You are on page 1of 7

ETIKA DAN RANGKAKERJA KAUNSELING KOMUNITI

Oleh kerana permintaan yang meningkat terhadap akauntabiliti profesioanal , adalah


penting kaunselor mengendalikan penilaian yang berterusan terhadap program- program
dan perkhidmatan yang mengimplimentasi model komuniti kaunseling. Langkah ini
dapat membekalkan data saintifik yang berharga berkenaan keberkesanan atau tidak
program dan perkhidmatan ynag digunakan untuk keperluan psikologi seseorang
daripada populasi pelanggan yang perbagai. Walaupun amali kaunseling efektif adalah
saintifik , ia juga perlu beretika ( Ivey et al., 2002).

Organisasi-organisasi yang profesional seperti Persatuan Perkahwinan dan Terapi


Keluarga Amerika (AAMFT) , Persatuan Kaunseling Amerika(ACA), dan Persatuan
Psikologi Amerika (APA), menekankan kepentingan mepunyai kaunselor dan pakar
psikologi yang beroperasi dengan cara yang beretika. Untuk itu semua badan organisasi
profesioanal telah membangunkan standard etika dan kod yang perlu dipatuhi dan dijaga
oleh ahli-ahlinya. Walaupun teori komuniti kaunseling yang dibentangkan dalam buku ini
berdasarkan sepenuhnya kepada standard etika dan kod yang dibangunkan oleh AAMFT,
ACA, dan APA, kami kenalpasti yang etika membuat keputusan sebenarnya adalah
proses yang telah ditetapkan

Dalam menghadapi risiko isu-isu kontroversi yang semakin meningkat, dicadangkan


bahawa tidaklah benar untuk memikirkan kod etika profesianal yang diamalkan
sepenuhnya oleh pengamal-pemgamal sahaja. Seperti juga undang-undang yang lain
sentiasa berkembang selaras dengan sejarah negara, standard etika juga sentiasa berubah
melalui perubahan zaman. Ia adalah benar untuk profesioan kesihatan mental, di mana
etika profesional dilihat sebagai dokumen yang disemak secara berskala selaras dengan
perkembangan ilmu dan persetujuan yang berkisar isu-isu etika ( Remy & Herlily 2001).
Perubahan kod etika ditekankan dengan fakta di mana APA telah membuat 9 semakan
besar-besaran berkaitan dengan standard etika sejak 1953 ( Canter, Bennett ,Jones, &
Nagy, 1994, Ridley, Hill, & Li, 2001 ).

Teori Komuniti Kaunseling mengenalpasti bahawa perubahan kod etika untuk amali
pastinya berlaku semasa (a) tranformasi sosial dan (b) peralihan paradigma. Diberikan
transformasi kebudayaan – pelbagai kaum yang pantas berlaku dalam demografi Amerika
Syarikat dan perubahan paradigma yang berlaku terhadap sistem penjagaan kesihatan
kebangsaan, profesional dalam kesihatan mental dan cuba merangkul keupaayaan yang
ditujukan dalam semakan kod etika profesional di masa hadapan .

Beberapa pakar dalam bidang ini telah melahirkan beberapa kritikan serius tentang
ketidaksesuaian dalam penggunaan standard etika dalam lingkungan kontek perubahan
kebudayaan-kepelbagaian kaum yang pantas di mana kita tinggal dan bekerja. Contoh
Pedersen (1995) (1997) menyatakan kod etika APA & APA memerlukan perubahan
kerana (a) kecenderungan perspektif moral/ etika yang muncul dari kumpulan
kebudayaan- pelbagai kaum yang dominan di Amerika Syarikat dan (a) memperkecilkan
peranan kebudayaan dalam etika membuat keputusan .
Ridley et al. (2001) menambah bahawa:

‘memperkecilkan dan mempermudahkan etika adalah serius……


Tiada sikap ambil mudah akan berlaku dalam situasi kaunseling perbagai budaya ,
pengamal menghadapi konflik nilai budaya, ketidakbiasaan tingkahlaku dan ungkapan,
dan peranan yang diharapkan yang berbeza di antara pengamal dan pelanggan……..
Kompleksiti dalam banyak masalah etika memerlukan lebih refleksi yang kritikal dan
penyelesaian masalah yang kreatif iaitu yang dibekalkan oleh kod etika (p.166)

APA YANG KAUNSELOR PATUT BUAT?

Asasnya, setiap kaunselor bertanggungjawab untuk membekalkan etika prihatin kepada


pelanggannya. Dalam kompleksiti proses etika membuat keputusan dan perubahan kod
etika professional, apa kaunselor buat bila mereka menghadapi cabaran penting dalam
etika semasa kerja? Walaupun terdapat pelbagai cara , kaunselor bolehmenyelesaikan isu
etika dalam amali model kaunseling komuniti menggalakkan pengamal untuk
mempertimbangkan langkah –langkah berikut untk memudahkan proses etika membuat
keputusan . Langkah ini menggabungkan pemikiran sendiri mengenai cabaran yang
kompleks dengan sokongan dibuat oleh Ridley et al (2001)

1. Jelaskan apa yang dimaksudkan oleh masalah etika. Ramai kaunselor yang
menggunakan terma etika dan etika amali secara umum dan salah. Kesalahan ini
berlaku, contoh bila etika amali dan etika profesional dikelirukan dengan konsep
berkaitan moral dan prinsip moral . Walaupun terma-terma ini mempunyai
intonasi yang sama, ianya berbeza dari beberapa cara. Untuk itu, Ridley et al.
(2001) menyatakan di mana moral dan prinsip moral “ difahami sebagai prisip
umum dan universal tingkahlaku manusia – nilai asas yang wujud merentasi
budaya “ (pg 167) – etika profesioanal berkaitan dengan standard amali yang jelas
disekat oleh bahan-bahan profesional yang berbeza.

Oleh itu, adalah penting kaunselor mengambil masa (a) menentukan masalah
etika profesional dari masalah moral yang umum, dan (b) mengambil berat etika yang
berkaitan dengan standard dan kod tertentu yang diendoskan oleh AAMFT, APA,dan
ACA.

2. Menampakkan perspektif etika anda : Mengambilkira pengetahuan dan


pengalaman bekerja dengan mereka dari perbagai kumpulan dan latarbelakang ,
anda akan menyoal dan juga mungkin tidak bersetuju dengan kod etika yang
dipromosikan oleh badan profesional tertentu . Oleh itu, anda mungkin akan
membuat keputusan untuk tidak mengikut standard etika amali yang tertentu.
Walaupun terdapat beberapa situasi , di mana anda tidak berapa pasti etika yang
patut diambil, adalah berguna meluahkan secara umum perspektif etika kepada
diri anda sendiri dan juga orang yang bekerja bersama anda. Kaunselor yang
menggunakan teori kaunseling komuniti disarankan untuk memasukkan empat
prinsip yang berikut dalam perspektif etika dan meluahkannya semasa interaksi
dengan klien dan rakan sekerja. 4 prinsip ini telah telah dipilih kerana ianya
difikirkan mewakili etika universal dengan pertimbangan bahawa kaunselor
digalakkan mengikutnya:
a. kemurahan hati: menjalankan operasi dengan niat yang baik untuk
memulihkan kesihatan mental pesakit dan kesihatan keseluruhannya
b. tidak berniat jahat: tidak mengapa-apakan
c. keadilan: bersikap adil pada semua pihak yang terlibat dalam
menyelesaikan masalah etika
d. ketaatan: bersikap setia terhadap janji yang telah dibuat kepada klien
( Herlily & Remley, 2001)

3 Kerja dari proses membuat keputusan etika bunyi: Ridley et al. (2001)
menyatakan ”proses membuat keputusan etika bunyi membolehkan pengamal
menganalisa dan menyelesaikan masalah etika yang kompleks.Tanpa proses ini,
kemungkinan untuk membuat keputusan yang tidak beretika, kabur meningkat”.
( p.172). Untuk mengelakkan keputusan yang tidak beretika, kaunselor
dinasihatkan melakukan perkara di bawah:

 Mengambil masa untuk memahami secara mendalam kod etika dan


standard yang telah diendoskan oleh mana-mana badan-badan kaunseling
profesional (cth AAMFT, ACA, atau APA)
 Berbincang dengan rakan sekerja situasi etika yang mungkin dihadapi
 Jika boleh, adakan sumbang saran untuk penyelesaian masalah dengan
mereka yang terlibat secara lansung dengan situasi tersebut
 Laksanakan apa juga tindakan yang telah diambil yang dianggap terbaik
dan pastikan ianya selaras dengan 4 prinsip yang menggariskan perspektif
etika yang dibincangkan sebelum ini.

RUMUSAN

Model Komuniti Kaunseling mewakili pendekatan yang pelbagai aspek untuk


membantu yang menggabungkan perkhidmatan secara lansung dan tidak lansung
untuk membantu orang ramai hidup dengan lebih efektif dan memuaskan. Model ini
menekankan usaha berterusan untuk pencegahan masalah berbanding fokus utama
terhadap klien mengalami kesihatan mental yang serius disebabkan faktor-faktor
melemahkan di persekitaran mereka.

Walaupun seseorang boleh menggunakan teori komuniti kaunseling untuk seting


yang lebih luas, 3 prinsip psikologikal dinyatakan dalam setiap situasi: (a)
demonstrasi komitmen yang kuat untuk mengatasi (b) kesedaran terhadap kesan-
kesan yang berpotensi dalam persekitaran sosial untuk pembangunan individu
berkenaan dan (c) pemahaman yang jelas yang membolehkan seseorang membantu
dengan membangunkan kemahiran dan sumber-sumber untuk membantu mereka.

Dengan lebih lanjut, prinsip-prinsip ini di sokong oleh 5 andaian yang membimbing
komuniti kaunseling:

1. persekitaran orang ramai mungkin akan menggalakan atau menghadkan


perkembangan mereka yang berpotensi.
2. pendekatan perkhidmatan yang pelbagai aspek adalah lebih berkesan dari
pendekatan satu aspek.
3. Jangkamasa panjang, pencegahan adalah lebih baik dari pengubatan
4. Usaha campurtangan yang berkesan mesti menunjukan rasa hormat dan sensiviti
terhadap multidimensi perkembangan manusia secara semulajadi
5. Model komuniti kaunseling boleh diadaptasi dan digunakan dalam seting
perkhidmatan manusia

Bila diamalkan, rangkakerja komuniti kaunseling melibatkan 4 komponen utama


yang mewakili pelbagai perkhidmatan modalities:

1. Servis komuniti secara terus: memberikan pengalaman berbentuk pendidikan


kepada masyarakat. Biasanya, kaunselor mencapai matlamat ini melalui
pendidikan pencegahan
2. Servis klien secara terus: Ini membekal keperluan klien yang segera yang
dikenalpasti akan menghadapi risiko masalah kesihatan mental di masa hadapan.
Antara jenis perkhidmatan yang termasuk dalam komponen model ini ialah
outreach dan kaunseling kepada populasi yang mudah dilukai atau lemah.
3. Servis komuniti tidak lansung: Ini termasuklah usaha yang berterusan yang direka
untuk persekitaran sosial yang lebih respon kepada keperluan populasi secara
keseluruhan. Dalam usaha mempromosikan perubahan persekitaran yang
kostruktif, kaunselor berkerjasama dengan mereka yang tinggal di kawasan yang
disasarkan untuk menanamkan perubahan sistem yang positif, kebiasaannya
mempengaruhi polisi awam.
4. Servis klien secara tak lansung: Ini mewakili campurtangan dalam persekitaran
seperti di perjumpaan untuk keperluan khas mereka yang berada dalam populasi
lemah . Servis seperti ini adalah mencipta jalinan membantu yang baru iaitu
menyediakan konsultasi dan servis sokongan klien kepada orang perseorangan
dan agensi di dalam lingkungan tempat tinggal klien.

Tekanan dalam masyarakat kontemporari dengan jelas mencalarkan ramai orang yang
tidak berkebolehan untuk mengatasinya dengan kemampuan mereka sendiri.
Situasi ini ditunjukkan dengan jelas telah menyebabkan meningkatnya jumlah dan
masalah kesihatan mental yang teruk yang dihadapi oleh rakyat Amerika (Miringoff,
1995).
Dengan kerapnya, masalah-masalah ini menunjukkan ketidakseimbangan di kalangan
mereka yang lemah dan rapuh atau populasi yang berisiko. (Surgeon General Report,
2001) . Tambah merumitkan lagi masalah, pengamal kesihatan mental telah
menyatakan bahawa banyak teori model kaunseling tradisional dengan teruknya tidak
berupaya mengatasi jenis masalah yang biasa di hadapi oleh populasi yang berisiko.

Model Kaunseling Komuniti menyediakan alternatif yang pragmatik terhadap


paradigma membantu yang tradisional . Perbincangan tentang Pusat Khidmat Belia
Aunt Martha dan program IHAF telah dibentangkan untuk menerangkan cara-cara
yang tertentu bagaimana rangka kerja kaunseling yang komprehensif dapat digunakan
dalam situasi kehidupan yang sebenar.

1.2 AKTIVITI MEMBINA KOMPETENSI


Kompetensi Pembangunan Penilaian

Apabila menggunakan rangka kerja kaunseling komuniti, adalah penting kaunselor


boleh menilai setakat mana agensi atau sekolah tertentu di mana mereka bekerja dapat
membekakan servis kesihatan mental yang komprehensif. Dengan penilaian ini,
pengamal akan dapat membantu agensi atau sekolah tersebut untuk memberi khidmat
keperluan psikologi lebih ramai orang dari kumpulan pelbagai latarbelakang. Aktiviti
membina kompetensi adalah direka untuk membantu mempromosikan jenis
kemahiran yang perbagai yang kaunselor perlukan untuk menentukan tahap di mana
seting mereka bekerja menyediakan set servis yang komprehensif yang menjadi asas
rangka kerja kaunseling komuniti.

Lawat agensi dan sekolah komuniti tempatan. Menggunakan model kaunseling


komuniti sebagai alat, ambil masa beberapa minit untuk menjawab soalan-soalan
penilaian berikut:
1. Apakah jenis servis komuniti secara meluas dan terus yang ditawarkan?
2. Sehingga ke tahap mana agensi atau sekolah yang terlibat berusaha untuk
merangka perubahan yang sistematik dalam komuniti ?
3. Apakah servis klien secara terus yang ditawarkan? Sehingga ke tahap mana
servis ini mengambil kira faktor-faktor persekitaran dalam pertimbangan
mereka?
4. Adakah agensi dan sekolah yang terlibat membekalkan servis kaunseling tak
terus ? Jik ada, apakah jenis servis yang selalu digunakan dan bagaimana
program ini ditunjukkan ?
5. Bagaimanakah caranya agensi dan sekolah mengendalikan kebudayaan unik
etnik,dan latarbelakang kaum klien?
6. Dalan banyak situasi, kamu akan berhadapan dengan jenis-jenis servis
dalam model kaunseling komuniti yang hilang dari agensi atau sekolah yang
kamu sedang menilai. Oleh itu, boleh tak kamu fikirkan servis yang mampu
meningkatkan keberkesanan agensi atau sekolah utuk mencapai matlamatnya.?
1.3 AKTIVITI MEMBINA KOMPETENSI
Program Pembangunan Kompentensi Yang Diperlukan

Teori Kaunseling Komuniti yang dibentang dalam buku ini menekankan pentingnya
pembangunan komprehensif program kesihatan mental yang merangkumi servis
kaunseling secara terus dan tidak terus yang mempunyai objektif berkesan dan
memenuhi keperluan orang dari klien perbagai populasi. Aktiviti membina
kompetensi direka untuk membantu anda mendapat kemahirn perancangan program
yang perlu dalam pembangunan komprehensif untuk individu yang datang dari
kumpulan tertentu dalam masyarakat kita.

Dengan ini terpahat di fikiran, fikirkan tentang kumpulan dan populasi, seperti orang
dewasa dengan ketidakupayaan fizikal, mangsa penderaan kanak-kanak, golongan
profesional yang menganggur, gay dan lesbian, wanita, pesakit HIV, atau pelajar
sekolah tinggi. Apakah tekanan sosial, ekonomi, politik, atau psikososial, memberi
kesan kepada populasi ini? Mengambilkira faktor-faktor di atas, menghasilkan idea
untuk servis yang sesuai terhadap populasi yang telah dipilih.

Kamu mungkin akan perasan bahawa servis kaunseling secara terus sahaja tidak akan
memenuhi keperluan kumpulan tersebut. Mulakan dengan matlamat yang jelas,
bangunkan program kaunseling komuniti yang hypotektikal bersama servis yang
dijelaskan sebelum ini. Pada tahap ini, tumpukan kepada kepercayaan kepada setiap
quadrant dan bukannya perincian setiap servis. Apabila anda telah biasa dengan
model kaunseling komuniti, adalah lebih baik jika anda boleh membayangkan konsep
servis setiap quadrant.

You might also like