BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS DI MALAYSIA Oleh Syukor bin Hashim Admin www.jutawanemas.

com
Kertas kerja ini akan dibentangkan di Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar (SEDINAR09), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 27/8/2009.

PENDAHULUAN. Emas merupakan logam yang sangat istimewa. Warnanya yang menarik serta kesukaran mendapatkannya menyebabkan ia dianggap bernilai oleh manusia. Selain daripada dijadikan barang kemas emas juga menjadi penyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak akan hilang nilainya. Justeru, menyimpan emas sebagai satu pelaburan merupakan tindakan yang amat bijak. Ini kerana nilainya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang. Jika kita perhatikan carta sejarah harga emas daripada tahun 2000 – 2009, kita akan dapati bahawa harga emas adalah seperti berikut:

Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz

561 Ini adalah kenaikan sebanyak 219.Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata kenaikan harga 27% setahun) Kajian kes: Harga syiling Kijang Emas di Malaysia.gov.php?ch=12&pg=141 BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS DI MALAYSIA? Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu 1. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas PELABURAN EMAS SECARA FIZIKAL.bnm.65% dalam masa 8 tahun.000 dan pada 16 Ogos 2009 harganya mencecah RM 3. Harga untuk 1 Ounce syiling Kijang Emas pada 16 Ogos 2001 ialah RM1114. Barangan kemas . Syiling emas 2.my/index.45% setahun!! Sumber: Bank Negara Malaysia: http://www. Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu: 1. Jongkong emas 3. Pelaburan emas fizikal 2. atau purata kenaikan harga 27.

my/ UOB Bank .40%) INSTITUSI/SYARIKAT YANG MENJUAL SYILING EMAS. Di Malaysia.uob. terdapat 5 institusi/syarikat yang menjual syiling emas untuk pelaburan iaitu: 1. 3.com. bentuk dan berat yang standard.maybank2u. 4. Mudah ditunaikan. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % . Maybank .http://www1. Gambar: Syiling Kijang Emas – Dijual di Maybank (cawangan tertentu) . Bhd.com/ SYILING EMAS YANG TERDAPAT DI MALAYSIA.com. 3.http://publicdinar. Mudah dibawa 2.htm Dinar Emas Kelantan . 2.Syiling Kijang Emas – http://www. 4. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut: 1.com.com/ Public Fine Gold International Sdn. 5.Bagi memaksimumkan keuntungan pelabur disarankan untuk membeli emas fizikal di dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas.my/webpages/b_treasury_gold. Mempunyai saiz.my/ Public Dinar .http://publicgold. Gold .http://dinarkel. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut.

Gambar: Canada Gold Maple – Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu) Gambar: Australian Kangaroo – Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu) Gambar: Singapore Gold Lion – Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu) .

Gambar: Syiling Emas Public Gold Gambar: Dinar emas Kelantan Gambar: Dinar Emas Public Dinar .

PAMP Suisse 2. Jongkong emas PAMP Suisse boleh dibeli di sesetengah kedai emas.com/main. PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-logam berharga seperti perak. emas. Habib Jewel dan juga UOB Bank. Gold bar ini terdapat di dalam 2 bentuk Gambar: PAMP Suisse dengan sijil merah jambu. mempunyai ketulenan 999. Public Fine Gold International Sdn. Laman web syarikat ini ialah http://pamp. Di Malaysia terdapat 3 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli iaitu: 1. Bhd. platinum dan paladium. Ini kerana harga jongkong emas biasanya adalah hampir dengan harga emas antarabangsa. pelaburan emas yang terbaik adalah dengan membeli jongkong emas. Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan.htm Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu.9 serta mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah. Poh Kong Bunga Raya 3. terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual iaitu Lady Fortuna dan juga jongkong dengan sijil berwarna merah jambu. kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Selain daripada syiling emas. precious metals products). . Di Malaysia.JONGKONG EMAS. JONGKONG EMAS PAMP SUISSE PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic.

Gambar: Gambar jarak dekat jongkong emas PAMP Suisse Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna .

Kedai Emas Poh Kong ada menjual jongkong emas keluaran mereka sendiri.com. Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan melawati laman web syarikat berkenaan di: http://pohkong.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.JONGKONG EMAS POH KONG BUNGA RAYA.asp Gambar: Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya . Ia dinamakan jongkong emas Bunga Raya.

11900 Bukit Jambul. Jalan Rumbia. 100 gram dan 1 kg. .JONGKONG EMAS PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN BHD. Penang. Tel : 04-644 9999 Jongkong emas yang dijual mempunyai berat seperti berikut: 20 gram. Syarikat ini beralamat di: Public Fine Gold International Sdn Bhd (818840-U) 12E Ground Floor. Setiap jongkong emas mempunyai sijil ketulenan dan nombor sirinya yang tersendiri. (PUBLIC GOLD) Public Gold merupakan syarikat yang mengeluarkan jongkong emas untuk tujuan pelaburan. 50 gram.

Gambar: Jongkong Emas 20 gram. pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas. PELABURAN EMAS MELALUI AKAUN SIMPANAN EMAS Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal. 50 gram dan 100 gram Public Gold. Public Bank : Gold Investment Account (GIA) Gambar: Buku akaun simpanan emas Maybank dan Public Bank . Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu 1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA) 2.

. 3. 4. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik. Bagi memaksimumkan keuntungan. 5.Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal. Bagi Maybank. bengkok atau sumbing. Kebaikan membuat pelaburan dengan cara ini ialah pelabur tidak perlu bimbang masalah menyimpan emas fizikal. resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi. FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI EMAS PELABURAN. Emas fizikal atau akaun simpanan emas Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916 Stok yang mudah diperolehi Perbezaan harga belian dan jualan ( Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar. pelabur boleh mengeluarkan simpanan dalam bentuk emas fizikal (cas tambahan untuk pengangkutan dan insurans akan dikenakan) manakala bagi Public bank pula tidak menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan di dalam bentuk emas fizikal. sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa. Pelabur hanya boleh menjual nilai emas dan mendapat tunai. 6. Namun keburukan pelaburan cara ini ialah pelabur tidak mendapat emas fizikal. pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut: 1. 2. Akaun simpanan ini boleh dibuka di mana-mana cawangan Maybank dan Public bank.

jsp?func=gold Dinar Emas Kelantan http://dinarkel.com/main.com/en/en_content/personal/investments/gold.asp Maybank Gold Saving Passbook Account http://www.my/webpages/b_treasury_gold.htm http://www1.html Harga emas kijang emas: http://www.com.uob.pbebank.com/ Public Fine Gold International Sdn Bhd http://publicgold.bnm.htm Poh Kong Jewellers http://pohkong.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.com/ PAMP Suisse http://pamp.do?channelId=I NV-Investment&cntTypeId=0&cntKey=INV03.com.com/charts/historicalgold.RUJUKAN Harga Emas dunia http://www.my/ Public Dinar http://publicdinar.kitco.my/jsp/finance/fin_gold.com.com.my/index.uob.com.gov.php?ch=12&pg=141 UOB Bank http://www1.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.02&programId=INV03Gold&chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment Public Bank Gold Investment Account http://www.html .maybank2u.

Beliau aktif membuat penyelidikan mengenai emas dan pelaburan emas dari tahun 2005. anda boleh menghubungi penulis melalui email admin@jutawanemas. Blog beliau boleh dilawati di www.com Penulis percaya bahawa pengetahuan mengenai emas perlu dikongsi bersama. Ini kerana maklumat mengenai pelaburan emas masih sukar didapati di Malaysia. Beliau mempunyai blog yang mengkhususkan di dalam pelaburan emas di Malaysia. Jika anda ada sebarang komen atau pendapat.com .jutawanemas.BIODATA PENULIS SYUKOR BIN HASHIM Penulis merupakan seorang staf Universiti Multimedia kampus Melaka.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful