You are on page 1of 8

PENGAJARAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF

Secara umum, strategi koperatif dan kolaboratif memerlukan pelajar bekerjasama


dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan
berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur.

Pembelajaran Koperatif (PK)

Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar
berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan
satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran.
Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan
hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak
terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara
menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah.

Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan


wujud apabila struktur koperatif yang disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang
diwakili oleh hubungan di bawah.

Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti.

Kagan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih daripada 50 contoh


struktur (dengan nama-nama yang tertentu) yang dapat disesuaikan dengan isi
kandungan. Struktur boleh digunakan mengikut tujuan tertentu – team building
(kumpulan kecil), Classbuilding (satu kelas), Masteri, Kemahiran berfikir, Perkongsian
Maklumat dan Kemahiran berkomunikasi.
Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif

Terdapat pelbagai pendapat mengenai ciri-ciri pembelajaran koperatif. Slavin (1990)


berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri
berikut: ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk
berjaya. Johnson & Johnson (1994) pula menggariskan lima ciri pembelajaran koperatif.
Ciri-ciri tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran
berkumpulan dan penilaian kumpulan.

Matlamat kumpulan:
Pelajar mesti bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Tanpa kerjasama antara ahli, sesuatu kumpulan tidak dapat mencapai
matlamat tersebut.

Peranan ahli:
Ia merujuk kepada tanggungjawab individu dan kumpulan, iaitu sesebuah kumpulan
bertanggungjawab mencapai matlamatnya dan setiap individu bertanggungjawab
memberi sumbangan kerja yang sepatutnya.

Interaksi:
Pembelajaran koperatif seharusnya menggalakkan interaksi, sebaik-baiknya secara
bersemuka. Pelajar melakukan kerja secara bersama melalui perkongsian bahan,
saling tolong-menolong dan memberi galakan antara satu sama lain.

Kemahiran berkumpulan:
Pelajar perlu disediakan dengan kemahiran bersosial dan kemahiran untuk bekerja
secara berkumpulan. Kedua-dua kemahiran ini perlu bagi membolehkan sesebuah
kumpulan berfungsi dengan baik. Contohnya, kemahiran menguruskan sebarang konflik
yang timbul di dalam kumpulan.
Penilaian kumpulan:
Dalam penilaian kumpulan, ahli kumpulan berbincang dan menganalisis setakat mana
kumpulan mereka mencapai matlamat yang dikehendaki. Pelajar mengenal pasti
tindakan dan tingkah laku yang perlu diperbaiki atau dihentikan.

Ringkasnya, pembelajaran koperatif mengganggap kejayaan insan bukan tertakluk


kepada kecemerlangan akademik semata-mata. Perkembangan kecerdasan
intelektual(IQ), sosial dan afektif (EQ) merupakan teras bagi pembelajaran koperatif
melalui amalan interaksi kumpulan yang berkesan. Pembelajaran koperatif
menyediakan gelanggang bagi pelajar mengalami dan membina realiti hidup dalam era
sains dan teknologi yang pesat berkembang. Di samping membentuk ‘independent
thinkers’, pembelajaran koperatif juga berusaha ke arah membentuk kemahiran
berinteraksi, hormat-menghormati dan berkomunikasi secara positif dalam masyarakat

PENGAJARAN KOLABORATIF

 Satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yang bekerjasama
secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran: merancang dan menyediakan
rancangan pengajaran, melaksanakan dan menilai pencapaian aspek yang
ditumpukan dalam mata pelajaran.(Sturman, 1992).

 Pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh dua orang guru
yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar dalam kelas yang
sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran seperti ini menekankan
perkongsian bersama agihan kuasa dan membuat keputusan antara guru-guru
tersebut.(Nunan, 1992)
 Dalam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untuk memberi dan
menerima idea/maklumat, sokongan moral dan galakan apabila menghadapi
kesukaran samada secara peribadi atau professional. (Hargreaves, 1995).

 Kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah


fikiran dua orang yang digembelingkan.

 Guru tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu sama
lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau penambahbaikan.

 Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan kepakaran


guru-guru yang dapat membantu mereka menghadapi cabaran pembaharuan
atau arus perubahan dengan lebih baik.

 Pengajaran Kolaboratif - satu sumber pembelajaran secara profesional melalui


rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari rakan sejawat.

 Kolaborasi antara guru merupakan satu mekanisme yang kuat untuk guru
meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pembelajaran masing-masing
(Bailey,1996).

 Perancangan Kolaboratif menggalakkan percambahan pemikiran yang kreatif


dan produk yang dihasilkan bersama lebih baik mutunya dari yang dihasilkan
sendirian.

 Kolaborasi di dalam kelas memberi peluang untuk masing-masing memerhatikan


‘satu model’ yang sedang mengajar.
Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif

 Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah pendidikan yang sama untuk


memudahkan mereka berkomunikasi dan bersetuju akan nilai asas yang
menentukan prestasi murid.
 Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/ahli yang sesuai untuk membentuk
pakatan/pasukan bagi melaksanakan Pengajaran Kolaboratif.
 Kejayaan sesuatu Pengajaran Kolaboratif bergantung kepada sejauhmana
kesediaan setiap ahli memberi sumbangan kepada pasukan/pakatan tersebut.
 Keperluan murid di sekolah merupakan asas utama untuk pembentukan pasukan
Pengajaran Kolaboratif.
 Penggemblingan sumber seperti kepakaran, minat, pengetahuan, kemahiran,
pengalaman, personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan tenaga pengajar
sangat penting khususnya dalam Pengajaran Kolaboratif pelbagai disiplin.
 Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik yang tersedia ada, alat teknikal, bahan
pengajaran dan pembantu yang boleh digunakan untuk Pengajaran Kolaboratif
perlu dipertimbangkan untuk menentukan keberkesanannya.
 Pakatan kolaboratif memberi peluang kepada guru untuk membuat refleksi demi
menggalakkan penilaian yang kritis dan mendalam tentang pedagogi masing-
masing.
 Wawasan yang terhasil dari refleksi dan penilaian yang berterusan
menggalakkan perkembangan profesional diri.
 Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang cukup kuat untuk meluahkan
pendapat, fikiran atau perasaan agar dapat berbincang dengan pasangannya.
 Kekuatan ego membolehkan seseorang mengenalpasti kelebihan, kemahiran
dan kepakaran rakan sejawat tanpa rasa tergugat
 (Shannon and Meath-Lang, 1992).
 Setiap ahli hendaklah berkongsi pendapat bahawa Pengajaran Kolaboratif boleh
dilihat sama ada sebagai satu hubungan persahabatan atau satu perkahwinan
yang saling melengkapkan.
Model Pengajaran Kolaboratif - Freudenstein (1991)

Ada tiga bahagian utama dalam latihan pengajaran:

 Pra-pengajaran – peringkat perancangan dan persediaan.


 Pengajaran – peringkat persembahan dan pelaksanaan.
 Pasca-pengajaran – peringkat penilaian dan pengubahsuaian

Diadaptasi dr Model Peng. Kolaboratif Freudenstein (1991)


Banding & Beza Di Antara Pembelajaran Koperatif Dan Pembelajaran Kolaboratif

Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif. Untuk


mewujudkan bilik darjah kolaboratif, cara yang mudah adalah dengan menjalankan
pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih banyak pembolehubah
dalam kelas. Apabila pelajar-pelajar membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling
bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang
untuk menjadi pelajar-pelajar kolaboratif.

Jadual berikut merumuskan persamaan dan perbezaan di antara pembelajaran


koperatif dan pembelajaran kolaboratif.

Persamaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolaboratif

 Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif.


 Dalam kedua-dua situasi, guru berperanan sebagai fasilitator.
 Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif, pengajaran dan pembelajaran
dialami oleh guru dan murid.
 Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi.
 Dalam kedua-dua situasi, pelajar dikehendaki memikul tanggungjawab atas
pembelajaran diri sendiri.
 Kedua-dua bentuk pembelajaran memerlukan pelajar menyampaikan idea dalam
kumpulan kecil.
 Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan pasukan.
 Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan pengetahuan dan
kejayaan pelajar .
 Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian kebolehan pelajar.
Perbezaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolabaratif

Bil Pembelajaran Koperatif... Pembelajaran Kolaboratif


Pelajar menerima latihan dalam Adalah dipercayai bahawa pelajar
kemahiran berkumpulan dan telah memiliki kemahiran sosial
sosial. yang dikehendaki. Mereka
1
dikehendaki membangunkan
kemahiran sedia ada untuk
mencapai matlamat pembelajaran
Aktiviti distrukturkan di mana Pelajar-pelajar merunding dan
2 setiap pelajar memainkan peranan meng-organisasi usaha sendiri.
spesifik.
Guru memantau, mendengar dan Aktiviti kumpulan dipantau oleh
mencampur tangan kegiatan guru. Jika timbul persoalan, soalan
kumpulan jika perlu. itu dijawab oleh kumpulan itu
3
sendiri. Guru cuma membimbing
pelajar ke arah penyelesaian
persoalan.
Pelajar dikehendaki menghantar Pelajar menyimpan draf kerja untuk
4 kerja di akhir pelajaran untuk kerja-kerja lanjutan.
dinilai.
Pelajar-pelajar menilai prestasi Pelajar-pelajar menilai prestasi
5 individu dan kumpulan dengan individu dan kumpulan tanpa
dibimbing oleh guru. dibimbing oleh guru

You might also like