P. 1
bahan lucah ?

bahan lucah ?

5.0

|Views: 676|Likes:
Published by Roszelan Majid

More info:

Published by: Roszelan Majid on Jul 22, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as TXT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

Apakah Itu Bahan Lucah?

Istilah lucah selalu disebut dan dikaitkan dengan sesuatu keadaan, perbuatan, perkataan, objek, gambar, gerakan, pakaian, malah cara memandang, menghidu, menggerakkan bibir, aksi jari-jemari dan sebagainya lagi yang kurang menyenangkan kerana dianggap tidak beradab atau melanggar tatasusila. Pendek kata, secara umumnya segala perbuatan zahir yang menimbulkan rasa tidak senang hati atau berunsur provokasi atau mengghairahkan boleh ditakrifkan sebagai lucah. Di Timur, di dunia Melayu ini apa yang boleh dianggap atau ditakrif sebagai lucah lebih banyak dan lebih meluas. Menurut Kamus Dewan, lucah bererti hina, keji, sangat rendah, tidak senonoh, tidak sopan. Kelucahan pula bermaksud kecabulan, kehinaan dan kekejian. Di Indonesia pula, istilah lucah dianggap sinonim dengan istilah cabul, cabo, cendala, dukana, gasang, jalang, jangak, lacur, lanji, sundal, amoral, asusila, carut, cemar, cendala, dursila, jangak, jorok, keji, kotor, mesum, porno, saru, vulgar; korup, nista, dan rendah. Oleh kerana takrifnya luas, maka apa yang ditakrif sebagai lucah seolah-olah bergantung kepada persepsi setiap orang yang menilainya. Sesuatu perkataan mungkin mempunyai maksud yang berbeza bergantung kepada kawasan. Sebagai contoh, perkataan "berahi" pada orang Pantai Timur bermakna suka atau gemar, tapi di Pantai Barat ia boleh ditakrif sebagai perkataan lucah atau mencarut. Perkataan "*****" di Pantai Barat bermakna "membuka atau membelah" contohnya mengopek kelapa, tapi di Pantai Timur ia bermaksud payudara. Lucah hampir pasti dikaitkan dengan seks, hinggakan mungkin ada orang menganggap bahawa jika sesuatu itu menyentuh hal seks, maka ia lucah. Untuk mendalaminya, mari kita amati istilah seksi. Menurut Kamus Oxford, seksi ada dua makna, pertama (sesuatu) yang berkaitan atau berkenaan dengan seks, kedua ialah (sesuatu) yang menyebabkan keinginan seks. Jika melihat majalah yang memaparkan gambar wanita berbikini, sebahagian orang tidak menganggapnya lucah walaupun perbuatan mendedahkan aurat dan melihat aurat yang terdedah itu adalah perbuatan mungkar lagi berdosa. Melihat gambar wanita yang berbikini boleh menyebabkan lahirnya keinginan seks dalam diri seseorang yang melihatnya, dan (pada hemat saya) itu sudah masuk ke dalam takrif lucah. Mungkin anda tidak setuju dengan kenyataan saya, namun saya harap ia difikir-fikirkan. Mendedahkan aurat ini tidaklah sehingga telanjang bogel barulah ditakrifkan sebagai lucah. Begitu jugalah perbuatan sumbang seperti berpeluk dan bercium di khalayak ramai, tidaklah sehingga berzina di khalayak ramai barulah ditakrifkan sebagai lucah. Pendek kata, segala perbuatan berunsur seks yang menimbulkan rasa kurang senang di hati yang melihatnya, atau yang membangkitkan ghairah, memberahikan atau berunsur provokasi boleh ditakrifkan sebagai lucah. Maknanya, jika anda menonton tv dan melihat pelakonnya berpeluk atau bercium, ia boleh ditakrifkan sebagai menonton adegan lucah, sebab ia dilakukan di khalayak, walaupun mereka berlakon sebagai suami isteri. Maknanya, tidak semestinya anda menonton video lucah barulah ia menjadi sebenar lucah. Mungkinkah sesuatu bahan ilmiah yang membicarakan mengenai seks juga dianggap lucah? Apakah bezanya bahan lucah berbanding bahan ilmiah? Sebagai contoh, seorang pakar sakit tuan atau sakit puan terpaksa menggunakan istilah-istilah yang biasa digunakan oleh orang ramai bagi menerangkan sesuatu keadaan. Contohnya, mereka terpaksa menggunakan istilah zakar, faraj, payudara dan sebagainya dalam rencananya atau ceramahnya atau penerangannya. Begitu juga halnya sebuah buku mengenai seksologi, atau buku biologi atau yang sepertinya, yang berunsur ilmiah, tapi menyebut istilah atau pendekatan yang boleh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pembaca. Maknanya, pentakrifan lucah boleh menjadi amat luas hingga merangkumi hal-hal yang seperti ini hingga mungkin akan menyukarkan pula untuk

berkongsi maklumat mengenai perkara-perkara yang perlu dan elok diketahui. Ada orang berpendapat bahawa setiap wanita dan lelaki yang mendedahkan auratnya adalah bahan lucah. Maknanya, bahan lucah itu berada di sekeliling kita. Mereka menyatakan bahawa pendedahan aurat itu boleh menimbulkan rasa kurang senang di hati orang yang melihatnya, boleh membangkitkan ghairah, memberahikan, atau berunsur provokasi. Bukan setakat mereka yang betul-betul berbogel saja yang patut ditakrifkan sebagai berkelakuan lucah. Mereka berpendapat bahawa menutup aurat adalah salah satu usaha murni bagi membendung jenayah rogol. Wanita di Afghanistan merasa lebih selamat di zaman Taliban. Bila kerajaan Taliban jatuh, Amerika Syarikat telah membawa masuk tv satelit yang memaparkan berbagai aksi seks di negara itu, dan ini mungkin menjadi antara faktor mengapa jenayah rogol meningkat dengan mendadak di negara tersebut. Mari kita renungkan apakah "lucah" menurut Islam. Dalam surah Al-Baqarah Ayat 197 Allah berfirman (maksudnya): “Barang siapa yang menetapkan naitnya dalam bulanbulan tersebut untuk mengerjakan haji, maka janganlah ia bercakap lucah (rafath). Menurut Ibnu Umar, “Rafath” ialah bersetubuh dan bercakap mengenainya”. Ata’ bin Abi Rabah berpendapat , “Rafath ialah bersetubuh dan mengucapkan kata-kata lucah. Hukumnya adalah haram”. Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya ulum al-Din menyebut: "Antara dosa lidah ialah: menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan)". Memulakan perbincangannya beliau menyebut: "Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela". Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji tu. Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud: "Hendaklah kamu menjauhkan daripada menuturkan kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban); "Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata-kata yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutani); "Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim); "Wahai Aisyah! Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al Dunya); "Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik" (alTirmizi). Setelah menyebut Hadis-Hadis di atas, Imam Ghazali mengulas : "Itulah Hadis-Hadis yang mencela percakapan yang keji (al-fuhsy). Adapun takrif dan hakikatnya ialah: mengungkapkan perkara yang kotor dengan ungkapan yang terang. Kebanyakannya berlaku pada perkataan yang menyatakan hubungan kelamin dan perkara yang berkaitan dengannya (seperti alat-alat kelamin). Kerana menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang rosak akhlaknya menggunakan ungkapan yang nyata dan keji pada perkara-perkara tersebut. Tetapi orang-orang yang soleh mengelak dari menyebut perkara-perkara tersebut secara terang, sebaliknya mereka menyatakannya dalam bentuk kiasan dengan menyebut perkataan yang hampir dan berkaitan dengannya. Terdapat perkataan lucah yang dianggap keji menyebutnya, yang mana kebanyakannya digunakan untuk memaki dan menghina. Perkataan tersebut berbeza-beza daripada segi kejinya; sebahagiannya lebih keji daripada yang lain, dan kadang-kadang ia berbeza-beza mengikut adat sesebuah negeri" (Lihat al-Ghazali, al-Ehya’, jld 3). Antara sifat yang sangat dipertahankan oleh Islam ia mempunyai kaitan yang rapat dengan iman, ialah sifat malu. Orang yang suka menggunakan perkataan yang lucah dan keji mencerminkan ketandusan sifat tersebut dalam dirinya. Sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): "Malu itu sebahagian daripada iman, dan iman itu dalam syurga; manakala kelucahan adalah daripada perangai yang kasar (al-jafa’), dan perangai yang kasar itu dalam neraka" (al-Bukhari dan al-Baihaqi). Memandangkan pentingnya

menjaga lidah daripada menuturkan kata-kata yang keji, kerana ia mempunyai kaitan yang rapat dengan iman, Rasulullah melarang umatnya memaki sekalipun terhadap syaitan. Abu Al-Malih menceritakan daripada seorang sahabat katanya: Satu ketika aku menaiki bersama Rasulullah s.a.w.; tiba-tiba kudanya tergelincir, lalu aku berkata: "Celaka syaitan". Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan kamu berkata: Celaka syaitan; kerana jika kamu berkata begitu syaitan akan membesar hingga menjadi sebesar rumah. Sebaliknya katakanlah: Bismilah; jika kamu berkata demikian syaitan akan mengecil hingga menjadi sebesar lalat" (Abu Daud). Dalam sebuah Hadis yang lain yang lain Rasulullah bersabda: "Janganlah kamu maki syaitan, tetapi hendaklah kamu mohon perlindungan Allah daripada kejahatannya" (lihat al-Suyuti, al-Jaami’ al-Soghir). Daripada nas-nas yang dipaparkan di atas jelas menunjukkan bahawa memaki dan mengucapkan kata-kata yang kotor dan lucah adalah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam. Dan saya berpendapat apa yang dipaparkan itu sudah memadai bagi mereka yang ingin mencari kebenaran semata-mata untuk menentukan pendiriannya. Semoga dengan catatan di atas, dapatlah kita menerungkan apakah sebenarnya yang ditaktifkan sebagai lucah itu. Sebagai Muslim, seharusnya kita mengelakkan dari melakukan segala perbuatan yang keji dan mungkar. Setakat yang saya faham, terdapat kelonggaran jika kita membicarakan soal seks yang berunsur ilmiah, dan mungkin tidak wajar jika kita anggap semua persoalan seks atau sesuatu yang berunsur seks itu sebagai lucah kerana seks adalah sebahagian dari kehidupan kita. Yang penting ialah untuk kita membicarakannya dengan cara yang sopan, dan membicarakannya untuk menjaga dan meningkatkan kesopanan dan keluhuran budi pekerti di kalangan kita. InsyaAllah. Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam. (petikan megasutra)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->