You are on page 1of 13

HB3103 : PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU DAN KEMAHIRAN BERBAHASA

1. Pendahuluan

Pada tahun 2000 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan subjek komponen
sastera dalam kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah menengah seluruh
negara. Langkah ini dilaksanakan bagi menyesuaikan transformasi yang berlaku dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah yang disediakan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum pada awal tahun 2000. Kemasukan komponen sastera atau dikenali sebagai
KOMSAS dalam matapelajaran Bahasa Melayu itu, bagi menggantikan bahan sastera yang
digunakan sebelumnya jelas membuktikan bahawa Kementerian Pendidikan memberi penilaian
yang tinggi terhadap hasil kesusasteraan Melayu. Komponen sastera dalam pengajaran Bahasa
Melayu telah dilaksanakan di semua sekolah menengah secara berperingkat-peringkat sejak
bulan Mac 2000 untuk pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4. Menjelang tahun 2002, pelajar-pelajar
dinilai di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tingkatan 5 dan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) untuk pelajar tingkatan 3. Pengenalan subjek komponen sastera merupakan
bahagian penting yang diberikan perhatian utama dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di
samping itu keprihatinan Kementerian Pendidikan memperkenalkan subjek ini bagi tujuan untuk
mempercambahkan budaya membaca, menghayati,mempelajari dan mengetahui perkembangan
dan kehidupan sastera Melayu di kalangan pelajar amat membanggakan. Secara tegas dan jelas
antara objektif utama komponen sastera itu ialah:

1. meningkatkan dan mengukuhkan keterampilan berbahasa,

2. memupuk budaya membaca,

3. menghayati karya sastera,

4. menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran,

5. mengenal tokoh (pengarang) dan sejarah perkembangan sastera,

6. menghayati keindahan bahasa dalam karya dan mengaplikasikannya dalam penulisan,

7. menghasilkan karya sastera seperti cerpen, pantun, syair, seloka,gurindam, sajak dan
skrip drama.

DISEDIAKAN OLEH : MAYUMI BONGKOI 1


HB3103 : PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU DAN KEMAHIRAN BERBAHASA

Objektif penggunaan bahan komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu amat
jelas dalam usahanya untuk mengeksploit kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar. Dapat
dilihat wujudnya penyerapan ilmu dan nilai dalam usaha membina kecerdasan yang bervariasi
dengan tumpuan pemberatannya ialah kepada pelajar itu sendiri. Dalam konteks ini, Najib Tun
Razak, Menteri Pendidikan ketika itu turut menegaskan bahawa karya sastera tidak boleh
diabaikan kerana di dalamnya terkandung jati diri, nilai budaya dan sejarah ketamadunan sesuatu
bangsa. Penegasan ini memberi cabaran kepada guru dan pelajar terhadap penggunaan karya
sastera sebagai teks wajib dalam komponen sastera. Memandangkan pelajar menjadi sasarannya,
maka karya-karya tersebut diharapkan dapat memancarkan nilai-nilai murni dari segi kerohanian,
kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan kewarganegaraan sertaunsur-unsur keindahan
yang boleh memperkukuh keterampilan berbahasa pelajar. Bagi mencapai matlamat tersebut,
pelajar diperkenalkan kepada enam genre sastera iaitu novel, cerpen, drama, prosa tradisional,
puisi tradisional dan sajak. Pemilihan tersebut bukan sahaja mementingkan keterampilan
menguasai bahan sastera itu tetapi juga bertujuan untuk menjana kemahiran berfikir,
keterampilan kreatif, keterampilan keperibadian membentuk sahsiah diri dan keterampilan
bermasyarakat dalam komunikasi. Dalam hal ini, kurikulum dijadikan asas kerana dengan
kurikulum,matlamat pendidikan menjadi lebih nyata dan visi tentang rakyat Malaysia yang ingin
dilahirkan menjadi jelas. Kurikulum yang terancang dan sistematik merupakan kriteria penting
bagi melahirkan pelajar yang mempunyai perkembangan yang menyeluruh. Dalam konteks ini,
menyeluruh meliputi hubungan pendidikan dengan kehidupan pelajar sebagai ahli masyarakat
dan perkembangan pelajar sebagai manusia yangmeliputi aspek jasmani, emosi, rohani, estetika
dan etika kehidupan pelajaryang sentiasa berinteraksi dengan alam sekitar dan alam spiritual.
Dalam tugasan ini saya telah memilih sebuah cerpen yang terkandung dalam buku teks
KOMSAS untuk murid-murid tingkatan 2 iaitu Buku Teks “Seuntai Kata Untuk Dirasa” yang
bertajuk “Mama” untuk dijadikan bahan tugasan saya pada kali ini.

2. Sinopsis Cerpen ‘Mama’


Cerpen ‘Mama’ mengisahkan perjalanan hidup seorang ibu iaitu watak Mama yang gigih
berusaha dan sedia berkorban demi kebahagiaan keluarganya.Mama dan keluarganya tinggal di
sebuah kawasan setinggan, iatu Kampung Lembah Jaya Murni. Mama mempunyai tiga orang
anak, iaitu Akhbar, Mokhtar dan Bakhtiar yang masih bersekolah. Suami yang dipanggil Abah
DISEDIAKAN OLEH : MAYUMI BONGKOI 2
HB3103 : PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU DAN KEMAHIRAN BERBAHASA

dalam cerpen ini mencari rezeki dengan menjaja ikan dan sayur-sayuran di kawasan perumahan
di ibu kota pada waktu siang dan menjual minuman di pasar malam pada sebelah malamnya.
Untuk menambah pendapat keluarga, Mama bekerja di rumah Dr. Safuan hingga tengah hari.
Mama menjalankan tugas membasuh, menyiram pokok bunga, mengemas, melipat baju dan
memasak di rumah Dr. Safuan. Pada sebelah petangnya pula Mama membuat kiuh karipap di
rumah untuk dihantar ke kedai.Sebelum Mama bekerja di rumah, Dr Safuan, dia mengambil
upah membasuh baju di rumah jiran yang berhampiran. Mama diambil bekerja di rumah Dr
Safuan apabila Cik Puan Mona, isteri Dr. Safuan terlihat hasil kerjanya yang kemas di rumah
jirannya itu.
Namun yang demikian, sejak kebelakangan ini Mama sering mengalami sakit dada.
Hanya Dr Safuan dan Cik Puan Mona , majikan tempat Mama bekerja mengetahui penyakit
Mama. Itupun secara kebetulan penyakit Mama menyerang ketika Mama sedang bekerja. Dr.
Safuan yang memeriksa Mama memberitahu isterinya bahawa Mama mengidap penyakit yang
sukar diubati dan menjangkakan Mama hanya berpeluang untuk hidup tiga bulan lagi. Mama
mengetahui penyakitnya secara kebetulan apabila terdengar perbualan antara Dr Safuan dan
isterinya apabila dia berpatah balik ke bilik rawatan untuk mengambil dompetnya yang
tertinggal. Mama teguh menyimpan rahsia penyakitnya. Tidak ada seorangpun ahli keluarga
Mama yang mengetahui penyakit Mama. Oleh yang demikian, Mama diberi cuti selama dua
minggu untuk berehat dan mengelakkan daripada membuat kerja-kerja berat. Selain itu, Dr
Safuan dan isterinya bercadang untuk menghantar Mama ke luar negara bagi mendapatkan
rawatan.
Setelah mengetahui keadaan penyakitnya, Mama semakin rajin melakukan ibadat
sembahyang dan berzikir setiap selepas solat dan tidak lupa menadah tangan untuk berdoa. Dia
memanjatkan doa kepada Allah agar dia hidup dan mati dalam keadaan beriman, tenang dan
bahagia. Sepanjang cuti dua minggu, Mama sibuk mengurus rumah tangga, menjahit pakaian
yang koyak dan menyediakan makanan untuk dijaja oleh suami dan anak-anaknya. Mama
gembira berbakti kepada suami dan anak-anaknya. Mama menyambut kepulangan suami dan
anak-anak dengan wajah ceria dan senyum mesra. Pada akhir minggu kedua, dada Mama sakit
lagi ketika membasuh pakaian di rumah. Mama menggagahkan diri menelan pil yang dibekalkan
oleh Dr Safuan. Hati Mama tidak putus berdoa supaya dimatikan dalam keadaan aman dan
beriman. Akhirnya, Mama menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang

DISEDIAKAN OLEH : MAYUMI BONGKOI 3


HB3103 : PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU DAN KEMAHIRAN BERBAHASA

bersembahyang Zuhur. Dia ditemui masih sujud di tikar sembahayang oleh anak-anaknya,
Akhbar dan Mokhtar yang pulang daripada sekolah pada pukul 2.30 petang.

3. Ulasan Cerpen - Pengajaran Dalam Cerpen.

Pengajaran yang terdapat dalam cerpen ‘ Mama’ adalah seperti berikut :


1. Kasih Sayang
Kita hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap ahli keluarga kita dengan
berkorban apa sahaja demi kebajikan mereka. Selain itu, sebagai majikan kita sepatutnya
mempunyai perasaan kasih sayang teerhadap pekerja kita.
Sikap kasih sayang dapat dilihat dalam ketiga-tiga watak iaitu Mama,Dr Safuan,
dan Cik Puan Mona. Mama menunjukkan kasih sayang terhadap suami dan anak-anaknya
dengan sanggup berkorban sepenuh tenaga untuk memberikan kebahagian kepada
keluarganya. Sementara nilai kasih sayang juga dapat dilihat daripada watak Dr Safuan
dan isterinya yang menganggap Mama seperti keluarga sendiri meskipun Mama cuma
orang gaji mereka sahaja.

2. Kegigihan dan Kerajinan


Kita hendaklah mempunyai kegigihan dan kerajinan dalam melakukan tugas dan
tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.
Watak Mama yang menunjukkan nilai kegigihan seorang ibu yang sanggup
bekerja keras demi kebahagian keluarganya. Dia tidak kisah akan penat lelah dengan
bekerja di rumah Dr Safuan pada sebelah pagi hingga tengah hari dan membuat karipap
pada sebelah petang untuk menampung perbelanjaan keluarga meskipun dalam keadaan
kesihatannya yang kurang baik. Begitu juga suami dan anak-anaknya. Suaminya
menjaja ikan dan sayur pada sebelah siang dan menjual minuman di pasar malam pada
waktu malamnya dengan dibantu oleh anak-anaknya.

3. Bertimbang rasa

DISEDIAKAN OLEH : MAYUMI BONGKOI 4


HB3103 : PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU DAN KEMAHIRAN BERBAHASA

Kita mestilah bertimbang rasa terhadap kesusahan dan kesakitan yang ditanggung orang
lain dengan memberi bantuan yang sewajarnya.
Sikap bertimbsang rasa ini dapat dilihat daripada watak Dr Safuan dan isterinya,
Cik Puan Mona. Mereka sanggup mengambil cuti bagi membolehkan mereka mengambil
alih kerja-kerja Mama di rumah apabila Mama ditemui sedang sakit. Mama juga disuruh
berehat dan diberi cuti selama dua minggu serta dinasihatkan untuk mengelakkan kerja-
kerja berat kerana kesihatannya yang kurang mengizinkan.

4. Sikap Prihatin dan Baik hati


Sebagai insan, kita haruslah mempunyai sikap prihatin dan baik hati terhadap orang lain
dengan menghulurkan bantuan atau sumbangan apabila mereka menghadapi sebarang
masalah.
Dr. Safuan dan isterinya mempunyai sikap prihatin dan baik hati kerana mereka
bercadang untuk mengumpulkan wang untuk menghantar Mama ke luar negara bagi
mendapatkan rawatan. Walaupun Mama hanya seorang pembantu rumah , mereka rela
berbuat demikian atas dasar perikemanusiaan dan hubungan yang rapat dengan
Mama.Selain itu, Dr Safuan juga memberi rawatan yang percuma kepada Mama apabila
mendapati Mama sakit dan membekalkan ubat-ubatan kepada Mama semasa dia bercuti.

5. Bertanggungjawab
Kita semestilah menjadi insan yang bertanggungjawab terhadap perintah agama, keluarga
dan majikan kita dengan melaksanakan segala tugas yang telah diberikan kepada kita
dengan penuh komitmen.
Mama merupakan seorang ibu, isteri dan pekerja yang bertanggungjawab
terhadap perintah agama, keluarga dan majikannya. Dia melaksanakan tugas sebagai ibu
dan isteri meskipun penat bekerja sebagai pembantu rumah. Dia juga berkerja keras
untuk mengumpul wang bagi menyenangkan kehidupan keluarganya. Sebagai pekerja
juga, dia bekerja dengan tekun dan bertanggungjawab hingga majikannya berpuas hati
dengan hasil kerjanya. Selain itu, watak Mama juga seorang yang bertanggungjawab
melaksanakan perintah agama dengan mengerjakan solat, berzikir dan berdoa. Dr. Safuan
juga merupakan watak yang bertanggungjawab di mana beliau sanggup memeriksa
DISEDIAKAN OLEH : MAYUMI BONGKOI 5
HB3103 : PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU DAN KEMAHIRAN BERBAHASA

Mama apabila Mama jatuh sakit dan memberi rawatan percuma kepada Mama. Ini
menunjukkan beliau seorang majikan yang bertanggungjawab terhadap pekerjanya.

4. Teknik Pengajaran Komsas

Bagi bahan komsas seperti cerpen, drama, prosa tradisional dan novel, guru-guru
haruslah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik perhatian murid.
Sebagai contohnya, guru-guru boleh menggunakan teknik lakonan, main peranan, simulasi dan
kerusi panas semasa mengajarkan bahan komsas tersebut. Dengan cara ini, murid-murid tidak
akan berasa bosan kerana aktiviti tersebut memang menarik perhatian mereka. Selain itu, guru-
guru juga hendaklah mempelbagaikan hasil karya daripada sesuatu bahan karya itu. Sebagai
contohnya, daripada bahan komsas seperti novel atau cerpen, guru boleh meminta pelajar
menerangkan perwatakan, pengajaran atau nilai dari cerpen tersebut dalam bentuk sajak, pantun,
atau syair yang dihasilkan oleh pelajar sendiri.
Dalam tugasan ini, saya menggunakan teknik Tatacerita dalam merancang aktiviti bagi
pengajaran dan pembelajaran cerpen ‘Mama’. Teknik tatacerita boleh juga disamakan dengan
teknik bercerita. Dalam teknik ini pelajar akan diminta bercerita tentang apa yang mereka
fahami daripada novel, cerpen atau prosa klasik yang dibaca. Dalam hal ini, pelajar boleh
diminta menceritakan mana-mana bab atau bahagian cerita secara spontan. Perlu diingatkan
bahawa, semua aspek bercerita seperti suara, mimik muka, dan gerakan badan perlu
diaplikasikan dalam teknik ini.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga saya lebih menumpukan kepada aktiviti
berkumpulan untuk menarik minat murid-murid kepada isi pelajaran yang akan disampaikan
pada masa tersebut. Di samping itu, murid-murid juga bebas melahirkan idea atau ekspresi
mereka menerusi perbincangan dan aktiviti bercerita. Selain itu, penggunaan teknik sumbang
saran juga diharap dapat mencungkil pemahaman pelajar tentang mesej yang ingin disampaikan
cerpen atau karya sastera yang dibaca.Tambahan pula, pelajar juga berupaya memahami maksud
yang tersirat yang berunsurkan nilai dan pengajaran di sebalik penceritaan di dalam sesebuah
cerpen.
5. Rancangan Pelajaran Harian
DISEDIAKAN OLEH : MAYUMI BONGKOI 6
HB3103 : PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU DAN KEMAHIRAN BERBAHASA

Genre : Cerpen
Tingkatan : 2
Tajuk : Mama
Masa : 80 minit
Bilangan Pelajar : 40 orang

Fokus Utama :
Aras 1
10.1 Menceritakan semula sesebuah karya secara keseluruhan.
i. Menyatakan idea keseluruhan dan mengesan urutan peristiwa sesebuah karya.
Aras 2
10.2 Mengenal pasti perkara yang menarik dalam karya.
ii. Mengecam perkara yang menarikdalam karya.

Fokus Sampingan :
10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran,nilai, dan pengajaran.
Aras 2
i. Memberikan pandangan tentang aspek jalinan peristiwa dalam karya.
( Berdasarkan kepada Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 2 )

Objektif :
Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :
• Mengenalpasti urutan-urutan cerita yang terdapat dalam cerpen
• Menghuraikan urutan peristiwa dengan menggunakan bahasa yang sendiri.
• Bercerita dengan suara, mimik muka dan gerakan badan yang bersesuaian dengan
cerita yang disampaikan.

Kemahiran Berbahasa
Golongan Kata : Kata Kerja
DISEDIAKAN OLEH : MAYUMI BONGKOI 7
HB3103 : PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU DAN KEMAHIRAN BERBAHASA

Pengisian Kurikulum :
Ilmu : Sosial dan Kemanusiaan
Nilai : Kasih Sayang, Tanggungjawab

Kemahiran Bernilai Tambah :


i. Kemahiran Berfikir : Membuat Urutan
ii. Kontruktivisme

Bahan Bantu Mengajar : Teks, Borang Pengurusan Grafik

5.1Langkah Pengajaran KOMSAS

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Catatan

Induksi Set • Menyanyikan • Guru memperdengarkan


( 8 minit ) lagu ‘Oh Ibu’ sebuah lagu yang bertajuk,
‘Oh Ibu’. Murid
dikehendaki menghayati
lagu yang dimainkan dan
guru cuba mengaitkan
dengan isi pelajaran
( Lagu ‘Oh Ibu’ yang dipopularkan
oleh Kumpulan Exist)
• Murid mendengar
dendangan lagu menerusi
radio dan cuba menghayati

DISEDIAKAN OLEH : MAYUMI BONGKOI 8


HB3103 : PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU DAN KEMAHIRAN BERBAHASA

lirik lagu tersebut.


• Murid-murid menjawab
beberapa soalan yang
dikemukakan dengan
mengaitkan dengan isi
pelajaran

Langkah 1 Urutan peristiwa di • Murid-murid dikehendaki


( 15 minit ) dalam cerpen ‘Mama’ berada di dalam kumpulan
dan diberikan borang
pengurusan grafik. Murid-
murid dikehendaki
membaca dengan teliti
cerpen yang dinyatakan.
• Murid mengenalpasti urutan
peristiwa yang berlaku di
dalam cerpen yang dibaca.

Langkah 2 Urutan cerita cerpen • Berbincang dalam


( 15 minit ) Mama kumpulan tentang
Perbentangan Hasil perjalanan cerita cerpen
perbincangan. dari awal hingga akhir dan
melakar urutannya dengan
peta cerita.
• Guru meminta murid
membentangkan hasil
perbincangan dengan
menyatakan idea-idea
penting dalam cerpen
berdasarkan borang
pengurusan grafik yang

DISEDIAKAN OLEH : MAYUMI BONGKOI 9


HB3103 : PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU DAN KEMAHIRAN BERBAHASA

telah dilengkapisi.

Langkah 3 Bercerita dengan suara, • Setelah perbentangan hasil


( 25 minit ) mimik muka dan gerakan kerja, murid-murid dalam
badan. kumpulan dikehendaki
memilih salah seorang ahli
kumpulan untuk bercerita
berdasarkan urutan
peristiwa penting yang
terdapat dalam cerpen
dengan nada suara, mimik
muka dan gerakan badan
yang bersesuaian dengan
bahagian cerpen yang
diceritakan.
• Murid-murid dikehendaki
memilih bahagian tertentu
dalam cerpen untuk
diceritakan.

Langkah 4 Menyatakan nilai dan • Guru mengadakan sesi


( 12 minit ) pengajaran yang terdapat sumbang saran untuk
dalam cerpen mendapatkan maklumat
berkaitan dengan nilai dan
pengajaran dalam cerpen
yang dibaca.
• Murid menyatakan
sekurang-kurangnya lima
DISEDIAKAN OLEH : MAYUMI BONGKOI 10
HB3103 : PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU DAN KEMAHIRAN BERBAHASA

pengajaran yang terdapat


dalam cerpen yang dibaca.

Penutup • Guru menyatakan


( 5 minit ) kesimpulan pengajaran yang
berkaitan dengan mesej
yang disampaikan oleh
cerpen dengan mengaitkan
peristiwa yang berlaku
dengan realiti kehidupan
manusia.

6. Penutup

Karya sastera adalah sesuatu yang amat indah dan menarik jika kita dapat memahami dan
menghayatinya. Melalui karya sastera kita dapat memahami kebudayaan dan tahap ketamadunan
sesuatu bangsa. Selain itu, karya sastera juga merupakan satu sindiran sinis terhadap
kepincangan yang berlaku dalam masyarakat melalui mesej tertentu yang disampaikan oleh
penulis menerusi tulisannya. Namun yang demikian ledakan zaman maklumat di era globalisasi
dan teknologi maklumat telah serba sedikit memberi kesan kepada perkembangan sastera tanah
air. Anak-anak muda kurang mengenali sastera tempatan apatah lagi untuk membaca dan
menghayatinya. Generasi moden ini lebih gemar kepada cerita-cerita luar negara sehingga
sanggup berbelanja lebih untuk membeli karya luar negara berbanding dengan karya tempatan.
Langkah yang diambil oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia amat
bersesuaian dengan masa dan ketikanya. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan
komponen sastera yang dikenali sebagai KOMSAS dalam subjek Bahasa Malaysia. Ini memberi
ruang dan peluang kepada generasi muda mengenali karya tempatan dan secara tidak langsung
menghayati setiap mesej yang disampaikan dalam karya yang berlatarbelakangkan kehidupan
masyarakat tempatan. Selain itu, komponen sastera dalam Bahasa Malaysia ini juga mampu
meningkatkan kemahiran berbahasa para pelajar dan melahirkan ekspresi serta pendapat
berkaitan dengan karya yang dibaca.
DISEDIAKAN OLEH : MAYUMI BONGKOI 11
HB3103 : PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU DAN KEMAHIRAN BERBAHASA

Dalam tugasan ini, saya telah memilih sebuah cerpen yang bertajuk ‘Mama’ yang
terkandung di dalam Buku Teks KOMSAS tingkatan 2 iaitu ‘Seuntai Kata Untuk Dirasa’ yang
memaparkan kisah kehidupan seorang ibu yang diwatakkan sebagai ‘Mama’. Kesungguhan dan
kegigihan Mama dalam mengharungi kehidupan yang susah dan kesabarannya bertarung
melawan penyakit. Cerpen ini boleh mengingatkan kepada para pelajar tentang pengorbanan
yang dbuat oleh seorang ibu dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab terhadap keluarganya.
Bagi memastikan pelajar benar-benar menghayati mesej yang disampaikan dalam cerpen ini, satu
rancangan harian telah dirangka dengan berpandukan teknik pengajaran dan pembelajaran
KOMSAS. Saya menggunakan teknik tatacerita bagi memudahkan para pelajar menghayati
watak utama dalam cerita tersebut. Aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan memberi
peluang kepada pelajar melahirkan idea dan ekpresi mereka terhadap mesej melalui perjalanan
cerita yang dibaca. Selain itu, melalui teknik sumbang saran pelajar diharap mampu menyatakan
nilai dan pengajaran yang tersirat disebalik jalan cerita dalam cerpen itu.

Bibliografi

1. Bibi Mohamad et. al. 2003. Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa & Kapten Hassan
Wira Bangsa Tingkatan 2 PMR.Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul
Ehsan.
2. Bibi Mohamad et. al. 2003. Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa & Pahlawan Pasir
Salak Tingkatan 2 PMR. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
DISEDIAKAN OLEH : MAYUMI BONGKOI 12
HB3103 : PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU DAN KEMAHIRAN BERBAHASA

3. Bibi Mohamad et. al. 2003. Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa & Timulak Kapal
Perang Tingkatan 2 PMR. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
4. Masri Karjah dan Sairi Adenan. 2001. PMR Ulasan Dan Soal Jawab Komponen Wajib
Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Malaysia : Antologi Seuntai Kata Untuk
Dirasa : Tingkatan 2. Fajar. Shah Alam.
5. M.Jasni Majed dan Hapsah Majid.2007. Timulak Kapal Perang & Antologi Seuntai
Kata Untuk Dirasa : Tingkatan 2.Eastview. Shah Alam, Selangor.
6. Mohd. Khir Kassim. 2006. Komsas PMR Tingkatan 1.2.3.Sasbadi Sdn. Bhd. Selangor
Darul Ehsan.
7. Saudah Mohamed. 2001. Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa. Eastview Publications
Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
8. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 2. Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
9. …..2003. Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa: Puisi Tradisional, Sajak, Prosa
Tradisional, Cerpen, Drama. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

DISEDIAKAN OLEH : MAYUMI BONGKOI 13