You are on page 1of 7

KERTAS 1

Fokus Karangan Bahan Rangsangan SPM 2010 – Amalan Gaya Hidup


Sihat

Dengan berdasarkan Soalan PercubaanBahagian A (Karangan Bahan Rangsangan) beberapa buah


negeri, antara isu yang perlu difokuskan ialah amalan gaya hidup sihat.

Antara negeri yang memfokuskan isu tersebut ialah Terengganu dan Negeri Sembilan. Di samping


itu, soalan negeriPahang turut memfokuskan isu yang sama tetapi dalam bahagian B iaitu soalan 2
yang berkaitan dengan peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga yang sihat (berformat ceramah).

Soalan contoh (Rujuk Soalan Karangan Kertas 1 Bahagian A, Peperiksaan Percubaan Bahasa


Melayu negeri Terengganu 2010).

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Huraikan
pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap
individu. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan
- kepentingan amalan gaya hidup sihat

Isi-isi
- amalan pemakanan seimbang
- bersukan dan beriadah
- Pemeriksaan kesihatan

Penutup
- amalan tersebut perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat

     Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan
mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu,
setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya
tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan
dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman.
Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat
kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara.

     Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang.
Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan
vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang
berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau
mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung
koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan keranamencegah penyakit lebih
baik daripada mengubatinya.

     Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan
riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan
darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain
badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu
sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya
daripada tubuh yang cergas.

     Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan
memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan
pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung
koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden
dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera.
Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan
tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.

     Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk
melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif
untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu
hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu,
hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling
bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

BAHAGIAN B

.  Tema   :  Semangat Kejiranan


     Arah    :  Langkah

2.  Tema   :  Gaya Hidup Sihat


     Arah    :  Peranan ibu bapa

3.  Tema   :  Disiplin


     Arah    :  Peranan ibu bapa

4.  Tema   :  Hubungan Kasih Sayang


     Arah    :  Peranan ibu bapa

5.  Tema   :  Riadah dan Rekreasi


      Arah   :  Kebaikan

6.  Tema   :   Kehilangan Kanak-kanak


     Arah    :   Langkah mengatasi

7.  Tema   :   Keselamatan Kanak-kanak


     Arah    :   Peranan sekolah, ibu bapa dan masyarakat

8.  Tema   :   Bangunan Bersejarah


     Arah    :   Kepentingan menjaga dan Langkah memulihara

9.  Tema   :   Gejala Sosial / Lumba Haram


     Arah    :   Langkah-langkah mengatasi

10. Tema  :   Polisi Sekolah Selamat


      Arah   :   Usaha pihak sekolah

11. Tema  :   Jenayah Antarabangsa


       Arah  :   Kerjasama antara negara (Langkah)
12. Tema  :  Tabungan
      Arah   :   Faedah dan Usaha

13. Tema  :   Pelancongan (Inap Desa)


       Arah  :   Langkah-langkah meningkatkan

14. Tema  :   Penyakit Berjangkit


      Arah   :   Bentuk kerjasama antara negara (Langkah mengatasi)

15. Tema  :   Pengangkutan Awam


      Arah   :   Langkah memperkasa / Kepentingan

16. Tema  :   Membaca


      Arah   :   Cara menggalakkkan

17.  Tema :   Alat Komunikasi (Telefon Bimbit, Internet)


       Arah  :   Kesan

18. Tema  :   Perpaduan Kaum


      Arah   :   Peranan keluarga meningkatkan perpaduan kaum

19. Tema  :   Industri Kraftangan


       Arah  :   Langkah-langkah memperkasakan

20. Tema  :   Rancangan Televisyen Realiti


      Arah   :   Usaha ibu bapa mengawal kecenderungan menonton rancangan televisyen realiti 
Dicatat oleh rosinaz di 5:33 PM

Fokus Karangan SPM 2010 - Peranan Ibu Bapa Galakkan Anak Aktif
dalam Bidang Sukan

Antara soalan yang perlu difokuskan dalam karangan SPM 2010 nanti ialah soalan tentang peranan
ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan.

Soalan ini terdapat dalam Kertas 1, Karangan Respons Terbuka Peperiksaan Percubaan SPM
2010 Negeri Kelantan iaitu Soalan 2.

Malaysia ketandusan atlet yang berbakat dalam bidang sukan. Semua pihak termasuk
keluarga berperanan penting dalam mencungkil bakat anak-anak mereka sejak kecil lagi.

       Huraikan peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan.

Di bawah ini, dipaparkan soalan dan karangan contoh yang hampir sama dengan soalan tersebut.

Soalan contoh

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan.
           Huraikan pendapat anda.

Rangka Karangan 

Pendahuluan
- antara bidang yang penting di negara kita - aktiviti sukan mendatangkan banyak faedah

Isi-isi
i. memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan
ii. menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif
iii. memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan
iv. membelikan anak-anak majalah sukan

Penutup
- peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan – ibu bapa perlu memainkan peranan yang
sepatutnya

Karangan Contoh

       Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana,
aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak
yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan
kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan
moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan
tercapai iaitu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan cara itu, nama negara kita akan
dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan.

       Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan dengan
cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan
sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai
contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang
berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton, squash
dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang
sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan
seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara.

       Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan
dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam
aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan
menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat
dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta
kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk
dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.

       Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak
mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka
lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani
anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan
atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada
anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung,
tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan
pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

       Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Hal
ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sukan
dengan serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang
sukan menerusi majalah-majalah sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa
yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus semangat serta
motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.

       Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk
menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya
memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di
negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata
dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan
akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang
sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi
arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan.

Fokus Karangan SPM 2010 – Bencana Alam

Antara isu lain yang perlu difokuskan dalam karangan SPM 2010 nanti ialah isu  yang berkaitan
dengan bencana alam.

Soalan yang berkaitan dengan isu ini terdapat dalam Kertas 1 (Karangan Respons Terbuka)
Peperiksaan Percubaan SPM 2010 negeri Terengganu iaitu Soalan 3.

Kejadian tanah runtuh yang sering berlaku di negara ini berpunca daripada kerakusan manusia itu
sendiri.

        Tulis sebuah rencana tentang faktor-faktor berlakunya tanah runtuh dan kesan-kesannya.

Selain itu, soalan negeri Perak juga menyentuh isu yang sama, cuma soalan tersebut termasuk
dalam dimensi isu antarabangsa iaitusoalan 4 dan fokus soalannya juga berbeza.

Kejadian bencana alam sering melanda negara-negara di rantau ini. Sebagai tindakan berjaga-jaga,
Malaysia telah mengambil langkah untuk bekerjasama dengan negara serantau bagi menghadapi
kejadian tersebut pada masa hadapan.

       Huraikan bentuk kerjasama yang boleh dilakukan oleh Malaysia dan negara serantau untuk
menghadapi bencana alam tersebut.

Yang berikut, dipaparkan pula soalan dan karangan contoh yang menyentuh isu yang hampir sama
dengan soalan negeri Terengganu untuk dijadikan rujukan.

Soalan contoh

Sesetengah bencana alam yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang tidak
bertanggungjawab.

       Jelaskan sebab-sebab bencana alam yang berlaku akibat perbuatan manusia sendiri.

Rangka Karangan

Pendahuluan
- kita sering dikejutkan dengan kejadian bencana alam

Isi-isi Karangan
i. aktiviti pembalakan menjadi faktor berlakunya bencana alam
i. individu-individu yang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran terbuka
iii. anggota masyarakat membuang sampah ke dalam longkang dan sungai
iv. aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng bukit

Penutup
- semua pihak harus bekerjasama dan berganding bahu

Karangan Contoh

     Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Berita-
berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsi bersama-sama
oleh manusia sejagat. Kesannya, bencana alam ini telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa.
Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah runtuh, banjir kilat, jerebu, tsunami, gempa bumi dan
letusan gunung berapi yang sering melanda dunia. Malangnya, tiada jalan penyelesaian untuk
menghalang bencana alam ini daripada berlaku. Hal ini demikian kerana, sudah menjadilumrah
alam iaitu apabila tiba saat dan ketikanya, bencana alam ini pasti akan terjadi. Tiada satu kuasapun
yang mampu menangani kuasa alam, namun kejadian bencana alam yang berpunca daripada sikap
manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar nyawa manusia tidak terancam.

     Aktiviti pembalakan memang merupakan antara penyumbang ekonomi negara, namun antara
sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana alam. Individu-individu yang
terbabit dalam aktiviti pembalakan seharusnya memikirkan kesannya sebelum menebang pokok
kerana, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kawasan hutan yang telah
ditebang dan jika tidak digantikan dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah kepada
hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya kejadian
tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda. Oleh itu, langkah
yang bijaksana dan efektif perlulah dijalankan untuk menangani masalah ini daripada berlaku.

     Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan
pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap
inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-
tumbuhan. Jerebu ini pula boleh menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan menyebabkan
penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati semasa melakukan
sesuatu perkara kerana pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku
sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa manusia sejagat yang
tidak berdosa.

     Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab iaitu dengan
membuang sampah ke dalam longkang dan sungai dengan sesuka hati. Secara sedar atau tidak,
golongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata pepatah, “kapak tak boleh membelah
kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya”. Hal ini demikian kerana, sistem perparitan akan
tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. Masalah sistem
perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku. Kejadian ini sudah
pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah
mengkaji masalah ini hingga ke akar umbinya.

     Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti
pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan
keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Sebagai contohnya,
sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan
mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju
yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan untuk
mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat sistem perparitan yang
sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah
runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat
pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.

     Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama dan berganding bahu dengan
mengamalkan peribahasa “seperti aur dengan tebing” untuk menangani masalah ini. Janganlah kita
mengamalkan peribahasa “seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”. Jika
perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada
sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk
menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Kita harus sedar bahawa,
sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah
kita hidup di dalam kawasan tanah runtuh, jerebu, banjir dan kemarau? Oleh hal yang
demikian, tepuklah dada, tanyalah selera, sebelum bertindak.
Soalan Ramalan Bahasa Melayu (Kertas 2)
SPM 2010
Soalan target atau ramalan Bahasa Melayu untuk Kertas 2 SPM 2010 yang disediakan oleh pihak Tipsexam.net dibuat
mengikut  kajian pihak kami bedasarkan soalan-soalan SPM tahun-tahun sebelum khususnya 5 tahun kebelakangan.
Pihak Tipsexam.net berharap anda dapat mempratikkan soalan-soalan ramalan ini,dan yang paling mustahak,jangan hanya
bergantung kepada soalan ramalan ini. Ingin kami tekankan di sini,usaha sedaya upaya dan seterusnya barulah
tawakkal.Selamat berjaya.

KOMSAS

 Di Ruang Gemanya
 Duhai Pentafsir
 Seloka Pak Kaduk
 Annyss Sophillea
 Lambaian Malar Hijau
 Pantun 4 Kerat
 Syair Kelebihan Ilmu

Novel
 Sinopsis
 Watak sampingan
 Latar masa

Tatabahasa
 Cakap ajuk cakap pindah (tidak akan keluar)

You might also like