You are on page 1of 2

May 31, 2006 at 12:41 AM

Oleh Zulkifli Mohamed

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) membantah sekeras-kerasnya niat tersirat kumpulan Artikel 11, yang cuba menekan
kerajaan supaya membenarkan murtad tanpa sebarang halangan, kata Presidennya Azmi Abdul Hamid.

Menurut Azmi, kumpulan itu mempunyai agenda jahat kerana menyembunyikan hasrat tersebut, yang sengaja tidak dinyatakan
dalam petisyen mereka yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri.

Selama ini katanya, orang bukan Islam di negara ini tiada masalah untuk mengamalkan tuntutan agama mereka.

Malah, ruang yang diberi sangat luas kepada bukan Islam untuk mereka merayakan pelbagai perayaan keagamaan dan membuat
pelbagai prasarana untuk agama mereka, berbanding rakan-rakan mereka di negara-negara sekular seperti Denmark, Perancis
dan Singapura.

“Jadi, mengapa mereka hendak mempersoalkan undang-undang Syariah yang hendak digunapakai ke atas orang Islam?”

“Kalau seseorang itu hendak murtad, kita ada peraturan kita. Agama lain terpulang kepada dia. Islam ada sistem kehakimannya
iaitu mahkamah Syariah, mengapa perkara ini mereka hendak nafikan?” ujarnya.

Tambahnya, sekiranya kumpulan itu menyakini dengan sistem undang-undang Sivil yang termaktub dalam perlembagaan, maka,
tidak sewajarnya mereka menolak undang-undang Syariah yang juga termaktub dalam perlembagaan yang sama.

“Niat mereka sebenarnya ialah untuk menghalang undang-undang Syariah berkuatkuasa sepenuhnya,” jelasnya .

Dan kumpulan ini, katanya akan memfokuskan isu murtad dan pemelukan Islam yang di bawah bidang kuasa mahkamah Syariah.

Beliau diminta mengulas gerakan sebuah kumpulan yang dinamakan Artikel 11, yang sedang berusaha meraih sokongan untuk
mendesak kerajaan, antaranya menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

Semalam, Malaysia Today melaporkan forum anjuran kumpulan berkenaan di sebuah hotel di Pulau Pinang, terpaksa dibatalkan
berikutan, kira-kira 1000 umat Islam mengadakan bantahan ketika forum berkenaan berlangsung.

Merujuk petisyen kumpulan berkenaan, yang mahukan kerajaan mengesahkan negara ini tidak akan dijadikan sebuah negara
teokratik, Azmi berkata, di dalam perlembagaan tidak menunjukkan hasrat tersebut.

“Cuma perlembagaan menyatakan agama rasmi negara ialah Islam, jadi mengapa mereka mahu menekankan kerajaan dalam hal
ini?” jelasnya.

Tambahnya, kumpulan berkenaan juga mempertikaikan undang-undang Syariah yang dikatakan bertentangan dengan hak asasi
manusia.

“Apa hak mereka untuk mencampuri urusan agama Islam,” soalnya.

Hentikan cubaan ini, kerana kesabaran orang Islam ada hadnya, katanya
http://pasbukitbendera.com/index.php?
option=com_content&task=view&id=294&Itemid=40
Bunuh zuriat murtad: Mufti
Wednesday, 03 March 2010 11:19AM OlehNazura Ngah
Umat Islam jadi kufur jika halalkan buang, hapus bayi

KUALA LUMPUR: Beberapa tokoh agama berbeza pendapat mengenai hukum murtad bagi umat Islam
yang berfikiran waras tetapi membuang bayi atau membunuh zuriat seperti dibangkitkan Mufti Pulau
Pinang, Datuk Hassan Ahmad.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata murtad atau terkeluar dari Islam hanya akan berlaku jika
individu
berkenaan berniat mengatakan hukum membunuh atau membuang bayi itu tidak haram.
“Kita tidak boleh kata mereka murtad kalau mereka tidak lafazkan atau berniat tetapi jika mempunyai niat
untuk mengatakan perbuatan mereka itu tidak haram, itu dikira murtad.
“Perbuatan membunuh atau membuang bayi atau meminum arak adalah dosa besar tetapi tidak sampai
ke tahap murtad kerana mereka tidak menafikan hukum Allah,” katanya ketika dihubungi di sini,semalam.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya undang-undang syariah dan sivil dikuatkuasakan dengan
tegas bagi membendung kegiatan tidak bermoral itu.
Semalam bercakap kepada Bernama, Hassan berkata umat Islam yang siuman dan tidak mengalami
cacat akal yang
membuang bayi atau membunuh zuriat mereka dianggap sudah terkeluar dari agama Islam atau murtad.
Beliau berkata, ia kerana perbuatan kejam mereka seolah-olah menghalalkan perkara yang haram dan
ditegah oleh Islam.
“Kita semua mengetahui bunuh ialah satu perbuatan haram dan berdosa terutama yang menjadi mangsa
ialah anak dan zuriat mereka sendiri.
“Walaupun mereka orang Islam tetapi mereka masih melakukan pembunuhan kerana gagal mengawal
emosi yang mana mereka menambah dosa lampau yang dilakukan iaitu zina,” katanya yang ditemui
selepas menghadiri Muzakarah Pakar
Memperkasakan Undang-Undang Berkaitan Islam: Peranan Majlis Agama Islam Negeri di Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini.
Beliau turut menasihati golongan muda supaya mendalami ilmu dan berpegang kepada ajaran agama
Islam supaya tidak terus hanyut dengan nafsu muda.
Sementara itu Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid turut berpendapat seseorang itu
kufur jika seandainya mereka mengatakan bahawa membunuh atau meminum arak itu halal, sekali gus
cuba merubah hokum Allah.
Bagaimanapun, katanya jika individu berkenaan tidak berniat untuk keluar Islam, mereka tidak boleh
dikatakan murtad.
“Begitu juga jika seseorang itu mengakui solat itu wajib tetapi malas untuk mengerjakannya, mereka
tergolong dalam
golongan yang melakukan dosa besar tetapi jika cuba mempertikaikan hukum solat itu wajib,
mempertikaikan berzina itu haram, ertinya mereka mempertikaikan hukum Allah sekali gus menjadikan
mereka murtad,” katanya.
Mohd Tamyes juga menyifatkan individu yang tergamak melakukan perbuatan itu adalah mereka yang
ada masalah mental dan tidak mempunyai pemikiran yang siuman.
Ia kerana, katanya individu yang berfikiran normal dan sihat akal fikiran mampu menilai apa yang baik
dan apa yang buruk untuk diri mereka dan masyarakat.
Katanya, semua pihak perlu kembali kepada hukum Allah jika berhasrat untuk membendung kegiatan
tidak bermoral yang dilihat semakin berleluasa dalam masyarakat.
http://www.malaysianbar.org.my/index2.php?
option=com_content&do_pdf=1&id=28583