You are on page 1of 1

Memilih Kawasan

1. Sumber Asas 
Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk
diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk
kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG
berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini,
terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.

2. Bentuk Muka Bumi 


Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan
tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya
untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan
tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan
ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda.

Anda juga TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah


pokok yang besar ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang
besar dari pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga
harus memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak
dan belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang
merayap seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh
mengoyakkan khemah.

Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak
jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda
juga dilarang untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah
runtuh.

3. Perhubungan 
Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang
diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah
penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera
jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan,
pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah
dikesan dari udara.

4. Sinar Matahari 
Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan
udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah.
Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan
kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok.

5. Denai Binatang 
Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah anda
akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut.

You might also like