malaysia ( Osman.1996). Fatimah. Raja Sulaiman. kefahaman dan kemahiran yang baik dalam isi kandungan pelajaran yang disampaikan. Mengajar dan melatih pelajar untuk ujian dan peperiksaan . Mak Sai Mooi. Agness Voo. 1996. Kehendak-kehendak KBSM yang lain biasanya kurang diberi tumpuan. 1996. pengujian dan penilaian ( Lee Chong Nim. 1996 ). . 1996. kemahiran berfikir dan stail belajar ( Kamariah dan rakan-rakan. Nik Hassan. terdapat beberapa dapatan yang membimbangkan berhubung dengan pengetahuan. Pada amnya guru mengutamakan kandungan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan dalam tempoh waktu yang ditentukan. kemahiran dan sikap guru sering dikaitkan dengan latihan perguruan. Manoharen. 1996 ). 1996. 1996. Ibrahim. 1996. 1996 ). 1996 ) . Aziz. 1990. penerapan nilai-nilai murni ( Rosnani. Kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran masih berpusatkan guru.dan Sains ( Abdullah dan rakan-rakan. iii. 1996 ) dan sumber pengajaran dan pembelajaran ( Yahya.

Sabah mendapati. Kajian oleh Abdul Razak (1993) mendapati bahawa minat para pelajar terhadap matematik bergantung kepada cara pengajaran yang dijalankan oleh guru. Mereka didapati lebih berhati-hati. Hanya sebilangan kecil guru yang merancang terlebih dahulu penerapan nilai murni. aspek bahasa. iaitu guru memainkan peranan sebagai penyampai maklumat atau penunjukcara dengan pelajar berperanan sebagai penerima pengetahuan atau pemerhati. Nilai murni. Pelajar ditunjukkan cara menggunakan rumus tersebut tanpa memahami erti ¶ dan bagaimana rumus itu wujud. ternyata peluang bagi penerapan unsur-unsur tersebut tidak dieksploitasikan. Dalam pengajaran mencari luas segitiga.ii. dan kesedaran dalam diri pelajar terhadap kepentingan matematik dan berusaha menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran lain. dan dalam kehidupan harian. Sebagai contoh : 1. penyelesaian masalah. Agness Voo (1996) dalam kajiannya terhadap pengajaran guru-guru di Daerah Papar. inkuiri-penemuan. Kebanyakan pelajaran yang diperhatikan masih berpusatkan guru. aplikasi dalam kehidupan seharian dan sebagainya. proses pengajaran dan pembelajaran masih tertumpu kepada aktiviti penerangan dan hafaz sesuatu fakta atau prosedur. perbincangan. penyiasatan. Pelajar dipaksa menghafaz rumus tersebut secara membabi buta dalam menyelesaikan latihan-latihan yang diberi. prestasi guru pada amnya adalah pada tahap sederhana. Pengajaran yang berteraskan fahaman binaan dengan penekanan kepada pemahaman konsep akan mendatangkan rasa minat. kerana sebilangan kecil guru sahaja yang mengamalkan dengan baik kaedah dan strategi yang disarankan untuk KBSM. Keadaan ini wujud kerana kurang terdapat aktiviti seperti kegiatan kumpulan. 2. Aspek KBKK ( Kemahiran Belajar Secara Kritis dan Kreatif ) juga kurang ditekankan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti soal jawab. penyelesaian masalah dan kerja amali. Kaedah dan strategi pengajaran Dari segi penggunaan kaedah dan strategi pengajaran. Mengajar dan melatih pelajar untuk ujian dan peperiksaan sama ada dalaman atau luaran ( yang diselaraskan di peringkat sekolah. KBKK dan aplikasi Pada amnya pelaksanaan teras KBSM berlaku secara kebetulan sahaja. rumus . guru biasanya hanya memperkenalkan rumus lilitan bulatan bersamaan dengan 2 ¶ j. kandungan mata pelajaran lain. Dalam pengajaran mencari lilitan sebuah bulatan. iii. mempercayai serta saling menghormati antara satu sama lain ( antara murid dengan murid dan antara murid dengan guru ). Mereka masih mengutamakan kandungan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan dalam tempoh waktu yang ditentukan. dan terhad kepada memberikan respon kepada arahan atau soalan guru sahaja. Dalam banyak situasi. bekerjasama. kerja kursus dan sebagainya yang berpusatkan murid serta melibatkan mereka secara aktif sama ada dari segi fizikal atau pun dari segi intelek. Kehendak-kehendak KBSM yang lain biasanya kurang diberi perhatian. dan tumpuan pengajaran dan pembelajaran. Penyertaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran biasanya kurang aktif. daerah dan negeri serta peperiksaan awam PMR/SPM/STPM ) menjadi sasaran.

para pelajar dikehendaki membuktikan teorem. 1994 ). Kajian oleh Fatimah (1996) terhadap seorang guru matematik mendapati guru tersebut tidak mempunyai skim penyelesaian masalah yang tertentu. Kesimpulan Kepercayaan. Peranan guru hanya tertumpu kepada menerang atau menunjukkan bagaimana teorem itu dapat dibuktikan. 1983. Bagaimanapun strategi penyelesaian masalah tidak mendapat perhatian guru ini dalam pengajarannya kerana keutamaan beliau adalah peperiksaan. Situasi seperti ini akan menghasilkan pembelajaran hafaz tanpa kefahaman dan kemahiran berfikir serta proses penyelesaian masalah. dan gaya pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah : . Kebanyakan sekolah masih menekankan guru sebagai sumber maklumat. 1993. pelajar tidak diberi peluang untuk menaakul (reasoning) atau memperkembangkan kemahiran berfikir mereka. pembelajaran matematik dan peranan guru sebagai pendidik matematik dapat diinterpretasikan dengan melihat keadaan. 1986.Luas = 1/2 x Tapak x Tinggi diperkenalkan begitu sahaja tanpa pelajar mengetahui atau memahami kesinambungan di antara luas segiempat tepat dengan luas segitiga. pemahaman atau pandangan guru terhadap matematik. Jelasnya. Guru telah mengabaikan suatu proses penting dalam aktiviti pengajarannya. Pengetahuan guru ini tentang kurikulum matematik KBSM dan bagaimana pelaksanaannya di peringkat sekolah adalah amat kurang. Para pelajar hanya ditunjukkan bagaimana rumus-rumus yang terdapat dalam topik tersebut boleh digunakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa diterangkan mengapa rumus itu dicipta atau digunakan. Contoh lain boleh dilihat dalam pembuktian hukum sinus. bukan kepada proses pembelajaran. Fungsi utama guru lebih tertumpu kepada membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan. proses berfikir dalam pembuktian teorem tersebut tidak dilibatkan. Bagi guru ini. penyelesaian masalah hanyalah sebagai satu aspek penting dalam matematik KBSM kerana kemahiran menyelesaikan masalah matematik mempunyai kaitan langsung dengan kemampuan seseorang menangani masalah kehidupan seharian. 1982 ). Aktiviti dalam bilik darjah lebih menekankan kepada menghafal fakta sahaja ( Davis. Davis (1986) telah memperihalkan sifat asas matematik serta amalan . dan situasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. dan tidak beerti. Beliau nampaknya lebih yakin dengan cara dan gaya pengajaran yang pernah beliau sendiri alami semasa belajar dahulu. Akibatnya. Amin. iaitu guru-guru tidak memberitahu bagaimana dan mengapa satu garis tegak mestilah dilukis dari puncak kepada tapak segitiga. sedangkan prosedur dan strategi penyelesaian tidak dinilai dalam peperiksaan. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak dapat menghayati aspirasi sebenar kurikulum matematik KBSM. Sering berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di peringkat sekolah menengah. Doyle. Ibrahim . Penekanan yang dibuat adalah lebih kepada hasil pembelajaran. Malah matematik akan dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar. iaitu bagaimana cara seseorang menemui sesuatu teorem itu. dan kemudian murid-murid menyalin serta mengingati cara pembuktian tersebut ( Ng See Ngean. dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

o Penguasaan kemahiran mengira adalah matlamat utama. dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak bermakna. 1996 ). guru. o Hasil pembelajaran lebih diutamakan berbanding dengan proses pembelajaran. pentadbir dan ahli masyarakat. Pengajaran konsep matematik dengan menggunakan pelbagai petua. Keperluan hanyalah terhad kepada pensil atau pen dan kertas sahaja. dan seterusnya jalan penyelesaian dapat dilakukan dengan segera. Murid-murid lebih banyak menghafaz rumus. . dan seterusnya kepada guru matematik itu sendiri ( Raja Sulaiman . kecuali guru-guru mempunyai keyakinan penuh terhadap matematik serta perubahan pengajaran dan pembelajarannya (Noraini . emosi. rohani dan intelek serta berketrampilan tinggi. Keadaan ini tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengira tetapi jahil tentang matematik. dan tatacara dalam kepalanya. Untuk itu para guru harus terlebih dahulu menguasai setiap tajuk dari segi konsep dan isi kandungan sebelum memulakan sesi pengajaran dalam bilik darjah. 1996 ). Pengajaran matematik yang efektif akan memberi tumpuan kepada tahap pemahaman murid terhadap sesuatu konsep di samping kemahiran mengira dan penyelesaian masalah. 1996. pada keseluruhannya masih berpusatkan kepada guru . dan mudah melahirkannya bila-bila masa. konsep. Aktiviti yang melibatkan murid sangat terhad. Apa yang perlu ialah komitmen yang ikhlas dan bersungguh-sungguh daripada semua pihak yang terlibat. membosankan. KBSM mempunyai potensi untuk melahirkan warga pelajar yang seimbang dari segi jasmani. Secara keseluruhannya. Taraf dan kelulusan akademik yang tinggi tidak mencukupi untuk membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik dan bermakna. Maruah dan masa depan pendidikan matematik di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada para pendidik matematik itu sendiri. 1994). Kecemerlangan pendidikan matematik tidak mungkin berlaku. Amalan pengajaran ini berpaksikan kepada anggapan bahawa orang berilmu ialah orang yang banyak menyimpan fakta. Fatimah. Kajian-kajian tentang amalan pengajaran para guru amat perlu dilakukan dari masa ke masa supaya masalah dan kekurangan akan dapat dikenalpasti.Matematik melibatkan simbol-simbol yang ditulis atas kertas Pengajaran matematik tertumpu kepada aktiviti memanipulasikan simbol-simbol tersebut berdasarkan petua dan hukum-hukum yang telah dihafaz. Pelajar menjadi seorang penerima yang pasif. Tidak hairanlah pelajaran matematik menjemukan. dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan matematik ( Nik Azis. 'petua' dan 'hukum-hukum' yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar. o o Guru menyuap maklumat matematik kepada pelajar yang dianggap bersedia menerimanya. dan akhirnya menyebabkan ramai pelajar benci kepada matematik. Amalan pengajaran matematik seperti ini tidak ada keperluan mendesak kepada sumber pengajaran dan pembelajaran atau alat bantu mengajar apatah lagi alat atau bahan bantu belajar. samada pelajar. Penutup Amalan guru dalam melaksanakan kurikulum Matematik KBSR dan KBSM.

" Bahasa Melayu KBSM: Perlaksanaan Dan Cabaran Sekolah Menengah Di Sabah ". Abd. London: HMSO Davis. (1966). Razak Habib (1994). IAB: KPM Amin Senin (1993). W. Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. Rashid Johar. "A Note on Two Basic Forms of Concept and Concept Learning ". KPM: IAB. Amir Salleh (1996). " Kajian Penilaian Perlaksanaan Program KBSM Di Peringkat Menengah Atas ". Abd. Razak Habib. . 2(1): 1 . Sains dan Sains Sosial Di sekolah". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. "Ringkasan Laporan Kajian Penilaian KBSM: Survey Sekolah (Fasa II)". " Kajian Penilaian Perlaksanaan Program KBSM Di Peringkat Menengah Rendah ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM.Satu Penilaian" . Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. "Perlaksaan KBSM Dalam Mata Pelajaran Matematik. " Keperluan Dan Masalah Dalam Pendidikan Matematik Dan Sains KBSM Dan Implikasinya Terhadap Kurikulum Pendidikan Guru ". IAB : KPM Aziz Nordin (1990). H. Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM.12 Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan (1996). IAB : KPM Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan (1996). Journal of Psychology. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. UKM : Bangi. hlm. Noor & Puteh Mohd (1996). Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Jawatan Kuasa Latihan Keguruan Antara Universiti. Abdullah Md. " Metodologi Yang Berkesan Dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan ". Jil.Suatu Tinjauan Awal ". IAB: KPM Cockcroft. Shariff (1996). Memahami Matematik Pra Sekolah Dan Sekolah Rendah. Mathematics Counts.BIBLIOGRAFI Abd. Agness Voo (1996). " Kesepaduan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik KBSM ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM." Kemahiran Hidup . 62. Buletin Persatuan Sains Johor. Ahmad Moh. IAB : KPM Chan Foong Mae (1996). (1986). G. KPM: IAB. " Perlaksanaan KBSM Sains & Matematik. IAB : KPM Bali Haji Yusuf (1996). Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM.

T. IAB: KPM Manoheran (1996). Conceptual and procedural knowledge in mathematics: A summary analysis. Kuantan: BPG Ibrahim Md. Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. Mak Sai Mooi (1996). A. 8(3) : 216 . 53. (1986). N. W.: Lawrence Erlbaum Associates. IAB: KPM Fatimah Salleh & Munirah Ghazali (1995). " Reformasi Pendidikan Matematik ". " Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Perlaksaan KBSM Bagi Mata Pelajaran Sains ". H. " Skim Penyelesaian Masalah Bagi Guru Matematik KBSM ". Vol. C. 8(1) : 57 . IAB: KPM Jemaah Nazir Sekolah (1996).581. (1997). KPM: IAB. Bangi: BPG Ibrahim Abu Bakar (1996). IAB: KPM Idris Md. Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. . 159-199 Eisenberg. Review of Educational Research. In J. " Mathematical Models For Physical Situations ". Journal For Research in Mathematics Education. J. " Teknologi Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Sekolah". Hiebert (ed. Aziz Deraman (1996). Hillsdale.62. Journal For Research in Mathematics Education. " Teacher Knowledge And Student Achievement in Algebra ". Engen. Fatimah Salleh (1996). Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. & Rollins. R. " Mengkaji Kehendak Pelajar Terhadap Kelas Tambahan Matematik ". Doyle.). Noh (1994). " Keberkesanan Perlaksanaan Aliran Agama Di Sekolah Menengah Biasa ". (1967). IAB: KPM Jawiah Dakir & Abd. Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. (1986). C. Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. 578 . Nor (1996). J. Vol. V. " Keberkesanan Pendidikan Islam Di Sekolah Menengah Vokasional Di Malaysia ". Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM.223. Academic work. " Kurikulum Geografi Sekolah Menengah Malaysia: Satu Analisis Terkini ". Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pakar Pendidikan Matematik Rendah. " The Effects of History of Mathematics on Attitudes Toward Mathematics of College Algebra Students ". H.Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. (1977). Conceptual and procedural knowledge: The case of mathematics. The Mathematics Teacher.Davis. IAB: KPM Mc Bride. Perlaksanaan Program KBSM Dalam Bilik Darjah. Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM.

Smith. 8(2) : 132 . New York NCTM (1989). Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. " Aspects of Teacher Discourse and Student Achievement in Mathematics ". IAB: KPM Raja Sulaiman Raja Hassan (1996). . Curriculum and Evaluation Standards For School Mathematics. Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. Journal For Research in Mathematics Education. Kajian Sarjana ( Tidak diterbitkan ). (1977).21. IAB : KPM Saw Kian Swa (1996). Cognitive Style And Mathematics Achievment ". Kuala Lumpur: DBP Nurul Huda (1996). Tengku Zawawi Tengku Zainal (1997).Musak Mantrak (1996). Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. S. Journal For Research in Mathematics Education. R. IAB :KPM Ng Soo Boon (1996). KPM: IAB. " Kelemahan Pelajar Tingkatan Empat Kemanusian Dalam Matematik ". Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Vol. Tahap kefahaman konsep pecahan di kalangan guru pelatih KPLI . IAB : KPM NCTM (1980). An Agenda For Action: Recommendations For School Mathematics of The 1980s. 8(1) : 17 . New York Nik Azis Nik Pa (1992). Proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Bilik Darjah ". Kertas yang dibentang dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM Scott." Keberkesanan Strategi Pengajaran & Pembelajaran Dalam Penyerapan Nilai Murni Dalam KBSM ". Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. L. Rosnani Hashim (1996). " Inquiry Strategy. " Makmal Matematik: Konsep Dan Perlaksanaannya Dalam Matematik KBSM ". C. Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM." Perlaksanaan KBSM. " Penyertaan Pelajar Dalam Aliran Sains Di Sekolah Menengah ". " Pendidik Dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ".144. Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM Pumadewi. (1996). Kuala Lumpur: DBP Nik Azis Nik Pa (1996). " Kajian Mengenai Pencapaian Dari Segi Kualiti Mata Pelajaran Kemahiran Hidup ". Vol. N. (1977).

" An Evalution of the Mathematics Methods Program Involving The Study of Teaching Characteristics And Pupil Achievement ". 8(1) : 17 . Vol. Journal For Research in Mathematics Education. Kebolehan Berfikir Secara Logik Dan Pencapaian Akademik ". C.Thornton. (1977). Zurida Ismail & Ismail Jusuh (1996). Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM.21. IAB: KPM . " Hubungan Antara Proses Sains. D.