Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

LAPORAN PERCUMA
MENYINGKAP RAHSIA PELABURAN E M AS

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

1

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

PRAKATA
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya harap anda sihat dan ceria adanya… Untuk memulakan Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas’ ini, saya ingin membincangkan dengan anda mengenai pengurusan dan pelaburan wang. Adakah anda punyai tabiat menyimpan wang? Jika jawapan anda adalah Ya… Tahniah! Sebelum anda menyimpan wang, ada baiknya kita berkongsi maklumat tentang rahsia wang. Hehehehe… wang pun ada rahsianya… anda tau tak? Kalau anda dah mengenali wang yang sebenarnya.. sudah pasti anda akan jatuh cinta dengannya Rakyat Malaysia dan Wang. Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM). Betul tak? Maklumlah.. celik-celik mata ajer… wang kertas inilah yang kita gunakan hari-hari. Kita sangkakan inilah wang yang sebenarnya… hmmm… betul ker? Ringgit Malaysia – wang kertas kita

Tahukah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan teperanjat! Anda akan tahu apakah itu wang yang sebenarnya. Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benarbenar berfungsi sebagai wang?

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

2

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010
Fungsi-Fungsi Wang. Wang mempunyai 4 fungsi yang utama: 1. Sebagai unit nilai: Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan. Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen. 2. Media Pertukaran: Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan, anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi. Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran dengan barangan yang mereka jual. 3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda: Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda. Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan. Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %, maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah. 4. Sebagai penyimpan nilai: Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul. Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya. Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik. Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.

Wang Fiat Ringgit Malaysia. Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat. Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah. Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

3

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010
1. Tidak mempunyai nilai intrinsik. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga. Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir 11. “Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan” Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh… 2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah. Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan. Contohnya amat mudah: Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh. Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak? Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie? Memang sah tak bagus! Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Sudah pasti nilainya akan naik.

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

4

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

Harga emas 10 tahun naik dari USD280 kepada USD842 Inilah yang dikatakan penyimpan nilai terunggul, terbaik dan tepat. Tanpa perlu membuat sebarang pelaburan pun. Emas sebagai penyimpan nilai terunggul:

Professor Roy W. Jastram, di dalam bukunya yang terkenal “The Golden Constant” yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut “Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangkamasa yang panjang, contohnya setengah abad”. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengkaji peranan emas sebagai pelindung inflasi dan deflasi dalam jangkamasa 400 tahun. Kesimpulan: Pembaca sekalian, emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas. Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya..

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

5

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010
Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini. Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.

Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting

Wang = Emas
Simpan wang = Simpan emas

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

6

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN?
Antara persoalan-persoalan yang perlu anda ketahui sebelum membeli emas/membuat pelaburan emas ialah samada anda suka emas fizikal atau tidak? Modal anda besar atau kecil? Ada masalah menyimpan tak? Memandangkan tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini, maka saya berikan panduan umum berkenaan pelaburan emas yang baik/sesuai untuk anda. Harap-harap lepas nie terjawablah semua persoalan anda Laporan ini adalah panduan asas semata-mata, anda boleh ubahsuai mengikut aspek-aspek lain seperti jarak institusi jualan emas tersebut dengan tempat anda, cara pembayaran samada cash atau credit card etc, modal anda, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya. 1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal? Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah: 1. Syiling emas 2. Gold bar. Jika susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank. Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz) Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik.

Syiling Kijang Emas

.

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

7

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010
Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz) . Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada: - Canadian gold Maple Leave - Australian Nugget - Singapore gold coin

Syiling-syiling emas yang dijual UOB Bank Pilihan ketiga: a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya) Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K) Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia. Mudah diperolehi di kedai emas.

Syiling emas Public Gold 50 gram (24K) . .

Gold bar Public Gold 20 gram dan 50 gram (24K)

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

8

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

.
Ini gambar PAMP Suisse gold bar: . .

gambar gold bar Poh Kong Bunga Raya . Pilihan keempat- Dinar Emas Kelantan (1 Dinar) Sebab: Kos yang murah, kualiti emas 22K. Mudah dibeli dan dijual.

. Gambar Dinar Emas Kelantan .

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

9

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

p/s: Kalau anda minat emas fizikal tapi modal anda kecil, saya cadangkan anda beli Dinar Emas Public Gold/Kelantan sebagai pilihan pertama. . . 2. Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas. Jawapan: Kalau anda tak minat emas fizikal atau risau emas hilang, saya nasihatkan anda membuka akaun simpanan emas. Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu: 1. Public Bank Gold Investment Account 2. Maybank Gold Saving Passbook Account Pilihan pertama – Public Bank gold saving passbook. Kebaikan: Harga Harga jual beli yang rendah (beza RM3.00)

Pilihan kedua – Maybank Gold saving passbook p/s: Harga jual beli Maybank adalah lebih tinggi berbanding Public Bank.

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

10

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

CARA PENGIRAAN EMAS
Dalam bab ini saya ingin berkongsi dengan anda cara termudah mengira harga emas pasaran dunia. Anda boleh menggunakan harga ini sebagai perbandingan dengan harga emas yang dijual di Malaysia. Dengan ilmu ini anda akan membuat perbandingan harga emas yang dijual oleh bank, kedai emas, Etika Emas, Kedai Emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya dengan harga emas dunia. Pertama sekali anda perlu tahu yang harga harian emas dunia ditetapkan di pasaran emas London. Jadi harga ini akan digunapakai oleh pasaran emas dunia yang lain Seperti New York, Swiss dan Hong Kong. Daripada harga ini.. maka perdagangan emas dijalankan. Permintaan dan penawaran emas akan menyebabkan berlaku turun naik harga seperti yang dapat dilihat di www.kitco.com Bagaimana mengira harga emas dunia? First sekali anda boleh lihat harga emas pasaran London dengan melawati laman web London Bullion Market Association ( http://lbma.org.net ) Jadi, anda dapat lihat rate harga emas harian untuk pasaran London kat bahagian current statistic: Sebelum tu, anda kena tahu beberapa fakta: 1. 2. 3. 4. Harga emas ditetapkan sebanyak 2 kali sehari (AM fixed dan PM fixed) Harga yang dipaparkan adalah untuk 1 Troy Ounce emas (bersamaan 31.10 gram) harga rujukan yang digunakan ialah PM fixed (bulatan merah) Waktu London dan Malaysia berbeza 7 jam (Malaysia pukul 8 malam – London baru pukul 1 tengahari)

Untuk contoh pengiraan, saya akan gunakan harga USD (refer gambar di atas). Tarikh: Jumaat 12/9/2008 – London time Harga ditetapkan ialah USD750.25/ Troy Oz Jadi untuk tukar kepada harga segram maka: USD750.25 / 31.10 = USD24.1237 segram

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

11

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010
Sekarang kita dah dapat rate dalam USD. Sekarang kita nak kena tukar ke RM pula. So, anda pergi ke laman web http://www.xe.com/ucc/

Pilih convert: USD to Malaysian Ringgit (MYR)

Daripada conversion rate, didapati bahawa harga semasa emas dunia pada 12/9/2008 ialah RM81.99 segram. Lepas anda dah dapat harga semasa emas dunia, maka anda boleh bandingkan dengan rate emas semasa yang ditawarkan oleh bank atau kedai emas: Sebagai contoh, Public Bank, Maybank dan UOB Bank. Jom lihat satu persatu: Maybank: Rate pada 12/9/2008 1. Rate jualan emas Gold Saving = RM87.75 2. Rate jualan Kijang Emas = RM88.07/gram Link: http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

12

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010
Public bank: Rate pada 12/9/2008 1. Rate jualan: RM85.99 / gram Link: http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

UOB Bank pulak.. Rate pada 12/9/2008 hehe.. cuba kira sendiri harga.. saya dah tunjukkan p/s: Ini adalah harga emas fizikal. http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

Kedai emas Poh Win Melaka pula (saya survey pada 14/9/2008) Harga PAMP Suisse 10 gram = RM1190.00 (RM119/gram) perg!!! mahal…

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

13

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

Oklah! dengan pengetahuan ini, saya berharap anda semua dapat tahu bagaimana mengira harga emas semasa dunia, dan kemudian bandingkan dengan harga emas kat pasaran Malaysia. Jadi ini akan memberikan manfaat kepada anda agar peka dengan harga emas. Tapi saya ingatkan bahawa harga emas nie bukan harga kawalan. Jadi setiap penjual emas boleh letak harga mengikut kehendak masing-masing. So, sebagai buyer, anda boleh tawar menawar dengan penjual. Tiada masalah..

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

14

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

CARA MENGIRA KEUNTUNGAN
Saya pasti anda semua ingin mengetahui bagaimana menjana keuntungan melalui aktiviti jual beli emas. Sebenarnya terdapat banyak cara membuat keuntungan dalam bisnes emas ini, tetapi dalam laporan percuma ini, saya hanya mengupas asas sahaja. Untuk pengetahuan anda, berapa banyak pendapatan yang anda akan perolehi daripada aktiviti trading emas ini bergantung kepada beberapa faktor iaitu: 1. 2. 3. 4. Ilmu pengetahuan anda berkenaan emas Modal yang anda ada Networking anda (berapa ramai supplier, buyer dan investor yang anda kenal) Kejujuran/trustworthy (sejauh mana orang percaya kat anda)

Ok, sekarang kita lihat antara kaedah buat duit dalam trading emas nie: Kaedah Pertama: Beli emas fizikal pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Emas fizikal pilihan; syiling emas, Dinar dan gold Bar. Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Anda beli emas fizikal seperti Syiling Kijang Emas, Dinar Emas, syiling emas dari UOB Bank, Poh Kong Bunga Raya, PAMP Suisse gold bar kemudian simpan. Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik kat bank atau kedai emas dan mendapat keuntungan.

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

15

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010
Contoh bagi Kijang Emas:

Berdasarkan kepada jadual diatas, anda dapati harga Kijang Emas memang naik. Tapi untuk membuat untung, anda sendiri yang tentukan Kebaikan: 1. anda berkemungkinan boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran kepada orang yang berminat nak beli. So boleh tambah profit lagi Kelemahan: 1. Kalau anda nak pakai kaedah beli harga rendah dan jual harga tinggi utk jangkamasa pendek, maka tak berapa sesuai guna emas fizikal. Ini kerana syiling emas nie produk yang hot. Selalu out of stock. So takut nanti bila nak beli balik stok dah tak ada.

Kaedah kedua: Buat loan bank semaksima mungkin (antara 5 ke 10 tahun) dan beli syiling emas 1Oz seperti Kijang Emas, Syiling Emas dari UOB Bank atau Dinar Emas.

Dengan membuat pinjaman, anda boleh membeli emas dengan kuantiti yang lebih banyak. Untung pun InsyaAllah banyak

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

16

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010
Kemudian simpan syiling emas berkenaan sehingga loan habis bayar. Anda akan mendapati kenaikan harga emas tersebut akan cover duit loan dan akan berikan anda keuntungan. Kaedah ketiga: Membeli dan menjual emas melalui Public Bank Gold Investment Account.

Public Bank menjual emas mengikut pergerakan harga emas dunia (spot gold + exchange rate bank + untung bank). Anda boleh membuat keuntungan yang menarik melalui kaedah Ini. Caranya ialah membeli emas apabila harga turun dan menjual kembali apabila harga emas naik. Memandangkan perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (RM3) maka anda boleh mendapat keuntungan lumayan jika harga emas naik melebihi RM3. hehehe.. mari kita lihat contoh sebenar: Pada 12/9/2008 harga jualan emas Public Bank ialah RM85.99/gram

Pada 19/9/2008 harga emas naik menjadi RM92.71/gram

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

17

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010
Ini adalah keuntungan RM6.72/gram (7.81%) dalam masa seminggu! Katakan anda membeli 302 gram emas, dan anda jual balik 300 gram pada 19/9/2008 (kena simpan min 2 gram dalam akaun) maka anda akan untung RM6.72 x 300 = RM2016.00!! Kemudian, nak dijadikan cerita, harga emas terus naik daripada 19/9/2008… Setelah 2 minggu (26/9/2008) harganya mencecah RM96.27

Ini adalah keuntungan RM10.28/gram (11.95%) selepas 2 minggu!!! Dalam tempoh 2 minggu sahaja 300 gram emas yang anda beli kat Public Bank akan memberikan keuntungan sebanyak RM3084.00 (RM10.28 x 300 gram = RM3084) Kalah dividen setahun ASB betul tak?

Jika anda nak tahu harga semasa Gold Investment Account Public Bank klik sini: http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html Kebaikan: 1. Takder masalah stok abis. Mudah dibeli dan dijual balik kat bank. 2. Public Bank ada di seluruh Malaysia, so anda mudah nak pergi beli 3. Kos membuka akaun yang rendah (cuma beli 20 gram permulaan) 4. Dalam jangkamasa panjang emas akan naik harga, so cepat atau lambat anda tetap akan untung. Kelemahan: 1. Kena pandai baca timing, bila nak beli dan bila nak jual. Anda kena peka terhadap tinggi rendah harga emas bulanan dan tahunan. Once anda dah mahir timing.. hehehe.. anda akan kaya (err.. tengok modal jugak lah..)

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

18

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

TIP-TIP MELABUR
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca semua? saya harap anda semua sihat dan ceria. Baiklah… sekarang saya ingin berikan anda panduan, bagaimana anda dapat memaksimumkan keuntungan pelaburan emas dalam jangkamasa pendek dan sederhana. Walaupun emas nie memang dijamin boleh menguntungkan pembelinya dalam jangka masa panjang; apa kata kita belajar cara-cara mengaut keuntungan dalam jangka masa pendek ataupun jangkamasa sederhana? Saya tahu ramai peminat emas kat sini nak tahu cammana nak buat untung dalam jangka masa pendek betul tak? Tips ini sesuai dilakukan dengan akaun Public Bank Gold Investment Account (PBGIA).

Sifat harga emas. Mula-mula sekali, kita kena tahu bahawa emas ini termasuk dalam kategori komoditi. Sifat komoditi ialah harganya akan berubah-ubah mengikut trend samada harga menaik atau harganya menurun. Mari kita lihat graf harga emas dibawah. Nampak tak? harga emas naik… then turun…. lepas tu naik balik… lepas tu turun… then naik balik…

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

19

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

gambar: harga pasaran emas Daripada sifat naik turun harga emas ini kita boleh buat untung. Anda cuma perlu baca dan fahami artikel ini, lepas tu mulakan langkah membeli emas anda dan membuat keuntungan Beberapa istilah penting. Untuk memahami kaedah ini dengan lebih lanjut, anda perlu tahu beberapa istilah iaitu support dan resistance. Support bermaksud halangan untuk harga turun dengan lebih rendah. Resistance bermaksud halangan untuk harga naik dengan lebih tinggi.

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

20

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010
Memaksimakan keuntungan bila trend harga menaik.

gambar: trend harga menaik (Klik untuk besarkan) Situasi: katakan anda telah membeli emas GIA pada 23/10/2008 sebanyak 202 gram. Harga emas Public Bank GIA ketika itu ialah RM84.99/gram.

Jadi, jumlah modal anda ialah RM17,167.98

Kemudian, pada 25/11/2008, harga GIA ialah RM93.02/gram. Anda telah untung sebanyak RM8.03/gram! Bestnyer… Jumlah keuntungan keseluruhan anda pula ialah RM1622.06!! (selepas sebulan je) (Pengiraan: RM8.03/gram x 202 gram)

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

21

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010
Jadi, anda bercadang nak jual semula emas anda nie. Jadi berapa banyak nak jual balik? nak jual semua ke? Jawapan: Memandangkan harga masih lagi dalam trend menaik, anda tak perlu menjual semua emas GIA anda. Anda cuma jual nilai keuntungan sahaja. Dalam kes ini, keuntungan ialah RM1622.06 . Jadi anda kena jual sebanyak: RM1622.06/RM93.02 = 17.43 gram Memandangkan anda kena jual dalam gandaan 1 gram, maka anda cuma perlu menjual 17 gram sahaja dan membawa pulang RM1581.34. Baki yang tinggal dalam akaun GIA anda sekarang ialah 185 gram. Jadi, bila harga terus menaik lagi, maka anda akan berpeluang mengaut keuntungan lagi dengan cara yang sama. Best tak? Kesimpulan: Dalam trend harga menaik, jangan jual semua emas anda. Jual keuntungan sahaja. Memaksimakan keuntungan bila trend harga menurun. Situasi: Katakan anda telah membeli emas GIA pada harga rendah. Kemudian harga telah meningkat.. dan meningkat sehingga mencapai harga resistance. Anda telah membuat keuntungan maksima! Sekarang, harga emas dijangkakan dalam trend menurun.

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

22

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

Gambar: Trend harga menurun Apa nak buat? Jawapan: Jual semua emas GIA anda. Tinggalkan baki 2 gram je. Profit daripada jualan anda ambil, modal pulak anda transferkan kedalam akaun simpanan Public Bank. Kemudian… tunggu aje sehingga harga turun dan turun…. sehingga harga emas mencapai support line. Ini kerana, selepas harga mencapai support line, maka trend menaik akan bermula kembali. Penantian suatu penyiksaan, tapi once harga target dah sampai.. maka kita start beli balik emas GIA. Jadi anda cuma perlu mengulangi proses-proses diatas. InsyaAllah anda boleh dapat banyak keuntungan daripada pelaburan emas anda. Teknik membeli emas GIA. Sewaktu masa membeli tiba, terdapat 2 teknik membeli. 1. Teknik cost averaging: beli sikit-sikit mengikut perubahan harga. 2. Teknik hentam perabis: semua modal tu terus beli emas. Tak payah tunggu. Yang mana satu terbaik? erm… kena ikut style anda juga. Tepuk dada tanya selera

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

23

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

PENUTUP

Ketika keadaan aman, seperti di Malaysia dan kedua ketika krisis ekonomi dan politik, seperti yang sedang berlaku di negara Zimbabwe. Peranan emas ketika negara aman dan makmur. Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli emas, biasanya ada 4 tujuan: 1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang) 2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi 3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik. 4. Hantaran kahwin Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah penyelamat nyawa, duit ataupun penentu hidup atau mati betul tak? Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik. Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran – atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah – kertas! tak ada nilai. Contoh yang paling mudah ialah apa yang berlaku di Negara Zimbabwe. Ketika ini keadaan ekonomi dan politik Zimbabwe adalah tidak menentu. Kadar inflasi di Zimbabwe mencecah 5 sextillion peratus (ada 21 biji kosong)

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

24

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

5 ,000,000,000,000,000,000,000% inflasi. Pergh… teruk giler…

Wang 100 billion Zimbabwean Dollar cuma boleh membeli 3 biji telur. Pada tahun 1980, Zimbabwean Dollar mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada USD, tetapi kerana pemerintah yang sesuka hati mencetak wang kertas, maka nilai wang negara Zimbabwe telah kehilangan nilainya.

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

25

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

Wang kertas Zimbabwe tak laku… Kehidupan rakyat Zimbabwe. Saudara saudari sekalian, dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil kehidupan mereka sangat sukar. Wang kertas tidak ada nilai. Jadi, bagaimana mereka meneruskan kehidupan? Apa yang mereka gunakan sebagai duit? Jawapannya. Emas. Untuk meneruskan kehidupan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas. Ini kerana emas diterima sebagai wang. Kat sana, emas nie menentukan hidup atau mati. Kalau tak ada emas, maka tak boleh beli makanan – anda akan mati kebuluran. Roti, bijirin, minyak masak dan berbagai barangan keperluan dibeli menggunakan emas.

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

26

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

Nak beli roti nie? bayar dengan 0.1 gram emas

Wang kertas tak laku pun..

Segala keperluan dibeli menggunakan emas

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

27

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

Di Zimbabwe, tanpa emas anda tak boleh hidup.

Mereka mendulang emas untuk meneruskan kehidupan

Rakyat Zimbabwe yang kelaparan… 3 hari tak makan

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

28

Laporan Percuma Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas 2010

Emas adalah penyambung kehidupan. Kesimpulannya. Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan. Kita tetap untung. Dalam situasi yang politik dan ekonomi yang tidak stabil, emas akan menjadi penyelamat nyawa kita dan keluarga kita. Inilah yang akan menjadi wang nanti. Jadi, dengan harga emas yang turun sekarang nie anda dah boleh beli emas. So apa tunggu lagi, mulakan simpanan emas anda sekarang!

Dalam Apa Jua Situasi Ekonomi dan Politik, Menyimpan Emas Pasti Menguntungkan Anda.

Sekian.

JAMAL ONLINE MARKETING ENTERPRISE (001942583-T)

29

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful